Page 12

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN

Kelab Robotik

7.5.2

Pemeriksa Kira-Kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan penyata bulanan Tabung Kewangan Kelab dan Penyata Kewangan Tahunan Kelab. 7.5.3 Pemeriksa Kira-Kira berkuasa menyoal dan menasihati Bendahari dan Penolong Bendahari berkaitan apa-apa keraguan dan ketidakseimbangan dalam penyata bulanan Tabung Kewangan Kelab dan Penyata Kewangan Tahunan Kelab. 7.5.4 Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-Kira adalah bagi setahun kewangan kelab.

ARTIKEL LAPAN 8.

MESYUARAT AGUNG 8.1 Jenis Mesyuarat Agung 8.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan 8.1.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa 8.1.3 Mesyuarat Agung Tergempar 8.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 8.2.1 Tujuan: (a) Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang sesuatu tahun kewangan kelab. (b) Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan perbelanjaan kewangan kelab bagi sesuatu tahun kewangan. (c) Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun kewangan akan datang. (g) Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan atau dasar yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kelab. (h) Mendapatkan pandangan,idea, dan usul daripada ahli-ahli untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya. 8.2.2 Pengurusan dan Pengelolaan: (a) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis mesyuarat sekurangkurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan. (b) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pelawaan kepada ahliahli untuk mencadangkan usul atau pindaan-pindaan yang hendak dibincangkan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan. Notis pelawaan hendaklah diletakkan di tempat-tempat strategik dan boleh dilihat oleh semua ahli. Copyright Š RobotikSMKASAS

12

Kelab Robotik  

Perlembagaan Kelab