Issuu on Google+

KUIZ SET C Modul HE Bab 7 Dr Ahmad Zamri Mansor


Soalan 1 Manakah penyataan yang tidak benar mengenai segregasi dan integrasi ? A. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. B. Di Afrika Selatan, segregasi yang diamalkan adalah didasarkan oleh undangundang yang dikenali sebagai dasar aparteid. C. Integrasi ialah satu proses pengasingan pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. D. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi agama, budaya, sosial dan kawasan penempatan. E. Menurut Ting, integrasi ialah proses yang sangat kompleks, tidak dapat dicapai dalam waktu yang singkat.


Soalan 2 Antara yang berikut merupakan faktor yang boleh mencetuskan perpecahan, kecuali A. Rasisme B. Stereotaip C. Segregasi D. Etnosentrisme E. Diskriminasi


Soalan 3 Pernyataan manakah benar tentang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)? A. Ditubuhkan untuk memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di Malaysia B. mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara pada tahun 2006 C. Ditubuhkan untuk memulihkan hubungan antara kaum kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969 D. Jabatan Perpaduan Negara mewujudkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun 1969 E. memastikan rakyat menjiwai nilai dan konsep satu bangsa Malaysia seperti yang terkandung dalam cabaran pertama Wawasan 2020


Soalan 4 Antara berikut, yang manakah bukan dasar-dasar kerajaan dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik? A. Dasar Pendidikan Kebangsaan B. Dasar Kebudayaan Kebangsaan C. Dasar Ekonomi Baru D. Dasar Transformasi Negara E. Dasar Wawasan Negara


Soalan 5 Antara berikut merupakan strategi kerajaan dalam persefahaman politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah KECUALI: A. Sistem kerajaan persekutuan B. Demokrasi berparlimen C. Raja berpelembagaan D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan E. Hak asasi rakyat Malaysia


Soalan 6 Antara berikut adalah usaha untuk mencapai perpaduan melalui strategi keseimbangan ekonomi KECUALI: A. Mewujudkan langkah keselamatan dan undang-undang B. Mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan antara wilayah C. Mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi D. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik E. Meningkatkan taraf ekonomi antara etnik dan wilayah


Soalan 7

pilih penyataan yang betul tentang strategi penggunaan bahasa kebangsaan. A. penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling tidak berkesan untuk memupuk perpaduan. B. penggunaan satu bahasa membolehkan pelbagai etnik dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain. C. Penggunaan satu bahasa tidak dapat mewujudkan ciri persamaan antara rakyat. D. Bahasa melayu tidak pernah menjadi lingua-franca. E. Bahasa melayu tidak pernah diguna untuk hubungan diplomatik antara kesultanan melayu melaka dengan negeri lain.


Soalan 8

Apakah prinsip-prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan? I. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini II. unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima menjadi unsui Kebudayaan kebangsaan III. Islam menjadii unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. IV. Kebudayaan kebangsaan bermakna mengabaikan kebudayaan sukuan. A. II dan IV. B. I, II dan III. C. I, II dan IV. D. I, III dan IV. E. II, III dan IV.


Soalan 9 Berikut ialah langkah kerajaan untuk merapatkan jurang sosial antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Antara berikut, yang manakah yang SALAH : A. Penambaikkan sistem perhubungan kebangsaan B. Penambahbaikkan sistem pengangkutan C. Penubuhan pelbagai agensi persekutuan di negeri berkenaan D. Mengadakan program lawatan pemimpin masyarakat E. Menubuhkan jawatankuasa Rukun Tetangga


Soalan 10 Pemulihan ialah usaha untuk mententeramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik. Aspek pemulihan termasuklah keselamatan dan ketenteraman awam yang melibatkan tindakan, terutamanya: A. Pihak polis B. Angkatan tentera C. Ikatan Relawan Rakyat (RELA) D. Rukun Tetangga E. Pegawai Bomba


PENGHARGAAN Soalan-soalan ini disumbangkan oleh Pelajar-pelajar Kursus Hubungan Etnik Fakulti Sains Kesihatan, UKM Terima Kasih Dari Dr Ahmad Zamri Mansor


Kumpulan PTNine Rahmadanis binti Erman Nur Asyikin binti Mohamad Khairi Winnie Wong Yuen Ling Goh Chia Chia Caren Tsen Yee Shian Tan Phui Khuun


Kuiz he set c bab 7 ptnine