Page 1

ULASAN NOVEL : RIMBA JIWA PENGARANG : SRI RAHAYU MOHD YUSOP NAMA PENSYARAH : PUAN MARIATI BINTI MAT SALLEH@MOHD NOR SUBJEK : PENULISAN KREATIF (COM3107)

BIL 1 2 3 4 5

NAMA PELAJAR NURSUHADA BINTI MOHD ZAKI MAISALMA BINTI OTHMAN NUR AZREEN BINTI BAHAMAD NUR RASYIQAH NAZILI BINTI MAZLAN NOOR SYAHIRA BINTI MOHD NOR

NO MATRIK UK35320 UK34059 UK35003 UK35172 UK34670


ULASAN NOVEL : RIMBA JIWA KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Novel rimba jiwa karya Sri Rahayu Mohd Yusop telah mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang berusia tujuh belas tahun yang bernama Nurul Jannah binti Sulaiman yang terpaksa mengikut ibunya berpindah ke Belum-Temengor, Perak. Ibu Jannah adalah seorang pensyarah penyelidikan di sebuah universiti awam iaitu Universiti Sains Malaysia. Ayah Jannah pula sedang berada di luar negara atas urusan kerja di negara Republik Congo. Di dalam novel ini turut mengisahkan Jannah seorang gadis bandar yang metropolitan yang sudah biasa hidup dalam keadaan suasana budaya yang bebas, hiruk pikuk warga kota serta ruang udara lingkup tang sangat terhad. Hal ini sangat berbeza apabila Jannah mengikuti ibunya ke Belum-Temengor yang suasananya jauh dari kesibukan kota yang hanya dipenuhi dengan pokok-pokok serta hutan di kiri kanan jalan. Pada mulanya Jannah agak kekok untuk berada di kawasan terpencil seperti itu yang baginya agak pelik dan membosankan serta khuatir akan pelajarannya yang tercicir sebagai calon SPM. Selama enam bulan berada di Belum-Temengor, Jannah telah mendaftarkan diri di sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Belum-Temengor. Ibu Jannah juga telah memilih untuk tinggal di inap desa yang digelar kawasan Desa Denai Sepi milik Encik Mahadi. Di dalam novel ini juga, turut mengisahkan tentang seorang lelaki rimba yang juga rakan sekelas kepada Jannah yang bernama Bahaduri yang juga merupakan orang asli dan anak kepada Tok Batin di perkampung itu. Pada waktu petang hari kedua mereka di kempung itu, Jannah dan ibunya telah masuk ke sebuah hutan dengan tujuan ibunya mahu menjejak beruang madu dan secara tidak sengaja mereka ditegur oleh budak rimba tersebut yang mengatakan bahawa tempat itu adalah bahaya kerana


mudah mendapat ancaman bukan sahaja dari manusia tetapi turut terdapat perkara lain. Selain itu, di sekolah pula Jannah telah berlaku pertelingkahan antara Jannah dan Bahaduri di mana Jannah telah tersalah faham kerana menganggap Bahaduri mencabarnya untuk masuk ke hutan bersendirian. Dengan tindakan yang dikatakan tidak rasional, Jannah telah mengambil keputusan tanpa memikir buruknya untuk masuk ke hutan yang dia pernah pergi bersama ibu untuk mencari beruang madu dengan bersendrian. Jannah telah diburu oleh dua orang manusia yang berbahasa tidak difahami di dalam huta tersebut dan Jannah tersesat. Pada ketika itulah, lelaki rimba iaitu Bahaduri terus menyambar tangan Jannah untuk menyelamatkannya dari manusia pemburu tersebut. Akibat daripada peristiwa itu Jannah jatuh sakit iaitu demam panas akibat kejutan daripada peristiwa pada petang itu dan Jannah tidak berani mahu memberitahu ibunya kerana khuatir ibunya risau. Bahaduri merupakan seorang sahabat yang amat prihatin dengan rakanya terutamnya Jannah. Hal ini demikian kerana Duri memberitahu Jannah tentang kerja kerja sekolah yang diberikan oleh Encik Abdul Ghani kerana Jannah tidak hadir ke sekolah semalam. Semakin hari Jannah semakin selesa berkawan dengan Bahaduri dek kerana sikapnya yang agak menyenangkan baginya. Bahaduri juga kelihatan agak sedih dan kecewa kerana kematian sahabat baikny, iaitu Amai. Duri menyalahkan dirinya di atas segala yang berlaku. Pada jam 6.45 pagi, Jannah mengikut ibu dan pasukanya ke dalam hutan untuk menjejak spesies dalam keluarga ursidae, beruang madu atau Ursus malayanus. Operasi yang diketuai oleh ibu Jannah iaitu Dr Rahimah Othman turut disertai oleh 7 orang yang mempunyai peranan khusus dalam operasi tersebut termasuklah Bahaduri dan bapanya, Hujan yang merupakan Tuk Batin Kampung Sungai Banun. Operasi ini bertujuan untuk memasang kolar radio pada badan beruang madu. Selain itu, Dr Rahimah Othman turut mengukur saiz tapak tangan dan tapak kaki beruang madu tersebut serta sampel DNA turut diambil dari dalam pipi beruang.


Sehari selepas memasang kolar radio, Dr Rahimah mencari lokasi beruang madu yang telah dipasang dengan kolar radio dengan menggunakan ground-based

triangulation. Proses ini dijalankan dengan menggunakan sebuah penerima isyarat model TR-4 dab sebuah antena arah yang dipegang oleh Cik Anjeli. Operasi kali ini hanya disertai oleh Duri, Cik Anjeli dan Jannah sahaja. Selain itu, Jannah merupakan seorang remaja yang taat akan agamanya. Hal ini demikian kerana dia ada memberitahu Duri bahawa apa yang dilakukan oleh ibunya untuk menyelamatkan haiwan madu merupakan tuntutan agama di mana Allah melarang manusia membuat kerosakan di atas muka bumi ini. Jannah juga merupakan pelajar yang berdedikasi dan berani melakukan sesuatu yang baru. Jannah telah berbincang dengan pengetua di sekolahnya untuk mengadakan satu program untuk member kesedaran kepada para pelajar tentang perdagangan haiwan liar. Jannah telah memberanikan dirinya untuk menghubungi pakar beruang madu Borneo untuk menjemputnya menjadi penceramah pada programnya nanti. Setelah memberitahu lanjut tentang perjalanan program tersebut, Dr Wong bersetuju dan berasa teruja untuk menyampaikan ceramah di sekolahnya nanti. Jannah turut menjemput ibunya untuk hadir pada program tersebut. Dr Rahimah begitu gembira sekali apabila mengetahui Dr Wong yang merupakan idolanya akan datang ke sekolah anaknya itu. Dr Wong menyangkan foto-foto beruang madu yang diambilnya semasa menjalankan kajian. Beliau turut memperkenalkan beberapa spesies beruang yang terkenal dari seluruh pelusuk dunia. Dr Wong turut menekankan di dalam ceramahnya bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk melindungi haiwan liar daripada diancam kepupusan. Pada akhir ucapanya, beliau turut member nombor telefon Jabatan Perhilitan Perak supaya mereka dapat melaporkan apa-apa aktiviti yang boleh mengancam habitat beruang madu dan menyalahi undangundang negara. Program yang dijalankan oleh Jannah di sekolahnya itu ternyata memberi impak yang baik. Hal ini demikian kerana terdapat seorang pelajar yang bernama Anggerik


memberitahu Jannah bahawa abangnya ada membela seekor beruang madu di rumahnya. Jannah memberitahu Anggerik supaya tidak perlu bimbang kerana abangnya tidak akan tahu bahawa dialah yang melaporkan tentang beruang madu itu kepada pihak berkuasa. Di dalam kelas, Jannah memberitahu Bahaduri mengenai perkara tersebut dan Bahaduri berjanji ingin membantu Jannah. Bahaduri menyatakan yang dia tidak mahu Jannah dan ibunya terlibat dalam operasi membuat pemeriksaan di rumah Anggerik. Ketika pulang dari sekolah keesokannya, Dr. Rahimah memberitahu Jannah bahawa dia sudah dapat menyelamatkan seekor beruang madu. Jannah berasa terkejut. Keesokannya, berlaku sedikit salah faham antara Jannah dan Bahaduri. Jannah berasa sangat tidak berpuas hati dengan Bahaduri apabila Bahaduri tidak melibatkan diri Jannah dalam operasi tersebut. Tetapi Bahaduri menyatakan bahawa Jannah merupakan orang luar dan tidak perlu masuk campur dalam urusan berkaitan kampungnya. Jannah dan Bahaduri dingin antara satu sama lain. Selepas itu, Bahaduri mendapat ancaman daripada Cheneleq kerana merampas beruangnya. Dia memberitahu yang dia akan memburu seekor beruang madu dan memotong satu bahagian tubuh beruang tersebut dan menghadiahkannya kepada Bahaduri. Dia mencabar sama ada Bahaduri mampu menghentikan tindakannya ataupun tidak. Pada keesokan pagi selepas Bahaduri mendapat ancaman tersebut, dia pergi ke rumah Jannah untuk memberitahu Dr Rahimah bahawa dia dan ayahnya tidak dapat bersama-sama masuk ke hutan dan Bahaduri melarang Dr Rahimah dan Jannah daripada masuk ke hutan sendirian kerana merasa bahaya dengan ancaman pemburu. Tetapi Dr Rahimah tetap berdegil mahu masuk ke hutan. Di dalam hutan, sedang Dr Rahimah dan Jannah sedang asyik melihat seekor beruang madu di dalam sungai, mereka dikejutkan dengan teguran Bahaduri. Bahaduri menyatakan rasa cemasnya apabila melihat mereka. Tetapi dia dimarahi oleh Dr


Rahimah kerana tidak membenarkannya masuk ke hutan. Selepas itu, Bahaduri menjelaskan tentang perkara sebenar tentang Jannah yang dikejar pemburu ketika masuk ke dalam hutan seorang diri dan ancaman yang diberikan oleh pemburu kepadanya serta video aktiviti yang dijalankan oleh pemburu yang Jannah sempat rakamkan. Ketika mereka dalam perjalanan hendak keluar dari hutan, mereka terserempak dengan sekumpulan pemburu. Bahaduri menyuruh Dr Rahimah dan Jannah melarikan diri manakala dia cuba untuk melawan pemburu tersebut. Sedang sibuk melarikan diri dan mencari talian telefon untuk mendapatkan bantuan, tiba-tiba mereka terjatuh di cerun dan Dr Rahimah mengalami patah kaki. Jannah membantu ibunya naik semula ke atas. Dan ibunya menyatakan bahawa terdapat talian telefon di tempat tersebut. Dengan segera Jannah menelefon tuk batin dan Balai Polis Gerik. Selepas itu, mereka menyembunyikan diri di akar pokok kayu yang terpongkah dan Dr Rahimah tertidur. Tiba-tiba seseorang mencuba masuk ke tempat persembunyian mereka. Ruparupanya Bahaduri. Dia sedikit cedera. Bahaduri memberitahu bahawa dia akan membuat jejak palsu menggunakan darah lukanya. Sebelum dia pergi, dia ada memberi Jannah cakar beruang yang sebelum ini tergantung di leher salah seorang pemburu. Dan dia meminta Jannah menyerahkannya kepada polis jika terjadi sesuatu kepadanya. Keesokannya, Jannah dan Dr Rahimah ditemui oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung. Mereka dibawa ke hospital kerana keadaan Dr Rahimah yang memerlukan rawatan. Tetapi Bahaduri belum dipertemukan. Jannah berasa risau dengan keadaan Bahaduri. Dan setelah semalaman di hospital, Jannah terserempak dengan ayah Bahaduri dan dia berasa lega apabila mendapat tahu bahawa Bahaduri selamat. Selepas beberapa hari apabila sudah sihat, Bahaduri pergi bertemu Jannah dan Puan Rahimah. Ketika sedang duduk berduaan dengan Jannah, dia memberitahu tentang apa yang terjadi selepas dia meninggalkan mereka di hutan. Dan dia juga memberitahu bahawa dia sangat memerlukan cakar beruang tersebut kerana kawannya mati


disebabkan cakaran tersebut. Video yang diambil oleh Jannah pula dijadikan sebagai bukti untuk pengecaman untuk menangkap pemburu. Akhirnya, Bahaduri menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya dalam bidang pemeliharaan hidupan liar

Ulasan novel done  

ulasan rimba jiwa

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you