Aku Ini Binatang Jalang - Azizan Paiman

Page 10

dipilih oleh Zoe Butt (Independen Kurator) berdasarkan karya yang menyantuni persoalan sejarah dan yang paling ‘win’ karya yang dipilih tu adalah karya chronoLOGICal (2015) yang dikatakan ‘membazir wang rakyat’ oleh ‘pemikir hebat’ serta ‘soldadu-soldadu’ nya (dalam hati kecil aku pun tiba-tiba berkata kalau depa ni hebat sangat mungkin sekarang ni dah jadi indipenden kurator yang tersohor, petik aje nama dalam google beratus-ratus informasi akan keluar dalam senarai. Mungkin ada kot Ise cuma kita saja yang tak nampak kot!). Taniah brader. Ise pada hujung tahun yang sama aku dapat panggilan telefon dari kurator Sasana Kijang (Galeri dan Muzium Bank Negara Malaysia), mereka menjemput aku untuk suatu pameran khas bertajuk PUSAKA: Warisan Kemudi Wawasan. Pameran yang dirancang oleh mereka adalah berteraskan karya yang menggunakan teknik installation art, makanya aku dipilih untuk pameran ini sebab karya aku selama ni berbentuk installation art lah agaknya. Engkau sedia maklum aku ni bukanlah orang yang tiap-tiap hari buat work dan aku pun tak percaya nak jadi pengkarya kita perlu ada studio (engkaupun tau aku ni bekerja makan gaji sebagai pensyarah, makanya tugas utama aku adalah mengajar dan aku tak suka sibuk dengan kerja ‘personal’ semasa bekerja. Aku tak mau jadi seperti ‘mereka yang lepas’ yang sibuk ‘berniaga’ dan membuat ‘kerja luar’ sesemasa waktu bekerja. Islam mengajar kita menjadi ‘amanah’ kepada Allah dan masyarakat sekeliling, aku nak dapat duit gaji yang ‘bersih’ walaupun aku bukan tenaga pengajar yang pandai! Bagi aku karya terbentuk dari jiwa bukan dari studio dan kepercayaan aku studio adalah ‘otak’ yang diberi oleh ‘Allah’, andaikata dia ‘switch off’ otak kita makanya idea untuk membuat karya pun tiada (itu pandangan peribadi pilihan akulah, jika orang lain mempunyai pandangan lain itu hak dia dan aku terima dengan hati terbuka). Aku setuju untuk menyertai pameran tu, tapi disebabkan aku tak ada idea pemula untuk membuat karya makanya aku perlu melawat galeri bagi mendapatkan mood bagi mengarap persoalan ruang dan konteksnya berpaksikan kepada tema pameran yang direncanakan oleh institusi ini. Aku buat karya pabila ada sesuatu pekara yang mengusik jiwa aku (selalunya pekara yang melibatkan alam sosial sekeliling aku berpaksikan persoalan politik, ekonomi, agama, budaya dan faktor geografi). Pada 16 November 2018 aku pergi melawat ke galeri Sasana Kijang dan berjumpa dengan kurator tu, dia membawa aku melawat ke ruang pameran. Ruang pamerannya agak besar dan stetah aku berpusing ada satu ruang telah menambat hati aku. Ruang itu mempunyai ketinggian yang menarik dan ia mempunyai natural light melalui atap cermin yang lut sinar. Makanya arah matahari sebelah pagi, tengahari dan petang agak menari. Jika hari mendung atau hujan suasana tempat itu mempunyai mood yang lebih menarik, suasana tempat itu mengingatkan aku kepada karya-karya fotografi dalam pameran 5th Asia-Pacific Triennial of Contemporary Art (2006) di Brisbane, Australia.Ia dihasilkan oleh Long March Project (sekumpulan pengkarya dari China), mereka merakam gambar suasana dewan-dewan besar di negara China yang mempunyai altar dibelah depan manakala didindingnya ada gambar portrait pemimpin mereka (Mao Tse-Tung) ditengah-tengah dan di kiri serta kanannya diapit oleh bendera komunis Russia dan China. Ruang yang dirakam itu begitu dramatik dan pendekatan mereka itu menjadi wadah pemula bagi aku mengenalpasti mood ruang yang aku perlukan. Pada ketika itu aku dapat mengambarkan ruang itu seolah-olah seperti satu ruang pengajaran (berpaksikan persoalan propaganda). Selepas aku dapat mengenal pasti ruang aku perlu pula mengenalpasti konteks premis ini dan bagaimana ia boleh diselaraskan dengan tema yang di berikan pula. Secara asasnya ruang ini merupakan suatu ruang yang menjadi nadi penting dan ia merupakan bank induk pada negara, fungsinya adalah mengeluarkan mata wang, sebagai jurubank dan penasihat untuk kerajaan, ia juga berfungsi untuk mengawal kedudukan kredit negara. Maka dengan itu aku rasa konsep dari persoalan ekonomi lah yang sesuai diacukan dalam karya ini. Akhirnya aku membuat keputusan yang aku ingin membentuk karya berlandaskan

6

Azizan Paiman


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.