Page 1

PROJEK PEMBEKALAN ANGGOTA PALSU

DISEDIAKAN OLEH AMAN PALESTIN BHD. (719871-K) NO.1 JALAN 3/3B, SEKSYEN 3, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR. TEL : +60389267019 FAX: +60389259963 amanpalestin@yahoo.com www.amanpalestin.net


PENDAHULUAN

Aman Palestin merupakan sebuah NGO (yang tidak berasaskan keuntungan) yang ditubuhkan untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat-rakyat Palestin. Projek pembekalan anggota palsu merupakan salah satu projek yang sedang dijalankan oleh pihak Aman Palestin bagi membantu mangsa-mangsa perang Gaza. Tabung Perubatan Mangsa perang Gaza adalah bertujuan untuk menampung kos pembiayaan pesakit termasuklah dari aspek pengurusan pesakit dan kos rawatan. Selain itu, tujuan tabung perubatan ini juga termasuklah untuk projek pembinaan Klinik Gaza (klinik pakar) serta menyediakan peralatan/ kelengkapan perubatan. Bagi projek pembekalan anggota palsu, pesakit-pesakit telah dipilih oleh Pertubuhan As-Salamah iaitu sebuah pertubuhan di Gaza yang bekerjasama dengan Aman Palestin. Pihak Aman Palestin telah bertanggungjawab untuk menguruskan pesakit-pesakit ini sepanjang tempoh mereka menjalani rawatan di Malaysia. Seramai 10 orang pesakit yang telah dipilih untuk projek ini. Untuk permulaan hanya 3 orang pesakit yang dibawa untuk menjalani rawatan di Malaysia dan selebihnya seramai 7 orang lagi akan dibawa kemudiannya. Justeru, penganjuran Majlis Makan Malam Amal ‘Tabung Perubatan Mangsa Perang Gaza’ merupakan salah satu inisiatif untuk mengumpul dana yang secukupnya bagi memastikan projek ini dapat dijalankan secara berterusan. Dana tersebut diperlukan untuk menampung kos keseluruhan seperti kos sara hidup semasa berada di Malaysia dan bantuan dari sudut psikologi pesakit (entertainment) untuk mengembalikan semangat dan keyakinan mangsa-mangsa perang tersebut.

NAMA PESAKIT

1. Muhammad S.I. Ajjur Najwa 2. Mustafa F.M. Al-Banna Samiha 3. Sameeh S.M. Al- Masri Khadra


HOSPITAL/KLINIK YANG TERLIBAT

1. MAHSA College 2. Hospital Ampang Puteri. 3. Senawang Medical Centre 4. Restu Progresif Sdn. Bhd 5. Klinik Kesihatan Semenyih

TEMPOH RAWATAN

Anggaran tempoh rawatan pesakit adalah selama 3 hingga 6 bulan. Projek ini turut melibatkan pembedahan, pemasangan anggota palsu serta rawatan fisioterapi/ rawatan susulan bersama doktor sehingga pesakit dapat menyesuaikan diri dengan anggota palsu tersebut.

PENEMPATAN PESAKIT

Pada 4 Januari sehingga 13 Januari 2010, pesakit ditempatkan di Mines Hotel Resort City. Kini, para pesakit telah ditempatkan di rumah sewa beralamat; No.14 Jalan Seri Putra 2/5E, Bandar Seri Putra bagi kemudahan dan keselesaan mereka sepanjang tempoh berada di Malaysia untuk rawatan.

MAKLUMAT YANG BERKAITAN : Ketibaan 2 pesakit dengan diiringi 2 orang pengiring di KLIA, Malaysia pada 3 Januari 2010, jam 4.52 petang. Seorang lagi pesakit terkandas di Kaherah Mesir. Delegasi disambut oleh Aman Palestin Berhad, wakil Wisma Putra dan para wartawan.

Ketibaan Sameeh Al-Misri (pesakit yang terkandas di Kaherah Mesir) bersama Krew Aman Palestin (yang menyertai Viva Palestina) di KLIA.


Salah seorang daripada pesakit merupakan seorang mahasiswa yang mengambil jurusan Sains Sukan manakala yang lain telah bekerja sebagai petani dan eksekutif multimedia. Pesakit dibawa ke Klinik Kesihatan Semenyih untuk pemeriksaan dan dapatkan surat rujuk pakar. Syarikat pembekal anggota palsu yang dilantik, Restu Progresif Sdn. Bhd melakukan pemeriksaan dan ukuran ke atas pesakit-pesakit.

Slot wawancara bersama pesakit di Nasi Lemak Kopi O, TV9 dan Hello On Two, TV 2.

Rawatan di Hospital Ampang Puteri (salah seorang pesakit yang mengalami masalah sebelum pemasangan kaki palsu yang memerlukan kepada pembedahan terlebih dahulu) Rawatan fisioterapi terus berjalan seperti biasa di MAHSA College sebanyak tiga kali seminggu. Pesakit-pesakit kini telah menjalani lebih kurang 80% proses rawatan.

Tabung Kaki Palsu GAZA Palestin  

Tabung Kaki Palsu Gaza Palestin ini dilaksanakan kerjasama antara ISMA Eropah dan Aman Palestin Berhad dan bertujuan untuk mengumpulkan dana...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you