Issuu on Google+

EDISI APRIL 2012

BIL. 02

2 TAHUN KOMITED : AQSA SYARIF TERUS-MENERUS MEMBANTU RAKYAT PALESTIN

MEI - JUN 2010 MAVI MARMARA SUMBANGAN KE PALESTIN

SEP-OKT 2010 AQSA-TO-GAZA

OGOS 2011 AQSA-TO-GAZA 2

MENARIK DALAM EDISI INI AMANAH : AQSA SYARIF MENGAUDIT SEMUA PROJEK DI GAZA DALAM MISI BOT-TO-GAZA 2012 - m/s 3 MUDAHKAN PEMANTAUAN : AQSA SYARIF MERASMIKAN PEMBUKAAN PEJABAT DI GAZA - m/s 3 15,000 SERTAI MY GMJ DI SHAH ALAM 23 SERTAI 300 RIBU AKTIVIS DI JORDAN- m/s 4 ROSE-2-ROSE : MAKAN MALAM AMAL UNTUK DANA PUSAT KOMUNITI WANITA PALESTIN - m/s 4

Aqsa Syarif Berhad 18-2, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah, 43000 Kajang, Selangor Tel : +603-87334636 | Faks : +60387349636 | E-mel : admin@aqsasyarif.org.my Laman web : www.aqsasyarif.org.my | Facebook : www.facebook.com/aqsa.syarif Untuk sumbangan Palestin : Maybank Islamic 551575004299 | Bank Islam 12092010034904


2

PERUTUSAN

Buletin Aqsa Syarif - Edisi April 2012 - Bil. 02

2 TAHUN KOMITED : AQSA SYARIF TERUS-MENERUS MEMBANTU RAKYAT PALESTIN

‫ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭ ﺭﺣﻤﺔ ﺍﷲ ﻭ ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬ Syukur ke hadrat Ilahi, Aqsa Syarif sudah melepasi dua tahun penubuhannya. Walaupun baru dua tahun bergelumang dengan masyarakat, Aqsa Syarif telah berjaya melaksanakan beberapa projek yang bertaraf jangka panjang dan lestari untuk membantu rakyat Palestin. Kilang roti Aqsa Syarif yang pertama di Gaza City yang diberi nama Kilang Roti Persahabatan Malaysia-Palestin sudah mengharumkan nama Malaysia. Roti yang dibekalkan oleh kilang tersebut sudah menjadi buah mulut penduduk Gaza dan diiklankan sebagai ‘Roti Malaysia’ (Khubz Malizi). Kilang roti tersebut bukan sahaja memberi pekerjaan kepada penduduk Gaza bahkan membekalkan makanan percuma yang diagih kepada kira-kira 400 keluarga miskin. Di samping kejayaan menubuhkan kilang roti tersebut melalui dana sebanyak RM 655,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia, Aqsa Syarif juga menyuntik modal permulaan dan modal tambahan untuk projek ladang ternakan lembu dan kolam akuakultur yang diusahakan oleh Islamic Society of Jabaliya (Badan Kebajikan Islam Jabaliya). Aqsa Syarif juga berjaya menarik penajaan ke atas lebih dari 1,200 orang kanak-kanak yatim Palestin dan 25 keluarga miskin masing-masing melalui pertubuhan Takaful for Child Welfare (TAKAFUL) dan juga The Welfare Association for Palestinian and Lebanese Families (WAFFRA). Pelaksanaan projek dan penajaan anak yatim dengan NGO-NGO Malaysian-Palestinian pelaksana di Gaza telah ditinjau oleh delegasi ahli Lembaga Friendship Bakery Pemegang Amanah Aqsa Syarif yang diketuai oleh Pengerusi sendiri, dalam misi diberi nama BoT to Gaza (B2G). Kami berasa amat berpuas hati dengan pelaksanaan projek-projek tersebut yang terbukti telus serta mempunyai rekod dokumentasi yang lengkap . Sokongan padu dari rakyat Malaysia sehingga kini memungkinkan Aqsa Syarif menaja satu lagi projek mega bernilai RM3.5 juta iaitu ‘Malaysian-Palestinian Industrial Village’ atau singkatannya MyPIV. Suntikan modal pertama sebanyak RM100,000 bagi projek ini akan disalurkan kepada Islamic Society of Jabaliya melalui misi Aqsa2Gaza 4 (misi Aqsa Syarif ke Gaza yang ke 4). Aqsa Syarif juga amat prihatin dengan nasib 1,500 rakyat Palestin yang berada di pusat-pusat tahanan Israel yang kini sedang melancarkan kempen ‘Hunger for Freedom’ (Berlapar untuk Kebebasan). Atas dasar ini Aqsa Syarif bersetuju untuk membiayai sebahagian kempen pembebasan tahanan Palestin yang sedang diusahakan oleh pihak berkuasa Palestin. Bulan Mei sehingga Julai (Ramadhan) akan menyaksikan beberapa lagi misi kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza. Tidak kurang daripada 5 misi kini sedang dirancang dan berada pada tahap akhir persiapan untuk berlepas. Dengan izin Allah, misi yang terdekat akan memasuki Gaza pada pertengahan Mei dengan membawa sumbangan untuk bekalan perubatan. Satu lagi misi khusus sedang disusun bersama Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Kia Ora (sebuah NGO prihatin Palestin dari New Zealand) dinamakan misi ‘Menyinari Gaza’ untuk membekalkan lampu-lampu solar kegunaan isi rumah di Gaza yang kini menerima bekalan elektrik maksimum selama 6 jam sehari atau tanpa bekalan elektrik untuk tempoh yang lama. Aqsa Syarif mensasarkan sebanyak 1,000 unit lampu solar akan disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Satu lagi misi yang akan menjadi tradisi tahunan Aqsa Syarif iaitu ‘Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif’ akan dilaksanakan sempena Ramadhan 1433H. Misi ini dijangka akan berangkat pada hujung bulan Julai. Akhir sekali Aqsa Syarif terus meraikan sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia dalam membantu rakyat Palestin. Semoga semua bentuk sumbangan dan pertolongan yang dihulurkan ke arah menjayakan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza akan mendapat anugerah pahala yang besar dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor Pengerusi Aqsa Syarif


Buletin Aqsa Syarif - Edisi April 2012 - Bil. 02

LAPORAN

MISI KHAS SEMPENA 2 TAHUN PENUBUHAN : Aqsa Syarif mengaudit semua projeknya di Gaza melalui misi BoT to Gaza (B2G)

3

Dengan tujuan mengaudit semua projek Aqsa Syarif di Gaza, Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees - BoT) Aqsa Syarif telah menghantar delegasi khas pada 22 Januari 2012 yang lalu. Diketuai Pengerusi sendiri, Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, B2G turut disertai : Ir Dr Selamat Aliman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Aqsa Syarif, Ustaz Kamaruzzaman Abd Rahim, Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif dan Abdul Azim Ismail, Timbalan Pengurus IKRAM UK-Eire, United Kingdom.

DISAMBUT PERDANA MENTERI : Misi B2G disambut Haniyyeh di kediamannya Gaza, 23 Jan 2012 - Empat orang ahli misi BoT to Gaza (B2G) Aqsa Syarif, yang diketuai Pengerusi, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah diberi penghormatan melawat Perdana Menteri Palestin di Gaza, Syeikh Ismail Haniyyeh di kediaman beliau, pada malam ketibaan misi tersebut ke Gaza baru-baru ini. Haniyyeh mengucapkan terima kasih atas segala penat lelah rakyat Malaysia dalam membantu saudara mereka di Palestin. Beliau juga berbesar hati dengan peranan yang dimainkan oleh Aqsa Syarif dalam memperjuang isu Palestin di Malaysia, bahkan tertarik dengan nama Aqsa Syarif sendiri yang mengingatkan umat Islam kepada Masjid Al-Aqsa yang perlu dibebaskan.

MUDAHKAN PEMANTAUAN : AQSA SYARIF MERASMIKAN PEMBUKAAN PEJABAT DI GAZA Gaza City, 24 Januari 2012 - Aqsa Syarif Berhad, diwakili Pengerusi, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah menghadiri majlis pembukaan pejabat Aqsa Syarif di Gaza, serta diserikan dengan kehadiran Menteri Kebajikan Sosial dan Tenaga Buruh, Ahmad al-Kurd. "Kami mewakili kerajaan dan rakyat Palestin sangat mengalu-alukan pembukaan pejabat ini," kata beliau. Dalam pada itu, Dr Hafidzi pula memberi ucapan, kata beliau : "Pembukaan pejabat ini diharap dapat memudahkan lagi pemantauan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza dan memudahkan analisa segala keperluan rakyat Palestin dengan lebih baik." Majlis dihadiri oleh beberapa wakil badan kebajikan serta media tempatan.

1

2

3

PROJEK DIURUS DENGAN PROFESIONAL : SESI LAWATAN PROJEK UTAMA AQSA SYARIF DI GAZA

Delegasi audit BoT-to-Gaza (B2G) telah melawat beberapa projek Aqsa Syarif di Gaza, antaranya : Kilang roti "Malaysian-Palestinian Friendship Bakery" (gambar 1) yang menelan kos RM 655,000, ladang ternakan lembu yang bernilai RM200,000 (gambar 2), dan kolam ternakan ikan air masin yang dijana sebahagian dananya oleh Aqsa Syarif (gambar 3), yang mana ketiga-tiga projek ini dilaksanakan oleh Islamic Society of Jabalia, Gaza. Selain itu, B2G juga sempat meninjau kawasan makmal tajaan Aqsa Syarif di Islamic University of Gaza (gambar 4) dan tapak projek Pusat Komuniti Wanita Palestin Rose-to-Rose di Rafah (gambar 5). Di samping itu, B2G diberi penghormatan merasmikan perpustakaan dan bilik permainan kanak-kanak di Hospital Pakar Kanak-kanak Ar-Rantissi, yang ditaja sepenuhnya oleh Aqsa Syarif (gambar 6), dikelolakan oleh Khatwa Youth Foundation, Gaza, Palestin.

4

5

6


4

Buletin Aqsa Syarif - Edisi April 2012 - Bil. 02

LAPORAN

KOS TAMBAHAN : SERAHAN RM50,000 UNTUK LADANG TERNAKAN LEMBU DI BEIT LAHIYA GAZA, 25 JANUARI 2012 - Aqsa Syarif telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM 50,000 kepada Islamic Society of Beit Lahiya bagi menambah baik ladang ternakan lembu di daerah Beit Lahiya, selain ladang ternakan lembu di Jabalia yang diusahakan oleh Islamic Society of Jabalila.

MESIN UPS : RM 50,000 UNTUK HOSPITAL AR-RANTISSI GAZA, 25 JANUARI 2012 - Delegasi audit Aqsa Syarif, B2G telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM 50,000 bagi pembelian mesin Uninterruptible Power Suppy (UPS) kepada wakil Kementerian Kesihatan di Gaza. Mesin tersebut akan dibeli untuk Hospital Kanak-kanak Ar-Rantissi.

BIAYA YURAN PENGAJIAN : RM 45,000 BANTU MAHASISWA KURANG MAMPU GAZA, 25 JANUARI 2012 - Aqsa Syarif telah menaja 20 orang mahasiswa di Islamic University of Gaza yang kurang berkemampuan bagi membayar yuran pengajian mereka. Wang tunai berjumlah RM 45,000 telah diserahkan kepada wakil universiti tersebut untuk diberikan kepada yang layak.

15,000 SERTAI MY GMJ DI SHAH ALAM 30 MAC 2012 23 RAKYAT MALAYSIA SERTAI GMJ DI JORDAN 30 MAC 2012 - Aqsa Syarif telah diberi amanah untuk menjadi penganjur dan pelaksana program perarakan antarabangsa atau Global March to Jerusalem di peringkat Malaysia (MyGMJ) diketuai Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, bersama Sebahagian daripada 15,000 beberapa NGO lain, termasuk Viva Palestina Malaysia, ABIM peserta MyGMJ di Shah Alam dan MAPIM. Program besar-besaran telah diadakan pada 30 Mac 2012 di Stadium Malawati Shah Alam, dengan kehadiran Persembahan Flash Mob Mega lebih 15,000 peserta. Program ini diisi dengan persembahan di Stadium Malawati Shah Alam nasyid, sajak, pidato, ‘mega flash mob’ dan pelbagai aktiviti lain. Selain itu, pada hari yang sama, 23 rakyat Malaysia turut menyertai lebih 300 ribu aktivis dari serata dunia, dalam perarakan Global March to Jerusalem peringkat antarabangsa, diketuai oleh Hj Norazmi Talib.

Peserta MyGMJ ke Jordan Ucapan ketua delegasi MyGMJ ke Jordan, Hj Norazmi Talib

PENGUMUMAN PROGRAM Jawatankuasa Wanita Aqsa Syarif, iaitu Rose2Rose telah melancarkan projek wakaf bagi membina pusat komuniti wanita di Gaza dengan harga RM 50 satu lot. Bangunan tersebut akan berfungsi sebagai pusat setempat bagi aktiviti wanita Palestin belajar, menimba pengalaman serta mendapatkan khidmat kemasyarakatan dan kesihatan. Projek ini dinamakan Wardatul Aqsa.

Serial No. R

R2

Rose-to-Rose

R

R2

Palestinian Women Community Centre Pinnacle of Palestinian Women Revival

Name : .................................... Address :.................................... ............................................................ ............................................................ Phone :.................................... E-mail :.................................... Untuk kegunaan Pejabat: Tarikh :................................ Nama Penerima: ....................................................

Rose-to-Rose

Serial No.

Palestinian Women Community Centre Pinnacle of Palestinian Women Revival

“The example of those who spend their wealth in the way of Allah is like a seed [of grain] which grows seven spikes; in each spike is a hundred grains. And Allah multiplies [His reward] for whom He wills. And Allah is all-Encompassing and Knowing” Al-Baqarah: 261

I / We .................................................. I.C No.:.................................... delegate AQSA SYARIF BERHAD to manage my/our infaq Your contribution will help to establish Palestinian Women Community Centre in Gaza. The following are among the capacity building programmes: Provide employment opportunities. Providing basic management skills, Improve IT literacy. Establishing Psycho-social Programmes to help women and Instilling parenting skills and knowledge. children. R

2R

R

R2

R

2R

R

R2

WAKAF RM 50 / LOT Wakaf RM 50 / Lot

HEAD OFFICE:No 18 Jln Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel:+603-87334636, Fax:+603-87349636, Email:admin@aqsasyarif.org.my, http://www.aqsasyarif.org.my

Bagi tujuan mengumpul dana untuk projek ini juga, Rose2Rose akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal Rose2Rose, dengan kerjasama antara Aqsa Syarif Berhad, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIG), Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB, Badan Kebajikan Islam Telekom dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia. Maklumat program tersebut adalah seperti berikut : - Tarikh : 14 Julai 2012 - Masa : 8.00 malam - 11.00 malam - Tempat : Dewan Kristal, TM Convention Centre, Menara TM, Kuala Lumpur Meja makan malam amal dibuka untuk jualan : Untuk pertanyaan / tempahan , hubungi: Platinum (RM 10,000); Emas (RM 5,000); Perak (RM 3,000) Ibu pejabat Aqsa Syarif Berhad : +603-87334636 Kerusi individu juga dibuka untuk jualan : atau e-mel ke rose2rose@aqsasyarif.org.my Platinum (RM 1,000); Emas (RM 500); Perak (RM 300)


Buletin Aqsa Syarif Bil.02 April 2012