Page 1

BULETIN PUSAT PEMBANGUNAN DAN LATIHAN AKADEMIK

EduCAD Bil. 13/2013

edu

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kini kami dikenali sebagai Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik

1


Tahniah!

DARI BILIK

DEKAN CAD Assalamualaikum w.b.t., Setinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat kita bersua dalam edisi kali ini. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada sidang redaksi buletin dengan terbitnya eduCAD edisi kali ke 13 ini. Tingkatkan usaha dan eratkan kerjasama agar dapat terus menghasilkan penerbitan yang lebih berkualiti dan berinformasi pada masa akan datang. Semoga penerbitan eduCAD akan terus menjadi salah satu medium kepada pusat ini untuk berkongsi berita, maklumat dan pada masa yang sama berada lebih dekat lagi dengan masyarakat, khususnya warga UTHM. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Tahniah! kepada Dr. Tan Lai Wai kerana telah dilantik sebagai Timbalan Dekan CAD serta kepada Prof. Madya Dr. Alina binti Shamsuddin yang telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Program Akademik di CAD (kedua-dua berkuatkuasa dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2014 - Pekeliling Am Bil. 74 dan 75 Tahun 2012). Semoga dengan perlantikan ini, CAD akan terus cemerlang dalam mencapai visi dan melaksanakan misi serta fungsinya. Sehubungan dengan itu juga, diharapkan semua staf dapat memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya dalam semua urusan mereka ini demi mencapai misi dan visi Universiti.

Sidang Redaksi eduCAD

Penasihat

Dr. Sh Salleh bin Sh Ahmad

Ketua Editor

Dr. Tan Lai Wai

Editor

Norazmi bin Danuri

Penyelaras Bahan

Akhir sekali, jangan lupa membaca eduCAD ini serta edisi-edisi yang lepas dalam format digital yang boleh dicapai melalui laman web rasmi CAD. Sekian, terima kasih.

Dr. Sh Salleh bin Sh Ahmad

Dekan Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik

DARI MEJA

KETUA EDITOR

Hemmy bin Abd Jalal

Pereka Grafik

Salam Sejahtera

Jurufoto

Buletin ini merupakan buletin pertama CAD yang diterbitkan bagi tahun 2013. Buletin ini menyingkap aktiviti-aktiviti CAD yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 dan awal 2013. Takwim kursus-kursus anjuran CAD 2013 juga diselitkan sebagai panduan kepada bakal peserta.

Azrul Anuar bin Rahamat

Syahamdan bin Sariff Hemmy bin Abd Jalal

Penulis

Aishah binti Zainal Asmarashid bin Ponniran Dayanita binti Md. Dahar Haljiah binti Hasli Hemmy bin Abd. Jalal Siti Hajar binti Sulaiman Noris binti Mansor Suhaini binti Mohd Gazi Syahamdan bin Sariff Siti Hasnah binti Hud

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga CAD yang telah menjayakan penerbitan buletin ini. Kejayaan ini dikecapi atas usaha dan kerjasama semua. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Universiti yang telah mengecapi kejayaan dalam tahun 2012 dan semoga lebih banyak kejayaan dapat dicapai di tahun baru ini. Saya berharap buletin ini boleh dijadikan sebagai sebuah bahan bacaan dan rujukan yang berfaedah kepada semua. Selamat maju jaya! Dr. Tan Lai Wai

Edaran

Abd Halim Shah bin Abdul Hamid

2

2


Pra-Penilaian Perakuan Akreditasi Program Akademik di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Pada 22, 23 dan 25 Januari 2013, lawatan pra-penilaian ke atas program-program peringkat Diploma di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah diadakan oleh CAD yang diwakili oleh Dr. Sh Salleh, Dr. Tan dan Prof. Madya Dr. Alina. Jabatan-jabatan PIS yang terlibat ialah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, dan Jabatan Rekabentuk Komunikasi dan Visual. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah semakan ke atas dokumen MQA-02, semakan fail pelajar dan fail staf akademik, temubual bersama pelajar, wakil pelajar dan staf akademik, dan lawatan ke bilik kuliah, bengkel, galeri, pusat sumber dan bilik kebal. Selain program Diploma, PIS juga ada menawarkan program Sijil Kemahiran Khas bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas.

MESYUARAT DAN BENGKEL PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN 2013 DAN PEMURNIAN FAIL MEJA

B

erat sama dipikul, ringan sama dijinjing itulah yang dapat disimpulkan apabila CAD berjaya mengadakan Mesyuarat dan Bengkel penyediaan Sasaran Kerja Tahunan 2013 dan pemurnian Fail Meja yang telah diadakan di Puteri Resort Melaka pada 18 hingga 20 Januari 2013. Mesyuarat dan Bengkel selama 3 hari 2 malam itu telah dipengerusikan oleh Dekan CAD sendiri dan dihadiri oleh semua staf CAD bagi menjayakannya. Staf telah dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi memastikan misi dan visi universiti tercapai. Kumpulan pertama, yang terdiri daripada kumpulan pengurusan telah diamanahkan untuk menyiapkan sasaran kerja tahunan CAD bagi tahun 2013,

Kumpulan kedua pula, yang terdiri daripada kumpulan pentadbiran diamanahkan untuk menyiapkan fail meja dan Kumpulan terakhir, kumpulan ketiga, merupakan kumpulan kewangan diamanahkan untuk menyiapkan belanjawan bagi tahun 2014 hingga 2015. Berkat berganding bahu dan berusaha bersungguh-sungguh akhirnya pada hari ketiga, setiap kumpulan berjaya melaksanakan tugasan masing-masing sebagaimana yang dirancangkan. Tahniah kepada semua kumpulan dan pasukan CAD. HIDUP CADet!

33


Domain Hasil Pembelajaran Umum UTHM Pengiktirafan program-program sarjana muda kejuruteraan adalah tertakluk kepada akreditasi Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Berkuatkuasa mulai 31 Julai 2012, Manual EAC 2012 ada menggariskan dua belas (12) domain hasil pembelajaran (LO) yang perlu diperolehi oleh pelajar program sarjana muda kejuruteraan. Pada 23 Oktober 2012, Mesyuarat Semakan Hasil Pembelajaran Program Sarjana Muda Kejuruteraan Berdasarkan LO Manual EAC 2012 telah diadakan oleh CAD bersama FKAAS, FKEE, dan FKMP. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk menambahbaik LO umum UTHM sedia ada bagi memenuhi keperluan Manual EAC 2012. Jadual 1 menunjukkan pemetaan domain LO Manual EAC 2012 kepada domain LO umum UTHM yang telah dimurnikan. Jadual 1. Pemetaan domain LO Manual EAC 2012 kepada domain LO umum UTHM yang telah dimurnikan pada 23 Oktober 2012

1

Pengetahuan

2

Kemahiran psikomotor/ amali/ teknik

3

Kemahiran berkomunikasi

4

Pemikiran kritikal dan pendekatan saintifik

5

Kemahiran sosial/ kerja berpasukan/ pertanggungjawaban

6

Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat

7

Kemahiran pengurusan dan keusahawanan

8

Profesionalisme, nilai, sikap dan etika

9

Kemahiran kepemimpinan

10

Rekabentuk

11

Analisis masalah

12

Persekitaran dan kelestarian

13

Jurutera dan masyarakat

Pengurusan projek dan kewangan

Pembelajaran sepanjang hayat

Kerja Individu dan berpasukan

Komunikasi

Etika

Persekitaran dan kelestarian

Jurutera dan masyarakat

Penggunaan alatan moden

Penyiasatan

Rekabentuk / Pembangunan penyelesaian

LO umum UTHM

Analisis masalah

No.

Pengetahuan kejuruteraan

LO Manual EAC 2012

X X X X X X Salah satu domain hasil pembelajaran KPT X X X X X X

Manual EAC 2012 boleh dimuatturun di http://www.eac.org.my/web/document/EACManual 2012.pdf.

4

4


Perbandingan Dokumen

MQA-01 & MQA-02 MQA-01 dan MQA-02 ialah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk memperolehi akreditasi program akademik. Namun, hanya program-program sarjana muda kejuruteraan sahaja yang dikecualikan kerana program-program sarjana muda kejuruteraan adalah tertakluk kepada pengiktirafan oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC). Jadual 2 menunjukkan perbandingan di antara dokumen MQA-01 dan dokumen MQA-02 MQA-01

MQA-02

• Permohonan Akreditasi Sementara

• Permohonan Akreditasi Penuh

• Bagi program baharu

• Program dalam perlaksanaan

• Kandungan Bahagian A: Maklumat Am IPT Bahagian B: Maklumat Program Bahagian C: Standard Program (9 bidang)

• Kandungan Bahagian A: Maklumat Am IPT Bahagian B: Maklumat Program Bahagian C: Standard Program (9 bidang) Bahagian D: Laporan Penilaian Kendiri (SRR)

• Memastikan program memenuhi keperluan minimum 9 bidang penilaian untuk layak ditawarkan

• Memastikan kegiatan pembelajaran dan pengajaran dan aktiviti berkaitan program menepati standard kualiti (COPPA) dan MQF

• Maklumat dan data yang dilaporkan adalah sedia ada dan jangkaan

• Maklumat dan data sebenar bagi tempoh Semester 1 hingga terkini

• Permohonan ditawarkan

• Permohonan dibuat ketika pelajar berada dalam tahun akhir

dibuat

sebelum

program

• Penilaian kelayakan dibuat oleh panel penilai MQA

• Lawatan penilaian bergraduat

ialah

sebelum

pelajar

Nota: Akreditasi Sementara – iaitu fasa awal penilaian yang bertujuan untuk membantu dan mempermudah institusi pengajian tinggi mendapat akreditasi bagi program pengajian yang hendak ditawarkan dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang ditetapkan semasa penilaian akreditasi sementara. Akreditasi – iaitu satu perakuan bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan. (www.mqa.gov.my)

55


Permohonan Akreditasi Penuh MQA bagi Program Pasca-siswazah UTHM Sedia Ada Sepanjang 2012-2013 CAD telah membuat semakan ke atas dokumen MQA-02 bagi 20 program pasca-siswazah sedia ada untuk tujuan permohonan akreditasi penuh MQA sepanjang tahun 2012 hingga Februari 2013. Senarai program berdasarkan fakulti/ pusat ialah seperti dalam Jadual 3.

Bil.

Nama Program Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

1.

Sarjana Kejuruteraan Awam secara kerja kursus

2.

Sarjana Kejuruteraan Awam secara penyelidikan

3.

Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

4.

Sarjana Kejuruteraan Elektrik secara kerja kursus

5.

Sarjana Kejuruteraan Elektrik secara penyelidikan

6.

Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

7.

Sarjana Kejuruteraan Mekanikal secara kerja kursus

8.

Sarjana Kejuruteraan Mekanikal secara penyelidikan

9.

Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

10.

Sarjana Teknologi Maklumat secara penyelidikan

11.

Doktor Falsafah Teknologi Maklumat Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

12.

Sarjana Sains Harta Tanah dan Fasiliti secara penyelidikan

13.

Doktor Falsafah Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti

14.

Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi

15.

Sarjana Sains Pengurusan Teknologi secara penyelidikan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

6

16.

Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik) secara kerja kursus

17.

Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam) secara kerja kursus

18.

Sarjana Pendidkan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal) secara kerja kursus

19.

Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Intruksi Serta Teknologi)

20.

Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional secara kerja kursus

21.

Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional secara penyelidikan

22.

Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

6


5

Mengapa FKAAS Perolehi Akreditasi Tahun? Tiga (3) sebab utama FKAAS telah memperolehi akreditasi selama 5 tahun (2012-2016) ialah:

1. Perancangan dan pelaksanaan pemantauan PLO dan CLO yang komprehensif. Pelajar yang lemah disusuli dengan tindakan intervensi yang bersesuaian, terutamanya di peringkat awal, 2. Adanya penilaian PLO secara spesifik melalui exit examination, iaitu Fundamental Civil Engineering Exam (FCEE) yang diintegrasi bersama Projek Rekabentuk Bersepadu (IDP), dan 3. Kadar employability yang tinggi iaitu melebihi 80%. Maklumat di atas diperolehi daripada salah satu sesi perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) bersama ketua panel auditor FKAAS 2011.

Wakil UTHM di Mobile Learning Association Malaysia (MLAS)

P

ada 20 September 2012, Ketua Jabatan Pembelajaran dan Pengajaran, CAD telah dilantik sebagai menjadi Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Pembelajaran Bergerak Malaysia (Mobile Learning Association of Malaysia) (MLAS). MLAS dipengerusikan Prof. Dr. Mohamed Amin Embi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. MLAS merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 21 Januari 2011 dengan nombor pendaftaran 0318-11-SEL. Pertubuhan ini diwujudkan untuk:(a) (b) (c) (d)

Menjadi peneraju dalam aplikasi teknologi mobil dalam pendidikan, latihan, penyelidikan dan interaksi sosial. Menghimpun pakar dan profesional serta mereka yang berminat dalam bidang ini. Mengumpul dan menyebarkan maklumat berkenaan perkembangan terkini dalam penyelidikan, pembangunan kandungan dan aplikasi mobil, dan Mempromosi kecemerlangan m-Pembelajaran melalui penyelidikan, pembangunan, penerbitan, seminar/persidangan dan perundingan.

Semoga dengan perlantikan ini, idea, teknologi dan aspirasi baharu berkaitan m-Pembelajaran dapat disebarluaskan dan dilaksanakan di Malaysia amnya dan di UTHM khususnya. Bagi maklumat lanjut mengenai keahlian dan aktiviti MLAS, sila layari laman web MLAS di http://mymlearning.wordpress.com.

77


TAKWIM KURSUS PUSAT PEMBANGUNAN DAN LATIHAN AKADEMIK (CAD) Januari-Jun 2013 BIL

TARIKH

NAMA KURSUS

1

9 JANUARI 2013

PENYEDIAAN MQA-01 UNTUK PERMOHONAN PROGRAM BAHARU

2.

31 JANUARI 2013

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN INSANIAH P&P

3

25 FEBRUARI 2013

TOS DALAM PENENTUAN TAHAP KESUKARAN SOALAN PEPERIKSAAN

4

18 FEBRUARI 2013

PENDEKATAN OBE DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

5

26 FEBRUARI 2013

UTHM ACADEMIC ONLINE RESOURCES (AUTHOR)

6

20 MAC 2013

SEMINAR P&P TERBAIK DI UTHM. APA KATA MEREKA?

7

12 MAC 2013

INTRODUCTION TO PROJECT ORIENTED PROBLEM BASED LEARNING ( POPBL )

8

13-14 MAC 2013

BENGKEL PENGUKUHAN KAEDAH PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE ) ANJURAN BERSAMA PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA

9

26-28 APRIL 2013

ENGLISH CAMP

10

9 APRIL 2013

11

14-15 MEI 2013

12

3 JUN 2013

PENYEDIAAN MQA-01 UNTUK PERMOHONAN PROGRAM BAHARU

13

6 JUN 2013

EFFECTIVE LECTURER

14

11 JUN 2013

PENDEKATAN OBE DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

15

18 JUN 2013

TAKLIMAT KURSUS ASAS P&P PENSYARAH BAHARU KUMPULAN 15

16

15-25 JULAI 2013

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN UNDERSTANDING LEARNERS

KURSUS ASAS P&P PENSYARAH BAHARU KUMPULAN 15

Hubungi Kami Anda adalah keutamaan kami dan maklumbalas anda amat kami hargai. Hubungi kami untuk berkongsi pengalaman atau kemukakan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami.

Contact Us You are important to us and we value your feedback. Share with us your experience or make enquiries on any of our services.

07-453 7302/7400 cad@uthm.edu.my 8

eduCAD vol13  

eduCAD is an official bulletin for Centre for Academic Development and Training (CAD) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you