Issuu on Google+

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

1

2011 - 2015

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI TERENGGANU

1.

PENGENALAN Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu adalah bertanggungjawab dalam memastikan strategi dan program Kesihatan Pergigian yang telah dirancang berjalan dengan baik dan sempurna serta dapat memenuhi aspirasi KKM dan masyarakat, bagi memastikan kesihatan pergigian penduduk di Negeri Terengganu sentiasa dipelihara dan sihat. Pentadbiran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Terengganu dan dibantu oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pergigian) serta tujuh (7) orang Pegawai Pergigian Daerah dari Daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Besut, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu. Semua Pegawai Pergigian Daerah ini adalah bertanggungjawab untuk perkhidmatan di peringkat daerah masing-masing dan klinik-klinik pergigian dibawah jagaan mereka.

2.

VISI , MISI KKM DAN OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN (BKPT)

2.1

VISI KKM Ke arah Kesihatan yang lebih baik

2.2

MISI KKM Selaras dengan Misi KKM, Misi Bahagian Kesihatan Pergigian adalah menerajui dan berusaha untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:  Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan 2

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

 

2011 - 2015

Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :  Mengutamakan pelanggan  Saksama  Tidak membebankan  Cekap  Wajar mengikut teknologi  Boleh disesuaikan mengikut persekitaran  Inovatif

Dengan menekankan :  Sifat penyayang, profesionalisme berpasukan  Sifat menghormati maruah insan  Penglibatan masyarakat

2.3

OBJEKTIF (BKPT)

BAHAGIAN

KESIHATAN

dan

kerja

PERGIGIAN

Objektif Bahagian Kesihatan Pergigian (BKPT) adalah untuk meningkatkan status kesihatan mulut penduduk dengan penyediaan perkhidmatan melalui promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan kesihatan mulut. Keutamaan perkhidmatan yang diberikan adalah untuk:i. ii. iii. iv. v. vi.

Toddler Murid pra sekolah Murid sekolah rendah dan Sekolah menengah Ibu mengandung Kanak-kanak keperluan khas Orang Dewasa dan Warga Emas

3

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

3. KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN Program Kesihatan Pergigian terdiri daripada tiga kompenan iaitu:  Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer  Perkhidmatan Kepakaran Pergigian  Penjagaan Kesihatan Pergigian Komuniti Selaras dengan dasar-dasar Kementerian Kesihatan, beberapa strategi telah digunakan untuk perlaksanaan program kesihatan pergigian, strategi-strategi ini adalah seperti berikut iaitu: Meningkatkan kesedaran kesihatan pergigian komuniti melalui pendidikan kesihatan pergigian supaya setiap individu mempunyai tabiat kesihatan yang positif.  Menyediakan bekalan air di paras optima fluorida ( 0.4 0.6 ppm) untuk mengurangkan prevalens dan insiden karies gigi.  Menyediakan perkhidmatan pencegahan pergigian klinikal kepada murid-murid sekolah yang memerlukannya.  Meningkatkan kerjasama dan kolabrasi dengan lain-lain agensi dan sektor awam.  Memberi perkhidmatan pergigian yang berkualiti dan bersesuaian dari segi kegunaan dan teknologi.  Memberi liputan yang menyeluruh kepada kumpulan sasaran yang diutamakan.  Menghasilkan bilangan maksima murid sekolah yang ‘Tidak Perlu Rawatan Pergigian (orally-fit)’  Memberi perkhidmatan kepakaran pergigian kepada mereka yang memerlukan dan,  Mengumpul dan menganalisa data serta menjalankan kajian yang bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pergigian yang diberikan. 3.1

i. 

PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER terdiri daripada, Toddler Program ‘Early Childhood Oral Healthcare’ merupakan program yang dikhaskan kepada ‘toddler’ (kanak-kanak 4

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

ii. 

iii.

2011 - 2015

yang berumur 0 - 4 tahun), ibubapa/penjaga, pengasuh di pusat asuhan/jagaan kanak-kanak dan personel kesihatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti penggalakkan dan pencegahan yang dijalankan di Klinik Kesihatan, TASKA atau pusat jagaan kanak—kanak berdaftar. Bermula tahun 2009 peratus kedatangan baru ‘toddler’ di Klinik Kesihatan (KKIA) menjadi salah satu indikator baru dalam ‘State Specific Approach’ (SSA) bagi Negeri Terengganu. Pra sekolah Kanak-kanak Pra sekolah adalah merupakan antara kumpulan sasaran utama yang diberi rawatan pergigian di Negeri Terengganu meliputi kanakkanak tadika, prasekolah atau kanak-kanak berumur 5- 6 tahun samada kerajaan mahupun swasta. Program kesihatan pergigian bagi kanak-kanak prasekolah ini adalah untuk menanamkan minat serta meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan gigi dan mulut supaya mempunyai tabiat kearah mengekalkan tahap kesihatan gigi dan mulut di peringkat optima. Peratus kedatangan baru kanak-kanak pra sekolah merupakan salah satu indikator dalam ‘Key Performance Indikator’ (KPI) bagi Negeri Terengganu

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah  Perkhidmatan asas murid sekolah rendah dan menengah disalurkan melalui perkhidmatan pergigian sekolah yang menggunakan kaedah ‘Incremental Dental Care’ yang dijalankan melalui klinik-klinik pergigian sekolah, klinik- klinik pergigian ataupun oleh pasukan pergigian bergerak.  Matlamat rawatan yang dijalankan di sekolah adalah untuk; a. Mencapai liputan sekolah rendah dan menengah100% b. Liputan murid sekolah rendah - >90% c. Liputan murid sekolah menengah - >80%

5

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

d.

e. iv. 

v.  

2011 - 2015

Peratus murid sekolah rendah Tidak Perlu rawatan (orally fit) – >90% Peratus murid sekolah menengah Tidak Perlu rawatan (orally fit) – >90%

Ibu mengandung Golongan Ibu mengandung juga merupakan kumpulan sasaran kerana mereka amat berpengaruh dalam menentukan kesihatan pergigian anak-anak mereka. Program kesihatan pergigian bagi Ibu mengandung adalah untuk memupuk sikap kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pergigian sebagai komponen penting dalam kesihatan keseluruhan dan menjadi agen pengubah dalam keluarga mereka. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu untuk menggalakkan bilangan kedatangan ibu mengandung ke Klinik Pergigian termasuk mengadakan ceramah setiap tahun di klinik-klinik kesihatan melalui kerjasama dengan pihak perkhidmatan kesihatan setempat. Kedatangan Ibu mengandung menunjukkan peningkatan setiap tahun iaitu dari tahun 2005 seramai 2,123 orang dan peningkatan ke tahun 2009 seramai 3,795 orang namun dari segi keseluruhannya jumlah liputan kedatangan ibu mengandung masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan ibu mengandung di Negeri Terengganu. Kanak-kanak keperluan khas Program kanak-kanak dengan keperluan khas adalah untuk meningkatkan kesihatan mulut yang seterusnya akan meningkatkan kualiti hidup mereka. Skop program ini meliputi semua keperluan khas di institusi-institusi dan sekolah. Mereka yang datang ke Klinik Pergigian dirujuk ke Klinik Pakar Pediatrik. Selain itu program ini dapat menyemai amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik, meningkatkan kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menambahbaik kemahiran di kalangan personel pergigian.

6

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

 vi. 

2011 - 2015

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti penggalakkan, pencegahan dan rawatan yang perlu. Orang Dewasa dan Warga Emas Perkhidmatan asas orang dewasa adalah seperti pemeriksaan dan rawatan pergigian berdasarkan permintaan dan kedatangan mereka ke klinik-klinik pergigian kerajaan di seluruh Negeri Terengganu. Manakala program Warga Emas adalah untuk mempertingkatkan kualiti hidup warga emas (berumur > 60 tahun) melalui kesihatan mulut yang sempurna dan mengekalkan fungsi asal kegigian sepanjang hidup mereka. Program ini dilaksanakan melalui klinik pesakit luar di mana kaunter ekspres diwujudkan untuk mengurangkan masa menunggu golongan ini. Di samping itu lawatan berkala ke institusi-institusi warga emas juga dilaksanakan di daerah. Peningkatan boleh dilihat dari segi kedatangan baru warga emas dan juga status tiada gigi kekal (edentulousness).

Keseluruhannya kategori terbesar terdiri daripada murid sekolah rendah diikuti oleh sekolah menengah, orang dewasa, murid pra sekolah, ibu mengandung dan lain-lain sepertimana pecahan kedatangan baru mengikut kategori pesakit tahun 2010 di rajah berikut.

7

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

Rajah 1: Pecahan Kedatangan Baru Mengikut Kategori Pesakit Tahun 2010.

KKI 1% Ibu Mengandung 2%

Dewasa 15%

Warga Emas 1%

Pra Sek 11% Pra Sek Sek Ren. Sek. Men Ibu Mengandung KKI Dewasa Warga Emas

Sek. Men 30%

Sek Ren. 40%

3.2

PERKHIDMATAN KEPAKARAN PERGIGIAN Perkhidmatan kepakaran yang disediakan meliputi 4 bidang kepakaran iaitu:-

i. 

ii. 

iii.

Pakar Bedah Mulut Memberi perkhidmatan Kepakaran Bedah Mulut kepada pesakit luar dan dalam wad di Hospital. Kes-kes dirujuk untuk pengendalian maksilofasial, kecederaan dan lain-lain. Kepakaran Bedah Mulut ditempatkan di Klinik Bedah Mulut, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Pakar Orthodontik Kepakaran Orthodontik diberi oleh pakar orthodontik dengan sokongan daripada Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian pos basic yang bertugas di Klinik Pakar Orthodontik. Rawatan yang diberikan ialah ‘Fixed Appliances’ dan ‘Removable Appliances’. Beroperasi di Klinik Pergigian Pakar, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Pakar Periodontik  Di bawah kepakaran periodontik, khidmat nasihat dan rawatan penskaleran, ‘root debridement’ dan pembedahan diberi di klinik pakar periodontik. Bertempat diKlinik Pergigian Pakar, Jalan Sultan 8

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

Mahmud, Kuala Terengganu dan Klinik Pergigian Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu. iv. 

Pakar Pergigian Pediatrik Klinik Pakar Pergigian Pediatrik adalah pusat rujukan untuk kes-kes pesakit berumur 16 tahun kebawah. Klinik Pergigian Pediarik ditempatkan di Klinik Pakar Pergigian Pediatrik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Rajah 2:

Pecahan Jumlah Kedatangan Pesakit Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Tahun 2010.

15% Bedah Mulut

18%

Periodontik Pediatrik 57%

Orthodontik

10%

3.3 i.

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN KOMUNITI Pemfluoridaan Bekalan Air  Program ini menggunakan strategi populasi (population strategy) dengan objektif untuk mengesyorkan bekalan air awam mengandungi paras optima fluorida (0.4-0.6 ppm) sebagai kaedah kesihatan awam dalam pencegahan karies gigi. 

Terdapat 16 buah Loji Air Di Negeri Terengganu iaitu: 4 buah tiada Fluoride Feeder  5 buah mempunyai fluoride feeder dan masih berfungsi  1 buah tiada bahan fluorida  6 buah fluoride feeder rosak 9

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

ii. 

iii. 

2011 - 2015

Pemantauan program pemfluoridaan bekalan air adalah melalui indicator ‘percentage of non-conformance of fluoride levels at reticulation points’ dalam program QAP. Pematuhan kepada tahap 0.4-0.6 ppm dalam proses perlaksanaan. Promosi Kesihatan Pergigian Komponen promosi kesihatan pergigian juga diterapkan dalam program-program kesihatan pergigian dengan menyediakan aktiviti- aktiviti seperti Pendidikan Kesihatan Pergigian (PKP), Latihan memberus gigi (LMG), pameran, kempen, pertunjukkan video atau slaid, pertunjukkan boneka dan ‘role play’. Kesemua langkah ini adalah juga untuk menanamkan perasaan tanggungjawab bersama dalam penjagaan kesihatan mulut. Program Kesihatan Pergigian juga diserapkan dalam aktiviti di Institut Perguruan Kuala Terengganu dan Besut. Aktiviti yang dijalankan adalah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan sumbangan guruguru untuk menyampaikan mesej-mesej kesihatan pergigian kepada murid - murid sekolah dan menyediakan ‘Sekolah Sihat’ bagi kesihatan pergigian. Selain daripada ceramah kesihatan pergigian, pameran dan bengkel penyediaan rancangan pelajaran kesihatan pergigian dan juga sesi pemeriksaan mulut kepada guruguru pelatih.

Program Penyaringan Pra Kanser Mulut Program ‘Primary Prevention and Early Detection of Oral Pre cancer and Oral cancer’ adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik individu terhadap pencegahan primer dan pengesanan awal pra kanser dan kanser mulut. Latihan kalibrasi diagnosa kanser mulut dan taklimat kemasukan data adalah untuk memantau program tersebut dengan mengadakan saringan program kanser mulut kepada penduduk setempat.

10

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

iv.

2011 - 2015

Program Pencegahan Klinikal (Selan Fisur dan Sapuan Topikal Fluorida) 

Sealan Fisur Program Selan Fisur merupakan satu program pencegahan klinikal ‘school based’ yang memberi tumpuan kepada pesakit yang berisiko tinggi mendapat karies permukaan oklusal. Tumpuan utama adalah kepada kanak-kanak pra sekolah, kanak-kanak istimewa dan murid sekolah rendah. Sapuan Fluorida Topikal Sapuan Topikal Fluoride merupakan antara langkah yang efektif bagi rawatan pencegahan. Ia disapu pada seluruh permukaan gigi bertujuan untuk mengawal dan menghentikan kejadian karies ataupun dengan membalikkan kejadian karies. Contoh bahan topikal fluoride adalah seperti ‘gel fluoride’ dan ‘fluoride varnish’. Ia merupakan salah satu rawatan alternatif bagi individu yang berisiko tinggi dan penduduk yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air berfluoirda. Di Negeri Terengganu, peratus murid pra sekolah dan toddler yang menerima rawatan sapuan’fluoride varnish’ telah dijadikan indikator bagi ‘State Specific Approach’ (SSA) pada tahun 2009.

11

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

PELAN TRANSFORMASI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN 2011 - 2015 JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU

Bahagian

Kesihatan

Pergigian

Terengganu

telah

memperkenalkan Pelan Transformasi 2011-2015 dengan enam Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Area - KRA) yang bertujuan memberi hala tuju kepada semua anggota untuk mencapai tahap kesihatan pergigian yang terunggul bagi rakyat Negeri Terengganu demi kesejahteraan kualiti kehidupan mereka. Bahagian Kesihatan Pergigian Terengganu telah menetapkan Rasional,

Sasaran,

Petunjuk

Prestasi

Utama(Key

Performance Indicator – KPI) dan Strategi bagi setiap KRA untuk memastikan objektif plan transformasi ini dapat dicapai dalam jangka masa 5 tahun iaitu dari 2011 – 2015 dengan tema ― TRANSFORMASI MENCIPTA MASA DEPAN GEMILANG’ BIDANG KEBERHASILAN UTAMA(KRA) KRA dipilih berasaskan pencapaian oleh Bahagian ini yang masih belum mencapai taraf kesihatan mulut yang optimum bagi penduduk negeri Terengganu dan masih ada ruang untuk penambahbaikan dengan strategi yang tepat. Semua KRA dipilih dalam bidang yang paling relevan dan penting kepada rakyat dan akan memberi impak yang maksimum kepada peningkatan kesihatan mulut di kalangan penduduk negeri ini.

12

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

Enam Bidang Keberhasilan Utama(KRA) yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

KRA 1 : Pemflouridaan KRA 2 : Penyampaian Perkhidmatan Pesakit Luar KRA 3 : Liputan Murid Pra Sekolah Dan Sekolah KRA 4 : Liputan Ibu Mengandung dan Toddler KRA 5 : Liputan Kumpulan 窶適umpulan Dengan Keperluan Khas KRA 6 : Penjagaan Kesihatan Mulut Kepakaran

13

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

KRA 1 : PEMFLOURIDAAN RASIONAL Peratus penduduk yang menerima bekalan air berfluorida pada tahun 2008 - 2010 adalah masih rendah seperti jadual di bawah: TAHUN

Peratus penduduk yang menerima bekalan air berfluorida

2008

4.2 % (45,715/1,094,300)

2009

50.6 % (567,292/1,121,131)

2010

62.4 % (716,190/1,148,496)

Peratus penduduk yang menerima bekalan air berfluorida pada paras optima 0.4 - 0.6 ppm fluorida juga tidak menunjukkan penambahbaikan seperti jadual di bawah: TAHUN 2009

Peratus penduduk yang menerima paras optimum air berfluorida 19.8% ( 228,000/1,121,131 )

2010

20.3% ( 238,945/1,148,496 )

SASARAN 1.

Meningkatkan peratus penduduk yang menerima air berfluorida ke 100% menjelang 2015.

2.

Meningkatkan peratus penduduk yang menerima paras optimum fluorida 0.4 – 0.6 ppm dalam bekalan air minuman ke 95% menjelang 2015.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) 14

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

KPI 1 :

Peratus penduduk yang menerima air berfluorida.

KPI 2 :

Peratus penduduk yang menerima paras optimum fluoride 0.4 – 0.6 ppm dalam bekalan air minuman.

SASARAN TAHUNAN KPI KPI KPI 1 (Peratus penduduk menerima air berfluorida) KPI 2 (Peratus penduduk menerima paras optimum)

2010

2011

2012

2013

2014

2015

62.4%

81.3%

93.8%

100.0%

100.0%

100%

20.8%

55%

75.6%

92.0%

95.0%

95.0%

*Berdasarkan pemasangan fluoride feeder baru dan pembaikian fluoride feeder seperti jadual di bawah.

STRATEGI 1. Pemasangan fluoride feeder baru di loji air yang masih tiada fluoride feeder seperti di jadual dibawah. Daerah

Loji Air yang tiada fluoride feeder

Tahun dipasang

K. TRG / MARANG

1. 2.

Kepong 2 Losong 2 & 3

2011 2012

SETIU

3.

Sg Tong (Lama)

2013

Unjuran bilangan loji air yang akan dipasang dengan fluoride feeder adalah seperti di jadual dibawah. 15

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

TAHUN

2010

2011

2012

2013

Bil. Loji % Loji

12/16 75.0%

13/16 81.3%

15/16 93.8%

16/16 100.0%

2014

2011 - 2015

2015

(16/16) (16/16) 100.0% 100.0%

2. Penggantian fluoride feeder yang rosak (TEB) adalah seperti di jadual dibawah.

3. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Negeri dan Loji Air yang Tahun Status Daerah mempunyai akan Catatan Feeder fluoride feeder dibaiki BESUT DUNGUN

Bukit Bunga

Rosak

Mac 2011 Penggantian

Bukit Bauk Serdang Tepus/Sungai Dungun

Rosak Rosak Rosak

September Penggantian 2011

KEMAMAN Bukit Sah SETIU

Rosak

Januari 2012

Sungai Tong Rosak April 2012 Pasukan Petugas (Task Force) Daerah:

Pembaikian Pembaikian

Jawatankuasa Penyelarasan Pemfluoridaan Air Peringkat Negeri : i.

Dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan mesyuarat JK Penyelarasan diadakan 4 kali setahun.

ii.

Mesyuarat JK Penyelarasan di peringkat negeri setiap bulan. Pemantauan dan tindakan pembetulan segera di peringkat negeri.

iii. Laporan bacaan paras fluorida dihantar kepada Syarikat Bekalan Air Terengganu (SATU) untuk tindakan serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu setiap bulan untuk makluman.

16

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

iv.

Mesyuarat bersama pihak Unit Kualiti Makanan dan Air Minuman (KMAM) JKNT yang dihadir oleh TPKN(G) sebagai ahli tetap dan pemfluoridaan dijadikan agenda tetap.

v.

Bilangan bacaan yang menepati paras optima dipantau secara mingguan dan bulanan. Pasukan Petugas Pemfluoridaan Air Peringkat Daerah :

i.

Mesyuarat Pasukan Petugas diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh Pegawai Pergigian Daerah. Pemantauan dan tindakan pembetulan dengan segera di peringkat daerah.

ii.

Dapatkan bacaan paras fluorida di poin retikulasi seperti dipilih oleh Unit Kualiti Makanan dan Air Minuman (KMAM),JKNT setiap minggu.

iii.

Hantar laporan bacaan paras fluorida daerah ke Pejabat TPKN(G) dan Syarikat Bekalan Air Terengganu ( SATU) di daerah setiap bulan.

iv.

Lawatan berkala ke loji air untuk pemantauan setiap 6 bulan sekali.

v.

Hantar laporan bacaan paras fluorida melalui e-Reporting ke Pusat Informatik Kesihatan (PIK).

17

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

4. Penyeragaman Pengukuran Paras Fluorida i.

Memastikan penggunaan jenis colorimeter yang sama di semua daerah.

ii.

Mematuhi garispanduan kaedah pengukuran paras fluorida.

iii.

Latihan cara pengukuran paras fluorida kepada anggota yang terlibat setahun sekali.

iv.

Bengkel latihan langkah-langkah keselamatan pengendalian bahan flourida kepada anggota Syarikat Bekalan Air Terengganu (SATU) dua tahun sekali bersama-sama dengan (SATU).

v.

Penyelenggaraan dan kalibrasi alat colorimeter setahun sekali.

vi.

Penyeragaman bacaan paras fluorida (sekurang-kurangnya setahun sekali) antara Bahagian Kesihatan Pergigian, Syarikat Air Terengganu, Unit Kualiti Makanan dan Air Minuman (KMAM), JKN Terengganu dan Jabatan Kimia.

18

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

KRA 2 : PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR RASIONAL Masa menunggu merupakan isu terpenting bagi seorang pesakit apabila mendapat perkhidmatan kesihatan di samping menjadi ciri utama dalam menentukan imej jabatan. Jadual Prestasi Penyampaian Perkhidmatan Pesakit Luar mengikut bilangan Klinik Pergigian di daerah

Daerah

Bil. Klinik Pergigian

Peratus bil.KP mencapai 85% pesakit mendapat rawatan dalam masa < 30 Min 2009

2010

Kuala Terengganu

7

6/7 ( 85.7%)

4/7 (57.1%)

Kemaman

5

4/5 (80.0%)

3/5 (60.0%)

Dungun

7

3/7 (42.8%)

1/7 (14.3%)

Marang

3

3/3 (100%)

2/3 (66.6%)

Hulu Terengganu

3

3/3 (100%)

2/3 (66.6%)

Besut

6

0/6 ( 0%)

3/6 (50%)

Setiu

3

3/3 (100%)

3/3 (100%)

HSNZ

1

1/1 (100%)

0/1 (0%)

Jumlah

35

23/35 ( 65.7%)

18/35 ( 51.4%)

SASARAN ď&#x201A;ˇ

Meningkatkan peratus bilangan Klinik Pergigian mencapai bilangan pesakit (sekurang-kurangnya 85% pesakit) mendapat rawatan dalam masa < 30 min ke 100% menjelang 2015. (*Rawatan maksudnya rawatan pesakit luar dan temujanji ) 19

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) )INDICATOR) 

Peratus bilangan Klinik Pergigian mencapai bilangan pesakit (sekurang-kurangnya 85% pesakit) mendapat rawatan dalam masa < 30 min .

SASARAN TAHUNAN KPI Sasaran

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Peratus bil. klinik <30 min

51.4%

60.5%

71.1%

84.2%

97.4%

100.0%

(Bil Klinik capai)

(18/35)

(23/38)*

(27/38)

(32/38)

(37/38)

(38/38)

KPI

*Tiga klinik pergigian baru akan beroperasi pada tahun 2011 STRATEGI 1. Menambah bilangan Pegawai Pergigian di fasiliti yang sedia ada menjelang 2015. (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian Negeri Terengganu 2011 – 2015.)  Minima 5 pegawai di Klinik Pergigian Utama.  Minima 3 pegawai di Klinik Pergigian lain.  Menambah bilangan kerusi pergigian di fasiliti yang sedia ada . (Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian Negeri Terengganu 2011 – 2015)).  Menaiktaraf infrastruktur Klinik Pergigian Fasa Satu(lawatan Pegawai Pergigian)) ke Klinik Pergigian sepenuh masa .

20

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

KRA 3 : LIPUTAN MURID SEKOLAH 1. PRA SEKOLAH RASIONAL 

Liputan murid pra sekolah walau pun mencapai 89.4% pada tahun 2010 tetapi masih perlu penambahbaikan kerana masih belum mencapai tahap optimum. Kumpulan ini merupakan kumpulan prioriti untuk perkhidmatan pergigian dan perlu dipantau melalui KRA. Sasaran ditetapkan adalah berdasarkan kepada kadar karies yang tinggi di kalangan murid 6 tahun di negeri Terengganu iaitu 93.2% (berbanding Malaysia 74.5%) sumber National Oral Health Survey of Pre School Children 2005 (NOHPS). Merupakan captive group yang boleh diliputi melalui perancangan yang baik.

SASARAN 1. Meningkatkan peratus bilangan tadika yang dilawati ke 100% pada 2013 dan dikekalkan pada tahap itu sehingga 2015. 2. Meningkatkan peratus murid pra sekolah diperiksa dan dirawat setiap tahun ke 98% menjelang 2013 – 2015. PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) 1.

Peratus bilangan tadika yang dilawati

2.

Peratus murid pra sekolah diperiksa dan dirawat setiap tahun. 21

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

SASARAN TAHUNAN KPI

Sasaran KPI

2010

2011

2012

2013

2014

2015

% tadika sekolah dilawati

97.2% 1304/ 1341

98.1% 1318/ 1344

99.3% 1336/ 1346

100% 1348/ 1348

100% 1350/ 1350

100% 1352/ 1352

% murid pra sekolah diperiksa dan dirawat

89.4%

93.5%

96.5%

98%

98%

98%

35,617/ 39,844

37820/ 40,450

39629/ 41,066

40858/ 41,692

41480/ 42,327

42112/ 42,971

Unjuran peningkatan bilangan tadika sekolah sebanyak 2 tadika setahun Unjuran peningkatan murid pra sekolah sebanyak 1.5% setahun

STRATEGI 1. Memberi lebih penekanan kepada promosi dan pencegahan termasuk pencegahan klinikal. Penyapuan varnish fluorida dijadikan sebagai State Specific Approach(SSA) Strategi dan Indikator. 2. Mewujudkan Pasukan Pergigian Bergerak khas untuk Pra sekolah dan latihan khusus kepada perawat Pasukan Pergigian Bergerak Pra Sekolah dengan penekanan kepada aspek perkhidmatan penyayang dan rawatan klinikal pencegahan (ART dan PRR) serta Sealan Fisur. 3. Menyediakan kemudahan dan peralatan yang mencukupi dan sesuai untuk aktiviti rawatan di pra sekolah( Full ART hand instrument set and GIC material for all nurses) menjelang 2012.

22

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

4. Meningkatkan bilangan sealan fisur (fissure sealant) yang dibuat oleh Jururawat Pergigian keatas gigi-gigi yang menepati indikasi.Bilangan sealan fisur yang dibuat (done) atas gigi yang memerlukan(indicated for fissure sealant) untuk murid sekolah rendah dan pra sekolah merupakan State Specific Approach(SSA) Strategi dan Indikator.

Nota: Murid sekolah rendah tidak dipilih sebagai KRA kerana pencapaian untuk program ini adalah baik dengan liputan sekolah mencapai 98.9%(358 dari 362 sekolah di negeri) dan liputan murid(orally fit) mencapai 96.6%(130,255 murid dari enrolmen seramai 140,894 murid di negeri) pada tahun 2010.

2.SEKOLAH MENENGAH RASIONAL Liputan murid sekolah menengah( bilangan murid orally fit di Negeri Terengganu masih rendah seperti jadual di bawah dan perlu dinaikkan ke tahap negeri-negeri lain di Malaysia. PENCAPAIAN PRESTASI SEKOLAH MENENGAH 2010 INDIKATOR / DENOMINATOR Bilangan Sekolah Menengah Jumlah Sekolah Diliputi ( 90% murid orally fit) Peratus Sekolah Menengah diliputi ( 90% murid orally fit) Enrolmen Murid Sekolah Menengah Bilangan Murid Sekolah Diliputi (Orally Fit) Peratus Murid Sekolah diliputi (Orally Fit)

23

2009

2010

140

141

81

87

57.9%

61.7%

89,557

113,127

115,998

90,162

77.2%

79.7%

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

SASARAN 1. Meningkatkan peratus bilangan sekolah menengah diliputi setiap tahun ke 100% menjelang 2015. 2. Meningkatkan peratus murid sekolah menengah diliputi(orally fit) setiap tahun ke 95% menjelang 2015.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR 

Peratus liputan sekolah menengah.

Peratus murid sekolah menengah diliputi (orally fit) .

SASARAN TAHUNAN KPI KPI

2010

2011

2012

2013

2014

2015

% sek. men. diliputi

61.7%

70%

85%

100%

100%

100%

Bilangan sekolah

(87/ 141)

(99/ 141)

(112/ 142*)

(121/ 142)

(133/ 143*)

(143/ 143)

% murid diliputi

89.7%

92.2%

95.4%

98.0%

98.0%

98.0%

Bilangan murid

101,463/ 113,127

105,892/ 114,850

111,235/ 116,599

116,006/ 118,374

117,773/ 120,177

119,635/ 122,077

*Unjuran peningkatan sekolah - setiap dua tahun satu sekolah baru. +Unjuran peningkatan enrolmen murid sekolah menengah – 1.5% setahun.

24

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

STRATEGI 1. Penambahan bilangan Pegawai Pergigian (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 â&#x20AC;&#x201C; 2015 Negeri Terengganu) dan Jururawat Pergigian (Rujuk Appendix 2 : Unjuran Keperluan Jururawat Pergigian 2011 â&#x20AC;&#x201C; 2015 Negeri Terengganu). 2. Menambah bilangan Pasukan Pergigian Sekolah Menengah (Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 â&#x20AC;&#x201C; 2015 Negeri Terengganu). 3. Jururawat Pergigian diagih semula (redeploy) untuk bertugas dalam Pasukan Pergigian Bergerak Sekolah Menengah membantu Pegawai Pergigian. 4. Setiap perawat (PP dan JP) dibekalkan dengan peralatan yang lengkap menjelang akhir 2011 (High speed cutting unit dan handpiece). 5. Perancangan yang teliti setiap awal tahun serta di pantau dan dikajisemula setiap 3 bulan semasa Mesyuarat Teknikal peringkat daerah dan negeri. 6. Mengemaskini dan menambahbaik bahan - bahan pendidikan kesihatan pergigian. Sejumlah 10 poster pendidikan kesihatan pergigian dijangka dihasil oleh Unit Promosi Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu pada tahun 2011-2012. CD multimedia pendidikan kesihatan pergigian khas untuk kegunaan semasa ceramah kepada murid pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah akan dibuat oleh Unit Promosi Kesihatan Pergigian Negeri pada 2012.

25

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

KRA 4 :

2011 - 2015

LIPUTAN IBU MENGANDUNG DAN LIPUTAN TODDLER

1. IBU MENGANDUNG

RASIONAL Program ini bertujuan utama untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan pergigian untuk bayi yang bakal dilahir dan seterusnya keluarga kerana ibu merupakan agent of change untuk bertukar tingkahlaku serta cara hidup kesihatan sesebuah keluarga. Pada masa yang sama program ini juga bertujuan memastikan ibu mengandung akan mengekalkan kesihatan pergigian yang baik agar tiada sebarang komplikasi semasa kelahiran bayi mereka. Walaupun pencapaian meningkat di negeri Terengganu dari tahun 2008 tetapi masih rendah berbanding dengan liputan nasional seperti graf di bawah. Graf 1: Perbandingan Peratus Liputan Ibu Mengandung di bawah Program Pergigian di Negeri Terengganu dan di Malaysia, 2005 â&#x20AC;&#x201C; 2010 30% 23.1 19.7

25% 20%

28.1

16.4

PERATUS LIPUTAN IM NEGERI

12.7

15% 16.3

10%

11.9

5%

11.5

PERATUS LIPUTAN IM MALAYSIA

16.9

12.1

0% 2005

2006

2007

2008

2009

2010

*Angka liputan Ibu Mengandung bagi Malaysia untuk 2009 & 2010 belum diperolehi Sumber: Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM, MOH 2008

26

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

SASARAN 1.

Meningkatkan pesakit baru ibu mengandung diperiksa dan dirawat ke 70% menjelang 2015.

yang

Nota: Pencapaian tertinggi antara semua negeri pada tahun 2008 adalah WP Putrajaya = 84.9%, Johor = 57.6%, Perlis = 54.2% dan Pahang = 38.3%. (Rujukan: Laporan Tahunan 2008 Bah. Kesihatan Pergigian, KKM ).

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) ď&#x201A;ˇ

Peratus kedatangan baru Ibu Mengandung yang diperiksa dan dirawat = Bilangan kedatangan baru Ibu Mengandung di klinik pergigian Bilangan kedatangan baru Ibu Mengandung di klinik kesihatan

SASARAN TAHUNAN KPI

KPI

2010

2011

2012

2013

2014

2015

28.1%

39.5%

48.5%

60.2%

65.9%

70%

6062/ 21581

8654/ 21910

10788/ 22243

13594/ 22582

15108 22926

16293/ 23275

SASARAN Bil pesakit di KP/Bil di KKIA

Unjuran peningkatan kedatangan bilangan ibu mengandung di KKIA sebanyak 1.5% setahun

27

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

STRATEGI 1. Melaksanakan Pelan Strategik Meningkatkan Liputan Ibu Mengandung di Klinik Pergigian Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang merangkumi

- Meningkatkan kerjasama antara program kesihatan awam dan program pergigian. - Memantapkan sistem rujukan ibu mengandung ke klinik/fasiliti pergigian. - Pemeriksaan dan pendidikan kesihatan pergigian dimasuk dalam carta aliran penjagaan kesihatan ibu mengandung di semua klinik kesihatan negeri terengganu. - Mengadakan taklimat serta CME mengenai sistem rujukan dan kepentingan kesihatan mulut untuk penjawat awam kesihatan dan pergigian setiap tahun. - Perbincangan dan bengkel diadakan untuk menyediakan bahan bahan pendidikan kesihatan pergigian(PKP) untuk Ibu Mengandung. (Sebanyak 10 bahan PKP dijangka dihasil 2011 -2012). - Memberi kemudahan bagi ibu mengandung di luar bandar untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian dengan lawatan lebih kerap ( 3 kali liputan setahun oleh PP ke klinik desa di luar bandar mulai 2011). 2.

Liputan ibu mengandung dijadikan sebagai State Specific Approach(SSA) Strategi dan Indikator.

28

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2.

2011 - 2015

LIPUTAN TODDLER

RASIONAL  Pada tahun 2010, hanya 38 Taska daripada jumlah 181 Taska di negeri Terengganu dilawati.  Juga 5290 toddler (kanak-kanak berusia 1 – 4 tahun) di beri pemeriksaan pergigian dan 3490 toddler telah menerima penyapuan fluorida topikal pada tahun 2010 di Terengganu.  Kedatangan baru toddler di Klinik Pergigian/di beri pemeriksaan pergigian di Klinik Kesihatan adalah rendah jika berbanding dengan kedatangan baru toddler di Klinik Kesihatan.  Terdapat vakum antara program pergigian untuk kumpulan antenatal dan kanak-kanak pra sekolah di mana tiada program sempurna untuk kumpulan toddler.  Kadar karies yang tinggi dan tidak dirawat di kalangan kanak-kanak 6 tahun ke bawah di Negeri Terengganu mengikut penemuan NOHPS 2005 seperti tertera dibawah disebabkan oleh kekurangan kesedaran dan penjagaan kesihatan mulut pada peringkat toddler.  

4.3% kanak-kanak mempunyai gigi yg sihat (MBK) Purata dmft=10.2

Pencapaian kedatangan toddler pada tahun 2009-2010 di negeri Terengganu masih tidak memuaskan seperti jadual di bawah:

Tahun

2009

2010

Peratus kedatangan baru toddler

9.8%

15.9%

29

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

SASARAN 1. Meningkatkan peratus pemeriksaan toddler dan ibu/penjaga taska diberi nasihat ke 60% menjelang 2015.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) 1. Peratus kedatangan baru toddler yang diperiksa serta ibu diberi nasihat penjagaan kesihatan pergigian dalam setahun. = Bil Kedatangan Baru Toddler diperiksa di KP/KK + Taska Bil Kedatangan baru toddler di Klinik Kesihatan + Enrolmen Taska

SASARAN TAHUNAN KPI

Tahun

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Peratus kedatangan baru toddler

15.9%

40.1%*

52.0%+

55.0%

58.0%

60.0%

*Sasaran ini boleh dicapai dengan liputan dipanjangkan ke semua Taskataska kerajaan mulai 2011. Program ini tidak diadakan secara sistematik pada tahun 2010. +Dari tahun 2012, sistem rujukan khas (seperti untuk ibu mengandung) untuk toddler yang hadir di Klinik Kesihatan dirujuk ke Klinik Pergigian akan dimulakan.

30

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

STRATEGI 1. Kedatangan baru toddler di KK/KKIA dan peratus toddler menerima penyapuan varnish fluorida dijadikan sebagai State Specific Approach(SSA) Strategi dan Indikator. 2. Perancangan meliputi semua Taska dan toddler dalam satu tahun termasuk di Taska PERMATA di Negeri Terengganu. 3. Sistem rujukan untuk toddler yang lebih mantap dari Klinik Kesihatan ke Klinik Pergigian mulai 2012. Sistem rujukan yang sama seperti digunakan untuk ibu mengandung akan mula dilaksanakan pada 2012 untuk toddler juga. 4. Pematuhan rapi kepada garispanduan program toddler ‘Never Too Early To Start’. 5. Mempertingkatkan semua aktiviti pencegahan : penyapuan fluorida topikal untuk toddler untuk 50% toddler yang diperiksa menjelang 2015. 6. Meningkatkan kesedaran penjaga (carers) di taska tentang penjagaan kesihatan mulut toddler – ceramah sekali setiap tahun untuk semua penjaga taska mulai 2011. 7. Menyediakan persekitaran di Klinik Pergigian yang akan menggalakkan kehadiran ibu dan toddler – sesi dan ruang khas(play pen) untuk kanak-kanak serta golongan ini diberi keutamaan untuk pemeriksaan.

31

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

â&#x20AC;&#x201C;

KRA 5 : LIPUTAN KUMPULAN KEPERLUAN KHAS

2011 - 2015

KUMPULAN

DENGAN

RASIONAL Liputan untuk kumpulan dengan keperluan khas adalah baik tetapi memandangkan golongan ini perlu diberi perkhidmatan secara kutamaan bagi mengelakkan kejadian penyakit yang boleh menjejaskan keshatan mereka, maka dimasukkan sebagai KRA untuk memastikan pencapaian 100% penjagaan kesihatan pergigian. Pencapaian dalam program ini di Terengganu pada tahun 2010 adalah seperti di bawah: Pencapaian Program Kumpulan Dengan Keperluan Khas Di Negeri Terengganu 2010 DAERAH

INSTITUSI OKU

INS. KANAKKANAK KEPERLUAN KHAS

INST. WARGA EMAS

BIL

DILAWATI

BIL

DILAWATI

BIL

DILAWATI

KEMAMAN

6

1

0

-

-

-

DUNGUN

9

0

0

-

1

1

MARANG

4

3

0

-

2

1

KUALA TERENGGANU

5

0

1

1

-

-

HULU TERENGGANU

6

6

0

-

-

-

SETIU

4

3

0

-

-

-

BESUT

5

0

1

1

2

0

39

13

2

2

5

2

JUMLAH

32

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

SASARAN 1. Meningkatkan liputan kumpulan-kumpulan dengan keperluan khas di semua Institusi ke 100% menjelang 2015.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) 1. Peratus institusi/bilangan kumpulan dengan keperluan khas diperiksa dan dirawat jika perlu. SASARAN TAHUNAN KPI

KUMPULAN KEPERLUAN KHAS

Orang Kurang Upaya di institusi

SASARAN PERANCANGAN

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Meningkatkan bilangan institusi yang dilawat

9/39 (23.1%)

16/39 (41%)

23/39 (59%)

30/39 (77%)

37/39 (95%)

39/39 (100%)

Meningkatkan peratus pesakit diperiksa dan dirawat (jika perlu) di Institusi

15%

35%

60%

72%

85%

90%

Unjuran berasaskan peningkatan liputan sebanyak 1 buah bagi setiap daerah dalam tempoh setahun Warga Emas di Institusi

Meningkatkan bilangan Institusi yang dilawat, penghuni dirawat dan diadakan program pencegahan

4/5 (80%)

5/5 (100%)

5/5 (100%)

5/5 (100%)

5/5 (100%)

5/5 (100%)

Unjuran pencapaian berdasarkan kepada bilangan institusi yang dilawati berbanding bilangan yang ada di dalam negeri. Liputan bagi institusi Kanak-Kanak Keperluan Khas akan dinaikkan kepada 100% pada 2011.

33

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

STRATEGI 1. PERANCANGAN PELAKSANAAN MENINGKATKAN LIPUTAN ORANG KURANG UPAYA BIL

PERANCANGA N

AKTIVITI

TANGGUNG JAWAB

1

Meningkatkan bilangan institusi yang dilawat

i) Senaraikan bilangan Institusi yang ada ii) Sediakan jadual lawatan iii) Jalankan lawatan mengikut jadual

PJP / KJP

2.

i) Meningkatkan bilangan Pesakit dirawat di Institusi

i. Dapatkan Senarai Enrolmen OKU di Daerah/Negeri ii. Buat Agihan Institusi mengikut Daerah/Negeri iii. Rekodkan Jumlah pesakit di periksa) iv. Menggunakan Fasiliti Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia untuk menjalankan aktiviti rawatan dan promosi

PJP/KJP TPKN(G) PJP /KJP PJP/KJP PPB

3

Meningkatkan aktiviti pencegahan

i) Adakan Promosi di Institusi terpilih ii) Jalankan aktiviti seperti : - Ceramah - LMG - Topikal Fluorida - Fissure Sealant - Sukaneka

PPD/PJP/ KJP PP/JP/DSA/ PPK

34

PJP/KJP PPB Daerah

INDIKATOR PEMANTAU AN

SASARA N

N : Bil Institusi yang dilawat D : Jumlah Institusi yang ada di Daerah /Negeri

100 % yang dilawat 20112015

N: Bilangan Pesakit OKU yang dirawat D: Enrolmen OKU Daerah/Neg eri

100 % pesakit OKU diperiksa dan dirawat menjelang 2015

N: Bilangan Promosi yang dijalankan D: Bilangan Institusi yang ada

100% Institusi dijalankan program 20112015

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2.

2011 - 2015

PERANCANGAN PELAKSANAAN MENINGKATKAN LIPUTAN WARGA EMAS DI INSTITUSI

BIL

PERANCANGAN

1

Meningkatkan bilangan Institusi yang diadakan program

AKTIVITI

TANGGUNG JAWAB

i)Senaraikan bilangan Institusi ii)Adakan Program di Institusi

PJP / KJP PP/PJP/ KJP PP/ JP/ DSA

iii)Menjalankan Aktiviti seperti:- Ceramah - Pemeriksaan - LMG (Jika perlu) - Pameran

INDIKATOR PEMANTAUAN

N : Bil Institusi yang dijalankan program D : Jumlah Institusi yang ada di Daerah /Negeri N : Bilangan Warga Emas yang dirawat/ ceramah/LMG D : Enrolmen Warga Emas di Institusi

SASARAN

i) 100% Institusi Dilawati Dan Diadakan Program Menjelang 2011 ii) 100 % Warga Emas Yang dirawat/ Ceramah/ LMG Menjelang 2011

NOTA  Membuat perancangan tahunan yang mantap seperti jadual di atas.  Mewujudkan Pasukan Khas untuk mengendalikan Program Kumpulan Keperluan Khas di setiap Daerah.  Menggalakkan aktiviti pencegahan termasuk penggunaan fluorida topikal .  Menggunasama Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia membantu meningkatkan liputan untuk setiap daerah.  Setiap Klinik Pergigian Utama di daerah akan mengadakan sesi klinik khas warga emas (2 – 5 ptg) sehari seminggu mulai 2012 bagi meliputi pesakit warga emas ‘walk in’.

35

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

KRA 6 : PENJAGAAN KESIHATAN KEPAKARAN PERGIGIAN RASIONAL Perkhidmatan Kepakaran Pergigian terdapat dalam 4 bidang pada tahun 2010 di negeri Terengganu seperti di bawah. Masa menunggu untuk mendapat perundingan dengan pakar merupakan isu terpenting bagi pesakit dan dibawah KRA ini usaha akan diambil bagi mengatasi masalah ini di samping memantau peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pesakit setiap tahun.

1. PERKHIDMATAN PAKAR ORTODONTIK SASARAN  Mengurangkan masa menunggu untuk perundingan kedua dari 30 bulan kepada 3 bulan menjelang 2015. PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)  Masa menunggu untuk perundingan pertama

perundingan

kedua

dari

SASARAN TAHUNAN KPI

KPI

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Masa menunggu (bulan)

30

26

18*

12

7

3

*Pakar Orthodontik dijangka dfitempatkan di Daerah Kemaman akhir 2011

36

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

STRATEGI 1. Penempatan Pakar Orthodontik di daerah - daerah lain. (Rujuk Appendix 3 – Unjuran Keperluan Pakar Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu) 2. Menambah bilangan Pegawai Pergigian tetap di setiap klinik pakar (1 Pakar : 2 Pegawai Pergigian) (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu). 3. Menambah bilangan anggota sokongan di klinik Pakar (Rujuk Appendix 4 : Unjuran Keperluan Anggota Auksiliari Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu). 4. Menambah fasiliti kepakaran di Negeri Terengganu ( Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).

2.

PERKHIDMATAN PAKAR PERIODONTIK SASARAN 

Meningkatkan peratus pesakit bagi mendapatkan temujanji perundingan pertama dalam masa 4 minggu dari 70% ke 100%.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) 

Peratus pesakit mendapat temujanji dalam masa 4 minggu

perundingan

SASARAN TAHUNAN KPI KPI

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Peratus Pesakit (%)

70%

75%

80%

90%

94%

100%

37

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

STRATEGI 1. Penempatan Pakar Periodontik di daerah - daerah lain. (Rujuk Appendix 3 – Unjuran Keperluan Pakar Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu)

2. Menambah bilangan Pegawai Pergigian tetap di setiap klinik pakar (1 Pakar : 2 Pegawai Pergigian). (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu). 3. Menambah bilangan anggota sokongan di Klinik Pakar. (Rujuk Appendix 4 : Unjuran Keperluan Anggota Auksiliari Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu). 4. Menambah fasiliti kepakaran pergigian di Negeri Terengganu. ( Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).

3. PERKHIDMATAN PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK SASARAN 

Mengurangkan masa menunggu bagi pesakit(90% pesakit) mendapatkan rawatan ke 30 minit menjelang 2015.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) 

Masa menunggu bagi pesakit mendapatkan rawatan

(90%

pesakit)

SASARAN TAHUNAN KPI

KPI

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Masa menunggu (minit)

90

75

65

50

40

30

38

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

STRATEGI 1.

Mewujudkan Klinik Pergigian Pediatrik berasingan di Hospital Sultanah Nur Zahirah – projek BP6 tahun 2012.

2.

Menyusun semula temujanji mengikut jenis rawatan – dimulakan mulai 2011.

3.

Mengujudkan bilik khas bagi pendidikan kesihatan pergigian supaya bilik rawatan dikhaskan untuk rawatan sahaja .

4.

Penempatan pakar Pergigian Pediatrik di daerah - daerah lain.(Rujuk Appendix 3 – Unjuran Keperluan Pakar Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).

5.

Menambah bilangan Pegawai Pergigian tetap di setiap klinik pakar (1 Pakar : 2 Pegawai Pergigian). (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).

6.

Menambah bilangan anggota sokongan di klinik Pakar. (Rujuk Appendix 4 : Unjuran Keperluan Anggota Auksiliari Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).

7.

Menambah fasiliti kepakaran di Negeri Terengganu( Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu). .

4. PERKHIDMATAN PAKAR BEDAH MULUT SASARAN 

Mengurangkan masa menunggu bagi pesakit (90% pesakit) mendapatkan rawatan dari 90 min ke 30 minit

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) 

Masa menunggu pesakit (90% pesakit) mendapatkan rawatan. 39

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

SASARAN TAHUNAN KPI

KPI

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Masa menunggu (minit)

90

80

65

50

40

30

STRATEGI 1. Penempatan Pakar Bedah Mulut di daerah - daerah lain (Rujuk Appendix 3 – Unjuran Keperluan Pakar Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu) 2. Menambah bilangan Pegawai Pergigian tetap di setiap klinik pakar (1 Pakar : 2 Pegawai Pergigian). (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu). 3. Menambah bilangan anggota sokongan di klinik pakar. (Rujuk Appendix 4 : Unjuran Keperluan Anggota Auksiliari Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu). 4. Menambah fasiliti kepakaran di Negeri Terengganu. ( Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).

40

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

2011 - 2015

5. PENUTUP

Aspirasi Kami Untuk Rakyat Negeri Terengganu Menjelang 2015, kami ingin menjadi antara tiga negeri terbaik di Malaysia dalam:  Bilangan penduduk yang menerima paras optimum fluorida dalam bekalan air minuman.  Bilangan murid pra sekolah, rendah dan menengah yang mempunyai kesihatan oral sempurna(orally fit).  Bilangan ibu mengandung yang diperiksa, diberi nasihat pencegahan dan dirawat(jika perlu).  Bilangan golongan toddler yang diperiksa dan diberi rawatan pencegahan klinikal(aplikasi varnish fluorida).  Masa menunggu untuk pesakit klinik pakar dan pesakit luar < 30 minit (Untuk 85% pesakit).  Liputan perkhidmatan pergigian untuk kumpulan-kumpulan dengan keperluan khas.

41

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

42

2011 - 2015


Pelan Tranformasi Bahagian Kesihatan Pergigian 2011-2015 Jabatan Kesihatan Terengganu