Page 1

Bab 1a Komunikasi


Soalan 1 Manakah antara berikut BUKAN proses komunikasi? A. Pengirim membentuk idea B. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam bentuk mesej C. Mesej akan melalui saluran komunikasi D. Penerima mendekodkan mesej tersebut E. Maklum balas dihantar kepada penerima


Soalan 2 Berikut merupakan kategori utama bagi model komunikasi iaitu: I. Model Komunikasi Linear II. Model Komunikasi Interpersonal III. Model Komunikasi Transaksional IV. Model Komunikasi Interaksional A. B. C. D.

I dan II sahaja II dan III sahaja I, III dan IV sahaja Semua di atas


Soalan 3 Perkara berikut diperlukan apabila menulis esei atau latihan ilmiah KECUALI: A. Judul yang menggambarkan kerangka kajian B. Pengenalan yang memperkenalkan perkara pokok dalam kajian, kenapa anda mengkajinya,, apa yang telah dikaji dan sebagainya. C. Kaedah yang menjelaskan instrumen, sampel, kaedah persampelan, bagaimana memeperolehi dan menganalisis data. D. Perbincangan iaitu membandingkan dapatan anda dengan dapatan kajian orang lain yang telah dilakukan. E. Menyenaraikan bahan-bahan yang dirujuk mengikut turutan abjad bagi tajuk bahan-bahan tersebut.


Soalan 4 Manakah antara berikut merupakan perkara penting dalam komunikasi KECUALI? A.Paraprasa B.meringkas C.Refleksi perasaan D.Penilaian kendiri


Soalan 5 Berikut merupakan jenis komunikasi KECUALI: A. Komunikasi lisan B. Komunikasi bukan verbal. C. Komunikasi laras bahasa. D. Komunikasi bertulis


Soalan 6 Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan aspek komunikasi lisan? A. Perbendaharaan kata B. Sentuhan C. Singkat dan jelas D. Intonasi E. Kelajuan


Soalan 7 “Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering berlaku secara serentak. Harrison(1974) mencadangkan komunikasi boleh dilihat satu penggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal.� Berdasarkan pernyataan di atas ,aspek-aspek komunikasi bukan verbal meliputi hal-hal seperti berikut ,KECUALI...? A.Proksemik B.Gaya tubuh badan dan gaya berjalan C.Laras bahasa D.Sentuhan E.Ekspresi wajah


Soalan 8 Berikut merupakan faktor komunikasi KECUALI: A. Hipotesis B. Gaya C. Laras D. Pengolahan E. Bahasa


Soalan 9 Terdapat beberapa bentuk atau jenis komunikasi bertulis iaitu, karangan berformat khusus dan karangan berformat umum. Berikut antara contoh karangan berformat khusus KECUALI? A. Surat rasmi B. Surat tidak rasmi C. Memo D. E-mel E. Tulisan ilmiah


Soalan 10 Antara berikut, yang manakah tujuan komunikasi intrapersonal KECUALI? I. Mempertajam strategi dalam membuat keputusan II. Melemahkan emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri III. Muhasabah diri IV. Memahami kelebihan serta kelemahan diri sendiri A. B. C. D.

I dan II sahaja II dan III sahaja I, III dan IV sahaja Semua di atas


Bab 1a Soalan Bab Ini Disumbangkan Oleh

Kumpulan MAMMA MIA Terima kasih


Penghargaan Soalan Disumbangkan Oleh KUMPULAN MAMMA MIA Mohammad Nur Naim Bin Mohd Razali Muhamad Razis Bin Sudin Noor Ain Zulaiha Binti Ibrahim Zahidah Nadiah Binti Mohamad Hamidy Fateh Binti Abdul Rahman Muhammad Amir Bin Mohd Hashim Ahmad Muttaqin Bin Mohd Nor Nur Ezatul Falihin Binti Suhaime Muhammad Zulhilmi Bin Hussin Amirah Izzaty Binti Azman

Kuiz PD Set B Bab 1a Mamma Mia  

Kuiz PD Set B Bab 1a Mamma Mia

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you