Page 1

BIL. 2 2015

KK 800-91837-0215 ISSN 1511-9998

9 770126 847285

02

g n a d a P n i La Lain Belalang


Yang Terbaik

Untuk

ANDA


INTI PATI

Angan-angan Mat Jenin

M

asakan lemak ikan tengalan di Restoran D’Lembah, Kuala Kangsar, memang membuka selera. Sejumlah empat ekor ikan tersebut, yang namanya sainsnya Puntius bulu, “diselesaikan” oleh 18 orang yang menyambut usia jubli emas pada tahun lalu. Pada akhir jamuan tersebut, yang tinggal hanya tulang ikan yang memang banyak tulang itu. Begitulah sedapnya ikan yang dikenal juga sebagai temengalan, yang diperoleh di Sungai Perak yang bersejarah itu. Lima hari kemudian, hanya kelihatan bumbung restoran yang terletak di pinggir Sungai Perak itu. Sebelum ini, sungai tersebut tidak “singgah” di Kuala Kangsar – hanya lalu. Pada kali ini, Sungai Perak mengambil keputusan “mengunjungi” bandar diraja Perak itu. Selama beberapa tahun penulis tinggal di sana pada tahun 1980-an, Kuala Kangsar itu tidak pernah ditenggelami air walaupun hujan turun dengan lebatnya dan air sungainya “tinggi”. Penduduknya juga terkejut dengan kejadian yang tidak disangka itu. Selain Perak, beberapa buah negeri lain turut mengalami cabaran dan dugaan yang memeranjatkan itu pada akhir tahun lalu dan awal tahun

ini. Yang paling teruk terjejas Kelantan sehingga terputus jalan hubungan darat. Tidak ketinggalan juga Pahang dan Terengganu. Bencana air hujan kali ini amat luar biasa. Berbagai-bagai andaian sebab bah dikemukakan, daripada pembalakan haram kepada dosa manusia. Inilah satu daripada “budaya” orang Malaysia – suka menyalahkan orang apabila dilanda malapetaka. Bantuan yang diterima oleh mangsa banjir amat banyak – makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Di sesetengah tempat, khabarnya lebih daripada cukup. Sebuah akhbar tempatan turut menyiarkan gambar pakaian yang berlebihan di sebuah pusat pemindahan. Kata seorang rakan guru di Kelantan, jika hendak membantu mangsa bah, bawalah paku. Untuk mencari sumbangan membantu mangsa malapetaka, rakyat Malaysia begitu bermurah hati. Barangan yang dikumpulkan amat banyak. Nilainya tidak diketahui. Di merata-rata tempat, tumbuh pusat pengumpulan sumbangan untuk mangsa bah yang diikhtiarkan oleh pelbagai organisasi – kerajaan, swasta dan bukan kerajaan. Sumbangan ini belum termasuk dana kewangan. Inilah budaya molek

rakyat negara ini – amat murah menghulurkan sumbangan dan bantuan. Pada hakikatnya, penduduk Malaysia mampu mengetepikan perbezaan untuk bersatu padu menghadapi satu musuh yang sama. Dalam hal ini, bah. Bayangkan keadaan negara jika budaya ini dapat diamalkan sepanjang masa. Barangkali hal itu hanya angan-angan Mat Jenin. ********** Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang. Sidang editor dan warga kerja Dewan Budaya merakamkan ucapan terima kasih kepada dua orang insan yang telah memberikan sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara dalam bidang masing-masing dengan cara mereka sendiri semasa hayat dikandung badan. Mereka ialah Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussein (31 Disember 2014) dan bintang filem Dato’ Mustapha Maarof (15 Disember 2014). Pemergian mereka tetap dirasai, tetapi perjuangan mereka tetap diteruskan oleh mereka yang tinggal. Marilah kita berdoa agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. DB

Armin Azhari Saleh 2015

603-2147 9617.

1

603-2147 9260.

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Kandungan

Azmi Ibrahim KETUA EDITOR (azmi@dbp.gov.my) EDITOR

Armin Azhari Saleh (armin@dbp.gov.my)

PENOLONG EDITOR

Muhamad Rafiq Abdul Rahman (rafiq@dbp.gov.my)

PENTADBIRAN

Fauziah Yusof, Hadiah Idris, Saodah Haji Wahid, Siti Nazatul Shima Zainal, Khairul Azhar Baharuddin

KETUA PENGARAH

Datuk Dr. Awang Sariyan

TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR)

Profesor Dr. Zaharani Ahmad

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

Kamarul Zaman Shaharudin

Padilah Haji Ali PENGARAH PENERBITAN Hajah Azah Wahab KETUA BAHAGIAN PENGEDARAN DAN PEMASARAN REKA BENTUK KULIT DAN REKA LETAK HALAMAN

Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.

DICETAK OLEH

Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd., No 12 Jalan 4/118C, Desa Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur. www.percetakanhajijantan.com.my E-mel: phjantan@yahoo.com

URUSAN LANGGANAN

2

Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Tingkat 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Telefon: 03-2147 9335 Faks: 03-2147 9606 E-mel: saifudin@dbp.gov.my

14

1 Inti Pati Angan-angan Mat Jenin - Armin Azhari Saleh 4

Rampai Sari Senjata Mencipta Mitos dan Legenda - Rafiq Rahman Pengilmuan Seni dan Industri Kreatif Negara - Raja Yusoff Ariffin

Persembahan Bertenaga Ramli Sarip - Raja Yusoff Ariffin

Pengekalan Jati Diri - Amirah Abd. Rahman

6 Stanza Bicara Masa - Intan Berlian Kalau - Ehsan Jamily 8 Fokus Memahami Sungai di Bawah Tanah - Jeniri Amir 14 Fokus Lain Padang Lain Belalang - Nik Adzrieman Abd. Rahman

Dewan Budaya Bil. 2/2015

2


egara

38 BILANGAN 2 2015/1436H • JILID 36 • KK 80091837 0215 • ISSN 1511-9998

60

20 20

Kembara Seorang Penyair Kuil dan Kerajaan Jambi yang Besar tetapi Bersahaja - Muhammad Haji Salleh

24 Pemikiran Puisi dan Lagu Rakyat Membuka Cakerawala Minda - Johan Jaaffar 30 Belasungkawa Ceritera Seorang Pendeta Tan Sri Profesor Dr. Ismail Hussein - Chai Loon Guan 32 Lensa Budaya Cucu Atuk - Yaman Ibrahim 34 Warisan Zaman Menelan Terendak Ulid - Fabian Laberi 38 Galeri Peperangan Secara Senyap - Muhamad Rafiq Abdul Rahman 44 Pentas Apabila Seniman Resah - Ladin Nuawi

44

34 48

Seni Lukis 40 Tahun Anugerah Seni Bakat Muda Sezaman - Faizal Sidik

52 Ceritera Bulan Ini Sardin Cap Ayam Terbang - Roslan Jomel 58 Rampai Sari Raja dan Rakyat Berpisah Tiada - Rafiq Rahman

Negarawan yang Dilupakan - Rafiq Rahman

Sumbangan Zabidin Ismail Selama 38 Tahun - Kalam Budiman

Penggunaan Produk Hiasan Dalaman dan Seni Taman - Raja Yusoff Ariffin

60 Skrin Kisah Persaudaraan Golongan Subbudaya

Adaptasi Novel Popular

Terbaik Dari Ladang

- Fadhli Al-Akiti

64 Sana Sini

Dewan Budaya Bil. 2/2015

Dewan Budaya 33


RAMPAI SARI

Senjata Mencipta Mitos dan Legenda KUALA LUMPUR - Pada 18 November 2014 yang lalu, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merasmikan Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia di Muzium Negara. Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, senjata menjadi satu daripada aspek kebudayaan dan warisan yang sangat menarik untuk dikaji kerana kepelbagaian perspektif yang mendukung keperihalannya melalui tradisi, kepercayaan, peranan dan fungsi, malah mitos dan legenda yang tercipta. Pameran blockbuster ini terbahagi kepada 10 segmen, iaitu pengenalan, senjata tradisional, senjata sebagai lambang kedaulatan dan kuasa, senjata moden, koleksi terpilih senjata dunia, kaedah, penggunaan dan fungsi senjata, koleksi senjata Asia Tenggara, senjata dalam perspektif seni, watak

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, menyampaikan cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

legenda dan mitos, dan kesengsaraan dan keamanan. Pameran, yang berlangsung dari 20 September 2014 hingga 20 Februari 2015 ini, merupakan salah satu pameran terbesar yang dianjurkan oleh JMM pada tahun lepas. Pameran ini mendapat

kerjasama erat daripada Polis Diraja Malaysia, Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Muzium Sabah, Muzium Iron, Korea, Muzium La Galigo, Indonesia, dan orang perseorangan. Rafiq Rahman

Pengilmuan Seni dan Industri Kreatif Negara menyediakan infrastruktur KUALA LUMPUR – intelektual pengajian Akademi Seni Budaya kesenian kebangsaan dan Warisan Kebangsaan berlandaskan tradisi (ASWARA) menganjurkan pemikiran Timur, Persidangan Kebangsaan kebangsaan, dan Pengilmuan Seni keagamaan dalam dan Industri Kreatif pengajaran dan (PENGILMU) di Dewan pembelajaran kesenian. Orkestra ASWARA dari 29 Selain 34 kertas hingga 31 Oktober 2014 kerja, ucap utama yang lalu. disampaikan oleh Persidangan itu PENGILMU menghimpunkan cendekiawan industri akademik kesenian. Pengerusi Media Prima dianjurkan untuk memperkenalkan Kursi P. Ramlee, Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar, yang bidang kesenian dengan Kursi P. Pusat Penyelidikan, Kecemerlangan turut menyempurnakan upacara Ramlee dan ASWARA; memulakan dan Kesarjanaan Artistik ASWARA, “Buka Panggung” dan perasmian jalinan kerjasama penyelidikan, yang ditubuhkan pada tahun PENGILMU, serta melancarkan persembahan dan penerbitan antara 2012. Selain itu persidangan ini pengajar/penuntut Kursi P. Ramlee dan buku Four Musical Theatres. Rektor bertujuan untuk mengumpulkan ASWARA, Prof. Dr. Hatta Azad ASWARA dengan pengajar, penuntut dan mengeratkan hubungan Khan, dan Sasterawan Negara, Prof. dan penyelidik di institusi akademik antara pemikir dengan sarjana Emeritus Dr. Muhammad Salleh, seluruh negara; menyediakan ruang bidang kesenian daripada industri turut menyampaikan ucap utama. kerjasama antara Kursi P. Ramlee akademik kesenian dan jabatan dengan institusi akademik dan bukan kerajaan yang terlibat dengan Raja Yusoff Ariffin akademik kesenian tempatan; dan

4

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Persembahan Bertenaga Ramli Sarip KUALA LUMPUR – Dari 17 hingga 19 Oktober 2014 yang lalu, berlangsung Konsert “Hayat ... 45 Tahun Seniman Ramli Sarip” di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Konsert yang berkonsepkan psikedelik itu, dianjurkan oleh Rasamusic Sdn. Bhd. bersamasama IB. Dato’ Ramli Sarip mendendangkan lagu daripada album solonya, lagu duet, dan lagu ketika bersama-sama kumpulan Sweet Charity pada era 1980-an dahulu.Antara lagu solonya termasuklah Istilah Bercinta, Panah Beracun, Tajam, Layarkan, Adam dan Hawa, Temasya Desa Gemalai, Keliru, Persembahan bertenaga Dato’ Ramli Sarip menjayakan konsert. Orang Kota, Jikalau Berkasih dan Syair Sebelum menutup Sebagai menghargai idolanya Laila Majnun. Dalam persembahan sewaktu pada zaman awal pembabitan persembahannya, Ramli tampil bersama-sama Sweet Charity, yang dalam bidang muzik, Ramli menjemput dengan Doa Buat Kekasih, Teratai dan menampilkan Rahman Sarbani, Rosli Perjalanan Hidup. Sepanjang konsert “legenda hidup” seni suara Indonesia, Mohalim dan Ahmad Jaffar Jawahir, lebih daripada dua jam itu, Ramli Achmad Albar, tunggak kumpulan beliau menyanyikan Sejuta Wajah, diiringi kumpulan Soul Journey serta God Bless. Achmad, vokalis dan Datang dan Pergi, Batu dan Kamelia. Jari (Jaafar Idris) yang meniup klarinet Ramli turut mengundang Aris Ariwatan pengasas kumpulan rock Indonesia dan saksofon. untuk bersama-sama mendendangkan yang dibentuk pada tahun 1973, mendendangkan lagu Zakiah bersamaLagu Zaman dan Dayang Nurfaezah Raja Yusoff Ariffin sama Ramli. yang mengalunkan Musafir Rindu.

Pengekalan Jati Diri KUALA LUMPUR – “Saya mengekalkan nama asal saya kerana ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa walaupun bertukar agama, adat, pegangan, identiti, dan budaya yang saya fahami berpuluh-puluh tahun dahulu tetap dipelihara dengan sebaik-baiknya,” jelas Dr. Ann sedang menceritakan pentingnya pengekalan jati diri kepada peserta. Dr. Ann Wan Seng. Hal ini juga, jelasnya, sebagai Dengan bertemakan “Bahasa Jiwa jaminan kepada mereka yang lain Bangsa”, pada 13 Oktober 2014 yang lalu, yang sering mengatakan bahawa diadakan forum yang berjaya membuka apabila menganuti agama Islam, minda dan pemikiran peserta untuk secara tidak langsung orang itu bersama-sama menyanjung tinggi nilai akan bertukar menjadi orang budaya dan bangsa di negara ini. Ahli Melayu. forumnya terdiri daripada Ann, Pengerusi

Dewan Budaya Bil. 2/2015

Biro Saudara Kira, Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan, dan Mohd. Noor Jabar, pakar bahasa. Forum itu dimudahcarakan oleh editor Dewan Budaya, Armin Azhari Saleh. Forum, yang diadakan mengambil sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, berjaya membuka lembaran baharu kepada peserta agar sentiasa memelihara dan menyanjung serta mengekalkan adat budaya yang diamalkan sejak berdekad-dekad lamanya. Jika tidak kita, siapakah lagi yang akan menjaga budaya bangsa itu? Amirah Abd. Rahman

5


STANZA BICARA

Masa Masa terus berlalu Manusia datang dan pergi Silih berganti. Masa terus berlalu Masalah datang dan pergi Silih berganti Kadang-kadang ada penyelesaiannya Kadang-kadang terbiar Tidak terungkai simpulannya. Masa terus berlalu Matang datang Harapnya kekal Tidak pergi lagi. INTAN BERLIAN NEWCASTLE UPON TYNE

6

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Kalau

Kalau berilmu diamal diguna barulah dikatakan orang bijaksana. Kalau berbudi tidak minta dibalas barulah dikatakan hati yang ikhlas.   Kalau berduit rajin menyimpan barulah terjamin masa depan.   Kalau berharta selalu berzakat barulah harta mendapat berkat.   Kalau berbicara sopan berbahasa barulah dikatakan orang berbangsa.   Kalau berbincang elakkan hati yang panas barulah terlahir idea yang bernas. Kalau berkasih sehidup semati barulah dikatakan cinta sejati.   Kalau berumah tangga berpakat sentiasa barulah hidup aman sentosa.   Kalau berkawan baik muafakat barulah persahabatan teguh terikat.   Kalau berjiran saling sapa dan hormat barulah masyarakat harmoni dan selamat.   EHSAN JAMILY MELAKA

Dewan Budaya Bil. 2/2015

7


FOKUS

OLEH: JENIRI AMIR

i m a h a m e M Sungai

di Bawah Tanah

8

Dewan Budaya Bil. 2/2015


K

etika dunia semakin mengecut dan mengecil, individu, kumpulan, dan etnik daripada pelbagai latar belakang budaya bertembung pada kadar dan intensiti yang tidak pernah disaksikan sebelumnya. Pertembungan peradaban Barat dengan Timur sudah lama berlaku. Dalam kes terbaharu yang membabitkan pertembungan budaya Timur dengan budaya Barat, sepasang suami isteri rakyat Malaysia di Sweden, yang dituduh memukul anak mereka kerana enggan bersolat, akhirnya menyebabkan mereka disumbat ke dalam penjara. Sweden merupakan antara negara yang mengamalkan Undang-undang Hak Asasi Manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meliputi hak anak. Bagi umat Islam dan masyarakat Melayu, memukul anak untuk tujuan pengajaran dan memberikan kesedaran kerana anak tidak bersolat memang sesuatu yang wajar dan selari dengan tuntutan Islam. Namun demikian, bagi Barat, dengan undang-undang dan nilainya, tindakan itu melanggar hak asasi kanak-kanak. Jurang lebar dari segi kebudayaan menyebabkan berlakunya kejadian tersebut. Pada hakikatnya, pertembungan budaya bukan sahaja berlaku antara Timur dengan Barat. Pertembungan dan konflik turut tercetus antara budaya pelbagai etnik di negara ini. Hal ini kita saksikan dalam beberapa tahun terakhir sehingga menimbulkan ketegangan dalam hubungan etnik. Ada ketikanya konflik budaya dan agama itu membawa keadaan yang merisaukan. Jika tidak dibendung, gejala sedemikian tentu mampu menimbulkan keadaan huru-hara dan kekacauan. Oleh itu, pendidikan budaya penting disemai dalam jiwa rakyat sejak kecil lagi. Mengapakah pertembungan budaya berlaku antara etnik di negara ini? Apakah

Dewan Budaya Bil. 2/2015

kesan daripada pertembungan budaya itu terhadap hubungan etnik dan seterusnya kesepaduan sosial dan perpaduan etnik? Bagaimanakah strategi dan pendekatan terbaik untuk mengelakkan pertembungan itu sehingga akhirnya mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat pelbagai etnik di negara ini? Kebebasan bersuara yang disalahgunakan dan dibantu oleh kewujudan pelbagai media sosial yang memungkinkan individu menggunakan seluas mungkin kebebasan bersuara, tanpa mempedulikan undang-undang dan sensitiviti etnik dan budaya lain, menyebabkan terkeluarnya pelbagai kenyataan dan perbuatan yang mencetuskan konflik budaya dan seterusnya membawa konflik etnik. Tindakan mengeluarkan sesuatu kenyataan provokatif dan emotif tanpa mempedulikan sensitiviti budaya dan agama etnik lain mampu membawa padah. Jurang pemahaman yang dalam tentang budaya etnik lain menyebabkan berlakunya pertembungan. Jurang itulah juga yang kemudiannya menimbulkan sentimen negatif, termasuk prasangka, diskriminasi, kesendengan, stereotaip, etnosentrisme dan rasisme. Perkembangan, malah tanggapan dan pandangan dunia seseorang dan sesuatu etnik, banyak dibentuk dan dipengaruhi oleh sistem dan budaya persekitaran. Mikrosistem etnik dan individu mempengaruhi norma, nilai dan amalannya. Nilai, norma, kepercayaan, dan budaya sesuatu etnik dalam masyarakat pelbagai kaum, seperti di negara ini, yang dipisahkan oleh pelbagai faktor, termasuk sistem persekolahan, media massa dan kawasan perumahan, serta tempat kerja, tidak memungkinkan sesuatu etnik benarbenar memahami budaya etnik lain. Sistem pemahaman dan kelakuan yang biasa bagi sesuatu etnik dianggap tidak biasa, malah 9


Foto: www.skyscrapercity.com

Kepesatan pembangunan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak terus memegang dan menghayati budaya tempatan.

bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh orang Kristian, hal ini telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan dalam kalangan penganut Kristian. Semua pihak mengakui bahawa berbeza daripada keadaan di Semenanjung, hubungan etnik di Sabah dan Sarawak begitu harmoni. Sabah dengan 32 etnik dan Sarawak 27 etnik, yang terdiri daripada pelbagai agama, menyaksikan hubungan etnik yang harmoni, serta aman damai untuk sekian lama. Keadaan sedemikian harus dipertahankan, sekali gus menjadi contoh kepada pihak tertentu di

Jurang pemahaman yang dalam tentang budaya etnik lain menyebabkan berlakunya pertembungan. Jurang itulah juga yang kemudiannya menimbulkan sentimen negatif, termasuk prasangka, diskriminasi, kesendengan, stereotaip, etnosentrisme dan rasisme. Perkembangan, malah tanggapan dan pandangan dunia seseorang dan sesuatu etnik, banyak dibentuk dan dipengaruhi oleh sistem dan budaya persekitaran. menyinggung perasaan bagi etnik lain. Kelakuan sosial seseorang atau sesuatu etnik berasal daripada budayanya. Inilah yang menjadi punca utama berlakunya pertembungan budaya yang tajam. Penduduk di Sabah dan Sarawak, misalnya, agak tersentak dengan kenyataan dan perbuatan beberapa pihak yang berkaitan dengan agama dan amalan budaya di negara ini. Perbuatan merosakkan kain rentang “Selamat Hari Krismas�, ancaman membakar kitab Injil, dan kenyataan bahawa orang Islam tidak boleh mengucapkan Happy Christmas, bagi penduduk pelbagai etnik di Sabah dan 10

Sarawak, memang sesuatu yang tidak munasabah dan di luar daripada amalan dan kebiasaan mereka. Pada hakikatnya, semua itu berlaku dan diucapkan di sebalik isu kontroversi kalimah Allah yang sudah berlarutan untuk sekian lama. Kontroversi yang berkaitan dengan isu agama dan budaya tidak mendatangkan keuntungan dari segi keharmonian hubungan etnik dan kesejahteraan hidup di negara ini. Dalam kalangan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak, kalimah Allah telah lama digunakan dalam Bible. Jadi, apabila terdapat arahan dan keputusan mahkamah

Semenanjung. Berlakunya hubungan yang harmoni itu, meskipun masyarakatnya lebih kompleks, kerana kesedaran betapa pentingnya mereka saling menghormati budaya etnik lain. Pertembungan budaya dan peradaban Barat dengan Timur bukan sekadar membabitkan pertembungan nilai pemikiran dan budaya, tetapi juga pencerobohan dan peperangan. Pertembungan tidak berlaku andainya budaya yang mempengaruhinya tidak menerima tentangan daripada budaya yang dipengaruhi. Pertembungan budaya dapat ditakrifkan sebagai konflik yang tercetus ekoran daripada interaksi dalam kalangan golongan atau Dewan Budaya Bil. 2/2015


individu yang mempunyai nilai dan kepercayaan budaya dan agama yang berbeza. Konflik daripada interaksi tersebut meletakkan mereka dalam keadaan tidak selesa, malah serba salah. Jika dibiarkan, konflik hasil daripada pertembungan budaya itu mampu mencetuskan ketegangan dalam hubungan sehingga menjejaskan kesepaduan sosial. Pertembungan budaya berlaku kerana sesesuatu kumpulan atau individu menanggapi dan melihat sesuatu kenyataan, perbuatan, atau perlakuan dari perspektif budaya, sejarah, dan amalan harian mereka. Mereka biasanya terkejut melihat sesuatu yang bertentangan dan tidak serasi dengan budaya yang menjadi amalan harian mereka. Apabila harapan golongan berkenaan terhadap perlakuan individu lain bercanggah dengan amalan budaya mereka, maka akan berlaku konflik.

Pada hakikatnya, sejarah, budaya, dan latar belakang yang berbeza itu telah menyebabkan sesuatu kumpulan atau etnik tumbuh dan membesar dengan nilai, norma, dan kepercayaan tertentu. Tidak mudah untuk meleraikan konflik yang timbul daripada pertembungan budaya, lebih-lebih lagi jika kedua-dua pihak cuba menegakkan benang masing-masing. Tentu hubungan etnik dan budaya bertambah rumit jika masing-masing pihak tidak mahu mengalah atau tidak mahu memahami perspektif pihak lain. Pihak yang terbabit mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang berlainan dan mereka berpegang teguh pada kepercayaan tersebut. Inilah yang menjadi punca masalah. Konflik budaya bertambah buruk apabila media, terutama media sosial, memperbesarbesarkannya. Samuel P. Hutington menyatakan bahawa identiti agama dan budaya menjadi punca utama konflik

selepas pasca-Perang Dingin. Michelle LeBaron percaya bahawa budaya yang berbeza merupakan “sungai di bawah tanah yang mengalir dalam kehidupan dan hubungan kita, memberi kita mesej yang membentuk persepsi, sikap, penilaian, dan idea tentang diri dan orang lain.� Apakah pendekatan terbaik untuk mengelakkan pertembungan dan seterusnya konflik budaya dan agama? Sikap sensitif terhadap perasaan etnik lain perlu disemai sejak kecil. Kanak-kanak di negara kita perlu didedahkan kepada ajaran agama, kepercayaan dan pantang larang, budaya, serta larangan dan hukum halal haram agama lain. Hidup di bawah satu langit yang sama tidak memberikan jaminan, secara automatik, bahawa masyarakat pelbagai etnik di negara ini faham akan budaya dan agama etnik lain. Kita tidak boleh lagi mengambil sikap mengandaikan bahawa

Sabah dan Sarawak boleh dijadikan contoh sebagai negeri yang berjaya menyatupadukan rakyatnya walaupun mempunyai kumpulan etnik yang pelbagai.

Dewan Budaya Bil. 2/2015

11


etnik lain akan menghormati budaya dan agama lain. Undang-undang yang berkaitan dengan hasutan dan fitnah bukan jawapannya, pada jangka panjang. Meskipun tidak dinafikan pemahaman tentang implikasi melanggar undangundang dan akta tersebut penting, yang jauh lebih penting ialah betapa pentingnya mereka memahami dan menghormati budaya etnik lain. Akhirnya penentuan wujudnya hubungan budaya yang harmoni antara masyarakat pelbagai etnik di negara ini banyak ditentukan oleh pemahaman yang mendalam tentang budaya dan etnik lain. Pemahaman sahaja tidak memadai kerana pemahaman tanpa rasa hormat dan sikap toleran tidak akan membawa mereka ke manamana. Pada hakikatnya, penduduk terbabit perlu sedar bahawa mereka perlu menjaga perasaan etnik dan agama lain kerana mereka hidup dalam keadaan yang saling bergantung. Tidak mungkin mereka menyinggung perasaan penganut agama dan budaya lain kerana ada daripada ahli keluarga rapat mereka menganut agama terbabit. Bukanlah sesuatu yang luar biasa jika ada ahli keluarga yang menganut agama Kristian, Islam, dan kepercayaan lama, tetapi mereka hidup saling menghormati, di bawah satu bumbung. Perkahwinan campur antara agama dan etnik sesuatu yang lumrah, dan amalan ini menyumbang kepada kesepaduan sosial yang utuh. Amalgamasi atau kahwin campur merupakan antara jalan terbaik bagi mengelakkan konflik budaya dan agama meskipun biasanya akan berlaku kejutan 12

dan pertembungan budaya dan agama pada peringkat awal. Akamodasi penting diamalkan kerana melaluinya, setiap kumpulan etnik tentu sedar akan hakikat betapa pentingnya mereka menghormati norma dan nilai etnik lain. Dengan adanya kesedaran tersebut, setiap kumpulan etnik akan berusaha untuk menyesuaikan diri dalam keadaan pelbagai budaya agar mereka dapat hidup aman damai dan saling menghormati dan menyayangi. Tentu akan lebih menarik lagi jika proses akulturasi berlaku secara meluas di negara ini. Melaluinya, proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu budaya lain yang berbeza akan berlaku. Perkara sedemikian membantu usaha merapatkan perbezaan budaya kerana melalui proses akulturasi, unsur daripada budaya lain yang berbeza akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Puncak daripada segala proses tersebut tentunya asimilasi apabila sesuatu etnik atau kelompok yang berlainan menjadi satu dalam kesatuan sosial sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama sehingga masyarakat menjadi semakin homogen. Asimilasi budaya berlaku apabila kumpulan minoriti mempelajari dan mengamalkan ciri budaya masyarakat tuan rumah, seperti makanan, bahasa, pakaian dan adat resam. Dalam hubungan ini, keduadua pihak terbabit, termasuk keluarga masing-masing, perlu bersedia untuk berkompromi dan bertolak ansur. Mereka perlu memberitahukan amalan

dan pantang larang dalam budaya masing-masing bagi mengelakkan salah faham dan seterusnya konflik yang mampu membawa kesan negatif, termasuk perceraian. Konflik yang tercetus kerana kegagalan perkahwinan membabitkan dua budaya dan agama yang berbeza bukanlah asing di negara ini. Misalnya, apabila terjadi konflik dalam hubungan perkahwinan antara individu yang memeluk agama Islam sebelum mengahwini pasangan Islam, ketegangan bukan sahaja berlaku dalam kalangan keluarga tersebut, tetapi melimpah dalam masyarakat. Konflik tersebut perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak harus dieksploitasi oleh pihak berkepentingan, sehingga dijadikan sebagai isu kaum dan agama. Pandangan dan sikap ekstrem dari segi budaya dan agama tidak boleh dibiarkan menyusup dalam masyarakat kita jika kita ingin menjamin kelangsungan bangsa. Sebelum bibit negatif itu berkembang, tindakan tegas perlu diambil untuk menyekatnya daripada bermaharajalela. Kenyataan dan tindakan melampau, dengan menganggap bahawa hanya agama dan kaum sendiri yang benar, betul, dan berhak di negara ini, hanya mendatangkan kemusnahan dan kehancuran kepada negara ini. Kita perlu saling bertolak ansur dan menghormati agama, budaya, dan kepercayaan etnik lain, dan mengelakkan diri daripada menyinggung perasaan mereka. Konflik budaya tercetus kerana kegagalan kita memahami dan menghormati ajaran dan upacara agama dan budaya etnik lain. Kita perlu menghindarkan diri daripada mengeluarkan Dewan Budaya Bil. 2/2015


kenyataan yang provokatif dan emotif tentang budaya dan agama lain. Inilah ramuan untuk menjamin kesepaduan sosial dan kelangsungan bangsa. Sesungguhnya kita perlu mencari titik pertemuan, dan bukannya titik perbezaan, dari segi hubungan budaya dan agama di negara ini. Kefahaman dan perlakuan beragama dan berbudaya mampu memisahkan atau membina, meruntuhkan atau membangunkan, hubungan sesama penganut agama dan pengamal budaya dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Usaha untuk saling memahami dan mengamalkan budaya lain, asalkan tidak bertentangan dengan akidah, perlu digalakkan jika kita benarbenar mahu meruntuhkan tembok pemisah budaya pelbagai etnik. Jika agama dan budaya dipolitikkan, maka jalan ke arah konflik akan semakin ternganga. Dalam suasana budaya dan agama, yang memang sensitif kepada setiap etnik dan agama, jika diwacanakan dengan cara yang tanpa mempedulikan sensitiviti, maka jalan dan jambatan budaya dan agama yang dibina akan menuju konflik dan ketegangan yang tidak berkesudahan. Tidak ada etnik atau pengamal agama yang mahu melihat agama dan budaya mereka dihina dan diperlekeh. Semua agama dan budaya menganjurkan kedamaian dan keharmonian. Nilai terbaik daripada setiap agama dan budaya perlu disebarkan untuk mengelakkan konflik dan ketidakstabilan sosiopolitik yang akhirnya merugikan semua pihak. Potensi agama dan budaya sebagai tali pengikat dalam hubungan etnik perlu diteroka. Dewan Budaya Bil. 2/2015

Kepekaan kepada budaya dan agama etnik lain perlu sentiasa diamalkan, dengan masingmasing saling berusaha untuk benar-benar memahami nilai, norma, kepercayaan, dan budaya pelbagai etnik di negara ini. Kita tidak boleh membiarkan aliran masa dan sejarah menentukannya. Kita sendiri perlu mengambil langkah dan tindakan konkrit ke arah merapatkan jurang perbezaan budaya dan agama jika kita tidak mahu jurang terus melebar dan akhirnya segregasi terus berlaku. Dalam konteks kehidupan pada hari ini, sebagai ekoran penghijrahan dari luar bandar ke bandar dan kawasan perumahan yang semakin terbuka kepada semua etnik, atas dasar kemampuan daya beli, masyarakat pelbagai etnik semakin terdedah kepada etnik lain. Dalam keadaan sedemikian, dapat dikatakan bahawa semakin banyak kawasan perumahan yang didiami masyarakat pelbagai etnik. Kawasan kediaman satusatu etnik semakin berkurangan, terutama di kawasan petempatan baharu di kota dan bandar di negara ini. Apakah pilihan mereka jika mereka mahu hidup aman damai? Mereka sebenarnya tidak mempunyai pilihan, melainkan saling mengenali dan menghormati nilai, norma dan budaya etnik lain. Mereka tidak boleh menjadi sebuah pulau yang terpisah dan terasing. Sebaliknya sesuai dengan kehidupan bermasyarakat, mereka perlu melakukan interaksi dengan sungguh-sungguh. Oleh sebab mereka berada dalam persekitaran sosial, yang memungkinkan mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi, bertembung

dan bertemu, sama ada di gelanggang permainan, padang bola sepak, dewan masyarakat ataupun pusat beli-belah, dan pelbagai acara rasmi dan tidak rasmi, mereka perlu bertolak ansur. Banyak nilai kemanusiaan dan kebudayaan yang dapat dikongsi dan mampu mengikat individu daripada pelbagai latar belakang budaya, agama, dan kepercayaan untuk hidup bersama dalam keadaan yang selesa. Mereka perlu bersikap rasional bahawa keharmonian, kedamaian, kemakmuran, dan kestabilan hanya dapat dinikmati jika mereka bersedia untuk saling memahami, mempelajari, dan mengerti budaya etnik lain. Mereka harus mengelakkan diri daripada sikap etnosentrisme atau taasub kepada budaya sendiri. Kepercayaan atau rasa bangga bahawa budaya dan keetnikan sendiri yang paling baik berbanding dengan budaya dan keetnikan lain tidak akan membawa kerosakan kepada hubungan etnik. Kita tidak harus mengukur dan menilai budaya dan kumpulan etnik lain berdasarkan kedudukan, nilai, dan kaca mata etnik sendiri. Oleh itu, kesedaran dan sensitiviti terhadap ruang peribadi dan ruang sosial perlu diteliti bagi memungkinkan wujudnya peluang pelbagai etnik dan agama bergerak ke arah persefahaman budaya. Hanya dengan persefahaman dan pengertian mendalam tentang budaya etnik lain, kita akan dapat mengelakkan pertembungan budaya dalam hubungan etnik di negara ini. Inilah kunci untuk mengelakkan konflik budaya, dan seterusnya menjamin kesepaduan sosial di negara ini. DB 13


FOKUS

OLEH: NIK ADZRIEMAN ABD. RAHMAN FOTO: PENULIS

g n a d a P Lain g n a l a l e B n i a L 14

Dewan Budaya Bil. 2/2015


M

emilih bumi Inggeris untuk melanjutkan pelajaran merupakan tindakan yang bukan mudah apabila kita bukan hanya perlu memikirkan perihal perjalanan pelajaran, malah turut memikirkan wujudnya konsep silang budaya yang akan dilalui selama berada di negara mereka. Perjalanan penulis dari Malaysia ke United Kingdom melalui Amsterdam, yang mengambil masa kira-kira 20 jam pada awalnya, telah memaksa penulis memikirkan 1001 persoalan tentang perkara yang meliputi aspek kehidupan dan pelbagai corak budaya yang akan dihadapi. Perdebatan sering meletakkan budaya Barat lebih condong ke arah negatif, sementara budaya yang datangnya dari negara sendiri lebih berat ke arah yang positif. Pengalaman menuntut ilmu serta peluang menyelami budaya Barat merupakan pengalaman yang amat manis untuk dikongsi bersama.

Peribahasa Melayu ada menyebut perihal hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri. Peluang menimba dan menuntut ilmu di luar negara dianggap sebagai peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang menyimpan hasrat untuk menjelajah dan melihat dunia ilmu dengan skala yang lebih luas. Pengalaman selama hampir empat tahun berkelana di England dan menuntut di University of Hull cukup memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup penulis. Banyak juga perbahasan yang menyentuh budaya yang datangnya dari Barat lebih kepada budaya kuning. Yang dapat kita lihat, secara asasnya, ialah budaya itu berakal umbi dari aspek agama yang kita pegang; agama yang berbeza melahirkan amalan budaya yang berbeza. Amalan budaya yang dipegang juga menjadi warisan turun-temurun daripada beberapa generasi. Ada banyak gambaran dan pandangan ahli sarjana tentang budaya Barat. Salah satu ungkapan yang terkenal datangnya daripada As Syahid Syed Qutb: apabila aku ke Barat, aku melihat Islam tanpa Muslim, sementara apabila aku ke Timur, aku melihat Muslim tanpa Islam. Sebagai orang yang berfikir secara rasional dan profesional, setiap bangsa akan membawa satu identiti pegangan budaya yang berbeza. Perbezaan antara dua atau lebih budaya sememangnya mewujudkan konflik dalam masyarakat. Dalam perkongsian pengalaman selama menetap di bumi England, penulis cuba berkongsi maklumat tentang amalan dan budaya hidup masyarakat di England yang mempunyai perbezaan yang ketara daripada budaya kita di Malaysia. Dewan Budaya Bil. 2/2015

Budaya negatif tetap wujud di manamana, namun yang perlu ialah pendirian serta tanggungjawab kita untuk menerima atau menolak sesuatu budaya itu sendiri. Budaya Barat dan Timur sinonim dengan budaya positif dan negatif, namun terlalu subjektif untuk dinilai dari sudut satu budaya sahaja. Kepercayaan, nilai, dan tingkah laku yang berbeza sememangnya mengundang pertembungan budaya yang datang dari kawasan dan latar hidup yang berlainan. Tidak dapat dinafikan bahawa pegangan agama menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi kebiasaan hidup yang kita pilih dan amalkan.

Budaya Memberikan Ucapan Salam, Doa dan Sikap Berterus Terang

Yang paling menarik dan dirindui sesudah pulang dari England ialah ucapan salam dan doa pada setiap hari yang kita terima daripada rakan dan orang sekeliling yang kita temui. Setiap kali melangkah ke luar rumah dan apabila kita berjumpa dengan sesiapa di luar rumah, pasti ada sapaan yang bertanyakan sama ada kita sihat ataupun tidak, sama ada kita memerlukan bantuan ataupun sebaliknya. Ucapan yang lazim kita terima ialah how are you today?, are you alright?, are you OK?, have a good day, good morning darling atau good morning sweety. Sesungguhnya ucapan sebegitu teramatlah manis untuk didengar. Ucapan serta doa bukan sahaja kita dengar daripada rakan di sekeliling rumah, bahkan ketika berada di kaunter kerajaan, ketika membayar barang di gedung beli-belah atau 15


Walaupun berlainan agama dan cara hidup, hal ini tidak membataskan seseorang itu untuk memahami budaya di tempat lain.

di mana-mana sahaja yang memerlukan kita berurusan dengan kakitangan lain. Sebelum memulakan sebarang urusan di kaunter kerajaan atau swasta, ayat pertama yang keluar daripada mulut petugas are you alright? dan pastinya dibalas dengan ayat I am OK and how about you?. Meskipun dianggap biasa-biasa sahaja, perbualan itu mewujudkan hubungan yang baik ketika melakukan urusan. Yang dapat diperhatikan ialah budaya yang mudah sebegitu menyebabkan kedua-dua individu itu sangat berpuas hati dan gembira melakukan tugas masing-masing. Amat mudah untuk bertanyakan khabar. Ada juga yang bertanyakan keadaan keluarga kita, sama ada sihat ataupun tidak. Kadangkadang terfikir bahawa ketika berada berada di Malaysia, amat sukar untuk kita dengar ucapan sedemikian yang datang daripada juruwang atau kakitangan kerajaan dan swasta di kaunter tempat kita berurusan pada setiap hari. Sekiranya kita menghulurkan bantuan, pastinya apa-apa yang kita lakukan dibalas dengan ucapan thanks a lot and I really appreciate it. Apabila mendengar ucapan sedemikan, kita rasa dihargai dan berusaha melakukan kebaikan pada masa yang akan datang. Budaya berbudi bahasa 16

sememangnya memberikan makna yang lebih mendalam, sekali gus memotivasikan budaya sifat suka membantu antara satu sama lain. Budaya berterus terang juga menjadi amalan yang patut dipuji meskipun amat sukar untuk diterima. Masyarakat Barat, khususnya, suka dan mudah untuk menyebut I am not happy, I don’t like you, you are so brilliant, atau you are fantastic. Jika diperhatikan, masyarakat Barat suka menyuarakan isi hati mereka secara berterus terang tanpa berselindung. Adakalanya kita sukar menerima suara hati daripada orang lain tentang diri kita. Sebenarnya melalui budaya suka berterus terang, kita tahu akan kelebihan serta kelemahan diri kita dan kedua-duanya boleh membantu kita memperbaik diri kita.

Budaya Hidup dalam Keluarga Inggeris

Keluarga pertama yang memilih penulis sebagai ahli keluarga mereka ialah pasangan suami isteri Collin, Paul dan Sarah. Mereka guru muzik di sebuah sekolah di pinggir Hull. Pengalaman menjadi ahli keluarga mereka selama setahun telah mendedahkan penulis kepada amalan budaya dalam kehidupan harian mereka. Hidup berkeluarga dan

amalan hidup berkasih sayang diterapkan sejak awal lagi dan hubungan kekeluargaan amat diberi penekanan. Kanak-kanak seawal bayi akan mula didik dengan sempurnanya. Ibu bapa memberikan tumpuan yang lebih ketika membesarkan anak. Budaya berkomunikasi menjadi aspek utama yang ditekankan sejak bayi lagi. Penulis melihat ibu bapa mula bercakap dengan bayi dengan bahasa yang betul meskipun bayi mereka belum mampu bercakap. Budaya ini diteruskan sehingga anak mereka memasuki sekolah. Pada kebiasaannya, perbualan yang penulis perhatikan menjelaskan perkara yang betul dan salah. Budaya untuk memberikan kefahaman tentang apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka memang perlu. Ibu bapa juga mempunyai budaya berusaha memahami apa-apa yang disuarakan oleh anak mereka. Ibu bapa sesungguhnya amat menghargai setiap pandangan dan suara hati anak mereka. Di samping kasih sayang, elemen penghargaan turut menjadi budaya semula jadi dalam keluarga mereka. Ucapan, seperti I love you, you are so clever, thanks you for listening me, dan I am so proud of you, sering ada untuk anak mereka. Dewan Budaya Bil. 2/2015


Pengalaman berada di negara orang harus diambil dari sudut positif demi meningkatkan motivasi diri.

Keakraban dalam kekeluargaan juga terpancar apabila pada waktu makan, semua anak mereka duduk makan bersamasama dan berkongsi makanan yang ada. Seperti dalam didikan setiap agama, doa dibaca sebelum menjamah makanan. Budaya untuk tidak makan pada waktu lain, selain waktu makan, juga ditekankan untuk memastikan anak mereka tidak mengamalkan budaya makan yang kurang baik atau sistematik. Amalan bercerita sebelum waktu tidur juga dilakukan selepas makan. Setiap anak seperti telah terbentuk budaya apabila pada setiap malam, mereka membawa buku cerita masing-masing untuk meminta ibu membaca cerita untuk mereka. Setelah selesai semua aktiviti, maka anak tidur tanpa dipaksa. Meskipun masih muda pada usia dua tahun, semua patuh dengan peraturan dan seolah-olah menjadi budaya yang diamalkan turun-temurun. Anak dapat tidur dengan secukupnya dan aktif sihat pada keesokannya.

Budaya Ilmu di Universiti

Menuntut di universiti yang terdiri daripada pelbagai bangsa turut memperlihatkan betapa sistem pendidikan di United Kingdom lebih bersifat terbuka. Yang Dewan Budaya Bil. 2/2015

dapat dilihat ialah tidak wujud jurang antara pensyarah dengan pelajar. Tiada istilah pangkat atau kedudukan di universiti. Semua menggunakan panggilan nama ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Yang dapat dilihat dalam budaya ilmu di universiti, jawatan profesor atau bukan profesor sama. Pensyarah dan pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dan ilmu. Kita tidak perlu terikat untuk memanggil pensyarah kita dengan panggilan doktor, tetapi cukup dengan nama. Nama menyebabkan pelajar dan guru lebih mesra. Pertemuan pelajar dan pensyarah juga tidak hanya terhad di bilik kuliah atau bilik pensyarah, namun dapat dilakukan di kedai kopi dan di pusat hiburan. Budaya ahli akademik yang lebih suka gaya bersantai menyebabkan mereka mudah untuk berbincang tentang pelajaran di mana-mana tempat. Pensyarah juga tidak takut untuk meminta pandangan dan idea pelajar sekiranya mereka kurang arif mengenai sesuatu isu. Sering kali penulis diminta mengulas dan menjelaskan isu yang yang melibatkan negara Asia. Meskipun mereka mudah mendapatkan maklumat melalui internet, budaya menghargai setiap pandangan pelajar menyebabkan ahli akademik lebih suka menerima pandangan atau informasi

daripada pelajar yang datang dari negara berkenaan. Budaya menghargai apa-apa sahaja tugasan yang dilakukan oleh pelajar juga menjadi amalan oleh tenaga akademik. Pelajar diajar agar berani melontarkan idea dan buah fikiran. Budaya bersuara juga sudah dipupuk di bilik kuliah. Sekiranya pelajar tidak bersetuju dengan idea pensyarah, maka mereka dengan lantangnya akan menyuarakan pendapat mereka. Melalui pemerhatian dan perbincangan di Malaysia, peratusan pelajar yang mempunyai budaya sebegini masih rendah dan perlu diberi motivasi untuk menguatkan lagi potensi yang ada dalam diri pelajar.

Budaya Hidup Berjiran

Mengingati kenangan hidup berjiran menyebabkan penulis terasa rindu dengan kehidupan dan semangat kejiranan yang ada dalam kalangan masyarakat Barat. Budaya menghormati jiran tetangga amat diutamakan. Setiap hari dan seawal pukul 6.00 petang, setiap rumah di England keseluruhannya mula sunyi sepi kerana setiap isi rumah meminimumkan bunyi agar tidak mengganggu jiran tetangga. Selain sikap bertolak ansur, unsur ketegasan juga dititikberatkan.

17


Sekiranya berlaku gangguan dari mana-mana rumah, mereka akan mengunjungi rumah tersebut untuk menegur penghuninya secara baik dan berhemah agar menghentikan segala bunyi atau perlakuan yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Apa-apa yang berlaku terhadap jiran juga menjadi keutamaan kepada jiran tetangga. Sekiranya berlaku sesuatu yang mencurigakan, pihak pertama yang dihubungi ialah polis. Hal ini dilakukan untuk memastikan keharmonian dalam semangat kejiranan dapat diteruskan. Perbicaraan mengenai sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang disabitkan kesalahan mendera anak mereka di Sweden juga bukan sesuatu yang pelik bagi sesiapa yang pernah tinggal di negara maju kerana hak kanak-kanak amat diutamakan. Sekiranya ada unsur penderaan terhadap kanak-kanak, jiran tetangga akan menghubungi polis. Budaya sebegini sepatutnya dipupuk untuk mengurangkan kadar jenayah yang melibatkan kanak-kanak serta anggota jiran tetangga kita. Di Malaysia, jika kita masih ingat, kerajaan cuba menerapkan budaya ini dalam kalangan masyarakat sehingga wujud slogan “Anakmu Anakku� yang menitikberatkan sikap mengambil perhatian tentang apaapa yang berlaku kepada anak jiran tetangga.

Budaya Peniaga di Pasar Raya

Budaya dan peraturan dalam perniagaan di gedung beli-belah turut menarik perhatian penulis. Konsep peniagaan mengutamakan hak pengguna. Hak pengguna seakan-akan menjadi budaya beli-belah sewaktu jualan murah sehingga penuh troli 18

dan memulangkannya setelah beberapa hari dibeli. Musim jualan murah dan budaya beli-belah Barat jauh berbeza daripada yang berlaku di negara kita. Perbezaan budaya beli-belah ini sebenarnya datang daripada peraturan yang dikenakan kepada pengguna. Di United Kingdom, pembeli boleh memulangkan barang yang dibeli dalam tempoh 30 hari. Pada kebiasaannya, pembeli memulangkan barang yang kurang memuaskan sepanjang tempoh yang dibenarkan. Budaya sebegini tidak mungkin terdapat di Malaysia kerana barang yang telah dibayar tidak dibenarkan untuk dipulangkan. Peraturan ini sebenarnya datang daripada budaya masyarakat itu sendiri sebenarnya. Budaya yang wujud ialah budaya saling mempercayai selain penekanan budaya kejujuran. Tanpa adanya dua aspek ini dalam diri masyarakat, maka peraturan yang membenarkan pembeli mengembalikan barang yang dibeli dalam tempoh 30 hari tidak dapat dilakukan.

Budaya Menyambut Musim Perayaan

Suasana sambutan hari perayaan nampak perbezaannya yang ketara di United Kingdom. Suasana perayaan utama di United Kingdom, iaitu Krismas, memperlihatkan perbezaan budaya dari segi sambutannya. Tiada bunyi mercun atau percikan bunga api. Segalanya berlaku dalam keadaan tenang dan harmoni. Pengalaman penulis bersamasama keluarga angkat di daerah Skipton, pekan kecil yang terletak tidak berapa jauh dari Manchester, memberikan gambaran betapa pentingnya hubungan kekeluargaan. Segala persiapan

dilakukan hanya untuk keluarga mereka dan rakan terdekat sahaja. Di Malaysia, setiap perayaan disambut dengan sistem rumah terbuka. Persediaan sambutan di United Kingdom juga tidak semeriah di Malaysia. Pada tahun pertama di England, penulis teruja untuk melihat suasana sambutan hari perayaan, namun semuanya seolah-olah umpama mitos sahaja. Sehari sebelum musim perayaan Krismas, keluarga hanya sibuk mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk kaum keluarga yang bertandang. Pada hari yang dinantikan, aktiviti hanyalah acara makan dan saling memberikan ucapan Merry Christmas. Budaya bersederhana dan berjimat cermat jelas dapat dilihat pada setiap musim perayaan. Yang dapat dilihat ialah budaya menyambut hari perayaan lebih bersifat sederhana dan masyarakat tidak memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk meraikannya. Di pusat beli-belah juga, hiasan tidak semeriah di Malaysia; cukuplah sekadar kain rentang dan lagu untuk sambutan hari Krismas.

Budaya Membeli dan Menjual Barangan Terpakai

Jualan but kereta menjadi kegilaan masyarakat Britain pada setiap hujung minggu. Di setiap pelosok negeri, daerah dan bandar, pasti wujud pusat tersebut, yang menjadi medan pertemuan antara penjual dengan pembeli yang dilakukan di kawasan tanah lapang. Biasanya penjual terdiri daripada individu yang memiliki barang keperluan harian yang tidak digunakan lagi, tetapi masih dalam keadaan baik. Sesetengah barang masih baharu. Dewan Budaya Bil. 2/2015


Dalam senario ini, kita dapat melihat budaya pemilikan barang yang berbeza dalam kalangan masyarakat Barat. Meskipun bukan semua, kebanyakannya memiliki dan menjaga barang milik peribadi dengan baiknya. Ada penjual yang seolah-olah cuba memberi barang keperluan asas, seperti pakaian, peralatan dapur, buku, peralatan sukan, dan perhiasan, secara percuma. Yang dapat dilihat ialah biasanya penduduk England tidak menggunakan perabot dalam jangka masa yang lama. Mereka menjual dan mendapatkan perabot baharu untuk kepuasan sendiri. Oleh sebab saiz rumah yang tidak terlalu besar, mereka menjual perabot yang sedia ada untuk menempatkan perabot baharu. Budaya menjaga dan menjual barangan terpakai menjadi amalan turun-temurun.

Budaya Membaca di Tempat Awam

Di negara maju, termasuklah England, membaca menjadi kebiasaan masyarakatnya. Di mana-mana kawasan di Britain, di semua tempat awam, termasuklah perhentian bus, kaki lima dan taman bunga, setiap individu mempunyai bahan untuk dibaca sementara menunggu sesuatu. Paling tidak pun, ada yang bermain soduku untuk menghilangkan rasa bosan ketika berada dalam keretapi sementara untuk sampai di destinasi yang ditujui. Orang luar yang kurang biasa melihat situasi ini sudah pasti berasa janggal apabila berada dalam kelompok yang mempunyai budaya membaca berbanding dengan duduk sahaja tanpa melalukan apa-apa perkara yang berfaedah. Budaya ini telah dipupuk sejak bayi lagi. Inilah kesan apabila pada setiap hari, ibu bapa membaca buku untuk anak mereka sebelum tidur. Dewan Budaya Bil. 2/2015

Budaya Saling Membantu dan Menghormati

Budaya bantu-membantu seolah-olah sudah sebati dalam masyarakat. Setiap individu amat prihatin jika ada insan lain berada dalam kesusahan. Dalam menjalani kehidupan harian, pasti kita dapat melihat individu membantu orang tua membawa barang serta memimpin mereka ketika waktu salji tatkala jalan semuanya amat licin dan banyak orang yang tergelincir. Ketika berada di kaunter juga, tidak wujud istilah memotong barisan dan semua menghormati peraturan yang disediakan. Sekiranya hadir individu yang tidak bertanggungjawab dan amat jarang-jarang berlaku, semua individu di situ akan menegurnya dan memberitahukan kesalahan yang di lakukan. Budaya tegurmenegur juga menjadi amalan dalam masyarakat Britain. Oleh itu, semua pihak cuba bertindak mengikut norma yang diharapkan. Masyarakat England dianggap beruntung kerana kerajaannya mampu menyediakan kemudahan kepada golongan kurang upaya. Daripada kemudahan bas yang dapat diubah ketinggian tangga kepada jalan seterusnya yang ruangan khas disediakan, budaya mengutamakan golongan kurang upaya masih dititkberatkan. Oleh hal yang demikian, golongan kurang upaya berasa bahawa mereka tidak pernah tersisih daripada kelompok masyarakat normal. Dalam aktiviti pemanduan di jalan raya juga, budaya mematuhi peraturan yang ditetapkan amat diberi perhatian. Sebagai contohnya, mematuhi had laju 20 kilometer sejam, 50 kilometer sejam atau 80

kilometer. Tiada juga istilah berebut-rebut ketika berada di jalan raya. Setiap pemandu cuba memberikan laluan kepada pemandu lain sekiranya berada dalam situasi jalan sempit atau tiada lampu isyarat. Budaya tidak mengutamakan diri sendiri amat ketara dalam aspek ini. Individu yang diberi laluan lebih dahulu secara atomatik akan melambaikan tangan tanda sebagai ucapan terima kasih. Memang seronok ketika melakukan kebaikan di atas jalan raya. Selama memandu di England, penulis sentiasa cuba memberikan laluan kepada orang lain kerana wujud perasaan gembira dan dihargai apabila setiap kali berbuat baik, kita mendapat lambaian terima kasih yang pastinya memberikan motivasi kepada kita untuk melakukan perkara yang sama untuk hari-hari seterusnya. Inilah budaya yang terpupuk dan kerajaan tidak perlu membuat iklan, menulis sepanduk dan mengadakan kempen kesedaran. Penerapan silang budaya sememangnya amat menarik untuk dikaji, sekali gus dikongsi bersama. Sesungguhnya tidak semua budaya yang diamalkan oleh masyarakat Barat itu negatif untuk kita orang Timur dan tidak semua amalan budaya kita di negara Timur terbaik untuk kita. Peluang untuk menjelajah benua lain sebenarnya memberikan gambaran yang lebih luas tentang cara silang budaya mampu memperbaik keadaan, sekali gus memberikan input baharu terhadap budaya yang kita amalkan sejak turun-temurun. Walau apa-apa cara sekalipun, pegangan agama semestinya menjadi tulang belakang sesuatu budaya yang hendak dipraktikkan. DB 19


KEMBARA SEORANG PENYAIR OLEH: MUHAMMAD HAJI SALLEH FOTO: PENULIS

Kuil dan n a a j a r e K

i b m a J g

yang Besar tetapi a j a h a s r Be 20

D

alam perjalanan selama 12 jam dari Pekanbaru ke Jambi (melainkan dua jam pertamanya), kami melalui laut sawit dan kampung baharu yang dinaungi daun palma ini. Ini perjalanan yang panjang dalam laut sawit yang sangatlah luas – sekiranya dihitung semuanya, mungkin hampir separuh dari Semenanjung panjangnya. Hal ini membuatkan kita memimpikan hutan asalnya dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang sudah lenyap di bawah permukaan tanah atau dibawa ke kilang untuk dipotong sebagai tiang dan papan lapis. Dua puluh tahun yang lalu, saya melewati jalan yang sama. Pada waktu itu, hutan sedang dibakar, tunggulnya berasap dan menyesak pernafasan. Sawit belum ditanam. Sekarang inilah persekitarannya. Dewan Budaya Bil. 2/2015


Muzium Kraf Tangan, yang dibina di atas tiang, di tebing Sungai Hari.

Pencinta alam akan rusuh mendengar cerita begini, dan saya juga. Ke manakah perginya kancil, rusa dan tenggiling, seladang, harimau dan gajah, dan biawak, ayam hutan dan babi, dan 100 jenis lainnya? Namun demikian, kata penerima manfaatnya, ada satu akibat baiknya – penduduk di sini sudah mendapat rezeki yang lebih besar dan teratur – ini diterjemahkan seperti biasa dalam rumah yang terbuat daripada simen, dengan kereta atau motosikal di hadapannya. Jalannya sudah baik, tetapi rosak di tujuh buah tempat kerana lori mengangkut sawit. Inilah juga salah satu sebab perjalanan itu begitu lama sekali. Kami melintas (Sungai) Batanghari di kota Jambi pada malam hari. Cahaya langit sudah kelabu, tetapi lampu di jambatan dan di kedua-dua tebingnya membuatkan kita berasa lega, dan mengharapkan kota yang kecil ini akan juga berwajah comel.

Dewan Budaya Bil. 2/2015

Pada hari esoknya, saya memerhatikan banyak orang mengerumuni sebuah warung “nasi gemuk”, yang dapat kita katakan sejenis nasi lemak, tidak jauh dari hotel. Saya teruja dengan pembangunan kota ini dan meminta dihantar untuk melihatnya. Di tengah kota, jalannya cukup sibuk, namun ke arah luar sedikit jalannya terjaga, dan agak tersergam dengan bangunan kerajaan yang diberi watak Jambi di bumbung dan di bahagian hadapannya. Oleh hal yang demikian, kita dapat merasakan keunikannya dengan agak cepat. Di sini kehidupan lebih tenang – tidak banyak yang bergegas ke sana ke mari. Rentaknya lebih manusiawi. Sayangnya, rumah Melayunya sudah diganti dengan rumah bentuk Barat, namun di tepi sungai (di keduadua tebingnya), kita masih dapat melihat contoh rumah panggung yang berpelantar di air atau di kebun kecil di belakang. Rumah begini dibina oleh pengalaman hidup di tepi sungai selama ribuan tahun, dan oleh itu, sangat sesuai kerana jalan biasanya lebih tinggi dari tebing, jadi rumahnya juga harus separas dengan jalan.

Sejarah

Sejarah Jambi mengalir di air. Yang pertamanya, di Sungai Batanghari. Anaknya bernama Malayu/Melayu, yang mengalir di daerah Muara Jambi dan melalui kawasan kompleks candi. Nama Malayu ini bergema dengan sejarah bangsa Melayu. Cukup menarik bahawa ada sebuah lagi Sungai Malayu di Palembang, sebagai anak Sungai Tatang yang mengalir dalam Sungai

Musi. Di sinilah terdapat Bukit Siguntang, yang menjadi titik permulaan kerajaan Melayu dan permulaan kebanyakan daripada adat istiadatnya. Hal ini disebut oleh Sulalat alSalatin dalam cubaannya untuk menggalurkan perjalanan sejarah bangsa ini. Adakah orang Jambi menamainya atau perantau Palembang yang berbuat demikian, atau sebaliknya, atau hanya kebetulan sahaja. Sungai Batanghari, atau lebih tepat lagi Sungai Hari (kerana batang bermaksud sungai), mengalir sepanjang 800 kilometer dan bermula di bukit yang menjadi tulang belakang banjaran gunung Sumatera. Airnya dilepaskan ke Selat Melaka, iaitu laluan perkapalan dunia dahulu dan sekarang. Sejarahnya panjang – ada bahagiannya yang samar dan keruh, seperti juga sungainya. Beberapa catatan China, termasuk oleh I-Tsing, mencerahkan sudut samar tawarikh kerajaan Malayu pada kurun awal ketujuh hingga kesembilan. I-Tsing menegaskan bahawa Jambi tumbuh di Batanghari. Penduduknya dikenali sebagai Malayu dan mereka suka mendiami kawasan tebing atau yang tidak jauh daripada air. Yang menjadi tarikan Jambi, dahulu dan sekarang, ialah kawasan di tanjung sungai yang menyimpan 360 buah candi (kuil), dalam lapan kelompok, dan kompleks rumah ibadat Buddha yang paling luas ini, berkeluasan sekitar 13 ribu hektar persegi semuanya. Mengagumkan kerana hal ini bermakna bahawa kompleks ini lebih besar daripada kompleks kuil di Nallanda, India. 21


Sebahagian besar daripada bangunan di sini sudah dimakan waktu. Banyak yang sudah runtuh dan perlu dipulihara.

Di sebuah tanjung yang air dan subur tanahnya, candi didirikan.

Sebuah lagi candi yang dibaik pulih.

Satu daripada hasil kerja pemuliharaan. Sebuah kuil yang sederhana tetapi diawasi oleh dua buah patung Ganesha yang diukir daripada batu.

Papan maklumat di kompleks yang besar di Candi Kedaton, iaitu yang paling besar dan utuh.

22

Dewan Budaya Bil. 2/2015


I-Tsing belayar ke sini untuk belajar agama Buddha, sebelum berangkat untuk melanjutkan pelajarannya di Nallanda. Di sini terkumpul guru agama yang cukup terkenal, mungkin sebagai tempat yang menyediakan ilmu pada peringkat pertengahan. Di Indialah mata pelajaran yang lebih tinggi mungkin dapat dituntut. Bahasa Sanskrit diajarkan supaya pengajian akan lebih lancar lagi. Bahasa Melayu mungkin dipelajari daripada pekerja kuil, penduduk asli dan sami Malayu. Pada waktu itu, bahasa Melayu sudah mula menjadi bahasa antarabangsa. Setelah beberapa lama, datang pula guru terkenal dari India dan mereka pun menarik ribuan pelajar yang ingin mendalami agama itu selama beratus-ratus tahun.

Candi sebagai Bukti Sejarah

Di sini bata bersaing dengan kayu melawan hujan, matahari dan waktu. Seribu tahun lebih. Ternyata bata dan batu menang dan kayu reput menjadi tanah dan sampah. Batalah yang menjadi bukti bukit sejarah yang kita perhatikan hari ini di kompleks candi Muara Jambi. Sebagai pengkaji budaya, saya harus berpegang pada tinggalan yang masih pejal dan merah ini sebagai tanda kehadiran rumah ibadat semasa orang Jambi beragama Buddha atau dilawati oleh pelajar dan penganut dari China, India, dan kemungkinan besar Sri Lanka, Burma, Kampuchea dan Siam. Dalam kekusutan sejarahnya juga, masih belum dapat dipastikan sama ada Jambi itu kerajaan yang berasingan daripada Palembang (Sriwijaya)

Dewan Budaya Bil. 2/2015

dan berdiri sendiri ataupun menjadi sebahagian daripada Sriwijaya atau pernah menjadi salah satu ibu negeri Sriwijaya bersama-sama Palembang. Di Palembang, di kota tua yang berpaut pada tebing Sungai Musi, ada tinggalan inskripsi di beberapa buah tempat, termasuk di Kedukan Bukit, yang melukiskan sumpahan dan penaklukan. Walaupun pasti ada aktiviti keagamaan di sini juga, di kota yang jauh daripada Palembang, iaitu di Jambi, dibina kompleks pelajaran, ibadat, dan simbol agama yang begitu besar. Seperti Palembang juga, suku Laut kemungkinan besar menjadi inti pembinaan kerajaan Jambi. Dengan kemahiran berkapal dan sangat mengenali cakerawala laut, mereka menjadi barisan pertama pertahanan Jambi. Oleh itu, mereka memainkan peranan yang penting dalam sejarahnya. Mereka membantu peniaga dan kerajaan meneruskan tugas mereka kerana mereka juragan kapal dan kadang-kadang juga negeri. Kerajaan ini dikenali sebagai “Malayu Tua� dan bertahan hingga tahun 1377, apabila Majapahit menyerang dan menguasainya dalam projek Panmalayu, iaitu usaha untuk mengalahkan Malayu dan jajahannya, yang selalu menjadi saingan dan pernah juga menyerang Jawa. Dalam peperangan di Jambi, seorang puteri Malayu dibawa ke Singasari dan dikahwini oleh rajanya. Seorang anak mereka bernama Adityavarman. Dialah yang diutus oleh ayahnya untuk mengalahkan Malayu dan jajahannya yang belum ditaklukinya. Dia ke Minangkabau dan menjadi raja di

sana. Satu daripada keputusannya ialah menjadikan Pagaruyung di lereng selatan banjaran gunung sebagai ibu negeri. Perbuatan ini, ironinya, melemahkan Jambi, tempat lahir dan negeri asal ibunya. Kerajaan “Malayu Muda� pula muncul di Sungai Tembesi, juga anak Sungai Hari, pada tahun 1500, hanya beberapa tahun sebelum kejatuhan Melaka. Kejatuhan Melaka pasti membantu perkembangannya. Seperti namanya, daerah ini terkenal kerana besinya, malah logam lain. Dengan bertambahnya penduduk serta barang perdagangan, maka Jambi membesar dan menarik lebih banyak lagi pedagang, ilmuwan agama, dan orang lain yang berkepentingan. Pendek kata, Jambi menjadi kerajaan Melayu muda yang berlangsung hingga tahun 1903, apabila Belanda yang rakus memaksa sultan pada waktu itu menyerahkan kuasanya. Sejarah berdayung di keruh air. Pada mula sungai dilahirkan waktu pun menetes dari batu dan memperanakkan kerikil. Kurun berlari di tebing keturunan menjunjung waktu di kepalanya. Sungai mengalir didorong musim dan tebing pun menjadi riuh. kapal mudik dan berselisih dengan perahu kajang menadah matahari dan pinisi yang mewah tiang. semuanya berpangkalan dalam rencananya. apakah sungai merenung manusia? DB 23


PEMIKIRAN

OLEH: JOHAN JAAFFAR

PUISI DAN LAGU RAKYAT

Membuka Cakerawala

Minda

S

ewaktu melalui jalan pantai, saya merasakan tamparan angin laut Pulau Pangkor yang selalunya hangat, sesekali dingin, mengembalikan banyak ingatan kepada saya, sebagai anak kampung yang membesar, walaupun tidak di pulau, di persekitaran yang hampir sama dan seistimewa ini. Puluhan tahun yang lalu, saya diulit kisah silam dan cerita teladan, daripada Pak Pandir sehingga Batu Belah Batu Bertangkup, juga dibuaikan dengan lagu rakyat yang indah dan mengesankan.

24

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Siapakah yang akan melupakan lagu rakyat dan bait nasihat yang dinyanyikan oleh nenek di sebuah kampung pedalaman? Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Sudah pandai baca kitab. Atau mengagumi kehebatan perlambangan dan metafora dalam lagu rakyat yang tersohor, seperti Indung-indung? Setitik darah jatuh ke darat Semusim padi tak menjadi Setitik darah jatuhnya ke laut Setahun ikan tak bermain. Dan membayangkan kuasa magis dalam: Bisanya keris tidaklah terkira Sebulan dagang menggalas lalu Jejaknya ditikam mati jua. Atau wit dan humor dalam lagu rakyat: Tu bulan tu bintang Tu pokok kayu ara Mengapa tuan datang Nak jenguk anak dara. Siapa pula yang akan melupakan baris pantun, gurindam, dan peribahasa yang indah dan hebat? Antaranya termasuklah: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Dewan Budaya Bil. 2/2015

Atau lagu pulau di Singapura yang saya rakamkan dalam drama saya Asiah Samiah: Ligal-ligal manja Pelanduk bantal ia-ia Kaul anak syurga Pulas balas bantal puaka. Benarlah kata Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid bahawa pantun memancarkan kebijaksanaan akal budi Melayu yang sebenar. Baginya, pantun membuktikan “daya akal, kreativiti” Melayu, malah “daya cipta yang canggih”. Beliau menggunakan istilah “genius” untuk menggambarkan kehebatan pencipta pantun Melayu yang tidak bernama. Lantas wajarlah beliau menelaah 16 ribu pantun yang kemudiannya dianalisis sebanyak 78 daripadanya dalam buku Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu, yang merupakan sebahagian daripada siri Syarahan Raja Ali Haji yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya diberi penghormatan untuk menulis pengenalan buku itu. Pantun, seperti orang Melayu, tidak mungkin hilang di dunia. Benarlah kata pantun ini: Kalau berladang kurang tekun, Lesaplah padi ditelan belukar; Kalau hilang tukang pantun, Senyap sunyi bandar yang besar. Demikianlah saya membuka cakerawala minda saya terhadap seni dan sastera daripada cerita moral atau nasihat yang diceritakan oleh nenek saya, yang tidak pernah ke sekolah, tetapi mempunyai perbendaharaan

cerita yang luar biasa – yang kadangkala menginsafkan, malah menakutkan, tetapi selalunya menghiburkan. Saya membesar dengan menonton bangsawan, khususnya kumpulan Bintang Timur Opera yang dipimpin oleh Pak Bakar M, yang membawa bersama-samanya bakat terbaik genre itu ketika itu – Rahman B, Rohani B, Rohaya B, Noor KK dan lain-lain lagi. Kami juga menunggu datangnya wayang Cina atau opera Cina atau dikenal sebagai pekji atau potehi ke kampung. Wayang Cina menjadi sebahagian daripada seni budaya setempat ketika itu. Kami menontonnya tanpa kekangan agama, tanpa prasangka kaum, melihat kehebatan dekor dan pakaian dan cuba memahami cerita yang tidak kami fahami. Saya membesar di pentas Sendiwara, kumpulan kampung yang memanfaatkan bahan tinggalan Bintang Timur Opera. Saya belajar bermain wayang, berdrama, mengurus pentas, menulis skrip, malah berlakon yang agaknya membolehkan saya menggerakkan “teater marah-marah” pada tahun 70-an sewaktu di Universiti Malaya melalui drama saya, Kotaku Oh Kotaku, Angin, Kering, Sang Puteri, Pasrah dan lain-lain. Saya, Nordin Hassan, Dinsman, Hatta Azad Khan, Mana Sikana, dan lain-lain dikelompokkan oleh pengkaji sebagai pelopor “teater absurd” di Malaysia. Walau bagaimanapun, puisi dekat di hati saya. Sekolah Inggeris pada tahun 60-an memperkenalkan nursery rhyme, yang datang ribuan kilometer dari tempat asalnya di England, kepada saya. Saya diulit oleh: Jack and Jill, went up the hill to fetch a pail of water, 25


Jack fell down and broke his spine and Jill came tumbling after. Apakah relevannya here we go round the mulberrybush bagi anak Kampung Sungai Balang Besar, Muar, 25 kilometer daripada peradaban yang terdekat? Atau titipan lagu London Bridge is falling down atau hickory, dickory, dock atau Humpty Dumpty sat on the wall, Humpty Dumpty had a great fall, atau baaa, baaa, black sheep, have you any wool? Seorang guru, yang datangnya dari England, meriwayatkan perihal hebatnya dramatis yang bernama Shakespeare ketika itu. Entah siapa manusia ini, tetapi sudah pasti hebat orangnya lalu saya memberanikan diri meminjam sebuah buku karyanya daripada guru yang garang itu. Guru itu, yang sebenarnya lebih terkejut dek keberanian saya, pelajar paling lemah di dalam kelas, telah meminjamkan saya buku Macbeth, salah sebuah karya drama yang paling sukar. Kecuali perkataan seperti the, a, and, what dan is, 99 peratus daripada buku itu tidak saya fahami. Lalu saya menyalin setiap perkataan dan frasa, dan mengembalikannya kepada guru itu. Demikianlah saya mengenal sastera Inggeris daripada Shakespeare sehingga karya puisi oleh William Blake, William Wordswoth, WB Yeats, Percy Shelly, Elizabeth Browning, T.S. Eliot dan lain-lain lagi. Kemudian saya mengenal Angelou Maya, Pablo Neruda, Oscar Wilde dan Sylvia Plath, selain tentunya Rabindranath Tagore, Octavio Paz, Jorge Luis Borges dan Khalil Gibran, juga Muhammad Iqbal dan Jalaluddin Rumi. Dunia saya terbuka untuk 26

mendakap karya sastera dalam bahasa Inggeris, lama sebelum saya mengenal sastera Melayu. Di Universiti Malaya, dunia saya terbuka luas dengan pengajian mengenai sastera terbaik di Nusantara, yang dihasilkan oleh karyawan terbilang, juga ilmuwan tersohor. Mereka termasuklah penyair tempatan, seperti Muhammad Yassin Makmur (Pungguk), Ngumba, Usman Awang, Masuri S.N.dan A. Wahab Ali. Saya beruntung, seperti seorang Si Tanggang (dengan izin menggunakan ikon karya Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh), kembali mengenal sastera anak bangsa. Perjalanan saya jauh daripada karya klasik Inggeris kepada sastera India yang menggugah minda. Saya lebih beruntung kerana terdedah kepada sastera Tamil sewaktu di Universiti Malaya. Saya mengagumi terjemahan Tirukkural oleh Ismail Hussein pada tahun 1967. Tirukkural dipercayai ditulis oleh pujangga Thiruvalluvar antara abad kedua hingga kelima Masehi. Tirukkural mengandungi 133 bab dengan 1330 kuplet atau pancapada dan dianggap sebagai sastera Tamil yang amat penting. Saya juga diperkenalkan kepada sastera Sangam yang mendedahkan saya kepada peranan landskap (tinai) yang ada kaitannya dengan emosi atau perasaan, yang terbahagi kepada kurinji (pergunungan), mullai (hutan), murutham (tanah bendang), neithal (pantai) dan paalai (padang pasir). Universiti Malaya membuka lembaran baharu kepada saya. Pengajian sastera, khususnya Nusantara, memberikan dimensi pemahaman baharu tentang keunikan, kehebatan, dan

keajaiban puisi serantau. Cinta saya semakin mendalam terhadap puisi. Masakan saya tidak tertawan dengan baris ini. Saya petik 21 daripada bait puisi yang paling mengesankan saya secara peribadi.

1 2 3 4 5 6 7 8 9

“Habis kikis, segala cintaku hilang terbang” daripada “Nyanyi Sunyi” karya Amir Hamzah. “Jauh di sana diliputi awan, terdengar olehku bunyi yang rawan, seperti permata di dada perawan” daripada “Gita Gemala” karya Muhammad Yamin. “Aku ini binatang jalang, dari kumpulannya terbuang, biar peluru menembusi kulitku, aku tetap menendang menerajang” daripada “Aku”, Chairil Anwar. “Bulan di atas kuburan” daripada puisi Sitor Sitomurong, “Malam Lebaran”, yang dipercayai puisi terpendek dunia. “Wahai, pelacur-pelacur kota Jakarta, sekarang bangkitlah, sanggul kembali rambutmu” daripada “Bersatulah PelacurPelacur Kota Jakarta” karya Rendra. “Kawan-kawanku yang dikasehi, di belakang duri di depan api, kita tidak bisa undur lagi” daripada “Duri dan Api”, Usman Awang. “Wangi berseri puspa kemboja, menyambut kami mewakili bonda”, “Ke Makam Bonda”, juga oleh Usman Awang. “Senja ini aku tafakur dalam pencarian, simpul dosa perlu dibuka”, “Balada Hilang Peta”, A. Samad Said. “Tuah lahir untuk menjadi wira, Teja menjadi boneka dalam legenda”, “Surat Teja kepada Tuah”, oleh Zurinah Hassan. Dewan Budaya Bil. 2/2015


10 11 12

13 14 15 16 17 18

19 20 21

“Ku masuki kebun sufi Jalaluddin Rumi, ku masuki subuh senja bening …”, “Di Kebun Rumi” karya Tengku Alias Taib. “Aku Salleh ben Joned anak bertuah, dijadikan dalam kubang di luar nikah”, Salleh ben Joned, “Dendang Si Tegang Pulang”. “Aku sudah belajar jadi kurang ajar, memeluk kenyataan dengan lojika baru, berdebat dengan hujah-hujah pejal dan nyaring …”, “Pulang Si Tenggang”, Muhammad Haji Salleh. “Kalau bahtera mulai bertolak, dekat kita dengar bumi retak”, “Kapal Nuh” oleh Subagio Sastrowarjoyo. “Ini bukan masanya berbangga sebagai manusia ...”, “Kalau Kita Tak Berasa Hina Tak Pula Berasa Mulia”, karya Baharuddin Zainal. “Kami benci manteramantera, kami benci semua yang bukan datang dari kelenjar dan darah kami”, “Requem” oleh Iwan Simatupang. “Anjasmara, adikku, tinggallah seperti dulu, bulan pun lemban dalam angin, abai dalam waktu”, “Asmaradana”, Goenawan Mohamad. “Aku berkolek di dada laut, dengan jala, jala jemala, kutebarkan sepenuh tenaga, memburu rindu memburu rindu”, dalam “Kolek Berkolek”, J.M. Aziz. “Ikan-ikan di kaca indah alamnya, ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya,” Ikan-ikan di Kaca, Yassin Salleh.

Dewan Budaya Bil. 2/2015

“Katakan padaku sejak puisi mengalir, sejak langit meratap …”, “Katakan Padaku”, Latiff Mohidin. “Ini kunci iman, rindu keagungan, bara hasrat yang kugenggam, dari binar tujuh cakerawala”, “Dari Benua Cinta” oleh Kemala. “Tugas kita belum selesai rupanya, bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa”, “Perjuangan Belum Selesai”, Mahathir Mohamad.

Demikianlah baris puisi daripada penyair, yang besar maknanya bagi saya yang sebenarnya menggilai dunia kepenyairan. Mungkin ada orang yang tidak bersetuju dengan pemilihan saya, tetapi itulah sastera, bahawa kita tidak perlu bersetuju, atau sefaham, kerana seni itu sifatnya subjektif, seperti juga keindahan dan kecantikan yang khabarnya in the eyes of the beholder.

Saya sebenarnya juga menulis sajak, sajak yang bukan sajak sebenarnya – sekadar lakaran, conteng-conteng suka, garis-garis geram atau rindu, dalam lakaran yang belum tentu bernama sajak. Dalam sajak saya yang berjudul “Ini Bukan Sajak”, saya lakarkan: Lagipun aku Hanya sasterawan mendatang Sasterawan minggir Sasterawan apung-apungan Sasterawan pasang siap Yang cuba menjadi sasterawan dengan bukan sasterawan Demikian juga kekaguman saya terhadap puisi karyawan tersohor dunia, seperti T.S. Eliot. Siapakah yang dapat melupakan baris berbisa dalam puisi tersohornya, “The Hollow Men”, yang menjadi inspirasi kepada watak nanar Kolonel Kurtz dalam filem Apocalypse Now arahan Francis Ford Coppola? Penggila filem tidak akan melupai watak yang dibawa oleh Marlon Brando sewaktu membaca puisi “The Hollow Men”:

Dalam negara sendiri ketika suasana tidak menentu, isu perkauman menampakkan belang, dan suara sumbang dan lantang mahu mendesak bahawa perbezaan dan kelainan ialah liabiliti atau bebanan, mungkin sastera boleh membawa perbezaan. Sastera menjadi jambatan pemahaman antara kaum, antara negara, antara agama, malah peradaban. 27


saya lantas teringat akan puisi William Blake, “The Tyger”, yang ditulis pada tahun 1794. Ejaan untuk nama haiwan itu bukan tiger, tetapi tyger. Saya tweet beberapa baris puisi itu bagi mengingatkan peminat bola sepak kepada bayangan kuasa dan kehebatan harimau yang ditulis oleh Blake:

Ihsan: Chai Loon Guan

Tyger, tyger burning bright, In the forests of the night.

Chai Loon Guan mendeklamasikan sajak ketika PULARA 5.

We are the hollow men We are the stuffed men Leaning together Headpiece filled with straw. Alas! Our dried voices, when We whisper together Are quiet and meaningless As wind in dry grass Or rats’ feet over broken glass In our dry cellar … Shape without form, shade without colour, Paralysed force, gesture without motion; Those who have crossed With direct eyes, to death’s other Kingdom Remember us — if at all — not as lost Violent souls, but only As the hollow men The stuffed men. Adakah baris sedemikian tidak menyentuh kita, menusuk 28

nurani (conscience) kita, menambat dera kita, menginsafkan dan mencabar minda kita dengan kata yang sedemikian indahnya terpilih, sedemikian tinggi nilai estetikanya, yang membezakan baris kasar ungkapan yang tidak banyak maknanya melainkan tujuannya menghambat undi dan populariti? Mungkin benar kenyataan penyair Islam terbilang Muhammad Iqbal, yang juga pemikir dan ilmuwan, bahawa dia tidak ada negara dan parti, hanya punya komitmen untuk menelaah ilmu. Katanya, negara lahir daripada jantung penyair, tetapi berkembang maju dan mati di tangan ahli politik (nations are born in the hearts of poets, they prosper and die in the hands of politicians). Sewaktu pasukan Malaysia mendahului Vietnam 4-1 dalam separuh masa pertama perlawanan Piala AFF Suzuki,

Demikianlah peranan puisi dan karya sastera, mengingatkan kita tentang keindahan, keramahan, dan keunikan bahasa dalam dunia yang semakin kasar, biadab dan rakus. Demikianlah juga peranan puisi yang mengingatkan kita tentang nilai keluhuran dan kejujuran dan ketelusan yang semakin berkurang dalam dunia yang mengejar kebendaan dan darjat keturunan. Dalam negara sendiri ketika suasana tidak menentu, isu perkauman menampakkan belang, dan suara sumbang dan lantang mahu mendesak bahawa perbezaan dan kelainan ialah liabiliti atau bebanan, mungkin sastera boleh membawa perbezaan. Sastera menjadi jambatan pemahaman antara kaum, antara negara, antara agama, malah peradaban. Sastera tidak mengenal sempadan dan ruang. Yang diharapkan ialah pemahaman sastera dan bahasa akan merapatkan yang renggang, mencantumkan yang terpisah, mengarusperdanakan yang terpinggir, dan menjalin persefahaman sebenar. Dengan karya sastera terbilang Cina, Romance of the Three Kingdoms, juga karya dari India, Mahabharata dan Ramayana, kita sebenarnya diperkenalkan Dewan Budaya Bil. 2/2015


dengan warisan kebudayaan dunia. Sastera kita mempunyai banyak persamaan dengan cerita terbaik dunia. Sastera tempatan tidak kurang penghasilan yang mengagumkan. Yang perlu ialah memastikan ternobatnya seorang sasterawan kita sebagai pemenang Hadiah Nobel pada satu masa yang dekat. Tidak banyak orang tahu bahawa puisi bertulis yang terpanjang di dunia sebenarnya lahir dari rantau sebelah sini, karya Bugis yang berjudul “La Galigo” (300 ribu baris) yang jauh lebih panjang daripada “Iliad” (12 110 baris) “The Odyssey” (15693 baris), malah “Mahabharata” dan “Ramayana” sekalipun (masing-baring 200 ribu baris). “La Galigo” menceritakan pengembaraan wira bernama Sawarigading dari Luweq yang mencari wanita sejelita adiknya, We Tenriabeng, yang ditulis dalam bait puisi yang luar biasa. Jambatan pemahaman ini penting bagi kita. Maka perlunya diperkenalkan karya terbaik dunia, khususnya dalam bidang puisi, kepada pelajar dan rakyat, amnya, bagi membolehkan kita mengenal hati kemanusiaan. Inilah yang mendasari semangat karyawan, seperti Usman Awang, yang menekankan aspek kemanusiaan universal atau humanisme universal. Usman Awang, siapakah yang boleh melupakan cara dia mengangkat darjat bahasa Melayu ke satu tahap yang sedemikian tinggi, menjulangnya sebagai bahasa puitis dan dramatik, dengan kekuatan kata dan ketajaman makna? Masakan dapat kita lupakan dialog Tun Ali kepada Sri Amerta dalam drama “Menyerahnya Seorang Perempuan”: Dewan Budaya Bil. 2/2015

Tun Ali: Aku tahu firasat rambut dan alis kening, aku mengenal bintang matanya yang berkilau, aku tahu ulas bibirnya yang ranum, tidak semua perempuan itu bernama perempuan. Sri Amerta: Bagaimanakah perempuan itu perempuan bagi tuan hamba? Tun Ali: Seperti kukatakan tadi, ditambah dengan bidang dadanya tekukur diagah, lembut lengannya baldu Cina, harum tubuhnya cempaka di gunung bersama sifat lembut menyerah merelakan tiap gerak dan laku seorang lelaki, lelaki yang tahu menumpahkan berahi. Itulah keindahan sastera. Dalam kerangka inilah, PULARA 5 akan membenihkan kesedaran kita untuk lebih terbuka menerima suara, bicara, rona, citra, dan jiwa universal yang kemudiannya dapat digunakan untuk memperkuat jati diri, nilai terbaik, keyakinan dan nilai patriotisme sebenar. Biarlah angin Pangkor menjadi saksi keyakinan kita untuk menghayati dan mencintai yang terbaik dan yang bermutu walau dari mana-mana sekalipun asalnya. Inilah tradisi sebuah pulau yang sejarahnya sarat dan kental. Semangat Pangkor seharusnya menjadi matra baharu keterbukaan kita untuk melihat dunia daripada kaca mata dan cakerawala yang terbuka, jujur dan berseni. Biarlah Deklarasi Puisi Pangkor kita mungkinkan sebagai bukti komitmen kita melebarkan pemahaman sejagat ke seantero dunia, baik sastera rakyat mahupun sastera bertulis, khususnya puisi.

Yang berikut ialah puisi Malim Ghozali Pk yang berjudul “Fantasi Malam”: Baring di ambin malam membelit sepi bumi. Bulan pun menidurkan angkut-angkut di dinding rumah tua. Gelita hanyalah kegelapan bukan kejutan akrakadabra. Jangan impikan. Tidur atau terjaga dan terjaga atau tidur sekadar membangunkan fantasi. Kita pun melukiskan nun. Lalu kalam mengalirkan alif dan lam dan lam dan ha. Di bukit anjing-anjing liar menangisi hutan yang terbakar. Sayang mereka tidak mengenal angka-angka untuk tahu kesakitan udara. Malam kalau sampai hujan pepohonan menggigil dalam kerakusan sang politikus. Gergasi di bulan tak pernah sempurna jalanya untuk menebar kamu. Berdosakah tikus itu? Bulan membangkitkan anak kecil dan sang ibu cepat-cepat menyuapkan puting susunya. Malam pun menyuburkan rohani yang tersembunyi di lipatan alif dan kaf dan wau. Esok pasti siang kalau sangkakala belum ditiupkan. “Penyair, karyawan dan seniman, bangunlah untuk menyatakan keinginan kamu untuk melihat sebuah dunia yang aman, tenteram dan sejahtera, bukan yang bergolak dan melemaskan. Kamulah suara sebenar kemanusiaan.” DB Makalah ini disesuaikan daripada ucap utama acara kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Kelima(PULARA 5) dan majlis penyampaian Hadiah Sastera Darul Ridzuan di Pulau Pangkor pada 14 Disember 2014 yang lalu.

29


BELASUNGKAWA

CERITERA SEORANG PENDETA Tan Sri Profesor Dr. Ismail Hussein (1932 - 2014) 30 Januari 1932 mentari di Kampung Simpang Empat Sungai Limau Dalam Yan, Kedah Darul Aman menyambut keputeraan seorang pendeta ulung ISMAIL HUSSEIN membesar, Pendeta di dunia luas Melayu pendidikan awal di sekolah Melayu Maktab Sultan Abdul Hamid sebelum memperoleh Kepujian Kelas Pertama Universiti Malaya, 1959 sehingga Universiti Leiden, 1964 Pendeta pensyarah Profesor Kesusasteraan Melayu Timbalan Dekan Ketua Jabatan Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993

30

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Pendeta Ketua Satu GAPENA pelopor dunia Melayu Vietnam, Yunnan, Cape Town, Mindanao, Madagaskar, Bangkok, Tanah Suci, Sri Lanka merealisasikan Simposium Jaringan Melayu Antarabangsa - Sedunia Sastera Nusantara 21 Oktober 2014 di Pusat Perubatan Universiti Malaya kembalilah seorang insan ke buana abadi milik-Nya Pendeta budayawan karyawan sasterawan bahasawan sebutir mutiara yang bergemerlapan di weltanschauung Melayu nusa Nusantara antarabangsa Pendeta cendekiawan nusa bangsa! Chai Loon Guan Ipoh Dewan Budaya Bil. 2/2015

31


LENSA BUDAYA

32

Dewan Budaya Bil. 2/2015


cucu atuk Foto: Yaman Ibrahim Seorang lelaki tua meluangkan masa bercerita tentang kehebatan ayam jantan dengan cucunya di Meru, Klang. DB

Dewan Budaya Bil. 2/2015

33


WARISAN

OLEH: FABIAN LABERI FOTO: PENULIS

Zaman Menelan

Terendak Ulid

T

erendak ulid ialah sejenis kraf tangan yang dihasilkan oleh segelintir wanita Melanau mahir di beberapa buah kampung di bahagian Mukah pada suatu ketika dahulu. Kraf tangan ini berkaitan rapat dengan kepercayaan yang dipegang oleh kaum Melanau. Antara kampung yang menghasilkan terendak ulid termasuklah Kampung Tabau, Kampung Tellian Ulu, dan Kampung Tellian Tengah di daerah Mukah, serta beberapa buah kampung serta di daerah kecil Igan, kira-kira sejam perjalanan dari bandar Mukah. Kini tidak banyak generasi baharu Melanau yang mengenali terendak ulid, yang digunakan sejak dahulukala oleh perempuan likou (Melanau pagan) yang terikat dengan kepercayaan animisme. Terendak ulid merupakan lambang kasih sayang mereka terhadap si mati. Misalnya, isteri yang kematian suami, ibu yang kematian anak, dan anak perempuan yang kematian emaknya menggunakan terendak ulid setiap kali keluar rumah. Inilah lambang kasih sayang sejati isteri terhadap suami, ibu, bapa atau anaknya yang baru meninggal dunia.

34

Pakaian yang dipakai oleh mulid pada zaman dahulukala.

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Jengahak dipakai oleh mulid sewaktu keluar dari rumah.

Kini, terendak ulid hanya digantung di dinding sebagai hiasan dalaman rumah.

Di sebalik kehidupan moden sekarang, terendak ulid, yang ukuran diameternya lebih besar daripada saiz terendak biasa, merupakan satu daripada pakej pakaian ketika mulid (berkabung). Terendak ini digunakan oleh wanita yang dalam tempoh mulid. Dalam kalangan wanita yang berkabung di kampung, seperti Tellian Tengah, Tellian Ulu dan Tabau, penggunaan terendak ulid menjadi kewajipan. Mereka juga mesti menggunakan baju dan sarung hitam ketika berkabung. Dewan Budaya Bil. 2/2015

Terendak ulid dihasilkan melalui anyaman yang menggunakan gabungan daun palas, kulit buluh dan rotan. Terendak ini digunakan bukan setakat untuk mengelakkan sinaran cahaya matahari atau hujan. Fungsinya lebih daripada itu, termasuk mengelakkan unsur jahat. Di atas terendak itu, diletakkan patung orang, yang dianyam daripada daun pucuk nipah. Di samping itu, sarung lugik (tenunan bersulam sutera) diletakkan di kepala sebelum memakai terendak. Pemakaian sebegitu, walau bagaimanapun, tidak lagi dapat disaksikan pada zaman sekarang, sebaliknya hanya diungkap melalui pameran atau galeri, serta cerita orang tua. Ketika menjelaskan amalan mulid dengan lebih lanjut, Tommy Black Mark berkata bahawa amalan tersebut merupakan kategori berkabung “secara ketat�. 35


Terendak ulid dapat dianggap sebagai penangkis unsur yang tidak diingini di sekeliling. Ketika berada di luar rumah, terendak dipakai atas kepala dan tidak boleh terlepas balik, secara sengaja atau tidak sengaja. Perkara inilah yang dimaksudkan oleh Jeniri sebagai upacara dan adat yang diamalkan yang membayangkan hubungan erat manusia dengan kuasa luar biasa, kuasa ghaib, makhluk halus, dan semangat di persekitaran mereka. Seorang wanita berpakaian serba hitam ketika upacara pengebumian suaminya yang turut dikatakan sebagai pantang larang asas.

Walau bagaimanapun, amalan itu bukan wajib, sebaliknya pilihan yang dilakukan secara suka rela oleh pengamal. “Jika memilih mulid, amalan itu hendaklah dilakukan dari hari pertama kematian sehinggalah tamat tempoh berkabung selama 15 bulan, ’’ katanya. “Sekiranya si pengamal tidak komited dalam tempoh berkabung, maka dia berhadapan risiko ditimpa malapetaka yang tidak diduga oleh unsur jahat tidak dapat dilihat mata kasar.” Pengamal berpakaian kurung serba hitam. Di bahagian bawah leher baju, ditusuk jarum berikat benang putih sebagai penangkis unsur jahat. Di samping itu, bahagian atas terendak diikatkan dengan  jengayak, iaitu sejenis anyaman daripada pucuk nipah. Tali diikat di dua penjuru sisi dan satu di hadapannya untuk digigit supaya tidak diterbangkan angin oleh ketika berperahu atau berjalan (pada rekod dahulukala, tiada jalan raya di Mukah). Terendak ulid dapat dianggap sebagai penangkis unsur yang tidak diingini di sekeliling. Ketika berada di luar rumah, terendak dipakai atas kepala dan tidak 36

Terendak Ulid dipamerakan bersama-sama model dalam Sapan Puloh.

boleh terlepas balik, secara sengaja atau tidak sengaja. Perkara inilah yang dimaksudkan oleh Jeniri sebagai upacara dan adat yang diamalkan yang membayangkan hubungan erat manusia dengan kuasa luar biasa, kuasa ghaib, makhluk halus, dan semangat di persekitaran mereka. Manusia disifatkan sebagai makhluk yang lemah yang dikuasai oleh makhluk dan unsur berkenaan. Perhitungan tentang kuasa ghaib, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak dapat diremehkan, malah kepercayaan tersebut menjadi tonggak dalam kehidupan. Pandangan hidup itu kemudiannya mempengaruhi cara mereka mentakrifkan dunia dan segala makhluk di sekitarnya. Cara mereka

bertindak balas dengan alam, berfikir, dan mentafsirkan segala kejadian dipengaruhi oleh sistem kepercayaan yang ditentukan oleh kuasa ghaib. Begitu pun era terakhir amalan mulid secara berleluasa di Tellian Tengah, Tellian Ulu dan Tabau, khususnya, adalah pada tahun 1950-an. Pada zaman moden, amalan itu mula ditinggalkan oleh komuniti terbabit berikutan pengaruh agama Kristian dan Islam di Mukah. Walaupun sistem kepercayaan yang dipercayai dan diwarisi sejak zaman-berzaman itu banyak mempengaruhi dan mencorakkan amalan harian segelintir suku kaum Melanau tradisional terbabit, selepas era 1970-an, amalan mualid terus “pupus” kerana penduduk Dewan Budaya Bil. 2/2015


Mark Pengumpul Warisan Melanau

Tommy Black Mark ialah pemilik Galeri Sapan Puloh yang terletak di Kampung Tellian Tengah. Mark, 46, dikatakan sebagai pengumpul tunggal khazanah lengkap warisan Melanau tradisional di Mukah. Galeri ini menghimpunkan pelbagai jenis artifak serta kostum kaum Melanau pagan dari Kampung Tellian Tengah dan Kampung Tellian Ulu, khasnya. Sebagai generasi baharu berketurunan keluarga Melanau likou di Kampung Puloh (kini termasuk dalam Tellian Tengah), Mark banyak menyimpan cerita yang berkaitan dengan amalan suku kaum Melanau tradisional di dua buah kampung tersebut. Dia mempunyai minat yang mendalam terhadap warisan budaya Melanau. Pada zaman mudanya, Mark aktif memperjuangkan warisan budaya Melanau tradisional menerusi koleksi barangan antik daripada keluarga dan sanak saudara. Hasil kerajinannya mengumpul barangan tersebut, di samping maklumat lampau yang berkaitan dengannya, Mark kini menjadi menyimpan pelbagai jenis barangan lama, termasuklah terendak ulid di galerinya. setempat membuang sebahagian besar upacara yang bertentangan dengan agama masing-masing. Gerakan Katolik, misalnya, mula memasuki kawasan majoriti kaum ini pada tahun 1888. Gerakan pertamanya bertapak di Sungai Kut, Dalat (di bahagian Mukah), tetapi berpindah ke Mukah pada tahun1905. Walau bagaimanapun, mengikut catatan Hugh Low pada tahun 1846, kaum Melanau dipengaruhi oleh budaya Melayu, berbanding dengan kaum lain dan kebanyakan daripada mereka menganut agama Islam. Kemasukan agama Kristian bermula seiring dengan kedatangan Inggeris ke kawasan majoriti Melanau, terutama di Lembah Rejang, yang meliputi Mukah, sebahagian besarnya. Pola penyebaran agama Kristian dan Islam di Mukah amat menarik apabila penduduk yang berdekatan dengan pantai dan bandar memeluk agama Islam, di tengah-tengah agama Kristian dan di hulu yang masih berpegang pada amalan pagan. Di Mukah, 60 peratus daripada penduduk pada tahun 1980 beragama Islam. Kedatangan agama Islam dan Kristian telah banyak mengubah cara hidup, kebudayaan, dan sistem kepercayaan masyarakat Dewan Budaya Bil. 2/2015

Melanau. Perubahan itu mulai ketara pada dekad 1980-an dan meresap kukuh pada dekad 1990-an apabila faktor agama, tidak kira Islam atau Kristian, memainkan peranan penting dalam kehidupan. Sekarang terendak ulid bagaikan ditelan zaman kerana menjadi tidak lebih daripada objek hiasan di dinding rumah, hotel, dan sekali sekala ditemukan dalam pameran atau galeri tertentu sahaja.

Masyarakat Melanau dari Dahulu hingga Sekarang

Kebanyakan orang Melanau tinggal di kawasan pesisir di bahagian tengah Sarawak sejak abad ke-16. Mereka hidup di kawasan yang dikelilingi laut dan hutan rimba dengan sungai terbentang di antaranya. Mereka mendirikan rumah di kawasan yang berdekatan dengan sungai utama. Sebelum kedatangan Inggeris, mereka mendiami rumah panjang. Jeniri Amir, dalam buku Kaul Suatu Interpretasi Sosiobudaya, menyatakan bahawa masyarakat Melanau tradisional zaman dahulukala mentakrifkan dan menanggapi dunia sebagai alam semesta yang samar. Pandangan dunia Melanau masih diselubungi

misteri, sebagaimana sejarah dan asal usul kaum itu yang turut diseliputi misteri yang tebal. Dalam kosmologi Melanau, sistem kepercayaan lebih bersifat kepercayaan terhadap animisme dan kuasa ghaib. Sebagai masyarakat primitif yang belum terdedah kepada kemodenan dan dunia luar pada masa itu, masyarakat Melanau tradisional menghimpunkan pengalaman untuk mengharungi kehidupan dan cabaran harian bersandarkan pola perlakuan yang diwarisi daripada nenek moyang sejak turun-temurun. Segala kejadian, termasuk bencana, dikatakan berpunca daripada kuasa yang di luar kawalan manusia atau kuasa ghaib. Mereka menganggap kuasa dan unsur naturalisme sebagai kuasa halus yang dikaitkan dengan perasaan hormat, takut, kagum, malah gerun. Kuasa ghaib ini banyak mempengaruhi kehidupan mereka. Pemikiran sedemikian meresap kukuh dalam kehidupan harian. Oleh itu, banyak kegiatan, adat resam, upacara, dan pantang larang hanya dapat difahami dengan betul apabila kita memahami sistem kepercayaan itu. DB 37


GALERI

OLEH: MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN FOTO: JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Peperangan

Secara Senyap

S

enjata merupakan satu daripada artifak yang signifikan dalam kewujudan sesuatu tamadun dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Hal ini dibuktikan melalui kajian lapangan oleh pengkaji yang mendapati bahawa kebanyakan peradaban besar yang wujud dalam sejarah manusia tidak lari daripada aspek kemajuan teknologi persenjataan. Evolusi dan perubahan peralatan senjata selari dengan kemajuan pemikiran dan inovasi manusia. Semakin bijak manusia, semakin komplekslah penghasilan senjata tersebut. Hal ini turut dibantu oleh perkembangan teknologi terkini. Maka semakin maju teknologi, semakin hebat senjata yang dibangunkan. Sehubungan dengan hal itu, Jabatan Muzium Malaysia mengadakan pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia dari 20 September 2014 yang lalu hingga 20 Februari 2015. Pameran yang diklasifikasikan sebagai pameran blockbuster ini dilihat sebagai iltizam daripada pihak muzium dalam memberikan impak serta manfaat kepada pengunjung.

38

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Ironinya senjata merupakan ukuran kepada penilaian terhadap kehidupan manusia sejagat berdasarkan tingkah laku dan penerimaan sosial. Selain itu, apabila berbicara tentang senjata, hal berkaitan dengan elemen tertentu, seperti mitos dan legenda, kepercayaan, simbol status, inspirasi kesenian dan kebudayaan, dan alat kebesaran, tidak dapat tidak, akan dikaitkan dengan persenjataan. Pameran yang melambangkan ketamadunan manusia dan perjalanan sejarah yang berlaku di dunia ini memperlihatkan himpunan senjata daripada awal kehidupan manusia hingga zaman peperangan moden, iaitu sejak zaman mesolitik hingga abad ke20. Dalam hal ini, pengunjung dapat melihat bahawa senjata bukan hanya dikenali sebagai alat untuk membunuh, tetapi perlu dinilai dari sudut sejarah, falsafah, dan catatan biografi dunia. Pecahan pameran terbahagi kepada tiga bahagian utama. Galeri satu memaparkan kronologi penciptaan senjata terawal, iaitu

Dewan Budaya Bil. 2/2015

39


paleolitik, mesolitik dan neolitik. Daripada penggunaan senjata yang diperbuat daripada bahan asas, senjata beralih ke tahap yang lebih ke hadapan dengan penggunaan logam yang melahirkan senjata tradisional tamadun awal Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Paparan galeri kedua pula membawa pengunjung meneroka evolusi persenjataan moden apabila terciptanya serbuk letupan yang mula digunakan pada abad ke-15. Pada era ini, era Revolusi Perindustrian dan Perang Saudara telah merancakkan penggunaan senjata moden sehinggalah kemuncaknya, iaitu perang dunia dan perang abad ke-20. Di ruangan ini juga, dipamerkan koleksi senjata orang asli dari Malaysia, Amerika dan Afrika. Ruangan terakhir yang dilalui oleh pengunjung ialah galeri tiga yang lebih tertumpu pada kesan dan akibat penggunaan teknologi persenjataan terhadap masyarakat. Selain itu, ruangan ini turut memberikan input kepada pengunjung untuk mengetahui cara senjata dijadikan sebagai inspirasi kesenian dan peralatan yang melengkapi perwatakan legenda serta fiksyen yang popular di serata dunia. Pastinya kepuasan akan dirasai oleh pengunjung yang melawati pameran ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pada akhir lawatan, dengan sendirinya pengunjung akan dapat menyimpulkan buruk baiknya persenjataan terhadap tamadun dan bangsanya. Peperangan secara realiti hanya mampu mendatangkan kepuasan sementara, tetapi peperangan secara senyap (berfikir) mampu membuatkan kita bertindak secara realistik! DB

40

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Dewan Budaya Bil. 2/2015

41


Sayembara menuliS novel Sejarah untuk remaja DbP-PSm 2015 anjuran bersama DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) akan menganjurkan Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja 2015. Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa had umur. Hadiah lumayan ditawarkan kepada pemenang: Pertama Kedua Ketiga Sagu hati

– RM8000.00 – RM6000.00 – RM4000.00 – RM2000.00 x 5 orang (RM10 000.00)

Maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila layari: Laman web rasmi DBP www.dbp.gov.my facebook.com/DBPMalaysia twitter.com/DBPMalaysia Laman web rasmi PSM www.psm.org.my e-mel: psejmal@po.jaring.my

Tarikh tutup sayembara adalah pada 30 September 2015. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Urus Setia, Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2015, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan, Aras 19, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. E-mel: sayembaranovel@dbp.gov.my Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi: Puan Norizan Muslim (Tel: 03-2147 9291 / norizan2@dbp.gov.my) Puan Ruzana Samhudi (Tel: 03-2147 9297 / ruzana@dbp.gov.my)

Persatuan Sejarah Malaysia


RUKUN NEGARA BAHA ASA A NEGARA KITA MALA ITA HENDAK MENDUKUNG I

A

; ; nne a a a a e

pa

a aann a an

in

a

e

n

a a an e a ai a ai c a ; .

M

an

M

a

an

• • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

a;


PENTAS

OLEH: LADIN NUAWI FOTO: PENULIS

“Barang siapa berkhianat, maka celakalah seumur hidupnya.” Apabila seniman resah, tentu ada sebabnya. Bukan sahaja-sahaja hendak resah. Ada kepincangan yang diperhatikan. Ada kerisauan yang ditakuti akan terjadi. Ada tindakan yang perlu disegerakan. Bukan alasan seniman hidup dalam resah. Ada isyarat batin yang dihantar untuk diketengahkan. Begitu juga apabila Roslan Madun mementaskan teater Bahaman Jiwa Merdeka pada 15 dan 16 Disember 2014 di UiTM Jengka, Pahang. Mengapakah dipilih Dato’ Bahaman Orang Kaya Semantan, pejuang bangsa yang terbilang, sebagai tongkat cerita teaternya? Mengapakah dipilih “jiwa merdeka”? Hendak dikaitkan dengan siapa “jiwa merdeka” itu? Mengapakah beberapa rentetan perjuangan kemerdekaan negara dan kesannya dipaparkan? Mengapakah bersusah payah hendak mementaskan juga Bahaman padahal dengan lagu rakyat, Roslan sudah cukup makan? Mengapakah harus memenatkan diri hendak menghidupkan kembali semangat Bahaman di bumi Pahangnya? Mengapakah dia mengumpulkan tiga orang pelakon yang hebat dalam satu pementasan padahal jika di luar Kuala Lumpur, seorang pelakon terkenal sudah cukup untuk menarik minat penonton? Mengapakah dia bersusah payah bekerjasama dengan Sanggar Nuun Jogjakarta? Mengapakah dia sanggup meminjam wang daripada Dana Industri Kreatif Negara, mencari (baca: mengemis) dana tambahan di sana sini, dan mengeluarkan wang tabungan sendiri? Apabila dua hari dua malam saya ikut berkubu seni, menonton persembahan kedua-dua malam, dan menelaah naskhah, memang keresahan Roslan ada kebenarannya apabila dikaitkan dengan perkembangan negara. Tidak melampau kalau saya katakan bahawa kedudukan Melayu tergugah luar dalam. Islam seperti dipermainkan. Roslan anak jati Pahang. Dia banyak melakukan penyelidikan sendiri tentang pejuangan kemerdekaan negara. Dia berguru dengan pengamal seni warisan bangsa. Latar pengajiannya sekolah pondok.

ApSaEbNIiMlAaN 44

RESAH

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Dia pernah menjadi wartawan, penulis, dan pengarah drama televisyen, dan berlakon filem juga. Akhir-akhir ini sahaja, dia lebih dikenali sebagai pendendang dan pembimbing seni dendangan dan penulisan puisi warisan. Dengan latar belakang ringkas ini, fahamlah kita akan sebab dia mengangkat Bahaman. Produksi ini mendapat kerjasama seni daripada Majlis Teater Negeri Pahang dan Sanggar Nuun, Jogjakarta, Indonesia, pimpinan Wahyu Widayat. Sanggar Nuun ada disiplin seni dalam meneruskan kelangsungan hidup. Mereka hanya rakyat

Dewan Budaya Bil. 2/2015

biasa, melakukan kerja pertanian, kebajikan dan keagamaan Islam. Hubungan dua buah negara serumpun ini harus sentiasa dikejapkan. Ibarat kata kita sudah tiada adik-beradik lain. Roslan juga memilih beberapa orang pelakon luar Pahang yang berjati diri tinggi, seperti Mohd. Fauzi Yahya, Dean Satira dan Eliza Mustafa. Persembahan dimulakan dan ditutup dengan bacaan al-Quran. Surah terpilih diambilnya. Nurul Karimatil Ulya, Sanggar Nuun, pembacaan petikan itu. Mahu tidak mahu, kita harus kembali kepada al-Quran sebagai pedoman hidup. Lihatlah kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada pertubuhan dan diri apabila alQuran menjadi amalan hidup. Hal in disusuli pula oleh latihan silat oleh pejuang untuk menentang penjajah British. Silat, selain ilmu mempertahankan diri, membentuk jati diri tinggi dalam diri setiap pesilat. Seperti

kata Guru Silat, “Perjuangan ini perjuangan yang suci. Oleh itu jangan sekali-kali berasa gentar, biar mati bergalang tanah, daripada hidup menaggung malu. Supaya menjadi teladan kepada anak cucu kita, bahawa datuk nenek mereka sanggup berkorban jiwa dan raga demi agama, bangsa dan negara.� Mohd. Fauzi, pelakon watak Guru Silat, memang guru silat di Terengganu. Pelakon pesilat diambil daripada Kumpulan Silat Sendeng Gunung Sakti Paya Luas. Jati diri pesilat digunakan sepanjang latihan dan pementasan ini. Mutakhir ini, kita dapat melihat setiap latihan teater di negara kita sentiasa ada latihan silat untuk persiapan kumpulan. Setidak-tidaknya gerak silat digunakan dalam senaman dan panas-panas badan. Pernyataan guru silat itu dikejapkan lagi dengan dendangan gurindam “Maruah Negara�

45


oleh Zafirah Bahiah Hassan (mantan juara gurindam kebangsaan). Gurindam seni dendangan warisan kita. Dalam keindahannya, ada pesanan mulia untuk setiap orang. “Jika rakyat takut berjuang, lambat laun bangsa terbuang.” “Jika tidak sanggup berkorban, anak cucu menaggung beban.” Adakah kita hendak menidakkan kebernasan ini? Bahaman (Azmy Ahamad) membuktikan sumpahnya apabila bersama-sama pejuang menggempur dan menawan rumah pasung Lubuk Terua. Bendera Union Jack dikoyakkannya! Apabila bendera sesebuah negara dikoyakkan atau dibakar, fahamlah kita akan maksud hitam putihnya, seperti bendera Pahang. Roslan memilih untuk bersetuju dengan Bahaman – “kita mesti mengembalikan kuasa raja kita sepenuhnya sebagai lambang kekuasaan bangsa Melayu. Raja payung negeri dan Islam tunjangnya. Kita mesti mempertahankan kedaulatan raja kita dan mengekalkan Islam sebagai agama rasmi negeri ini. ... Dan jangan ada yang berkhianat. Barang siapa berkhianat, maka celakalah seumur hidupnya.” Betapa tersepitnya dalam perjuangan Bahaman – “dalam perjuangan suci ini, ingat! Ingat! Pintu istana jangan pecah, baju raja jangan carik!” Kemerdekaan belum lagi tercapai. Kesenangan melalui rasuah ekonomi melekakan sebahagian daripada rakyat. Ingatan diteruskan dengan syair “Jasa” oleh Shafa’atussara Silahudin (mantan juara syair kebangsaan) – “buatlah baik sedaya upaya, hidup berbakti memberikan cahaya, sumbu 46

pelita tidak sia-sia, terbakar dirinya menerangi raya.” Ada pejuang yang terus pergi berjuang, tetapi masih ada yang membuat onar di kampung. Walaupun disampaikan dengan lakonan nyanyi jenaka oleh Rosli Rahman dan Eliza, banyak yang pedih harus ditelan. Inti nyanyian Gadis – “buat baik engkau cuai, nanti bangsa tergadai. ... Orang lain pergi berjuang, engkau kacau anak dara orang.” Kelekaan sebahagian daripada rakyat tersebar kepada pejuang. Banyak pejuang menderita. Namun begitu, tetap ada pejuang tulen. Kata Pahlawan, “Bahaman, kuucapkan namamu dengan rasa bangga. Kuimbau perjuanganmu menjadi baja jati diri bangsa. ... Engkaulah pembawa obor kebenaran di hati rakyat. Engkaulah penyuntik kesedaran untuk bangkit menjadi bangsa berdaulat. Engkau pahlawan kami tak terganti sehingga kini.” Semua penonton membara dengan semangat Pahlawan melalui lakonan Shaharuddin Tambi. Kalimatnya jelas. Gerak silatnya tangkas. Pada matanya, meluncur api perjuangan Bahaman. Tanyalah Zakaria Ariffin, Eman Manan, dan guru silat yang datang menonton, Shaharuddin bukan sekadar pelakon. Derita masih berterusan. Penjajahan terus mencengkam. Sebahagian daripada rakyat dan pemimpin terus lalai, dungkapkan melalui sajak “Rayuan Tanah Air” (Ngumba) – Aku ini bumi Malaya. Telah tergadai terjual / Hanya dewa pembesarku memegang Tanah Melayu / Datuk nenekku tidak terpelihara, dan tiada terkawal / Dagang menipu dengan pujukan yang merdu sayu. Perhatikan bahawa Tanah Melayu disebut Malaya. Dengan

mengubah nama, kita mulai kehilangan jati diri. Perhatikan hingga sekarang. Semua hendak diinggeriskan. Semua hendak diantarabangsakan. Konon! Betapa pun ada kelalaian, tetap ada yang muncul memberikan peringatan. Melalui watak Pemimpin, disampaikan amanat kepada Teruna dan Dara – “Jika nanti kau hanyut bersama malam / di bawah bintang di bawah bulan / Bersama kekasih berdakap sayang / kau akan lupa diri / Orang sudah ke bulan.” Ada satu peristiwa sejarah tempatan yang melibatkan Cikgu Jantan, anak Bahaman, ketika penguasaan Bintang Tiga (Ketua Bintang Tiga, Zaidi Omar). Cikgu Jantan dianggap sebagai musuh. Keluarganya diancam. Dia diseksa di dalam lubang, tetapi tidak terjejas. Hujan panas turun. Selepas itu, Cikgu Jantan ghaib. Untuk mendapatkan cerita lengkap ini, kita harus merujuk Roslan sendiri. Siapa Lelaki Tua (lakonan Dean) yang muncul uzur, bertongkat dan bercompang-camping? Adakah dia Pahlawan atau Bahaman? Adakah kiasan Roslan tentang nasib pejuang yang tidak didendangkan?

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Semasa saya membuat penyelidikan di Pahang untuk naskhah drama televisyen AKI (kemudian saya gubah menjadi drama pentas Lembah Semantan) saya menemukan pahlawan yang tidak didendangkan dan beberapa cerita yang menimpa nasib mereka. Ada datuk neneknya, yang berjuang menentang penjajah, dituduh oleh orang kita sendiri sebagai penderhaka! Sememangnya banyak pejuang yang tidak didendangkan di seluruh negara! Perjuangan rakyat untuk melihat negera merdeka berterusan. Seluruh Semenanjung dipenuhi perhimpunan dan tunjuk perasaan. Penjajahan British perlu segera dinyahkan. Muncullah pembesar Johor, Dato’ Onn, menjadi nadi kemerdekaan. Pidatonya (lakonan Dato’ Ahmad Tamimi Serigar) – “Dari segala ceruk rantau Semenanjung Tanah Melayu ini, telah kedengaran kepada kita seruan supaya bersatu padu. Dan pada hari ini, kesungguhan seruan itu akan teruji dan tatkala di dalam ujian itu maka tuan-tuan yang mewakili mereka hendaklah bersatu suara supaya seruan itu akan dapat sahutannya. ... Mari kita tunjukkan bahawa seberat-berat paluan boleh kita tangkiskan dengan senyuman dan berhidup lebih segar daripada Dewan Budaya Bil. 2/2015

dahulu. Marilah kita tunjukkan kepada dunia bahawa roh dan semangat datuk nenek kita di zaman yang silam masih ada lagi dalam diri kita.” Apabila negara mencapai kemerdekaan, kita tetap diuji oleh kerakusan dalam politik. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 sungguh mengaibkan semua kaum kerana ketamakan dalam kuasa dan ekonomi serta kelalaian tentang sejarah. Improvisasi 13 Mei diterjemahkan oleh Sanggar Nuun dengan adilnya. Susulan daripada peristiwa itu, masih ada ancaman dalam kalangan rakyat. Ada yang terus mengekalkan keinggerisan, ada kapitalis baharu, ada penangkapan di luar perundangan, dan fitnah. Melalui dekon Kambing Hitam (lakonan Majlis Teater Negeri Pahang/Naz Samad, Zubairi Awang Samad, Hishamudin Ahn, Azmy Ahamad) dinyatakan bahawa “rakyat si buruh si miskin menggadai nyawa percuma / biskut sekeping rebutan anak-anak lapar / beras segenggam seperiuk kanjinya makan sekeluarga. ... pemabuk politik-ganja beramai menjawab / ‘kambing hitam di sini / kambing hitam’ – namanya perkauman / namanya komunis / namanya ultra / namanya gangster.”

Seruan untuk negara hidup sejahtera berterusan, dipesan melalui dendangan syair – “Mari kekalkan semangat perpaduan, selisih faham kita elakkan, berkorban demi bangsa dan watan, barulah hidup bahagia dan aman.” “Titah raja kita patuhi, jangan derhaka jangan ingkari, nanti roboh negeri sendiri, ke mana hendak membawa diri.” Akhirnya rakyat Malaysia tetap bersatu padu. Bendera negara dan negeri bangga dijulang tinggi. Adakah kita hendak menidakkan keazaman Roslan? Dalam kesempatan ini, UiTM Jengka wajar diberi tabik kerana kesudian membenarkan Bahaman kembali berkubu. Walaupun tiada pengajian khusus dalam bidang seni persembahan, mahasiswanya mampu menjadi pemangkin teater Malaysia suatu hari nanti. Sambutan mereka dan penduduk sekitar luar biasa. Sejumlah 2000 keping tiket habis terjual! Walaupun dikatakan jauh dari Kuala Lumpur, tidak lekang rakan seperjuangan Roslan, selain dari Pahang, dari Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan rela datang menonton. Seharusnya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara melalui Dana Industri Kreatif Negara diberi tabik kerana yakin dengan produksi yang dipimpin oleh Roslan sebagai penerbit, pengarah dan penulis naskhah. Roslan berjaya memanggil seniman lakon tersohor Malaysia dan mengejapkan persaudaraan dengan Indonesia. Tidak malu untuk saya merayu supaya pinjaman Dana Industri Kreatif Negara kepada Bahaman Jiwa Merdeka dimansuhkan kepada produksi ini. Seniman bukan hanya bunga tamu di dada! DB 47


SENI LUKIS OLEH: FAIZAL SIDIK

40 Tahun Anugerah Seni Bakat Muda Sezaman

160 140 120 100 80 60 40 20

S

ejarah Bakat Muda Sezaman (BMS) bermula pada tahun 1974 apabila Jawatankuasa Pameran dan Pembelian Balai Seni Lukis Negara (BSLN), yang terdiri daripada Ismail Zain, Redza Piyadasa, T. K. Sabapathy, Joseph Tan, Johan Arif, Farid Wardi, Mat Yasser Juli dan Zurina Majid, beranggapan perlunya diadakan pameran dan pertandingan bagi memberikan peluang kepada pelukis muda, 48

terutama yang keluar sebagai graduan daripada institusi seni, mengembangkan bakat mereka. Untuk menonjolkan pelukis muda, muncullah pertandingan “Pelukis Muda Sezaman”, yang mengambil inspirasi daripada The Young Contemporaries Exhibition di London, menurut Sulaiman Esa pada sekitar tahun 1960-an. Rentetan daripada bertambahnya bilangan pelukis

2010

2004

2000

1996

1992

1990

1988

1986

1984

1982

1976/1977

1974

0

muda yang lulus daripada institusi seni lukis, mereka memerlukan ruang yang khusus untuk menunjukkan kebolehan dan hasil daripada latihan di institusi tersebut bagi memperkenalkan daya kreativiti pengkaryaan mereka untuk tatapan umum. BMS menjadi medan “perang” yang dinantikan-nantikan oleh mereka dan menjadi medan “kritik” pula kepada kita terhadap Dewan Budaya Bil. 2/2015


perkembangan seni lukis Malaysia. Sungguhpun begitu, untuk mencapai maksudnya yang sebenar dalam mengangkat dan menyatukan karya pelukis muda yang dianggap baik di bawah satu bumbung, pertandingan ini juga menjadi penanda aras yang kritikal dalam mengukur kualiti produk yang dikeluarkan oleh institusi seni lukis, sama ada relevan mengikut kehendak sezaman ataupun masih kuat dengan aturan kehendak akademi seni yang kaku lagi beku. Galakan dan dorongan yang diberikan oleh BSLN dalam mengelolakan acara ini hampir 40 tahun harus diberi pujian. Sebanyak 23 edisi BMS dijalankan sepanjang 40 tahun itu, dari tahun 1974 hingga 2010. Dalam tempoh itu, banyak perubahan dilaksanakan dari segi model yang dilakukan untuk mengangkat acara ini, sesuai dengan perkembangan semasa seni kontemporari yang berlaku di tanah air. Perubahan ini dapat dilihat dari segi faktor had umur, penyertaan pelukis, hadiah dan format pertandingan.

Era 1970-an

Pada mulanya, BMS dirangka untuk mengetengahkan pelukis muda agar mereka menjadi pelapis kepada pelukis yang sedia ada supaya negara tidak ketandusan pelukis berbakat yang dapat memberikan sumbangan dari sudut estetika. Oleh itu, pelukis yang layak menyertai BMS pertama pada tahun 1974 berusia di bawah 30 tahun. Pada awalnya, penyertaannya secara tertutup, melalui undangan. Sejumlah 13 orang pelukis muda yang berkaliber pada sekitar Dewan Budaya Bil. 2/2015

tahun itu diberi peluang untuk menghantar karya mereka, namun hanya tujuh orang yang mengesahkan penyertaan. Hadiah terbaik dimenangi oleh Zulkifli Dahlan dengan karya Halaman Rumah Kami (1973). Zulkifli juga pemenang pertama yang memenangi tiket kapal terbang untuk perjalanan ke negara ASEAN atau India, selain wang tunai RM2000. Zulkifli membuat kunjungan ke India pada tahun 1975. Dalam edisi kedua, terdapat perubahan besar apabila penyertaan dijalankan secara terbuka. Hal ini bermakna bahawa pintu penyertaan dibuka seluasluasnya kepada pelukis muda di bawah umur 30 tahun dan mereka boleh menghantar seberapa banyak karya. Keterbukaan penganjuran menyebabkan penerimaan 93 karya daripada 37 orang pelukis, namun hanya 19 karya daripada 29 orang terpilih untuk dipamerkan. Antara syarat lain yang perlu dipatuhi termasuklah peserta dikehendaki menghantar slaid berwarna sebagai syarat penyertaan. Hadiah wang tunai RM2000 dan tiket perjalanan ke negara ASEAN atau India kekal sehingga edisi ketiga 1976/78. Dalam edisi ketiga, penganjur menerima tajaan daripada pihak korporat. Sistem Penerbangan Malaysia menaja tiket untuk pemenang. Pada tahun tersebut, 49 karya daripada 18 orang pelukis diterima dan panel hakim menetapkan hanya 19 karya terpilih daripada 29 orang pelukis. Pameran tidak diadakan selama tiga tahun, dari tahun 1978 hingga 1980, kerana memberikan tumpuan pada pameran dan pertandingan lain,

iaitu Pertandingan Seni Lukis dan Grafik 1977/1978 dan Salon Malaysia. Daripada empat edisi awal BMS pada tahun 1970-an, karya aliran konstruktif begitu popular dan mendominasi pemenang dan peserta. Pengaruh daripada pensyarah yang belajar di luar, terutama kumpulan New Scene, dapat dikatakan cukup kuat pada karya yang dihantar apabila mereka menyarankan cara baharu untuk melihat karya dan berkreatif. Pendekatan yang dibawa bersifat intelektual, tidak bersifat peribadi dan menolak simbolik.

Zaman 1980-an

Sepanjang dekad 1980-an, penganjuran BMS mencapai tahap yang dapat dikatakan membanggakan kerana dijalankan secara konsisten sebanyak sembilan kali, dari tahun 1982 hingga 1990. Karya yang dihantar menampakkan kehalusan kreativiti dan inovatif yang mengaitkan bentuk tradisi dan sezaman. Mungkin Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1972 dan Seminar Akar Peribumi 1979 menampakkan kesan dan pengaruhnya. Pada tahun 1981, penganjur menerima 151 karya daripada 44 orang peserta. Format had umur dan penghantaran slaid berwarna dikekalkan. Yang menariknya, selain hadiah utama berjumlah RM2000 dan tiket kapal terbang ke Sydney, panel hakim bersetuju untuk memberikan tiga hadiah kecil RM1000 setiap seorang. Pemberian hadiah sagu hati ini dilihat sebagai pendorong bagi pelukis muda yang berpotensi menang pada peringkat akhir penjurian, namun tidak berjaya untuk diberi hadiah utama agar 49


berusaha lebih lagi pada tahun mendatang. Had kelayakan umur peserta dinaikkan daripada 30 tahun kepada 35 tahun pada tahun 1982 mengikut usia maksimum belia atau kaum muda oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pada tahun tersebut, penganjur menerima 191 karya daripada 78 orang peserta. Karya yang terpilih untuk dipamerkan sebanyak 97 daripada 39 orang peserta. Pada edisi keenam tahun 1983, hadiah kecil ditambah kepada empat. Penganjur menerima 158 karya daripada 46 orang pelukis dan hanya 84 karya terpilih pada peringkat akhir penjurian. Pertambahan hadiah kecil tidak terhenti di situ sahaja. Hadiah ini ditambah lagi kepada lima, di samping hadiah utama, pada tahun 1984. Pada tahun tersebut, penganjur menerima 104 karya oleh 41 orang pelukis dengan 85 karya terpilih untuk dipertandingkan. Penetapan satu hadiah utama dan lima hadiah kecil terus dilaksanakan selama 13 tahun hingga tahun 1997 apabila hadiah dipecahkan mengikut kategori. Pada tahun tersebut, BMS mendapat tajaan syarikat korporat swasta, seperti Malaysia Tobacco Company, sementara syarikat minyak dan gas, Esso Malaysia, menjadi penaja dari tahun 1985 hingga pertengahan 1990-an. Ada dua penambahbaikan yang dilakukan pada edisi kelapan tahun 1985. Yang pertama, diperkenalkan pertandingan secara bertema dan yang kedua, syarat penghantaran diperketat apabila seorang pelukis hanya boleh menghantar maksimum tiga karya. Pertandingan secara bertema dilaksanakan selama 50

tujuh edisi. Antara temanya termasuklah “Bahan-bahan Tempatan” (1985), “Keamanan” bersempena dengan Tahun Keamanan Antarabangsa (1986), “Perlindungan kepada yang Tiada Kediaman” (1987), “Bahan dan Kreativiti” (1988), “Literacy” (1989), “Lawat Malaysia 1990” (1990) dan “Warisan Kita” (1991). Sungguhpun begitu, tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh penganjur kepada pemenang hadiah utama apabila tiada lagi geran perjalanan ke luar negara dari tahun 1980-an hingga pertengahan 1990-an.

Era 1990-an

Pada tahun 1991, BMS dijalankan dengan bertemakan “Warisan Kita”. Melalui maklum balas yang diterima daripada panel penilai dan peserta, acara secara bertema mengehadkan pergerakan pelukis untuk berekpresi dan bereksperimentasi. Oleh itu, dalam edisi 1992, penganjur merasakan perlu agar pertandingan berbalik kepada landasan yang asal dengan memberikan ruang yang lebih kepada peserta untuk bereksplorasi. Penstrukturan semula format mendapat minat yang menggalakkan daripada pelukis muda dengan penyertaan terbesar dalam sejarahnya – 425 karya daripada 223 orang pelukis dengan 119 karya daripada 66 peserta mengesahkan penyertaan. Pada tahun 1993, pertandingan “berehat”. Pada tahun yang berikutnya, BMS menimbulkan kontroversi kerana tiada pemenang yang diberi hadiah utama apabila 11 hadiah kecil yang berjumlah RM11 ribu diberikan. Pada tahun itu, BMS menerima 295 karya

daripada 134 orang pelukis dengan 133 karya terpilih untuk dipamerkan. Acara ini sekali lagi tidak dijalankan pada tahun 1995. Pada tahun 1996, BMS menerima perubahan dari segi format penyertaan. Yang pertama, ada ahli panel berpendapat bahawa tidak adil kepada mereka untuk membuat penilaian dan penghakiman karya dalam satu pertandingan yang menghimpun semua genre seni halus dari segi olahan, skala, dan hasrat dalam satu pertembungan. Yang kedua, sisipan atau slaid digunakan dan diwujudkan semula bagi memilih karya yang benar-benar bermutu dan menjimatkan masa dan ruang penghakiman. Yang ketiga, syarat penyertaan diperketat 20 hingga 30 tahun agar pelukis diberi masa sekurang-kurangnya dua tahun selepas keluar daripada institusi seni bagi menimba pengalaman lebih dahulu sebelum bertanding. Dalam edisi ini, BMS menerima 297 penyertaan daripada 222 orang pelukis. Hanya 43 karya layak dipertimbangkan untuk peringkat akhir. Hadiah pemenang dinilai semula. Ahli panel bersetuju untuk menambahkan nilai hadiah mengikut keperluan semasa dari segi kos dan bahan yang dilaburkan oleh pelukis. Mulai tahun itu, pemenang hadiah utama menerima RM6000 dan geran perjalanan RM 3000. Lima hadiah kecil berjumlah RM2000 setiap seorang dan geran perjalanan RM2000 turut disediakan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM29 ribu. Hasil daripada “pembedahan”’ edisi BMS sebelumnya, hakim dari luar, terutama daripada kalangan negara ASEAN, diundang bagi meningkatkan lagi mutu Dewan Budaya Bil. 2/2015


Rentetan daripada bertambahnya bilangan pelukis muda yang lulus daripada institusi seni lukis, mereka memerlukan ruang yang khusus untuk menunjukkan kebolehan dan hasil daripada latihan di institusi tersebut bagi memperkenalkan daya kreativiti pengkaryaan mereka untuk tatapan umum. BMS menjadi medan “perang� yang dinantikan-nantikan oleh mereka dan menjadi medan “kritik� pula kepada kita terhadap perkembangan seni lukis Malaysia. pengadilan dan menyemarakkan semangat Asia Tenggara. Pengkategorian diperkenalkan. Pada tahun 1997, BMS menerima 76 karya – 35 karya kategori catan, 17 karya arca/ instalasi, sembilan karya cetakan/ fotografi dan lapan karya multimedia/eksperimental. Namun demikian, ada ahli panel yang mempersoalkan penetapan empat kategori yang membatas pengkaryaan pelukis. Pembahagian hadiah dirombak dengan satu hadiah keseluruhan, empat hadiah pemenang mengikut kategori, dan satu hadiah penghargaan juri baharu diperkenalkan. Hadiah kemenangan ditambah lagi kepada RM9000 dengan jumlah keseluruhan RM38 ribu. Tiada BMS pada tahun 1998. Setahun kemudian, BMS ditumpukan untuk menjalankan penyelidikan tentang Dewan Budaya Bil. 2/2015

keberkesanan program selepas 23 tahun. Pameran Imbasan BMS (1974-1977) mengumpulkan pemenang yang lepas dalam bentuk dokumentasi video dan cetak. Beberapa resolusi dikenal pasti daripada pameran ini. Antaranya, BMS harus mengikut keperluan dan perubahan semasa, objektif, format dan prestasi diubah semula, acara diadakan dua tahun sekali, dan nilai hadiah dinaikkan.

Zaman Alaf Baharu

BMS alaf baharu dilaksanakan dua tahun sekali, kecuali pada tahun 2008. Beberapa format baharu dijalankan, seperti had umur di bawah 35 tahun, peserta perlu menghantar sekurang-kurangnya lima slaid hasil karya yang dibuat dalam dua tahun yang lepas dan hasil daripada melihat slaid hasil oleh hakim pertandingan, pelukis yang layak sahaja diundang untuk menghantar karya, dan penghakiman karya sebenar dilakukan untuk menentukan peserta yang berjaya. Pada tahun 2000, penganjur menerima 86 karya daripada 36 orang. Sejumlah 27 orang pelukis dikehendaki menghantar karya akhir. Hadiah keseluruhan berjumlah RM45 ribu dibahagikan kepada satu hadiah utama (RM10 ribu dan waran perjalanan RM3000 ke sebuah negara ASEAN dan penerbitan folio khas pelukis RM 2000), tiga hadiah khas juri (RM5000 bersama-sama waran perjalanan RM3000 ke sebuah negara ASEAN, dan enam hadiah penghargaan RM1000 setiap seorang. Format tersebut diteruskan pada tahun 2002 dan 2004 dengan 28 penyertaan pada tahun 2002 dan 35 penyertaan pada tahun

2004. Pada tahun 2006, 31 karya dipertandingkan, namun tiada pemenang utama. Oleh itu, dua hadiah bina diadakan untuk melihat perkembangan dua orang pelukis yang dikenal pasti begitu hampir memenangi hadiah utama. Panel hakim juga menukarkan hadiah khas juri dan hadiah penghargaan, yang dijalankan dalam tiga edisi sebelum ini, kepada hanya hadiah juri dengan lapan orang pemenang. Pada tahun 2008, acara ini tidak dijalankan. Edisi tahun 2010 menyaksikan format penyertaan yang berbeza apabila seseorang artis perlu dicadangkan atau disyorkan untuk layak mengambil bahagian. Pencadang terdiri daripada mereka yang biasa dengan pengkaryaan atau mengetahui latar belakang pelukis, yang terdiri daripada profesional seni, seperti kurator, ahli sejarah seni, ahli akademik, pengkritik, penulis, pemilik galeri, pengumpul atau rakan pelukis. Format baharu ini menerima 80 penyertaan. Namun demikian, 40 karya sahaja dipertimbangkan benar-benar layak untuk peringkat akhir. Format BMS bermodelkan pertandingan bertujuan untuk mencari bakat dengan tawaran hadiah. Sungguhpun begitu, ada pihak yang mencadangkan agar BMS tidak lagi dijalankan secara pertandingan kerana tidak membentuk seni lukis secara jujur oleh sebab ada pelukis hanya berkarya untuk memenangi habuan. Ada juga pendapat bahawa acara ini harus kembali semula kepada model terawal secara undangan, seperti Hadiah Turner, dengan pelukis muda, yang dirasakan berkaliber, dinilai dengan membuat lawatan ke studio mereka. DB 51


CERITERA BULAN INI OLEH: ROSLAN JOMEL

Sardin

Cap Ayam Terbang 52

Dewan Budaya Bil. 2/2015


W

illiam baru keluar dari bilik air dengan muka berkerut. Dia berjalan terhincut-hincut. Tiga kali berturut-turut membuang air besar. Dia membasahkan muka di singki. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.30 petang. Refleksi di cermin memaparkan wajah dirinya yang baru keluar daripada kurungan. Tanpa destinasi. William sendiri tidak pasti sama ada gembira ataupun keliru sesudah berada jauh dari rumah di Kuching. Selamat datang ke dunia baharu. Selepas menikmati makan tengah hari di kafe sebaik-baik sahaja pesawat mendarat di KLIA2, perutnya meragam tibatiba. Sekarang keadaannya masih belum selesa. Sejak dari Kuching, dia tidak mengalas perut. Pemergian yang tidak dirancang. William menggunakan duit perbelanjaan sekolah pemberian ayahnya. Dia menyimpannya di dalam kotak di bawah katil. Siapa tahu jika dia akan memerlukannya nanti? Apa yang aku lakukan ini? William duduk kebingungan di bangku berhampiran dengan bilik air. Merenung orang lalu-lalang dan tujuan dia ke situ. Tunggu dahulu Kuala Lumpur. William dibiasakan dengan hidangan Barat. Ayah William dari benua Eropah dan ibunya dari kawasan pedalaman negeri Sarawak. Nasi jarang-jarang muncul di atas meja di rumah mereka. Rumah mereka jauh terpencil di atas bukit. Bahkan berpagar tinggi. Tiada minuman Dewan Budaya Bil. 2/2015

soda dan lebihan lemak dibenarkan memasuki peti sejuk. Makanan berminyak dan bercili jarang-jarang mendidih di kuali dapur. William membesar di bawah sistem yang ditetapkan oleh ayahnya. Lambat laun William bakal dihantar belajar di luar negara. Ayah dan ibunya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. William menggunakan bahasa Melayu. William hidup di dalam planetnya sendiri bersama-sama novel Stephen King dan filem sains fiksyen Hollywood. Dia ingin segera hidup secara normal. Entah mengapa pada tengah hari itu, dia berasa tergiur ingin akan nasi lemak dan ayam rendang. Betapa sedapnya sambal tumis. Rasa eksotik yang telah sekian lama terpendam di hujung lidahnya. Dia sudah bebas. Dia boleh melakukan apa-apa sahaja di atas muka bumi. Pedulikan menjadi gemuk dan apa salahnya tubuh berkolesterol? Jika ingin

mengenali budaya Asia, pertama kali perlu merasai masakannya. Alangkah malang hidup di kepulauan yang kaya dengan rempah ratus, tetapi memilih keju sebagai makanan harian. Tiga kali menghirup teh susu, desakan dari dalam perut mengarahkannya untuk segera ke tandas. Tekaknya belum serasi menerima hidangan domestik. Ini semua salah kedua-dua orang tuanya yang mengagungagungkan peradaban Barat. William dicegah mendengar lagu pop. Tiada poster perempuan separuh bogel di dinding bilik. Kate Upton hanyalah makhluk murahan yang memperdagangkan bentuk badan wanitanya. Televisyen agen penyesat fikiran. William patuh akan segala undang-undang ciptaan ayahnya. Berkurung di dalam bilik selepas habis kelas. Sementara teman sekolah dilihat lebih merdeka. Berhibur di hujung minggu dan mabuk di kelab malam. Sedangkan William dihimpit dinding rumah. Terseksa dikelilingi buku ilmiah tebal yang membosankan. Etika keluarga kelas pertengahan konon! Dia tidak ubah seperti robot dengan jantung yang hampir tidak berdegup. Ini kali pertama dia berada di tanah Semenanjung. Sejak ayahnya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya di Miri dua tahun lalu, William keberatan melangkah keluar dari dalam rumah. Sementara ibunya hilang seminggu sesudah insiden itu bersamasama lelaki tempatan. Tidak terlintas untuk mengambil tahu akan sebab tragedi sedemikian berlaku terhadap keluarganya. Hal ehwal orang dewasa amat rumit. Dia bukan lagi kanak53


kanak. Alam remajanya sudah mula menutup pintu. Dunia menjadi kelabu dan William tidak ingin lemas di dalamnya. Yang perlu dilakukannya ialah menyingkap tabir berat yang menutup naluri orang muda. Sekarang tiada sesiapa yang akan mengarahkannya dan tiada lagi hidup kepura-puraan. Rumah dan sekolah memenjarakannya selama ini. Dia perlu menjadi manusia sebelum terlewat. *** Di dalam pesawat, William langsung tidak menyaksikan pemandangan di luar menerusi tingkap di sebelahnya. Itulah penerbangan pesawat pertamanya. Dia telah meninggalkan kepulauan Borneo dengan hati yang baru disemai semangat baharu. Di tanah baharu, William rela menjadi apaapa sahaja asalkan tiada sesiapa lagi membelenggu kemahuannya. Di Kuala Lumpur, ada KLCC, sementara di Kuching, ada The Spring. Hanya sebuah beg sandang. Dia tidak memerlukan potret keluarga. Dia manusia yang baru diturunkan dari langit. Jika di Kuching, hidupnya 24 jam diisi dengan buku dan khayalan fiksyen. Inilah masanya untuk disedarkan semula. Apa kehebatan menjadi warga Kuala Lumpur dan apa kekurangan menjadi warga Kuching? Pada kali keempat William ke bilik air, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku ketika hendak membuang air kecil. Seseorang dengan tergesagesa meletakkan objek tajam di belakang pinggangnya. Belum sempat William membuka zip seluar jean. Mungkin kayu atau pembaris yang biasa digunakan oleh pelajar, William kurang pasti. “Kalau nak selamat, jangan buat 54

Duit di dalam dompetnya tidak melebihi RM200. Itulah sahaja bekalannya di sini. Tidak semua orang yang baru keluar dari pesawat berkedudukan tinggi dalam masyarakat, memiliki saham di bursa, atau memiliki jumlah wang berkarung-karung sebagaimana milik tokoh utama negara. Dia anak yatim piatu dan keadaan perutnya bila-bila masa akan memulas. bising.� Lelaki itu seperti sengaja mengeraskan suara, sebagaimana yang sering dilakukan oleh peragut jalanan dalam drama bersiri kepolisian. William kekal berlagak biasa, dia melangsaikan terlebih dahulu urusan pembuangan air kecil. Selepas membersihkan diri, William menggaru kepalanya. Tersindir oleh ketenangan si mangsa, lelaki itu mengarahkan William agar tidak menoleh ke arah mukanya sambil menunggu. Hebat orang di sini, bisik William. “Ini rompakan. Serahkan apaapa yang engkau ada. Di dalam dompet, poket, beg sandang. Jangan cuba nak melawan!� Lelaki yang belum dikenal pasti wajahnya masih dalam posisi yang sama. Lelaki itu bersungguhsungguh meyakinkan bahawa

di belakang pinggang William ialah pisau. Serentak itu, masalah pencernaan di perut William pulih tiba-tiba. Sekarang dia berhadapan dengan masalah yang berbeza. William menjangka lelaki ini tersalah memilih mangsa. Mungkin kerana penampilannya yang agak kemas. Dia datang ke Semenanjung tanpa sebarang tujuan. Duit di dalam dompetnya tidak melebihi RM200. Itulah sahaja bekalannya di sini. Tidak semua orang yang baru keluar dari pesawat berkedudukan tinggi dalam masyarakat, memiliki saham di bursa, atau memiliki jumlah wang berkarung-karung sebagaimana milik tokoh utama negara. Dia anak yatim piatu dan keadaan perutnya bila-bila masa akan memulas. “Jangan sesekali cuba bertindak hero. Angkat kedua-dua tangan. Dewan Budaya Bil. 2/2015


Letak di atas kepala,” lelaki itu memerintah. William hanya memahukan urusan itu disegerakan. Dia bimbang andai masalah di dalam perut berulang. Jika lelaki itu merampas duit dari dalam dompet, silakan sahaja. Asal jangan kad pengenalan. Tanpa kad pengenalan, dia akan bergelar pendatang. Gelaran yang sering digunakan oleh ahli politik dan tidak mungkin menyenangkan sesiapa sahaja. Dia memerlukan kad identiti diri itu di dalam sebuah negara Malaywood. Di mana-mana manusia bersikap rasis. Tambahan pula, bahasa Melayu Sarawak berbeza. Selama ini, dia tidak pernah berhubungan dengan orang di Semenanjung. Cara percakapannya nanti sudah tentu ditertawakan oleh lelaki itu. Dia berharap agar lelaki yang entah dari mana-mana datang itu tidak bertanya, “Baru pertama kali datang ke Malaywood?” Sensitif. “Aku sudah biasa menikam orang. Merompak mesin ATM, mencuri berlian dari dalam bilik kebal. Aku ada kumpulan kongsi gelap. Lebih kurang macam mafia.” William kurang berminat mendengar dialog klise demikian. Lelaki itu menyeluk poket seluarnya. Setelah mengira jumlah duit yang dimiliki mangsa, lelaki itu ketawa mengejek. Yang dijangkanya meleset. Lelaki itu berharap sekurang-kurangnya menemukan wang berjumlah RM5000 daripada si malang. Namun demikian, lelaki itu tetap menyimpannya di dalam saku seluarnya. Sambil memaki kemiskinan mangsa, lelaki itu menginginkan lebih daripada yang diperolehnya. Kad ATM William dirampas. Nombor pin diminta. Tragedi keluarganya diheret sehingga tanah Dewan Budaya Bil. 2/2015

Semenanjung. Syukur negara masih aman. “Baru bulan lepas aku keluar dari penjara kerana membunuh anak Datuk. Gambar aku ada di mana-mana balai polis. Dalam TV. Ini bukan adegan filem. Jika ingin nyawa engkau selamat, keluar dari bilik air ini, lakukan apa-apa yang aku suruh!” Suara lelaki itu mendatar seperti mengulang skrip. Si penyangak itu tidak perlu membangga-banggakan diri kepadanya. William tetap memberikan nombor pin kad ATM. William tersenyum, tiada baki langsung di dalam akuan bank simpanannya. Bantuan wang sudah lama dibekukan sejak ayahnya meninggal dunia. Kad itu hanyalah sekeping plastik segi empat di dalam dompetnya. Kesemua wang dikeluarkan oleh ibunya. William langsung tidak menghalang. Gembira dengan perlakuan kedua-dua orang tuanya. Keluarga elit. Dia tidak pernah membelanjakan sesen pun duit daripada akaun simpanan. Engkau boleh simpan kad ATM itu sehingga akhir hayat, bisik William. William beranggapan bahawa apa-apa yang dilalui kini seolah-olah terjadi dalam filem. Sayangnya lokasi tempat kejadian tidak begitu menarik. Pengarah filem setaraf Quentin Tarantino sudah tentu menolak lokasi sedemikian. Andai sahaja berlaku di sebuah lorong gelap pada tengah malam dengan hujan lebat turun serta sinaran lampu neon di tepi jalan menumpahkan bayangbayang ke dinding bangunan, sudah pasti menepati adegan filem noir. Kerana menyedari hujung mata pisau atau mungkin juga pembaris menyentuh bahagian belakangnya mungkin benar, William menuruti apa-

apa yang diarahkan oleh peragut murahan itu. Bosan sungguh rasanya berurusan dengan perompak murahan sedemikian. Dia tidak perlu berasa cemas tanpa wang. Jika keadaan terdesak, dia boleh memohon pekerjaan di terminal lapangan terbang. Bekerja di restoran, mengelap meja atau menolak troli. Makan percuma. Maka dia boleh bersahabat dengan para pekerja dari Nepal, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar. Dompet berisi wang kertas bernilai RM150. Dia membawa iPhone 6, beberapa helai baju jenama Padini dan Zegna, dan sehelai seluar panjang di dalam beg sandang Samsonite. Kesemua barangan pemberian ayahnya. Yang tinggal sekarang ialah masa depannya sendiri. Lelaki itu, yang berasa tidak puas hati, merenung kad ATM milik William. Sudah tentu dia berharap jumlah yang besar daripada kad itu. William hairan, mengapa tiada seorang pun memasuki bilik air ketika itu? Keadaannya sunyi sepi. Mungkin dia mangsa ke-100? Adakah si mafia itu telah mengunci pintu bilik air dari dalam? Sementara kawannya berkawal di luar dalam pakaian seragam pencuci? Mustahil. Sempurna dan hebat modus operandi penjenayah yang sedang menawannya. “Jadi nama engkau William Faulkner? Nama pengarang Amerika Syarikat itu?” soal lelaki itu. “Entah. Tidak kenal. Orang tua aku pilih nama,” jawab William tanpa berasa bangga. “Berapa jumlah duit dalam bank engkau sekarang? RM150 tidak cukup untuk sehari di KL, engkau tahu, kan?” soal lelaki itu dengan nada kembali normal. Tidak lagi kedengaran garang atau sengaja dikeraskan. 55


“O,’” balas William pendek. Di mana-mana pun, duit tidak pernah cukup. William tidak pernah sekalipun mengeluarkan duit dari bank. Tiada masa untuk dia ke bandar untuk membeli itu dan ini. Kesemua keperluannya telah disediakan, kecuali buku dan filem yang dipinjam daripada kawan akrabnya. Kawan yang senasib dan hidup seperti makhluk asing di balik dinding. “O?” Lelaki itu menggeleng kepala. “Engkau sudah tentu lelaki yang mementingkan jenama pakaian. Macam artis. Tengok, rambut engkau pendek. Tebal dengan gel. Pipi licin. Tanpa janggut tanpa misai. Metroseksual. Apa kasut yang dipakai? Buatan China atau England?” William menjawab tidak tahu. Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk memeriksanya. Cetak rompak atau asli, apa bezanya? Lelaki itu semakin menambahkan rasa meluat William. “Engkau tidak akan menemukan sesen pun duit daripada ATM itu. Aku tidak tipu. Percayalah.” William sekadar mengingatkannya. Setelah mendengar jawapan yang mengecewakan itu, lelaki itu seolah-olah seperti dipermainkan oleh mangsanya. Lelaki itu menolak William ke singki agar wajah bengisnya terlihat oleh si mangsa. “Engkau fikir aku percaya, budak mentah?” Lelaki itu mula mengeraskan semula suara. William mula berasa hairan, apa yang sebenarnya dimahukan oleh lelaki itu? Mungkin samseng jalanan itu homoseks? Dia menyeluk poket seluar. Terlupa untuk membeli gula-gula buat menenangkan diri. Nampaknya 56

urusan di dalam bilik air semakin berpanjangan. Akhirnya William berpeluang melihat si peragut. “Walaupun aku berjanggut macam Osama Laden, jangan samakan aku dengan pejuang ISIS. Aku bukan ekstremis agama. Aku tidak berminat dengan soal politik. Aku tidak peduli engkau liberal atau tidak membuang undi. Buta seni, menyokong kerajaan atau membela pembangkang,” terang lelaki itu. Bau nafas lelaki itu wangi. Tidak busuk atau berbau gam. William menghidu pewangi Hugo Boss pada baju T lelaki itu. Jelas bahawa lelaki berjanggut itu tidak merokok atau minum air beralkohol. Bagaimana lelaki yang sihat tubuh badan dan nampak berbudi pekerti sedemikian terdorong hendak merampas sesuatu daripadanya? Kurang kasih sayang semasa kecil seperti dirinya? Mungkin juga terdesak untuk balik ke kampung dan kelaparan selama ini di terminal? Fizikalnya agak kurus dan raut wajah pula terlalu lembut. Jadi apa yang dimahukan oleh si amatur yang berlagak ini? William juga bertambah pelik kerana sehingga kini, tiada sesiapa pun memasuki bilik air ketika itu. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran orang lain, urusan dia dengan si perompak terdesak itu diketahui. Suara pengumuman penerbangan dan ketibaan pesawat juga tidak kedengaran. Mungkin benar lelaki itu telah mengunci pintu bilik air dari dalam? Sementara kawannya di luar menggantung tanda “ROSAK” di hadapan pintu. Mustahil. Nanti dahulu, William melihat setiap sudut siling di dalam bilik air untuk

mencari kamera CCTV. William menunggu-nunggu, bilakah si bedebah itu meninggalkannya? Engkau bawalah duit itu semua. Aku sudah biasa hidup tanpa duit di Kuching. William belum lagi bersuara sepatah pun. Lelaki itu semakin membosankannya. Wajah William berkerut, perutnya pula memulas balik. Di tepi Jalan Telawi 3, William duduk menikmati sarapan pertamanya di tanah Semenanjung. Dia tidak berasa apa-apa kehebatan pun berada di kawasan itu. Setelah seminggu merayau-rayau, dia diterima untuk bekerja di sebuah pasar raya di Bangsar. Nasib baik si mafia itu memberikan sedikit wang untuk tambang bas dari KLIA2 ke KL Sentral. Tugas dia memastikan makanan di dalam tin tersusun kemas, meletakkan tanda harga, dan menambah stok mana-mana yang kurang di rak. William tinggal di asrama yang disediakan oleh majikan dan dari situlah dia mula belajar berkomunikasi dalam bahasa Melayu di Semenanjung sehingga fasih. Selepas tamat masa bekerja, dia duduk di tepi jalan dari petang hingga lewat malam, memerhatikan tingkah laku manusia yang mengunjungi kafe sepanjang Jalan Telawi 3. Wilayah terhormat. Setahun kemudian, William berambut panjang, mula merokok, memiliki kawan dari beberapa buah negeri, dan sudah memiliki wang sendiri untuk dibelanjakan sesuka hati. Di dinding tepi katil bilik asramanya, William menampal poster kumpulan Pearl Jam dan artis wanita berbikini. William tidak berminat membuka akaun laman sosial. William akan meninggalkan bilik apabila Dewan Budaya Bil. 2/2015


kawan sekerja berbangsa Melayu bersembahyang. Perut William sudah biasa dengan makanan pedas dan ternyata rasanya sungguh luar biasa berbanding dengan makanan Barat. William menutup perihal peribadi, terutama tentang keluarganya. Pada hari cuti, dia mengambil kesempatan bersiar-siar di Bukit Bintang sehinggalah dia bertemu kembali lelaki yang telah menjengkelkannya dahulu. Sudah tentu dia cam jika lelaki itu berserban sekalipun. Di luar pintu Seven-Eleven, lelaki itu menjual DVD. Dari seberang jalan, William duduk sambil melindungi mukanya dengan akhbar. Tidak sekelumit pun rasa sinis apabila menyedari bahawa si peragut itu bukan sebenarnya hebat, seperti yang digembar-gemburkan di dalam bilik air dahulu. Lima minggu berturut-turut William sengaja pergi ke Bukit Bintang untuk memerhatikan gelagat lelaki itu dengan penuh rasa minat. Apakah pekerjaan lelaki itu sebenarnya sebelum ini? Barangkali lelaki itu juga seperti dirinya. Rasa terbeban di dalam rumah dengan sikap ayah dan ibu yang terlalu mengongkong. Keluar dari rumah dan memulakan kehidupan baharu di tengah bandar raya yang menjadi kebanggaan penduduk Malaywood ini. Belajar sehari suntuk semasa pelajar dan kemudiannya mencari wang di tepi jalan. Janggut dan misai lelaki itu menimbulkan rasa simpati di hati William. Apa yang dicarinya di Kuala Lumpur? Kemasyhuran diri? “Aku kelaparan. Boleh pinjam duit? Nanti aku bayarlah balik.” Lelaki itu duduk bertentangan dengannya di luar restoran di hadapan Berjaya Times Square. Dewan Budaya Bil. 2/2015

“Engkau nak mengancam aku lagi? Beri balik RM150 aku dulu,” ejek William. Dengan nada sedih, lelaki itu menceritakan bahawa dia belum mendapat upah setelah sebulan menjadi penjual DVD cetak rompak. Selesai waktu berniaga atau sekiranya penguat kuasa bandar raya muncul secara tiba-tiba di tempat jualan, kesemua wang disimpan oleh pemilik. Lelaki itu tidak diberi sesen pun. Malangnya di dalam poket William, cuma ada RM10.00 dan beberapa keping duit siling. William mengajak lelaki itu singgah sebentar di asramanya. Di dapur, William membuka tin sardin ikan cap Ayam Terbang. Sementara menunggu nasi masak, mereka bersembang. Lelaki itu bercita-cita menjadi pengarah filem. Impian indah itu hanyalah pelangi sesudah hujan. “Engkau guna pembaris di dalam bilik air, kan?” William tergerak hati untuk menyoal. “Aku hampir-hampir percaya engkau akan menikam aku di situ juga.” Lelaki itu menundukkan muka, mengangguk. Kemudian menceritakan itu kali pertama dia melakukan hal sedemikian. Kesempitan wang. Lelaki itu menolak rokok yang dihulurkan oleh William. Samseng tidak merokok? Masa untuk makan tengah hari. Dua kali lelaki itu menambah nasi. William menghiris cili padi dan memasukkan kepingan asam jawa untuk memberikan perisa sardin Cap Ayam Terbang. Tidak disangka lelaki itu memuji kesedapan hidangannya. Kawan sekerja syif pagi balik. Tanpa mencuci tangan dan mengucap maaf, bahkan terima kasih kepada William, lelaki itu melangkah keluar setelah kekenyangan. DB 57


RAMPAI SARI

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada KUALA LUMPUR – “Budaya Melayu berevolusi sejak zaman silam hingga kini,” titah Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz, ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Peradaban Melayu di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) pada 20 November 2014 yang lalu. Seminar yang bertemakan “Raja, Rakyat dan Kerajaan” itu diadakan untuk mengenal semula hubungan antara rakyat dengan raja dan kerajaan Melayu yang dipaut dalam Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Malaysia, terutama sistem demokrasi raja berperlembagaan yang diwarisi daripada peradaban Melayu. Sebanyak 11 kertas kerja dibentangkan dalam seminar ini yang meliputi perihal waad kepada raja berperlembagaan, kesetiaan

Kiri: Tunku Puteri Intan Shafinaz beramah mesra dengan peserta persidangan.

raja, kerajaan dan rakyat daripada perspektif Islam, hubungan mengikut undang-undang di Sulawesi Selatan, dan pencerahan melalui Sulalatus Al-Salatin. Antara tokoh yang membentangkan kajian mereka termasuklah Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (Universiti Utara Malaysia), Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (Universiti Malaya), Prof.

Dr. Idris Zakaria (Universiti Kebangsaan Malaysia),dan Datuk Zainal Abidin Borhan (Yayasan Karyawan). Seminar tersebut dianjurkan oleh Lembaga Peradaban Melayu dan mendapat kerjasama erat daripada Yayasan Karyawan, IDFR, dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Rafiq Rahman

Negarawan yang Dilupakan Ibrahim, pensyarah KUALA LUMPUR Universiti Tunku Abdul – Nama Tun Tan Rahman (UTAR) (“Tun Cheng Lock pastinya Tan Cheng Lock: The terkenal dalam sejarah Malay Perspective and awal Malaysia. Beliau His Contributions in the presiden pengasas Socio-Political Context Persatuan Cina Malaya of Malaysia”), dan Dr. (kemudiannya dikenali Chong Eu Choong, sebagai Persatuan Cina Timbalan Profesor Malaysia), parti politik Fakulti Industri Kreatif yang ditubuhkan untuk UTAR (“Tun Tan Cheng menyediakan platform Lock: The Forgotten bagi pendatang China Nationalist”). awal di Tanah Melayu Presiden MCA, dan memperjuangkan Dato’ Seri Liow Tiong Lai berharap generasi muda dapat sama-sama merasai Dato’ Seri Liow Tiong isu mereka. semangat dan ketokohan kepemimpinan yang dibawa oleh Tun Tan Cheng Lock. Lai, semasa merasmikan Pada 16 November simposium tersebut, menyifatkan sebagai pengasas MCA. Antara 2014 yang lalu di Wisma Cheng Lock sebagai negarawan penceramahnya termasuklah cucunya, MCA, Sekolah Pengajian Politik yang cukup dikagumi, bukan Tan Siok Choo, dengan tajuk “Tun MCA menganjurkan simposium sahaja oleh kaum Cina, malah Tan Cheng Lock as a Father and a yang memperkatakan sumbangan, kaum lain yang ada di negara ini Grandfather”, Dr. Lee Kam Hing, Felo idea, dan pemikiran Cheng Lock juga. Kanan Universiti Malaya (“Tun Tan untuk meningkatkan kefahaman Cheng Lock: Community Leader and anggota parti dan orang awam Rafiq Rahman Malaysian Nationalist”), Ira Meilita mengenai idea politik Cheng Lock

4

Dewan Budaya Bil. 2/2015


Sumbangan Zabidin Ismail Selama 38 Tahun TANJONG MALIM – “Zabidin Ismail banyak memberikan sumbangan sejak mula melibatkan diri dalam dunia persuratan pada tahun 1976. Antaranya termasuklah mengetengahkan jasa dan peranan tokoh pemimpin daripada suku Rawa.” Demikian antara inti pati ucapan Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah ketika merasmikan Seminar Pemikiran Zabidin Ismail pada 6 November 2014 yang lalu. Sasterawan Negara ke-10 itu turut melancarkan empat buah buku. Tiga buah buku diterbitkan oleh Karyawan Pk, iaitu Kinjang, Sewajah Duka dan Sepanjang Perjalanan. Bercakap dengan Jin 2 pula diterbitkan oleh Nafiela Books. Kira-kira 100 orang menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Zabidin menerangkan proses kreatif buku yang ditulisnya.

Sejumlah 10 kertas kerja dibentangkan dalam seminar tersebut yang membincangkan sumbangan Zabidin, presiden Karyawan Pk, dalam dunia kesusasteraan, kebudayaan dan persuratan. Antara mereka termasuklah pensyarah kanan UPSI,

Prof. Madya Dr. Talib Samat, pensyarah Institut Pendidikan Guru Raja Melewar Seremban, Badrul Hisham Ghazali, dan pengkaji sejarah tempatan, Mohd. Zamberi Abdul Malek. Kalam Budiman

Penggunaan Produk Hiasan Dalaman dan Seni Taman

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menganjurkan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman (HDST 2014) di Kompleks Kraf dari 23 Oktober hingga 3 November yang lalu. Program itu merupakan gabungan aktiviti dalam mempromosikan produk kraf bagi hiasan Sesi bicara kreatif bertajuk “Peranan Warna dalam Ruang Makan & dalaman dan seni Laman” oleh Prof. Tajuddin Ismail. taman yang berasas, serta berilhamkan alam semula asas, rekaan produk ataupun motif hiasan jadi dan kepelbagaian produk untuk empat bidang kraf utama, iaitu hasil kraf sebagai hadiah, serta rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf, cenderamata. serta kraf tekstil. HDST 2014 dilaksanakan HDST 2014 turut menampilkan aktiviti dengan konsep jualan, sokongan, seperti jualan, pameran pameran, dan pendidikan yang kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, menampilkan kepelbagaian persembahan kesenian, lawatan berpandu produk kraf berasaskan berkumpulan, pameran dan jualan karya alam semula jadi, sama ada catan hiasan, pertandingan seni kreatif, penghasilan daripada bahan bengkel dan demonstrasi, perkhidmatan

Dewan Budaya Bil. 2/2015

jahitan dan dekorasi, bicara kreatif, serta Bonsai@Craft, Si Comel Meow@Craft, Tazkirah@ Craft, dan Congkak Malaysia Siri 2 bagi memberikan pendedahan kepada pelbagai lapisan masyarakat tentang kepelbagaian penggunaan produk kraf berasaskan alam semula jadi yang begitu rapat dengan kehidupan harian. HDST 2014 menyasarkan 20 ribu orang pengunjung domestik dan antarabangsa, serta kumpulan pengguna, pemborong, pedagang, pengedar, ejen jualan, perunding pemasaran/ hiasan dalaman, pembekal, pereka hiasan dalaman, pereka produk, jurutera binaan, pengeluar, kumpulan profesional, pengimport, peminat dan pengumpul seni kraf, agensi/jabatan kerajaan, agensi pelancongan dan institusi pendidikan. Raja Yusoff Ariffin

59


OLEH: FADHLI AL-AKITI

F

ilem drama yang memaparkan subbudaya sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu, filem sebegini selalunya menyelitkan unsur didaktik dan penyelesaian moral agar penonton “dihindarkan” daripada terikutikut dengan masalah budayanya. Ophilia, karya sulung Raja Mukriz, dengan penulisan lakon layar oleh Ellyna Ahmad, mengubah persepsi arus perdana ini dengan menampilkan tiga orang sahabat yang mengikuti subbudaya skinhead tanpa justifikasi moral dan pengajaran. Filem ini lebih menumpukan wacana sains sosial dalam kefahaman keretakan dan kegagalan anak remaja dalam perhubungan institusi keluarga yang kompleks dalam melahirkan Judul: Ophilia Tahun: 2014 Pengarah: Raja Mukriz Lakon layar: Ellyna Ahmad Pelakon: Que Haidar, Pekin Ibrahim, Kodi Rasheed, Zizan Nin, Riz Amin, Michael Ng Negara: Malaysia

anak muda yang mengikut satusatu subbudaya. Premis filem ini mudah, sungguh mudah. Ozy Gandum (Que Haidar) yang berkawan dengan Uji (Pekin Ibrahim) dan Totoi (Kodi Rasheed) terbunuh perunding kongsi gelap bernama Ophilia (Ivy). Oleh sebab itu, mereka terpaksa membayar pampasan sebanyak RM750 ribu. Dengan keadaan yang terdesak, mereka membuat keputusan untuk merompak bank. Tidak ada yang menariknya jika kita teliti jalan cerita dan plot filem ini, tetapi seperti filem arus baharu Amerika pada era 1970-an, filem ini kurang memperincikan cerita, tetapi gaya dan persembahan. Latar ketiga-tiga watak utama skinhead dalam filem ini jauh lebih menarik dan menggerakkan filem ini daripada plot dan pengolahan ceritanya. Dimensi perwatakan yang dibawa oleh Que, Pekin, dan Kodi memang dipuji. Ketiga-tiganya mempunyai latar dan aura yang tersendiri. Watak Uji, sebagai tukang cerita, pendiam tetapi tegas

KISAH PERSAUDARAAN GOLONGAN

SUBBUDAYA 60

dan berpegang pada prinsip dan amanah. Watak Totoi pula menampilkan seorang “anak soleh” yang terjebak dalam dunia gelap skinhead, watak yang tidak berburuk sangka kepada orang lain dan amat naif. Ozy mempunyai watak yang paling sempurna dan bulat. Ozy mempunyai latar keluarga yang negatif, menyebabkan pendiriannya sentiasa memberontak dan tidak pandai mengawal perasaan. Atas kesilapan tindakan Ozy, suatu masalah terjadi dan menggerakkan plot cerita. Dalam filem ini, Que memberikan segalagalanya dengan sepenuhnya. Lakonannya mencengkam dan menakutkan. Oleh sebab filem ini mencuit secebis subbudaya skinhead, garapan sinematografi dan penataan seninya menampilkan cetusan imejan yang unik, laju, dan bergolak dengan warna pudar dan sepia. Suntingan laju dan cetusan perkataan dan imej secara tiba-tiba membentuk rasa wayang yang merangkum subbudaya yang dipilih, menampilkan gelodak dan kecelaruan jiwa golongan ini. Yang paling menarik, penulis skripnya mengawal keadaan latar dan pergerakan cerita dengan monolog dan dialog yang tersusun dan terkawal agar filem ini menjadi filem yang mendedahkan kisah dan bukan untuk membawa perhitungan, dan jauh sekali menjadikan insan subbudaya ini sebagai subjek romantik. Filem ini permulaan yang menarik oleh Raja Mukriz. Dewan Budaya Bil. 2/2015

+++

SKRIN


+++

Adaptasi

Novel Popular R

afidah Abdullah, dengan pengarahan Bernard Chauly yang pernah memberikan deretan filem berbentuk kewanitaan (chic flick), kini mengadaptasi sebuah novel romantik popular karya Anis Ayuni. Novel ini berlegar dalam kalangan wanita muda berkerjaya dalam persada antarabangsa, tetapi berprinsip kesederhanaan dalam pegangan Islam. Terdapat beberapa pandangan yang berkemungkinan liberal (watak mengiakan kehadiran golongan homoseksual dalam dunia remaja) dan berfikiran optimis terhadap budaya Barat dan luar (negara Islam di luar Malaysia). Gagasan tersirat ini disulami plot percintaan yang mengganggu psikologi watak utamanya, Ifti (lakonan baik Nur Fazura), yang baru putus dengan teman lelakinya yang telah terlanjur dengan seorang wanita lain. Keadaan sikap moden dan progresif dalam suasana tradisi budaya Melayu Islam di kawasan bandar ini menarik apabila suara jiwa Ifti berkonflik tentang “lelaki idaman” setelah melihat beberapa kes lelaki yang gagal memberikan keadilan kepada wanita. Pada abad ke-21 ini, dengan sikap wanita yang berkemungkinan lebih maju dari segi profesion dan ilmu, Ifti, Dewan Budaya Bil. 2/2015

sebagai suara wanita Melayu kini, membuat keputusan untuk menerima mana-mana lelaki yang sanggup bertanggungjawab terhadap keadilan hak wanita, walaupun lelaki itu pemandu bas! Ifti seakan-akan menyatakan bahawa material tidak penting, dan yang lebih penting ialah keutuhan iman dan kefahaman tanggungjawab sang lelaki. Hal ini diprojeksikan terhadap watak Nazim (Saheizy Sam) yang tibatiba terserempak dengan Ifti di pasar raya. Bermulalah “kembara cinta” untuk Ifti menyelami kebenaran jiwa Nazim yang mengaku sebagai “pemandu bas”. Garapan filem ini baik dan disusun elok oleh Rafidah, dengan imbangan teknik dan pengarahan lakonan yang baik daripada Chauly. Pengolahan detik dramatik, melodrama, dan komedi diimbangi tempo yang baik, tidak terburu-buru dan mengalir lancar. Hal ini dibantu oleh susun atur ruang dan tatarias yang sempurna, dengan tangkapan landskap Lembah Klang dan dunia Turki yang indah, mengikut keperluan yang diwajarkan bagi sesebuah filem komedi romantik. Suntingannya juga lancar dengan bantuan runut bunyi yang baik. Namun begitu, filem ini kelihatan seakan-akan satu lagi

Judul: Manisnya Cinta di Cappadocia Tahun: 2014 Pengarah: Bernard Chauly Lakon layar: Rafidah Abdullah Pelakon: Nur Fazura, Saheizy Sam, Lisa Surihani, Rafidah Abdullah, Faizal Hussein, Eja, Fauziah Ahmad Daud Negara: Malaysia filem ulangan daripada pakatan Chauly dan Rafidah. Tidak ada tema baharu dan mencabar yang hendak disampaikan. Persoalan keutuhan iman Nazim langsung tidak dijelajah oleh skrip Rafidah untuk mewajarkan kekuatan perwatakan Nazim yang dipilih oleh Ifti sebagai syarat perhubungan mereka. Semua berlayar elok, tanpa gelombang badai yang benar-benar menguji, walaupun detik konflik dan dramatiknya tersusun baik. Hal ini mungkin disebabkan oleh kelonggaran naskhah popular itu sendiri yang tidak mewajarkan hal ini. 61


+++

Terbaik

dari Ladang

F

ilem jalanan (road movie) terbaharu Malaysia ini diarah oleh pengarah muda yang telah memberi kita Kil, filem terbaik Festival Filem Malaysia 2014. Tulisan lakon layar oleh Redza Minhat ini mengisahkan empat orang sahabat, Berg, Ijam, Ali, dan Toyu, dari sekolah berasrama penuh yang bertemu sekali lagi sewaktu dewasa untuk membantu Berg (lakonan Bront Palarae) membikin filem dan sekali gus merakamkan kedatangan UFO, mengikut kajiannya. Filem ini sebenarnya satu baiat dan apresiasi besar kalangan pembikin muda era sekarang terhadap dunia perfileman Malaysia. Terdapat niat yang murni dalam lakon layar Redza ini yang menyampaikan wacana dan peredaran wayang dan harapan filem kita untuk masa depan. Filem ini menampilkan baiat tentang kegemilangan filem Melayu dahulu bawaan era Jalan Ampas dan kemudian percubaan para pembikin filem Malaysia pada era 1980-an dan 1990-an untuk mengubah latar dan kandungan wayang kita. Persoalan terbesar era sekarang ialah apresiasi penonton Malaysia yang berkurang, penonton bandar 62

yang menolak filem Melayu, dan lambakan filem komersial daripada filem bernilai seni. Semua hal ini diselitkan secara jelas atau tersirat oleh pengarah, dengan penampilan khas oleh beberapa orang pejuang filem, seperti Mamat Khalid dalam sebuah babak. Dalam perasaan positif ini, filem ini juga tidak mengesampingkan plot dan acuan utama filem, yakni perjalanan membaiki perhubungan dalam persahabatan serta pencarian diri dalam keadaan serba kecelaruan. Metafora pencarian UFO yang kelihatan dangkal dan eskapis oleh Berg dengan sengaja merupakan penghormatan terhadap semangat pembikinan XX Ray arahan Aziz M. Osman (yang mengubah kandungan komersial filem Melayu pada era 1990-an), yang juga menjadi simbol pencarian impian yang dikejar oleh anak muda ini. Sikap populis yang dipaparkan juga menampilkan sikap terbuka para pembikinnya yang menghormati filem komersial yang menjadi lambakan bikinan sekarang, tetapi juga menyampaikan kritikan bahawa terdapat “nilai� yang baik, yang dapat diusahakan dalam

Judul: Terbaik dari Langit Tahun: 2014 Pengarah: Nik Amir Mustafa Lakon layar: Redza Minhat Pelakon: Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharfizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani Negara: Malaysia membikin filem komersial. Imbangan inilah yang mendasari dialog antara keempat-empat orang sahabat ini, dibantu oleh seorang watak wanita, Sofia Jane (lakonan baik Nadiya Nisaa), yang membuka mata tiga orang sahabat lama ini untuk melihat kehidupan dengan lebih jauh dan matang. Filem yang baik ini mendapat suntingan yang tersusun dan beritma, dan pengarahan seni yang baik dan tidak dibuat-buat. Sinematografinya merupakan antara penggambaran terindah yang pernah ditangkap untuk filem Malaysia tahun lepas. Penataan suaranya baik dan runut bunyinya amat membantu melahirkan suasana dan rasa yang betul. Para pelakonnya turut menyampaikan lakonan yang bersahaja dan utuh, walaupun mungkin terdapat cacat cela dari segi motivasi psikologi. Efek khas komputernya yang berbentuk komik juga membantu melahirkan semangat dan impian segar wajah anak muda filem ini. Filem ini antara yang terbaik Malaysia tahun lepas. DB Dewan Budaya Bil. 2/2015


Borang Langganan Majalah Terbitan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Tanda (/)

Harga untuk Semenanjung Malaysia

Bilangan Naskhah

Majalah

Harga untuk Sabah dan Sarawak

Setahun (20%)

Dua tahun (25%)

Tiga tahun (30%)

Setahun (20%)

Dua tahun (25%)

Tiga tahun (30%)

Dewan Siswa

RM 45.60

RM 87.00

RM 124.20

RM 50.40

RM 96.00

RM 136.80

Dewan Pelajar

RM 40.80

RM 78.00

RM 111.60

RM 45.60

RM 87.00

RM 124.20

Dewan Masyarakat

RM 64.80

RM 123.00 RM 174.60

RM 69.60

RM 132.00 RM 187.20

Dewan Kosmik

RM 69.60

RM 132.00 RM 187.20

RM 74.40

RM 141.00 RM 199.80

Dewan Ekonomi

RM 74.40

RM 141.00 RM 199.80

RM 79.20

RM 150.00 RM 212.40

Dewan Budaya

RM 69.60

RM 132.00 RM 187.20

RM 74.40

RM 141.00 RM 199.80

Dewan Sastera

RM 69.60

RM 132.00 RM 187.20

RM 74.40

RM 141.00 RM 199.80

Dewan Bahasa

RM 74.40

RM 141.00 RM 199.80

RM 79.20

RM 150.00 RM 212.40

Pelita Bahasa

RM 55.20

RM 105.00 RM 149.40

RM 60.00

RM 114.00 RM 162.00

Tunas Cipta

RM 60.00

RM 114.00 RM 162.00

RM 64.80

RM 123.00 RM 174.60

Dewan Tamadun Islam

RM 74.40

RM 141.00 RM 199.80

RM 79.20

RM 150.00 RM 212.40

Kanun

RM 52.00

RM 99.00

RM 141.00

RM 52.00

RM 99.00

RM 141.00

Jurnal Bahasa

RM 28.00

RM 54.00

RM 78.00

RM 28.00

RM 54.00

RM 78.00

Malay Literature

RM 28.00

RM 54.00

RM 78.00

RM 28.00

RM 54.00

RM 78.00

Jurnal Melayu

RM 36.00

RM 69.00

RM 99.00

RM 36.00

RM 69.00

RM 99.00

Diskaun sehingga

30%

*harga langganan termasuk kos penghantaran

MAKLUMAT INDIVIDU/INSTITUSI Nama (Individu/Institusi):

No. K.P.:

Alamat:

Poskod:

Bandar:

Tel. Rumah:

Pekerjaan:

Tel. Pejabat:

Tel. Bimbit:

E-mel:

JENIS LANGGANAN

Korporat/ Institusi/ Persendirian

Jenis langganan: Baharu Memperbaharu langganan Mulai:

Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Hingga: (Tempoh langganan bermula 1 bulan dari tarikh penerimaan borang yang lengkap)

Harga langganan:

CARA BAYARAN Kiriman Wang

Disertakan:

Wang Pos

Pesanan Kerajaan (L/O) No.

‘Bank-In’ ke Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB): 14023010018002

atas nama DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA.

Hantarkan borang langganan ke alamat berikut:

Cek Berpalang

No. Telefon: 03-8961 1836 / 03-8961 1814 Faksimile: 03-8961 0395 E-mel: pp@dbp.gov.my

(Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti pembayaran)

http://www.facebook.com/ DBPNiaga http://niaga.dbp.my Borang ini boleh dibuat salinan fotostat.


Sana Sini

Pameran Bakat Baharu 12 Januari hingga 24 Februari 2015 Galeri Seni Sabah, Kota Kinabalu Artgallery.sabah@gmail.com Celebrating Sibelius 7 Februari 2015 dan 8 Februari 2015 Malaysian Philharmonic Orchestra www.mpo.com.my

Kam Kow: Merentasi Budaya Melintasi Era 18 November 2014 hingga 31 Mac 2015 Galeri 2A/2B Balai Seni Visual Negara

Festival Layang-layang Sedunia 11 Februari hingga 15 Februari 2015 Johor Darul Takzim

Program Pertandingan Fotografi dan Pameran Kemasyarakatan 2 Januari hingga 2 Februari 2015 West Coast Division, Kota Kinabalu, Sabah Evren.Subal@sabah.gov.my

Casablanca 13 Februari 2015 dan 14 Februari 2015 Malaysian Philharmonic Orchestra www.mpo.com.my Pesta Perarakan Cingge 2015 29 Februari 2015 Johor Darul Takzim

Diari Wanita 11 Februari hingga 16 Februari 2015 Istana Budaya, Kuala Lumpur www.airasiaredtix.com ATN Award Show 2015 23 Februari 2015 Istana Budaya, Kuala Lumpur Ariana Television Networks Chamber Concert 3 Februari 2015 dan 10 Februari 2015 Malaysian Philharmonic Orchestra www.mpo.com.my

64

Pesta Angin Timur 2015 28 Februari hingga 1 Mac 2015 Kampung Permatang Keriang, Sanglang, Perlis www.jkkn.gov.my

The Royal Gala Mek Mulong 28 Februari hingga 1 Mac 2015 Istana Budaya, Kuala Lumpur Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Sarah Chang & The MPO 28 Februari 2015 Malaysian Philharmonic Orchestra http://mpo.com.my Dewan Budaya Bil. 2/2015


URUSAN LANGGANAN: Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Tingkat 29, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Telefon: 03-2147 9335 Faks: 03-2147 9606 E-mel: saifudin@dbp.gov.my


BIL. 5 2014

KK 800-91835-0514 ISSN 1511-9998

05

9 770126 847285

Seni Persembahan dalam Pelancongan Budaya TAMAN KEDAMAIAN HIROSHIMA BOMOH MELAYU BIL. 9 2014

KK 800-91835-0914 ISSN 1511-9998

9 770126 847285

2015

anda bijak kerana membaca dewan budaya

07

Majalah februari2015 small  
Advertisement