Page 1

Perasaan cinta yang membara, membawa aku ke hari bahagia. Oleh: Characters Studio

Syima & Deen 30 & 31 Januari 2010, Perak


Ikatan Hati Tak terlafaz di hatiku dangan perkataan, apabila kau sarungkan cincin di jemari manisku. Hanya mengucapkan syukur pada Illahi. Ku cium tanganmu sebagai tanda kesyukuran dan kita bersatu. Terimalah seadanya diriku.

Janji terpatri Sakali lafaz dan senada mengesahkannya. Moga direstui untuk mengotakan segala janji-janji.


Ratu Sehari Ketika mula mengenali dirimu. Terasa seperti sahabat sejati. Hari ini. Akulah isterimu. Terasa seperti sorang permaisuri.

Saat yang aku tunggu Harinya telah tiba. Inilah hari besar dalam hidupku. Amat bermakna, diandam penuh teliti. Agar tampak berseri. Semoga menjadi sebahagian bingkisan memori.


Pertama kali Aku benar-benar tidak mengerti. Seperti mahu lari. Apabila ciuman pertamamu singgah di pipi. Namun aku cuba menghayati kerana inilah yang pertama kali.


Di saat ini. Aku sentiasa ingin mendampingimu.


Merpati sejoli Indahnya seperti merpati dua sejoli. Terbang ke sana sini, dalam mencari ketenangan hakiki. Begitulah yang diimpi. Gurau senda menghiburkan hati. Semoga menjadi rakaman memori abadi.


Kehadiranmu Kehadiranmu memberi kebahagiaan kepadaku.


Cinta abadi Di atas bumi yang terbentang luas, di bawah sinaran mentari hari, di bawah payungan langit yang penuh berseri, dalam pelukan manjamu, aku meluahkan segala cinta yang berbuku di hati. Agar terkota segala janji - janji. Dengan penuh harapan yang tinggi. Agar cinta yang disemai ini kekal abadi dan ingin ku laungkan segala yang ada di hati, kepada segenap pelusuk bumi. Bahawasanya, aku ini yang bergelar Suami dan Isteri.


Ketenangan dan kebahagiaan yang ku cari. Segalanya ku temui di sini.

Capturing your Characters blog.characters.com.my

Story Book  

Shima & Deen, Ipoh