Issuu on Google+

Retrospektif Peranan Ulamak dalam Pembangunan Rohani di Aceh Mohd Syukri Yeoh Abdullah (M.A) & Badlihisham Mohd Nasir (Ph.D) Abstrak Kertaskerja ini cuba menelusuri paparan awal tentang sejarah peranan ulama dalam membangunkan kerajaan-kerajaan Islam di wilayah Aceh sehingga memunculkan Kerajaan Aceh Darussalam sebagai kuasa besar di dunia antarabangsa. Aceh mencapai kegemilangan tamadun pada abad ke-17, sebagai pusat penyebaran Islam dan rujukan ilmu selain Mekah sehingga mendapat gelaran ‘Serambi Mekah� Pengalamanpengalaman para ulama dalam tradisi institusi zawiyah yang menganjurkan pengajian kitab bersanad, amalan bersanad dan tarekat sufi yang ditinjau secara historis akan direfleksikan sebagai asas untuk pembangunan rohani Aceh pasca tsunami. Pendahuluan Peristiwa tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 telah membawa banyak kerosakan kepada bumi Aceh. Bencana ini merupakan dugaan dan ujian yang luar biasa kepada umat Melayu Aceh supaya mereka dapat muhasabah diri untuk memperbaiki semula dan bersabar menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kerosakan-kerosakan yang hebat sama ada fizikal, mental dan rohani masyarakat Melayu Aceh sudah pasti memerlukan suatu gagasan pembangunan semula Aceh. Namun gagasan ini perlu yang dilihat semula dalam sejarah Aceh itu sendiri kerana ia memiliki segudang khazanah sama ada dari segi artifak, manuskrip mahupun ketamadunan lampau yang boleh diteliti, diambil dan dimanfaatkan beberapa gagasan tentang kejayaan, kekuatan Aceh dan kehebatan jatidirinya. Oleh itu, kertaskerja ini cuba mengimbau dan mengajak umat Melayu Aceh menoleh ke belakang melihat dalam sejarah tentang bagaimana peranan ulama yang membawa Islam kepada mereka, pendekatan yang diambil sehingga mereka berjaya memartabatkan bangsa Aceh dan membina kegemilangan tamadun kerajaan pada abad ke-17 Masehi. Kejayaan sedemikian ini perlu dilihat sebagai garis panduan untuk membangunkan semula rohani masyarakat Melayu Aceh. Kedatangan Islam ke Aceh Masyarakat Islam kecil yang muncul di seluruh pesisir pantai Sumatera telah mendorong rombongan pertama dari Arab membina kerajaan Islam pertama yang berpusat di Bandar

151


Khalifah di Peurlak (Aceh Timur).1 Dari sini lahirlah institusi pertama pendidikan yang diberi nama zawiyah2 Cot Kala. Perkataan zawiyah ini telah diubah oleh Ali Hasmjy3 kepada Dayah, setelah Aceh ikut bergabung merdeka dengan Indonesia. Perubahan istilah telah memberi kesan kepada masyarakat bahawa sistem pendidikan Islam Aceh seolah-olah dipengaruhi oleh sistem pendidikan luar selain daripada kemurnian ajaran Islam itu sendiri. Perkataan Dayah menurut Abu Dahlan4 itu berasal dari bahasa Sanskerta yang bermaksud pelajaran. Manakala menurut R. O. Winstedt5 pula, perkataan Dayah berasal dari bahasa Parsi bermaksud Inang, pengasuh dan ibu susu. Istilah ini juga digunakan oleh kebanyakan sarjana dewasa ini. Malah apabila Aceh mengikut bergabung merebut kemerdekaan dari Belanda, perkataan dayah digantikan pesantren.6 Yang menggunakan istilah zawiyah ialah zawiyah Tanoh Abee di Seulimeum, Aceh Besar, iaitu zawiyah yang tertua di Alam Melayu yang masih bergiat aktif sehingga hari ini seperti zawiyah dulu. 1

Berdasarkan catatan naskhah Manuskrip: Ihr al-aq f mamalakat feurlek (karya Abū Isq al-Makarānī) (milik al-Marhum Tengku M. Yunus Jamil, Kampung Alui, Banda Aceh. Kini naskhah tersebut disimpan oleh anaknya yang tinggal di Jakarta), Ali Hasmjy (sejarah masuk dan berkembangnya Islam di Indonesia, Pt al-ma’arif, Medan, cet 3, 1993, hlm. 146-147) berpendapat bahawa kerajaan Islam pertama di Peurlak adalah shicah kerana mengaitkan ketua rombongan, iaitu nahkoda Khalifah dengan keturunan Bani Khalifah dari Bahrain dan Qatar, tetapi beliau lupa bahawa pengarang naskhah tersebut, iaitu Abū Isq al-Makarānī berasal dari Balucistan. Ini memperlihatkan keraguan terhadap kenyataan Ali Hasmjy, jika dibandingkan dengan analisis N. A. Nabolch (The advent of Islam in Indonesia, National Institute of Historical and Culturtal Research, Islamabad, 1980, hlm. 15-17). N. A. Nabolch berpendapat rombongan itu berasal dari Balucistan kerana mereka terdiri pelbagai bangsa, seperti Arab, Parsi dan India yang sama halnya dengan masyarakat Islam di Balucistan. Jika ini benar, maka pendapat Ali Hasmjy (Ibid, hlm. 156) yang mengatakan rombongan Nahkoda Khalifah itu bermazhab shi cah itu tidak benar. Kerana menurut H. A. R. Gibb et. al. (The encyclopedia of Islam, Vol I, E. J. Brill, Leiden or Luzac & Co, London, 1960, hlm. 1005) dan Ibrhm Zaki Khrshd dkk (Dā’irat al-macrif al-Islmiyyah, Markaz al-Shriqah li al-ibdc al-Fikry, jil VI, 1418H/ 1998M, hlm. 1881-1882) bahawa masyarakat Balucis pada keseluruhannya terdiri daripada pelbagai campuran bangsa, seperti Arab, Parsi dan India mengikut geografi sempadan dan bermazhab sunni Hanafi. Mereka sangat kuat berpegang pada mazhab sunni dan sangat anti-shicah. Namun demikian, masyarakat Balucis terbahagi kepada dua kelompok, iaitu (i) mereka bermazhab sunni, tetapi hidup dengan budaya shicah dan (ii) mereka bermazhab sunni, tetapi kehidupan mereka bercampur baur dengan kepercayaan setempat, seperti memuja kubur, menilik dan sebagainya. Kumpulan pertama yang dikatakan rombongan datang ke Peurlak berdasarkan analisis N. A. Nabolch (Ibid) kerana terdapat kesamaan dan kemiripan bentuk dan gaya tulisan syair. Kenyataan Ali Hasmjy tentang Kerajaan Islam Peurlak itu adalah kerajaan shi cah itu tidak benar kerana tidak terdapat manuskrip mahupun ulama shicah dari Kerajaan Islam Peurlak muncul dalam sejarah. 2

Perkataan “zwiyah” berasal dari bahasa Arab yang diambil daripada kata nama tunggal, iaitu (

‫ ) زاوية‬dan kata jamaknya zawy ( ‫ ) زوايا‬bermaksud sesuatu yang sempurna berbentuk segi empat, seperti rumah yang mempunyai empat penjuru. (Ibn Manr, Muammad bin Mukarram, Lisn al-cArab, Dār al-Mac rif, t.th. jil 3, hlm 1894). Pengertiannya “zwiyah” (di bahagian tengah dunia Islam) bersinonim dengan Khanaqah (di bahagian timur Islam seperti Parsi dan India), ribat (di Afrika Utara), tekke (di Turki). Ini menunjukkan bahawa yang menyebarkan Islam di Alam Melayu ialah golongan ulama sufi sunni yang berasal dari bahagian tengah dunia Islam (Dewan Redaksi, Ensiklopedi Islam 4, PT Ictihtiar Baru van Hoeve, Jakarta hlm.169). 3

Ali Hasmjy Bunga rampai revolusi dari tanah Aceh, Pn Bulan & Bintang, Jakarta, 1978.

4

Abu Dahlan, 2005. Kemasukan Islam di Alam Melayu, Zwiyah Tanoh Abee, Seulimmeun, Aceh Besar, Temubual, 1hb Feb. 5

R. O. Winstedt, Kamus Bahasa Melayu, Pn Marican & Sons (Malaysia) Sdn Bhd, KL & Singapore, cet. 4, 1970 hlm. 72. 6 Tradisi pesantren merupakan kerangka sistem pendidikan tradisional di Jawa dan Madura. J.F.B. Brumund, Het Volksonderwiijs onder de Javanen, Batavia, 1857. Zamekhsyah Dhofier, Tradisi Pesantren: Studi tentang Pandangan Hidup Kiyai, Pn LP3ES, cet. 6, hlm 16.

152


Institusi zawiyah ini memainkan banyak peranan, antaranya sebagai pusat amal ibadah, pengajian kitab bersanad, penyalinan dan penulisan kitab, memberi ijazah amalan dan juga tarekat rohani. Peranan yang demikian telah melahirkan ramai ulama yang dihantar keluar berdakwah dan dibina zawiyah di tempat lain. Antaranya contoh yang dapat dilihat ialah Maulana Ishak,7 Maulana Nur al-Din (Fathillah)8 dan Sunan Bonang9 telah dihantar yang menyebarkan Islam ke Jawa, Maulana Abu Bakar 10 ke Melaka, Shaykh Ampon Tuan 11 ke Kerajaan Teumiang (Aceh Timur), Shaykh Jakub ke Kerajaan Samudera Pasai (Aceh Utara) dan Shaykh Sirajuddin12 ke Kerajaan Lingga (Aceh Tengah). Usaha utusan-utusan Islam ini telah memunculkan kerajaan-kerajaan Islam di sekitar Kerajaan Islam Peurlak. Ini membuktikan keberkesanan dakwah, khususnya ke seluruh wilayah Aceh dan ke seluruh Alam Melayu amnya. Para utusan ini juga membina zawiyah di daerah masing-masing untuk mengadakan hubungan kerjasama sesama institusi zawiyah kerana hubungan sanad pengajian kitab, amalan dan tarekat rohani. Hubungan ini telah mempergiatkan lagi pengembangkan ajaran Islam sekaligus memartabatkan umarak dan masyarakat dengan pengajian ilmu. Antara contoh zawiyah yang dibina, seperti zawiyah Blang Peria oleh Shaykh Jakub13 di Kerajaan Pasai, zawiyah Batu Karang oleh Teungku Ampon Tuan14 di Kerajaan Teumiang, zwiyah Seuruleu oleh Shaykh Sirajuddin15 di Kerajaan Lingga. Kerjasama yang erat institusi zawiyah ini akhirnya memutuskan menghantar Shaykh cAbdu’Llah Kancn16 dan Meurah Johan17 untuk mengembangkan dakwah Islam ke Kerajaan Lamuri. Kehadiran rombongan ini telah disambut baik dan mendapat layanan baik oleh Kerajaan Lamuri sehingga diberi penempatan yang baru. Rombongan itu telah menyelamatkan Kerajaan Lamuri daripada serangan Rajedra Chola I (1018-1048),18 iaitu 7 Maulana Ishak telah diberi amanah oleh zwiyah untuk menyebarkan Islam ke Jawa. Beliau telah berkahwin. Dari hasil perkahwinan dengan salah seorang puteri Raja Blambangan, beliau dikurniai seorang anak yang bernama Raden Paku akhirnya terkenal dengan nama Sunan Giri. Raden Paku merupakan salah seorang wali songo yang aktif dalam pengembangan ilmu dan dakwah di Kepulauan Jawa terutama sekali di Surabaya, Gresik, Jawa Timur. Umar Hasyim Sunan giri, Pn Menara, Kudus (Indonesia), 1979, hlm. 21). 8 Maulana Nur al-Din (Fathillah) dikenali sebagai Sunan Gunung Jati, salah seorang wali songo terkenal dalam sejarah Islam Jawa kerana beliau merupakan pengasas Kesultanan Banten (Solichin Salam, Sekitar Wali Sanga, Pn Menara, Kudus (Indonesia), 1974, hlm. 35 dan 56). Beliau dikatakan yang aktif dalam pengembangan ilmu dan dakwah di Kepulauan Jawa terutama sekali di Banten, Ceribon (Jawa Barat), Tuban, Demak (Jawa Timur) dan Sunda (H.J. De Draaf, Kerajaan-Kerajaan Islam di Jawa: kajian sejarah politik abad ke 15 dan ke 16, Pn Grafitipers, Jakarta, cet. II, 1986, hlm. 142-145). 9 Sunang Bonang juga dikenali Ampel Denta dan nama sebenarnya beliau ialah Maulana Makhdum Ibrahim atau Raden Ibrahim yang merupakan pelajar dari zwiyah Cot Kala. Beliau adalah putera kepada Raden Rahmat sepupunya Sunan Kalijaga dan ibunya bernama Dewi Candrawati. Sunan Bonang telah mendirikan rumahtangga dengan Dewi Hiroh dan mendapat seorang puteri bernama Dewi Ruhil. Dewi Ruhil kemudiannya berumahtangga dengan Sunan Kudus. Begitulah kesinambungan proses penyebaran ilmu dan Islam di Jawa (Dewan Redaksi, Ensiklopedi Islam 5, PT Ichtiar Baru Van Hoeve, Jakarta, hlm. 177). 10 Beliau merupakan murid dari zwiyah Cot Kala yang mendapat amanah membawa kitab Dur alManm (mutiara tersusun) dan mengajar Sultan Kerajaan Negeri Melaka. Beliau juga diberi amanah untuk pemesatan kegiatan Ilmu dan penyebaran Islam di sana. Selepas itu, Sultan Mansur Syah (1459-1477 M) mengirim utusan kepada Makhdum Patakan di Kerajaan Samudera Pasai supaya diterjemahkan kitab tersebut (W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Oxford University Press, Kuala Lumpur 1967, hlm. 148-149). Ini membuktikan bahawa zwiyah Cot Kala, Kerajaan Samudera-Pasai merupakan tempat dan pusat rujukan masalah agama selain dari Mekah. 11 Nama sebenarnya ialah Teungku Ampon Tuan (753-800 H./ 1353-1398 M). Ali Hasmjy, Bunga Rampai Revolusi Dari Tanah Aceh, Pn Bulan & Bintang, Jakarta, 1978, hlm. 58. 12 Ibid, hlm 57. 13 Shaykh Jakub meninggal pada 15 Muharam 630 H. (1233 M) dan makamnya terletak di Blang Peria (Geudang), Samudera Pasai. Ibid Bunga rampai revolusi dari tanah Aceh, hlm. 57. 14 Ibid, hlm 58. 15 Ibid, hlm 57. 16 Ibid, hlm. 17 & 23. 17 A Hasmjy, Meurah Johan (Sultan Aceh Pertama), hlm. 29.

153


antara tahun 1023-1024 M.19 Bantuan rombongan Shaykh cAbdu’Llāh Kancān ini telah menarik minat Maharaja Sakti dan seluruh rakyatnya untuk memeluk agama Islam dan akhirnya mengahwinkan puterinya dengan Meurah Johan. Setelah Raja Maharaja Sakti mangkat, Meurah Johan ditabalkan menjadi sultan pertama dengan gelaran Sultan Alaiddin Johan Syah. Baginda yang mengubah Kerajaan Lamuri kepada Kerajaan Aceh Darussalam dan memerintah selama 29 tahun (1205-1234 M). T. W. Arnold 20 turut mengakui bahawa baginda merupakan sultan ialah seorang sangat alim, aktif bergiat dalam dakwah dan ilmu. Setelah itu, Shaykh cAbdu’Llāh Kancān membina zwiyah Lam keuneu’en21 untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam dan kegiatan ilmu. Penyebaran dakwah ini dilanjutkan pula oleh anaknya dan keturunannya, iaitu Abu Shik Kuta Karang. Hasil daripada usaha dakwah z wiyah Lam Keuneu’eun, daerah-daerah sekitarnya, seperti Indrapuri, Indrapatra dan Indrapurwa turut menerima agama Islam.22 Paparan sejarah ini memperlihatkan ulama begitu aktif dalam dakwah dan penyebaran ilmu di dalam masyarakat Melayu. Mereka menggunakan zawiyah sebagai wadah untuk pelbagai fungsi antaranya seperti pengajian ilmu dan amalan tarekat bersanad, mendidik dan membina masyarakat, menulis kitab, melahirkan generasi ulama dan mubaligh berikutnya, jalinan hubungan kerjasama yang erat dan pertalian rohani sesama institusi zawiyah bagi memekarkan dakwah Islam. Peranan Ulama Ulama bermaksud orang yang memiliki ilmu pengetahuan agama Islam yang dalam.23 kerana itulah mereka dianggap sebagai pewaris Nabi diberi amanah bertanggung jawab menyebarkan Islam dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.24 Mereka mempunyai pelbagai peranan dan fungsi dalam masyarakat. Peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat dapat diklasifikasi sebagai berikut. Ulama dan Penyebaran ilmu

18 Raja Rajedra Chola I adalah anak kepada Rajaraja I dari Dinasti Chola. Dinasti ini memerintah India Selatan selama 300 tahun bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 M (K.A. Nilakanta Sastri, A history of south India from prehistoric times to the fall of Vijayanagar, Oxford University Press, London, Third Edition, hlm.6, 173, 176, 181-6, 191, 333, 466-7; http://encyclopedia.lockergnome.com/s/b/Cholas. 19 Mohammad Said, Aceh disepanjang abad, Pn Waspada , Medan, cet. II, 1981, hlm.136. 20 T. W. Arnold, The preaching of Islam: a history of the propagation of the muslim faith, Muhammad Ashraf, Lahore,1913. hlm. 370. 21 Hari ini ditemukan zawiyah Lam keuneu’eun terletak di Desa Leugu, Kecamtan Darul Imarah, Banda Aceh. Menurut Abu Dahlan al-Fairusy al-Baghdady (2005, Kemasukan Islam di Alam Melayu, Zwiyah Tanoh Abee, Kecamatan Seulimmeun, Aceh Besar, Temubual 1hb Feb) bahawa segala manuskrip dan artifak zwiyah ini rosak di era peperangan menentang penjajah Belanda. Yang ada hanya makam Shaykh cAbdu’Llāh Kancān dan makam silsilah keturunannya sampai Abu Shik Kutakarang. 22 Hari ini ditemukan bahawa Indrapuri terletak di Desa Indrapuri Kecamatan Indrapuri, 25 kilometer dari Banda Aceh ke arah Seulimmeun di sebelah Tenggara Aceh. Indrapatra pula terletak di Desa Ladong, Kecamatan Kreung Raya, 20 kilometer dari Banda Aceh ke arah Kreung Raya. Manakala Indrapurwa pula, terletak di Desa Lam Batek, Kecamatan Pekan Bada, 10 kilometer arah ke Ulee Lhee dari Banda Aceh. 23 Teuku Iskandar et. al., Dewan kamus edisi baru, Dewan Bahasa Dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, cet IV, 1993 hlm. 1427. 24 Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫”"العلماء مصابيح الرض و خلفاء النبياء وورثتى وورثةالنبياء‬ Maksudnya: Para ulama itu pelita yang menyinari bumi, pengganti para ambiya, pewarisku dan pewaris segala ambiya. Hadis riwayat Ibn cUday dari cAli bin Abī lib. Hadis ini Sahih (Al-cAlni, Ismcil bin Mu ammad, Kashf al-khaf’, Dār al-kutub al-cIlmiyyah Bayrūt, jil. II, 1988, hlm. 65).

154


Semenjak kemunculan Kerajaan Aceh Darussalam, para ulama meneruskan tradisi hubungan kerjasama institusi zawiyah dan hubungan dengan luar terutama dengan negara-negara yang di naungan Dawlah cUthmaniyyah. Usaha ini berjaya menarik ramai ulama dari luar turut datang membantu kegiatan dakwah dan penyebaran ilmu. Beberapa contoh yang dalam dilihat ialah Rombongan ulama telah dihantar ke Alam Melayu untuk pengembangan Islam, rombongan yang dipimpin oleh Shaykh Ismacil al-arfi25 ke Aceh dan Shaykh cAbdu’Llah c Arif26 ke daerah Pariaman, Sumatera Barat, turut singgah ke Kerajaan Aceh Darussalam. Pada era Sultan Alaiddin Firman Syah (1309-1354 Masehi), datang rombongan lain diketuai oleh Shaykh Abdullah al-Malik al-Mubin turut ke Aceh, beliau telah membahagikan tugas dakwah kepada lima kelompok, iaitu Shaykh Amad al-awāwī ke Samudera-Pasai, Shaykh Muammad Sacad Tathiri ke Campa, Shaykh Muhammad ke Minangkabau, Shaykh Muhammad Dawud ke Patani dan Shaykh cAbd al-Wahid ke Kedah.27 Kedatangan mereka terus menerus untuk mengajar dan menurunkan sanad pengajian ilmu, menulis dan penyalinan kitab, amalan dan tarekat rohani. Antara contoh yang dapat dilihat ialah pada era pemerintahan Sultan Ali Riayat Syah (1571-1577 Masehi), muncul seorang ulama berbangsa Arab Mekah yang bermazhab Shafici dari Mesir yang bernama Muhammad Azharī dengan gelaran Shaykh Nuruddin untuk mengajar ilmu metafizik (keTuhanan) dan hukum (fikah) kepada masyarakat Aceh.28 Contoh pengembangan tarekat dan penulisan kitab pula ialah Shaykh cAbdu’Llah cArif, pengarang kitab Bahr al-Lāhut (abad ke-12 M)29 yang membawa tarekat Qādiriyyah ke Alam Melayu pada abad ke 12 M kerana beliau murid kepada Shaykh Abd al-Qadir Jilani (560H/ 1166 M). 25

T. W. Arnod (Ibid, hlm. 370-372) mencatatkan bahawa Sharif Mekah telah mengutus Shaykh Ismācīl sebagai utusan agama untuk mengIslamkan masyarakat Melayu di Nusantara. Perjalanannya pernah singgah ke Barus, Kerajaan Aceh Darussalam (Lamuri) dan Pasai. Di Pasai, beliau berjaya mengIslamkan Meurah Silu dan menggantikan namanya sebagai Al-Malik al-Salih. Kemudian Beliau berjaya mengIslamkan Parameswara, pengasas kesultanan Melaka. Beliau meninggalkan dunia di Melaka. Makamnya telah ditemukan di Pulau Besar, Melaka. 26 Berdasarkan penelitian, telah ditemukan dua orang yang bernama Shaykh cAbdu’Llāh crif. Shaykh c Abdu’Llāh crif yang pertama ialah pengarang kitab Bar al-Lāhūt yang datang ke Alam Melayu pada abad ke12 M. Beliau ialah murid kepada Shaykh Abd al-Qādir Jīlānī (560H/ 1166 M). Kamis Ismail dalam kajiannya (Shicah dan pengaruhnya dalam bidang politik dan tasawuf falsafah di Alam Melayu zaman tradisional, Tesis

Doktor Falsafah. Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003. hlm. 270-273), Mahayuddin Hj Yahya (Naskhah jawi sejarah dan teks jilid I, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, cet I, 1994, hlm. l6-10) dan Abdul Rahman Haji Abdullah (Pemikiran umat Islam di Nusantara: sejarah perkembangannya hingga abad ke 19, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm. 40) berpendapat bahawa Shaykh cAbdu’Llah crif ini bermazhab shicah. Pendapat ini tidak benar kerana jika beliau ialah ahli tarekat Qādiriyyah sudah pasti akan turut mengikuti mazhab gurunya Shaykh cAbd al-Qādir Jīlānī kerana tradisi sufi faqir wajib mengikut Shaykhnya. Menurut Kalah cUmar Ri ā (Mucjam al-mu’alifīn, Mu’assasat al-Risālah, Bayrt, 1993, jil. II, hlm. 200) bahawa Shaykh Abd al-Qādir Jīlānī seorang fakih dan pengikut mazhab Shafici dan Hanbali. Manakala Shaykh cAbdu’Llāh crif yang kedua adalah murid kepada Shaykh Amad Qushāshī pada abad ke-17 M. Beliau ialah pengikut tarekat Shaārīyyah dan merupakan guru kepada Shaykh Burhanuddin Ulakan (Pono). Sebelum meninggal dunia, beliau berpesan supaya Shaykh Burhanuddin Ulakan menyambung pengajiannya dengan Shaykh Abdul Rauf di Aceh. Namun begitu, catatan T. W. Arnold (hlm. 370-372) dan Kamis Ismail (Ibid) tidak menjelaskan berapa orang Shaykh c Abdu’Llāh crif. Mereka campuradukkan Shaykh cAbdu’Llāh crif abad ke-12 M dengan Shaykh cAbdu’Llāh c rif. abad ke-17 M. 27 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan tamadun Asia Tenggara: Sebelum Dan Sesudah Pengaruh Islam, Utusan Publication & Distributors SDN BHD, Kuala Lumpur, 2000 hlm.246-247; H.M. Zainuddin, Tarich Atjeh Nusantara, Pustaka Iskandar Muda, Medan, 1961, hlm. 257. 28

Teuku Iskandar, Nuru’d-din ar-Raniri bustanu’s-salatin bab II, fasal 13, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 22. 29

Kamis Ismail, Shicah dan pengaruhnya dalam bidang politik dan tasawuf falsafah di Alam Melayu zaman tradisional, hlm. 270-273, Mahayuddin Hj Yahya (Naskhah jawi sejarah dan teks jilid I, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, cet I, 1994, hlm. l6-10, Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran umat Islam di Nusantara: sejarah perkembangannya hingga abad ke 19, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm. 40.

155


Malah penyalinan kitab pelbagai disiplin ilmu agama dan al-Quran disebarkan ke seluruh Sulawesi oleh Shaykh Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili pada abad ke-17 Masehi apabila menerima utusan Sultan Muhammad Ali Syah dari kerajaan Batjan, Sulawesi. Baginda sultan memohon jasabaik beliau mengirimkan kitab al-ua dan kitab-kitab agama untuk rujukan para Qadi dan perpustakaan umum. Atas persetujuan dan restu baginda Sultanah Sultanah Taj al-Alam Safiatuddin Syah30 (1641-1675 M.), beliau mengirim sebuah kapal yang dimuatkan dengan kitab al-ua dan kitab-kitab agama untuk rujukan para Qadi dan perpustakaan umum di kerajaan Batjan, Sulawesi.31 Shaykh Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili sendiri berjaya membina hubungan jaringan melalui institusi pengajian, pengajian kitab bersanad dan tarekat rohani yang berkembang ke seluruh Alam Melayu. Fenomena ini telah menlahirkan ramai ulama-ulama tempatan, seperti Shaykh Abdul Samad al-Palimbani,32 Tok Pulau Manis33 (zawiyah Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu), Shaykh Abdul Muhyi Pamijahan34 (zawiyah di Tasik Malaya, Tegal,

30

Baginda mendapat gelaran Seri Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah Berdaulat ll al- Allh fil Ālam binti Iskandar Muda Johan Berdaulat. Keika berusia 7 tahun baginda belajar agama dengan ramai ulama agama, antaranya ialah Shaykh Hamzah Fansuri, Shaykh Shamsuddin al-Sumatrani, Seri Faqih Zainul Abidin Ibn Daim Mansur, Shaykh Kamaluddin, Shaykh Alaiddin Ahmad, Shaykh Muhyiddin, Shaykh Taqiuddin, Shaykh Saifuddin dan Abdul Qahar dan lain-lain lagi di masjid Bait al-Rahman. Semenjak muda lagi baginda menguasai pelbagai displin ilmu agama, antaranya ilmu fikah, tasawuf, tauhid, falsafah, mantik, ketatanegaraan, sastera dan sebagainya. Selain itu, baginda juga menguasai pelbagai bahasa, seperti Arab, Parsi, Sepanyol dan Urdu (Ismail Sofyan dkk, Wanita utama Nusantara dalam lintasan sejarah, Pn Jayakarta Agung Offset, Jakarta, 1994, hlm. 4243; N. J. Ryan, Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1966, hlm. 55; Ali Hasjmy, 1976, 59 Tahun Aceh mederka di bawah pemerintahan ratu, Pn Bulan & Bintang, Jakarta, hlm. 95). c

31

H.M. Zainuddin, Tarich Atjeh dan Nusantara, Pustaka Iskandar Muda, Medan, 1961 hlm. 261.

32

Nama sebenarnya ialah Abdul Samad bin Shaykh Abdul Jalil Ahmad al-Mahdani. Ayahnya berasal dari Yaman dan ibunya Raden Ranti berasal dari Palembang. Beliau dilahirkan dibesarkan di Palembang sekitar Abad ke 17. Tarikh kelahirannya tidak jelas dan hangat diperbincangkan oleh para sarjana kini. Pelbagai pendapat dari pelbagai sumber tentang riwayat hidupnya yang berbeza menurut kajian yang dilakukan oleh M Chatib Quzwain (Mengenal Allah: Suatu Kajian Ajaran Tasauf Shaykh Abdul Samad al-Palimbani. Pn Thinker’s Library, Selangor, 1996, hlm. 1-29). Beliau pernah dilantik menjadi mufti negeri Kedah bagi menggantikan ayahnya yang telah meninggal dunia. Beliau merupakan seorang ulama yang produktif mempunyai ramai murid yang bertebaran di seluruh Patani, Kampuchea, Vietnam, Kelantan, Kedah, Penang dan daerah-daerah lain di Alam Melayu ini. Beliau bergiat aktif dakwah di lapangan, tetapi juga dunia penulisan. Beliau meninggal dunia dalam peperangan di antara negeri Kedah dengan Siam. Beliau meninggal ketika berusia seratus tahun lebih. 33

Nama sebenarnya ialah Shaykh Abdul Malik bin Abdullah yang dikenali sebagai Tok Pulau Manis. Kajian Shafie Abu Bakar (1976/1977. “Institusi Shaykh Abdul Malik bin Abdullah: satu corak pengajian

tradisi di Trengganu dan kitab-kitab padanya.” Tesis Sarjana Jabatan Persuratan Melayu, Fskk, Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm. 84) memperlihatkan bahawa tidak terdapat dalam manuskrip atau dokumentasi mengenai riwayat hidup Tok Pulau Manis ini. Namun itu, menurut Ismail Che Daud (Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan: Kota Bharu, 2001, hlm. 2-15 ) bahawa nama ayah Tok Pulau Manis ialah Abdu’Llāh b. Abd al-Qahhār merupakan salah seorang pembesar di Kota Baghdad. Oleh kerana ingin hidup dalam keadaan kedamaian, beliau merantau ke Mekkah, Aceh dan akhirnya menetap di Batu Belah, Kuala Berang, Ulu Trengganu. Beliau akhirnya mendapat jodoh dengan ibu Tok Pulau Manis yang merupakan anak jati Negeri Trengganu. Tok Pulau dikatakan lahir sekitar 1060 H/1650 M. Yang dapat dipastikan ialah tarikh beliau meninggal dunia menurut kesepakatan Syafii Abu Bakar dan Ismail Che Daud pada tahun 1149 H./1736 M. Beliau dimakamkan di Kampung Pulau Manis, Mukim Serada, daerah Kuala Terengganu. 34

Nama sebenarnya ialah Abdul Muhyi. Riwayat hidupnya tidak jelas. Namun itu, gelaran Pamijahan sempena sebuah desa di Karang, dekat Tasikmalaya, Jawa. Tempat yang beliau menetap sampai meninggal dunia dan dimakamkan di sana. Beliau murid kepada Shaykh Abdul Rauf, yang membawa tarekat Shaāriyyah ke negeri Jawa. Beliau mengajar karya Tufat al-mursalah ilā Rū al-Nabī, Muammad bin Falu’Llāh alBurhānpuri (Ahmad Daudy, Kuliah ilmu tasawuf, Bulan & Bintang, Jakarta, 1998, hlm. 83 dan H. Nazar Bakry, Strategi dakwah tarekat Syathariy The Minangkabau Foundation, Jakarta, 2002, hlm. 25-26).

156


Ceribon, Jawa Barat) Shaykh Burnuddin Ulakan35 (zawiyah Pariaman, Sumatera Barat), Shaykh Nayan36 (zawiyah Tanoh Abee), Shaykh Baba Dawud bin Ismacil bin Agha Mustafa Agha bin cAli al-Rumi37 (zawiyah Leupu) Penayoung, Banda Aceh, Shaykh Bitai38 di zawiyah Bitai di Lamteumeun, Banda Aceh, Shaykh Da’im bin Shaykh Abdullah al-Malik al-Amin39 di wilayah Bugis, Sulawesi dan lain-lain yang bersanadkan daripada Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Ini telah jelas bahawa kelahiran generasi ulama pelapis untuk meneruskan pengembangan ilmu dan dakwah Islam. Kehadiran para ulama luar dalam kegiatan dakwah dan penyebaran ilmu pada peringkat awalnya telah membina institusi seperti zawiyah sebagai wadah untuk pelbagai kegiatan dakwah. Bermula dari institusi inilah, pelbagai kegiatan dakwah telah dilakukan, seperti pengajian kitab bersanad, amalan tarekat rohani, penyalinan kitab dan lainnya telah 35

Beliau dikatakan lahir pada abad ke 17 M. Semasa kecil beliau memiliki banyak gelaran, antaranya

ialah: Si-Qanun, gelaran ini merupakan panggilan kedua orang tuanya Buyung Panuah, dalam bahasa Minang ia bermaksud anak laki-laki yang boleh diharap atau dipercayai. Buyung Pono dalam bahasa Minang bermaksid anak laki-laki yang sempurna. Si-Pincang kerana beliau pernah bertarung dengan seekor harimau sehingga putus urat kaki. Shaykh Burhanuddin Ulakan, nama ini diberi oleh Shaykh Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili kepadanya. Nama ayahnya ialah Pampak dan nama ibunya ialah Cukuik. Mereka terdiri keluarga yang miskin bekerja sebagai petani dan penternak. Shaykh Burhanuddin Ulakan memiliki budi pekerti yang baik dan gemar membantu keluarganya menternak binatang ternakan. Beliau berguru dengan Shaykh Abdu’Llāh cĀrif dari Madinah yang merupakan murid kepada Shaykh A mad Qushāshī. Setelah Shaykh Abdu’Llāh cĀrif meninggal dunia pada tahun 1039 H. /1619 M di Tapakis. Melalui wasiatnya beliau pergi berguru dengan Shaykh Abdul Rauf di Aceh dengan berjalan kaki merintasi hutan belantara yang penuh dengan bahaya. Dalam perjalanan itu, beliau bertemu dengan teman-temannya yang memiliki cita-cita yang sama. Di antara mereka ialah: Datuk Maruhun Panjang dari Padang Ganting Batu Sangkar. Si Tarapang dari Kubung Tigo Baleh Solok Muhammad Nasir dari Koto Tangah Padang dan Buyung Mudo dari Pulu-pulut Bandar Sepuluh Pesisir selatan. Akhirnya mereka berjaya sampai ke Aceh dan diterima baik oleh Shaykh Abdul Rauf. Pono bersempatan bersama dengan Shaykh Abdul Rauf di Singkil selama dua tahun sebelum pindah ke Banda Aceh. Selama 30 tahun Pono berguru dengan Shaykh Abdul Rauf. Setelah tamat pengajiannya Pono diberi nama baru oleh Shaykh Abdul Rauf sebagai Shaykh Burhanuddin Ulakan. Selesai pengajiannya beliau dihantar pulang sebagai utusan Islam dan wakil sultanah untuk mengislamsasikan raja-raja Minangkabau dan ketua-ketua Adat (Lihat H. Duski Samad, Shaykh Burnuddin Ulakan dan Islamisasi Minangkabau (syarak mandaki adat menurun), hlm. 19-29 dan H. Nazar Bakry, Strategi dakwah tarekat Syathariyah, hlm. 13-26). 36 Perpustakaan Kuno Zwiyah Tanoh Abee lahir pada era Shaykh Nayan. Ayah Shaykh Nayan bernama Shaykh Fairus merupakan seorang kadi di Baghdad ketika era pemerintahan Dawlah cAbbsiyyah. Oleh kerana sikap zalim gabenor di daerah tersebut menyebabkan Shaykh Fairus dan kabilahnya terpaksa berH ke Lebanon selama 11 tahun. Akhirnya, beliau berhijrah bersama kabilahnya ke Aceh. Di Aceh, beliau mendapat penghormatan dari Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sehingga beliau dilantik menjadi Qi Rab al-Jalil di Kemukiman 22 dan dikhususkan tugas untuk menjalankan hukum Hudud. Anaknya Shaykh Nayan pula, murid kepada Shaykh Abdul Rauf. Beliau ditugaskan untuk menjalankan hukum hudud, seperti memotong tangan pencuri, merotan penzina dan sebagainya. Atas permintaan Shaykh Abdul Rauf, Shaykh Baba al-Rumi membantu Shaykh Nayan membina mihrab zwiyah Tanoh Abee sebagai tempat ibadah khusus di mana para ahli sufi berkumpul. Di samping dengan beribadah, tempat tersebut telah dijadikan tempat pengajian, bersuluk, tempat latihan perang melawan penjajah dan sebagainya. Terdapat sebuah perpustakaan koleksi peribadi keturunan Shaykh Fairus untuk dimanfaatkan oleh para fuqara yang tinggal di sana. Perpustakaan Kuno telah mencapai kegemilangan di era Shaykh Abdul Wahab yang dikenali sebagai Abu Shik Tanoh Abee. Ini adalah kerana beliau adalah seorang penulis kaligrafi yang terkenal sehingga banyak kitab disalin dan disimpan sebagai koleksi peribadi di perpustakaan kuno ini. Sebilangan besar karya telah dirampas oleh Belanda ketika era peperangan menentang penjajah Belanda dan membawanya pulang ke Leiden. Sehingga ke dewasa ini, masih terdapat sebilangan masih kekal dipelihara baik oleh Abu atau Tengku Dahlan Fairusy al-Baghdady, generasi ke 9 pemegang amanah perpustakaan Kuno Zwiyah Tanoh Abee )Zaslina Z. Tanoh Abee, menggali kembali naskhah lama, Universitas Sumatera Utara, Medan, 1983, hlm. 12-25). Zwiyah ini kemudian turut menjadi tumpuan kunjungan pengajian dan rujukan para sarjana Timur dan Barat sejak era Shaykh Abdul Rauf sehinggalah ke hari ini. Zawiyah ini masih mewarisi sistem pengajian Shaykh Kuala dan merupakan tempat tumpuan ibadat para ahli sufi. Zawiyah dan mihrab ini merupakan satu-satu khazanah sejarah

157


memunculkan ramai ulama tempatan keintelektualan dan dakwah Islam.

untuk

meneruskan

kesinambungan

warisan

Ulama Sebagai Pendamping Umarak Semenjak penubuhan Kerajaan Aceh Darussalam, setiap sultan itu didampingi oleh seorang ulama sebagai penasihat, pendidik, pembimbing sultan dan para pembesar, sebagai tempat merujuk untuk menyelesaikan masalah pemerintahan, menulis kanun menentukan halatuju pemerintahan kerajaan dan sebagai wasilah menyampaikan hasrat dan maklumat umarak kepada rakyat jelata. Mereka juga tempat merujuk, mengadu segala hal dan tempat mengsahkan segala oleh masyarakat. Shaykh Abdullah Kan’an misalnya, merupakan guru, penasihat dan pendidik kepada Meurah Johan, Sultan Kerajaan Darussalam dan pembesarnya. Berpusat kepada zwiyahnya di Lam keuneu’en40 beliau bukan setakat membimbing kerabat di istana, tetapi juga seluruh rakyat jelata Lamuri yang baru memeluk agama Islam. Pada era pemerintahan Sultan Mughayat Shah (1514-1530 Masehi), Shaykh Khoja Nasr Ibn Khatib al-Ashi merupakan penasihat dari Daulah cUthmaniyyah yang menulis Kanun Ketatanegaraan Aceh yang pertama pada tahun 913 H/ 1523 M. 41 Dengan demikian, sufi Melayu kekal sampai ke hari ini. 37

Peter Riddel (Transferring A Tradition: Abd al-Rauf al-Singkili’s into Malay of The Jalalyn Commentary, tesis Ph. D., University of California, Berkeley, 1987, hlm. 20 ) dan Tom Pires, (A. Cortesao, The Suma Oriental of Tom Pires, terj. Armando Cortesao Kraus Reprint Limited, Nendeln/Liechtein, 1967,hlm. 142 ) berpendapat bahawa Shaykh Bābā Dāwud lahir di Sumatera dari keturunan Turki kerana hubungan jaringan Turki dan India dengan Alam Melayu dari segi dakwah dan tarekat sufi yang bermula dari era Kerajaan Samudera Pasai. Namun begitu, tidak ada data-data yang membuktikan kebenaran ini. Menurut pendapat Abu Dahlan al-Fairusy alBaghdady (2003. Tanoh Abee, Seulimeum, Aceh Besar. Temubual, 20 Mac) Shaykh Baba Dawud ialah seorang tentera Turki, utusan diplomatik Kerajaan Islam Dinasti cUthmniyyah kepada Kerajaan Aceh Darussalam. Dakwaan Azyumardi Azra28 bahawa Shaykh Baba Dawud meninggal dan dimakamkan berdekatan dengan makam Shaykh Abdul Rauf di Kuala Sungai Aceh (Krueng Aceh) bertentangan data ditemukan di lapangan. Di lapangan makam beliau ditemukan di zwiyah Leupu, Kampung Mulia, Pendayoung, Banda Aceh. Walaupun makamnya tidak terurus, namun sering diziarahi oleh sebilangan ahli sufi yang mengetahui tentang kedudukan makamnya secara tradisi. Makamnya dihancurkan oleh tsunami pada 26 hb. Dis, 2004. Tom Pires, The Suma Oriental of Tom Pires, 38 Anthony Reid, “Sixteenth Century Turkish Influence In Western Indonesia” dlm Journal of SouthEast Asian History, jil. 10, No. 3 1969, hlm 398. Menurut Abu Dahlan al-Fairusy al-Baghdady (Temubual, 2005, Perpustakaan Kuno Zawiyah Tanoh Abee, Sileummum, Aceh Besar 2hb. Feb) zawiyah Bitai dipimpin oleh keturunan orang Palestin dari susurgalur keturunan Rasulullah s.a.w. Keseluruhan zawiyah ini hancur akibat tsunami pada 26hb Dis 2004 meyebabkan tidak dapat data yang lengkap darinya. Yang selamat hanya salah seorang anak perempuan dari keturunan Abu Bitai dan kini dipelihara oleh Abu Dahlan sebagai anak angkat. 39 Abdul Manaf Amin, Inilah sejarah ringkas auliyullah al-salihin shaykh Burhanuddin Ulakan yang Mengembangkan Agama Islam di Daerah Minangkabau, naskhah manuskrip, Batang Kabung, Koto Tangah, Padang, Sumatera Barat; Oman Fathurrahman, “Tarekat Syattariyyah: memperkuat ajaran Neosufisme” dlm Sri Mulyati, Mengenal & memahami tarekat-tarekat muktabarah di Indonesia, Prenada Media, Jakarta, 2004, hlm. 165. 40 Di lapangan telah ditemukan (2hb 2005) bahawa zwiyah Lam keuneu’eun ini terletak di Desa Leugu, Kecamtan Darul Imarah, Banda Aceh. Menurut Abu Dahlan al-Fairusy al-Baghdady (2005, Kemasukan Islam di Alam Melayu, Zwiyah Tanoh Abee, Kecamatan Seulimmeun, Aceh Besar, Temubual 1hb Feb) bahawa segala manuskrip dan artifak zwiyah ini rosak di era peperangan menentang penjajah Belanda. Yang ada hanya makam Shaykh cAbdu’Llāh Kancān dan makam silsilah keturunannya sampai Abu Shik Kutakarang. 41 Naskhah Kanun ini kemudian disalin oleh Para Tengku Di Mulek (Sayed Abdullah bin Ahmad bin Ali bin Abdul Rahman bin Utsman bin Hasan bin Wandi Meulek, Sayed Laila al-Habib, Sharif Abdu’Llāh bin alSultan, Jamāl al-cAlam, Badr al-Munīr al-Jamālullayl) di Garut, Ketapang Dua Banda Aceh Darussalam, atas perintah Paduka Seri Sultan Alaiddin Mansur billah Syah bin Sultan Alaiddin Hussein Johan pada tahun 1270H/1880M (Khoja Nar bin Khab al-sh disalin semula oleh Tengku Di Meulek, Manuskrip: Surah silsilah keturunan Raja Aceh, MS 1, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM).

158


baginda telah menyatupadukan seluruh kerajaan-kerajaan, seperti Kerajaan Daya, Kerajaan Pedir (Pidie), Kerajaan Lingga,42 Kerajaan Samudera-Pasai (gabungan kerajaan Pasai, Teumiang dan Peurlak) dan lain-lain di wilayah Aceh ke dalam Kerajaan Aceh Darussalam bagi ancaman penjajah Barat Portugis di Melaka.43 Kerajaan Aceh Darussalam mencapai kegemilangan tamadun pada abad ke 17 Masehi di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Meukuta Alam (1607-1636 Masehi). Kejayaan baginda disebabkan mempunyai pendamping yang cekap dan bijaksana, iaitu Shaykh Shamsuddin al-Sumaterani. Beliau seorang yang alim dalam pelbagai bidang disiplin ilmu-agama, shaykh dalam tarekat Shattariyyah-Qadiriyyah dan aktif bukan sahaja sebagai pendamping Sultan, tetapi juga dalam urusan pemerintahan dan urusan masyarakat melalui institusi zawiyahnya di Geudong, Pasai (Aceh Utara). Beliau juga aktif dalam mengadakan hubungan diplomatik kerajaan seperti yang dicatat dalam Hikayat Aceh dengan Shaykh Sibgatullah di Mekah.44 Kegemilangan tamadun Aceh diteruskan oleh empat sultanah iaitu Sultanah Taj alAlam Safiatuddin Syah (1641-1675 M.), Nur al-Alam Nakiayatuddin Syah45 (1675-1678 M), Inayat Syah Zakiyatuddin Syah46 (1678-1688 M) dan Kamalat Syah 47 (1688-1699M) yang 42

A Hasmjy, Meurah Johan Sultan Aceh Pertama, hlm. 29.

43

Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan Islam kukuh dan memgalami kegemilangannya pada abad ke15 sehingga kejatuhannya ke tangan Portugis pada tahun 1511 M. Ramai di kalangan ulama dan saudagar Islam telah datang untuk melakukan pelbagai kegiatan sosial dakwah termasuk kegiatan ilmu dan penyebaran Islam. Hubungan jaringan keilmuan terjalin kukuh di antara Kerajaan Melaka dengan Kerajaan Samudera-Pasai. Kesinambungan dari Kerajaan Samudera-Pasai, Kerajaan Melaka telah berkembang pesat kegiatan ilmu agamanya dan penyebaran Islam. Pada era pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511 M), baginda mempelajari kitab Maclūmāt dari Maulana Yusuf (W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, hlm. 195). Kitab Maclūmāt, menurut Syafii Abu Bakar (Persuratan sufi, Monograf 9, Jabatan Persuratan Melayu, Fskk, UKM, Bangi, 1994) sebenarnya ialah kitab al-Lumac karya Abū Nar al-Sarrāj al-sī. Karya-karya lain seperti Insān al-Kāmil dan Fu al-ikam turut diajarkan di Melaka memperlihatkan kemajuan pengetahuan agama yang dicapai oleh masyarakat Islam di Negeri Melaka pada era itu yang berpusat di Pulau Upih (Muhammad Syed Naguib al-Attas, 1966, Raniri and the wujudiyyah of 17th century Acheh, MBRAS. hlm. 7). Apabila kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, sebilangan besar ulamanya telah pindah ke Aceh untuk mengukuhkan lagi Kerajaan Aceh Darussalam bagi membendung dan menentang Kritianisasi Portugis. 44

Teuku Iskandar, 2001, Hikayat Aceh, Yayasan Karyawan Kuala Lumpur, hlm 98-99.

45

Baginda diberi gelaran seri Sultanah Nur Alam Naqiatuddin Syah binti Malik Radiat Syah binti Firman Syah binti Sayyid al-Mukammil. Baginda hanya memerintah tiga tahun sahaja dan mangkat pada 23hb, Januari 1678 M (Ismail Sofyan dkk, Ibid, hlm. 66; J. Paulus, Encyclopaedie van Nederlandsch-Indie, E.J. Brill, Leiden, 1917, hlm. 76). 46 Nama sebenarnya baginda ialah Puteri Raja Seri Binti Muhammad Syah. Setelah ditabalkan menjadi Sultanah ketika berusia 40 tahun, baginda diberi gelaran Paduka Seri Sultanah Inayat Syah Zakiatuddin Syah berdaulat illu’Llāh fi al-cĀlam. Baginda Sultanah meninggal dunia pada tahun 1688 M / 1099 H. Sofyan dkk, Ibid, hlm. 66-67; Teuku Iskandar, Nuru’ddin ar-Raniri: bustan al-salatin, hlm. 74; Raden Hussein Dajajadiningrat. 1979. Kesultanan Aceh (suatu pembahasan atas Bahan-bahan yang tertera dalam karya Melayu tentangsSejarah Kesultanan Aceh), alih bahasa Teuku Hamid: Critish oversicht Van de in Maleische werken vervatte gegeven over de geschiedenis van het Soeltanaat vam Atjeh (1911). BKL 65: 135-265. Banda Aceh: Proyek Rehabilisasi dan Perluasan Museum Aceh. hlm. 189-190. 47 Nama sebenarnya ialah Seri Ratu Kamalat Syah. Silsilah keturunannya tidak jelas kerana terdapat bercanggahan pendapat. Ada pendapat yang menyatakan baginda adalah anak angkat Sultanah Safiatuddin. Pada pendapat lain bahawa baginda ialah adik kepada Sultanah Zakiatuddin Syah. Baginda meninggal dunia pada tahun 1700 M. Sofyan dkk, Ibid, hlm. 70; J. Paulus, Encyclopaedie van Nederlandsch-Indie, hlm. 76.

159


didampingi oleh Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Walaupun Kerajaan Aceh Darussalam semakin mengecil wilayahnya. Namun begitu, Kebijaksanaan Shakyh Abdul Rauf Ali Al-Fansuri al-Singkili berjaya membebaskannya daripada penjajahan Barat dan sekaligus membina jaringan murid-muridnya ke seluruh Alam Melayu melalui sanad pengajian ilmu dan sanad tarekat Shattariyyah menghadapi ancaman penjajah Barat di sepanjang sejarah Alam Melayu. Kekuatan rohani yang diwarisi melalui tradisi pengembangan ilmu dan tarekat, mereka berjaya membangunkan daerah-daerah yang mereka duduki.. Malah sebilangan besar mereka telah muncul sebagai tokoh ulama yang harum di sepanjang zaman dalam sejarah Melayu. Peranan ulama bukan sekadar melaksanakan pelbagai kegiatan dakwah dan penyebaran ilmu, tetapi mereka memikul tanggungjawab yang berat, iaitu sebagai penasihat dan pendamping umarak. Mereka merupakan tempat merujuk, berdiskusi, diluahkan sesuatu masalah pemerintahan, tempat meminta nasihat dan mengesahkan sesuatu oleh para umarak. Kejayaan sesebuah pemerintahan kerajaan sangat tergantung kepada kebijaksanaan dan peranan mereka sebagai pendamping umarak. Ulama Sebagai Agen Pembangunan Masyarakat Peranan ulama sebagai pembawa perubahan masyarakat terdiri daripada dua jenis, iaitu ulama berjawatan dalam kerajaan dan ulama bebas dan tidak terikat kerajaan, tetapi mendapat dukungan daripada masyarakat. Kedua-dua jenis memiliki peranan yang penting dalam membangunkan masyarakat melalui dakwah dan penyebaran ilmu. Melalui institusi atau wadah seperti meunasah rangkang dan zawiyah, mereka mengajar melalui pengajian kitab, khutbah, ceramah, dialog dan berdiskusi. Selain dari penampilan akhlak murni turut dijadikan contoh ikutan, mereka juga merupakan tempat rujukan dan menyelesaikan masalah. Ulama yang berjawatan dalam kerajaan itu memainkan peranan penting dalam masyarakat. Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri misalnya, merupakan orang nombor 2 selepas sultanah kerana pada era itu urusan pemerintahan segala urusan agama dan urusan pemerintahan dipisahkan. Urusan pemerintahan dan pentadbiran dilakukan oleh Sultanah dengan didampingi oleh beliau sebagai Qadi al-Malik al-cAdil (Mufti). Manakala urusan agama akan dikendalikan sepenuhnya oleh beliau selaku Qadi al-Malik al-cAdil (Mufti).48 Setiap peringkat pemerintahan di Aceh akan didampingi oleh seorang ulama mengikut kesesuaian seperti Hulubalang (Uleebalang) di dampingi oleh Qadi negeri, Ketua Mukim didampingi oleh Imam Mukim dan Ketua Kampung didampingi oleh Imam Kampung 49 Maka dari sini jelas bahawa ulama memiliki peranan yang penting sebagai jentera pemerintah dalam masyarakat. Status mereka mengikut hairaki pemerintah menunjukkan tahap dan peranan dalam masyarakat. Dengan demikian kehidupan masyarakat sentiasa didampingi, dibimbing dan dididik oleh ulama. Manakala ulama bebas dan tidak ada ikatan dengan kerajaan seperti Shaykh Hamzah Fansuri. 50 Beliau memiliki zawiyah sendiri di Oboh, wilayah Singkel, Aceh Selatan.

48 Hasan Muarif Ambary, “Kedudukan dan Peran Tokoh Sejarah Syeikh Abdurrauf Singkel dalam Birokrasi dan Keagamaan kesultanan Aceh,” Makalah Seminar Festival Baiturrahman II, Banda Aceh, 16 Jan, 1994, hlm 8; Syech Marhaban, Kontribusi Syiahkuala untuk masyarakat luas, Makalah Seminar Festival Baiturrahman II, Banda Aceh, 16 Jan, 1994, hlm. 4. 49

Tengku Di Meulek, Manuskrip Kanun Meukuta Alam, Perpustakaan Ali Hasmjy, Banda Aceh, hlm.

62). 50

Mengenai asal-usul Shaykh Hamzah Fansuri telah dibincangkan hangat para sarjana dewasa ini seperti Syed Muhammad Naguib al-Attas (“New light on the life of Hamzah Fansuri,” Singapore, JMBRAS, Vol 40, Part

160


Oleh kerana beliau seorang alim yang aktif berkhidmat kepada masyarakat, maka zawiyahnya dibangunkan dan dibantu masyarakat setempat menunjukkan mereka mencintai dan menghormati ulama. Kedua-dua jenis ulama memiliki kebebasan yang berbeza, namun peranan mereka sebagai agen perubahan dan pembangunan masyarakat. Mereka diberi amanah mendidik, membimbing, sebagai tempat merujuk, mengadu, menyelesaikan masalah dan mengabsahkan sesuatu perkara yang menyangkut kehidupan. Bagi ulama yang memeganga jawatan dalam pemerintahan, mereka merupakan perantaran pemerintah untuk menyampaikan amanat pemerintah kepada masyarakat. Para ulama ini umpama obor yang perlu diketengahkan kembali pada masyarakat umat Melayu Aceh pasca tsunami. Kesimpulan Meskipun peristiwa tsunami yang melanda pada 26 Disember 2004 telah membawa banyak kerosakan kepada bumi Aceh. Namun begitu masih wujud fasilitas-fasilitas yang membolehkan umat Melayu Aceh memanfaatkan sebaik-baiknya bagi membangunkan semula kekuatan rohani terutama sekali kesinambungan warisan keintelektualan seperti institusi sama ada namanya pesantren, dayah mahupun zawiyah yang memiliki warisan sanad ilmu, pengajian kitab, tarekat sufi dan amalan. Umat Melayu Aceh harus membangunkan semula Aceh dengan melihat paparan sejarah Aceh untuk diambil iktibar dan dijadikan panduan pembangunan rohani semula pascatsunami. Umat Melayu Aceh pada suatu ketika dahulu pernah mencapai kegemilangan tamadun kerana memiliki kekuatan rohani yang berpaksikan kepada makrifah. Hasil ini adalah peranan yang dimainkan oleh para ulama sufi. Justeru itu, pembangunan fizikal dan rohani harus di tumpukan kepada institusi yang masih meneruskan tradisi pengembangan ilmu dan tarekat. Yang masih mewarisi dan meneruskan tradisi tersebut pada hari ini adalah seperti Abu Pante Labu (Aceh Utara), Abu Tumin Bireun (Aceh Utara), Abu Lutfi Sileumeum (Aceh Besar), Abu Dahlan (zawiyah Tanoh Abee) Sileumeum, Abu Syamsyam Parly (Aceh Barat), Abu Jamaluddin Waly (Aceh Barat), Abu Roslan Waly, Pelabuhan Haji (Aceh Selatan), Abu Amran Waly, Pauh (Aceh Selatan), Abu Adnan Bakongan (Aceh Selatan), Abu Baihaqi Batu Korong, Simpang Kanan, Singkel (Aceh Selatan), Abu Zamzami Singkel (Aceh Selatan) dan lain-lain lagi. Pembangunan masyarakat harus diasaskan kepada institusi-institusi berkenaan kerana mereka diberi untuk belajar dan berdamping para ulama yang dikatakan pewaris para Nabi. Dengan demikian umat Melayu Aceh akan mengembalikan kekuatan rohani di bawah bimbingan dan pendidikan mereka. Sesungguhnya sejarah telah memperlihatkan umat Melayu Aceh merupakan bangsa yang kental lagi gigih dalam menghadapi sebarang cabaran kehidupan. Mereka memiliki segudang khazanah yang bernilai sama ada berbentuk artifak, manuskrips mahupun ketamadunan untuk diteliti dan dijadikan panduan pembangunan semula rohani Aceh. Umat Melayu Aceh harus menoleh dalam sejarah untuk melihat jatuhbangunnya bangsanya sendiri dan perkara-perkara yang berjaya membina kekuatan lampau dijadikan iktibar, pengajaran 1, July 1967 hlm. 42-51) dan L. F. Brakel (“The birth of Hamzah Pansuri,� Singapore, JMBRAS. Vol 42, Part 2, Dec 1969, hlm. 206-212). Berdasarkan analisis syair-syair Hamzah Fansuri, Syed Naguib menganggap Hamzah Fansuri berketurunan Melayu yang lahir sama ada di Shahr Nawi, Parsi atau Siam mahupun di Barus, Singkil. Malah beliau lebih cenderung berpendapat Hamzah berasal dari Shahr Nawi, Parsi bukan Shahr Nawi, Siam. Manakala L. F. Brakel pula berpendapat bahawa Hamzah memang berturunan Melayu yang lahir di Barus bukan di Shahr Nawi, Parsi mahupun Siam, tetapi mencapai marifatullah di Shahr Nawi, sebuah kawasan yang terdapat dalam wilayah Aceh. Ini adalah berdasarkan syair Hamzah Fansuri dan laqab (gelaran) yang digunakan oleh Hamzah, iaitu al-Fansuri. Kedua-dua sarjana ini berpendapat bahawa Hamzah Fansuri lahir pada era pemerintahan Sultan al-Mukammil.

161


dan pedoman untuk pembangunan semula masa depan umat Melayu Aceh. Warisan keintelektualan seperti tradisi pengajian ilmu bersanad dan amalan tarekat sufi merupakan asset dan modal insan yang penting bagi pembangunan semula rohani masyarakat Melayu Aceh.

Rujukan Abdul Manaf Amin. t.th. Inilah Sejarah Ringkas Auliyullah al-Salihin Shaykh Burhanuddin Ulakan yang Mengembangkan Agama Islam di Daerah Minangkabau. Manuskrip tanpa berkod, Batang Kabung, Koto Tangah, Padang, Sumatera Barat. Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan tamadun Asia Tenggara: sebelum dan sesudah pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors SDN BHD. Abdul Rahman Haji Abdullah.1990. Pemikiran umat Islam di Nusantara: sejarah perkembangannya hingga abad ke 19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Hasjmy. 1976. 59 Tahun Aceh merdeka di bawah pemerintahan ratu. Jakarta: Bulan & Bintang. Ali Hasmjy. 1993. Sejarah masuk dan berkembangnya Islam di Indonesia. Cet 3. Medan: Pt al-macārif. Ali. Hasmjy. 1978. Bunga rampai revolusi dari tanah Aceh. Jakarta: Bulan & Bintang. Anthony Reid. 1969. Sixteenth Century Turkish Influence In Western Indonesia. Journal of South-East Asian History. Jil. 10. No. 3. Abu Ishaq al-Makarani. t.th. Ihr al-aq f Mamalakat Feurlek. Manuskrip tanpa berkod, Koleksi Pribadi Tengku M. Yunus Jamil, Kampung Alui, Banda Aceh. Ahmad Daudy. 1998. Kuliah ilmu tasawuf. Jakarta: Bulan & Bintang. Al-cAlni, Ismcil bin Muammad. 1988. Kashf al-khaf’. jil. II, Bayrūt: Dār al-kutub al-cIlmiyyah. Dewan Redaksi. Ensiklopedi Islam 5. t.th. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. GWJ & L. F. Brakel.1986. The poems of Hamzah Fansuri. Dordrecht: Foris. H. A. R. Gibb dkk. 1960. The encyclopedia of Islam. Vol I. Leiden: E. J. Brill, or London: Luzac & Co. Hasan Muarif Ambary, “Kedudukan dan Peran Tokoh Sejarah Syeikh Abdurrauf Singkel dalam Birokrasi dan Keagamaan kesultanan Aceh,” Makalah Seminar Festival Baiturrahman II, Banda Aceh, 16 Jan, 1994, hlm 8; Syech Marhaban, Kontribusi Syiahkuala untuk masyarakat luas, Makalah Seminar Festival Baiturrahman II, Banda Aceh, 16 Jan, 1994.

162


H. Duski Samad. 2002. Shaykh Burnuddin Ulakan dan Islamisasi Minangkabau (syarak mandaki adat menurun). Cet I. Jakarta: The Minangkabau Foundation. H.J. De Draaf.1986. Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa: kajian sejarah politik abad ke 15 dan ke 16. Cet. II. Jakarta: Grafiti Pers. H. M. Zainuddin. 1961. Tarich Atjeh dan Nusantara. Medan:Pustaka Iskandar Muda. Kamis Ismail. 2003. “Shicah dan pengaruhnya dalam bidang politik dan tasawwuf falsafah di alam Melayu zaman tradisional.” Tesis Doktor Falsafah. Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Khoja Nar bin Khab al-sh disalin semula oleh Tengku Di Meulek, Manuskrip: Surah silsilah keturunan Raja Aceh, MS 1, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Kalah cUmar Riā. 1993. Mucjam al-mu’alifīn, jil. II, Bayrt: Mu’assasat al-Risālah. Ibrhm Zaki Khrshd dkk. 1998Masehi/1418H. Da’irat al-macrif al-Islmiyyah. jil VI. t.tp.: Markaz al-Shriqah li al-ibdc al-Fikry. Ibn Manr, Muhammah bin Mukarram. t.th. Lisān al-cArab. al-Qherah: Ma’arif.

Dr al-

Ismail Che Daud. 2001. Tokoh-tokoh ulama semenanjung Melayu (1). Kota Bharu: Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Ismail S. dkk. 1994. Wanita utama nusantara dalam lintasan sejarah. Jakarta: Jayakarta Agung Offset. J. Paulus. 1917. Encyclopaedie van Nederlandsch-Indie. Leiden: E.J. Brill. K.A. Nilakanta Sastri, A history of South India from prehistoric times to the fall of Vijayanagar, Third Edition, London: Oxford University Press. http://encyclopedia.lockergnome.com/s/b/Cholas. L. F. Brakel. 1969. “The Birth of Hamzah Pansuri.” JMBRAS. Vol 42, Part 2, Dec. M. Chatib Quzwain.1996. Mengenal Allah: suatu kajian ajaran tasauf Shaykh Abdul Samad al-Palimbani. Selangor: Thinker’s Library. Mahayuddin Hj Yahya. 1994. Naskhah Jawi sejarah dan teks jilid I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohammad Said. 1981. Aceh sepanjang abad. Cet. II. Medan: Waspada. N. A. Nabolch. 1980. The advent of Islam in Indonesia. Islamabad: National Institute of Historical and Culturtal Research. Nazar Bakry. 2002. Strategi dakwah tarekat Syathariy. Jakarta: The Minangkabau Foundation.

163


N. J. Ryan. 1966. Sejarah semenanjung tanah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Oman Fathurrahman. 2004. “Tarekat Syattariyyah: memperkuat ajaran neosufisme” dalam Sri Mulyati, Mengenal & Memahami Tarekat-Tarekat Muktabarah Di Indonesia. .Jakarta: Prenada Media. Peter Riddell. 1987. Transferring a Tradition Abd Al-Rauf Al-Singkili’s Rendering into Malay of the Jalalayn Commentary. Monograf, Monograph, University of California, Berkeley. Raden Hussein Dajajadiningrat. 1979. Kesultanan Aceh (suatu pembahasan atas Bahanbahan yang tertera dalam karya Melayu tentang Sejarah Kesultanan Aceh), alih bahasa Teuku Hamid: Critish oversicht Van de in Maleische werken vervatte gegeven over de geschiedenis van het Soeltanaat vam Atjeh (1911). BKL 65: 135-265. Banda Aceh: Proyek Rehabilisasi dan Perluasan Museum Aceh. R.O. Winstedt. 1970. Kamus bahasa Melayu. Cet. 4. KL & Singapore Marican & Sons (Malaysia) Sdn Bhd. Syafii Abu Bakar. 1994. Persuratan sufi. Monograf 9. Jabatan Persuratan Melayu, Fskk, UKM, Bangi. Shafie Abu Bakar. 1976/1977. Institusi Shaykh Abdul Malik bin Abdullah: satu corak pengajian tradisi di Terengganu) dan kitab-kitab padanya. Tesis Master Persuratan Melayu Fskk, UKM: Bangi. Syed Muhammad Naguib al-Attas. 1966. “Raniri And The Wujudiyyah of The 17th Century Acheh.” MBRAS. Syed Muhammad Naguib al-Attas. 1967. “New Light on The life of Hamzah Fansuri” JMBRAS. Vol 40, Part 1, July. T. W. Arnold. 1913. The preaching of Islam: a history of the propagation of the muslim faith. Lahore: Muhammad Ashraf. Teuku Iskandar. 1966. Nuru’d-din ar-Raniri: Bustanu’s-Salatin bab II, fasal 13. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Teuku Iskandar. 1993. Kamus dewan edisi baru. Cet IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teuku Iskandar. 2001. Hikayat Aceh. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Tengku Di Meulek, Manuskrip Kanun Meukuta Alam, Perpustakaan Ali Hasmjy, Banda Aceh. Tom Pires. 1967, The Suma Oriental of Tom Pires, terj. Armando Cortesao Nendeln/Liechtein: Kraus Reprint Limited. Umar Hasyim. 1979. Sunan Giri. Kudus (Indonesia): Menara. W.G. Shellabear.1967. Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Zamakhsyah Dhofier. Tradisi Pesantren: Studi tentang Pandangan Hidup Kiyai. cet. 6. Pn LP3ES.

164


Zaslina Z. 1983. Manuskrip perpustakaan Islam tertua di Indonesia, Tanoh Abee. Aceh Besar (mengali kembali naskah lama). Tesis Sarjana (S1) Fakultas Sastra Universitas Sumatra Utara. Abu Dahlan al-Fairusy al-Baghdady. 2005. Kemasukan Islam di Alam Melayu. Zď Ąwiyah Tanoh Abee, Aceh Besar, Temubual 1hb Feb Abu Dahlan al-Fairusy al-Baghdady. 2005. Pimpinan Perpustakaan Kuno Zď Ąwiyah Tanoh Abee, Sileumum, Aceh Besar, Temubual 2hb. Feb

165


Retrospektif Peranan Ulama