Page 13

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN

Kelab Robotik

(c)

Setiausaha hendaklah menyediakan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar yang telah dijalankan sebelumnya (jika ada ). (d) Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Kelab, Takwim Aktiviti Tahunan , dan Perancangan Tahunan bagi tahun yang berikutnya. (f) Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu , Laporan Tahunan , Perancangan Tahunan, Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang lalu. Anggaran Pendapatan dan Belanjawan Kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya, dan usul-usul atau cadangan-cadangan yang akan dibincang dan dikhaskan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya sebelum 48 jam mesyuarat diadakan. 8.2.3 Tarikh: Mesyuarat Agung Tahunan Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Oktober pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab. 8.2.4 Kehadiran: (a) Semua ahli Jawatankuasa Kelab. (b) Semua ahli yang berdaftar. 8.2.5 Korum: (a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Kelab ialah dua pertiga daripada jumlah ahli yang berdaftar. (b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh ( tidak lebih daripada tiga puluh hari ) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab dan jika korum masih tidak cukup, selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu.

(a). (b). (c). (d). (e).

8.2.6 Agenda: Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar sekiranya telah diadakan sebelumnya. Perkara-perkara berbangkit daripada agenda (a) di atas. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Kelab. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Kelab bagi tahun kewangan yang lalu. Membentang dan meluluskan Takwim Tahunan Kelab dan Perancangan Tahunan Kelab (jika ada) untuk tahun kewangan berikutnya. Copyright Š RobotikSMKASAS

13

Kelab Robotik  
Kelab Robotik  

Perlembagaan Kelab

Advertisement