Page 1

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TERMINAL KENDERAAN BERAT (GPP TKB)

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


Kandungan Pembentangan 1.

TUJUAN

2.

LATAR BELAKANG

3.

PERKARA PERTIMBANGAN

4.

IMPLIKASI

5.

SYOR

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


1. TUJUAN Mendapatkan pertimbangan dan persetujuan Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah mengenai penerimapakaian Garis Panduan Perancangan Terminal Kenderaan Berat (TKB).

Garis panduan ini disediakan untuk memandu PBN, PBT dan agensi-agensi berkaitan di dalam merancang, membangun dan mengawal penyediaan terminal kenderaan berat (TKB) serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


2. LATAR BELAKANG 2.1

Kepentingan Subjek Dalam Konteks Dasar Negara

NKRA – Mempertingkat Pengangkutan Awam Di Bandar

 Kerajaan telah mengambil inisiatif

memperbaiki dan memperkasa sistem pengangkutan awam di Malaysia.

 Tindakan : o menghalang kenderaan berat memasuki kawasan pusat perniagaan; dan

o mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat perniagaan (CBD).

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG 2.2

Pertambahan Kenderaan Berat

Perkembangan sektor perindustrian dan perdagangan meningkatkan keperluan sistem dan operasi pengangkutan barangan darat. Ini dapat dilihat melalui peningkatan kargo dan kontena yang mengguna dan memerlukan perkhidmatan kenderaan berat. Pertambahan kenderaan berat menyumbang kepada kewujudan masalah perletakan dan ketidakcukupan tempat letak kenderaan berat. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG Rekod Pendaftaran Kenderaan Berat (Lori) Baru Di Malaysia Dari Tahun 2000 - 2010 990,585

1,000,000

UNIT KENDERAAN

900,000 800,000 700,000

665,284

600,000 500,000 400,000 300,000 200,000 100,000 0 2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

TAHUN Sumber: Road Traffic Volume Malaysia, Highway Planning Unit, Kementerian Kerja Raya, 2011.

2007

2008

2009

2010

Series2 Pertambahan

Kenderaan Berat

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG 2.3

Permasalahan Perletakan Kenderaan Berat

Penggunaan ruang di tepi jalan oleh kenderaan berat di kawasan pembangunan menyebabkan kerosakan permukaan jalan.

Kawasan Perindustrian dan Perdagangan (Bandar Sultan Sulaiman, Klang, 19.07.2011)

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG Perletakan kenderaan berat secara berselerak menimbulkan keadaan tidak selamat kepada pengguna jalanraya lain.

Kawasan perumahan di Bandar Sultan Sulaiman, Klang (19.7.2011)

Simpang Perantau Damai, Jalan Simpang Renggam – Kulai, Johor Muadzam Shah (21.7.2011) (20.7.2011)

Kedai di kawasan perumahan Bandar Sultan Sulaiman, Klang (19.7.2011) BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG Perletakan kenderaan berat di kawasan pembangunan mewujudkan pemandangan yang buruk (visual intrusion) dan menghasilkan pencemaran bunyi.

Lori di kawasan perniagaan Bandar Sultan Sulaiman, Klang (19.7.2011)

Lori diletakkan berselerak di tepi jalan di Pekan Chaah, Johor (21.7.2011)

Kawasan perniagaan di Bandar Sultan Sulaiman, Klang (19.7.2011)

Kontena diletakkan berselerak di tepi jalan, Bandar Sultan Sulaiman, Klang (19.7.2011)

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG Sebelum ini, tiada sebarang garis panduan khusus dalam perancangan depot / terminal (lokasi, reka bentuk, kemudahan sokongan dll.) Menyebabkan wujudnya terminal yang tidak sesuai dari segi lokasi, tiada kemudahan dan kurang selamat. Ia memberi masalah kepada pemilik / pemandu kenderaan berat dan penduduk setempat.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG 2.4

Keperluan Penyediaan Terminal Kenderaan Berat

Penyediaan TKB bertujuan untuk: i.

Menyediakan kemudahan pemunggahan yang terancang untuk mengelakkan kenderaan berat melebihi 5 tan memasuki pusat bandar;

ii. Menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan berat di sekitar kawasan industri dan perdagangan; iii. Menyediakan terminal kenderaan berat dengan persekitaran yang kondusif dan selamat dilengkapi dengan kemudahan asas pemandu;

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG sambungan..

iii. Menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang boleh dikongsi bersama oleh kenderaan lain seperti bas sekolah dan bas kilang; dan iv. Mengurangkan konflik dan percanggahan guna tanah.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG 2.5 (i)

Perundangan Sedia Ada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Subseksyen 48(1) dan subseksyen 48(2) memberi kuasa kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengalih, mengapit atau menahan kenderaan yang menyebabkan galangan; dan

Seksyen 72 - keperluan “mengadakan tempat letak kereta dan tempat perhentian” oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau badan awam bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan-kenderaan barangan. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG (ii) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)

Subseksyen 51(1) - keperluan bagi setiap pengendali kenderaan yang membawa barangan untuk memiliki lesen pengendali yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); dan

Subseksyen 52(2)(b) - memperuntukkan bahawa SPAD merupakan pihak berwajib bagi meluluskan permohonan lesen pengendali kenderaan berat. Syarat yang perlu dipatuhi – pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada PBT berkaitan dengan lokasi pilihan untuk meletak kenderaan berat. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG 2.6

Definisi Kenderaan Berat

Kenderaan perdagangan atau kenderaan barangan (berat > 5 tan). Terbahagi kepada 2 kategori: i.

kenderaan tegar (rigid vehicle) – mempunyai 2 4 gandar.

ii.

kenderaan bersendi (articulated vehicle) – 3 6 gandar atau lebih. Sumber : Perintah Sekatan Berat (Jalan Persekutuan) (Pindaan) 2003, [P.U.(A)275/2003],

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG 2.7

Definisi Terminal Kenderaan Berat Sebagai tempat persinggahan yang menghubungkan lori-Iori perkhidmatan pengangkutan jarak jauh antara bandar dengan lori-Iori perkhidmatan pengumpulan dan penghantaran dalam bandar atau rangkaian lalu lintas pengedaran di dalam bandar. Sebagai tempat meletak kenderaan berat di sekitar kawasan tumpuan pembangunan. Sumber : Kajian Kesesuaian Perancangan Terminal Kenderaan Berat

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG 2.8

Perundingan Dengan ‘Stakeholders’

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal : melibatkan agensi-agensi teknikal di peringkat persekutuan, negeri dan PBT pada 3 Disember 2010; Mesyuarat JPP JPBD Semenanjung Malaysia : melibatkan Pengarah Perancang Negeri dan pengurusan tertinggi JPBD pada 15 Disember 2010; Mesyuarat Jawatankuasa Pakar : melibatkan agensi teknikal khusus seperti Kementerian Pengangkutan, JPJ, JKJR, SPAD dan Persatuan Tuan Pengusaha Lori pada 16 Jun 2011; dan BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG sambungan..

Mesyuarat JPP KPKT Bil. 4/2011 : dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian pada 12 September 2011. Seranta Awam Atas Talian (Online Public Engagement): dilaksanakan dua kali melalui laman web JPBD pada 18 Mei 2012 dan 26 Jun 2012.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


3. PERKARA PERTIMBANGAN 3.1

Prinsip Perancangan

Perancangan perletakan TKB mengambilkira beberapa prinsip: i.

perlu

lokasi yang strategik dan aksesibiliti yang tinggi;

ii. mengutamakan kesihatan dan keselamatan; dan ii. jauh dari kawasan petempatan dan mesra alam. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.2

Garis Panduan Umum

Garis panduan umum merangkumi empat (4) aspek utama iaitu: Kategori terminal; fungsi dan saiz; konsep perletakan; dan

aspek perancangan tapak.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.3

Kategori Terminal

TKB boleh dibangunkan berdasarkan 2 kategori:  Kategori 1 - Terminal Pemindahan (Transhipment Terminal); dan  Kategori 2 - Terminal Kawasan Rehat dan Letak Kenderaan

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN Rajah Kategori Terminal Kenderaan Berat

1

2 Bandar Utama / Ibu Negeri

Keluasan : 3-5 hektar

Pinggir Bandar dan luar kaw. tepubina berhampiran kaw. industri/Bandar Pelabuhan

Keluasan : 0.5-2 hektar

Terminal Pemindahan (Transhipment Terminal) Terminal Kawasan Rehat & Letak Kenderaan Berat Laluan Perkhidmatan Barangan Laluan Perkhidmatan Memungut dan Menghantar

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.4

Fungsi Dan Saiz Terminal

(a) TERMINAL PEMINDAHAN Berfungsi sebagai:     

tempat pemindahan muatan; gudang simpanan; pengelasan barangan; tempat menerima dan pemunggahan muatan; dan tempat penyenggaraan dan baik pulih kenderaan.

Diwujudkan bagi mengelakkan kenderaan berat memasuki kawasan perumahan / pusat bandar. Keluasan : dicadangkan 5 – 20 hektar (menampung 40 hingga 100 lot kenderaan berat). BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN (b) TERMINAL KAWASAN REHAT DAN LETAK KENDERAAN Berfungsi sebagai tempat persinggahan dan tempat letak kenderaan berat tanpa muatan (kontena kosong) dengan kemudahan yang terhad berbanding dengan Terminal Pemindahan. Juga diwujudkan bagi mengelakkan kenderaan berat dari memasuki kawasan perumahan / pusat bandar. Keluasan : dicadangkan 2 – 5 hektar (boleh menampung 20 - 50 lot kenderaan berat). BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.5

Konsep Perletakan Terminal

(a) TERMINAL PEMINDAHAN Bagi tujuan aksesibiliti yang baik, ia dicadangkan ditempatkan:  berhampiran lebuhraya / jalan utama (rangkaian jalan 40.2 meter); dan  mempunyai laluan berkembar (dual carriageway). Akses ke tapak perlu disokong oleh kemudahan persimpangan bertingkat atau persimpangan searas – memudahkan pergerakan membelok. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN (b) TERMINAL KAWASAN REHAT DAN LETAK KENDERAAN Bagi tujuan aksesibiliti yang baik, ia dicadang ditempatkan berhampiran jalan utama (rangkaian jalan 30.5 meter). Akses keluar-masuk ke tapak perlu disokong oleh kemudahan persimpangan searas dengan rizab minimum selebar 20 meter.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.6

Perancangan Tapak

Lokasi terminal yang strategik adalah sangat penting dalam memastikan tahap penggunaan terminal. Perancangan tapak terminal perlu mengambilkira beberapa kriteria berikut: (a) kesesuaian guna tanah; (b) aksessibiliti; dan (c) topografi.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.7

Garis Panduan Khusus

Garis panduan khusus memperincikan empat (4) aspek iaitu: (i)

Kriteria perletakan terminal;

(ii)

Penyediaan kemudahan di kawasan terminal;

(iii) Susun atur kawasan terminal; dan (iv) Landskap di kawasan terminal.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.7.1 Kriteria Perletakan Terminal

(a) TERMINAL PEMINDAHAN Kedudukan paling sesuai adalah di dalam lingkungan kawasan pembangunan industri. Lingkungan jarak:  500 meter hingga 1 kilometer dari jalan utama;  Minimum 5 km dari kawasan perumahan bagi mengelakkan konflik lalulintas dan kesan pencemaran; dan  Sekitar 10 - 15 km dari pusat bandar terhampir bagi memudahkan operasi penghantaran dan pengambilan barangan. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN KONSEP TERMINAL PEMINDAHAN

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN (b) TERMINAL KAWASAN REHAT DAN LETAK KENDERAAN Sesuai di sekitar /pinggir kawasan pembangunan bercampur iaitu sama ada di kawasan perindustrian, perumahan serta perdagangan:  300 - 500 meter dari jalan utama;  Minimum 2 km dari kawasan perumahan / penempatan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan kesan pencemaran; dan  5 - 10 km dari pusat bandar terhampir bagi mengelakkan konflik lalulintas. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN KONSEP TERMINAL KAWASAN REHAT & LETAK KENDERAAN

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.7.2 Penyediaan Kemudahan Di Terminal (a) TERMINAL PEMINDAHAN

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN (b) TERMINAL KAWASAN REHAT DAN LETAK KENDERAAN BERAT

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.7.3 Susun Atur Terminal (a) SUSUN ATUR LOT KENDERAAN BERAT Dimensi kritikal adalah lebar dan panjang petak, lebar lorong, sudut petak dan jejari belokan (turning radius) kenderaan.

 Saiz minimum : 18m(P) x 5m(L) Jarak antara lot dengan lot : 22m  Jalan masuk dan keluar : 12m  Sudut petak : 45º

Petak perlu bersudut 45º bagi memudahkan kenderaan Dimensi dan Saiz Tempat Meletak berat memasuki lorong Kenderaan Berat dengan cepat serta dapat memaksimumkan ruang.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN (b) SUSUN ATUR RUANG APRON MEMUNGGAH MUATAN

Ruang apron ialah gerak yang bersudut tepat dengan permukaan dok yang diperlukan bagi saiz kenderaan dan lebar petak yang berbeza. Panjang Keseluruhan Gabungan Lori Ruang Apron Bagi Satu Lori Memunggah (Tanpa Halangan)

40 kaki (12.2 m)

50 kaki (15.2 m)

Ruang Apron Bagi Satu Lori Memunggah (Dengan Halangan)

60 kaki (18.3 m)

Lebar Petak

Lebar Apron

10 (3.06 m) 12 (3.65 m) 14 (4.25 m) 10 (3.06 m) 12 (3.65 m) 14 (4.25 m) 10 (3.06 m) 12 (3.65 m) 14 (4.25 m)

46 (14.0 m) 43 (13.1 m) 39 (11.9 m) 60 (18.3 m) 57 (17.4 m) 54 (16.5 m) 72 (22.0 m) 63 (19.2 m) 60 (18.3 m)

Ruang Apron Yang Diperlukan Berbanding Dengan Panjang Lori dan Lebar Petak

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN (c) REKABENTUK GEOMETRI DAN SAIZ DOK MEMUNGGAH BARANG

Perlu bagi memudahkan lori memuat dan memunggah barangan. Cadangan geometri dok adalah seperti berikut: tinggi dok hendaklah di antara 1.2 meter hingga 1.32 meter; tinggi kelegaan bumbung dalam atau canopy perlu berdasarkan had tinggi lori (minimum 4.25m), dan lebar dok perlu disesuaikan dengan jenis jentera peralatan pengangkut barang.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.7.4 Landskap Kawasan Terminal Mengurangkan kesan bunyi bising dan mengelakkan pencemaran visual. Zon / ruang penampan (penanaman pokok) perlu disediakan di sekeliling kawasan terminal seperti berikut: i.

berhadapan dengan jalan utama – minimum 10 meter; dan

ii.

bersempadan dengan kegunaan lain – minimum 6 meter. Perimeter planting di kawasan terminal

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN 3.8

Pelaksanaan Pembangunan Dan Pengurusan Terminal

a) TERMINAL PEMINDAHAN (i) Kaedah 1: Pelaburan oleh Pihak Swasta (Syarikat/ Pengusaha Kenderaan Berat)  Inisiatif pelaburan oleh syarikat swasta (private funding investment – PFI) atau pengusaha kenderaan berat (contoh: Syarikat Tiong Nam) yang membangunkan terminal untuk kegunaan pemindahan muatan dan tempat letak kenderaan sendiri serta untuk sewaan.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN sambungan... (ii) Kaedah 2: Dibangun oleh Badan / Agensi Persekutuan dan Diurus Secara Penswastaan Inisiatif pembangunan oleh badan/agensi persekutuan dengan pengurusan secara penswastaan oleh syarikat swasta berkonsepkan ‘public private partnership’ (PPP). (iii) Kaedah 3: Dibangun dan Diurus oleh Agensi Negeri / PBT Inisiatif pembangunan dan pengurusan oleh agensi negeri (contoh: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, anak syarikat kerajaan negeri dan PBT). BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


PERKARA PERTIMBANGAN (b) TERMINAL KAWASAN REHAT DAN LETAK KENDERAAN BERAT (i)

Kaedah 1: Pelaburan oleh Pihak Swasta (Syarikat / Pengusaha Kenderaan Berat) Inisiatif pelaburan oleh syarikat swasta atau pengusaha kenderaan berat yang membangunkan terminal untuk kegunaan tempat letak kenderaan sendiri serta untuk sewaan.

(ii) Kaedah 2: Dibangun dan Diurus oleh Agensi Negeri / PBT Inisiatif pembangunan dan pengurusan oleh agensi negeri (contoh: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, anak syarikat kerajaan negeri dan PBT). BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


4. IMPLIKASI 4.1 Implikasi Kewangan Cadangan Garis Panduan Perancangan Terminal Kenderaan Berat ini akan melibatkan peruntukan kewangan tambahan oleh Kerajaan di mana jumlah peruntukan tersebut belum dapat ditentukan pada masa ini. 4.2 Implikasi Pelaksanaan

Penguatkuasaan garis panduan yang digubal akan menambah baik sistem perancangan guna tanah dan pengangkutan semasa. Pada masa yang sama, ia akan mengurangkan konflik lalu lintas dan kesan pencemaran di kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan dan penempatan penduduk. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


IMPLIKASI 4.3 Implikasi Perundangan Akta Pengangkutan Jalan, 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010 (Akta 715) tidak menyentuh keperluan-keperluan dari sudut kategori, lokasi dan jarak, kesesuaian guna tanah serta kaedah pembangunan dan pengurusan terminal-terminal kenderaan berat.

Garis panduan yang digubal akan menyokong dan melengkapi peruntukan-peruntukan sedia ada di dalam Akta 333 dan Akta 715.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA


5. SYOR Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri dengan ini dipohon untuk menimbang dan bersetuju terhadap pemakaian Garis Panduan Perancangan Terminal Kenderaan Berat di seluruh negeri

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

Garis Panduan Perancangan Terminal Kenderaan Berat  

Slide pembentangan Garis Panduan Perancangan Terminal Kenderaan Berat

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you