Issuu on Google+

BAB 5 Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia. 2. Menghuraikan usaha yang diambil untuk mengukuhkan kesepaduan sosial melalui politik. 3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi etnik di negara ini dalam konteks politik.


Pengenalan Sejarah Politik Malaysia ď ľ

ď ľ

Pentadbiran feudalisme Kesultanan Melayu Melaka: - sultan dibantu oleh 4 pembesar Melayu - kerajaan Melayu Melaka memiliki undang-undang kanun Melaka - sistem politik tidak membenarkan persaingan kuasa secara bebas - sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan raja Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu: - pengenalan sistem residen melalui penjanjian Pangkor 1874 dan negeri-negeri Melayu dipaksa menerima residen


Pengenalan Sejarah Politik Malaysia (samb) ď ľ

ď ľ

ď ľ

Implikasi pelaksanaan sistem residen menghakiskan kuasa institusi kesultanan Melayu - kuasa memungut cukai terhakis - bertanggungjawab terhadap soal kedudukan agama Islam dan hal ehwal berkaitan dengan adat resam orang Melayu sahaja. British meneruskan usaha menguasai negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan unit pentadbiran NNMB DAN NNMBTB Kemuncak penguasaan British dengan memperkenalkan Malayan Union


Pengenalan Sejarah Politik Malaysia (Samb) 

Penubuhan UMNO reaksi penentangan terhadap Malayan Union sehingga diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, 1948 1950, UMNO bergabung dengan MCA bagi mewujudkan parti Perikatan walaupun memperjuangkan kepentingan mengikut etnik. Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia pada awal kemerdekaan mempunyai pelbagai parti politik yang pada dasarnya mewakili pelbagai kaum. Akhirnya, asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai kaum adalah menjurus kepada permuafakatan


Pengenalan Sejarah Politik Malaysia (Samb) 

Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan membawa pembangunan. Kini, di peringkat kerajaan persekutuan, BN kini dianggotai oleh 14 buah parti (UMNO, MCA, MIC,  GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP dan PRS) dan Pakatan Rakyat dianggotai 8 buah parti (PKR, DAP, PAS, SNAP, PRM, PSM, MDP dan SAPP)


Pembangunan Politik ď ľ

ď ľ

ď ľ

Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan politik Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan - penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat nasionalisme Usaha mewujudkan negara bangsa bukan suatu yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira


Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik ď ľ

ď ľ

ď ľ

Semasa pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946, secara tersirat memperlihatkan pihak British ingin memperkenalkan corak pemerintahan unitary yang berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British dan rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa. Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti Perikatan mengamalkan konsep perkongsian kuasa atau pakatan politik. Pada tahun 1960-an, satu lagi parti berbilang etnik yang wujud ialah National Convention Party (NCP) pimpinan Abdul Aziz Ishak.


Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik (Samb) ď ľ

Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar dengan penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Gerakan dari Semenanjung dan parti politik lain dari Sabah dan Sarawak. - Pengabungan ini bagi kestabilan politik bagi mengelak tragedi 13 mei berulang kembali. - Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani sebagai tanda persetujuan antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.


Demografi dan Politik ď ľ

Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya. - Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu atau Bumiputera mempunyai 125 kerusi, iaitu etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau bumiputera dalam politik negara adalah 156 atau bersamaan 71.2 peratus kerusi. (Analisa Pilihan raya 1995, 1999 dan 2004)


Demografi dan Politik (Samb) ď ľ

ď ľ

Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik. Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan masa depan negara.


Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak ď ľ

ď ľ

ď ľ

Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili etnik masing-masing, terutamanya menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia. Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada di Semenanjung. Gabungan sedemikian penting untuk menjamin kestabilan dan memastikan suara semua etnik diwakili.


Pakatan Politik di Sabah 

Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz penduduk. Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak memperlihatkan pola yang hampir sama. Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO dan SCA di Sabah bergabung untuk menubuhkan parti Perikatan. Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri daripada USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan dan majoriti ahlinya menyertai USNO.


Pakatan Politik di Sabah (Samb) ď ľ

ď ľ

ď ľ

Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun 1976 sehingga tahun 1985 merupakan sebuah parti berbilang etnik dianggotai oleh bumiputera Islam dan bukan Islam yang ditubuhkan pada Julai 1975 meskipun pucuk pimpinannya dimonopoli oleh bumiputera Islam. Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS, krisis dan ketegangan berlaku antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. PBS yang merupakan sebuah parti pelbagai etnik dimonopoli bumiputera bukan Islam dari segi kepemimpinan.


Pakatan Politik di Sabah (samb) ď ľ

Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti berikut dalam politik di Sabah: 1. UMNO berjanji sekiranya parti tersebut berjaya merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran 2. UMNO berjaya menyatukan pelbagai etnik 3. Lahirkan beberapa buah parti baharu


Pakatan Politik di Serawak 

Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah sekitar 30 suku kaumnya. Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti masingmasing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera. Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan beberapa parti etnik Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.


Pakatan Politik di Serawak 

Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai kerajaan campuran BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971. Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau. Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik, sama ada BN atau parti pembangkang. Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami masalah dalaman


Tsunami Politik: Politik Perkauman Semakin Mengendur ď ľ

ď ľ

ď ľ

Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20 parti politik yang menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai 140 atau memperoleh 63 peratus kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala pembangkang memenangi 82 kerusi bersamaan 37 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada 25 kerusi manakala di Sarawak 27 daripada 28 kerusi.


Perubahan Trend dan Corak Pengundian ď ľ

ď ľ

Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan corak pengundian yang berbeza daripada pilihan raya sebelumnya, iaitu BN menguasai majoriti kerusi tanpa banyak cabaran, kecuali bagi pilihan raya 1969. Terdapat pemimpin dan parti politik yang memanipulasi isu perkauman untuk meraih undi kerana strategi sedemikian mudah memancing emosi pengundi kaum terbabit, apatah lagi jika yang disentuh itu membabitkan hak dan kepentingan kaum berkenaan seperti agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan.


Perubahan Trend dan Corak Pengundian (Samb) ď ľ

ď ľ

Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar dan utama membabitkan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan seumpamanya. Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan perubahan dari segi kematangan demokrasi dan berpolitik dalam kalangan rakyat.


Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin ď ľ

ď ľ

ď ľ

Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat lebih memihak kepada pembangkang dan menolak BN yang disifatkan sebagai tsunami politik. Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum. Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang satusatu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian merupakan kubu kuat BN.


Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin (Samb) 

Bagi kawasan yang didominasi kaum Cina pula, sokongan terhadap BN adalah rendah. Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum. Semakin ramai orang Cina dan India di sesuatu kawasan, semakin rendah pula sokongan mereka terhadap BN. Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Melayu. Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga dan kejayaan Sarawak dan Sabah menjadi kubu kuat


Kesimpulan ď ľ

ď ľ

ď ľ

Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik. Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang. Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara ini.


Bab 5 Permuafakatan Politik