Page 1

KUIZ SET D Modul HE Bab 8 Dr Ahmad Zamri Mansor


Soalan 1 Negara luar manakah yang TIDAK menerusi perlaksanaan dasar pendidikan untuk pelbagai komuniti etnik bagi memupuk kesepaduan sosial? A. Perancis B. Amerika Syarikat C. Africa D. Indonesia E. Thailand


Soalan 2 Yang manakah BENAR tentang pendidikan komuniti Melayu di Tanah Melayu? A. Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Australia, Thailand. B. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. C. Lepasan sekolah Melayu berpeluang menjawat jawatan tinggi. D. Sekolah yang ditubuhkan perlukan pemantauan kerajaan British. E. Sekolah menyediakan pengajaran di peringkat rendah sahaja.


Soalan 3 Apakah tujuan penubuhan sekolah vernakular Cina? A. Menggubal Enakmen Pendaftaran Sekolah. B. Mengubah nasib dan status ke tahap yang baik. C. Mengekalkan identiti komuniti Cina di Tanah Melayu agar tidak terpisah dengan negara asal. D. Membangkit semangat nasionalisme. E. Mendesak British tidak bercampur tangan dalam hal ehwal pendidikan.


Soalan 4 Berikut yang manakah adalah BENAR berkenaan pendidikan komuniti India? A. Komuniti India mempunyai sumber atau dana kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah. B. Kebanyakan komuniti India memasuki sekolah vernakular Melayu yang disediakan oleh kerajaan British. C. Sekolah Vernakular Tamil ditubuhkan oleh kerajaan British. D. Sukatan pengajaran dan tenaga pengajar diambil dari India. E. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.


Soalan 5 Berikut yang manakah adalah SALAH berkenaan sekolah vernakular Inggeris? A. Pendidikan Inggeris mula berkembang di Tanah Melayu setelah penubuhan Penang Free School pada tahun 1816. B. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar utama. C. Kebanyakan komuniti Cina dan India yang menetap di bandar berpeluang memasuki sekolah vernakular Inggeris manakala komuniti Melayu kelas atasan lebih diberi keutamaan. D. Pelajar lepasan sekolah vernakular Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej ataupun universiti sama ada di dalam negara sahaja. E. Pelajar lepasan sekolah vernakular Inggeris berkebolehan untuk memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran British.


Soalan 6 Apakah perkara yang ditumpukan dan dipenuhi dalam pendidikan vernakular Melayu? I. Membaca II. Mengira III. Perdagangan IV. Pertanian V. Melukis A. B. C. D.

I, II, & III I, II & IV I, II, & V Semua di atas.


Soalan 7 Pernyataan berikut BENAR mengenai Jawatankuasa Antara Kaum 1949: A. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. B. Bahasa ibunda masing-masing tidak boleh diajar. C. Sekolah Kebangsaan akan ditubuhkan untuk menyatukan komuniti etnik yang berbeza. Manakala bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar. D. Ahli jawatankuasa diwakili oleh satu etnik sahaja. E. Penyatuan berjaya dicapai.


Soalan 8 Apakah sebab yang menyebabkan Dasar Cheeseman 1946 tidak dapat dilaksanakan ? I. Kekurangan tenaga pengajar II. Masalah kewangan III. Ketiadaan kuasa IV. Kekurangan tempat A. B. C. D.

I & II I & IIl I , ll & llll Semua di atas.


Soalan 9 Lapora Razak dijadikan Dasar Pendidikan pertama setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Antara usul utama yang ditekankan dalam dasar ini adalah: I. II. III. IV.

Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah Di peringkat sekolah menengah bahasa Inggeris kekal digunakan sebagai bahasa pengantar Bahasa Melayu dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar Kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa terbesar dunia

A. B. C. D.

I & II I & IIl I , ll & llll Semua di atas.


Soalan 10 Yang manakah TIDAK benar mengenai usul yang diketengahkan dalam Laporan Fenn-Wu 1951? A. Mempertahankan kedudukan sekolah Cina dan mendesak agar pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan. B. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai kursus wajib dalam sekolah Cina. C. Kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa terbesar dunia. D. Gesaan agar sekolah Cina tidak memfokuskan bentuk, kaedah dan sukatan pendidikan dari negara China kerana mereka telah pun mendiami Tanah Melayu.


PENGHARGAAN Soalan-soalan ini disumbangkan oleh Pelajar-pelajar Kursus Hubungan Etnik Fakulti Sains Kesihatan, UKM Terima Kasih Dari Dr Ahmad Zamri Mansor


Kumpulan Sigma Han Wan Chien Sia Pei Sin Tham Pei Yee Wong Yun Hua Lim Hwee Ying Nur Farhah Binti Abdul Hamid Nur Akmalulhidayah Binti Md Said

Kuiz he set d bab 8 sigma  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you