Page 1

1


DARI BILIK

DEKAN CAD Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullillah, dalam kesibukan menguruskan penyediaan dokumen semakan semula kurikulum serta aktiviti program pengajaran dan pembelajaran dapat juga eduCAD Bil. 10 ini diterbitkan. Tahniah kepada warga CAD. Saya berharap informasi yang disediakan dalam eduCAD Bil. 10 ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua warga UTHM dalam memastikan kecemerlangan bersama. Bagi mewakili warga CAD, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Dr. Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Juga, sekalung ucapan terima kasih dan tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Dr. Rugayah binti Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Saya amat berterima kasih kepada warga CAD yang telah berusaha melaksanakan tugasan masing-masing dengan jayanya. Saya berharap tahun 2010 ini telah memberi inspirasi dan dorongan kepada warga CAD untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Universiti. Sekian, wassalam. DR. ISHAK BABA

DARI MEJA

KETUA PENGARANG Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Semua pembaca, Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan ruang kepada kita untuk bersua pada keluaran kedua ini. Seperti yang dimaklumkan dalam keluaran pertama dahulu, EduCAD bertujuan untuk memaklumkan kepada semua staf tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Pembangunan Akademik (CAD), UTHM. Insya’allah, EduCAD ini akan juga dijadikan sebagai buletin elektronik yang akan diterbitkan sebanyak dua kali setahun. Penerbitan buletin EduCAD ini juga merupakan satu kesempatan untuk menyampaikan informasi aktiviti sebelum, semasa dan perancangan akan datang CAD kepada semua staf secara lebih efisien dan konsisten. Penerbitan buletin ini adalah selaras supaya tidak ketinggalan dengan keupayaan teknologi dan percambahan ilmu yang lebih bersifat global pada hari ini. Justeru, sebagai medium informasi penting, EduCAD ini digarap bagi memudahkan semua staf mengetahui dan mengenali CAD dengan lebih dekat. Akhir kalam, selamat membaca dan selamat tahun baru 2011. Selamat membaca. Sekian, wassalam. DR. ROZLAN ALIAS 2


Sidang Redaksi eduCAD

Penasihat

Dr. Ishak bin Baba

Ketua Editor

Dr. Rozlan bin Alias

Editor

Dr. Sh. Salleh bin Sh. Ahmad Asmarashid bin Ponniran Zainal Abidin bin Sayadi Zarina binti Md. Ali

Ketua Penulis

Hemmy bin Abd Jalal

Penyelaras Bahan

Haljiah binti Hasli

Pereka Grafik

Azrul Anuar bin Rahamat Hemmy bin Abd. Jalal

Jurufoto

Syahamdan bin Sariff Hemmy bin Abd Jalal

Penulis

Aishah binti Zainal Asmarashid bin Ponniran Dayanita binti Md. Dahar Haljiah binti Hasli Hemmy bin Abd. Jalal Dr. Sh. Salleh bin Sh. Ahmad Siti Hajar binti Sulaiman Siti Hajar binti Abdullah Zawawi Suhaini binti Mohd Gazi Syahamdan bin Sariff Zaifazol bin Said Zainal Abidin bin Sayadi Zarina binti Md. Ali

Edaran

Zakee bin Mesiri

3


TAHNIAH UTHM !

KPT MEMPERAKUKAN 46 PROGRAM AKADEMIK Oleh: Siti Hajar binti Sulaiman (hajars@uthm.edu.my)

Bermula dari awal tahun 2010, semua fakulti yang mempunyai program akademik telah diminta oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk membuat semakan semula kurikulum program akademik mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM/MQF). Oleh itu, beberapa siri bengkel telah diadakan di dalam dan di luar UTHM oleh pihak fakulti dan juga CAD. Pada 18 Oktober 2010, KPTM telah memperakukan 24 program prasiswazah dan 22 program pascasiswazah yang telah membuat semakan kurikulum program berdasarkan minit mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Bil 17/2010. Pihak CAD mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada fakulti/pusat yang terlibat dalam proses semakan semula program akademik.

18 PROGRAM BAHARU

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN UTHM Oleh: Siti Hajar binti Sulaiman (hajars@uthm.edu.my)

Pada 31 Oktober hingga 4 November 2010, CAD telah mengadakan Bengkel Pembangunan Dokumen Program Baharu Bagi 18 Program Teknologi Kejuruteraan. Tujuan pembangunan dokumen ini adalah untuk mendapatkan kelulusan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Tinggi Malaysia (KPTM). Seramai 64 staf akademik dan 5 sokongan dari FKAAS, FKEE, FKMP dan PPD terlibat di dalam bengkel ini. Selain itu, bengkel ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad. Program baharu ini dijangka akan ditawarkan pada sesi 2011/2012.

4


AUDIT AKREDITASI DI FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELETRONIK (FKEE) Oleh: Siti Hajar binti Sulaiman (hajars@uthm.edu.my)

Pada 26 dan 27 Julai 2010, Pihak EAC telah melaksanakan Audit Akreditasi di FKEE bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian. Auditor yang mewakili EAC ialah : *Ir. Chan Cheong Loong (Ketua Audit) – Universiti Tunku Abd Rahman *PM Ir. Dr. Sim Kok Swee – Universiti Multimedia *Ir. Kamaruddin Nordin – BI Consulting Engineer Sdn, Bhd. Secara Keseluruhannya, auditor memberikan maklumbalas yang baik terhadap perlaksanaan program FKEE. Beberapa penambahbaikan juga telah dicadangkan untuk peningkatan berterusan bagi program tersebut.

AUDIT AKADEMIK Oleh: Siti Hajar binti Sulaiman (hajars@uthm.edu.my)

FPTEK, FSKTM DAN FPTPK

Audit Akademik bagi fakulti bukan kejuruteraan telah dilaksanakan pada 21, 22 dan 28 Julai 2010. Audit dijalankan di fakulti FPTeK, FSKTM dan FPTPK berdasarkan dokumen COPPA. Warga fakulti yang terlibat dengan audit ini ialah:

i) ii) iii) iv) v)

Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) Ketua Jabatan / Ketua Program Pensyarah dan Pengajar Staf Sokongan (Pentadbiran & Juruteknik) Pelajar

Auditor yang melaksanakan audit tersebut ialah staf CAD iaitu :

i) ii) iii) iv) v)

Dr. Sh Salleh bin Sh Ahmad Dr. Ishak bin Baba Dr. Rozlan bin Alias Pn. Zarina binti Md. Ali En. Asmarashid bin Ponniran

Maklumbalas daripada audit telah dibentangkan kepada Dekan dan wakil fakulti dalam mesyuarat penutup Audit pada 29 Julai 2010.

5


Perlaksanaan Penilaian

My3S

Online di UTHM

Oleh: Asmarashid bin Ponniran

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan satu instrumen untuk mengukur tahap penguasaan dan keberkesanan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT iaitu Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (Malaysian Soft Skills Scale – My3S) secara atas talian. Tujuan dilaksanakan My3S ini adalah bagi mengukur tahap penguasaan Kemahiran Insaniah pelajar IPT dan juga kesetaraan antara IPT. Calon yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar baru tahun 1 semester 1 (ambilan Julai sesi 2010/2011 sem 1, kemasukan Matrikulasi dan STPM). Selain itu, pelajar-pelajar tersebut hendaklah sedang mengikuti progam ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang pengkhususan dan mestilah warganegara Malaysia. Menerusi sistem ini, pelajar-pelajar perlu mengisi beberapa soalan bagi menguji tahap kemahiran insaniah mereka. Proses penilaian ini telah dijalankan di UTHM dan serentak dengan semua IPT seluruh negara dalam 4 fasa berikut;

Fasa 1 : 4 Oktober 2010 – 8 Oktober 2010 Fasa 2 : 12 Oktober 2010 – 16 Oktober 2010 Fasa 3 : 20 Oktober 2010 – 23 Oktober 2010 Fasa 4 : 25 Oktober 2010 – 29 Oktober 2010

Seramai 1006 orang pelajar UTHM yang layak menduduki penilaian My3S bagi sesi 2010/2011 ini. Fakulti yang terlibat dan jumlah pelajar ini adalah seperti berikut: Fakulti

Bilangan calon layak

Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan & Keusahawanan (FPTPK)

343

Fakulti Kejuruteraan Awan & Alam Sekitar (FKAAS)

211

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP)

201

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE)

183

Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM)

68 1006

6


Anak-anak CAD

Nama anak : Muhammad Aiman Afif bin Zainal Abidin Tarikh lahir : 18 Mac 2010 Anak yang : Keenam Nama Pasangan : Nik Azarina Anifa binti Nik Abdullah

Nama anak : Nur Awatif binti Zakee Tarikh lahir : 17 Mei 2010 Anak yang : Kedua Nama Pasangan : Roshazikal binti Muhamed

Nama anak : Hadyf Ilham bin Hemmy Tarikh lahir : 26 Jun 2010 Anak yang : Kedua Nama Pasangan : Suzaitini binti Muhammad

Nama anak : Nur Syaurah binti Shahril Tarikh lahir : 11 Mei 2010 Anak yang : Ketiga Nama Pasangan : Shahril bin Sumario

Nama anak : Haziq Zakwan bin Hasbih Tarikh lahir : 18hb Mei 2010 Anak yang : Kedua Nama Pasangan : Hasbih Bin Halida

Nama anak : Amani Qaisara binti Mohd Saifulnizam Tarikh lahir : 8 September 2010 Anak yang : Pertama Nama Pasangan : Mohd Saifulnizam bin Esam 7


Hubungi Kami Anda adalah keutamaan kami dan maklumbalas anda amat kami hargai. Hubungi kami untuk berkongsi pengalaman atau kemukakan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami.

Contact Us You are important to us and we value your feedback. Share with us your experience or make enquiries on any of our services.

8

07-453 7832 cad@uthm.edu.my

eduCAD vol10  

eduCAD is an official bulletin for Centre for Academic Development (CAD) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. This vol. 10 is an unpublished...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you