Page 1

ULASAN NOVEL SESEGAR NAILOFAR KARYA ZAID AKHTAR : COM3107 (PENULISAN KREATIF)

NAMA AHLI KUMPULAN: 1. MUHAMMAD ASYRAF BIN ZAWAWI

S44463

2. AHMAD FARHAN BIN MOHAMAD NAPI

S41479

3. MOHAMMAD HAFIS BIN HAJI AMRI

S42249

4. MUHAMMAD FAKHRUL AZIM BIN MOHD FAUZI

S42476

5. MUHAMMAD NADZREEN BIN ITHNIN

S42554

6. LAZIO JIUN

S42036

NAMA PENSYARAH : PUAN MARIATI BINTI MAT SALLEH @ MD NOR KUMPULAN

: K1


Seorang penulis bernama Zaid Akhtar merupakan pemilik kepada Novel Sesegar Nailofar dan merupakan penulisan beliau yang pertama dalam mengarang sebuah novel sebelum Rona Bosphorus. Novel beliau ini telah menggabungkan pelbagai jenis elemen seperti sejarah, prinsip perjuangan dan cinta yang diolah dengan gaya bahasa beliau yang tersendiri. Cara pengolahan novel beliau begitu menarik dalam menggambarkan setiap situasi yang berlaku di dalam proses penceritaan beliau seperti penerangan mengenai sejarah-sejarah tanah Arab, kisah percintaan antara pelajar, kisah persahabatan yang tiada kata putus dan keprihatinan seseorang tentang orang yang disayangi oleh watak tersebut.

Novel Sesegar Nailofar ini bercerita mengenai ketabahan seorang siswa dan siswi yang mempunyai peribadi yang begitu tinggi. Seorang siswi yang bernama Nur Hazwani yang amat mengkagumi keperibadian seorang siswa yang bernama Iqbal sebagai presiden persatuan pelajar di tempat pengajian mereka di Mesir. Dalam pada menjalankan kerja dakwah, sudah pasti jika membabitkan antara perhubungan lelaki dan perempuan akan menimbulkan rasa sayang dalam kalangan mereka. Cinta merupakan sebuah anugerah yang diberikan oleh Allah kepada setiap manusia yang hidup sejak azali lagi. Cinta berkeinginan untuk mengasihi dan dikasihi merupakan nikmat yang diberikan oleh Allah. Namun begitu, terbukti ketabahan mereka apabila mereka lebih mementingkan pendidikan yang harus mereka tempuhi dan merupakan tanggungjawab

mereka

sebagai

seorang

pelajar

di

universiti.

Walaupun

tersimpannya perasaan cinta sesama mereka, agama masih lagi menjadi keutamaan bagi mereka di mana Iqbal seringkali menjaga pandangan matanya manakala Nur


Hazwani sering bercakap dengan Iqbal disebalik pintu rumahnya apabila mereka hendak berjumpa untuk sesuatu perkara.

Malahan pula, penyusunan plot cerita yang menarik telah menjadi kekuatan bagi novel yang ditulis oleh Zaid Akhtar. Novel Sesegar Nailofar sering mengaitkan tentang isu semasa yang berlaku di Malaysia dan juga Mesir. Namun begitu, Novel ini lebih memberi tumpuan tentang perihal yang berlaku di bumi Mesir di saat keberadaan mereka di university di mana ia mengisahkan tentang perkara benar yang sering berlaku di tanah Arab mengenai apa yang sekian lama terjadi pada tanah Palestin sebelumnya. Teknik imbas kembali merupakan teknik penulisan yang sering digunakan oleh Zaid Akhtar bagi menarik minat pembaca dalam meneka setiap jalan cerita yang berlaku dan setiap bab. Malahan pula, melalui pembacaan novel ini mampu membuat pembaca memperoleh lebih banyak pengetahuan mengenai kisah-kisah yang telah berlaku di sekitar tanah arab walaupun tanah arab tersebut begitu jauh daripada diri si pembaca itu sendiri. Ia lebih menarik pembaca melalui pengolahan sejarah yang diceritakan di mana penceritaan tersebut amat teliti dan begitu teratur dalam memudahkan pembaca untuk memahami dan mengingati segala kisah yang berlaku.

Seterusnya, emel-emel rahsia yang terdapat di dalam novel ini amat menarik perhatian dan sering menimbul tanda tanya kepada pembaca akan siapa sebenarnya watak yang berselindung di sebalik emel tersebut. Dengan adanya tanda tanya sebegini telah membuatkan si pembaca membuat tekaan pada peringkat awal


pembacaan. Watak nailofar yang menjadi tanda tanya telah mengupas persoalan sikap dan nilai cinta seorang wanita terhadap lelaki yang dikaguminya. Ia menjadi lebih menarik kerana setiap pengisian novel tersebut amat mencuit hati si pembaca kerana penulis e-mel tersebut menyatakan rasa keprihatinannya terhadap Iqbal dari setiap perkara yang telah berlaku semasa di universiti. Jalan cerita dan penulisan Zaid Akhtar telah membuatkan seluruh pembaca menyangka watak sekian-sekian yang berselindung di sebalik e-mel tersebut. Pada pengakhiran cerita tersebut, watak yang tidak diduga sama sekali merupakan watak yang berada di sebalik emel itu iaitu Nur Hazwani yang mempunyai perwatakan yang murni seperti pemalu, baik hati, menjaga maruah dan sebagainya.

Penulis juga menggambarkan tentang sikap kebanyakan lelaki seandainya berada dalam kedudukan Iqbal yang merupakan seorang pemimpin persatuan pelajar. Pada bahagian ini, penulis ingin menyatakan sikap tanggungjawab dan kematangan yang perlu ada pada setiap orang yang bergelar pemimpin dalam menyelesaikan masalah. Hal ini terbukti di mana Iqbal bersama-sama dengan sahabatnya bertungkus-lumus dalam mencari pelajar perempuan yang telah hilang disebabkan masalah yang dihadapinya iaitu Nora. Pelbagai cara telah difikirkan oleh Iqbal untuk membantu kes kehilangan ini. Sekiranya kes kehilangan ini semakin tersebar keluar sehingga menjadi buah mulut orang-orang yang berada di tanah Arab, sudah pasti nama baik pelajar-pelajar Malaysia yang berada di situ akan tercemar disebabkan kes kehilangan tersedut. Di atas dasar tanggungjawab yang dipikul oleh Iqbal, pelajar perempuan yang hilang tersebut telah ditemui semula


sebelum menjadi pengetahuan oleh yang lainnya. Kisah ini yang dicoret dalam Novel Sesegar Nailofar mampu dijadikan teladan kepada semua pemimpin-pemimpin yang memikul tanggungjawab yang besar bagi menjadi nama baik dan reputasi sesebuah organisasi mahupun persatuan.

Ulasan novel (sesegar nailofar)  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you