Issuu on Google+

SME6044

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

TUGASAN 1: ISU PENDIDIKAN JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH

: DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH

KUMPULAN

: MATEMATIK (B) AHLI KUMPULAN: NAMA

NO MATRIKS

CATHERINE LIM WAI KIAT

M20131000410

CHRISTINA MELES

M20131000408

LIZA AWASANG

M20131000403

PRISSLA JATI

M20131000398

SUZIANAH BINTI BAKRI

M20131000386

3


ISI KANDUNGAN

PERKARA 1.0 Pendahuluan 2.0

Jurang Pencapaian

3.0

Perbincangan Isu

MUKA SURAT 3-4 4-5

3.1 Jenis Sekolah 3.2 Jantina 3.3 Status Ekonomi 3.4 Sekolah Awam dan Sekolah Swasta 3.5 Pelajar Normal dan Berkeperluan Khas 3.5.1 Konsep dan Pengertian 3.5.2 Jurang antara pelajar biasa dengan orang kehilangan upaya (OKU) 3.5.3 Cabaran yang Timbul Antara Pelajar Normal dan Pelajar OKU 3.6 Luar Bandar dan Bandar 3.6.1 Jurang Kemudahan dan Insfrastruktur 3.6.2 Jurang Perbezaan Sekolah Luar Bandar dan Bandar 3.7 Negeri 3.7.1 Jurang Pencapaian Antara Negeri 3.8 Tahap Pencapaian 4.0

5.0

5-7 8-9 9-11 12-15 15-16 16 16-17

17-20 20-24 25 26-27 27-31

Langkah Penyelesaian 4.1 Jenis Sekolah, Jantina dan Sosioekonomi 4.2 Sekolah Awam dan Sekolah Swasta 4.3 Normal dan Bekeperluan Khas 4.4 Negeri, Bandar dan Luar Bandar 4.5 Tahap Pencapaian

31-33 33-35 35-36 36- 37 37-38

Rujukan

39-41

4


1.0 PENDAHULUAN “Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.� YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia (dipetik daripada PPPM 2013-2025)

Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri Malaysia yang dipetik daripada Laporan Awal PPPM 2013-2025 menunjukkan bahawa pendidikan merupakan tunjang utama kemajuan dan kemakmuran bagi sesebuah negara. Oleh sebab itu, transisi tahun ke tahun menunjukkan negara kita Malaysia sentiasa menambah baik kualiti pendidikan dengan memperkenalkan dasar-dasar baru yang membawa kepada memperkasakan sistem pendidikan negara kita. Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia dalam laporan yang sama menyatakan bahawa untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid dinegara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21 (YAB Tan Sri Datoâ€&#x; Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, 2012).

Bagi memenuhi matlamat Wawasan 2020, modal insan yang dihasilkan oleh negara mestilah mempunyai kualiti dan keunggulan yang cemerlang agar mampu bersaing di persada antarabangsa. Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang bertindak sebagai pengupaya kepada kemajuan intelektual dan insaniah secara seiringan ke arah meletakkan Malaysia sebaris negara maju yang lain dalam abad ke 21 ini. Pendidikan matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran (Salina Hamed et.al, 2007). Penguasaan bidang sains dan matematik pelajar negara kita akan mencerminkan kedudukan dan menjadi ukuran negara di mata dunia. Walau bagaimanapun

5


pencapaian pelajar dalam bidang sains dan matematik masih lagi di tahap yang membimbangkan dan menunjukkan ketidak samarataan dalam beberapa aspek.

Menginjak abad ke 21 ini, jurang pencapaian pelajar di Malaysia masih lagi di tahap yang membimbangkan. Daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (1996-2010) hinggalah ke dasar pendidikan yang terkini iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), salah satu objektif utama Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang Pencapaian antara pelajar (PIPP (1996-2010); PPPM (2013-2025)). Jurang pencapaian bukan sahaja boleh dilihat dari segi pencapaian pelajar bandar dan luar bandar malah juga boleh dilihat dari segi jenis sekolah, jantina dan taraf sosio-ekonomi. Pernyataan ini juga boeh dilihat dalam bab tujuh Pelan Induk induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), dan dalam bab 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Menurut PPPM (2012), jurang dalam keberhasilan masih wujud, dan apabila dikaitkan dengan faktor bukan akademik, ia sering menjadi sumber kebimbangan, sama ada jurang tersebut kecil mahupun besar. Bahagian ini meneliti setiap punca ketaksamarataan ini: antara negeri dan dalam negeri, antara sekolah bandar dan luar bandar, mengikut latar belakang sosioekonomi murid, jenis sekolah, dan gender, dan antara sekolah awam dan swasta. Harb & El-Shaarawi, (2006) dalam kajian juga menyatakan bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar seperti faktor sosio-ekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.

2.0 JURANG PENCAPAIAN

Laporan ini akan membincangkan isu jurang pencapaian yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu: i)

Jenis Sekolah

ii)

Jantina

iii)

Status ekonomi

iv)

Awam dan Swasta

v)

Normal dan berkeperluan khas

vi)

Bandar dan luar bandar

vii)

Negeri 6


viii)

Tahap pencapaian

Kupasan perbincangan ini dilihat dari segi faktor, langkah mengatasi dan juga impak kepada negara.

3.0 PERBINCANGAN ISU

3.1 Jenis Sekolah

Sistem pendidikan Malaysia memperkenalkan pelbagai jenis sekolah demi memperkasakan kemajuan pendidikan negara. Antara jenis sekolah yang wujud adalah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh, MARA, sekolah berasrama penuh, sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi, kolej vokasional, sekolah seni, sekolah sukan, sekolah wawasan, sekolah amanah, sekolah bestari dan sekolah berkeperluan khas. Walaupun pelbagai jenis sekolah wujud namun demikian sekolah-sekolah ini boleh dikelaskan mengikut pencapaian kepada sekolah cemerlang, sekolah harian dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah bestari, sekolah berprestasi tinggi, sekolah sukan, dan beberapa jenis sekolah yang lain boleh dikategorikan sebagai sekolah yang sentiasa mendapat pencapaian yang cemerlang dari segi kurikulum dan ko-kurikulum. Sekolah harian pula adalah sekolah bantuan kerajaan yang mempunyai komposisi yang paling banyak dalam sisitem pendidikan Malaysia dan mempunyai kecenderungan untuk terletak jauh di peddalaman dan luar bandar. Sekolah jenis kebangsaan pula adalah sekolah jenis vernakular berasaskan kaum.

Walaupun PPPM (2012), telah menyatakan bahawa jurang pencapaian diantara jenis sekolah, adalah semakin berkurangan, namun demikian pihak kementerian tidak boleh memandang sebelah mata perkara ini kerana setiap negeri mempunyai sekolah yang terletak di kawasan pedalaman yang terlalu daif keadaan sekolahnya terutamanya bagi negeri Sabah dan Negeri Sarawak. Senarai sekolah berprestasi tinggi (SBT) perintis yang telah diumumkan pada januari 2010 adalah seperti berikut:

7


Sehingga pada tahun 2013, kementerian Pelajaran Malaysia telah mencapai sejumlah 96 buah sekolah berprestasi tinggi. (Portal Rasmi KPM)

Dalam isu yang melibatkan jenis sekolah ini, antara faktor-faktor utama

yang

dibincangkan adalah pelajar, keluarga, sekolah dan kerajaan. Bagi faktor pelajar dan keluarga dibincangkan dari segi

keperluan dan juga motivasi pelajar itu sendiri.

Keperluan pelajar adalah lebih kepada keperluan asas sebagai contohnya nutrisi, pakaian, tempat tinggal, dan juga infrastruktur. Pelajar sekolah harian mempunyai peluang yang tinggi untuk menerima pelajar yang kurang berkemampuan dan boleh dikategorikan sebagai miskin disebabkan oleh lokasi yang berada di luar bandar atau pedalaman. Kajian Sosioekonomi Rakyat Termiskin (Chamhuri,1994 dalam Chamhuri, 2001) mendapati tahap pendidikan keluarga termiskin adalah lebih rendah berbanding keluarga bukan miskin. Oleh kerana kedudukan yang terletak di kawasan pedalaman dan luar bandar, pencapaian pelajar sekolah harian adalah lebih rendah kerana kebanyakan pelajar adalah mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang rendah. Walaupun di kawasan bandar juga terdapat kemiskinan namun peluang untuk pelajar mendapat biasiswa dan bantuan persekolahan adalah lebih cerah.

Menurut Che Mah dan Mariani (2001), faktor personaliti juga memainkan peranan yang agak penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang. Namun demikian, setiap pelajar mempunyai personaliti yang berbeza (Rosaidah, 2004). Perbezaan ini dipengaruhi oleh bebrapa faktor seperti jantina dan juga jenis sekolah. Disebabkan oleh keadaan persekitaran, pelajar di sekolah menengah harian kerap kali cenderung untuk mempunyai personaliti yang rendah berbanding dengan sekolah cemerlang. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Mohd. Zuri Ghani et.al 8


(2010), mereka mendapati bahawa perbezaan jenis sekolah memberikan perbezaan dalam personaliti kestabilan emosi pelajar. Bagi pelajar sekolah cemerlang, kestabilan emosi adalah lebih tinggi disebabkan oleh keyakinan yang tinggi. Ini mungkin disebabkan oleh prasarana pembelajaran yang kondusif dan baik, latihan berorientasikan peperiksaan adalah lebih kerap, mempunyai guru yang lebih berpengalaman, cemerlang dan adanya guru penggubal soalan. Bagi jenis sekolah yang mempunyai prestasi yang agak rendah, keyakinan pelajar terjejas disebabkan oleh kebimbangan prasarana yang kurang, guru yang kurang berkesan dan terganggu dengan sikap rakan sebaya yang lain.

Sekolah dan kerajaan sendiri juga memainkan peranan dalam wujudnya isu jurang pencapaian yang disebabkan oleh jenis sekolah. Bagi sekolah yang cemerlang, pimpinan barisan pentadbiran biasanya lebih tegas untuk mengekalkan prestasi dan ini akan sekaligus menyebabkan guru-guru di bawah pimpinannya untuk sentiasa memberikan kerjasama dan usaha yang terbaik dalam mengekalkan prestasi sekolah. Bagi sekolahsekolah yang berpencapaian rendah, kebanyakan guru yang ditempatkan adalah guruguru „fresh-graduateâ€&#x; yang masih mempunyai pengalaman yang sangat kurang. Keadaan persekitaran ini juga menyebabkan pucuk pimpinan sekolah juga tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk menggembleng tenaga bagi meningkatakan prestasi sekolah. Ditambah pula dengan pelajar yang sentiasa terlibat dengan masalah disiplin, barisan pentadbiran adalah lebih tertumpu kepada pengurusan disiplin berbanding dengan pengurusan akademik. Selain daripada itu beban tugas yang terlalu banyak juga boleh mengganggu fokus guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pencapaian pelajar. (PPPM, 2012)

Kerajaan juga perlu meninjau keperluan sekolah-sekolah yang terletak di kawasan pedalaman ini agar lambakan guru opsyen tidak berlaku. Lambakan guru opsyen menyebabkan guru daripada opsyen lain akan mengajar subjek yang mereka sendiri tidak mahir. Bagi sekolah berkeperluan khas, mereka biasanya mempunyai masalah daripada sumber dana kewangan. PCG yang diperuntukkan kepada sekolah oleh kerajaan tidak dapat menampung aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan prestasi pelajar.

9


3.2 Jantina “Jurang gender adalah signifikan dan meningkat (Ekshibit 3-26). Murid perempuan tekal mengatasi murid lelaki. Perbezaan prestasi telah mula ketara dalam UPSR dan meningkat sepanjang laluan akademik murid� (PPPM, 2012) Kadar keciciran dan jurang pencapaian akademik yang luas ini amat membimbangkan pihak Kementerian. Remaja yang terpinggir merupakan salah satu punca ketidakstabilan politik dan social. (PPPM, 2012). Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Zalizan, et al (2001), pencapaian pelajar perempuan bagi subjek sains dan matematik dalam pepriksaan UPSR, PMR dan SPM adalah jauh lebih tinggi daripada pelajar lelaki dan keadaan ini berterusan pada pencapaian TIMMS 2003. Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar lelaki dalam subjek teknikal adalah lebih baik berbanding dengan pelajar wanita.

Perbincangan faktor berlakunya jurang pencapaian yang disebabkan oleh jantina ini juga akan dihuraikan dari segi pelajar, keluarga, dan sekolah itu sendiri. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Zalizan M. Jelas (2005), pelajar perempuan lebih mengambil berat tentang tugas, melakukan kerja dengan teratur dan mengikut jadual serta mengikut arahan dengan teliti berbanding pelajar lelaki. Selain itu, pelajar perempuan juga lebih berstrategi dalam pembelajaran mereka. (Mohamed Amin, 2000). Daripada keadaan ini, boleh dilihat bahawa pelajar perempuan lebih bersedia dan berfokus dalam menghadapi pembelajaran di bilik darjah. Namun demikian, sesetengah kajian menunjukkan bahawa pendominasian wanita dalam dunia pendidikan telah menyebabkan kurikulum sekolah yang tidak seimbang dan menyebabkan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan adalah lebih menyebelahi pelajar wanita berbanding pelajar lelaki (Maynard, 2002). Selain daripada itu, sikap pelajar lelaki yang lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti luar juga bmenyebabkan mereka sering sahaja terjerumus dalam masalh disiplin yang akhirnya merosakkan emosi dan motivasi mereka sendiri untuk belajar.

Daripada segi faktor keluarga pula, pelajar perempuan lebih mendapat galakan keluarga, sokongan moral dan material, dan lebih diharapkan oleh keluarga untuk cemerlang dalam pendidikan berbanding pelajar lelaki. Kawalan keluarga yang lebih ke 10


atas pelajar perempuan memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar perempuan untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran.(Zalizan M. Jelas, 2005). Bagi keadaan keluarga yang kurang berpendapatan pula, remaja lelaki diharapkan untuk menyara kehidupan keluarga (PPPM, 2012). Keadaan ini menyebabkan pelajar lelaki untuk tidak bermotivasi dalam melanjutkan pelajaran dan meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Sekolah juga menyumbang kepada faktor berlakunya jurang pencapaian antara jantina. Oleh kerana terlalu fokus kepada kaedah pembelajaran yang lebih berpihak kepada pelajar wanita menyebabkan timbulnya ketidak serasian pelajar dengan guru dalam pembelajaran. Sifat dan trait pembelajaran pelajar lelaki dan wanita adalah berebeza. Jika seseorang guru itu tidak dapat memahami dengan jelas sifat pelajarnya sendiri akan menyebabkan proses pembelajaran sentiasa terganggu dan menyebabkan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.

Selain itu, guru perempuan mempunyai pandangan yang kurang positif terhadap pelajar lelaki. Keadaan ini boleh mempengaruhi tingkah laku dan sikap guru terhadap pelajar (Eisenberg et al. 1996). Keadaan semakin membimbangkan kerana jumlah guru perempuan jauh melebihi jumlah guru lelaki (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Sistem penempatan guru oleh kementerian juga menyebabkan sesebuah sekolah itu mempunyai terlalu ramai guru wanita sehingga tidak dapat menyeimbangkan kawalan dan fokus terhadap pelajar lelaki.

3.3 Status Ekonomi

Keluarga yang kurang berkemampuan mempunyai masalah untuk membeli peralatan dan bahan pembelajaran seperti meja, kerusi, buku rujukan, membayar yuran sekolah, tambang bas dan cermin mata. Ada juga ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka mencari pekerjaan untuk membantu mereka menampung keperluan keluarga. Rumah yang selesa juga tidak dapat disediakan dan tidak sesuai untuk suasana pembelajaran di rumah seperti ketiadaan bilik tidur, ruang tamu dan dapur yang berasingan. Keluarga yang miskin tidak dapat menyediakan makanan yang seimbang kepada ahli keluarganya

11


dan ini boleh menyebabkan kekurangan zat makanan dalam tubuh dan seterusnya memberi kesan negatif kepada minda, konsentrasi dan tahap pembelajaran.

Keluarga kaya mampu menyediakan semua perkara dalam kehidupan seperti rumah yang selesa dengan bilik-bilik khusus, bahan pembelajaran seperti buku rujukan, komputer, akses internet serta pemakanan yang seimbang. Kebanyakkan keluarga kaya dapat menghantar anak-anak mereka bersekolah di peringkat yang lebih tinggi malah boleh mendapatkan pendidikan di luar negara.

Perbezaan status ekonomi jelas mempengaruhi tahap pencapaian murid di sekolah di mana murid dari keluarga yang berkemampuan dari segi ekonomi mempunyai tahap pencapaian yang lebih baik berbanding murid dari keluarga miskin (Mohamad J.S. et al, 2009).

Walau bagaimanapun, kelas sosioekonomi kekal sebagai pemacu terbesar keberhasilan murid di Malaysia. Walaupun hal ini merupakan masalah biasa di kebanyakan negara seluruh dunia, sesuatu yang amat penting bagi sistem pendidikan adalah untuk menolak kenyataan bahawa prestasi akademik sebahagian besar kanakkanak bergantung pada pendapatan keluarga. Namun, jurang dalam keberhasilan masih wujud, dan apabila dikaitkan dengan faktor bukan akademik, ia sering menjadi sumber kebimbangan, sama ada jurang tersebut kecil mahupun besar.

12


Status sosioekonomi berterusan memberi impak besar kapada prestasi murid. Kementerian telah lama sedar bahawa perbezaan sosioekonomi menimbulkan cabaran besar dalam mencapai kesamarataan dalam keberhasilan pendidikan. Ketaksamarataan pendidikan yang disebabkan oleh pendapatan ibu bapa murid berkorelasi dengan pencapaian murid. Fenomena ini dialami oleh banyak sistem pendidikan di serata dunia. Bagi menanganinya, Kerajaan komited mengurangkan ketaksamarataan ini melalui pelbagai inisiatif, termasuk penyediaan bantuan kewangan kepada murid kurang mampu.

Terdapat beberapa dimensi yang digunakan untuk mengukur korelasi antara latar belakang sosioekonomi murid dengan keberhasilan mereka. Sebahagiannya ialah pencapaian pendidikan ibu bapa, purata negeri dalam pendapatan isi rumah, dan peratus murid menerima bantuan kewangan asas. Peratus murid menerima bantuan kewangan KWAPM (dana bagi murid miskin) telah digunakan sebagai proksi bagi status sosioekonomi, disebabkan kriteria kelayakan berdasarkan pendapatan isi rumah yang rendah. Bukti yang tekal menunjukkan bahawa murid daripada keluarga miskin kurang berkemungkinan mencapai prestasi sebaik murid daripada keluarga berpendapatan pertengahan atau tinggi. Sekolah yang mempunyai lebih ramai murid daripada keluarga berpendapatan rendah mempunyai lebih kemungkinan berada dalam Band 6 atau 7 pada skala NKRA.

Selaras dengan itu, lebih tiga suku daripada semua sekolah berprestasi tinggi mempunyai kurang sepertiga muridnya menerima bantuan kewangan. Hal ini menunjukkan jurang pencapaian terbesar di Malaysia masih dipacu oleh status sosioekonomi walaupun pelaburan signifikan dibuat kerajaan sehingga kini. Faktor sosioekonomi, dari segi komposisi populasi murid, berkemungkinan turut menyumbang kepada banyak jurang pencapaian. Namun, impak status sosioekonomi terhadap keberhasilan murid kurang signifikan di Malaysia berbanding dengan sistem lain di dunia. Misalnya, hanya 10% daripada varians antara sekolah Malaysia dalam pentaksiran PISA 2009+ boleh diterangkan oleh faktor sosioekonomi, berbanding dengan purata OECD 55% yang menunjukkan jurang lebih besar di kebanyakan negara lain. Perkara ini merupakan berita baik bagi Malaysia yang menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara menuju ke arah kesaksamaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

13


3.4 Sekolah Awam dan Sekolah Swasta Sekolah awam merupakan sekolah yang sepenuhnya di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketua eksekutifnya ialah pengetua atau guru besar dan semua aktiviti, sukatan

pelajaran dan peruntukan sumber kewangan, sumber manusia adalah tertakluk

kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala sekolah swasta merujuk kepada sekolah menengah atau sekolah rendah sepenuh masa yang menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan awam anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini adalah dimiliki, ditadbir dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta dan berdaftar dengan Jabatan Swasta Kementerian Pendidikan dan juga Pendaftaran Perniagaan atau Pendaftar Syarikat. (Shahril Marzuki, 1999). Perjalanan dan pengurusan sekolah ini adalah di bawah kawalan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996. Hanya sebilangan kecil murid mendaftar swasta tetapi bilangannya semakin bertambah. Sekolah ini beroperasi pada peringkat sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan, sekolah antarabangsa, sekolah agama, dan sekolah persendirian Cina. Kini sekolah swasta terdiri daripada 1% jumlah enrolmen sekolah rendah dan 4% daripada jumlah enrolmen sekolah menengah. Jadual 1.1: Jenis-jenis sekolah swasta Kategori

Sekolah

Rendah

Sekolah Rendah Agama Swasta Sekolah Rendah Swasta

Menengah

Sekolah Menengah Agama Swasta Sekolah Menengah Swasta Sekolah Persendirian Cina

Antarabangsa

Sekolah Antarabangsa

Expatriat

Sekolah Expatriat

Pendidikan Khas/Istimewa

Sekolah Pendidikan Khas/Istimewa

Gaya Pos

Sekolah Gaya Pos

Pusat

Bahasa Tuisyen Pedagangan/Kemahiran 14


Jadual 1.2: Jumlah sekolah swasta di seluruh Malaysia Sekolah

Jumlah

Rendah

98

Menengah

112

(Sumber: Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Pelajar-pelajar di sekolah swasta akan menduduki peperiksaan awam sama seperti sekolah awam. Kedua-dua jenis sekolah awam dan swasta akan menggunakan beberapa jenis ujian dan manuskrip peperiksaan yang sama bagi menentukan tahap pencapaian pelajar. Berikut adalah struktur semasa sistem pendidikan kebangsaan dan swasta

15


Sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan mewujudkan jurang ekuiti kerana mempunyai skor hampir 6% lebih tinggi daripada sekolah awam dalam SPM. (Sumber PPPM). Sebahagian daripada jurang pencapaian ini mungkin disebabkan pengajaran yang lebih baik, sementara sebahagian besarnya disebabkan oleh sifat pemilihan kendiri sekolah yang cenderung terhadap populasi murid yang berdaya ekonomi. Walaupun enrolmen sekolah swasta hanya 1% daripada jumlah bilangan murid, trendnya meningkat kerana tahap purata pendapatan isi rumah meningkat. Faktor-faktor yang mempengaruhi jurang pencapaian sekolah awam dan sekolah swasta ialah sekolah-sekolah awam mesti menerima semua pelajar mengikut ketetapan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sementara itu, sekolah swasta akan menerima pelajar yang berhasrat untuk mengikut piawaian akademik yang sama atau berlainan daripada yang ditawarkan oleh sekolah awam. Sebagaimana yang kita ketahui, sekolah-sekolah awam tidak boleh memilih pelajar-pelajar yang mendaftar di sekolah. Perbezaan latar belakang seperti mempunyai kehidupan keluarga yang bermasalah, faktor disiplin dan lain-lain sedikit sebanyak akan menjejaskan pencapaian sekolah awam. Disamping itu, jumlah pelajar yang lebih besar di sesebuah sekolah awam mengurangkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Berbanding sekolah swasta yang bergantung kepada kejayaan pelajar mereka untuk membantu pasaran dan meningkatkan keuntungan sekolah masing-masing. Seterusnya, sekolah swasta mempunyai sistem pentadbiran yang tidak membebankan berbanding sekolah awam. Ini membolehkan sekolah swasta boleh membuat pelbagai perubahan dan penyesuaian bagi merealisasikan peningkatan kualiti sekolah. Sementara itu, sekolah-sekolah awam tidak mengenakan yuran pengajian yang tinggi dan telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Peruntukan bagi sekolah-sekolah awam adalah daripada pihak kerajaan. Manakala sekolah swasta akan mengenakan bayaran untuk setiap aspek program pendidikan yang mereka tawarkan sekaligus yuran yang dikenakan mengikut pihak pentadbiran sekolah masing-masing. Dalam pada itu, tidak semua sekolah awam dapat menyediakan keperluan khas pelajar, mendaftarkan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran atau gangguan lain yang memerlukan proses yang lebih kompleks. Oleh kerana itu terdapat ibu bapa yang cenderung menghantar anak-anak ke sekolah swasta yang menyediakan kelas yang mempunyai nisbah pelajar yang sedikit berbanding sekolah awam. 16


Disamping itu, sekolah swasta menjadi lebih responsif dengan menghubungi ibu bapa untuk berkongsi pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Kos yuran yang tinggi membolehkan sekolah swasta menjalankan pelbagai program atau aktiviti bagi meningkatkan pencapaian pelajar mereka. Sekolah swasta menjadi pilihan ibu bapa kerana menganggap bahawa jika mereka membayar sesuatu dengan jumlah yang tinggi, ini akan menunjukkan pihak sekolah tersebut akan menghargai jumlah yang dibayar dengan memberi perkhidmatan yang terbaik. Perkara ini akan memberi impak dalam peningkatan jurang pencapaian pelajar sekolah awam dan sekolah swasta dalam peperiksaan awal kekal sebanyak 6%. Walaupun enrolmen pelajar sekolah menengah sebanyak 1% dan sekolah rendah 4%, peningkatan ini akan bertambah mengikut trend ekonomi semasa. Ini menunjukkan ibu bapa kurang berkeyakinan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh sekolah awam kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi di kawasan bandar.

3.5 Pelajar Normal dan Berkeperluan Khas

3.5.1 Konsep dan pengertian Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dalam konteks ini merujuk kepada perbezaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai. Kemudahan ini adalah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar berkeperluan khas termasuklah mereka yang kurang upaya, pintar cergas dan berbakat. Jurang ini biasanya menyentuh tentang perbezaan daripada pelbagai segi antara golongan kelainan upaya dan golongan pelajar biasa.

McDonnell, et al. (1993) mengklasifikasikan pelajar berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga murid yang mengalami gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Pelajar normal pula merujuk kepada mereka yang dapat belajar secara normal seperti dapat memahami sesuatu mata pelajaran dengan baik berbanding mereka yang kurang upaya. Golongan kelainan upaya biasanya memerlukan kemudahan teknologi yang canggih bagi membantu mereka dalam sistem pembelajaran dan pengajaran. Sheila & Samsilah (2006) juga mengkategorikan murid 17


berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa.

3.5.2 Jurang Pelajar Biasa dengan Orang Kurang Upaya (OKU)

Isu penyediaan kemudahan kepada kedua-dua golongan pelajar ini telah menjadi isu utama dan menjadikan jurang yang ketara antara mereka dari aspek pembelajaran. Sebagaimana yang sedia maklum, pelajar normal lebih mendapat keutamaan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur berbanding pelajar OKU. Misalnya, penyediaan alat bantuan mengajar bagi pelajar normal. Mereka diberikan banyak pilihan dalam menentukan dan mendapatkan alat bantuan mengajar dalam proses pembelajaran mereka seperti komputer, LCD, rangkaian internet dan banyak lagi.

Kini, alat bantuan mengajar semakin canggih dan tidak menjadi halangan kepada pelajar biasa untuk belajar serta mencari maklumat. Tapi malangnya bagi golongan tertentu khususnya golongan OKU, mereka kurang mendapat perhatian daripada pihak tertentu untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Golongan ini seharusnya diberikan kemudahan infrastruktur yang lengkap sama ada dari segi teknologi mahupun keperluan yang lain. Hal ini dapat membantu mereka dalam mendapatkan maklumat serta memudahkan mereka menjalani pembelajaran yang berkesan agar mereka tidak tercicir.

Selain itu, program yang dijalankan itu tidak bersesuaian dengan kategori pemasalahan pelajar tidak berkeupayaan khas ini. Berbeza pula dengan pelajar normal, pelbagai program telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar terutamanya bagi pelajar pintar. Program yang dijalankan adalah seperti bengkel kecemerlangan pelajar serta bengkel kemahiran teknikal.

3.5.3

Cabaran yang timbul antara pelajar biasa dengan Pelajar Kurang Upaya

Antara cabaran yang wujud ialah dari aspek pelajar OKU itu sendiri. Fenomena ini berlaku kerana mereka lebih suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat sekeliling berikutan malu dengan keadaan fizikal mereka yang tidak sempurna. Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang berhadapan dengan batasan keupayaan

18


dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2004).

Di samping itu juga, cabaran yang dihadapi ialah ketiadaan bajet untuk menyediakan kemudahan infrastruktur khusus bagi golongan pelajar pendidikan khas, misalnya penyediaan kawasan untuk membina sekolah pendidikan khas. Selain itu, kekangan dalam mendapatkan peralatan bantuan mengajar. Hal ini kerana, pihak kerajaan tidak memandang kes ini sebagai sesuatu yang serius sehinggalah menyebabkan pelajar pendidikan khas ramai yang tercicir dalam pendidikan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Selain itu, kekurangan buku rujukan kepada pelajar pendidikan khas misalnya kepada pelajar buta yang kurang mendapat bahan rujukan untuk belajar. Bagi pelajar bisu dan pekak mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber rujukan tetapi mereka menghadapi masalah apabila meminta penjelasan mengenai apa yang tidak difahami. Untuk golongan pelajar sindrom down pula, mereka tidak mendapat pendidikan formal berikutan golongan mereka yang sukar diajar dalan sistem pendidikan formal, mereka hanya dapat didedahkan dengan sistem pendidikan tidak formal sahaja seperti mengajar mereka dengan cara praktikal.

3.6 Bandar dan Luar Bandar Semakin dekat keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR atau SPM dikeluarkan, semakin berdebar-debar hati pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan peperiksaan itu seperti murid, ibu bapa, guru-guru dan juga pegawai di jabatan pendidikan. Guru-guru yang mengajar juga mempunyai debaran seperti murid-murid yang mendudukinya kerana melalui keputusan ini dapat menggambarkan serba sedikit prestasi guru dan sekolah tersebut. Setelah keputusan diumumkan pihak kementerian dan jabatan pendidikan pula sibuk dengan statistik masing-masing untuk dibentangkan dalam mesyuarat. Jika mesyuarat di peringkat daerah statistik yang memang biasa dipersembahkan adalah pencapaian antara mata pelajaran dan antara sekolah-sekolah dalam daerah tersebut. Mesyuarat peringkat negeri pula biasanya memaparkan pencapaian antara daerah dan kedudukan pencapaian antara negeri. Daripada perbandingan prestasi antara negeri bagi UPSR dan SPM tahun 2011, dapat kita lihat negeri yang terbaik dalam setiap peperiksaan ialah Wilayah Persekutuan dan yang 19


tercorot adalah Sabah dengan perbezaan pencapaian sebanyak 33 peratus (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Mengapa Sabah sentiasa berada pada kedudukan tercorot diikuti oleh Sarawak dalam setiap peperiksaan? Adakah guru-guru di Sabah tidak berkualiti? Adakah murid-muridnya memang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah? Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), dalam statistiknya menunjukkan bahawa bilangan sekolah rendah luar bandar di Sabah adalah yang tertinggi iaitu 89.5 peratus daripada jumlah sekolah di Sabah manakala Sarawak pula sebanyak 86 peratus. Bagi sekolah menengah di Sabah, 71 peratus adalah sekolah luar bandar dan Sarawak sebanyak 64 peratus. Jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar sudah lama menjadi perhatian dan tumpuan Kementerian pendidikan dan usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walau bagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).

3.6.1 Jurang kemudahan dan infrastruktur awam

Bandar, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Buletin Perangkaan KKLW, 2011), didefinisikan sebagai “kawasan pembangunan khusus yang boleh dikenal pasti kawasannya yang mana sekurang-kurangnya mempunyai penduduk 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60 peratus penduduknya yang berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian�. Daripada definisi ini, dapat kita melihat penduduk di bandar kebanyakkannya mempunyai pekerjaan dalam sektor perniagaan, perkhidmatan, perhotelan dan perindustrian yang semestinya jumlah pendapatan yang tetap dan banyak jika dibandingkan dengan penduduk luar bandar yang lebih bergantung kepada sektor pertanian. Kemudahan awam yang disediakan kerajaan di bandar adalah lebih baik dan menyeluruh jika dibandingkan dengan luar bandar seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi dan pengangkutan. Bagaimanakah ketiadaan atau kekurangan kemudahan awam boleh mempengaruhi pencapaian murid dalam pendidikan?

Di Sabah dan Sarawak masih banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai infrasturktur jalan raya yang baik, tiada bekalan air, elektrik dan juga pengangkutan awam seperti bas. Rancangan Malaysia ke-10 masih menitikberatkan penyediaan dan naik taraf infrastruktur asas di Sabah dan Sarawak (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Pengangkutan 20


awam (2013) mendefinisikan pengangkutan awam sebagai pengangkutan umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Pengangkutan di kawasan luar bandar di Sabah yang mengangkut penduduk kampung ke pekan atau pusat pentadbiran adalah kenderaan persendirian. Biasanya waktu operasi kenderaan ini bergantung kepada jarak kampung dengan pekan dan kebiasaannya sehari sekali iaitu kenderaan ini bergerak dari kampung pada awal pagi dan balik pada sebelah tengah hari. Bagi kampung yang jauh, kenderaan ini hanya akan bergerak pada hari-hari khusus seperti Tamu di mana penduduk kampung akan memasarkan hasil pertanian mereka. Ketiadaan pengangkutan yang tetap boleh menjejaskan peluang murid luar bandar yang berkemampuan untuk mendapatkan tuisyen yang ada ditawarkan di kawasan lain. Murid juga kadang-kadang tidak hadir ke sekolah kerana perlu ke pekan memandangkan perkhidmatan pengangkutan hanya beroperasi pada waktu pagi sahaja. Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan masa mengulangkaji murid terhad iaitu mereka hanya boleh melakukannya pada waktu siang sahaja. Jika ditambah dengan ketiadaan bekalan air, murid perlu membahagikan masa mereka mendapatkan air untuk keperluan seisi rumah. Senario seperti ini memang biasa berlaku di kawasan pedalaman yang mana anak-anak yang memikul tanggungjawab yang ringan seperti mengangkat air dan mencuci pakaian kerana ibu bapa mereka sibuk bercucuk tanam di ladang atau mencari hasil hutan. Keluarga yang berkemampuan dari segi ekonomi tidak dapat membeli komputer dan melanggan perkhidmatan internet kerana ketiadaan kemudahan elektrik dan telekomunikasi

ini di

kawasan mereka.

3.6.2 Jurang perbezaan sekolah bandar dan luar bandar

Kemudahan infrastruktur di sekolah bandar adalah jauh lebih baik dan lengkap berbanding dengan sekolah di luar bandar. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006), melalui Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah menyediakan data-data yang

menunjukkan kekurangan di sekolah luar bandar dan menjadikannya fokus utama yang perlu diatasi dalam PIPP.

21


Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolahsekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p. Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1,517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga 22


tiub (tube well). Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan. Sistem pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) sedia boleh diubah suai untuk membantu menaik taraf infrastruktur di sekolah luar bandar. OECD (2013), mencadangkan pengubahsuaian terhadap penyaluran bantuan kewangan berdasarkan per kapita yang tidak membezakan antara sekolah kawasan bandar dan luar bandar, kepada sistem yang dapat merapatkan jurang seperti menyalurkan kewangan berdasarkan keperluan sekolah.

Kewujudan sekolah kurang murid juga menyumbang kepada jurang pencapaian. Pada masa ini, 34% sekolah rendah di Malaysia mempunyai kurang daripada 150 murid dan secara rasminya telah diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Mereka menyumbang 7% daripada enrolmen sekolah rendah, (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Secara purata, SKM menghasilkan pencapaian akademik yang agak lemah berbanding sekolah kebangsaan yang lain. Kelemahan dalam prestasi ini boleh dikaitkan dengan tiga cabaran struktur. Pertama, 73% sekolah kurang murid berada di kawasan agak jauh di luar bandar. Faktor ini menyebabkan murid terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk hadir ke sekolah, dan mengurangkan kemungkinan untuk menempatkan guru dan guru besar berprestasi tinggi berkhidmat di sekolah berkenaan. Kedua, sekolah ini kurang mendapat manfaat dari segi kokurikulum, dan interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang dan kemudahan yang lebih baik yang mana hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan dan kemudahan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Ketiga, kebanyakan sekolah ini berada dalam kawasan status sosioekonomi rendah dan menghadapi masalah yang berkaitan dengan status sosioekonomi itu. Keluarga berpendapatan rendah biasanya akan berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan anak mereka di sekolah kerana terpaksa menanggung kos berkaitan bekalan, pakaian seragam, dan pengangkutan, yang membawa kepada pertambahan kadar tidak hadir ke sekolah. Perbelanjaan penyelenggaraan adalah 7 kali lebih tinggi untuk setiap murid di SKM berbanding dengan murid di sekolah harian biasa. Kos yang tinggi ini ditambah pula dengan nisbah guru-murid yang rendah pada kadar 1:6 berbanding purata kebangsaan, iaitu 1:13 sehingga menyebabkan kos operasi untuk SKM menjadi lebih tinggi. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM

23


mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Pihak kementerian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah menggariskan tiga langkah penyelesaian melibatkan sekolah kurang murid, iaitu Gelombang 1 (2013-2015): Pelaksanaan Penambahbaikan Jangka Pendek bagi Kejayaan segera. Kementerian akan melaksanakan Sarana Peningkatan Sekolah khusus untuk menangani cabaran unik yang terpaksa dilalui oleh SKM. Berdasarkan pengalaman sekolah seperti SK Ulu Lubai, sarana ini akan memasukkan kajian kes sekolah yang mengamalkan kepimpinan yang berjaya, pentadbiran yang menjadi contoh, penyampaian pengajaran yang berkesan, serta model kerjasama ibu bapa. Untuk membantu memudahkan aplikasi sarana ini, pemimpin sekolah dan guru akan mengambil bahagian dalam sesi latihan dan lawatan ke SKM yang berprestasi tinggi. Latihan guru yang disesuaikan dengan keadaan di sekolah akan diberikan kepada guru untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan dalam mengajar kelas bercantum. Kementerian juga akan mengkaji semula nisbah guru-murid serta inovasi ICT dalam pembelajaran jarak jauh untuk memastikan cara terbaik bagi murid mendapat akses kepada kurikulum sepenuhnya. Gelombang 2 (2016-2020): memperkenalkan perubahan struktur.

Dalam jangka masa panjang, dua pilihan akan diberikan kepada komuniti setempat terhadap masa depan sekolah kurang murid, iaitu penempatan semula, ataupun mengekalkan keadaan sedia ada. Murid yang ditempatkan semula akan mendapat akses kepada persekitaran pembelajaran yang lebih baik, interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang, dan pilihan mata pelajaran serta aktiviti kokurikulum yang lebih meluas. Walau bagaimanapun, penempatan semula ini akan melibatkan kos pengangkutan, kesukaran murid untuk menyesuaikan diri, dan kehilangan identiti komuniti. Sebagai alternatif, komuniti setempat boleh memilih untuk mengekalkan keadaan sedia ada tetapi menanggung risiko bahawa murid di kawasan itu tidak akan mendapat faedah daripada kemudahan yang diberikan kepada sekolah arus perdana. Pejabat Pelajaran Daerah akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan tempatan, ibu bapa dan pemimpin sekolah untuk memahami pelbagai perspektif bagi mencapai keberhasilan yang terbaik. Sekiranya komuniti setempat bersetuju dengan pilihan penempatan semula, Pejabat Pendidikan Daerah akan bekerjasama menetapkan garis masa dan kaedah terbaik untuk proses penempatan semula berdasarkan situasi mereka. Bergantung pada keadaan komuniti setempat, Kementerian akan 24


mengambil pelbagai langkah seperti memberikan subsidi pengangkutan dan menyediakan kaunselor sekolah bagi membantu murid yang ditempatkan semula di lokasi baharu.

Gelombang 3 (2021-2025): melengkapkan perubahan struktur. Kementerian akan meneruskan dialog bersama komuniti yang mempunyai SKM. Kementerian juga akan menilai hasil pendidikan sekolah dan murid yang terlibat dengan penempatan semula semasa Gelombang 2 secara berterusan bagi memastikan isu berbangkit ditangani segera dengan cara yang sesuai mengikut situasi di kawasan berkenaan. Bagi SKM yang masih ada, Kementerian akan menilai kesan daripada inisiatif yang dijalankan semasa Gelombang 1 dan 2, mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik dan mengaplikasi amalan yang telah berjaya dilaksanakan.

Taburan guru berpengalaman dan mengikut opsyen yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar. Terdapat seramai 190,336 orang guru di sekolah rendah dan 136,598 orang guru di sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan/sementara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi menyelesaikan masalah ini, KPM melaksanakan program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) dan pengambilan GSTT. Cabaran KPM adalah untuk memastikan guru terlatih mengikut opsyen ditempatkan di semua sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan p&p berjalan dengan lancar dan berkesan. Sistem penempatan dan pertukaran guru perlu dikaji yang mana guru tempatan diberi keutamaan untuk mengajar di kawasannya. Sistem ini adalah lebih baik untuk mengelakkan guru daripada sentiasa memohon pertukaran. Sistem pengambilan guru pelatih juga perlu mengutamakan pemohon yang berkelayakan mengikut daerah atau kawasan yang kekurangan guru terlatih terutamanya di kawasan pedalaman. Permohonan untuk bertukar sekolah perlulah 100% melalui talian tanpa dipengaruhi oleh pejabat pendidikan daerah kerana terdapat kes yang mana guru bermasalah di sekolah lama akan dipindahkan ke sekolah kurang murid dan seterusnya ini akan lebih memburukkan keadaan di SKM.

Pentadbir sekolah yang tidak profesional juga menyumbang kepada kualiti pengajaran guru yang seterusnya memberi impak kepada pencapaian murid. Pentadbir sekolah perlulah 25


mengadakan pemantauan yang berkala dalam pdp melibatkan semua guru. Pembahagian tugas pentadbiran juga perlu seimbang antara guru-guru supaya bebanan tugas itu tidak menjejaskan kualiti pengajaran guru dan juga dapat mengoptimumkan penggunaan masa guru dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran murid. Pihak kementerian telah memperkenalkan Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL). Ia adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis berketerampilan yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.

3.7 Negeri Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri dan wilayah persekutuan. Namun prestasi pencapaian antara negeri menunjukkan perbezaan yang ketara. Sebilangan negeri telah menunjukkan peningkatan ketara berbanding negeri yang lain. Pada tahun 2011, terdapat 20% mata perbezaan dalam gred purata UPSR antara negeri besar yang berprestasi tinggi seperti Johor dan negeri berprestasi rendah, Sabah. Sebanyak 16 daripada 20 daerah yang menunjukkan prestasi terendah dalam UPSR, 10 daripada 20 dalam SPM ialah Sabah dan Sarawak. (Sumber PPPM).

26


27


3.7.1 Jurang pencapaian antara negeri Negeri-negeri yang menghadapi kesukaran dan menunjukkan spektrum pencapaian yang luas antara daerah adalah negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Analisis prestasi menunjukkan sekolah di Malaysia merentasi spektrum prestasi daripada julat besar dalam keberhasilan Negara melalui band NKRA yang berasaskan gred purata peperiksaan awam dan pentaksiran kendiri sekolah.

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal hanya tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekomoni utama Negara. Sekolahsekolah di kawasan bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber yang mencukupi. Peluang bagi pendidikan bagi penduduk yang tinggal di luar bandar adalah tinggi. Perbandingan kedudukan wilayah persekutuan yang berkepadatan penduduk yang tinggi di kawasan berhampiran melonjakkan peratusan pencapaian yang baik dalam peperiksaan awam berbanding negeri Sabah dan

28


Sarawak yang mempunyai kawasan luar bandar yang besar berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan. Sabah dan Sarawak antara negeri yang mempunyai banyak sekolah kurang murid di kawasan pendalaman. SKM ialah sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang murid. Hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekuarangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Sistem perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Dalam pada itu, penempatan guru SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. (Sumber PIPP 2006-2010). Perbezaan taraf ekonomi antara negeri dan keupayaan pelajar mewujudkan jurang pencapaian antara negeri. Ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal serta keciciran pelajar. Implikasi jurang pencapaian antara negeri telah mewujudkan keadaan tidak seimbang yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk di Malaysia. Peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan miskin setara antara wilayah dan kaum menunjukkan jurang yang ketara akibat ketidaksamarataan pembahagian sumber-sumber dan kemudahan Negara. Jurang anatara tahap pencapaian pelajar yang mengalami kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan adalah tinggi bagi negeri berprestasi pendidikan rendah seperti di Sabah.

3.8 Tahap Pencapaian Di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyatakan jurang antara tahap pencapaian murid merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan murid berisiko untuk cicir daripada sistem pendidikan.

Jurang antara tahap pencapaian murid pula ialah 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan 'membaca' membawa 29


maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Perkataan “kira� bermaksud taksiran, kiraan pertimbangan dan perhitungan.

Dalam situasi ini, kebanyakan murid sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman mahupun luaran. Selain itu, kegagalan mencapai standard minimum seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan, salah satu faktornya. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang murid itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem pendidikan.

Situasi ini sangat membimbangkan banyak pihak bermula dari ibu bapa sehingga ke peringkat Negara dan global. Asas 3M ini merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh anak-anak semasa berada di tahap satu persekolahan iaitu darjah 1 hingga 3. Jika di tahap satu masih belum menguasai 3M ini maka anak-anak ini tidak boleh menguasai subjek lain seperti matematik dan sains. Masalah ini akan menjadi lebih serius apabila anak-anak ini berada di tahap dua iaitu darjah 4 hingga 6. Jika dahulunya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) fokusnya kepada 3M, kini dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) fokusnya kepada 4M yang mana satu lagi M bermaksud menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Oleh itu walaupun berlaku perubahan kurikulum ataupun diperkenalkan dasar baharu kemahiran 3M tetap menjadi fokus dan matlamat yang wajib dikuasai oleh murid.

Apakah faktor ataupun punca masalah penguasaan 3M ini? Adakah guru, keluarga, persekitaran ataupun pihak pengurusan sekolah? yang pasti guru dan keluarga tidak terlepas daripada tanggungjawab penguasaan asas 3M anak-anak ini. Punca utama masalah ini bermula di rumah iaitu keluarga atau lebih tepat lagi ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab penuh kepada anak sehingga anak-anak ini mampu berdikari. Ibu bapa juga yang sepatutnya memberikan intervensi awal kepada anak-anak ini. Ibu bapa perlu memberikan pendedahan awal seperti memperkenalkan abjad, suku kata atau asas nombor sebelum menghantar anak ke sekolah. Kebiasaanya ibu bapa menghantar anak-anak ini ke pra sekolah, tadika, taski atau tempat lain sama ada mahal atau murah kosnya. Namun jika ibu bapa tidak memantau perkembangan tahap penguasaan 3M anak maka sia-sia sahaja. Pemantauan dengan cara 30


mengambil tahu pelajaran anak-anak sangat penting demi memastikan anak-anak dapat menguasai kemahiran 3M yang diperlajari. Dalam tempoh kritikal ini sangat perlu bagi ibu bapa mengambil berat tetang aspek 3M ini kerana setelah anak-anak ini memasuki tahap satu guru-guru akan mengukuhkannya dengan pelbagai konsep asas 3M. Oleh itu sangat rugi kepada anak-anak ini kerana ketinggalan dari memperlajari subjek teras di arus perdana sekiranya belum menguasai kemahiran 3M ini.

Dalam usaha menguasai 3M anak-anak ini, kerjasama antara ibu bapa dengan sekolah sangat-sangat diperlukan. Tanpa penglibatan ibu bapa usaha penguasaan asas 3M ini pasti gagal. Ibu bapa bertanggungjawab terutama dari aspek pengurusan diri murid seperti kelengkapan sekolah, makanan, kesediaan murid dan kehadiran murid ke sekolah kerana di sini punca utama masalah ini. Murid yang tidak disediakan makan yang halal, seimbang dan berkhasiat boleh menjejaskan perkembangan sahsiah dan minda anak. Selain itu kelengkapan seperti buku, alat tulis dan kehadiran yang baik ke sekolah sangat penting untuk menjamin kelangsungan penguasaan kemahiran 3M murid.

Ibu bapa yang tidak mengambil berat pendidikan anak-anak bakal menempah kesusahan untuk masa depan anak-anak sekaligus mengheret keluarga bersama. Ibu bapa yang sentiasa sibuk tanpa ada rasa risau serta mengusahakan sesuatu khususnya dalam penguasaan 3M anak-anak pasti akan menanggung beban dan perlu membayar berkali ganda nilai tanggungan itu. Ibu bapa yang kerap memberi alasan tiada masa atau apa jua alasan pasti mengundang pelbagai masalah tingkahlaku dan disiplin anak-anak sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.

Sekiranya anak-anak ini didapati gagal setelah menjalani ujian saringan tahap penguasaan 3M ini, maka mereka perlu menjalani program pemulihan khas di sekolah. Program pemulihan khas merupakan satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502151PKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januari 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai atu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. 31


Program ini dijalankan secara konsisten sehingga murid-murid ini menguasai 3M. Namum begitu jika didapati murid-murid ini masih gagal menguasai 3M serta mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas, maka murid ini perlu dirujuk kepada pengamal perubatan.

Program pemulihan khas ini sangat memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting sebagai guru di rumah demi memastikan kemahiran 3M ini dikuasai dengan baik. Tindakan susulan oleh ibu bapa selepas waktu sekolah sangat penting supaya anak-anak ini terus membaca, menulis dan mengira dengan melaksanakan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh guru. Ibu bapa perlu mengambil berat tahap penguasaan 3M murid ini dengan cara berjumpa dan berbincang guru-guru di sekolah. Selain melakukan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh guru, ibu bapa perlulah mengambil inisiatif dengan memberi latihan lain ataupun aktiviti-aktiviti seperti kuiz untuk meningkatkan penguasaan 3M murid dengan cepat dan berkesan.

Pelbagai ikhtiar dan usaha perlu dilakukan untuk memastikan anak-anak menguasai 3M. Usaha yang berterusan dan tidak mudah mengalah oleh ibu bapa dan guru-guru akan menjamin kejayaan penguasaan 3M murid ini. Asas kemahiran 3M ini menjadi tunjang kepada penguasaan ilmu-ilmu lain agar anak-anak ini menjadi insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan Negara.

Berdasarkan pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj, mengenai keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, menyatakan bahawa dalam usaha menangani masalah ini, kaedah Pengajaran dan pembelajaran haruslah lebih khusus

dan

perlu

dipraktikkan

guru

yang

mahir

mengenainya.

Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa. Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir.

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit kumulatif dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan 32


murid. Walaupun murid tahap 1 yang mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1 peratus pada tahun 2003 kepada 7.7 peratus pada tahun 2004, ia masih berada di atas paras normal iaitu 5 peratus bagi sesuatu sistem pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan program rintis Kelas Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun 2004. Pada tahun 2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas.

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah

meminimumkan defisit akademik terutamanya di negeri dan lokasi yang tinggi kadarnya. Penguasaan 3M akan terus dipertingkatkan melalui peluasan dan peningkatan Program Pemulihan dengan menyediakan Guru Pemulihan Khas Terlatih, Bilik Pemulihan Khas dan peruntukan yang mencukupi.

Kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan penurunan sepanjang tempoh RMKe-8. Bagi sekolah rendah, kadar keciciran telah menurun daripada 20, 560 (4.2%) murid kohort 1997/2002 kepada 9,713 (1.9%) murid bagi kohort 2000/2005. Bagi sekolah menengah, kadar keciciran telah menurun daripada 60,413 (14.5%) murid bagi kohort 1998/2002 kepada 43,586 (10.3%) murid bagi kohort 2001/2005. Kadar keciciran di sekolah rendah ialah 1.9 peratus di bandar dan 1.2 peratus di luar bandar bagi kohort 1999/2004. Manakala, pada peringkat menengah kadar keciciran ialah sebanyak 10.1 peratus daripada saiz kohort di bandar dan 16.7 peratus daripada saiz kohort di luar bandar bagi kohort 2000/2005.

Walau bagaimanapun, data yang ada menunjukkan jumlah pelajar yang cicir dan terkeluar daripada sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja. Data tidak mengambil kira murid yang telah menyambung persekolahan di sekolah-sekolah di luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti di sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa atau ke luar Negara. Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk mengenal pasti jumlah keciciran sebenar daripada sisitem pendidikan Negara dan mengurangkan kadar keciciran pada semua peringkat pendidikan.

33


4.0 LANGKAH PENYELESAIAN

Langkah penyelesaian bagi perbincangan juga akan dibincangan mengikut pecahan isu-isu yang telah dinyatakan.

Keadaan jurang pencapaian yang semakin membinbangkan ini tidak boleh dipandang ringan oleh kementerian. Suatu usaha yang memerlukan penggembelengan tenaga antara semua yang terlibat iaitu pelajar, keluarga, sekolah dan kerajaan untuk memastikan bahawa jurang pencapaian ini dapat di kurangkan kepada tahap yang paling minima menjelang tahun 2020.

4.1 Jenis Sekolah, Jantina dan Sosioekonomi

Sebelum melihat kepada masalah-masalah yang lain, pelajar haruslah mempunyai kesedaran dalam meningkatkan kemajuan dan pencapaian mereka sendiri. Mereka harus meningkatkan keyakinan diri dengan berusaha untuk mendapatkan pelajaran-pelajaran baru melalui perbincangan di dalam kelas. Selain itu mereka juga perlu menghargai usaha-usaha yang telah diambil oleh sekolah dan kerajaan untuk membantu mereka dengan menggunakan semua kemudahan yang diberikan secara optimum.

Bagi ibu bapa sendiri, mereka haruslah memberikan layanan yang saksama kepada setiap anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa pendidikan merupakan satu batu loncatan untuk anak-anak mereka memperbaiki keadaan diri mereka agar tidak tersepit dengan keadaan sosio-ekonomi keluaraga yang sempit sehingga akhir hayat mereka. Layanan sama rata terhdapat anak lelaki dan anak permpuan juga haruslah sama rata agar tidak berlaku kecelaruan emosi dan tingkah laku anak-anak mereka.

Bagi sekolah pula, mereka haruslah menyokong dasar yang telah dijalankan oleh kementerian. Selain itu barisan pimpinan dan pentadbiran sekolah mestilah haruslah berusaha untuk mendapai persetujuan yang terbaik dalam segala hal agar dapat memberikan keyakinan terhadap guru-guru bawahan untuk meneruskan usaha mereka dalam sama-sama meningkatkan jurang pencapaian pelajar. Pembahagian kerja atau tugas yang adil juga perlu bagi setiap guru agar tidak berlaku ketidakpuas hatian diantara guru.

34


Kerajaan merupakan tonggak utama yang diperlukan dalam meningkatkan pencapaian pelajar seterusnya mengurangkan jurang pencapaian pelajar yang disebabkan oleh jenis sekolah dan jantina. Antara insisiatif yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan pelbagai bantuan seperti rancangan makanan tambahan, skim baucar tuisyen, skim Pinjaman Buku Teks, Program Susu Sekolah, Asrama harian dan sebagainya untuk membantu memberbaiki keperluan asas pelajar. Dengan pemberian pelbagai bantuan yang dapat meringankan beban keluara akan membolehkan pelajar untuk mendapatkan keyakinan yang baik untuk mereka menumpukan usaha dalam memperbaiki tahap pencapaian mereka.

Selain daripada itu, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan dijalankan secara tiga gelombang dari segi gelombang satu (2013-2015): mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama dan keberhasilan utama yang akan dilihat pada gelombang satu ini adalah pengurangan 25% jurang banadar dan luar bandar. Seterusnya gelombang dua (2016-2020): kerajaan akan menumpukan kepada memacu peningkatan system dan keberhasilan utama yang akan dicapai adalah 50% pengurangan jurang bandar/luar bandar, 25% pengurangan jurang sosio ekonomi dan jantina. Pelaksanaan gelombang 3 (2021-2025) pula adalah dengan memberikan tumpuan pada menganjak kearah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir-urus kendiri dengan tujuan kebersahilan utama pada akhir pelaksanaan adalah mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dan luarx bandar, serta 50% pengurangan jurang sosio ekonomi dan jantina.

Bagi menangani jurang sosioekonomi antara masyarakat, pihak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah perlu memperhebatkan lagi promosi program-program bantuan kepada rakyat yang telah wujud tetapi kurang diketahui umum seperti Program latihan kemahiran dan kerjaya, Program bantuan rumah dan program peningkatan pendapatan. Program ini menyediakan bantuan dan khidmat kepada kumpulan sasar seperti ketua isi rumah dan ibu tunggal. Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) perlu bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) dalam pemilihan peserta yang layak kerana pihak KPM mempunyai data murid yang lebih terperinci dan boleh dijadikan KKLW sebagai pusat rujukan. Pihak KPM juga boleh mensyorkan kepada kementerian lain yang turut menawarkan program peningkatan sosioekonomi penduduk.

35


4.2 Sekolah Awam dan Sekolah Swasta

Pada realitinya tidak dapat dinafikan wujud perbezaan antara sekolah awam dan swasta namun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sekolah Amanah. Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberikan lebih kebebasna dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik. Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar). Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru. Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penaja sekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10).

4.3 Normal dan Berkeperluan Khas Antara pendekatan yang dibuat adalah seperti peranan pihak kerajaan, pihak kerajaan harus menjalankan latihan kepada golongan OKU ini, misalnya dengan menjalankan latihan 36


penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal mungkin agar mereka tidak merasakan diri sebagai seorang yang tidak membawa aset kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kemudiannya diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran keluarga, sosial dan komuniti.

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan bahawa masalah komunikasi berlaku antara mereka. Namun perkara ini masih boleh diatasi sekiranya mereka diletakkan sama taraf dengan murid-murid normal yang lain. Seperti contoh, perhimpunan bersama, rehat bersama, kawasan kelas tidak terlampau jauh dan macam-macam aktiviti lain juga bersama. Dengan ini, mereka akan lebih saling mengenali dan mengetahui serta memberi dorongan kepada murid berkeperluan khas ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya pada masa akan datang.

Di samping itu, KPM perlu menyediakan lebih banyak infrastruktur dengan menambahkan bajet seperti kemudahan dan program yang releven. Selain daripada itu, KPM juga menyediakan pentaksiran altenatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai dengan mereka yang kurang upaya ini. Tambahan lagi, KPM juga turut menjalankan perkongsian pintar dengan badan sukarela dan kementerian lain yang turut menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. Untuk memberi peluang kepada murid yang pintar dan cerdas pula, Kelas Rancangan Khas (KRK) diadakan di sekolah biasa. Mereka akan diberi penekanan yang lebih untuk meningkatkan lagi potensi mereka dalam pelajaran.

Pihak kementerian menyediakan pendidikan khas dengan membina sekolah pendidikan khas yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak kementerian juga turut menjalankan program pendidikan khas integriti di sekolah harian bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat pendidikan formal. Program yang dijalankan ini dapat dibuktikan dengan kejayaan pada tahun 2000 meningkat daripada 564 kepada 973 pada tahun lalu. Dalam tahun 2005 pula sebanyak 32 program pendidikan khas integriti untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Seterusnya, bagi kanakkanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 tahun akan mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan kementerian kesihatan atau di Pusat Pemulihan Komuniti 37


(PDK) yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela. Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih dari satu jenis kecacatan.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar berkeperluan khas merupakan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan pelajar-pelajar biasa.

4.4 Negeri, Bandar dan Luar Bandar Dalam Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 (2013-2015) kerajaan telah merancang beberapa program untuk merapatkan jurang pencapaian antara negeri. Antara program yang dirancang adalah Program Transformasi Negeri dan Daerah. Dengan perlaksanaan program ini dapat merapatkan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar sebanyak 25%. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) perlu fokus untuk meningkatkan pencapaian sekolah melalui peningkatan kepimpinan setempat. Sistem sokongan dan intervensi khusus untuk sekolah akan dipacu oleh daerah dan disokong oleh negeri. Seterusnya pihak KPM akan fokus kepada usaha untuk mecapai KPI yang telah ditetapkan. Bagi memastikan sekolah, daerah dan negeri mencapai sasaran sesi dialog bagi setiap peringkat akan diadakan secara berdisiplin. Sebanyak 138 buah PPD di seluruh Negara merupakan pemacu utama dalam mendokong transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Fokus utama program ini bagi pengukuhan keupayaan, sumber terbaik dan pegawai cemerlang di PPD untuk memastikan impak tinggi dan berkesan dalam merapatkan jurang pencapaian pelajar antara negeri.Sokongan dan intervensi khusus mengikut keperluan sekolah iaitu guru perlu. Mementingkan masa pembelajaran dengan menguatkuasakan garis panduan waktu maksimum di luar sekolah. Meluaskan peranan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC) secara sepenuh masa. Tumpuan kepada

meningkatkan perlaksanaan KSSR, SBA (buku panduan beserta

perancangan mengajar) dan LINUS 2.0 disamping dapat meningkatkan amalan pembelajaran asas. Setiap sekolah perlu menyediakan komuniti pembelajaran, diterajui Pengetua Cemerlang yang dilantik, atau dimudahcara oleh pegawai PPD. Manakala pihak KPM meluaskan peranan Rakan Pembimbing Pembangunan Sekolah (SIPartners) secara sepenuh 38


masa dengan mengadakan bimbingan secara 1-1 dalam bidang kepimpinan instrusional. Pihak kerajaan perlu menyediakam intervensi ke atas kehadiran ke sekolah dan masalah disiplin contohnya penyediaan pengangkutan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Disamping itu pihak KPM akan menambahbaik LINUS 2.0 iaitu perlaksanaan literasi Bahasa Inggeris, serta mengkaji semula proses dan kandungan LINUS.

4.5 Tahap Pencapaian Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mempertingkatkan usaha dalam: (i) Penguasaan 3M 

Memperluaskan Program KIA2M untuk Tahun 1

Menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap 1

Menggiatkan Program Gerak Gempur

Memperkenalkan program khusus Orang Asli dan suku minority

(ii) Pengurangan kadar keciciran 

Menguatkuasakan Pendidikan wajib

Memperluaskan MPV di sekolah Menengah Harian

Memperbanyak program motivasi

Menjalin pemuaafakatan antara warga sekolah, keluarga dan komuniti

Memperkenalkan pentaksirran dan penilaian yang sesuai

Menyediakan sistem penyampaian alternatif berorientasikan Emotional quotient (EQ) dan kebolehan murid

Mempereratkan kerjasama dengan pihak luar KPM dalam mengenal pasti dan cara mengatasi keciciran

39


Jika masalah penguasaan 3M tidak ditangani secara serius akibatnya kita akan melahirkan generasi buta huruf yang pasti akan membebankan Negara yang dalam usaha mencapai Negara maju menjelang 2020. Isu ini akan sentiasa wujud jika tiada langkah pencegahan yang sentiasa diusahakan secara maksimum mungkin.

40


5.0 Rujukan:

Buletin

Perangkaan

KKLW

(2011).

Dimuat

turun

pada

31

Mei

2014,

dari

http://www.rurallink.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e1e8aa00-1646-4392bc9b-82fd40d14e03&groupId=80191 Che Mah Yusof and Mariani Mohd Noor. (2001). Personaliti pelajar pintar cerdas dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding Konferensi Kebangsaan Kajian Pasca Siswazah. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012.

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Ringkasan eksekutif rancangan Malaysia kesepuluh 20112015. Putrajaya, Malaysia: Unit Perancang Ekonomi. Jamila K.A Mohamad (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Perangkaan pendidikan Malaysia 2013. Putrajaya, Malaysia : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010 (Edisi pelancaran PIPP 2006). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Maynard. T. (2002). Boys and literacy: Exploring the issues. London: RoutledgeFalmer.

41


Mc Dermott, P. A. (1995). Sex, race, class and other demographics as explainations for children's ability and adjustment: A national appraisal. Journal of School Psychology, 26, 26–30.

McDonnell, M. J., Pickett, S. T. A. and Pouyat, R. V. (1993) The application of the ecological gradient paradigm to the study of urban effects. In Humans as components of ecosystems: subtle human effects and the ecology of populated areas (M. J. McDonnell and S. T. A. Pickett, eds) pp. 175–189. Springer-Verlag, New York.

Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanean, Amir Hasan Dawi. (2009). Status sosioekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah Malaysia. 14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education. 21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam. Dimuat turun dari http://irep.iium.edu.my/13004/1/Procedng_SES_Ibubapa_%26_Pencapaian_PMR__14th_ICE_Brunei_2009.pdf Mohamed Amin, E. 2000. Language Learning Strategies: A Malaysian Context. UKM: Fakulti Pendidikan.

Mahmood Nazar Mohamed (2004). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zuri Ghani, et., al (2010). Perbezaan personaliti kestabilan emosi dalam kelangan pelajar pintar cerdas akademik (PCA) berdasarkan jantina dan jenis sekolah. Asia Pacific Journal of Educator and Education. Vol. 25 (153-167).

Nadia Ainuddin Dahlan, et., al (2010). Exploring the gender gap in achievement in Malaysia: a case for learning styles. Vol 14 (4), 3-18.

42


Organisation for Economic Co-operation and Development. (2013). Structural policy country notes: Malaysia. Economic Outlook for Southeast Asia, China and India2014: Beyond the Middle-Income Trap. http://dx.doi.org/10.1787/saeo-2014-en

Pengangkutan

awam

(2013).

Dimuat

turun

pada

31

Mei

2014,

dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Rosadah Abd Majid. (2004). Satu kajian perbandingan profil pelajar pintar cerdas akademik dengan pelajar sederhana akademik. Unpublished doctoral dissertation, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salina Hamed, et., al (2007). Persekitaran pembelajaran matematik dan hubungannya dengan sikap serta pencapaian pelajar terhadap matematik : satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di daerah Seberang Perai Selatan. UITM: Pulau Pinang.

Sheila Devaraj, Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan Jamil Ahmad. Prestasi akademik mengikut gender. (2005). Jurnal Pendidikan 30, 93-111.

43


Sme 6044 (tugasan1)