Proceedings HPBS 2010

Page 21

PROSIDING SEMINAR

HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2010

berharap agar penarafan tersebut dapat dikekalkan disamping memperbaiki segala kelemahan yang telah disenaraikan.

iii. Saya dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia ini disambut secara serentak di 30 buah negara lain di dunia. Saya turut berbangga apabila dimaklumkan bahawa seminar ini dihadiri oleh bukan sahaja kakitangan kerajaan, tetapi juga pihak swasta, para akademia, pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, wakil persatuan penduduk dan lain-lain pihak yang saya percaya mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap isu alam sekitar semasa iaitu perubahan iklim dan pemanasan global. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat memberikan idea yang lebih berkesan dan praktikal untuk dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti bagi penempatan manusia selaras dengan wawasan negara.

iv. Justeru, tema sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia tahun ini; “Pembangunan Mampan- Kejiranan Hijau� amat bertepatan dengan isu perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin mendapat perhatian masyarakat sejak akhirakhir ini. Ini kerana isu perubahan iklim dan pemanasan global dilihat sebagai suatu ancaman bukan sahaja terhadap manusia sejagat, tetapi seluruh kehidupan di muka bumi ini.

Dasar-Dasar Kerajaan Ke Arah Pembangunan Yang Lebih Mampan.

v. Sepertimana yang Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum. Kerajaan amat komited dalam mengurangkan pengeluaran karbon intensiti bagi memelihara alam sekitar, seperti yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri di dalam Persidangan Perubahan Iklim di Copenhagen (COP15) pada Disember 2009 yang lalu. Di dalam persidangan berkenaan, beliau telah menzahirkan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pengeluaran GHG sehingga 40% intensiti karbon menjelang 2020, berbanding tahun 2005. Ini adalah sebagai sumbangan negara di peringkat global dalam menangani isu perubahan iklim. Indikator pengurangan ini merupakan sasaran sukarela negara dan bukan mandatori serta tertakluk kepada pembangunan teknologi, penyediaan kewangan yang mencukupi serta peningkatan kapasiti.

16


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.