Issuu on Google+

LAPORAN AKTIVITI PIBG SMK PUTRAJAYA PRESINT 8 (1) SESI 2012/2013 TAHUN 2012

A. PROGRAM ANJURAN PIBG SMKPP 8 (1) 1. Program Anjuran Bersama Institut Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Tajuk : Penceramah: Sasaran : Tarikh : Tempat : Tempoh : Objektif :

Program Kesedaran HIV/STI Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Dr. Zakira binti Taib (AJK PIBG) Semua Pelajar Tingkatan Empat SMKPP 8 (1) 06 Julai 2012 Dewan Perdana Putra SMKPP 8 (1) 3 Jam Memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar.


2. Program Anjuran Bersama Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya

Tajuk Sasaran Fasilitator Tarikh Tempat Tempoh Objektif

: : : : : : :

Program Rakan Muda Ramadhan (Tadarrus dan Khatam Al-Quran) 1433H 17 orang Pelajar Terpilih Tingkatan 4 dan 5 En. Mohd Amin dan Pn. Hanison binti Hj. Md. Hanifah 03 hingga 26 Ramadhan 1433H Surau SMKPP 8 (1) 2 Jam setiap hari Melahirkan insan pelajar yang cintakan al-Quran serta menghidupkan bulan Ramadhan.


TAHUN 2013 1. Program PIBG SMKPP 8 (1) - Lawatan Integrasi PIBG

Perkara Sekolah Peneraju Pelawat Tarikh Tempoh Objektif

: : : :

Lawatan Integrasi 1 Malaysia SMK Tebobon Kota Kinabalu YDP PIBG SMK Tebobon YDP PIBG, Guru Kanan Pentadbiran Tingkatan 6, Kaunselor dan Barisan Majlis Perwakilan Pelajar SMK Tebobon seramai 17 orang : 31 Januari 2013 : 3 Jam : Mewujudkan perkenalan dan jalin mesra antara PIBG dan antara sekolah.


B. Program SMK Putrajaya Presint 8 (1) Dengan Sokongan Kewangan PIBG dan Tenaga AJK PIBG TAHUN 2012 1. Pertandingan Kawad Kaki 2012 pada 04 April 2012

2. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik pada 21 April 2012

3. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 25 Mei 2012


4. Program-program Kecemerlangan Akademik PMR, SPM & STPM sepanjang tahun 2012 a. Teknik Menjawab Soalan Kimia Calon SPM 2012

b. Teknik Menjawab Seni Visual Calon STPM pada 05 Oktober 2012

c. Teknik dan Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM 28 Mei 2012 d. Teknik dan Bengkel Menjawab Soalan Sejarah STPM e. Program ‘Top A Star Student’ oleh ‘Pak Anjang’(Motivator) bagi pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 Atas pada tahun 2012 dan Februari 2013 i. Calon PMR SMKPP 8 (1) pada 19 Sept 2012


ii.

Calon SPM dan STPM SMKPP 8 (1) pada 21 – 22 September 2012

iii.

Calon PMR, SPM dan STPM pada bulan Februari 2013


5. Malaysia & Japan Exchange Programme 2012 pada 20 & 21 Jun 2012

6. Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 2012 pada 30 Jun 2012


7.

Senamrobik 1Murid 1 Sukan pada 10 Julai 2012

8. Program ‘Ana Mumtaz’ Calon PMR KAA pada 18 Julai 2012


9. Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Calon PMR, SPM dan STPM pada 30 Ogos 2012

10. Solat Hajat Perdana Calon PMR, SPM dan STPM 2012


11. Majlis Khatam al-Quran pada 15 Ogos 2012

12. Majlis Restu PMR pada 08 Oktober 2012

13. Program Graduasi Tingkatan 5 dan 6 Atas pada 18 Oktober 2012


14. Majlis Restu SPM dan STPM pada 02 November 2012

15. Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan HEM pada 09 November 2012


TAHUN 2013 1. Sambutan Maulidur Rasul pada 25 Januari 2013

2. Majlis Pelancaran Jelajah Anak Malaysia pada 30 Januari 2013

3. Pelancaran Program Yakin Boleh PMR 2013


4. `Fun Run’ pada 08 Februari 2013

5. Mewujudkan `MAMARRU RAUDHATIL JANNAH’ dan `BAITUL HIKMAH’ Bahasa Arab (Pembangunannya bermula akhir Februari 2013 dan masih berlangsung).

Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap kejayaan sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan PIBG yang berkesan dengan adanya kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah, merupakan wadah bagi sekolah menuju ke arah


kecemerlangan dalam pelbagai aspek samada dari sudut akademik, ko akademik, ko kurikulum maupun disiplin pelajar. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan mampu melahirkan sekolah yang terbilang. Maka yang demikian setiap program yang dirancang oleh pihak PIBG sekolah adalah hasil perbincangan dan kesepakatan bersama ahli-ahli jawatankuasa dan juga sokongan padu yang diberikan terutamanya oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Roslan bin Abu Hanif yang tidak jemu-jemu membantu menjayakan setiap program demi kecemerlangan anak-anak SMKPP 8 (1). Antara sumbangan PIBG yang lain ialah menyumbangkan kewangan untuk pembangunan fizikal sekolah dengan pemasangan grill pada tempat-tempat tertentu dan pembangunan Lorong serta Bilik Bahasa Arab. Selain itu, kerjasama PIBG bersama individu di kalangan ibu bapa antaranya ialah Penyerahan Wang Sumbangan Hari Raya untuk semua anak yatim dan miskin pelajar SMKPP 8 (1) dan sumbangan kelengkapan alat tulis untuk semua calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Kerjasama dan komitmen tersebut telah berjaya menghidupkan lagi beberapa program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Adalah diharapkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKPP 8 (1) akan terus bergerak lebih aktif dan dapat merancang pelbagai program yang lebih efektif dibawah saranan KPM iaitu Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Tidak ketinggalan ribuan terima kasih kepada Pn. Hjh. Roaini binti Jaafar Pengetua Cemerlang SMKPP 8 (1) selaku penasihat persatuan yang seringkali menyumbangkan idea yang bernas dan memberikan komitmen yang jitu kepada segala perancangan program persatuan dan juga semua program sekolah yang sememangnya mendapat sokongan padu daripada semua AJK PIBG.

SEKIAN


LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG