Issuu on Google+

• TAHUN 21 • BILANGAN 137

• DISEMBER 2010 • ZULHIJJRAH - MUHARRAM 1431 H

YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR, PERCUMA

TOKOH MA’AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN www.islam.gov.my


Meja Pengarang Hijrah ke Arah Kebaikan Sidang Redaksi PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PENASIHAT Tuan Haji Abd. Halid Sintol Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim KETUA PENGARANG Hjh. Pauzaiyah Haron Pengarah Bahagian Penerbitan PENGARANG Mohd Yusof Sham PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani JURUFOTO Jamal Ibrahim PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya

S

aban tahun kita menyambut Ma’al Hijrah bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Kota Madinah. Pelbagai tema dan cogan kata kita lontarkan. Tidak kurang juga tafsiran diberikan dalam menterjemah maksud di sebalik maksud hijrah yang luas. Hijrah juga boleh difahami perubahan dari keburukan dan kemaksiatan kepada kebaikan, keimanan, keredaan-Nya, dan sebagainya. Apa yang lebih penting di sebalik itu ialah impak hijrah dalam diri kita ke arah positif dan peningkatan iman. Kita sering kali mengaitkan hijrah dengan azam baru. Azam merujuk kemahuan dan cita-cita yang tinggi untuk mencapai sesuatu tujuan. Jika dikaitkan dengan semangat hijrah, sudah tentu azam tersebut mengarah kepada kebaikan. Seharusnya azam tersebut merupakan satu proses berterusan yang menjadi semangat bagi menjalani hidup yang lebih berkualiti. Azam mestilah disertakan dengan kegigihan dan usaha bersungguh-sungguh dalam mencapai tujuan tersebut. Pepatah Arab ada mengatakan “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam.” Dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan sememangnya kita mengharungi hari-hari sukar. Teringat pada lirik lagu nyanyian Hijjaz, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, begitu aturan Tuhan. Semangat, kesabaran, ketabahan dan keredhaan kita dalam mengharungi ujian tersebut menjadi kayu ukur tahap keimanan seseorang. Baru-baru ini kita menyaksikan beberapa perubahan besar dalam pentadbiran khususnya kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan ke Jusa C. Pertambahan beban tugas dan tanggungjawab sudah tentu memerlukan persekitaran kerja yang lebih mencabar, bahkan lebih daripada itu, hijrah dari aspek rohani, jasmani dan emosi. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga dengan perubahan tersebut dapat memperkasakan jabatan kita ke persada dunia. Salam hijrah 1432H.

ATUR HURUF / REKA BENTUK Visual Print Sdn. Bhd.

Kandungan • YM Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar, Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 3 • Biodata Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

4

• Majlis Bacaan Yaa Ssin dan Doa Tahun Hijriah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432H

5

• e-Fatwa Finalis Anugerah Kajian Kes OSS 5

• Berita Bergambar • Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim - November

8-9 10

• Dasar PNI, PIPA & PH Kukuhkan Integriti Penjawat Awam 10 • Kunjung Hormat KP Jakim Ke Atas Gabenor Bank Negara Malaysia 11 • PKJ ke-84 2010 bersidang di Melaka

11

• TKSUK JPM Rasmi Penutupan Kursus Pegawai Pentadbiran Masjid

12

• 10 Tahun Pertama Terdedah Perceraian

12

• Adik-adikku Musim Kedua Dilancar

13

7

• Dato’ Abdul Rahman Hamid - Jasamu Dikenang

14

• Jelajah Korban 2010 di Perkampungan Orang Asli

7

• Resolusi SYUK 2010 : Pensijilan Halal Perlu Akta yang Lebih Spesifik

• Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Persekolahan Tahun 2010

14

7

• Penempatan dan Pertukaran Pegawai JAKIM Bulan November 2010

13

• Majlis Khatam al-Quran Murid KAFA Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-7

6

• RM50 Ribu Berjaya Dikumpul untuk Dana Pendidikan Umat Islam Kemboja

6

• YB Menteri Umum Pelantikan Baru, Kenaikan Pangkat Pegawai Jakim Gred Jusa



| Disember 2010


YM Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar, Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan

S

ambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2010M menyaksikan YM Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah bagi tahun ini. Pemilihan beliau yang menjawat jawatan itu sejak Mei 2000 berikutan sumbangan besar kepada sistem kewangan Islam yang kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif. Beliau yang menerima hadiah wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penerima anugerah kali ke-21, menganggap anugerah itu dorongan untuk beliau terus menyumbang kepada negara. Beliau yang ditemani bapanya, Prof. Diraja Ungku Aziz, yang juga penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1418H/1997. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1432H/2010M Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Disember 2010. Dalam ucapan titah perasmian, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

bertitah peristiwa hijrah adalah detik bersejarah yang telah mengubah seluruh landskap kehidupan umat manusia ketika itu. Di dalamnya terkandung semangat perpaduan, kasih sayang dan toleransi kaum dalam sesebuah negara. Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama. Negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah. Menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

penonton yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, badan berkanun, agensi swasta dan orang awam.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin dan YABhg. Puan Sri Datin Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman, YABhg. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, YABhg. Tun Dato’ Sri Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim dan isteri, YABhg. Tun Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid dan isteri, dan difdif kehormat yang lain. Dewan Planeri dipenuhi lebih daripada 3000 orang

Acara sambutan ini dimeriahkan lagi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh gabungan Imam Besar Masjid Putra dan adik Muhammad An-Naim Yasim (finalis program realiti Adik-Adikku musim pertama), bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Encik Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (Naib Johan Majlis Tilawah alQuran Peringkat Antarabangsa ke-52 Tahun 1431H/2010M), persembahan khas gabungan peserta program realiti AdikAdikku musim pertama dan kedua seramai 47 orang serta persembahan qasidah oleh Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah.

Tema yang telah dipilih bagi sambutan Maal Hijrah pada tahun ini ialah “1Malaysia 1Ummah” selaras dengan konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Mengulas tema tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2010M menyatakan teras perpaduan umat Islam haruslah sejati, tulus dan penuh dengan toleransi.

Disember 2010 |




Biodata YM Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar YM Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada 27 Ogos 1947 di Johor Bharu, Johor dan yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz. Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan berkenaan, yang juga keturunan kerabat diraja negeri Johor.

B

eliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal di Universiti Malaya dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Tan Sri Dr. Zeti menyertai Bank Negara pada 1985 sebagai Timbalan Pengurus di Jabatan Ekonomi dan menjadi wanita pertama dilantik sebagai empat daripada penolong gabenor bank itu. Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Kerjaya beliau meliputi beberapa jawatan kanan dalam polisi monetari dan kewangan serta pengurusan rizab. Beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd. sejak tahun 2004. Kegawatan ekonomi 1998 benar-benar menimbulkan suasana mencemaskan di kalangan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Tidak terkecuali para kakitangan di Bank Negara sendiri. Pelbagai kaedah dan strategi telah dilaksanakan oleh pihak Bank Negara termasuk penglibatan Tan Sri yang membolehkan Malaysia keluar daripada kegawatan dan berada di landasan ekonomi yang kukuh tidak sampai dua tahun selepas itu. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut, menggantikan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang bersara pada 30 April tahun sama. Tan Sri Dr. Zeti mempengerusikan penggubalan Pelan Induk Sektor Kewangan, satu pelan 10 tahun bagi pembangunan



| Disember 2010

sistem kewangan Malaysia. Sepanjang tempoh beliau sebagai Gabenor, Tan Sri Dr. Zeti turut menyelia transformasi sistem kewangan yang melibatkan pembaharuan kewangan yang meluas, penubuhan institusi kewangan baru, pengukuhan pasaran kewangan dan peralihan kepada apungan terurus kadar pertukaran asing ringgit. Beliau juga terlibat dalam pembangunan kewangan Islam antarabangsa dan kerjasama kewangan serantau. Dalam mempromosikan inisiatif integrasi serantau, Tan Sri Dr. Zeti mempengerusikan Pasukan Kerja bagi Kerjasama Serantau antara Bank-bank Pusat di Asia di Executives’ Meeting of East Asia-Pacific Central Banks (EMEAP) untuk membentuk pelan tindakan kerjasama kewangan pada masa hadapan di rantau tersebut. Beliau juga ahli Kumpulan Urus Tadbir Bank Pusat Bank for International Settlements (BIS) sejak 2001. Dr. Zeti merupakan salah seorang ahli pengasas Majlis Perundingan Asia BIS dan kini adalah Pengerusi Majlis. Pada Ogos 2000, Tan Sri Dr. Zeti dipilih sebagai seorang daripada Wanita Paling Berkuasa dalam Kewangan oleh majalah kewangan terkenal, Global Finance. Beliau turut terpilih sebagai tokoh bank pusat terbaik Asia bagi 2003 oleh Emerging Markets, sebuah majalah yang diterbitkan Euromoney. Menurut majalah tersebut, Tan Sri Dr. Zeti, berada di kedudukan teratas dalam tinjauan pendapat di kalangan tokoh perbankan dan pelabur. Beliau yang juga gabenor bank pusat wanita pertama di Malaysia dan satu-satunya di Asia. Terkini pada 13 September 2010 lalu, Tan Sri Dr. Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Beliau dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred ‘A’ dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk Central Banker Report Card bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Penghargaan yang diberikan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 1432H mengulangi pencapaian yang pernah diperoleh oleh ayahandanya, YM Prof. Diraja Ungku Aziz pada 1997.


Bacaan Yaa Sin dan Doa Tahun Hijriah Sempena Sambutan Ma’al Hijrah

P

ada 6 Disember 2010 telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Tahun Hijriah yang telah berlangsung di Masjid Negara. Turut hadir Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B), Ketua Pengarah Jakim, dan Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Majlis bermula jam 5.30 petang dengan rakaman Forum Khas Ehwal Islam sempena Ma’al Hijrah yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah bersama dua panel lain. Sejurus selesai forum tersebut, doa akhir tahun 1431H dibacakan oleh wakil Imam Besar; Ustaz Ehsan Mohd Hosni. Diikuti dengan azan Maghrib dan disusuli dengan doa tahun baru hijrah 1432H, solat maghrib dan Bacaan Yaa Sin. Seterusnya para jemaah dihidangkan dengan alunan gemersik ayat suci al-Quran oleh juara Akademi al-Quran musim ke-5, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

e-Fatwa Finalis Anugerah Kajian Kes OSS

P

ortal e-Fatwa Jakim terpilih sebagai finalis Anugerah Kajian Kes Open Source Software (OSS) Kategori Sektor Awam sempena Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri. Penganugerahan berupa sijil penghargaan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Tan Sri Koh

Tsu Koon yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin pada 2 November 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). MyGOSSCON 2010 yang berlangsung pada 2 dan 3 November 2010 merupakan konferensi kali ke-4 diadakan sejak tahun 2007. Sebanyak 92 agensi yang mengambil bahagian dan tiga dipilih sebagai finalis. Tiga finalis tersebut EMIS Online Kementerian Pelajaran Malaysia, Sistem Pengurusan QNet Jabatan Pelajaran Melaka dan e-Fatwa Jakim, dan EMIS Online telah dinobatkan sebagai pemenang.

Disember 2010 |




Majlis Khatam al-Quran Murid KAFA Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-7

M

ajlis Khatam al-Quran Murid-murid KAFA Peringkat Negeri Sabah buat kali ke-7 diadakan pada 14 November 2010 bertempat di Kota Kinabalu Sabah. Majlis disempurnakan oleh Yang DiPertua Negeri Sabah, TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah.

Islam Peringkat Negeri Sabah Tahun 2010. Majlis juga diserikan dengan persembahan khas oleh adik Nur Syafiqah Mohd Paris; finalis program Adik-adikku musim pertama. Kemuncak bagi acara ini ialah penyampaian sijil kepada peserta khatam al-Quran dan penyampaian anugerah murid KAFA cemerlang dalam UPKK 2009 serta anugerah kepada guru KAFA dan Penyelia KAFA cemerlang tahun 2010 yang disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah.

Seramai 300 orang murid KAFA lelaki dan perempuan yang mewakili 34 daerah seliaan KAFA seluruh Sabah telah menjayakan acara khatam al-Quran yang dipimpin oleh tujuh orang munabbih jemputan yang diketuai oleh Ustaz Anuar Hasin.

Antara tetamu jemputan yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, YB Majlis dimeriahkan dengan persembahan Dato Sri Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran, Ketua Pengarah marhaban yang disampaikan oleh Kumpulan Damanhur yang Jakim, Dato’ Hj. Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Mufti terdiri daripada guru-guru KAFA Daerah Sandakan. Mereka Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Hj. Ahmad Alawi Hj. Adnan, dan merupakan johan acara marhaban sempena Festival Kesenian Pengarah Jakim Sabah, Ustaz Aziz Hj. Mohamad.

RM50 Ribu Berjaya Dikumpul Untuk Dana Pendidikan Umat Islam Kemboja Antara kampung yang sempat dikunjungi ialah Kampung Barain, Kampung Chrow Meatri, Kampung Sain Chaiy dan Kampung Prak Pra. Ekspedisi diketuai oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz yang merupakan Penasihat PKPU dan ditemani bersama isteri.

P

KPU berjaya mengumpul RM50,000.00 untuk disumbangkan kepada Dana Pendidikan Umat Islam Kemboja melalui program korban yang dianjurkan pada tahun ini.Sumbangan tersebut dikumpul melalui hasil penyertaan seramai 900 peserta dari Malaysia.

Peserta lawatan berkesempatan menziarahi CMIA International School yang ditubuhkan oleh pihak CMIA hasil sumbangan korban yang dianjurkan oleh PKPU pada tahun lalu. Dalam ziarah tersebut, para peserta turut mengadakan program motivasi kepada para guru dan pelajar selain menyampaikan sumbangan derma dan wakaf untuk dana pendidikan sekolah tersebut berjumlah USD7500.

Pada tahun ini, sebanyak 157 ekor lembu berjaya dikumpul untuk PKPU pada tahun ini juga menerima amanah dari Yayasan dikorban dan diedarkan di beberapa daerah di Kemboja. Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk Delegasi PKPU ke Kemboja disertai oleh seramai 17 orang ahli. menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000.00 kepada para Delegasi juga turut disertai oleh ahli Persatuan Intelektual asnaf di Kemboja. PKPU berazam untuk meneruskan program Islam Malaysia serta beberapa individu sukarelawan yang turut korban ini pada tahun hadapan dalam usaha untuk menjayakan menyertai delegasi pada 18 hingga 21 November 2010 bagi misi mengisi dana pendidikan umat Islam di kemboja. PKPU melaksanakan upacara korban di beberapa buah kampung di mempelawa seluruh umat Islam di Malaysia menyertai ibadah korban bersama PKPU untuk tahun hadapan. Kemboja. 

| Disember 2010


YB Menteri Umum Pelantikan Baru, Kenaikan Pangkat Pegawai Jakim Gred Jusa

Jelajah Korban 2010 di Perkampungan Orang Asli

M

enteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) mengumumkan pelantikan baru dan kenaikan pangkat bagi dua orang Timbalan Ketua Pengarah Jakim dan Pengarah Jakim yang menyandang Gred Jusa B dan Jusa C pada 10 November 2010 di KLIA. Ia bertujuan bagi mengukuhkan operasi Jakim sesuai dengan peranannya sebagai sebuah agensi agama di peringkat persekutuan. Mereka yang diumumkan ialah Tuan Haji Othman Mustapha dilantik memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dengan Gred Jusa B manakala Tuan Hj. Abd. Halid Sintol dilantik memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) dengan Gred Jusa C Khas Untuk Penyandang (KUP). Tuan Haji Razali bin Shahbudin pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Encik Mohamad bin Saari dilantik sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dan Tuan Haji Anan C. Mohamad dilantik sebagai Pengarah Bahagian Dakwah. Kesemua pengarah bahagian ini dinaikkan pangkat kepada Gred Jusa C dan ditempatkan di bahagian berbeza sebelum. Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan semua yang terlibat dalam proses pengisian jawatan tersebut.

P

ada 17 hingga 20 November 2010M, Bahagian Dakwah telah mengadakan Program Jelajah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha di Perkampungan Orang Asli di Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Program antara lain bertujuan untuk mendedahkan masyarakat Orang Asli tentang ibadah korban yang menjadi sebahagian daripada syiar Islam selain menjalinkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat. Antara kampung yang terlibat ialah Kg. Orang Asli Sg. Melut, Dengkil, Selangor, Kg. Orang Asli Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka, Kg. Orang Asli Putting, Segamat, Johor, dan Kg. Orang Asli Buntu, Ulu Sungai, Lipis, Pahang. Program tersebut mendapat kerjasama daripada MAIS, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) serta penduduk setempat.

Resolusi SYUK 2010: Pensijilan Halal Perlu Akta yang Lebih Spesifik

U

ndang-undang Pentadbiran Produk Halal di Malaysia’ antara tema yang menjadi fokus perbincangan dalam Seminar Syariah dan Undang-undang Peringkat Kebangsaan (SYUK) 2010 anjuran Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) dan Tabung Haji. Seminar yang berlangsung pada 2 dan 3 November 2010 ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B). Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz merupakan antara pembentang yang dijemput dalam seminar tersebut. Beliau telah membentangkan kertas bertajuk “Keberkesanan Undang-undang dan Penguatkuasaan Mengenai Makanan dan Produk Halal di Malaysia” dalam sesi Plenari 2 bersama tiga

tokoh yang lain, iaitu Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin; yang membentangkan kertas bertajuk “Perlindungan Hak-hak Wanita Islam di Malaysia: Kajian Dari Aspek Perlembagaan dan Undang-undang kekeluargaan Islam”, Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Pensyarah Fakulti Undang-undang UIAM telah membentangkan kertas bertajuk “Kerangka Perundangan Perbankan dan Kewangan Islam di Malaysia” dan wakil dari Lembaga Tabung Haji yang membentangkan kertas bertajuk “Pelaksanaan Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Pengalaman Lembaga Tabung Haji.” Sebelum itu, dalam sesi Plenari 1 sebanyak lima kertas telah dibentangkan oleh tokoh-tokoh pada hari pertama. Seminar ini juga menyaksikan sebanyak 48 kertas telah dibentangkan secara selari melibatkan sembilan tema.

Disember 2010 |




BERITA BERGAMBAR

Zairah U ke Ben khuwah gke Surat C l Sampul aw Batu Pa angan h 22 Okt at pada ober 20 10.

enteri rdana M unat YAB Pe olat S aikan S adha Menun ya Aidil . Hari Ra Negara d ji di Mas H 1 3 4 1

Pro Pengha gram Bersam yatan Islam pada 6 a OKU Kelant an Novem ber 201 0.

Mesyu a Syariah rat Panel Kajia n Kali Ke -72 pad a 25 hingg Oktobe a 27 r 2010.

Kursus Profesio nalism Kep e Pemba impinan ca Doa Jabata Persek n pada 3 utuan Sabah Novem ber 201 0.

h akwa am D Progr Warga Tua h h bil Ha gi di Ruma g, n n a e y h a Dis an C enang ada 30 K i r e S a, p Melak er 2010. Oktob

Lawatan Mesra Media Masjid Negara ke Utusan Melayu (M) Berhad pada 11 November 2010.



| Disember 2010


Kunjungan Hormat delegasi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) ke Jakim pada 1 Novermber 2010.

Upacara Wakalah Qurban 1431H PKPU, Jakim di Kemboja pada 13 November 2010.

acat i OKU C Pegawa Jakim, Ustaz atan Penglih Kalam Mazad atkan Mohd menam berjaya Syariah pada . Sarjana vember 2010 o N n la u b

i 1050 Serama mu duga i ir ad te calon h m Persijilan a g Pro ra n-UIAM pad r. ura a D rul Q 15 Novembe a g g in 8h

Kolokiu m Peringk Bina Insan at Kanan Pegawai P Sarawa DRM IPK k Novem pada 11 ber 201 0.

Tadika Islam Masjid Negara Juara Keseluruhan Festival Keserian Kebudayaan Islam Zon Bangsar.

n Program Ibadah Korba zan Mi u nk Tua Masjid a Zainal Abidin, Putrajay pada 18 November 2010.

Disember 2010 |




Majlis Perhimpunan Jakim Bulan November

M

enanamkan sifat mutawadhi’ di dalam jiwa setiap warga Jakim bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan sentiasa memberikan khidmat lebih dari sepatutnya kepada organisasi. Malah sebagai penjawat awam di Jakim, kita sepatutnya menghargai dan memanfaatkan institusi latihan kita yang sedia ada dalam meningkatkan ilmu dan penghayatan sebagai seorang muslim yang berdedikasi dan bertanggungjawab.” Demikian antara amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz sewaktu berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim pada 2 November 2010, di Auditorium Blok D8, Putrajaya. Majlis Perhimpunan kali ini turut diserikan dengan dua sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Ismail Taib; Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Bank Islam (BIMB) yang bertajuk

“Kenapa Perlu Berurusan Dengan Perbankan Islam” dan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, dari USM yang bertajuk “Budaya Kesukarelawan dalam Perkhidmatan.”  Dato’ Haji Wan Mohamad dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah dan mengalualukan kemasukan warga Jakim yang baru berkhidmat di samping menunaikan bertanggungjawab dan memanfaatkan tugastugas yang telah diamanahkan. Beliau juga menyarankan warga Jakim meluangkan masa bagi melayari rangkaian aplikasi web yang dimuatkan dalam laman web Jakim untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Dato’ Haji Wan Mohamad turut mengingatkan kepada seluruh warga Jakim supaya tidak terjebak dengan pembiayaan kewangan konvensional sebaliknya memilih produk-produk yang mematuhi syariah.

Dasar PNI, PIPA & PH Kukuhkan Integriti Penjawat Awam

P

ada 9 November 2010 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankusa Kerja Pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (DPNI), Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) dan Pendekatan Hadhari (PH) Peringkat Kebangsaan di Bilik Syura Utama, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Hj. Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari setiap kementerian terdiri daripada Setiausaha Bahagian, Ketua Penolong Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan yang terlibat secara langsung dalam memantau dan menyelaras pelaksanaan DPNI, PIPA dan PH di kementerian masing-masing. Mesyuarat yang diadakan ini merupakan kali pertama bertujuan untuk menilai dan menyelaras kembali pelaksanaan ketiga10

| Disember 2010

tiga dasar serta program yang melibatkan dasar-dasar tersebut di setiap kementerian. Mesyuarat kali ini juga mengesahkan penubuhan jawatankuasa bagi menyelaras dan memperkasakan ketiga-tiga dasar tersebut sesuai dengan keadaaan semasa. Dato’ Haji Wan Mohamad berharap agar mesyuarat ini menjadi satu platform untuk setiap kementerian berkongsi maklumat dan memberi maklum balas, pandangan serta cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan ketiga-tiga dasar ini agar ianya lebih dihayati oleh setiap warga kementerian. Beliau juga berharap penyelarasan pelaksanaan ketiga-tiga dasar ini dapat melahirkan pegawai serta kakitangan yang lebih berdisiplin dan berintegriti dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.


Kunjung Hormat KP Jakim ke Atas Gabenor Bank Negara Malaysia

P

ada 1 November 2010, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz telah mengadakan kunjung hormat ke atas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Dato’ Haji Wan Mohamad yang tiba jam 2.30 petang di Bank Negara. Beliau telah disambut oleh Encik Suhaimi Ali, Pegawai Khas kepada Gabenor Bank Negara. Dalam pertemuan selama lebih kurang 20 minit itu, Dato’ Haji Wan Mohamad mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Gabenor

Bank Negara menerima kunjungan beliau walaupun dalam kesibukan tugas-tugas hariannya. Tan Sri Gabenor Bank Negara turut mengucapkan penghargaan kepada pihak Jakim atas usaha dan kerjasama yang dijalankan selama ini bersama ISRA iaitu sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia khususnya dalam aspek muamalat Islam di samping peranan Dato’ Wan Mohamad sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Jakim juga telah menyatakan hasrat dan memohon sokongan pihak Bank Negara

terhadap cadangan untuk mengadakan kerjasama dalam menganjurkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam dalam bahasa Inggeris mengenai topik muamalat Islam dan akan disiarkan di TV1. Pada dasarnya Tan Sri Gabenor Bank Negara tiada halangan dan akan mengadakan perbincangan lanjut terhadap cadangan ini. Pertemuan tersebut berakhir dengan penyampaian cenderamata kenangan berupa bahan-bahan penerbitan Jakim kepada Tan Sri Gabenor Bank Negara.

PKJ ke-84 2010 bersidang di Melaka

P

ersidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) Kali Ke-84 telah bersidang pada 11 hingga 13 November 2010 di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri, Melaka. Persidangan ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz.

di SRA JAIM dapat menyamai bilangan pelajar di sekolah kebangsaan.

Datuk Haji Ghazale juga menyatakan kerajaan negeri Persidangan kali ini dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Melaka amat mengutamakan usaha-usaha pencegahan, Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, YB Datuk Haji Ghazale Muhamad. penguatkuasaan dan penyelesaian bagi membanteras gejala Dalam ucapan perasmiannya, beliau merakamkan ucapan selamat sosial di negeri Melaka seperti penubuhan Rumah Harapan datang dan terima kasih kepada Jakim sebagai urus setia induk PKJ Negeri Melaka. serta Jabatan Agama Islam Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka Di samping itu, cadangan Jakim supaya penubuhan Jabatan yang bekerjasama sebagai tuan rumah persidangan pada kali ini. Penguatkuasaan Syariah Negeri juga harus disokong Beliau menyentuh mengenai cabaran yang perlu digalas oleh pihak sepenuhnya bagi memastikan aktiviti pencegahan dan berkuasa agama terutama dalam menarik lebih ramai pelajar menyertai penguatkuasaan di peringkat negeri dapat dilaksanakan sekolah-sekolah agama. Melaka mempunyai sebanyak 161 buah sebaiknya berdasarkan enakmen yang telah diwartakan. Sekolah Rendah Agama (SRA), 61 buah Tadika JAIM, 14 buah sekolah Satu taklimat daripada Yayasan Inovasi Malaysia, sembilan rendah dan menengah Arab. Dengan cadangan dan penambahbaikan, kertas cadangan dan enam kertas makluman telah diharap satu formula dapat ditemui dan kesannya bilangan pelajar dibentangkan pada persidangan kali ini. Disember 2010 |

11


TKSUK JPM Rasmi Penutupan Kursus Pegawai Pentadbiran Masjid Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan); Tuan Haji Abd Halid Sintol dan Pengarah Bahagian Sosial Keluarga dan Komuniti, Tuan Haji Ghafani Awang Teh. Sepanjang tahun 2010, sebanyak lima modul teras telah dilaksanakan di bawah pakej Kursus Pegawai Pentadbiran Masjid yang telah dihadiri oleh pegawaipegawai dan kakitangan masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

P

ejabat Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Masjid Negara telah mengadakan Kursus Pegawai Pentadbiran Masjid (Modul 5) di Masjid Negara pada 15 dan 16 November 201. Majlis Perasmian Penutup Kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zainol Othman. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Kelima-lima modul teras itu ialah Kursus Pengurusan Kewangan, Kursus Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kursus Pengurusan Sumber Manusia, Kursus Pengurusan Organisasi dan Kursus Profesionalisme Kepimpinan Masjid. Objektif utama kursus ialah untuk membina karisma dan kepimpinan pegawai masjid yang cekap dan terkehadapan dari segi sahsiah dan kemahiran tadbir urus. Dalam ucapan penutup, Dato’ Zainol Othman menyatakan pegawai-pegawai masjid perlu menguasai pelbagai bidang ilmu termasuklah kemahiran pengurusan dan pentadbiran. Beliau juga bercadang untuk menambah beberapa modul baru pada tahun hadapan bagi memperkasakan institusi pentadbiran masjid. Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan oleh Masjid Negara selaku tuan rumah dalam melaksanakan kelima-lima modul kursus pada tahun ini.

10 Tahun Pertama Terdedah Perceraian

K

ajian daripada Jakim mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian. Dalam pada itu, menurut beliau, dalam kajian pada 2007 mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, En. Ahmad Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Tuan Haji Ghafani Awang Teh, Pengarah ILIM; Tuan Haji Paimuzi Yahya serta 200 peserta yang bakal mendirikan rumah tangga. Tuan Haji Othman menyatakan, sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.

Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung “Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca beban tugas dengan penambahan anak, perbelanjaan membayar daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing- hutang, kenderaan, persekolahan anak, pengasuh dan bantuan masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur kepada ibu bapa yang sudah tua. tangan orang ketiga,’ katanya. Perlu diingat perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak, Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan justeru isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kini Kursus Keluarga Sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega- adalah mereka dari keluarga kucar kacir dan tidak stabil. Beliau Utusan Musim Kedua di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada menambah, rumah tangga yang kucar kacir juga mewujudkan 14 November 2010. anak-anak atau keluarga yang rendah jati diri dan lemah harga diri. 12

| Disember 2010


Adik-adikku Musim Kedua Dilancar

P

rogram musim pertama Adik-adikku berjaya merekodkan jumlah penonton hampir sejuta orang sekali gus meletakkan Adik-adikku sebagai program paling popular di TV1 bagi minggu ke-11 2010. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz berkata, berikutan sambutan yang hangat dan komen-komen positif yang diterima, Jakim dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia telah meneruskan pencarian bakat Adik-Adikku bagi musim kedua. Program ini dilihat sebagai alternatif kepada kanak-kanak yang tidak berkonsepkan hiburan semata-mata kerana ia terbukti mampu mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di pentas. Bilangan peserta yang menghadiri uji bakat bertambah dan hanya 16 peserta sahaja dipilih berbanding 20 peserta pada musim pertama. Para peserta telah mendaftar diri di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi pada 27 November 2010. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penyiaran, Tn. Hj. Abu Bakar Rahim mewakili Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran. Mereka ini akan mengikuti sesi akademi dikumpulkan selama hampir sebulan dengan kelengkapan penuh dan akan wajib mengikuti kelas pembelajaran melalui kurikulum yang telah diwajibkan bermula 27 November 2010 hingga 25 Disember 2010.

Majlis tersebut turut memperkenalkan sebanyak 30 penaja yang telah bersetuju memberikan tajaan hadiah berbentuk wang tunai, pakej umrah, pakej pelancongan, komputer riba, buku-buku dan barangan kepada pemenang program realiti Adik-Adikku serta menaja pelbagai jenis barangan dan pakaian sepanjang tempoh sesi peserta di akademi. Antara penajanya ialah ILIM, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd selaku penaja utama, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn. Bhd. dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Iqra’ Pintar Sdn Bhd, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Anggerik Avenue, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, UNZA (M) Sdn Bhd, HPA Industries Sdn Bhd, Radio IKIMfm dan KLfm, Hikmah Channel, Proton Holdings Berhad dan banyak lagi. Seramai 16 peserta terbaik daripada 400 calon yang mengikuti sesi uji bakat di 14 lokasi di seluruh Malaysia telah dipilih. Para peserta berumur lapan hingga 12 tahun dinilai oleh juri dari segi kepetahan berpidato, bertarannum, mengalunkan azan (peserta lelaki) dan bernasyid. Program musim kedua ini masih meneruskan konsep musim pertama iaitu berteraskan hiburan, pendidikan dan riadah. Berbeza dengan program-program realiti yang lain, peserta program realiti Adik-Adikku yang tersingkir dibenarkan untuk mengikuti semua aktiviti sepanjang berada di akademi sehingga tamat. Kesemua peserta akan dibimbing oleh guru atau murabbi iaitu Ustaz Zamri Zainuldin, Ameer Azeezy Tuan Abdullah, Badrul Sani Baharudin dan Ustazah Asni Abu Mansor serta diketuai rais, iaitu Encik Farihin Abdul Fatah. Program Adikadikku bakal menemui penonton di TV1 mulai 18 Februari depan, pukul 6.30 petang.

Disember 2010 |

13


Dato’ AbdUL Rahman Hamid - Jasamu Dikenang

K

etua Pengarah Jakim, Dato’Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz menerima kunjungan perpisahan daripada Dato’ Abdul Rahman Hamid, Penasihat Penyiaran kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi dan juga yang merupakan mantan Pengarah Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) Jakim pada 25 November 2010. Dato’ Abdul Rahman Hamid melakukan kunjungan perpisahan ke atas Jakim dan beberapa lagi institusi dan organisasi lain yang pernah beliau berkhidmat dan menabur bakti.

“Datang biar nampak depan, pulang biar nampak belakang,” kata Dato’ Abdul Rahman sewaktu berucap dalam Majlis Jasamu Dikenang yang dianjurkan oleh Bahagian Media Jakim. Dato’ Ketua Pengarah Jakim mengambil kesempatan turut mengucapkan ribuan terima kasih dan menyampaikan penghargaan atas jasa baik dan bakti yang pernah beliau berikan sewaktu berkhidmat dengan Jakim.

Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Persekolahan Tahun 2010

M

asjid Negara dengan Rumah Khitan Sdn. Bhd. Telah berjaya menganjurkan Program Berkhatan Beramai-ramai sempena cuti persekolahan bagi tahun 2010 yang di Masjid Negara pada 27 November 2010. Program ini dirasmikan oleh wakil Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni, Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara. Turut hadir ialah penyelaras program, Ustaz Muhammad Shahrin Zulkiply. Seramai hampir 200 orang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 12 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah sekitar Lembah Kelang telah mengambil bahagian. Program tahunan yang bermula sejak 1993 sememangnya mendapat

14

| Disember 2010

perhatian tiap kali tiba cuti persekolahan.Program ini melibatkan 12 pegawai perubatan swasta yang bertanggungjawab untuk mengkhatankan para peserta. Program ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha yang menghantar anak beliau untuk dikhatankan. Teknik Smart Clamp pula merupakan satu teknik berkhatan cara mudah, cepat dan selamat. Melalui teknik ini, lima orang kanak-kanak dapat dikhatankan setiap jam oleh seorang doktor yang terlatih. Prosedur Smart Clamp boleh dijalankan hampir di mana-mana sahaja kerana ia amat mudah dikendalikan ringkas, bersih dan teratur. Teknik ini juga tidak melibatkan sebarang jahitan dan mudah dijaga.


PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JAKIM BULAN NOVEMBER 2010

PERTUKARAN BIL

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

KE

TARIKH KUAT KUASA

1.

TUAN HAJI ABD. HALID BIN SINTOL

JUSA C (KUP)

BAHAGIAN DAKWAH

PEJABAT TIMB. KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN INSAN)

10.11.2010

2.

TUAN HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA

JUSA B

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR)

10.11.2010

3.

TAUN HAJI MOHD NORDIN BIN IBRAHIM

JUSA C

BAHAGIAN HADHARI DAN PEMBANGUNAN INSAN

BAHAGIAN KEMAJUAN ISLAM

10.11.2010

4.

TUAN HAJI RAZALI BIN HAJI SHAHABUDIN

JUSA C

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN

10.11.2010

5.

MOHAMAD BIN SAARI

JUSA C

BAHAGIAN PENERBITAN

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

10.11.2010

6.

MOHD NORIZAN BIN ABD GHANI

S48

JAB. AGAMA ISLAM MELAKA

BAHAGIAN LATIHAN

01.11.2010

7.

Y. M DATIN RAJA DARULEHSAN BINTI RAJA ARIFFIN

S48

BAHAGIAN LATIHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

01.11.2010

8.

MOHD SHOKRI BIN HAJI MUSTAFA

S48

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

JAB. AGAMA ISLAM MELAKA

01.11.2010

9.

MOHD ARIF BIN ABDUL SAMAT

S44

JAWI

JAIS

01.11.2010

10.

HAMDI BIN HAYA

S41

IPK SABAH

BAHAGIAN DAKWAH

01.11.2010

11.

NOORDIANAH BINTI ALWI

S41

JAWI LABUAN

JAKIM CAW. SABAH

01.11.2010

BAHAGIAN DAKWAH

01.11.2010

12.

ROSINAH BINTI ABDULLAH

S41

BAHAGIAN PERHUBUNGAN

13.

NOR AISYAH BINTI MOHD YUNUS

S41

JAKIM CAW. SABAH

BAHAGIAN PERHUBUNGAN

01.11.2010

14.

HAFIZAN BIN IBRAHIM

S41

JAWI

KESUMA

15.11.2010

15.

MOHAMMAD ASHRAF BIN IBRAHIM

S41

KESUMA

JAWI

15.11.2010

16.

KU MOHD FIKRIDIN BIN KU YAKUB

S27

PENJARA BENTONG

JAWI

01.11.2010

17.

MOHD NASIR BIN HAMAT

S17

PENJARA BENTONG

PDRM

01.11.2010

KE

TARIKH KUAT KUASA

PENEMPATAN BIL

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

1.

SHEIKH HADZREI ADAM BIN SEBERI

S41

LANTIKAN BARU

JAKIM CAW. SABAH

03.11.2010

2.

ABDU KHALIL BIN HASAN

S41

LANTIKAN BARU

PDRM

02.11.2010

3.

NUR FATIHAH BINTI MOHD SIDEK

S41

LANTIKAN BARU

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

08.11.2010

4.

SITI FATIMAH BINTI MOHD BOHARI

S41

LANTIKAN BARU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

01.11.2010

5.

KHAIRIAMRI BIN AHMAD

S41

LANTIKAN BARU

JAB. MUFTI SELANGOR

08.11.2010

6.

MOHAMAD KHALIL BIN OSMAN

S41

-

BAHAGIAN HAB HALAL

09.11.2010

Disember 2010 |

15


16

| Disember 2010


Buletin Jakim Disember 2010