Page 6

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN

Kelab Robotik

5.1.4 Pemberhentikan dan Pemecatan Ahli 5.1.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada Setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat. 5.1.4.2

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan peraturan kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat. Sebelum Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

ARTIKEL ENAM 6.1

Jawatankuasa Kelab. 6.1.1 Ahli Jawatankuasa: Jawatankuasa Kelab akan dianggotai oleh:6.1.1.2 Seorang Timbalan Pengerusi. 6.1.1.3 Dua orang naib Pengerusi 6.1.1.4 Seorang Setiausaha 6.1.1.5 Seorang Penolong Setiausaha 6.1.1.6 Seorang Bendahari 6.1.1.7 Seorang Penolong bendahari 6.1.1.8 Tujuh orang Ahli Jawatankuasa 6.1.2

Pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Jawatankuasa adalah secara demokratik dalam Mesyuarat Agung tahunan persatuan.Senarai Jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan oleh Pendaftar sebelum boleh berfungsi.

6.1.3

Tugas utama Jawatankuasa:

Copyright Š RobotikSMKASAS

6

Kelab Robotik  

Perlembagaan Kelab