Page 1

KUIZ SET C Modul HE Bab 8 Dr Ahmad Zamri Mansor


Soalan 1 Senarai berikut, yang manakah TIDAK BETUL mengenai Dasar Pendidikan Pertama setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan A. Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama. B. Pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu dilanjutkan ke peringkat menengah dan universiti. C. Sekolah vernakular beransur-ansur berubah kepada sekolah kebangsaan yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. D. Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. E. Kerajaan mengekalkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah masingmasing.


Soalan 2 Berikut merupakan perkara yang terkandung dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, kecuali : A. Peperiksaan yang sama B. Ko-Kurikulum yang sama C. Sukatan pelajaran yang sama D. Peperiksaan yang sama E. Skop pelajaran yang sama


Soalan 3 Apakah kesan permansuhan Akta Pendidikan 1961? A. Perniagaan dengan China tidak dapat diterokai B. Bantahan masyarakat Cina terhadap akta tersebut C. Pelajar Cina berkemampuan bertutur dalam Bahasa Melayu D. Sekolah aliran Cina menerima lebih ramai pelajar bumiputera E. Sekolah vernakular Cina tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada pendidikan negara.


Soalan 4 Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai pendidikan peringkat menengah? A. Bahasa pengantar utama yang digunakan ialah bahasa Melayu B. Pembelajaran dalam bahasa ibunda mengikut etnik adalah dibenarkan sekiranya memenuhi syarat C. Para pelajar bukan melayu tidak diberi pilihan dalam memilih mata pelajaran D. Kelas moral diwujudkan bagi pelajar bukan melayu bagi menggantikan kelas agama Islam E. Pembelajaran dalam bahasa ibunda mengekalkan identiti kaum masing-masing


Soalan 5 Antara usul utama Laporan Rahman Talib 1960 ialah memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Apakah tujuannya? A. Sumber pendapatan negara B. Membuka peluang kepada komuniti Melayu berkecimpung dalam bidang berkenaan C. Memberi peluang pekerjaan kepada komuniti Cina D. Memberi peluang kepada komuniti India berkecimpung dalam bidang berkenaan E. Merupakan mata pelajaran wajib dalam aliran pendidikan


Soalan 6 Antara berikut adalah BENAR tentang sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan KECUALI: A. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan B. Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan C. Sukatan pelajaran adalah berbeza di antara kedua-dua jenis sekolah tersebut D. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin digunakan sbagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan E. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah ini adalah sama


Soalan 7 Antara manakah bukan kursus kritikal matrikulasi? A. Perubatan B. Akaun C. Pergigian D. Farmasi E. Perundangan


Soalan 8 Antara manakah merupakan IPTA yang didominasi oleh orang Islam dan bumiputera Sabah dan Sarawak? A. UUM B. UPM C. UniTen D. UKM E. UiTM


Soalan 9 Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan adalah untuk: A Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid berbangsa Melayu. B Memupuk semangat integrasi antara murid-murid daripada pelbagai aliran. C Melahirkan generasi yang mempunyai sifat rasional dan patriotisme demi mewujudkan sebuah negara yang maju. D Menggalakkan pertukaran ilmu pengetahuan melalui program “student exchange� yang melibatkan pelbagai negara . E Melahirkan generasi muda yang berdikari, bertanggungjawab serta berpengetahuan.


Soalan 10 Rukun politik Cina yang diwujudkan demi meminta kerajaan bersikap terbuka dalam memberi layanan sama rata kepada sekolah pelbagai aliran merangkumi aspek dalam mempertahankan: (i) (ii) (iii) (iv) (v) A. B. C. D. E.

Pendidikan Cina Penerbitan Cina Persatuan Cina Perniagaan Cina Pembangunan Cina (i) dan (ii) (ii) dan (iii) (i), (ii) dan (iii) (i), (ii), (iii), dan (iv) (i), (ii), (iii), (iv) dam (v)


PENGHARGAAN Soalan-soalan ini disumbangkan oleh Pelajar-pelajar Kursus Hubungan Etnik Fakulti Sains Kesihatan, UKM Terima Kasih Dari Dr Ahmad Zamri Mansor


Kumpulan SPAUD Wan Huey Boon Wong Kah Man Chew Yong Yee Hii Yu Nga Farahah Rosni Nurul Najwa Nazri Wan Norfaizah

Kuiz he set c bab 8 spaud