Issuu on Google+

2011

PERLEMBAGAAN KELAB PING PONG PUTRAJAYA

OLEH : AZAM BUSRA APRIL 2011 (VER001)


Undang-Undang Bagi Kelab Ping Pong Putrajaya (KPPj8) 1.

NAMA Pertubuhan ini akan dikenali dengan nama Kelab Ping Pong Putrajaya.. Atau ringkasnya akan di sebut sebagai KPPj8.

2.

ALAMAT TEMPAT URUSAN Alamat tempat urusan dan surat menyurat Kelab ini ialah D/A No 21 Jalan P9 G/4, Presint 9 62250 Putrajaya atau ditempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh ahli jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia terlebih dahulu.

3.

DEFINASI

3.1

Persatuan bermakna KELAB PING PONG PUTRAJAYA .

3.2

AHLI GABUNGAN bermakna pertubuhan pertubuhan yang telah diterima keahlianya dalam Kelab ini .

3.3

AHLI BERSEKUTU bermakna pertubuhan pertubuhan yang telah diterima keahlianya dalam Kelab ini .

3.4

AHLI BIASA bermakna pertubuhan pertubuhan yang telah diterima keahlianya dalam Kelab ini .

3.5

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN / DWI TAHUNAN bermakna mesyuarat yang akan diadakan oleh persatuan ini setiap tahun / dua tahun sekali seperti yang disebutkan dalam perlembagaan ini.

3.6

MAJLIS / JAWATANKUASA INDUK bermakna Majlis / Jawatankuasa Induk bagi Kelab pada masa ini.

3.7

JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk dan/ atau dilantik dibawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 18.

3.8

PEJABAT bermakna alamat berdaftar persatuan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2 perlembagaan ini.

-2-


4.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

4.1

Bertindak sebagai badan pengelola, mentadbir dan mengurus aktiviti sukan ping pong di kalangan penduduk di kawasan Putrajaya.

4.2

Menggalakkan dan membangunkan sukan Ping Pong di kalangan penduduk di kawasan Putrajaya.

4.3

Untuk mengekalkan hubungan dan kedudukan baik dengan badan pengelola dan pengawalseliaan bagi sukan Ping Pong di peringkat yang lebih tinggi.

4.4

Untuk memastikan bahawa perlembagaan dan kaedah kaedah Kelab Ping Pong Putrajaya di patuhi dan iikuti oleh semua ahli.

4.5

Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Kelab, asalkan tidak bercanggah dengan undang undang Negara.

4.6

Untuk melahirkan rasa kasih sayang dan taat setia kepada agama, bangsa dan Negara kea rah melahirkan masyarakat yang sihat.

4.7

Untuk menyatu, menyusun dan mengembeling tenaga ahli-ahli supaya mengambil peranan aktif dan positif dalam memajukan aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dan rohani.

4.8

Untuk menanamkan semangat kesukanan dan kecergasan.

4.9

Untuk memupuk perasaan bertolenransi, persahabatan, perpaduan, persefahaman, ketahanan mental dan kendari di kalangan ahli.

4.10

Untuk mendidik dan melahirkan pemimpin yang berilmu dan berakhlak mulia yang mampu menghadapi cabaran.

4.11

Untuk menggalakkan ahli-ahli bergerak kearah kehidupan yang sempurna yang berasaskan kehormatan diri dan sifat-sifat berdikari dan berdisiplin.

4.12

Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi serta riadah kearah membina kehidupan yang sihat, bermutu dan cermelang.

4.13

Untuk mengeratkan perpaduan di kalangan warga Putrajaya.

4.14

Untuk mendidik dan membimbing generasi muda kea rah aktiviti yang member faedah.

4.15

Untuk menggalakkan ahli-ahli melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan.

-3-


4.16

Untuk mengetengahkan ahli supaya berpotensi didalam sukan Ping Pong.

4.17

Kelab ini boleh memohon tanah, memiliki hartanah, bangunan dan lain-lain harta benda serta membeli, meminjam, mencagarkan harta milik Persatuan dengan apaapa jalan yang dibenarkan oleh Mesyuarat Agung.

4.18

Bekerjasama dengan mana-mana Badan kebajikan dan Pertubuhan di peringkat Wilayah Persekutuan dan Negeri didalam apa jua bidang mahupun Pelajaran, Kebajikan, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian.

5.

LOGO / LAMBANG -

Seperti Di Lampiran 1 dimukasurat belakang –

6.

KEAHLIAN

6.1

Jenis Keahlian. 6.1.1 Keahlian bagi Persatuan ini terbahagi kepada 2 kategori sahaja, iaitu:1. 2.

Ahli Biasa( Individu/Perseorangan ) Ahli Di Bawah Umur 18 Tahun ( Individu/Perseorangan )

6.1.2 Keahlian Biasa terbuka kepada mana-mana individu atau Perseorangan yang bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan kawasan sekitar untuk menjadi ahli Kelab. 6.1.3 Keahlian Di Bawah Umur 18 Tahun terbuka kepada mana-mana individu atau Perseorangan atau pelajar sekolah yang bermastautin di Putrajaya dan kawasan sekitar untuk menjadi ahli Kelab. 6.2

Cara Memohon Menjadi Ahli. Permohonan untuk menjadi Ahli mestilah dibuat dalam borang khas yang hendaklah ditandatangani oleh seorang Pencadang dan Penyokong dari Ahli Jawatankuasa. Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

6.3

Jawatankuasa Kelab berhak menolak mana-mana permohonan menjadi ahli tanpa memberitahu sebab-sebabnya dan keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.

-4-


7.

PEMBATALAN AHLI

7.1

Keahlian seseorang Ahli atau Pertubuhan akan terbatal sekiranya :-

7.1.1 Telah tidak menjelaskan yuran selama Enam (6) bulan berturut-turut, dalam tempoh kutipan yuran tahunan dan setelah diberi notis bertulis oleh Setiausaha atau Bendahari Kelab. 7.1.1 Telah tidak mematuhi Perlembangaan atau dasar Kelab atau berkelakuan yang boleh merosakkan nama baik Kelab. Keputusan dalam kes ini akan dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab. 7.1.2 Mana-mana Ahli atau Pertubuhan yang hendak berhenti dari menjadi Ahli Kelab hendaklah memberi kenyataan bertulis Dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutang piutangnya yang wujud dengan Kelab.

8

YURAN KEAHLIAN

8.1

Yuran pendaftaran bagi Ahli Biasa ialah sebanyak RM 20.00

8.2

Yuran pendaftaran bagi Ahli Di Bawah Umur 18 Tahun ialah sebanyak RM 15.00

8.3

Bayaran yuran bulanan Ahli Biasa dan Ahli Di Bawah Umur 18 Tahun ialah sebanyak RM 10.00 sebulan.

8.4

Segala bayaran yuran Ahli hendaklah di bayar kepada Bendahari Kelab, yang akan mengeluarkan resit rasmi Kelab dengan seberapa segera mungkin.

8.5

Ahli yang membiarkan hutang yuran lebih dari dari Tiga (3) bulan akan menerima Surat Peringatan yang ditandatangani oleh Bendahari Kelab.

8.6

Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi Enam (6) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Ahli Kelab.

8.7

Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula dan syarat-syarat yang dikenakan bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang yuran yang tertunggak.

8.8

Yuran-yuran Khas atau kutipan wang dari ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung

-5-


9

BERHENTI DAN PEMECATAN AHLI

9.1

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Kelab, hendaklah memberi kenyataan bertulis Dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kelab dan membayar segala hutang-piutangnya.

9.2

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dengan cara yang boleh mencemarkan nama baik Kelab akan dipecat atau digantung keahlianya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Ahli Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantunganya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli berkenaan.

10

KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI

10.1

Tiap-tiap ahli Kelab dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab.

10.2

Setiap ahli Kelab berhak menerima dengan percuma Perlembagaan Persekutuan ini.

11

HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG

11.1

Ahli Bersekutu dan Ahli Biasa yang membayar yuran adalah berhak untuk menikmati kemudahan Kelab dan berhak mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam Kelab.

12

TUGAS MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN

12.1

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bertanggung jawab untuk:12.1.1

Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang lepas

12.1.2

Menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan Kelab di dalam 2 tahun yang lalu.

12.1.3

Menerima dan meluluskan laporan Bendahari Kelab dan Penyata Kira Kira yang telah di auditkan bagi 2 tahun yang lalu.

12.1.4

Memilih dan Melantik Ahli Ahli Jawatankuasa dan Juru Audit untuk 2 tahun yang akan datang .

-6-


12.1.5

Mengurus perkara perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat.

12.2

Pentadbiran Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. Sekurang kurangnya Separuh (½) daripada jumlah Ahli -Ahli Biasa atau Dua (2) kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa adalah menjadi korum kehadiran untuk mengesahkan mesyuarat boleh diadakan

12.3

Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguh kepada satu tarikh ( tidak lebih dari 90 hari ) yang telah ditetapkan mesyuarat yang ditangguh, mesyuarat tetap dijalankan tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

12.4

Mesyuarat Agung bagi Kelab ini hendaklah diadakan dalam tempoh 2(dua) tahun sekali setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac masa tarikh dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan adalah :12.4.1

Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diauditkan bagi tempoh Dua (2) tahun lalu.

12.4.1

Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Kelab didalam tahun tersebut bagi tempoh Dua (2) tahun lalu.

12.4.2

Melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira 2(dua) tahun akan dating.

12.5

Pengumuman awal berkenaan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan tahunan yang menerangkan tarikh, waktu, tempat dan panggilan untuk memberi cadangancadangan yang telah dibicara, cadangan-cadangan untuk meminda Undang-Undang hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Kelab kepada setiap ahli tidak lewat 21 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat dan pengumuman ini hendaklah ditujukan supaya jelas kelihatan di Pejabat yang telah didaftarkan atau di tempat mesyuarat bagi Kelab.

12.6

Cadangan-cadangan untuk dirundingkan didalam mesyuarat hendaklah dihantar supaya sampai kepada Setiausaha Kelab tidak lewat dari Tujuh (7) hari sebelum penerimaan pengumuman mesyuarat.

12.7

Setiausaha Kelab hendaklah menghantar kepada ahli-ahli sekurang-kuranganya Tujuh (7) hari sebelum diadakan mesyuarat. Satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan lapuran-lapuran, cadangancadangan serta dengan penyata kira-kira Kelab bagi tahun lalu yang telah diauditkan. Salinan surat-surat ini hendaklah senang diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli dari alamat atau ditempat mesyuarat.

-7-


12.8

12.9

Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :12.8.1

Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa.

12.8.2

Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang Dua pertiga (2/3) daripada jumlah Ahli Biasa dengan menerangkan tujuan dan sebab untuk mengadakannya.

Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh didalam tempoh Satu (1) bulan daripada penerimaan permintaan mesyuarat itu.

12.10 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha Kelab sekurang-kurang Ttujuh (7) hari sebelum tarikh yang ditetapkan. 12.11 Di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat AgungDwi Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi setelah setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah batal dan dalam masa Enam 6) bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan Ahli-Ahli Biasa dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. 12.12 Setiausaha Kelab hendaklah menghantar 1(satu) salinan Minit Mesyuarat DwiTahunan atau Mesyuarat Agung Khas kepada ahli-ahli dalam tempoh Dua (2) minggu selepas mesyuarat.

13

PERWAKILAN

13.1

Setiap Ahli Kelab berhak menghantar Tiga (3) wakil ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan seperti yang di nyatakan dalam Fasal 14.3

13.2

Nama nama wakil yang dipilih hendaklah disampaikan dengan secara bertulis kepada Setiausaha Kelab sekurang kurangnya Tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

13.3

Ahli Gabungan dan Ahli Bersekutu boleh menukar nama wakil mereka jika perlu tetapi penukaran itu hendaklah di sampaikan kepada Setiausaha Agung sekurang kurangnya Satu (1) hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

-8-


14

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DWI TAHUNAN

14.1

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan adalah badan Persatuan yang tertinggi dan yang menyeluruh untuk Persatuan ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya.

14.2

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan akan diadakan Dua (2) Tahun sekali.

14.3

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan akan mengandungi wakil dari semua Ahli Persatuan seperti dalam Fasal 13 14.3.1 Setiap Ahli Gabungan berhak menghantar tidak lebih dari 5 orang wakil ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan. 14.3.2 Setiap Ahli Biasa boleh menghantar tidak lebih 3 orang wakil ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

14.4

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 30 Jun tiap tiap 2 tahun sekali di tempat akan ditetapkan oleh Majlis. Sekurang kurangnya 15 hari notis termasuk salinan penyata kira kira tahunan yang lalu bagi dua (2) tahun yang lalu yang sempurna diaudit hendaklah diberi dengan secara bertulis oleh Setiausaha Kelab kepada Ahli Persatuan.

15

MAJLIS JAWATANKUASA INDUK

15.1

Satu jawatankuasa yang dinamakan Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah dilantik didalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan adalah seperti berikut :Seorang Presiden Kelab Seorang Timbalan Presiden Kelab Seorang Setiausaha Kelab Seorang Penolong Setiausaha Kelab Seorang Bendahari Kelab Seorang Penolong Bendahari Kelab 5 Orang Ahli Jawatankuasa 2 Orang Pemeriksa Kira-kira

15.2

Nama-nama untuk Jawatankuasa ini hendaklah dicadangkan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli didalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap Dua (2) tahun.

15.3

Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa yang menjalankan tugas-tugas pemerintahan / pentadbiran dalam Kelab hendaklah warganegara Malaysia.

-9-


15.4

Tugasan Jawatankuasa Kelab ini adalah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. Jawatankuasa tidak boleh membuat tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. Jawatankuasa hendaklah memberi lapuran berkenaan kegiatan-kegiatan sepanjang tahun lalu didalam setiap Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan.

15.5

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali didalam 3(tiga) bulan dan selewat-lewatnya hendaklah diberitahu kepada Ahli Jawatankuasa. Pengerusi dengan sendirinya atau tidak kurang dari Tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya boleh diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurang setengah daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

15.6

Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan daripada Jawatankuasa dalam mesyuarat Jawatankuasa dan ianya tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Kelab boleh menerima kelulusan daripada Jawatankuasa dengan surat pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendakalah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:15.6.1

Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa.

15.6.2

Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan kepada cadangan itu.

15.6.3

Keputusan hendaklah dengan undian terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilapurkan oleh Setiausaha Kelab kepada mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

15.7

Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tiga (3) kali berturut turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan telah meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kelab.

15.8

Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calun yang kedua mendapat undi yang banyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu. Jika calun yang demikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuatkuasalah Jawatankuasa melantik ahli Persatuan yang lain bagi memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan hadapan diadakan.

- 10 -


15.9

Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha Kelab dan lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Kelab. Ia boleh melantik penguruspengurus kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam pekerjaan, curang, tidak lengkap atau ingkar menjalankan keputusan Jawtankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan merosakkan Kelab.

15.10 Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan boleh memberi tafsiran dan pindaan kepada UndangUndang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung didalam Undang Undang ini.

16

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA

16.1

Presiden Semasa menyandang jawatankuasa hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab keatas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandantangani peringat-peringat mesyuarat bila telah diluluskan.

16.2

Timbalan Presiden

16.3

Hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden Persatuan. Setiausaha Hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran kelab mengikut Undang- Undang dan hendaklah menjalankan perintah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dan Jawatankuasa. Ia bertanggung jawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku kewangan. Setiausaha Kelab hendaklah menyimpan buku daftar Ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir didalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Bendahari. Setiausaha Kelab hendaklah dalam masa Enam Puluh (60) hari dari tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan mengirimkan Penyata Tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.

16.4

Timbalan Setiausaha Hendaklah mengatur dan melancarkan perjalanan serta pentadbiran kelab. Beliau juga hendaklah menjalankan tugas menolong Setiausaha Kelab, menjalankan tugasnya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Kehormat.

- 11 -


16.5

Bendahari Adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab. Beliau hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Beliau hendaklah menandatangani semua cek-cek Kelab bersama Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Kelab.

16.6

Penolong Bendahari Hendaklah menjalankan tugas menolong Bendahari, menjalankan tugasnya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.

16.7

Ahli Jawatankuasa Biasa. Hendaklah membantu dan menjalankan sebarang kerja seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa.

16.8

Pemeriksa Kira-Kira Bertanggung jawab dalam mengesahkan penyata akuan Kelab

17 KEWANGAN 17.1

Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan berikut bagi Undang-Undang ini, wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab termasuklah belanja pentadbiran, bayaran elaun/gaji dan upah memeriksa kirakira. Walau bagaimana pun, ianya tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukumna mahkamah. 17.1.1

Bendahari tidak boleh menyimpan wang runcit lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan didalam tempoh Tujuh (7) hari kedalam simpanan bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah diatas nama Kelab.

17.1.2

Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Kelab hendaklah ditandatangani bersama-sama oleh Dua (2) orang Ahli Jawatankuasa samada oleh Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha atau Bendahari.

17.1.3

Perbelanjaan yang melebihi RM 500.00(Ringgit Malaysia Lima Ratus) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang melebihi RM 5,000.00 (Ringgit

- 12 -


Malaysia Lima Ribu) bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Jawatankuasa Kecil terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang dari RM 500.00(Ringgit Malaysia Lima Ratus) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh oleh Dua (2) orang Ahli Jawatankuasa samada Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha atau Bendahari Kelab. 17.1.4

Penyata perihal wang diterima dan dibelanja berserta timbangan kira-kira pada Satu (1) tahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira mengikut Undang-Undang Fasa 16 dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Kira-kira yang telah diauditkan boleh diperolehi untuk makluman ahli dari alamat yang berdaftar atau tempat bermesyuarat bagi Kelab.

17.1.5

Tahun kewangan Kelab akan bermula pada 1hb April dan berakhir pada 31hb Mac setiap tahun

18

PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

18.1

Dua (2) orang hendaklah didalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka ini akan memegang jawatan selama 2(dua) tahun dan tidak boleh dilantik semula.

18.2

Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setiap tahun dan membuat lapuran atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka juga harus dikehendaki pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat lapuran kepada Jawatankuasa

19

PENTADBIR HARTA

19.1

Semua Harta Kelab hendaklah dinamakan atas nama Kelab. Pemegang jawatan semasa dalam Jawatankuasa iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari hendaklah dilantik menjadi Pegawai Pentadbir harta mengikut Seksyen 9(B) Akta Pertubuhan 1966 dimana sijil pengesahan akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan untuk ditadbir. Mereka akan menjalankan tugas sebagai Pegawai Pentadbiran Harta selagi mereka memegang jawatan berkenaan didalam Kelab.

19.2

Pentadbir Harta tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar hak milik harta benda Kelab dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Kelab.

19.3

Pentadbir Harta boleh dilucutkan jawatan sekiranya sakit, tidak siuman, tiada didalam negeri, tidak amanah atau tidak menjalankan tugas yang memuaskan

- 13 -


20

PENASIHAT/PENAUNG

20.1

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak untuk menjadi Penasihat/Penaung bagi Kelab ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.

21

LARANGAN-LARANGAN

21.1

Dilarang sebarang kegiatan menghisap atau menggunakan sebarang apa jua jenis NAJIS DADAH, pelacuran, anasir jahat dan arak dari memasuki ke dalam Kelab.

21.2

Segala bentuk perjudian adalah dilarang keras sama sekali.

21.3

Kelab atau Ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan didalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definasi didalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

21.4

Kelab ini tidak boleh menjalankan jualan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahlinya atau atas nama Kelab atau pegawainya atau Jawatankuasa atau ahlinya.

22

PINDAAN UNDANG-UNDANG

22.1

Undang-undang ini boleh diubah atau dipinda mahupun ditambah pada mana-mana bahagian kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung-Dwi-Tahunan. Segala perubahan atau pindaan atau tambahan kepada Undang-undang ini hanya boleh dijalankan kuatkuasanya bermula tarikh perubahan atau pindaan itu dibenarkan oleh Pesuruhjaya Sukan.

22.2

Permohonan meminda Undang-undang hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh Enam Puluh (60) hari selepas Mesyuarat Agung berkenaan yang meluluskan pindaan itu

23

PERATURAN PENGURUSAN PREMIS

23.1

Kelab tidak dibenarkan menempat sebarang mesin hiburan termasuk permainan video didalam premis Persatuan untuk kegunaan ahli-ahlinya.

23.2

Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang asal hendaklah dipamerkan didalam premis Kelab ditempat yang boleh dilihat.

- 14 -


23.3

Papan tandanama yang mencatatkan nama dan nombor Pendaftaran Kelab hendaklah dipamerkan dibahagian luar premis Kelab yang disewa atau dimiliki oleh Kelab.

23.4

Kenyataan seperti berikut hendaklah dipamerkan ditempat yang bersesuaian di dalam premis Kelab :“Peralatan dan kemudahan Kelab adalah untuk kegunaan ahli-ahli sahaja. Kanak-kanak sekolah dan orang ramai yang bukan Ahli dilarang memasuki serta menggunakan peralatan dan kemudahan yang disediakan”.

24

PEMBUBARAN

24.1

Kelab ini boleh dibubarkan secara dengan persetujuan tidak kurang daripada Dua pertiga (2/3) dari jumlah kesemua ahli Kelab dalam Mesyuarat Agung yang di panggil khas kerananya.

24.2

Sekiranya Kelab ini hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut Undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut yang dipersetujui didalam Mesyuarat Agung berkenaan.

24.3

Pemberitahuan pembubaran hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh keputusan dicapai untuk pembubaran Kelab.

PRESIDEN

SETIAUSAHA

………………………… Dr Nor Hisham Muda IC No : Tarikh :

……………………….. Hassan Basri IC No : Tarikh :

- 15 -


KPPj8 Constitution