Page 1

PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 Bab 15 – Maklumat untuk Membuat Keputusan 15.1

Maklumat Pengurusan - Terbahagi kepada dua: (i) Perakaunan Kewangan (ii) Perakaunan Pengurusan Perakaunan Kewangan Pihak luaran seperti bakal pelabur, pemegang saham, bank dan kerajaan. Penyata kewangan disediakan untuk satu tempoh perakaunan. Maklumat dalam bentuk ringkasan iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kirakira. Menghitung untung atau rugi dan menentukan kedudukan kewangan. Tertakluk pada prinsip dan konsep perakaunan tertentu.

Aspek Pengguna maklumat

Perakaunan Pengurusan Pihak dalaman seperti pihak pengurusan dan ketua jabatan.

Kekerapan laporan

Laporan disediakan berganung pada keperluan pihak pengurusan (harian, bulanan atau tahunan). Maklumat disediakan secara terperinci seperti kos produk, faedah pembelian aset tertentu.

Perincian maklumat Objektif penyediaan

Prinsip perakaunan

Membantu pihak pengurusan menyediakan penyata belanjawan dan pastikan objektif yang dirancang tercapai tanpa pembaziran dan penyelewengan. Tidak ertakluk pada prinsip dan konsep perakaunan tertentu.

Tujuan maklumat pengurusan 1. Perancangan - merangka pelan tindakan (apa yang perlu dilaksanakan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan). 2. Kawalan - memastikan kelancaran perancangan. 3. Tujuan lain - Pengorganisasian: mewujudkan organisasi yang dapat melaksanakan segala perancangan yang telah dibuat. Pembuatan keputusan: melibatkan proses memilih alternative yang terbaik dan bertetpatan dengan matlamat perniagaan untuk memaksimakan keuntungan. Penyampaian maklumat pengurusan 1. Komunikasi Bukan Lisan - Analisis maklumat: untuk pengguna membuat keputusan dan rumusan - Laporan (surat, memo dan e-mel) 2. Komunikasi Secara Lisan - Perbincangan - Pembentangan laporan - Mesyuarat - Perbualan telefon


15.2

Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah Tujuan analisis penyata kewangan: (a) Pihak pengurusan menilai prestasi (b) Pihak bank membuat keputusan tentang kemudahan kredit (c) Pihak pelabur membuat keputusan pelaburan Analisis Nisbah A Nisbah Keberuntungan - Mengukur kemampuan firma dalam usaha memperoleh keuntungan. 1. Peratus untung kasar atas kos jualan (tokokan) = Untung kasar x 100 Kos Jualan mengukur peratus pertambahan pada kos barang bagi mendapatkan harga jualan. 2. Peratus untung kasar atas jualan (margin) = Untung kasar x 100 Jualan bersih mengukur peratus untung kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan bersih. 3. Peratus untung bersih atas jualan = Untung bersih x 100 Jualan bersih mengukur peratus untung bersih bagi setiap ringgit jualan bersih. 4. Pulangan atas modal = Untung bersih x 100 Modal awal mengukur untung bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan. B Nisbah Kecairan - Mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pihak lain seperti pemiutang dan pinjaman bank. 1. Nisbah semasa = Aset semasa Liabiliti semasa • mengukur keupayaan perniagaan menjelaskan semua liabiliti semasa. • nisbah semasa paling ideal ialah 2 : 1 2. Nisbah ujian asid (nisbah cepat) = Aset semasa – stok akhir Liabiliti semasa • Menunjukkan kemampuan perniagaan membayar hutang jangka pendek dengan cepat. 3. Nisbah ujian mampu = Jumlah liabliti Jumlah aset • mengukur kemampuan perniagaan meneruskan operasinya.


C Nisbah Kecekapan - Mengukur kecekapan firma menguruskan stok serta keupayaan mengutip dan membayar hutang. 1. Kadar pusing ganti stok = Kos jualan = berapa kali? Stok purata 2. Tempoh kutipan hutang = Penghutang x 365 hari = berapa hari? Jualan kredit 3. Tempoh pembayaran hutang = Pemiutang x 365 hari = berapa hari? Belian kredit

Bab 15  

Analisis nisbah

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you