Page 11

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN

Kelab Robotik

Derma keahlian adalah sebanyak RM1.00 sebulan berdasarkan kelulusan yang diberikan oleh Pengetua sekolah berdasarkan Subpersatuan 9(3) dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Persatuan sekolah)1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan (A); P.U.(A) 196. Bertarikh 21 Mei 1998. 7.3 Tabung Kelab . 7.3.1 Tabung Kewangan Kelab adalah wang terkumpul yang diakaunkan oleh Bendahari kelab dan disimpan oleh Pengetua atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua. 7.3.2 Sumber Tabung Kewangan Kelab adalah daripada:7.3.2.1 derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang berdaftar. 7.3.2.2 sumbangan daripada sekolah. 7.3.2.3 sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh Pengetua sekolah. 7.3.2.4 Keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan oleh Kelab. 7.3.3 Wang daripada Tabung Kewangan Kelab boleh digunakan untuk:7.3.3.1 Membiayai kos pelaksanaan aktiviti atau projek yang dianjurkan oleh kelab. 7.3.3.2 Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan, dan aksesori untuk kegunaan kelab. 7.3.3.3 Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh ketab. 7.3.4 Akaun Tabung Kewangan Kelab hendaklah oleh Pemeriksa Kira-Kira dan pada diaudit pada tiap-tiap akhir bulan setiap hujung tahun kewangan kelab. 7.4 Pentadbiran Kewangan Kelab 7.4.1 Wang daripada Tabung Kewangan Kelab hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara berfaedah sesuai dengan tujuan dan matlamat kelab. 7.4.2 Setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada Tabung Kewangan Kelab hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dengan persetujuan daripada Guru Penasihat. 7.4.3 Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 20.00 pada sesuatu masa. Wang yang selebih daripada itu hendaklah disimpan oleh Pengetua sekolah atau Guru Penasihat seperti yang telah diarahkan oleh Pengetua sekolah. 7.4.4 Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta imbangan kira-kira bagi setahun kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira. 7.4.5 Penyata Kewangan Tahunan Kelab hendaklah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab. 7.4.6 Tabung Kewangan Kelab akan diserahkan kepada Pengetua sekolah pada setiap akhir tahun Kewangan Kelab. 7.5 Pemeriksa Kira-Kira 7.5.1 Dua orang Pemeriksa Kira-Kira akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Kelab . Copyright Š RobotikSMKASAS

11

Kelab Robotik  

Perlembagaan Kelab

Advertisement