Page 1

COMPETENCY HCA 103 5: HOT DESSERT HOT DESSERT 1.0 PENGENALAN KEPADA BATTER PRODUCT Istilah yang digunakan kepada batter bermaksud struktur adunan dimana mempunyai konsistensi yang cair atau pekat merujuk kepada adunan kek, adunan tepung goreng atau dikenali sebagai tepung saduran kepada pisang, keledek, makanan laut dsb, dan yang akan dipelajari dalam modul ini iaitu adunan untuk hot dessert. Batter juga boleh dikategorikan kepada dua iaitu batter cair dan batter pekat. Bater cair – merujuk kepada adunan hot dessert, bater menggoreng Bater pekat – merujuk kepada adunan kek atau muffin Bagi modul ini, bater yang digunakan adalah jenis bater cair kepada hot dessert. Contoh hot dessert berasaskan bater adalah seperti berikut : a) Pancake b) Waffles b) Crepe c) Fritters Biasanya hot dessert dihidangkan panas dan diiringi dengan pelbagai jenis sauce dan topping seperti madu, orange sauce dan sebagainya. Dalam menentukan sesuatu bater itu berhasil, kriteria-kriteria di bawah yang akan menentukan iaitu: a) Konsistensi – cair atau pekat b) Halus dan licin – tidak bergentel (lump) c) Adunan sebati – tidak berdadih (curdle) 2.0 Crepe Crepe adalah variasi daripada pancake dan lebih nipis daripada pancake. Ia boleh dihidangkan begitu sahaja,


COMPETENCY HCA 103 5: HOT DESSERT

Faktor kualiti yang perlu ada dalam aiskrim yang dihasilkan adalah: 1. Smoothness Berkait rapat dengan saiz kristal ais di dalam aiskrim. Aiskrim harus melalui proses pembekuan dan pemutaran berulang kali supaya kristal ais yang besar tidak terbentuk dan seterusnya menjadikan tekstur aiskrim lebih lembut. Kristal ais yang besar juga mungkin disebabkan aiskrim tidak dibekukan pada suhu yang sepatutnya. 2. Overrun Iaitu peningkatan isi padu aiskrim disebabkan oleh kemasukan udara semasa proses pembekuan. Sedikit overrun diperlukan untuk memastikan tekstur aiskrim yang diperoleh ringan dan tidak kasar. 3. Mouthfeel Aiskrim yang berkualiti akan cair di dalam mulut (melt in the mouth) apabila dimakan. Penggunaan stabilizer/ pengemulsi akan menyebabkan aiskrim tidak mudah cair. SHERBERT Sherbert adalah desert dingin beku yang dibuat dengan menggunakan sirap (gula) dan puri atau jus buah-buahan. Buah-buahan yang boleh digunakan termasuklah nanas, strawberi, mangga, tembikai, pear, limau dan oren. Buah-buahan tersebut berfungsi sebagai pemberi rasa (flavouring agent). Sedikit pewarna boleh ditambah untuk menjadikan sherbet lebih menarik seperti warna hijau untuk sherbet pear, jingga untuk sherbet oren dan kuning untuk limau dan nanas. Teksturnya lebih kasar jika dibandingkan dengan aiskrim. Cara menghidang sherbet adalah lebih ringkas daripada aiskrim memadai dengan daun pudina dan ceri. Sherbert adalah sejenis dessert yang tidak mengandungi produk susu (non-dairy) dan ada juga sherbet yang mengandungi alkohol. Terdapat 2 jenis sherbet iaitu: Fruit sherbet dan liquer sherbet. SUNDAE Aiskrim yang dihidangkan dalam gelas atau bekas yang menarik disebut sundae. Aiskrim ini boleh dihias dengan : • Buah yang dicarak, buah-buahan segar yang lembut atau buah-buahan dalam tin • Kekacang • Sirap atau sos


COMPETENCY HCA 103 5: HOT DESSERT •

Krim putar

Hot dessert note  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you