Issuu on Google+

Bab 3a Kepimpinan


Soalan 1 1. Yang manakah di antara berikut BUKAN konsep kepimpinan dari perspektif Islam? A. Pemimpin hendaklah memimpin ummah ke jalan yang benar B. Pemimpin hanya memimpin pengikutnya sahaja dan tidak perlu melindungi mereka C. Pemimpin memimpin mengikut peraturan berdasarkan alQuran dan hadis D. Pemimpin sentiasa mengajak ke arah kebaikan


Soalan 2 2. Menurut kajian oleh Universiti Iowa oleh Kurt Lewin dan rakan-rakan, yang manakah ialah gaya kepimpinan yang diketengahkan? A.Yakin B.Turut serta C.Bertimbang rasa D.Musyawarrah


Soalan 3 3. Apakah maksud Teori Karismatik? A. Pemimpin perlu cerdas, cekap dan mempunyai pengetahuan tugas B. Pemimpin perlu mengambil pelbagai peluang hasil rundingan dengan organisasi C. Pempimpin mesti mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpengaruh dan kesungguhan D. Pemimpin yang memperkasakan budaya kepimpinan tanpa soal jawab


Soalan 4 4. Yang manakah BUKAN fungsi tugasan seseorang pemimpin? A. Memperuntukkan sumber B. Mengawal perjalanan kerja C. Membuat penilaian akhir D. Memberi motivasi kepada kumpulan


Soalan 5 5. Berikut merupakan sepuluh sifat peribadi yang perlu dimiliki oleh pemimpin kecuali: a) Mengamalkan majlis shura b) Rela berkorban c) Berkarisma d) Berpengetahuan e) Adil


Soalan 6 6. Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam komponen fungsi kumpulan? a) Mengawal perjalanan kerja b) Memberi maklum balas yang konstruktif c) Memberi pujian dan sokongan d) Mengetuai pasukan supaya memberi fokus e) Berkomunikasi secara terbuka


Soalan 7 7. Berdasarkan kajian University Michigan, para pengkaji telah menemui dua dimensi tingkah laku. Antara yang berikut, dimensi yang manakah yang telah ditemui oleh mereka. a) Orientasi pengeluaran dan orientasi penggunaan b) Orientasi kepakaran dan orientasi praktikal c) Orientasi subordinat dan orientasi integriti d) Orientasi subordinat dan orientasi pengeluaran e) Orientasi pengeluaran dan orientasi karisma


Soalan 8 8. Antara yang berikut, yang manakah merupakan prinsip kepimpinan mengikut perspektif Barat. a) Mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya organisasi mereka. b) Berperanan mewujudkan daya mapan organisasi untuk jangka panjang. c) Menyediakan ruang dan mengalu-alukan pandangan yang membina d) Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan e) Wujudkan hubungan manusia berasaskan rasa hormat satu sama lain.


Soalan 9 9. Antara berikut, yang manakah menjelaskan maksud kajian Universiti Michigan dalam teori tingkah laku? A. Kumpulan pengkaji menemukan 2 dimensi tingkahlaku, iaitu orientasi subordinat & orientasi pengeluaran. B. Pengkaji mendapati terdapat 2 dimensi kepimpinan utama yang memberi kesan kepada subordinat. C. Kajian ini berhubung dengan gaya kepimpinan. D. Kajian ini dianggap memberi impak besar.


Soalan 10 10. Yang manakah antara berikut BUKAN gaya kepimpinan yang dikenal pasti mengikut teori yang diutarakan oleh Hershey dan Blanchard (1977)? A. Gaya mengarah/memberitahu B. Gaya laissez-faire/gaya bebas C. Gaya menjual/yakinkan D. Gaya turut serta/menyokong E. Gaya mendelegasi/menugaskan


Bab 3a Soalan Bab Ini Disumbangkan Oleh Kumpulan INFINITE Terima kasih


Penghargaan Soalan Disumbangkan Oleh KUMPULAN INFINITE Muhammad Ameerul Amin B Bakar@Omar Nur Atikah binti A.Rahman Akma Azmiera binti Akman Siti Noor Aini bt Johari Ninie Nadia Binti Zulkipli Tengku Nur'Aisyatul Akmal Binti Tengku Hashim Nor Fadhilah binti Kaukiah Farah Adibah Binti Abd Kadir Nur Aisyah Salsabila binti Arman Siti Aishah bt Rahim Puteri Nur Zizie binti Zulkapli


Kuiz PD Set B Bab 3a Infinite