Page 1

Share

1

More

Next BlogÂť

azian_bakar@yahoo.com

New Post

Design

Sign Out

yesterday..today.. tomorrow Friday, November 11, 2011

Teh Botol dan Cewek Bandung

Popular Posts Tuai padi antara masak Walaupun sudah hampir 5 hari saya meninggalkan Dayabumi dan secara rasminya duduk saja di rumah, tapi hati ini masih dicengkam rindu dan sa... Teh Botol dan Cewek Bandung Terlintas mencoret tentang pengalaman saya berjalan ke Tanah Jawa dek kerana topik rakan-rakan yang sepakat untuk mengadakan rombongan ...

Terlintas mencoret tentang pengalaman saya berjalan ke Tanah Jawa dek kerana topik rakan-rakan yang sepakat untuk mengadakan rombongan melawat kawasan yang destinasinya masih belum final! ada yang mencadangkan China, Vietnam, Indonesia.. yang pastinya, kesemua destinasi ini adalah syurga bagi wanita yang suka membeli belah. Dan sebenarnya, saya percaya mereka bukan sangat hendak membeli barangbarang.. tapi sekadar menjamu mata kerana telinga sering diasak dengan cerita-cerita yang enak tentang taburan barang-barang yang murah-murah dan cantik-cantik, tentang masakan seantero yang sedikit lain dari hidangan di pinggan.. dan tentang pemandangan yang baru dari kain baju di ampaian! Mengingat kembali perjalanan singkat saya ke Tanah Jawa, iaitu Bandung dan Jakarta, adalah antara kenangan sebuah perjalanan meninjau daerah Jawa Barat yang penuh dengan ragam dan gelagat manusia dari rukun bangsa yang sama!

Dahulunya Bandung merupakan sebuah hutan belantara yang akhirnya bertukar menjadi destinasi bukan sahaja membeli belah, tetapi pusat hiburan antara terbaik di dunia. Saya menginap di Anggrek Hotel, berkembar dengan Anggrek Shopping mall. Sebuah hotel yang baru dan bersih, dikelilingi dengan ratusan butik-butik yang boleh mengancam rupiah anda! Saya dihadiahkan suami pakej percutian beserta seorang pemandu pelancong bernama Desy dan seorang supir bernama Pak Ilyas (yang memandu Innova sebagai teksi resmi kami) untuk menguruskan perjalanan saya yang singkat ini Sebenarya tak cukup 3 hari 2 malam ke Bandung dan Jakarta, tetapi mengenangkan Isqandar anak bungsu masih menyusu badan, saya ringkasnya perjalanan. Niat saya sebenarnya nak beli winter cloth untuk anak-anak ...tapi lain pulak kesudahnya..! Bertemankan kakak (yang sudah banyak kali ke sana), kami mendarat di Husein Sastranegara International Airport. Kecik sahaja airportnya, cuma mampu menampung penumpang pada satu pendaratan sahaja. Dan pegawai imigresennya yang boleh dibilang dengan jari. Desy, pemandu pelancong sudah menanti di luar.Orangnya cantik, kulitnya kuning langsat dan sangat ramah, cocoklah dengan tugasnya sebagai pemandu pelancong untuk si jakon macam saya! Saya dibawa pusing-pusing kota dan makan tengahari di sebuah restauran padang di tengah Juanda bernama Simpang Raya. Sedap jugak nasi padang disini.. anda kena hati-hati.. sebab memang cara di sini, bila pengunjung masuk mereka akan menghidangkan pelbagai juadah dalam pinggan kecil, jika tak mahu, jangan disentuh kerana itu masuk bil ya buk! di pintu masuk restauran sudah menanti berpuluh pedagang yang menjual pelbagai barangan cenderamata seperti key chain, fridge magnet, pen..ohhhh! jangan dilayan kesemua mereka.. nanti.. banyak lagi pedagang cilik ini disemua penjuru kota!

Anak-anak semalam dan hari ini B ila tiba cuti sekolah, saya sekali lagi menjadi bingung. Pening memikirkan perancangan untuk memenuhi masa lapang anak-anak yang bercut... Coliseum cafĂŠ Kuala Lumpur A khirnya tercapai hajat nak makan di Coliseum cafĂŠ setelah lama keinginan bersarang di hati. Sebenarnya acap kali melewati deretan Jalan T... Kenangan di Gold Coast Terpanggil menulis kembali setelah sekian lama berehat... paling best..dah lupa password nak masuk blog! nasib baik kotak memori wani... Semalam saya Entah bila minat menulis mengetuk kembali ruang hati... seingat dari seawal darjah 3 barangkali..aku sudah mula menulis..bermula dari berlu... Korea dan kek Inilah


ketaksuban saya yang terbaru... menonton drama Korea dan masak kek! Kepelikan dua ketaksub'an ini datang setelah saya bergelar s...

Simpang Raya dan penjual cenderamata

Meneruskan hari yang singkat di Bandung, Desy membawa saya ke tempat wajib singgah! apalagi..Pasar Baru! Waduh.. tak ubah seperti Chow Kit Road, bergasak semua kenderaan dan lautan manusia! Deretan kedai-kedai ala aked Mara di Jalan Tar melambai-lambai rupiah di tangan! Bayangkan, 11 tingkat dan ratusan kedai dalam bangunan yang didirikan sejak 1935 oleh Belanda yang menjajahi mereka! Anda kira.. bagaimana perasaan saya melihat telekung yang cantik-cantik dan murah-murah serta kebaya dan jabuh yang lip-lap lip lap itu??? hampir pengsan! Tugas pertama Desy.. menawar harga hingga tercabut celana mereka! dari telekung yang berharga ratusan rupiah, Desy berjaya mendapat harga jauh lebih murah! Telekong French cotton latest design, kalau di Jalan Tar sekitar rm200 disini harganya hanya rm70 ke 80 sahaja! belum lagi kebaya yang mencecah harga ratusan di KL, disini jauh lebih murah, mungkin hanya 20% sahaja dari harga yang djual di KL! oh.. jangan merungut dan membandingkan harga di KL, sebab, bak kata Uncle yang saya jumpa di Carrefour.. mana ada penjual mau lugii maaa! Paling best sekali di toko kain..saya dibawa Desy ke supplier salah satu gedung famous di KL.. saya tidak boleh namakannya..nanti saya disaman fitnah.. maklumlah.. orang sekarang..pantang silap dan tersasul.."I'll see u in court!"... Desy cukup pandai tawar menawar.. boleh bungkusssss peniaga disini.. sehinggakan pemuda itu sempat berbisik kepadanya dalam bahasa jawa.."buat apa kamu tolong orang kaya dari Malaysia!".. hahhaaa..

Yang kurik itu kendi.. Saya senang dan kagum dengan usaha Dato Dr Rais Yatim memperkasakan budaya dan bahasa kita.. kalau follow twitter dia pun, Dr Rais tak putu... Yang asli atau organik? Secara jujur, saya bukanlah pakar dan arif dalam hal pemakanan dan kesihatan ini. Tapi sejak dari kecik saya sudah diajar ibu tentang... Marhaban Ya Ramadhan Ramadhan tiba lagi.. bersyukurnya saya masih diberikan umur untuk menyambutnya lagi! Rindu dan tertunggu-tunggu kedatangannya.. telah t...

Coretan Kelmarin ► 2012 (10) ▼ 2011 (4) ► December (1) Tunjuk saja mana yang suka

▼ November (1) Teh Botol dan Cewek Bandung ► October (2) ► 2010 (3)

About Me yan bakar View my complete profile

Followers Join this site with Google Friend Connect Suasana dalam Pasar Baru yang 'ribut'

Members (4)

Already a member? Sign in

Share It Share this on Facebook Tweet this View stats (NEW) Appointment gadget >>


Diluar pun seperti cendawan peniaga menjual barang

Anda bayangkan, french lace yang semeter harganya di Gulatis dalam rm150-200, saya berjaya mendapatkan dengan jauh lebih murah .. manalah tak gila dibuatnya! belum dikira Paris cotton (oh..saya peminat Cotton no 1) yang harga berganda murah dibandingkan dengan Jakel atau Euro Moda!disini sahaja..berjuta rupiah boleh melayang! Ha.. jangan terkejut sebab mereka juga menerima duit kita/RM! Puas memborong, kami melangkah pula ke deretan butik-butik atau factory outlet. Tapi anda kena berhatihati sebab tak semuanya murah dan factory overruns.. banyak sebenarnya fake dan gred A to C.. harga juga begitu. Kadang-kadang murah lagi FOS kita. Kena bijak memilih! Desy hanya membawa kami ke outlet yang menjual sisa export.. kalau anda hendak membeli barangan untuk lelaki, saya suggest ke Formen, ..saya sempat membeli 2 helai Armani jeans untuk 'saguhati' pihak penaja (suami saya sebagai membalas jasa baik melepaskan saya ke bumi ini sendirian..(ehemm bodek ada makna!).. saya perhatikan defaultnya kerana butangnya di antara kedudukan rumah tali pinggang agak senget.. kalau export qualitynya, harga dalam rm1500-2000, tapi disini, tak sampai rm200! Antara butik lain, bolehla pergi ke Rumah Moda,Summit, Vinotti, Happening..ohhhhh.... boleh kering air liur melihat jenama-jenama yang murah banget dibandingkan harga export! Tak lupa, butik-butik dan kedai-kedai mereka bersih dan cantik, tidak seperti di KL. Kalau pun Jalan Telawi di Bangsar ada percubaan meniru gaya butik disini.. jauhhhh ketinggalan! Jika mahu barangan kulit termasuk beg atau jeans, Cihampelas terbaekkk! Boleh dikatakan kedai-kedai di deretan Cihampelas dihiasi dengan pelbagai Watak Kartun dan Hero terkenal seperti Superman, Batman dan macam-macam. Sewaktu saya disana, Taman tema Trans Studio masih didalam pembinaan. Jika saya berkesempatan ke Bandung lagi, pasti saya ke Theme Park itu!Paris Van Jaya juga pilihan tepat kalau mahu membeli branded item yang murah! Boleh dikatakan semua butik saya membeli walau hanya sehelai dua.. sebab tak tahan tengok price tag yang berganda murah! contohnya jeans jenama budak-budak, suku sahaja harganya dari KL! atau winter coat Zara & Burberry, disini hanya separuh harga berbanding butik di KLCC. Maaf ya buk..counter ini tidak menerima buah pinggang sebagai system barter kerana rakyatnya juga bergelimpangan mati katak..percuma sahaja abdomennya! hahahhaa.. Ok, beralih dari shopping yang mendebarkan jiwa seorang kaki boros seperti saya, berbicara tentang kepada masakan dan makanannya. Indonesia memamang terkenal dengan masakannya yang tersendiri, dan wajiblah di Bandung ini anda mencuba masakan Minang dan Padang.Yang menggemari rasa pedas, jangan kecewa sebab sambal ijooo (hijau) disini juga mantap dan meleleh! saya tidak boleh komen tentang makanan ditepi jalan kerana saya kurang berasa selamat dengan kebersihannya! anda boleh melihat ratusan roadside food stalls yang menjual mee dan bakso..dan CD-CD mat jebeng (Mat Indon) yang murahmurah. Quality?? okla untuk CD yang harga kurang dari rm5!yang pastinya, nasi Padang di sini jauh lebih sedap dari di KL!

Lauk yang menghancurkan diet anda..:)


Sambara, the best Sundanese food

Mengenang kembali rasanya.. aduh!!!

Masa ni ada orang kaya Bandung buat birthday surpised kat girlfren dia.. nyanyi lagu Birthday version Jawa

Beralih ke Brownies, makanan wajib beli! Ada banyak pilihan disini. Tapi carilah yang terbaik! Yang suka cheese brownies, belilah Amanda brownies, atau Kartika Sari. Saya diseret Desy ke 3 tempat terbaik pengeluar brownies,iaitu Amanda yang terletak di dalam kawasan perumahan elit di Bandung, Kartika Sari di dalam shopping mall dan Prima Sutra. Jangan risau memikirkan bagaimana cara untuk membawa balik brwonies disini kerana mereka menyediakan perkhidmatan membungkus kesemua brownies dalam kotak khas. Tak la lunyai bila dihidang nanti. Jika anda kepingin kek lapis legit, belilah di Holland Bakery. Memang mantap dan terbaik. Kepingan halus disaluti setiap bait rempah, anda tidak akan kecewa! Hmmm.... apa yang saya paling cemburu disini... wanita-wanitanya..cantik dan jelita! sungguh! kulit mereka bersih, putih dan halus. Barangkali kerana kedudukan Bandung yang terletak di kawasan tinggi, udaranya agak bersih dan cuacanya nyaman.. psssttt.. mereka tak ada jerawat! kalau ada pun.. boleh dibilanggggg! Penjual kek Holland macam pelakon sinetron di TV! apa yang anda lihat di TV, belambak si cantik-sicantik di kaki lima..! Anda bayangkan, wanita seperti saya boleh terpegun melihat kecantikan mereka, apatah lagi kaum Adam?? Semalaman di Bandung membuka mata dan minta, terutama tentang kepayahan penduduk disini mencari


sesuap nasi! bayangkan sahaja gaji maid/bibik disini cuma rm200.. kita disini sewenang-wenangnya membayar sehingga rm650 untuk quality bibik kelas C! di Pasar Baru pun masih banyak gelendangan dan pengemis tempatan. Tapi jangan lupa, Bandung juga memiliki banyak kawasan perumahan elit, nyatanya taraf kehidupan mereka tidak seimbang. Yang kaya terlalu kaya, yang miskin cupik kedana..Oh ya, di Bandung juga ada hari-hari dimana kenderaan tidak boleh memasuki sebahagian taman dan kawasan kerana di khaskan untuk penduduk beriadah dan ber'demonstrasi'! Banyak pusat pengajian disini dan tenang sungguh melewati kawasan kampungnya!

Men's stuff

Rumah Moda dari luar..


Kerasss tengok baju2 yang disusun cantik

Paris Van Java, Bandung- pusat sehenti factory overruns

Cihampelas untuk penggemar leather &denims

Esoknya, kami ke Jakarta pula,menyusuri highway yang tidak seindah dan seselesa seperti hiway kita (terima kasih PLUS!), terdapat banyak ladang dan padi bukit. Kehijauan yang menyenangkan! Kami berehat sebentar di Solaria sebuah restoran kecil di RnR mereka. Perjalanan selama satu jam (jika tidak macet) agak memenatkan. Saya mencuba Teh botol yang menjadi kegilaan orang disini. Rasa teh tempatan yang sejuk dan nyaman. Bagi penggemar teh, anda harus cuba sebotol! Di Jakarta, saya menginap di Novotel Hotel yang terletak di tengah bandaraya Jakarta. Securitynya agak ketat, mungkin kerana Indonesia sering di ratah bedilan bomb! Macet and stuffy! Itulah yang boleh digambarkan bila berbicara tentang Jakarta. Ampun pak! saya ngak bisa drive ke kantor jika terpaksa merempuh deretan kereta yang panjang dan berlingkar setiap hari! lucunnya.. dalam kebingitan hon, jarang berlaku pergeseran, baik lidah atau kereta mereka! sifat toleransi dan give n take mereka sangat tinggi! Ha, paling best, street soccer di tengah jem! budak-budak mengejar bola dicelah kereta dan penglibur jalanan yang suaranya seperti Onche dan Kerispatih! Tapi saya tidak nampak pengemis jalanan seperti cerita-cerita yang digemburkan. Benarlah ia sudah berkurangan. Pentadbiran dibawah gagahan Presiden Susilo Bambang


berjaya mengurangkan pemandangan kurang enak disini termasuklah kawasan setinggan dan rumah-rumah kotak bawah jambatan! Saya melihat ramai pekerja kantor memakai baju batik kebanggaan mereka, sedang kita, amat payah di suruh memakai batik apalagi kain batik! tunggu pantang beranak barulah nampak kelibat dirumah! Seperti biasa, Jakarta sarat dengan bangunan pencakar langit dan shopping mall! Rakyatnya suka membeli belah. Kami ke Tanah Abang, barang-barangnya sama seperti di Pasar Baru. Pasar Tanah Abang merupakan nadi bagi pembekal terbesar kain, baju, kasut dan pelbagai bagi pengusaha butik dan peniaga kecil-kecilan. Mengikut kata Dessy, kalau hujung minggu, Pasar Tanah Abang dilimpahi dengan pelancong terutama dari Malaysia, hingga anda boleh terkeliru ini di Jalan TAR atau Segamat kerana yang kedengaran hanya loghat dan lenggok bahasa kita sedang membida dan menawar harga! Saya tidak berkesempatan meninjau banyak tempat di sana kerana kesuntukan masa. Hanya sempat makan di beberapa restauran kerana motif saya juga ingin merasa keenakan masakan tempatan, membeli belah di beberapa shopping mall antaranya Mangga Dua. Bukan apa, selain masa yang terhad, kesesakan lalu lintas menjadi dalang kunjungan. Limpahan kenderaan dan penduduknya yang ramai membutuh perjalanan! Disini, sebuah kereta harus mempunya lebih dari seorang penumpang.Jika tidak, anda akan di denda!Selain dari berkongsi kenderaan, penduduk Jakarta juga lebih senang menggunakan kaedah prebet sapu jika mahu masuk ke bandar. Saya sempat singgah ke rumah rakan kakak yang menjadi Atase Malaysia disini. Rumahnya agam di tengah perumahan elit di Jakarta. Untung expatriate disini. Boleh duduk dirumah agam dan mewah dengan sewa yang murah! Hartanah disini jauh lebih mahal dari Kuala Lumpur, bagi penduduk Jakarta yang berpendapatan sederhana tetapi bekerja di kota batu ini, mereka lebih senang membeli rumah di luar daerah atau berulang dari Bandung. Mungkin kerana harga rumah disini lebih menyebelahi nasib si kaya dan hartawan. Banyak bangunan masih dalam pembinaan sewaktu saya disini. Saya mula rindu KL melihatkan kehidupan yang capek dan ribut disini. Ah! pening melihat bagasi saya yang hampir muntah dari trolley hasil dari menuai duit disini. Masa saya datang, saya hanya membawa sebuah beg dan 2 helai baju.. tapi bila berangkat pulang... (maaf, saya terpaksa rahsiakan bilangan bagasi kerana saya malu meng war-warkan tabiat buruk kaki shopping seperti saya!) aduhaii pegawai immigresen.. kesianla saya.. saya ngak punya wang lagi untuk denda bagasi tambahan! mujur MAS tidak mengenakan caj bagasi lebih muatan..jika tidak.. terpaksa saya buat part time susun trolley!

Personally,brownies Amanda lebih sedap!


3 antara pembekal brownies terbaik dan terkenal di Bandung

Roadside foodstall macam di Sinetron

Ini baru betul Street Soccer- anak-anak yang Kamikaze!


Pasar Tanah Abang Jakarta

Mangga 2, Jakarta

Apa alasan saya pada pihak penaja???

coret-coret yan bakar at 11:57 PM

+1 Recommend this on Google

No comments: Post a Comment Enter your comment...

Comment as: Publish

yan bakar (Google)

Sign out

Preview

Newer Post

Subscribe by email

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Translate

0

Select Language Powered by

Translate

Travel template. Template images by richcano. Powered by Blogger.

Bandung  

My short journey to Bandung & Jakarta Indonesia

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you