Issuu on Google+

www.resepirahsiaku.com

[1]

www.resepirahsiaku.com ISI KANDUNGAN M/Surat 1. Doa Membuka Dan Menutup Pintu Hati……………………………………….(8 - 9) 2. Doa Memohon Kesembuhan Penglihatan…………………………………... ...(10) 3. Doa Dan Amalan Utk Suami Isteri Yg Menghadapi Krisis Rumahtangga Yg Berat……………………………………………………………………….………(11-16) 4. Doa Mohon Perlindungan Dari Musuh Dalam Selimut…………………..……..(17) 5. Doa Dijauhkan Dari Melakukan Dosa Kecil Dan Besar Utk Memohon KeampunanNya………………………………………………………………………(18-19) 6. Doa Semuga Ada Jodoh Kita …………………………………………………..(20- 21) 7. Doa Untuk Perbanyakkan Susu Ibu………………………………………………(22 ) 8. Doa Dan Surah-surah Yang Dibaca Untuk Wanita Yang Akan Melahirkan nak ……………………………….………………………………………(23-24) 9. Doa Syukur Nikmat…………………………………………………………………(25) 10. Doa Supaya Dijauhkan Diri Dari Maksiat………………………………………...(26) 11. Doa Pengikat Kasih Sayang…………………………………………………….(27-28) 12. Doa Merawat Dan Memperkasakan Iman Yang Lemah……………………….(29) 13. Doa Supaya Terhindar Dari Dikhianati-Dianiayai-Ditipu……………………….(30) 14. Doa Kepada Pemimpin Yang Zalim Dan Sesat……………………………..….(31) 15. Doa Mohon Allah Sembuhkan Kesakitan/Penyakit Supaya Terus Dapat Beribadat……………………………………………………………………………..….(32) 16. Doa Mohon Dijauhkan Diri Dari Fitnah Orang…………………………………..(33) 17. Doa Mohon Terhindar Dari Orang-orang Yang Zalim/Yang Memfitnah…..…(34) 18. Doa Bila Badai Bertiup Kencang Berserta Kilat Dan Guruh………………..…(35) 19. Doa Untuk Menjadi Orang Yang Sabar…………………………………………(36) 20. Doa-doa Untuk Melindungi Dari Sihir-sihir Termasuk Sihir Tafriq (Pemisah Ikatan Suami Isteri/Ikatan Persahabatan/Ikatan Persaudaraan…….(37-40). 21. Doa Mohon Dijauhkan Dari Godaan Syaitan……………………………………(41) 22. Doa elakkan diri dari dipukau………………………………………………….. (42-43) 23. Doa Menghadapi Peperiksaan…………………………………………………(44-45) 24. Doa Hindar diri dari terkena Sihir/Santau/Saka/Jin…………………………...(46) 25. Doa Hilangkan Marah & Permusuhan……………………………………….....(47) 26. Doa Pengasih…………………………..………………………………………..(48-49) 27. Doa Supaya Susah Jadi Mudah…………………………………………….…….(50)

[2]

www.resepirahsiaku.com 28. Doa Rawatan Lumpuh Dan Strok ………………………………………….…(51) 29. Doa Istikharah……………………………………………………………………(52) 30. Doa Nurun Nubuwwah………………………………………………………….(53-58) 31. Doa Pelembut Hati & Pendinding Diri………………………………………….(59) 32. Doa Kebahagiaan Rumahtangga………………………………………………(60) 33. Doa Minta DiJauhkan Bala Bencana…………………………………………(61-62) 34. Doa Dipercepatkan Jodoh & Doa Mendapat Isteri Yang Baik………………(63) 35. Doa Elak Sihir Tafriq (Pemisah Suami Isteri)………………………………..(64-65) 36. Doa Untuk Mendapatkan Anak-anak Yang Soleh………………………….(66-67) 37. Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah SAW……………………….(68) 38. Doa Untuk Mendapatkkan Zuriat……………………………………………..(69-71) 39. Doa Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan………………….(72-73) 40. Doa Untuk Elak Suami Isteri Dan Anak-Anak Bergaduh……………………(74) 41. Doa Tidak Terbakar Oleh Api Yang Dibaca Oleh Nabi Ibrahim AS Serta Doa Rawatan Terbakar Dan Melecur……………………………………..(75-76) 42. Doa Menjaga Dari Gangguan Ular Dan Binatang Bisa…………………….(77-78) 43. Doa Supaya Suami Tak Kahwin Lain………………………………………….(79) 44. Doa Supaya DiCintai Dan Dihormati Oleh Sekalian Manusia………………(80) 45. Doa Melariskan Perniagaan……………………………………………………(81) 46. Doa Keselamatan Diri Dijauhkan Dari Perkara Buruk: Bot Karam/ Kecurian/Serangan Musuh………………………………………………………….(82) 47. Doa Untuk Elak Keguguran Bayi Dari Kandungan……………………….…..(83) 48. Doa Untuk Pesakit Jantung Supaya Sembuh…………………………….….(84) 49. Doa Supaya Suami Setia Dan Sayang Isteri………………………….….…..(85) 50. Doa Mohon Keampunan Dan Kasih Belas Allah (Doa Nabi Adam)..………(86) 51. Doa Supaya Dipelihara Allah Dari Kejahatan Para Penjahat Dan Para Penzalim…………………………………………………………………….………(87-88) 52. Doa Penumbuk Deras/Kuat…………………………………………………….(89) 53. Doa Pengasih Dari Surah Al-Quran…………………………………………(90-93) 54. Doa Untuk Anak-anak Atau Suami Suka Keluar Malam…………………….(94) 55. Doa Sblm Bersetubuh Dan Adab-adab Sblm Bersetubuh Pada Malam Pertama……………………………………………………………………………….(95-96) 56. Doa Supaya Wanita Mengandung Mudah Melahirkan Anak Dgn Selamat……………………………………………………………………….....(97)

[3]

www.resepirahsiaku.com 57. Doa Yang Baik Untuk Diamalkan Bagi Mengatasi Masalah Jiwa Kosong…………………………………………………………………………..(98-99) 58. Doa Agar Sekeluarga Menjalankan Ibadah Shalat……………………………(100) 59. Doa Mohon Agar Dimatikan Dalam Keadaan Berbuat Baik………………….(101) 60. Doa Mohon Keampunan Untuk Sekeluarga……………………………………(102) 61. Doa Mohon Keteguhan Hati Tetap Dalam Iman……………………………….(103) 62. Doa Supaya Ditempatkan di Syurga Bersama Para Nabi, Para Siddiqin, Para Shuhadan Dan Orang Yang Soleh………………………...(104-105) 63. Doa Di lapangkan Dada………………………………………………………….(106) 64. Doa Supaya Musuh Tidak Nampak Anda Dan Dapat Menyelamatkan Diri…………………………………………………………………..(107) 65. Doa Untuk hindarkan Dari Terkena Sebarang Jenis Ilmu Hitam/Sihir…….(108-109) 66. Doa Penunduk Dan Juga Perisai dari Fitnah/Sihir…………………………….(110) 67. Doa Untuk Mendapatkan Kemuliaan Dan Sebesar-besar Pangkat disisi Allah SWT………………………………………………………………………..(111) 68. Doa Mohon Negara Aman Dan Murah Rezeki………………………………...(112) 69. Doa Terhindar Dari Seksa Api Neraka………………………………………….(113) 70. Doa Melakukan Perjalanan Dan Memohon Keselamatan Untuk Kekuarga Yang Ditinggalkan……………………………………………………………………..(114) 71. Doa Kesembuhan Bagi Pesakit Buah Pinggang…………………………….(115-116) 72. Doa Memelihara Dari Kebakaran………………………………………………..(117) 73. Doa Supaya dikasehi & Disayangi Oleh Suamisteri, Anak-anak, Kaum Kerabat Jiran-jiran, Rakan-rakan, Orang Dibawahan atau Orang Diatasn Kita Seumpamanya (Ayatul Mahabah)……………………………………………………………………...(118) 74. Doa Ketika Orang Dalam Bahaya……………………………………………….(119)

Lain-Lain Surah 8 surah-surah Untuk Merawat payu dara………………………………………….. …(120-142) Amalan Untuk Isteri Supaya Sentiasa DARA……………………………………………(143)

[4]

www.resepirahsiaku.com PANDUAN BERDOA

1. Doa berkaitan Kesihatan. 

Dimulakan dengan Bismillaahir rohmaanir roihiim.

Bacaan Al-Fatihah.

Bacaan Salawat Syifa – Disediakan air dibaca dan diminum.

Doa yang berkenaan.

Ikut jumlah bacaan yang dinyata.

Penutup Salawat Nabi.

2. Doa berkaitan Sihir. 

Dimulakan dengan Bismillaahir rohmaanir roihiim.

Bacaan Al-Fatihah.

Bacaan Surah 3 Qul – Al Ikhlas, Al Falak, An Naas

Bacaan Ayatul Kursi

Doa yang berkenaan.

Ikut jumlah bacaan yang dinyatakan.

Jika dinyatakan dibacakan dan ditiupkan pada air.

Penutup Salawat Nabi.

3. Doa-Doa Pengasih. 

Dimulakan dengan Bismillaahir rohmaanir roihiim.

Bacaan Al-Fatihah.

Bacaan Surah 3 Qul – Al Ikhlas, Al Falak, An Naas

Doa yang berkenaan.

Ikut jumlah bacaan yang dinyatakan.

Penutup Salawat Nabi.

[5]

www.resepirahsiaku.com ADAB-ADAB KETIKA BERDOA Allah SWT berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah / 2: 186) Selain syarat diatas, agar doa kita segera dikabulkan oleh Allah SWT, maka kita mestilah memenuhi beberapa adab berdoa dibawah ini, antaranya ialah: 1. Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah. 2. Hendaklah tekun dan tidak terburu buru. 3. Berdoa dalam semua keadaan. 4. Tidak mengutuk keluarga dan hartanya. 5. Jangan memohon kepada selain Allah 6. Berdoa dengan suara yang sederhana. 7. Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna. 8. Mengaku berdosa. 9. Jangan terikat dengan sajak dalam doa. 10. Berdoa dengan khusyu' dan merendah diri. 11. Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa. 12. Berdoa dengan amal salih. 13. Mengulangi doa sebanyak tiga kali. 14. Bersalawat kepada Nabi SAW. 15. Menghadap Kiblat. 16. Mengangkat kedua-dua tangan. 17. Berwudhu' sebelum berdoa. 18. Berdoa sambll menangis. 19. Berdoa sambil merendahkan diri. 20. Berdoa pada waktu waktu yang mustajab Penutup kepada semua doa BACA AYAT INI....”YA ALLAH MAKBULKANLAH DOA HAMBA MU INI SUPAYA AKU DAPAT BERIBADAT KEPADA MU, YA ALLAH.” Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/02/adab-adab-ketika-berdoa.html

[6]

www.resepirahsiaku.com ADAB-ADAB SESUDAH BERDOA Menurut riwayat-riwayat hadis dari Ahlul bait Nabi saw adab sesudah berdoa banyak sekali, sebahagian yang terpenting adalah: 1. Setiap sesudah berdoa membaca.

ِ‫ﻣَﺎ ﺷَﺎءَ اﷲُ ﻻَ ﻗُﻮَّةَ إِ َّﻻ ﺑِﺎﷲ‬ Mâ syâallâhu lâ quwwata illâ billâh Kehendak Allah, tiada kekuatan kecuali dengan Allah 2. Membaca shalawat. 3. Mengusapkan kedua tangan pada wajah dan kepala Di antara adab sesudah berdoa mengusapkan kedua tangan pada wajah dan kepala. 4. Jika doanya telah diijabah maka disunnahkan membaca.

ُ‫اَﻟْﺤَﻤْﺪُ ﷲِ اﻟَّﺬِي ﺑِﻌِﺰَّﺗِﮫِ ﺗَﺘَﻢُّ اﻟﺼَّﺎﻟِﺤَﺎت‬ Alhamdulillâhil ladzî bi’izzatihi tatammush shâlihât Segala puji bagi Allah yang keagungan-Nya menyempurnakan semua kebaikan Kemudian lakukanlah shalat syukur. Jika ijabah doanya masih tertunda, maka hendaknya membaca:

ٍ‫اَﻟْﺤَﻤْﺪُ ﷲِ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺣَﺎل‬ Alhamdulillâhi ‘alâ kulli hâl Segala puji bagi Allah atas segala keadaan

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/01/adab-sesudah-berdoa.html

[7]

www.resepirahsiaku.com DOA MEMBUKA DAN MENUTUP PINTU HATI "Pintu hati" adalah lorong dan laluan kepada jalan kebaikan atau kejahatan. Jika pintu hati tertutup kepada jalan kemungkaran. Maka seseorang itu akan meninggalkan segala maksiat dan perkara-perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT. Maka ia akan menjadi seorang muslim yang baik disisi Allah SWT. Begitu juga jika pintu hati terbuka kepada perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT maka ia akan menjadi kufur kepada Allah SWT dan matinya sebagai orang kafir. Itulah yang paling malang buat dirinya bila ia kembali ke alam barzah. Pintu hati yang tertutup kepada cahaya keimanan susah untuk mendapat hidayahNya. Apabila tertutup pintu hatinya maka hatinya akan mati dan tertutuplah segala pintu kebaikan dan terdoronglah melakukan kemungkaran. Dalam bab cinta pula, jika tertutup pintu hati. Maka terputuslah tali pertunangan. Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak. Maka bercerai berai jadinya seperti yang kita dengar dan lihat. Kepada yang mengamalkan doa-doa diblog ini seperti doa pengasih, doa pengikat kasih sayang dll doa-doa yang berkaitan dengan hati. Baca doa ini selepas solat hajat atau setiap kali solat. Mohon dibuka pintu hati orang yang anda kasehi. Jika pasangan anda terlibat dengan kekasih gelapnya, doakan pintu hatinya tertutup kepada temanitanya. Begitu juga jika terlibat dengan maksiat lain seperti judi, zina, arak. Setiap kali melakukan dosa, satu titik hitam akan timbul di hati, makin banyak membuat dosa makin hitamlah hati itu. Minta pada Allah SWT tutup pintu hatinya kepada kemungkaran. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi neraka Jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.� (Surah al-A’raaf ayat 179). Demikianlah apa yang dikatakan celik mata hati atau kesedaran. Tegasnya, mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Allah SWT. Inilah pandangan hidup yang paling jelas dan tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya. Berdasarkan ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa manusia akan menjadi kufur dan tidak akan beriman apabila dia ada hati tetapi hatinya buta walaupun matanya tetap celek tidak buta dan telinganya tetap mendengar bukan pekak.

[8]

www.resepirahsiaku.com DOA MENUTUP DAN MEMBUKA PINTU HATI.

Maksudnya: 15. “Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. 16. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus�.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/surah-al-maidah-ayat-15-16-pembuka-dan.html

[9]

www.resepirahsiaku.com DOA MEMOHON KESEMBUHAN PENGLIHATAN Diriwayatkan dari kitab Tirmizi dan Ibn Majah daripada Usman bin Haniff R.A bahawa seorang laki-laki yang penglihatannya sudah lagi tidak terang dan (hampir buta) telah datang kehadapan Nabi SAW dan berkata: "Doakan aku kepada Allah agar Allah memberikan kesembuhan kepada mata aku ini" Berkata Nabi SAW: "Jika engkau mahu, aku akan doakan dan jika engkau mahu bersabar, itu lebih baik lagi" Orang itu lalu berkata: "Doakanlah aku" Maka Nabi SAW menyuruh dia untuk mengambil air wuduk dengan sebaik-baik wuduk dan berdoa dengan doa ini. "ALLAHUMMA INNII AS-ALUKA WA ATAWAJJAHA ILAIKA BINABIYYIKA MUHAMMADIN NABIYYIIN RAHMATI SALLALAAHU 'ALAIHI WASSALLAM. YA MUHAMMADU, INNI TAWAJJAHTU BIKA ILAA RABBI FII HAA JAATII HADZIHII LIITUQDIYA LII, ALLAHUMMA SYAFFI'HU FIYYA.

Maksudnya: "Ya Allah, aku bermohon dan menghadap kepada-Mu bersama Nabi-Mu, Muhammad, nabi yang terbanyak mendapat rahmat daripada engkau. Ya Nabi Muhammad, sesungguhnya aku menghadap bersamamu kepada Tuhan ku kerana kepentingan ku ini, harapan semuga dikabulkanNya untuk ku, Ya Allah sembuhkanlah aku" Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-memohon-kesembuhan-penglihatan.html

[10]

www.resepirahsiaku.com DOA-DOA DAN AMALAN UNTUK SUAMI ISTERI YANG MENGHADAPI KRISIS RUMAHTANGGA YANG BERAT Jika anda sayangkan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Maka carilah jalan dan ikhtiar mengatasi dengan sebaik-baiknya. Jangan korbankan kasih sayang anak-anak dengan jalan penyelesaian yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu "CERAI". Ujian Allah SWT kepada hambaNya datang berbagai bentuk. Yang kaya atau yang miskin tidak dapat lari daripada ujianNya. Pada suami atau isteri jika pasangan anda buat hal janganlah bersedih kerana Allah SWT itu sedang menguji kesabaran dan keimanan anda. Jika hambaNya sabar maka syurgalah balasannya. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adikberadik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari). Kesimpulan dari hadis diatas bahawa tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. Untuk para isteri atau suami yang sabar dengan pasangan masing-masing ingat hadis Nabi SAW ini. Jika rumahtangga anda dilanda badai dan taufan sebenarnya Allah SWT sedang menguji kamu samada sabar ataupun tidak sabar. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila Allah kasihkan seseorang hamba, nescaya Dia akan mengujinya dengan bala' untuk mendengar doa dan rayuannya" Rumahtangga yang aman sejahtera boleh berubah menjadi mimpi ngeri oleh beberapa faktor. Diantaranya adalah:- Suami curang dengan wanita lain - main kayu3. - Masalah suami kuat berjudi, kaki minum dan abaikan tanggungjawab. - Isteri curang ada kekasih baru. - Suami panas baran atau isteri kuat membebel.

[11]

www.resepirahsiaku.com Ikut amalan-amalan dan doa-doa ini. Jika terdaya lakukanlah. Jika tidak terdaya berjumpalah ustaz-ustaz di pusat rawatan islam. InsyaAllah diberkatiNya. Langkah 1. MANDI AIR YANG DIBACA. Sebelum memulakan amalan dan doa-doa dibawah. Anda yang dalam keadaan kerunsingan, susah hati, kecewa dan hampir putus asa juga tertekan hingga tidak dapat berfikir dengan jelas dan terang dan bercelaru ataupun disihir. Siap air satu baldi penuh. Baca ayat-ayat berikut:    

Istighfar -3x. Surah Al Ikhlas,Surah Al Falak,Surah An Nas - 3 x. Ayatul Kursi - 10x. Al-Fatihah - 20x. (Ditiup setiap kali habis baca)

Selesai semua bacaaan diatas. Mandi dan juruskan air perlahan diatas kepala sehingga habis. InsyaAllah anda akan rasa amat tenang serta lapang dada. Segala kerunsingan akan hilang dan sekiranya terdapat makhluk halus yang berdamping atau mengikut anda akan lari dari anda. (Kadangx ilmu pembenci mengguna sihir iaitu jin berdamping dengan anda tanpa pengetahuan anda menyebabkan suami kadang-kadang tengok muka isteri cukup benci sekali). Tawakal padaNya. Langkah 2. SOLAT HAJAT 1. Lakukan solat hajat sebaiknya 2/3 malam. 2. Minta Allah SWT buka pintu hatinya supaya kembali kepangkuan serta kasih sayangnya kepada anda dan anak-anak. 3. Minta Allah SWT tutupkan pintu hatinya kepada perkara berikut:  Lupa kepada kekasih gelapnya.  Hilangkan keinginan untuk berjudi.  Hilangkan ketagihan arak jika suami seorang pemabuk. *Terserah pada keadaan punca yang menyebabkan krisis tsb.

[12]

www.resepirahsiaku.com Langkah 3. DOA-DOA YANG DIBACA SELEPAS SOLAT HAJAT Baca doa-doa tersebut dengan mengikut adab-adab berdoa.       

Doa Memohon Ketabahan Hati. Doa Membuka Dan Menutup Pintu Hati. Doa Perlindungan Dari sebarang Sihir.(3 Doa) Doa Minta Kebahagiaan Sejati atau Doa Pengikat Kasih Sayang(Klik: Doa Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat. Istighfar 100x. Salawat Nabi 10x

*Jika suami atau isteri yang banyak dosa kerana maksiat zina, minuman keras dll. Hati mereka diselaputi titik-titik hitam yang menyebabkan hati mereka keras. Sukar mendapat dihidayah dari Allah SWT. Oleh itu Doa Menutup Dan Membuka Hati dibaca berulang-kali agar keinginan dan ketagihan kearah perkara yang mungkar dihapuskan dahulu. SENARAI DOA-DOA YANG PERLU DIBACA 1. Doa Memohon Ketabahan Hati.

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".

[13]

www.resepirahsiaku.com 2. Doa Menutup Dan Membuka Pintu Hati.

Maksudnya: 15. “Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. 16. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus�.

[14]

www.resepirahsiaku.com 3. Doa Perlindungan Diri Dari Terkena Sebarang Sihir. Doa (1)

Maksudnya: “Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya)�. Doa (2)

Maksudnya: Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.

[15]

www.resepirahsiaku.com Doa (3)

Maksudnya: “Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan”. 4. Doa Memperolehi Kebahagiaan Yang Sejati.

Maksudnya: “Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin”. 5. Doa Kebahagian Dunia Dan Akhirat.

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-doa-dan-amalan-untuk-pasangansuami.html

[16]

www.resepirahsiaku.com DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MUSUH DALAM SELIMUT Awas! musuh dalam selimut. Dihadapan nampak baik, dibelakang tuhan sahaja yang tahu. Musuh dalam selimut mungkin kawan yang rapat dengan kita. Dihadapan lembut cakapnya. Pijat semut tak mati tapi dibelakang segalanya tak disangka. Sanggup tikam kawan dari belakang. Spesis kawan yang macam ni, perlu berhati-hati. Jangan diluahkan segala rahsia dan kelemahan anda. Nanti dibelakang anda diburuk-burukkan perihal diri anda. Memang susah nak dijangka akibatnya. Anda harus hati-hati. Siapa tahu dia hanya memanfaatkan persahabatan ini untuk mendapatkan keuntungan sahaja tetapi tidak ikhlas terhadap anda. Amalkan doa ini supaya musuh dalam selimut menjauhkan dan menjarakkkan dirinya dengan anda.

Allaahumma innii auudzu bika min khaliilin maakirin 'ainaahu tarayaani wa qalbuhu yar aani. In ra aahasa natan dafanahaa, wa in ra aa sayyiatan adzaa'ahaa. Maksudnya: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu, daripada teman karib yang penipu, iaitu yang kedua matanya menyoroti aku sedangkan hatinya mencari-cari kesalahanku. Apabila ia mendapatkan kebaikanku, dipendamnya diam-diam. Tapi kalau ia melihat keburukanku, disiar-siarkannya dimana-mana�.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-memohon-perlindungan-dari-musuh.html

[17]

www.resepirahsiaku.com DOA DIJAUHKAN DARI MELAKUKAN DOSA-DOSA KECIL DAN BESAR UNTUK MOHON KEAMPUNANNYA Setiap anak Adam tidak lari daripada membuat dosa-dosa kecil mahupun dosa-dosa besar yang disedari atau tidak disedarinya. Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Pengaseh. Maka bertaubatlah setiap kali selepas solat supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita. Banyak-banyak beristaghfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari atau sekurang-kurangnya 10 kali setiap kali selepas solat. Jika ditunggu hari dan masa yang sesuai untuk bertaubat, mungkin entah bila dapat dilakukan taubat nasuha. Tapi sebagai hambaNya yang lemah, setiap kali melakukan dosa-dosa besar. Kenalah bertaubat takut tak sempat. Sebagai menjaga diri dari terjebak dengan dosa-dosa besar. Doa-doa dibawah ini dapat memperkuatkan azam dan mengawal nafsu amarah dari mengulangi dosa-dosa tersebut. 1: SURAH AL MUKMINUN: AYAT 106.

Maksudnya: "Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat�. 2: SURAH AL MUKMINUN: AYAT 107.

[18]

www.resepirahsiaku.com Maksudnya: “ Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim." 3: SURAH AL MUKMINUN: AYAT 109.

Maksudnya: 109. "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik”. 4.DOA NABI ADAM A.S

Maksudnya: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-selepas-melakukan-dosa-dosa-kecil.html

[19]

www.resepirahsiaku.com DOA SEMUGA ADA JODOH KITA Banyak perhubungan cinta putus ditengah jalan dan berakhir dengan kekecewaan walaupun nampak akan kekal sebagai pasangan hidup. Jangan biarkan ikatan perhubungan itu longgar. Ushalah dengan berdoa kepada Allah SWT supaya menjadi milik anda. Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa.

Maksudnya: 89. “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik”. 131. “Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal”.

[20]

www.resepirahsiaku.com 132. “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa�.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-semuga-ada-jodoh.html

[21]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK PERBANYAKKAN SUSU IBU

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan”. Cara-cara mengamalnya: Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN” Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam. Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-untuk-perbanyakkan-susu-ibu.html

[22]

www.resepirahsiaku.com DOA DAN SURAH-SURAH DIBACA UNTUK WANITA YANG AKAN MELAHIRKAN ANAK. "Kami ambil daripada Kitab Ibn Sunny, daripada Fatimah R.A. Bahawasanya Rasulullah SAW pada waktu Fatimah hampir melahirkan anaknya, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bin Jahsy (kedua isteri nabi) untuk datang dan kedua-duanya membaca disisi Fatimah ayat kursi dan ayat "inna robba sampai akhir ayat (Surah Al-Araaf ayat 54) serta surah Al-Falaq dan Surah An-Naas" 1. Ayatul Kursi.

2. Surah Al-A'Raaf: Ayat 54.

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy[548]. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.�

[23]

www.resepirahsiaku.com 3. Surah Al Falaq.

4. Surah An Naas.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-dan-surah-surah-dibaca-untuk-wanita.html

[24]

www.resepirahsiaku.com DOA SYUKUR NIKMAT Jika direnungkan secara mendalam, ternyata memang banyak nikmat Allah SWT yang telah kita terima dan gunakan dalam hidup ini. Demikian banyaknya sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Allah SWT berfirman, ''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (Surah An Nahl: Ayat 18). Hakikat syukur adalah menampakkan nikmat dengan menggunakannya pada tempat dan sesuai dengan kehendak pemberinya. Sedangkan kufur adalah menyembunyikan dan melupakan nikmat. Allah SWT berfirman, ''Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.'' (Surah Ibrahim: Ayat 7).

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-syukur-nikmat.html

[25]

www.resepirahsiaku.com DOA INI SEBAGAI PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT Maksiat adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, tercela dalam syariat Islam, dan pelakunya akan mendapat dosa. Maksiat juga menghalang hidayah. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata: "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". � Maksiat menyebabkan maksiat lain pula. Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku. PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT

Maksudnya: “Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepadaNyalah kembali (semua makhluk� Lebih elok lagi, doa ini dimulakan dengan Allahumma. Bagi yang sukar meninggalkan maksiat. Walaupun telah bertaubat, amalkan setiap kali selepas solat lima waktu dan sebelum tidur, insyaAllah.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-ini-sebagai-penawar-supaya-menjauhi.html

[26]

www.resepirahsiaku.com DOA PENGIKAT KASIH SAYANG Banyak rumahtangga runtuh kerana hilang kasih sayang di tengah jalan walaupun pada awalnya dibina atas cinta yang suci. Pelik dan ajaib kerana setelah sekian lama berkasih sayang, tiba-tiba hilang perasaan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Timbul rasa menyampah dan benci yang amat sangat. Jika terkena sihir berubatlah. Jika bukan disebabkan sihir mungkin faktor luaran. Berusahalah memperbaiki perhubungan itu serta berdoa dan bertawakal kepadaNya. Mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang mempengaruhi seperti ada pihak yang ketiga, cemburu buta, salah faham dan timbul tidak serasi dan bermacam alasan untuk berpisah. Namun jika pasangan masing-masing kuat dan kental cintanya serta berserah kepada yang Maha Kuasa di atas segala ujian dan rintangan sebesar mana pun, ia mampu bertahan hingga ke akhir hayat. Kasih sayang tergantung di Arasy Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, “Rahim (kasih sayang) itu tergantung di Arasy.” Katanya lagi, “Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia.” (Hadis riwayat Muslim) Seseorang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan mencintai dan dicintai dan barang siapa yang tidak mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan pula mencintai dan dicintai. Firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (Al Qashash: Ayat 56) DOA PENGIKAT KASIH (1)

[27]

www.resepirahsiaku.com Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. DOA PENGIKAT KASIH (2)

MaksudNya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-pengikat-kasih-sayang.html

[28]

www.resepirahsiaku.com DOA MERAWAT DAN MEMPERKASAKAN IMAN YANG LEMAH AMALKAN AYAT INI UNTUK MERAWATKAN IMAN YANG LEMAH SERTA MEMPERKASAKAN IMAN KITA

Maksudnya: 2. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal”. 3. “(yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”. 4. “Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezki (nikmat) yang mulia”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/surah-al-anfal-ayat-2-4-merawat-iman.html

[29]

www.resepirahsiaku.com DOA SUPAYA TERHINDAR DARI DIKHIANATI-DIANIAYAI-DITIPU.

InsyaAllah, sesiapa yang berniat jahat kepada anda akan terhalang niatnya dan mungkin dibalas perbuatannya sebelum berlaku kepada kamu. Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya dan memelihara hambaNya yang beriman dari niat jahat orang-orang kafir lagi jahat. DOA SUPAYA TERHINDAR DIRI DARI NIAT JAHAT ORANG

Maksudnya: “Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan”. DOA SUPAYA MENDAPAT TEMAN YANG BAIK

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-supaya-terhindar-dari-dikhianati.html

[30]

www.resepirahsiaku.com DOA KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN SESAT. Jadi marilah kita sama-sama berdoa supaya pemimpin-pemimpin zalim dan yang menyesatkan umat Islam tidak diberi kemenangan dan mendapat kuasa untuk memerintah Malaysia pada PRU 13 nanti.

Maksudnya: Ayat 67: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)”. Ayat 68: “Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-kepada-pemimpin-yang-zalim-dan.html

[31]

www.resepirahsiaku.com DOA MOHON ALLAH SEMBUHKAN KESAKITAN/PENYAKIT SEMUGA DAPAT TERUS BERIBADAT.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati. Jadi hargailah kehidupan yang anda miliki sekarang ini nescaya, segala perit jerih hidup itu akan menjadi sumber inspirasi untuk anda menjadi orang yang hebat. Semasa terlantar sakit, jika boleh bertasbih. Tasbihlah seberapa banyak yang boleh. Lebih baik dari berdiam diri atau mengerang kesakitan dan mengeluh diri akan penyakit yang sedang dihadapi. Dan ajarlah kepada pesakit doa ini jika ia dapat berdoa. Semuga Allah SWT menyembuhkannya. LAA HAULAA WA LAA QUWWATA ILLAA BIL LAAHIL 'ALIYYIL ' AZHIIM "Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung."

Maksudnya: "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-supaya-allah-sembuhkan.html

[32]

www.resepirahsiaku.com DOA MOHON DIJAUHKAN DARI FITNAH ORANG Begitu besarnya bahaya fitnah tersebut terhadap kelangsungan dakwah Rasulullah SAW, maka Allah merasa perlu membersihkan nama ‘Aisyah dengan menurunkan beberapa ayat-Nya, QS. An-Nuur : 12 “Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata”. Juga firman Allah yang artinya, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: “Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar”. [QS. An-Nuur : 15-16] Allah juga menandaskan bahawa fitnah itu lebih kejam dari pada pembunuhan [QS Al Baqarah : 191].

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-mohon-dijauhkan-dari-fitnah-orang.html

[33]

www.resepirahsiaku.com DOA MOHON TERHINDAR DARI ORANG YANG ZALIM DAN FITNAH Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya: "Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan." Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim).

RABBANAA AKHRIJNAA MIN HAADZIHIL QARYATIZH ZHAALIMI AHLUHAA, WAJ'AL LANAA MIN LADUNKA WALIYAA. WAJ'AL LA NAA MIN LADUNKA NASHIIRAA. Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)�.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-mohon-terhindar-dari-orang-yang.html

[34]

www.resepirahsiaku.com DOA BILA BADAI BERTIUP KENCANG BERSERTA KILAT DAN GURUH Doa ini dibaca oleh Nabi SAW takala baginda melihat angin kencang serta awan mendung hitam. Nabi SAW khuatir dan bimbang sekiranya bala atau sesuatu bencana diturunkan oleh Allah SWT kepada umat baginda. Tetapi apabila turun hujan seperti biasa, baginda gembira kerana hujan itu adalah rahmat dari Allah SAW. Pada pembaca yang selalu fobia dan trauma akan panahan kilat serta guruh. Bacalah doa ini supaya selamat dari bala Allah SWT ketika hujan lebat dan angin kencang.

Maksudnya: “Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita! (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya�.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-bila-badai-bertiup-kencang-berserta.html

[35]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK MENJADI ORANG YANG SABAR Firman Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar".

dan

Dan telah bersabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas r.a: “Sememangnya sifat ini Allah SWT telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui�.

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-untuk-menjadi-orang-yang-sabar.html

[36]

www.resepirahsiaku.com DOA-DOA UNTUK MELINDUNGI DARI SIHIR-SIHIR TAFRIQ (PEMISAH IKATAN SUAMI ISTERI/IKATAN PERSAHABATAN/IKATAN ADIKBERADIK) UNTUK DETEKSI GANGGUAN JIN SAMA ADA ANDA TERKENA SIHIR ATAU TIDAK Kepada yang mungkin tidak selesa dan ada sesuatu menganggu dalam ikatan seperti disebut diatas. Mungkin anda telah di sihirkan sebelum ini. Baca doa ini selepas solat. Jika anda di sihir kemungkinan ada pertunjuk dari Allah SWT dalam erti kata yang lain. Anda akan terasa sesuatu keadaan yang berlainan seperti hendak pitam, sakit atau letih mungkin tindak balas dari bacaan tersebut terhadap sihir yang dikenakan pada anda. Jika tiada apa-apa tanda berlaku pada anda selepas membacanya. InsyaAllah anda tidak disihir. Baca surah ini:1. Surah Al-Baqarah: ayat 102

Maksudnya: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-

[37]

www.resepirahsiaku.com puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui�. PERUBATAN JARAK JAUH (PJJ) Kaedah ini dilakukan untuk mengubat isteri, suami, anak atau saudara mara yang disihirkan berada jauh di dalam atau luar negeri. Lakukan solat sunat berikut pada 2/3 malam: 1. Solat Hajat 2. Solat Tahajjud. Selepas solat tersebut, baca doa-doa ini. 1. Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga Dan Keturunan.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa�.

[38]

www.resepirahsiaku.com 2. SURAH AZ ZUKRUF: AYAT 21

Maksudnya: “Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?” 3. SURAH AL-ARAF: Ayat 21

Maksudnya: “Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua". UNTUK PELINDUNGAN DIRI DARI TERKENA SEBARANG SIHIR TERMASUK SIHIR TAHRIQ Baca selalu doa-doa ini setiap kali solat wajib 1. Surah Al Anam: Ayat 61

[39]

www.resepirahsiaku.com Maksudnya: “Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya)�. 2. Surah Hud: Ayat 57

Maksudnya: “Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu“. 3.Surah Al Araf: Ayat 118

Maksudnya: Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan. Semuga mengamalkan doa-doa yang diatas untuk menjaga diri dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT dari gangguan iblis dan jin yang dilaknat. Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-doa-untuk-melindungi-sihir-sihir.html

[40]

www.resepirahsiaku.com DOA MOHON DIJAUHKAN DARI GODAAN SYAITAN

Allah SWT memerintahkan hamba-Nya agar berlindung dari syaitan saat membaca Al-Quran dan lainnya. Sebaliknya, Allah tidak memerintahkan, meski dalam satu ayat, agar kita berlindung dari nafsu. Rasulullah SAW menghimpun permohonan perlindungan dari nafsu dan syaitan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.ad: “Bahawasanya Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a berkata, ‘Wahai Rasulullah! Ajarilah aku sesuatu yang harus ku katakan jika aku berada pada pagi dan petang hari.’ Beliau menjawab,‘Katakanlah, Ya Allah yang Maha Mengetahui yang gaib dan nyata, pencipta segenap langit dan bumi, Tuhan dan pemilik sesuatu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan nafsuku dan dari kejahatan syaitan beserta sekutunya, dan dari melakukan kejahatan terhadap nafsuku atau aku melakukannya terhadap seorang muslim.’…” (Riwayat AtTirmidzi, Abu Daud, dan Ad-Darimi) Doa di bawah ini juga boleh dijadikan perisai dan ketahanan diri dari godaan syaitan kepada hamba yang lemah semangat, iman dan mudah dirasuk supaya tidak di goda oleh syaitan serta mengelak berlaku maksiat ketika berdua-dua dan lain-lain lagi.

Maksudnya: 97. “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari hasutan Syaitan-syaitan. 98. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/d0a-mohon-dijauhkan-dari-godaan-syaitan.html

[41]

www.resepirahsiaku.com DOA MENGHINDARKAN DIRI DARI ILMU PUKAU Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari: Baca doa berikut:

Maksudnya: “Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” 2. Ayatul Kursi 3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas) 4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya. Inilah amalan yang diterima oleh syarak. Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah. Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya): Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.” Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim) Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.

[42]

www.resepirahsiaku.com Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat. Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya: “Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51) Ayat ini menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan. Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya. Wallahu a’lam.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2010/11/doa-menghindar-diri-ilmu-pukau-peniaga.html

[43]

www.resepirahsiaku.com DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN (Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin) Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih" DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa) Maksudnya: “Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)”

[44]

www.resepirahsiaku.com DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)”. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG (Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa') Maksudnya: “Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh”. Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya. Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2010/10/doa-doa-menghadapi-peperiksaan.html

[45]

www.resepirahsiaku.com DOA HINDARKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR/SANTAU/JIN/SAKA

Maksudnya: “Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,� Seorang Ustaz yang mengubat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus iaitu Ustaz Sarhan Shafie mengajar Doa ini untuk memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/IBlis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah As Saffat, ayat 7. Semuga dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sehat terutama waktu maghrib. Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2010/10/doa-hindarkan-diri-daripada-terkena.html

[46]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK HILANGKAN MARAH DOA HILANGKAN MARAH

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi. Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.” DOA JAUHKAN PERMUSUHAN

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu. Artinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.” Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2010/10/doa-hilangkan-marah_24.html

[47]

www.resepirahsiaku.com DOA PENGASIH Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak dagu, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar . Tak bau syurga bila mati. Firman Allah SWT maksudnya:

Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36) Firman Allah swt maksudnya:

[48]

www.resepirahsiaku.com Maksudnya: "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4) Caranya: Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. Atau dibaca selepas solat hajat.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/doa-pengasih-untuk-si-dia.html

[49]

www.resepirahsiaku.com DOA SEGALA YANG SUSAH MENJADI MUDAH

Maksudnya: “Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana�.

Rujuk Link: http://surahalquran.blogspot.com/2010/04/doa-supaya-segala-yang-susah-menjadi.html

[50]

www.resepirahsiaku.com DOA RAWATAN LUMPUH ATAU STROK

Maksudnya: “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?�

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/02/doa-rawatan-lumpuh-atau-strok.html

[51]

www.resepirahsiaku.com DOA ISTIKHARAH

Doa Istikharah bererti: Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan. Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik). Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2009/09/slideshow.html

[52]

www.resepirahsiaku.com DOA NURUN NUBUWWAH DAN RAHSIANYA

[53]

www.resepirahsiaku.com Ertinya: “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orangyang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagiorang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha SuciAllah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.” BACALAH DOA INI SELALU DAN POHONLAH HAJAT YANG DI KEHENDAKI SETIAP MASA TERUTAMA SELEPAS SOLAT FARDU. Dan Allah SWT berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60 "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" -surah al-Baqarah: 186. Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.

[54]

www.resepirahsiaku.com Di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut; (1) Pelindung dari Sihir. Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuhketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tibadatanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, serayaberkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu WaTaala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnyabeliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya biladi baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidakhafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit. (2) Hajat Tercapai. Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allahapa pun hajatnya akan segera terlaksana. (3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus. Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisantersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis,jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktusingkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi. (4) Dimuliakan orang. Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.” (5) Pengasih Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini padatiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang andadekati itu akan menaruh kasih sayang. (6) Air masin menjadi tawar Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh andaminum. (7) Bertemu para nabi. Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali,kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, disamping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang,dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah inihingga sampai anak cucu.

[55]

www.resepirahsiaku.com (8 ) Penyembuh Kesakitan. Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyakkelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’Allah akan lekas sembuh. (9) Mengubat dari kerasukan. Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas. (10) Kuat berjalan Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daunsirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepalahingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu. (11) Turun hujan. Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turunhujan. (12) Pengaman bagi orang bertengkar Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainyamaka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan. (13) Musuh menjadi takut Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini,Insya’ Allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tungganglanggang ketika bertemu dengan anda. (14) Sulit bersalin. Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu. (15) Sakit mata Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’Allah akan lekas sembuh. (16) Penawar gigitan ular Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’Allah akan lekas sembuh. (17) Raja Jin. Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik sucibadan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat.Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

[56]

www.resepirahsiaku.com (18 ) Terhindar dari Kekufuran. Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluhkali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk. (19) Menjumpai Jin. Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupaimanusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut. (20) Penyelamat siksa neraka. Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan. (21) Ingin mimpi yang indah. Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai. (22) Awet Muda Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut. (23) Memberi keselamatan. Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka. (24) Menjadi kuat Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit. (25) Gigitan yang kuat Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit. (26) Penyeri wajah. Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat. (27) Binatang menjadi patuh. Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

[57]

www.resepirahsiaku.com (28 ) Melamar wanita. Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah seharidan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus ditempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima. (29) Harta dunia. Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunyit (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain. Semua atas kehendakNya.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/doa-nurun-nubuwwah-dan-rahsianya.html

[58]

www.resepirahsiaku.com DOA PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI. Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Terjemahan Ayat:. 1. Taa. Haa. 2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy. Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah... Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/02/surah-taha-ayat-1-5-pelembut-hati-dan.html

[59]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN

Maksudnya:

"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa�. Doa kebahagiaan rumahtangga ini dibaca 3 kali dalam doa selepas solat waktu.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/02/doa-untuk-kebahagiaan-rumahtangga-dan.html

[60]

www.resepirahsiaku.com DOA DIJAUHKAN BALA DAN BENCANA ALAM KEUTAMAAN SURAH AL-FATIHAH DAN AYAT-AYAT PENGHABISAN SURAH ALBAQARAH. Dari Ibnu 'Abbas r.a, katanya., "Pada suatu waktu, kitika Jibril sedang duduk disamping Nabi saw,. sekonyong-konyong kedengaran suatu bunyi seperti pintu sedang dibukakan orang. Lalu diangkatnya kepalanya, seraya berkata: "Nah! inilah pintu langit dibukakan hari ini, dimana sebelumnya tidak pernah dibuka melainkan baru ini." Dari pintu itu turun malaikat. Kata Jibril "Inilah malaikat turun ke bumi, dimana dia tidak pernah turun sebelumnya, melainkan baru ini" Setelah malaikat itu memberi salam, lalu dia berkata, "Gembiralah umatmu dengan dua cahaya yang kedua-duanya hanya diturun kepadamu, dan tidak pernah diturunkan kepada para Nabi sebelum kamu, iaitu Surah Al-Fatihah dan ayat penutup surah Al-Baqarah (Ayat:284-286). Tidak satu huruf pun yang anda baca dari kedianya, melainkan akan diberikan pahalanya kepada anda" (Riwayat Hadis Imam Muslim) Dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:" “Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al-Baqarah, niscaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."(Riwayat Hadis Imam Muslim)�.

[61]

www.resepirahsiaku.com Maksudnya: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undangundang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(284) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan MalaikatmalaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.(285). Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286).

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/surah-al-baqarah-ayat-284-286.html

[62]

www.resepirahsiaku.com DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK. Sekiranya kita memohon dan berusaha dengan pertolonganNya insyaAllah. Jodoh kita akan berkekalan. DOA DIPERCEPATKAN JODOH

Maksudnya: “Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131)”. “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132)”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/doa-dipercepatkan-jodoh-dan-doa.html

[63]

www.resepirahsiaku.com DOA ELAK SIHIR TAFRIQ (PEMISAH SUAMI ISTERI) Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia. Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim) Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang. Ayat Doa 1.

Maksudnya: “Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)”.

[64]

www.resepirahsiaku.com Ayat Doa 2.

Maksudnya: “Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu”. (Surah Najm: ayat: 58) Ayat Doa 3.

Maksudnya: “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/03/doa-elak-sihir-tafriq-pemisah-suami.html

[65]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH. Kepada anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa. Anda amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah. 1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” 2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)

Maksudnya: “Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." 3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)

[66]

www.resepirahsiaku.com Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. Amalan-amalan ketika mengandung. 1.Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan. 2.Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam. 3.Sentiasa membaca ayat-ayat Al-Quran. Surah-surah amalan ketika mengandung  Al-Fatihah dan ayat Kursi  Seluruh surah Yassin  Seluruh surah At-Taubah  Seluruh surah Yusuf  Seluruh surah Luqman  Seluruh surah Maryam  Surah An-Nahl ayat 78 Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adabadab yang perlu bagi suami dan isteri. 1. Adab isteri terhadap suami ketika mengandung.  Mengasihi dan menyayangi suami.  Menjaga perkataan terhadap suami.  Tidak terlalu cerewet.  Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami.  Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga.  Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka.  Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain. 2. Adab suami terhadap isteri  Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.  Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar.  Selesaikan selisih faham.  Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.  Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat. Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/04/doa-untuk-mendapat-anak-yang-soleh.html

[67]

www.resepirahsiaku.com DOA AGAR DAPAT BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW

Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur. Untuk mendengar kisah terbaru Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din bertemu dengan Nabi SAW di dalam mimpi juga amalan doa yang diamalkan oleh beliau.

Sumber: www.darusyiffa.com

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/04/doa-agar-dapat-bermimpi-bertemu.html

[68]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT Pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat adalah seperti sebatang pokok yang rendang tetapi tidak berbuah. Jangan bersedih hati seandainya belum berhasil lagi selepas beberapa tahun berkahwin. Hendaklah berusaha dengan berjumpa pakar perubatan dan membuat pemeriksaan untuk mendapat nasihat agar dapat mengandung. Disamping itu berusaha juga secara tradisional dengan berjumpa bidan kampong untuk membetulkan kedudukan rahim. Akhir sekali selepas semua usaha-usaha tersebut diatas dilakukan berdoalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh supaya diberikan zuriat. Amalkan ayat-ayat dibawah ini selepas setiap kali selepas solat. InsyaAllah Allah mendengar permintaan hambaNya. 1. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 89).

Maksudnya: “Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi�. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89) 2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)

Maksudnya: “Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan".

Keterangan ayat:

[69]

www.resepirahsiaku.com Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Khasiat dan kaifiat beramal: Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah SWT, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu. Perbanyakkan makan buah berikut: Badam (almond) 5 Biji tiap hari. Buah Delima.Buah Zaitun.Buah Kurma Jauhkan dan elakkan makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas serta makanan yang berasid seperti jeruk buah-buahan, Kurangkan makanan seafood. Banyak makan sayur dan buahan. Suami perlu banyak makan daging, ayam. Elakkan minum air kelapa. Masa Berjimak Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" 1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta. 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

[70]

www.resepirahsiaku.com 8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat. Cara berjimak yang dituntut. 1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t 2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. Semuga beroleh zuriat yang baik dan soleh yang akan membahagiakan pasangan suami isteri dan dirahmati Allah SWT.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/04/doa-untuk-mendapat-zuriat.html

[71]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK MENYEMBUH PENYAKIT JANTUNG DAN SAKIT DALAM BADAN. Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 dalam Al-Quran terdiri dari 11 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang ertinya "waktu matahari sepenggalahan naik". Surat Adh-Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu. Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan. Dibaca sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang lemah dan masalah penyakit dalam badan - dibaca 25 kali pada segelas air dan diminum oleh orang yang sakit. InsyaAllah. Lakukan selepas setiap kali solat wajib. Diantara khasiat surah Ad-Dhuha adalah:1. Doa untuk perlindungan rumah- Dibaca 7x selepas solat subuh dan 7x selepas solat maghrib. 2. Doa murahkan rezeki - hari Jumaat, sembahyang sunat dhuha lepas itu baca surah dhuha 7x dan sambung dengan Ya- Ghani. 3. Doa untuk terang hati baca 40x sehari selama 41 hari.

[72]

www.resepirahsiaku.com Terjemahannya. Demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/04/surah-ad-dhuha-penyembuh-penyakit.html

[73]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK ELAK SUAMI ISTERI DAN ANAK-ANAK BERGADUH

Terjemahan Surah Al-Baqarah: Ayat 102 “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puakpuak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui�. Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/doa-untuk-elak-suami-isteri-dan-anak.html

[74]

www.resepirahsiaku.com DOA TIDAK TERBAKAR OLEH API YANG DIBACA OLEH NABI IBRAHIM AS SERTA DOA RAWATAN TERBAKAR DAN MELECUR. Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ibn Abbas bahawa dia berkata : Ucapan terakhir Nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalam api ialah:

ُ‫ﺣَﺴْﺒِﻲَ اﻟﻠَّﮫُ وَﻧِﻌْﻢَ اﻟْﻮَﻛِﯿﻞ‬ Bermaksud: "Memadailah bagiku Hanya Allah (sebagai penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung." Raja Namrud mati akal ketika berhujah dengan Nabi Ibrahim berikutan semua pertanyaan yang dikemukakannya kepada Ibrahim dijawab mengikut logik akal. Bagaimanapun, Namrud yang mengheret Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan menghancurkan berhala yang disembah kaumnya tetap mahu menghukum Ibrahim. Justeru, Namrud memerintahkan tenteranya supaya menangkap Ibrahim untuk dibakar hidup-hidup. Rakyat dikerah mengumpulkan kayu untuk tujuan pembakaran itu. Ibrahim dicampak ketika api marak di hadapan orang ramai yang menyaksikannya dengan penuh gelisah. Walaupun berada dalam api yang marak, Ibrahim tidak terbakar, malah dirasakannya bertambah sejuk. Keistimewaan luar biasa itu adalah mukjizat Allah kepadanya. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

Maksudnya: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!." Doa ini amat sesuai diamalkan oleh kita semua sebagai menyatakan pergantungan mutlak hanya kepada Allah Yang Maha berkuasa dan Maha Pengurnia sebagai tempat memohon pertolongan dan bantuan. Sekiranya terperangkap semasa kebakaran dalam bangunan dan hanya jalan keluar yang selamat melalui api yang sedang marak maka tawakal dan yakin dengan ayat-ayat Allah SWT. Ma’unah. Iaitu kejadian luar biasa yang diberikan kepada sebahagian orang awam untuk melepaskan dirinya dari kesulitan. Jika tidak yakin cuba cari jalan keluar lain.

[75]

www.resepirahsiaku.com Untuk rawatan kulit terbakar atau melecur, baca Surah Al- Fatihah diikuti dengan ayat tersebut juga:

Maksudnya: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!�. Sumber Rujukan: Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat- Ayat dan Doa- Doa Mustajab. 2008. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/doa-tidak-terbakar-oleh-api-yang-dibaca.html

[76]

www.resepirahsiaku.com DOA MENJAGA DARI GANGGUAN ULAR DAN BINATANG BISA.

Salaamun 'alaa Nuuhin fil' aalamiin innaka haamidum majid Maksudnya : “Selamat sejahtera kepada Nabi Nuh di alam semesta� CARANYA: Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali sebelum melangkah keluar dari rumah atau ke dalam kawasan yang semak seperi kebun getah/ladang kelapa sawit yang banyak ular jenis ular tedung. Negeri disebelah utara seperti Kedah terutama Sg Petani/Gurun dan kawasan disana memang banyak ular kapak yang selalu memasuki rumah orang. Untuk yang selalu masuk ke hutan seperti anggota tentera. Baca dahulu doa ini di pinggir hutan sebelum masuk hutan. InsyaAllah dipelihara dari segala binatang bisa seperti ular, kala jengking, lipan dll. DOA RAWATAN JIKA TERKENA PATUKAN ULAR ATAU BINATANG BISA

[77]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN: 1.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. 2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu. 3. Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui. 4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana. 5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa. 6. Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia. 7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani. CARA-CARA RAWATAN Sekiranya mangsa yang terkena patukan ular berada jauh dari hospital yang mengambil masa yang lama untuk sampai bagi menerima rawatan terutama yang berada di kawasan pendalaman seperti Sabah atau Sarawak elok ikhtiarkan cara ini. InsyaAllah dapat menyelamatkan si mangsa tersebut. 1. Air sebotol. 2. Kain atau tuala. 3. Selawat Nabi 3x. 3. Baca Al-Fatihah 1x. 4. Baca Bismillah Tujuh 1x. Setelah doa dibaca, ditiupkan kepada air dalam botol dan pada tempat luka kena patuk ular. Air diberi minum kepada mangsa sebanyak yang boleh dan menyapu air doa pada tempat luka terbut. Basahkan kain atau tuala dengan air yang didoakan dan diikat pada tempat luka kena patuk ular tersebut. InsyaAllah. Allah SWT adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia Maha Mengasihani dari segala-galanya.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/doa-menjaga-dari-gangguan-ular-dan.html

[78]

www.resepirahsiaku.com DOA SUPAYA SUAMI TAK KAHWIN LAIN. Surah Taha ayat 109. Bacalah doa tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya. Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Terjemahannya: “Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya.� Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-supaya-suami-tak-kahwin-lain.html

[79]

www.resepirahsiaku.com DOA SUPAYA ORANG MENGHORMATI DAN DICINTAI OLEH SEKALIAN MANUSIA. "Barang siapa yang membaca Surah Al-Anfal ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia." Setiap dari kita mahu orang lain mencintai kita sepenuh hati begitu juga kita mencintai seseorang itu. Ada bermacam-macam cara dilakukan untuk menarik perhatian. Ada yang menggunakan minyak pengasih, minyak dagu, minyak cenuai dan disapu pada orang lain supaya suka kepada kita. Semua minyak-minyak pengasih ini hanyalah berguna untuk jangkamasa yang terhad sahaja. Habis "power" maka terserlahlah kebencian pula. Takut-takut yang menggunakannya terlibat dengan sihir. Maka tak tertanggung dosa besar itu. Kali ini mari kita amalkan pula Surah Al-Anfal ayat 62 dan 63 setiap kali selepas solat fardu. Bacalah berkali-kali supaya sebati dengan jiwa dan diri kita sebagaimana yang kita membaca Al-Fatihah selama ini.

Terjemahannya: 62. “Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman 63. Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana�.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/surah-al-anfal-nescaya-dia-akan.html

[80]

www.resepirahsiaku.com DOA PELARIS PERNIAGAAN SURAH FAATHIR "Barangsiapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya." Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali.

Terjemahannya: 29. “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. 30. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)�. .

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/melariskan-perniagaan-anda-surah-al.html

[81]

www.resepirahsiaku.com DOA KESELAMATAN DIRI DIJAUHKAN DARI PERKARA BURUK: BOT KARAM-KECURIAN-SERANGAN MUSUH. Surah Al-Mu'minun 1. “Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi”. Surah Al-Mu'minun: Ayat 28 2. “Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh”. Ayat 28 dari surah ini hendaklah menjadi sebahagian doa kita untuk menjaga keselamatan diri, ahli keluarga, harta dan nyawa. Jika terdaya baca semua surah Al-Mu'minun. Malang tidak berbau. Sekiranya terjadi kepada diri dan ahli keluarga yang selalu menggunakan jalan air seperti di Sungai Sarawak atau mencari nafkah di laut terutama sekali kerja-kerja menangkap ikan seperti nelayan. Atau yang selalu bawa famili bercuti di pulau-pulau. Begitu juga kita menghalang rumah dari dimasuki perompak serta serangan musuh seperti dirompak dan dibunuh. Harian Metro semalam melaporkan taktik baru perompak iaitu membakar rumah untuk menghilangkan kesan serta bukti rompakan mereka. Semuga dilindung dan peliharaNya dari sebarang perkara buruk.

Terjemahannya: "Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim."

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-keselamatan-diri-dijauhkan-dari.html

[82]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK ELAK KEGUGURAN BAYI DARI KANDUNGAN. SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung) “Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.”

Terjemahannya: 97. “Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. 98. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. 99. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin”. Cara-cara Bacaan. Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurangkurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-untuk-elak-keguguran-bayi-dari.html

[83]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK PESAKIT JANTUNG SUPAYA SEMBUH. Surah Ar- Ra'd "Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh".

Terjemahannya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Lazim-lazimlah membaca surah ini selalu kepada mereka yang mengidap sakit jantung. Penyakit ini tidak kira usia muda atau yang tua. Ada yang baru berumur 20 tahun pun sudah ada sakit jantung. Pengambilan makanan harian seperti makanan yang banyak minyak dan lemak yang tinggi akan menyebabkan risiko sakit jantung yang kronik. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-untuk-pesakit-jantung-supaya-sembuh.html

[84]

www.resepirahsiaku.com DOA SUPAYA SUAMI SETIA DAN SAYANG ISTERI SURAH ALI IMRAN: AYAT 31 "Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya".

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-supaya-suami-setia-hingga-ke-akhir.html

[85]

www.resepirahsiaku.com DOA MOHON KEAMPUNAN DAN MINTA BELAS KASIH ALLAH

SURAH AL-A'RAF: AYAT 23 "Barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya."

Terjemahannya: "Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". Doa ini adalah doa taubat. Apabila kita telah melakukan dosa besar atau dosa kecil. Maka harus memohon ampun dari Allah SWT, lalu bacalah doa ini. Bacalah doa ini setiap kali selepas solat dengan hati yang iklas dan tawaduk. Doa ini dibaca oleh Nabi Adam AS setelah diturunkan ke bumi setelah tergelincir kedalam perbuatan dosa setelah termakan buah khuldi dari pohon yang terlarang.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-mohon-keampunan-dan-minta-belas.html

[86]

www.resepirahsiaku.com DOA SUPAYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARI KEJAHATAN PARA PENJAHAT DAN PARA PENZALIM. SURAH AN-NISSA' "Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat."

Terjemahannya: “Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)�. SURAH AL-A'RAF "Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah".

[87]

www.resepirahsiaku.com Terjemahannya: “Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-supaya-dipelihara-oleh-allah-dari.html

[88]

www.resepirahsiaku.com DOA PENUMBUK DERAS DAN KUAT Sepertimana dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Nabi saw berkata: “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah daripada mukmim yang lemah.� Tenaga atau kederat kebanyakkan wanita adalah lemah berbanding dengan kaum lelaki. Dengan mengamalkan doa ini. Penumbuk wanita tersebut boleh menumbangkan musuhnya walaupun musuh itu kuat darinya. Doa Penumbuk Deras/Kuat ini digunakan semasa nyawa sedang terancam. Gunakan ayat ini bila diperlukan sahaja. Gunakan untuk menyelamatkan diri. Jangan gunakan untuk menganiayai orang lain. Kaum lelaki yang lemah dan sering dibuli atau nyawa sedang terancam boleh mengamalkan doa ini. Guna untuk menyelamat nyawa orang lain bila terjadi dihadapan anda. Jangan lari atau tengok sahaja kawan anda dibelasah tanpa berbuat apa-apa. Cara-cara: Amalkan selepas solat. Baca 3 x sebelum menumbuk tepat pada muka atau badan musuh untuk menumbangnya ke tanah. InsyaAllah Allah akan memelihara hambaNya yang lemah dari perbuatan dan niat jahat orang yang mengancam nyawa hambaNya. Semuga mendapat pertolonganNya disaat anda memerlukan.

Terjemahannya: "Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)."

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-penumbuk-deras-atau-kuat.html

[89]

www.resepirahsiaku.com DOA PENGASIH DARI SURAH-SURAH AL-QURAN Dari tiga dalil yang di bawah ini dapatlah kita ketahui bahawa akan kepentingan doa itu. Ketahuilah bahawasanya al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah Taala (berdoa). Sehinggakan maksud solat dari segi bahasa juga ditakrifkan sebagai doa. Firman Allah SWT bermaksud:

Maksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Al-Gahfir: Ayat 60) Firman Allah SWT bermaksud:

Maksudnya: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah Al-Isra': Ayat 82).

[90]

www.resepirahsiaku.com Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku maka lazimilah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah." (Riwayat al-Hakim). DIANTARA AYAT-AYAT PENGASIH YANG DIAMBIL DARI SURAH-SURAH AL-QURAN. 1. Surah Yassin: Ayat 36

Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36) 2.Surah Yusuf: Ayat 4.

Maksudnya: "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

[91]

www.resepirahsiaku.com 3. Surah Al-Hujurat: Ayat 13.

Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al-Hujurat: Ayat 13) 4. Surah Ali Imran: Ayat 14

Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)�.

[92]

www.resepirahsiaku.com 5. Surah Ali Imran: Ayat 31

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-pengasih-dari-surah-al-quran.html

[93]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK ANAK-ANAK ATAU SUAMI YANG SUKA KELUAR MALAM Cara-caranya: Baca doa ini 33 x setiap kali selepas solat dan mohon kepada Ya Allah SWT. Jika baiknya dibaca pada air dan ditiupkan dan diberi minum pada anak/suami tersebut. InsyaAllah.

Maksudnya: "Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik." (Surah Ar Rum:Ayat 31)

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-untuk-anak-anak-atau-suami-yang.html

[94]

www.resepirahsiaku.com DOA SEBELUM BERSETUBUH DAN ADAB-ADAB SEBELUM BERSETUBUH PADA MALAM PERTAMA Malam pertama adalah malam belaian. Malam dimana suami isteri mengenali tubuh badan masing-masing. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya. Membuang rasa malu dalam hubungan seks adalah dengan menimbulkan rasa berahi kepada isteri. Biarlah malam yang penuh berahi itu tidak disertai dengan syaitan yang dilaknat. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca doa Yang bermaksud: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya”. Doa Sebelum Berjimak

Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.” Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama. Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam pertama dan jimak suami isteri. Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:   

Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama. Berwuduk selepas melakukan persetubuhan. Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah saw.

[95]

www.resepirahsiaku.com        

Bergaul dengan isteri cara yang sopan. Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu. Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri. Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin. Keselesaan dalam hubungan kelamin. Kesederhanaan. Mensyukuri nikmat. Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-sebelum-bersetubuh-dan-adab-adab.html

[96]

www.resepirahsiaku.com DOA SUPAYA WANITA MENGANDUNG MUDAH MELAHIRKAN ANAK DENGAN SELAMAT "Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat." Setiap urat yang putus ketika melahirkan anak Allah beri kebajikan seperti orang naik haji. Tahniah kerana anda seorang wanita tetapi kejadian ini tidak akan berlaku sekiranya tiada kami (lelaki). Oleh itu Islam mengalak umatnya berkahwin supaya dapat menyempurnakan proses kewanitaan menjadi seorang isteri (menikmati hubungan kelamin) menjadi seorang ibu (merasai bagaimana rasanya melahirkan anak).

Maksudnya: “Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?�

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/07/doa-supaya-wanita-mengandung-mudah.html

[97]

www.resepirahsiaku.com DOA YANG BAIK UNTUK DIAMALKAN BAGI MENGATASI MASALAH JIWA KOSONG Masalah yang dihadapi oleh mereka yang jiwanya kosong boleh membawa kepada kekufuran. Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa (GILA). Apabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, mudah terkena penyakit itu. Dalam kesibukan kita lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakan kita. Jika hasratnya tidak tercapai maka ada yang mengambil jalan pintas dengan menamatkan riwayat, bunuh diri. Mereka yang bunuh diri adalah diantara imannya kurang kerana jiwa mereka itu kosong. Jika terasa diri sudah malas dan segan nak bersolat dan mula meringankankan solat serta susah hati diatas sesuatu perkara yang menggangu fikiran . Bacalah doa-doa ini selalu. Semuga jiwa menjadi tenang semula dan diberi ketenangan dalam mengharungi kehidupan ini yang penuh cabaran. Kaya harta tetapi jiwa kosong tiada gunanya. Dua doa inilah sebahagian dari doa yang selalu dibaca selepas solat. Yang belum membaca lagi doa ini jadikan amalan selepas solat. 1. Doa Rahmat Dan Petunjuk Allah

"RABBANAA AATINAA MIN LADUNKA RAHMATAN WAHAYYI' LANAA MIN AMRINAA RASYADAA" Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahankemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami." (Surah AlKahfi: Ayat 10)

[98]

www.resepirahsiaku.com 2. Doa pagi dan petang Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu:

“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal Maksudnya: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang”.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/07/doa-yang-baik-untuk-diamalkan-bagi.html

[99]

www.resepirahsiaku.com DOA AGAR SEKELUARGA TETAP MENJALANKAN IBADAH SHALAT

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu." Ibubapa (terutamanya bapa) tidak mempunyai ruang untuk mengelak dari tanggungjawab ini. Satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah sendiri. Sambil mendidik anak-anak kita mengenal Allah. Marilah sama-sama kita memohonkan kepadaNya supaya anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan bersama dengan kita menjalankan ibadah shalat.

MaksudNya: 40. ”Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” 41. “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/07/doa-agar-sekeluarga-tetap-menjalankan.html

[100]

www.resepirahsiaku.com DOA MOHON DIMATIKAN DALAM KEADAAN BERBUAT BAIK Firman Allah SWT: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Surah al-Mulk: 2). Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.” Ada pun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT tidak kira di mana mereka dikuburkan. Adakah kita pernah berdoa untuk dimatikan dalam keadaan berbuat baik sebelum ini??. Mari membaca doa ini setiap kali selepas solat semuga kematian kita nanti dimatikan dalam keadaan berbuat baik.

Maksudnya: 193: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti; 194: "Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan jangalah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat kelak; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/07/doa-mohon-dimatikan-dalam-keadaan.html

DOA MOHON KEAMPUNAN UNTUK SEKELUARGA

[101]

www.resepirahsiaku.com

Di bulan yang baik ini sama-sama kita berdoa untuk ahli keluarga kita, terutama kedua ibu bapa kita, dan semua ahli keluarga yang masih hidup dan yang telah kembali ke rahmatullah. Berdoa untuk saudara mukmin tanpa pengetahuannya juga adalah satu amalan mulia. Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan RasulNya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahu pun hadith menyebut tentang galakan berdoa. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60).

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/08/doa-mohon-keampunan-untuk-sekeluarga.html

DOA MOHON KETEGUHAN HATI TETAP DALAM IMAN

[102]

www.resepirahsiaku.com Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman: Melawan hawa nafsu. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji. Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah. Doa ini hendaklah selalu dibaca setiap kali selepas solat. Surah Ali Imran Ayat 8

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya".

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/08/doa-mohon-keteguhan-hati-tetap-dalam.html

[103]

www.resepirahsiaku.com DOA SUPAYA DITEMPATKAN DI SYURGA BERSAMA PARA NABI,PARA SIDDIQIN, PARA SHUHADA DAN ORANGX YANG SOLEH Pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa pahala yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang taat kepada Nya dan kepada Rasul Nya, adalah suatu kurnia yang tidak ada tara dan bandingannya bagi yang ingin mencapainya dan Allahlah Yang Maha Mengetahui siapa yang benar-benar taat kepada Nya, sehingga berhak memperoleh pahala yang besar itu. Hingga terkait hal tersebut di atas,maka sebelum wafatnya Rasulullulloh berdoa agar boleh berjumpa dengan teman-teman tertingginya di akhirat kerana mereka adalah sebaik-baik teman sesuai dengan Annisa ayat 69 tersebut. Sebab turunnya ayat ini menurut riwayat At Tabari dan Ibnu Mardawaih dari ‘Aisyah ra. “Bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw dan berkata: “Ya Rasulullah sesungguhnya saya lebih mencintaimu dari diri saya dan anak saya. Apabila saya berada di rumah, saya selalu teringat padamu, sehingga saya tidak sabar dan terus datang untuk melihatmu. Dan apabila saya teringat tentang kematian saya dan kematianmu, maka tahulah (sedarlah) saya. bahawa engkau apabila masuk syurga berada di tempat yang tinggi bersamasama para Nabi, sedang saya apabila masuk syurga, saya takut tidak akan melihatmu lagi. Mendengar itu Rasulullah SAW diam tidak menjawab, dan kemudian turunlah ayat ini”. Pada ayat ini Allah mengajak dan mendorong setiap orang, supaya taat kepadaNya dan kepada RasulNya dengan menjanjikan secara pasti akan membalas ketaatan dengan pahala yang sangat besar, yaitu bukan saja sekadar masuk syurga, tetapi akan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Tuhan, yaitu Nabi-nabi, para siddiqin, para syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan orang-orang yang soleh. Berdasarkan ayat ini para ahli tafsir secara garis besarnya membagi orang-orang yang memperoleh anugerah Allah yang paling besar di dalam syurga kepada empat macam iaitu: 1. Para Rasul dan Nabi-nabi, iaitu mereka yang menerima wahyu dari Allah SWT. 2. Para siddiqin, yaitu orang-orang yang teguh keimanannya kepada kebenaran Nabi dan Rasul. 3. Para syuhada dibagi pula urutannya sebagai berikut: a. Orang-orang beriman yang berjuang di jalan Allah dan mati terbunuh di dalam peperangan melawan orang-oang kafir b. Orang-orang yang menghabiskan usianya berjuang di jalan Allah dengan harta; dan dengan segala macam jalan yang dapat dilaksanakannya. c. Orang-orang beriman yang mati ditimpa musibah yang mendadak atau teraniaya, seperti mati bersalin, tenggelam di lautan, terbunuh dengan aniaya. Bahagian (a) disebut syahid dunia dan akhirat yang lebih tinggi pahalanya dari bahagian (b) dan (c) yang keduanya hanya dinamakan syahid akhirat. Dan ada satu bahagian lagi yang disebut namanya syahid dunia, iaitu orang-

[104]

www.resepirahsiaku.com orang yang mati berperang melawan kafir, hanya untuk mencari keuntungan duniawi, seperti untuk mendapatkan harta rampasan, untuk mencari nama dan sebagainya. Syahid yang serupa ini tidak dimasukkan pembahagian syahid di atas, kerana syahid dunia tersebut tidak termaksud sama sekali dalam kedua ayat ini. 4. Orang-orang soleh, yaitu orang-orang yang selalu berbuat amal baik yang bermanfaat untuk umum, termasuk dirinya dan keluarganya baik untuk kebahagiaan hidup duniawi maupun untuk kebahagiaan hidup ukhrawi yang sesuai dengan ajaran Allah. Orang-orang yang benar-benar taat kepada Allah dan RasulNya sebagaimana yang tersebut dalam ayat ini akan dapat masuk syurga dan ditempatkan bersama-sama dengan semua golongan yang empat itu.

Maksudnya: “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)�.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/08/doa-supaya-ditempatkan-di-syurga.html

[105]

www.resepirahsiaku.com DOA MOHON DILAPANGKAN DADA

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. Maksudnya: 25 - Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. 26 - Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. 27 - Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. 28 - Supaya mereka faham perkataanku. Doa ini dibaca juga untuk fasih bercakap kepada yang gagap,hilang gementar atau darah gemuruh bila bercakap dikhalayak ramai.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/09/doa-mohon-dilapangkan-dada.html

[106]

www.resepirahsiaku.com DOA SUPAYA MUSUH TIDAK NAMPAK ANDA DAN DAPAT MENYELAMATKAN DIRI Sekiranya di hadapan perjalanan anda terdapat musuh-musuh atau orang yang jahat, ambilkan pasir dan bacakan Ayat 9 Surah Yasiin sebanyak 1x atau 3x. Kemudian, lemparkan ke arah musuh (dari jauh). Insya-Allah, mereka tidak akan dapat melihat anda. Doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW untuk menyelamatkan diri dari puak Quraisy ketika mereka mengepong rumah baginda.

Maksudnya: Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). Nota: Jika dalam keadaan terdesak dan tidak ada pasir dikawasan itu, gengam tangan kosong di mulut, baca ayat tersebut dan tiup pada gengam tangan. Lemparkan seolah anda membaling pasir kearah orang jahat yang berada dihadapan anda.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/09/doa-supaya-musuh-tidak-nampak-andadan.html

[107]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK HINDARKAN DARI TERKENA SEBARANG JENIS ILMU HITAM/SIHIR "Barang siapa yang mengamalkan ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255 dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, maka terhindarlah dirinya dari sebarang sihir". Ini bermakna sebarang ilmu sihir yang dituju kepada mangsanya itu dipelihara oleh Allah SWT. Dan sihir yang dihantar atau dituju kepada mangsanya akan dikembali kepada orang yang menghantarkannya. Maka orang jahat itu terkena sihirnya sendiri. Begitu hebatnya ketiga-tiga ayat Allah ini sebagai pendinding diri dan perlindungan kepada sesiapa yang mengamalkannya. Ia sebagai "Internal Protection". Sebaiknya dibaca 1 x sebelum tidur tiap-tiap malam. Mogamoga kita dipeliharaNya dari sihir. 1. Surah Al-Baqarah: Ayat 1-5.

[108]

www.resepirahsiaku.com 2. Surah Al-Baqarah : Ayat 255

3. Surah Al-Baqarah Ayat 284-286.

Rujuk Link: http http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/amalkan-ayat-ayat-ini-untuk-hindarkan.html

[109]

www.resepirahsiaku.com DOA PENUNDUK DAN JUGA PERISAI DARI FITNAH/ILMU HITAM. Ini doa penunduk yang sekian lama diamalkan oleh penulis dan penulis pernah memberi pada kawan-kawan yang terdekat. Penulis juga memberi doa ini kepada anak saudara penulis yang selalu berurusan dengan VIP hal kerja dan projek. Beliau selalu membaca dan mengamalkan doa ini sebelum pergi mesyuarat. InsyaAllah setakat ini berjalan lancar. Doa ini juga sebagai doa penunduk kepada orang atasan yang garang dan tidak bertimbang rasa. Jika diizin Allah SWT , insyaAllah boss yang garang akan hormati kamu. Jika berjumpa seseorang yang kita baru kenal dan orang itu ada niat yang tidak baik insyaAllah, Allah akan pelihara kita dari perbuatannya seperti menggunakan lmu hitam. Dan banyak kafiatnya ayat ini.

BACA BAHAGIAN INI DARI SURAH AL-ANFAL: AYAT 17 Maksudnya: “Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui�. Cara mengamalkan dan menggunakan: 1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurangnya 9x. Jadikan zikir sebaiknya. 2. Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti.

sebelum

InsyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi kita dan tidak memberi peluang kepada orang lain yang mempunyai niat yang tidak baik seperti memfitnahkan, memarahi,dengki, guna sihir dan perkara-perkara yang tidak baik. Gunakan untuk kebaikan.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/09/doa-penunduk-dan-juga-perisai-dari.html

[110]

www.resepirahsiaku.com DOA UNTUK MENDAPATKAN KEMULIAAN DAN SEBESAR-BESAR PANGKAT DISISI ALLAH SWT Pernahkah kita terfikir untuk mengejarkan pangkat dan kemuliaan di sisi Allah SWT.? Adalah lebih baik dari mengejar segalanya yang ada di dunia yang pasti tidak kekal. Kejarlah pangkat dan kemuliaan di sisi Allah kerana ganjarannya adalah syurga Allah yang kekal abadi. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita bacakan ayat ini setiap kali solat. Semuga mendapat kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. SURAH AL ANBIYA Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

MAKSUDNYA: “Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani�.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-untuk-mendapatkan-kemuliaan-dan.html

[111]

www.resepirahsiaku.com DOA MOHON AGAR NEGARA AMAN DAN MURAH REZEKI

Mari bersama-sama berdoa agar negara yang tercinta ini berada dalam keadaan aman sentosa dan penduduk dimurahkan rezki. Dijauhkan dari kacaubilau pihak yang gila kuasa, tamak haloba. Dijauhkan pemimpin yang zalim. Semuga kita merasa aman dan tenteram dalam beribadat kepada Allah SWT.

ERTINYA: Wahai Tuhanku! Jadikanlah ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-mohon-agar-negara-aman-dan-murah.html

[112]

www.resepirahsiaku.com DOA TERHINDAR DARI SEKSA API NERAKA

Astaghfirullahal 'adziim x3. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami yang besar dan yang kecil. Dosa-dosa yang lalu dan dosa-dosa kami yang akan datang. Tak sanggup kami masuk neraka Mu kerana apinya yang teramat panas bukan alang kepalang sakitnya, pedih dan derita tiada penghujungnya. Semoga mati kami di dalam rahmat dan kasih sayang Mu, dan diampunkan dosa-dosa kami. Kami bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. Amin. SURAH ALI IMRAN: AYAT 16 DAN 192

ERTINYA: Ayat 16 "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka". Ayat 192 "Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan kedalam neraka maka sungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh seorang penolong pun"

Rujuk Link: http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-terhindar-dari-seksa-api-neraka.html

[113]

www.resepirahsiaku.com DOA MELAKUKAN PERJALANAN DAN MEMOHON KESELAMATAN UNTUK KELUARGA YANG DITINGGALKAN Kepada suami yang selalu bertugas "out-station" dan meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Selalu berharapkan dan berpesan kepada saudara terdekat untuk menjaga keluarganya semasa ketiadaannya. Pada situasi sekarang yang sering berlaku seperti kes pecah rumah, kes culik seperti Nurin Jazlin, kebakaran dan apa saja insiden amat merisaukan hati suami. Selalu berharap keluarga yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dan sehat sejahtera sehingga ia selesai menjalankan tugasnya. Kepada pasangan suami-isteri yang bekerja dan meninggalkan anak-anak kecil mereka kepada "maid" Indon atau di rumah pengasuh, bacalah doa ini selepas menghantar mereka atau sebelum ke pejabat supaya anak-anak di rumah atau pun di sekolah selamat dipelihara Allah SWT. Anak-anak ibarat permata yang tidak ternilainya. Jika berlaku sesuatu kepada mereka sepanjang ketiadaan kita, tiada wang ringgit yang boleh mengantikan kehilangan mereka. Banyak kes sudah kita baca dalam akhbar. Anak mati di rumah pengasuh, kemalangan dalam rumah seperti lemas dalam tub mandi, jatuh tangga dan banyak lagi yang berlaku sehingga kita rasa tidak selamat lagi untuk meninggalkan mereka pada orang lain. Ada isteri yang bekerja sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi untuk menjaga anak mereka. Bacalah doa ini sebelum meninggalkan keluarga atau meninggalkan anak-anak dirumah. InsyaAllah dipelihara Allah SWT.

Maksudnya: "Aku pertaruhkan kamu sekalian kepada Allah yang tidak akan mensiasiakan apa yang disimpan kepada-Nya"

Rujuk Link http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-melakukan-perjalanan-dan-memohon.html

[114]

www.resepirahsiaku.com DOA KESEMBUHAN BAGI PESAKIT BUAH PINGGANG Sebelum buah pinggang rosak dan menjejaskan kesihatan anda, elok amalkan ayat-ayat ini supaya buah pinggang berada dalam keadaan baik ditambahkan lagi doa syifa yang mana pengamal doa syifa terhindar dari sebarang penyakit kecuali kematian. Cara-cara rawatannya. 1. Bacaan Salawat Syifa.-3x. 2. Baca Doa dari Surah Al-Mukminun. 11x Sediakan air satu botol kosong yang bersih dan dihembuskan setiap kali membaca doa-doa diatas. Amalkan setiap hari terutama pesakit buah pinggang yang teruk. Minum sebelum sarapan pagi dan minum sebelum tidur malam. InsyaAllah semuga mendapatkan kesembuhan bagi yang mengidap sebarang penyakit berkaitan buah pinggang yang menyebabkan kerosakan buah pinggang. Amalkan minum air barli yang direbuskan bersama gula batu untuk menyuci kekotoran dalam saluran buah pinggang untuk mengelak kencing kotor. Sebulan sekali baik untuk kesihatan selain dari air yang di doakan. InsyaAllah. Selawat Syifa.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda."

[115]

www.resepirahsiaku.com Doa Kesembuhan Untuk Pesakit Buah Pinggang.

Maksudnya: 115. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 116. Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yang mulia. 117. Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. 118. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."

Rujuk Link http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-kesembuhan-bagi-pesakit-buah.html

[116]

www.resepirahsiaku.com DOA MEMELIHARA DARI KEBAKARAN Doa ini hendaklah dibaca waktu pagi dan petang agar terpelihara daripada bahaya kebakaran.

Maksudnya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, kepada Engkau aku menyerah diri, Engkau Tuhan 'Arasy Yang Besar, apa yang dikehendaki Allah akan terjadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah tidak akan terjadi, tidak ada daya upaya kekuatan hanya dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mempunyai kuasa ke atas segala sesuatu itu dan bahawa Allah telah melihat segala sesuatu itu dengan pengetahuan-Nya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang melata di bumi ini. Engkau Ya Allah yang mengambil dengan segala kekuasaan yang ada padanya (kuasanya) segalanya. sesungguhnya Tuhanku adalah jalan yang lurus."

Rujuk Link http://www.resepirahsiaku.com/2011/11/doa-memelihara-dari-kebakaran.html

[117]

www.resepirahsiaku.com AYATUL MAHABBAH (DOA SUPAYA DIKASEHI & DISAYANGI OLEH SUAMI/ISTERI,ANAK-ANAK, KAUM KERABAT,JIRAN-JIRAN,RAKANRAKAN, ORANG BAWAHAN DAN ORANG ATASAN. Doa ini meliputi keseluruhannya. Orang yang mengamalkan Ayatul Mahabbah akan dikasehi dan disayangi oleh pasangan masing-masing, oleh anak-anaknya, kaum kerabatnya, jiran-jiran tetangga. Jika ia seorang majikan, orang bawahanya akan menyukainya dan jika ia seorang pekerja, orang atasan akan menyukainya. Ia juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Baca sebanyak yang boleh. InsyaAllah.

Maksudnya: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran:Ayat 31)

Rujuk Link http://www.resepirahsiaku.com/2011/12/ayatul-mahabbah-doa-supaya-dikasehi.html

[118]

www.resepirahsiaku.com DOA KETIKA MELIHAT ORANG DALAM KEADAAN BAHAYA

Doa ini sebaik-baiknya dihafal dan tahu maknanya sekali. Bila berlaku keadaan kelamkabut yang boleh mengancam nyawa anda serta keluarga pada masa kejadian sedang berlaku, insyaAllah anda dan keluarga anda dipelihara dan dilindungi Allah SWT daripada perkara yang tidak diingini.

Dengan handphonne yang canggih sekarang. Download gambar doa-doa yang elok disimpan pada memori kad. Bila berlaku buka dan baca. Jika sebelum ni boleh download beratus-ratus gambar dan lagu. Mulakan download gambar doa-doa yang mustajab ke handphone anda yang canggih itu.

Maksudnya:

"SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENYELAMATKAN AKU DARIPADA APA YANG TELAH ENGKAU BERIKAN SEBAGAI PERCUBAAN KEPADANYA DAN DIA TELAH MENGUTAMAKAN AKU DARI SEKIAN BANYAK MAKHLUK LAINNYA. MAKA KEPADANYA TIDAK AKAN TERTIMPA MALA PETAKA TERSEBUT UNTUK SELAMA-LAMANYA"

Rujuk Link http://www.resepirahsiaku.com/2011/12/doa-ketika-melihat-orang-dalam-keadaan.html

[119]

www.resepirahsiaku.com SURAH-SURAH YANG DIAMALKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SELSEL BARAH PAYUDARA. Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan: 1. Istighfar 10x. 2. Salawat Nabi 10x. 3. Al-Fatihah 1x. Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. Baca surah-surah berikut: SURAH AL-MAIDAH (AYAT 52 -91) SURAH AL-ARAF (AYAT: 70 -81) SURAH AL-ARAD (AYAT: 16 -28) SURAH AL-ANBIA (AYAT: 38 -50) SURAH ASY-SYU'ARA. (AYAT: 185 – 227) SURAH AZ ZUKHRUF. (AYAT: 52 -70) SURAH AZ ZUMMAR. (AYAT: 42-52) SURAH GHAFIR. ( AYAT: 67-77)

[120]

www.resepirahsiaku.com 1. SURAH AL-MAIDAH (AYAT 52 -91)

[121]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN SURAH AL-MAIDAH : AYAT 82 - 91 82. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. 83. Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). 84. Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh. 85. Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan. 86. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli Neraka. 87. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. 88. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. 89. Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. 90. Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. 91. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkaraperkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

[122]

www.resepirahsiaku.com 2. SURAH AL-ARAF (AYAT: 70 -81)

[123]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN SURAH AL-RAF (AYAT 70 - 81) 70. Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar". 71. Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakanya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu". 72. Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersertanya, dengan rahmat dari Kami, dan kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman. 73. Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Saalib. Ia berkata: "Wahai kaumKu! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum 'Aad, dan ditempatkan kamu di bumi, (dengan diberikan kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganang untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi ini". 75. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman kepada mereka: "Tahukah kamu bahawa Saalih itu diutus dari tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutuskan untuk menyampaikannya". 76. Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya". 77. Maka meraka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Saalih! Datangkanlah azab yang telah engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)". 78. Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. 79. Maka Nabi Saalih pun meninggalkan mereka sambil berkata: " Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat". 80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

[124]

www.resepirahsiaku.com 81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

[125]

www.resepirahsiaku.com 3. SURAH AL-ARAD (AYAT: 16 -28)

[126]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN SURAH AL-RAD (AYAT 16 - 28) 16. Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. 17. Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. 18. Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam dan amatlah buruknya tempat tinggal itu 19. Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. 20. Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; 21. Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soal jawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); 22. Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat 23. Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; 24. (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. 25. Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, mereka itu beroleh laknat dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

[127]

www.resepirahsiaku.com 26. Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. 27. Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya. 28. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

[128]

www.resepirahsiaku.com 4. SURAH AL-ANBIA (AYAT: 38 -50)

[129]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN SURAH AL-ANBIA (AYAT 38 - 50) 38. Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?. 39. Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api Neraka dari muka dan belakang mereka dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian). 40. (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya dan tidak akan diberi tempoh bertaubat. 41. Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu. 42. Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah? (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka. 43. Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami. 44. (Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang? 45. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku) dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat). 46. Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)! 47. Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. 48. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertakwa. 49. Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.

[130]

www.resepirahsiaku.com 50. Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya? 5. SURAH ASY-SYU'ARA.

[131]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN SURAH ASY-SYU'ARA (AYAT 185 - 227) 185. Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir. 186. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta. 187. Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar! 188. Nabi Syuaib berkata: Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan. 189. Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar (huru-haranya). 190. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. 191. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. 192. Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. 193. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. 194. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). 195. (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. 196. Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaranpengajarannya) di dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu. 197. (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendeta-pendeta agama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu? 198. Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab, 199. Kemudian dia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. 200. Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran.

[132]

www.resepirahsiaku.com 201. Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya, 202. Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya. 203. Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): Dapatkah kiranya kami diberi tempoh? 204. (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami? 205. Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun, 206. Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka, 207. (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan. 208. Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran. 209. Memperingatkan mereka dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim. 210. Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. 211. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. 212. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat. 213. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. 214. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. 215. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! 216. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, 217. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, 218. Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), 219. Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. 220. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[133]

www.resepirahsiaku.com 221. Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? 222. Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, 223. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. 224. Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. 225. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? 226. Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? 227. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

[134]

www.resepirahsiaku.com 6. SURAH AZ ZUKHRUF.

[135]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN SURAH AZ ZUKHRUF: (AYAT 52-70) 52. Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya? 53. (Kalau betul dia seorang Rasul) maka sepatutnya dia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan dia seorang pemimpin) atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)? 54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (derhaka). 55. Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa). 56. Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. 57. Dan ketika (Nabi Isa) anak Mariam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang). 58. Dan mereka berkata lagi: Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa? Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan. 59. Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi) dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil. 60. Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): Malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi. 61. Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus. 62. Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. 63. Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan) dan untuk menerangkan kepada kamu: Sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. 64. Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus.

[136]

www.resepirahsiaku.com 65. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan. 66. (Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan. 67. Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). 68. (Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita. 69. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh, 70. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan.

[137]

www.resepirahsiaku.com 7. SURAH AZ ZUMMAR.

[138]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN SURAH AZ ZUMMAR: (AYAT 42-52) 42. Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya). 43. Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah (kepada mereka): Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak berkuasa sedikitpun dan tidak pula mengerti (sebarang apa pun)? 44. Katakanlah (wahai Muhammad): Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dialah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan). 45. Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): Apabila disebut nama Allah sematamata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta-merta riang dan gembira. 46. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya. 47. Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan. 48. Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu. 49. Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). 50. Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).

[139]

www.resepirahsiaku.com 51. Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan dan orangorang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatanperbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri. 52. (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).

[140]

www.resepirahsiaku.com 8. SURAH GHAFIR.

[141]

www.resepirahsiaku.com TERJEMAHAN: SURAH GHAFIR (AYAT 67-77) 67. Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan). 68. Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. 69. Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)? 70. Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak. 71. Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret 72. Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api Neraka; 73. Akhirnya dikatakan kepada mereka: Mana dia berhala-berhala yang kamu dahulu sekutukan; 74. (Dengan menyembahnya atau memujanya) selain Allah? Mereka menjawab: Benda-benda itu telah hilang lenyap dari kami, bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun (dengan Allah). (Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orangorang yang kufur ingkar (menentang maksud ayat-ayatNya). 75. (Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan) dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat). 76. Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam. 77. Maka bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah (menyeksa musuh-musuhmu itu) adalah benar; oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan kepada mereka ataupun Kami wafatkanmu sebelum itu, (maka tetaplah mereka akan menerima balasan azab) kerana kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

[142]

www.resepirahsiaku.com Petua dan Amalan Supaya Isteri-Isteri Sentiasa DARA. Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah AlWaqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .

[143]


EBOOK DOA-DOA PILIHAN