Sirah Nabawiyah

Page 53

TIGA TAHUN DI LORONG ABU TALIB Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung untuk sampai ke tangan kaum muslimm. Mereka membeli kesemuanya, kaum muslimin mengalami kemuncak kesengsaraan, hingga terpaksa memakan daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga boleh didengar keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan, kalau pun sampai itu pun secara rahsia mereka tidak keluar dari lorong itu untuk membeli keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. Itu pun mereka membeli makanan yang datang dari luar Makkah dan pihak musyrikin terus menindas lagi, dengan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat ganda supaya kaum muslimin tidak terdaya membelinya. Di suatu ketika Hakim bin Hizam membawa gandum untuk emak saudaranya iaitu Khadijah (r.a), diantaranya telah dihalang oleh Abu Jahal, beliau melarang dan mencegah hingga terpaksa pula Abu al-Bukhturi Tnasuk campurtangan dan membiarkan Hakim menyampaikan juga gandum berkenaan kepada Khadijah emak saudaranya itu. Abu Talib amat prihatin tehadap Rasulullah, hinggakan apabila orang semua hendak tidur beliau menyuruh Rasulullah tidur di tempatnya, supaya dapat pula beliau melihat sesiapa sahaja yang cuba membunuh Rasulullah, dan apabila semua orang nyenyak tidur, sekali lagi Abu Talib menyuruh salah seorang anaknya atau saudaranya atau anak saudaranya tidur di tempat Rasulullah di samping menyuruh membawa kelengkapan tidur mereka. Rasulullah bersama kaum muslimin akan keluar dari situ di musim haji, untuk menyeru orang ramai kepada Islam. Gelagat dan tindakan nakal Abu Lahab telahpun kita perkatakan sebelum ini.

PELANGGARAN PIAGAM Tiga tahun berlalu keadaan tetap seperti itu juga, walau macam manapun pada bulan Muharam tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah berlaku pelanggarart dan pencerobohan ke atas piagam perjanjian musyrikin kerana di kalangan Quraisy sendiri ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan piagam itu malah membangkangnya, lantaran itulah di antara mereka ada yang berusaha mencerobohi dan melanggar piagam berkenaan. Orang pertama yang berusaha ke arah itu ialah Hisyam bin Amru dari qabilah Banu Amir bin Luai, beliau sering berhubung secara rahsia di malam hari dengan Banu Hasyim dengan membawa makanan, beliau selalunya menemui Zuhair bin Abi Umaiyah al-Makhzumi, sedang ibunya adalah Atikah binti Abdul al-Muttalib, suatu hari beliau telah bercakap dengan Zuhair bin Abi Umaiyah katanya: Wahai Zuhair! Kamu boleh rela had untuk memakan dan meminum sedang bapa-bapa saudara kamu, seperti kau tahulah. Jawab Zuhair: Baiklah, apa aku boleh buat, aku seorang sahaja, demi Allah kalau ada orang lain bersama ku, dah lama ku langgar


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.