Issuu on Google+

Mencemarkan Alam Sekitar Perbuatan Berdosa.

Oleh Abdul Rahman Mahmud Pendahuluan Alam ini merupakan anugerah yang cukup bernilai kurniaan dari Allah SWT kepada setiap hambanya. Namun anugerah dan nikmat yang cukup anyak ini seakan - akan tidak dijaga dan disyukuri dengan baik oleh manusia pada zaman mutakhir ini. Alam sekitar dilihat semakin musnah, pelbagai kerosakan kini telah berlaku ada di laut, darat mahupun udara. Manusia merasakan perbuatan dan tindakan mereka melakukan kerosakan terhadap alam sekitar sebagai suatu perbuatan tidak berdosa. Umat Islam dilihat gagal menguruskan alam sekitar secara bijaksana. Bermula dari penjagaan alam sekitar dengan menjaga kebersihan di rumah sehingga dalam konteks pengurusan sumber alam ia gagal diurus dengan baik dan sistematik.

Amalan masyarakat

Seringkali kita melihat sampah dibuang merata tempat. tempat awam seperti stesen bas, tempat makan dan kedai- kedai, sampah kelihatan berselerakan dan bersepah di atas lantai. Puntung rokok, kertas, tisu, plastik dan botol dibuang merata tempat. Di kawasan perkampungan pula kelihatan parit dan longkang dipenuhi dengan sisa makanan, plastik, kertas dan sampah. Sehingga menyebabkan air longkang t mengalir tersekat dan tersumbat. Keadaan ini menyebabkan longkang berbau busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Di sepanjang jalan kelihatan sampah bertaburan mencacatkan pemandangan mata. Sisa sampah dibakar secara sesuka hati sehingga mencemarkan udara. Pelepasan asap habuk dan bau ke ruang udara menyebabkan berlakunya pencemaran udara serta menggangu keselesaan hidup berjiran. Inilah antara senario yang elalu berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. Amalan mencemarkan alam ini seolah - olah menjadi tabiat dan perkara biasa dikalangan masyarakat kita. Malah yang paling menyedihkan ada yang menggangap amalan menjaga kebersihan sebagai suatu perkara yang meremehkan. Di sesetengah kawasan kampung dan taman perumahan dimana majoriti umat Islam, kelihatan kawasan persekitaran kotor. Ini sedikit sebanyak mencemarkan imej Islam sebagai agama yang amat mementingka kebersihan. Persoalanya sampai bilakah kita akan terus bersikap sebegini?


Seriusnya masalah alam sekitar Pengurusan alam sekitar pada masa kini semakin mencaba . Dalam konteks pengurusan sisa pepejal misalnya statistik menunjukan jumlah penghasilan s sa pepejal di negara ini semakin meningkat saban tahun. Ini sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk. Kerajaan terpaksa membelanjakan 400 juta ringgit setahun bagi pengurusan sisa pepejal. Secara puratanya seorang rakyat Malaysia menghasilkan 1kg sampah sehari. Ini bermakna sebanyak 27, 000 000 kg sampah dihasilkan oleh penduduk negara ini setiap hari. Da lam masa setahun sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak (27, 000 000 kg x 365 hari) 9855 juta kg sampah. Pertambahan jumlah sampah turut memberi implikasi terhadap pelbagai masalah alam sekitar seperti pencemaran air dan udara. Kes pencemaran air sungai melalui pelepasan air larut resapan dari tapak pelupusan sisa turut berlaku. Ini seterusnya menjejaskan kualiti air sungai dan menyeba bkan kepupusan hidupan sungai seperti ikan dan udang. Walaupun kempen kitar semula telah dijalankan ia masih tidak berjaya merangs g komitmen masyarakat untuk mengamalkan kitar semula. Jika dibandingkan dengan negara negara bukan Islam seperti Sweden, Kanada, Jepun dan A alia mereka berjaya melaksanakan amalan kitar semula dikalangan masyarakat dengan baik sekali. Kadar kitar semula di negara kita ialah pada tahap 22 % sahaja ini amat jauh berbanding dengan negara Kanada iaitu melebihi 90%. Hakikatnya, amalan menjaga alam sekitar merupakan tuntutan Islam yang paling utama. Namun ramai dari umat Islam hari ini memandang usaha menjaga alam sekitar sebagai suatu perkara yang remeh dan tidak merasakan ianya suatu kepentingan. Umat Islam dan tuntutan kesedaran Umat Islam harus sedar bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar merupakan suatu tuntutan syariat dan ibadah yang paling murni. Sikap negatif terhadap penjagaan alam sekitar boleh membawa kesan dan implikasi yang buruk bukan sahaja terhadap alam sekitar pada masa kini tetapi pada masa akan datang. Umat Islam perlu berfikir secara holistik dan memahami kesan perbuatan setiap tindakan yang dilakukan terhadap alam sekitar. Berfikir secara holistik dapat membentuk pemikiran yang sihat dan melihat sesuatu tindakan dan inya bukan sahaja untuk masa kini tetapi pada masa akan datang. Islam amat mementin n pembangunan alam sekitar secara lestari. Pembangunan lestari dari perspektif Islami amat menekankan konsep pemuliharaan alam sekitar dengan memastikan pembangunan secara berterusan dalam semua bidang serta dapat memenuhi keperluan generasi kini da akan datang. Air sungai, udara dan tanah daratan yang dinik mati oleh manusia pada masa kini adalah sekadar pinjaman dari Allah SWT. Barang pinjaman seharusnya dijaga dan dipulangkan kembali kepada pemiliknya dalam keadaan yang baik. Dalam Islam, pembangunan tidak sahaja terbatas dalam bentuk kebendaan semata mata malahan Islam amat mementingkan pembangunan insan berakhlak, berilmu dan beradab. Ini kerana manusia merupakan komponen utama dalam pembangunan. Dengan adanya adab, ilmu dan akhlak manusia akan mampu melaku an pembangunan dengan baik tanpa merosakan alam sekitar. Manusia yang beradab mampu membangunkan peradaban atau tamadun mengikut dimensi Islam yang sebenar. Manusia y mempunyai ilmu dalam mengurus pembangunan, menggunakan ilmunya untuk membua pertimbangan dengan adil dalam setiap aspek pembangunan. Manusia yang memiliki hlak pula akan merasa kerdil tentang keupayaan dirinya dalam membangukan alam ini. sia yang berakhlak mulia membangunkan alam tanpa mengikut hawa nafsu.


Umat Islam seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat lain dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Penjagaan kebersihan melambangkan keimanan, akhlak dan ada yang tinggi. Banyak hadis yang menyeru umat Islam menjaga kebersihan antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam at - T armizi daripada Sa'id bin al Musayyab bahawa Rasullulah SAW bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai yang baik. Dia juga bersih dan menyukai yang bersih. Dia juga mulia dan menyukai yang mulia. Dia ju dermawan dan menyukai dermawan. Oleh itu, bersihkanlah halaman rumahmu dan j nganlah mengikut resam orang Yahudi mereka melonggokkan sampah sarap di depan rumah mereka.

dan sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abi Malik Al-Asy’ari berkata : Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Keber ihan itu sebahagian dari iman. Pembentukan umat Islam yang prihatin Umat Islam harus sedar bahawa melakukan pencemaran alam sekitar merupakan suatu perbuatan berdosa. Pemupukan nilai yang baik terhadap alam sekitar erlu dibuat sejak kecil lagi. Anak – anak perlu diberikan penekanan bahawa segala perbuatan yang merosakan alam sekitar merupakan suatu dosa. Sebagai contohnya membuang sampah ditepian jalan, membakar sampah secara besar – besaran dan merosakkan tumbuhan adalah suatu perbuatan yang berdosa. Sekiranya usaha mendidik ini dilakukan secara serius, kita akan mampu melahirkan maanusia yang bertanggungjawab dalam membangunkan alam ini. Menjaga kebersihan alam sekitar mempunyai hikmah yang amat besar kepada seluruh umat Islam. Sesuai dengan konsep Islam itu sendiri mensejahterakan kehidupan alam ini. Sekurang - kurangnya terdapat 3 hikmah besar mengapa Islam amat ganjurkan umatnya menjaga kebersihan alam sekitar . Persekitaran alam sekitar yang bersih dapat menjamin umat Islam menyempurnakan ibadat kepada Allah SWT dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT/ Alam sekitar yang bersih dapat menghindarkan masyarakat daripada sebarang penyakit yang boleh mengancam kesihatan umat Islam. Masyarakat Islam akan hidup dalam keadaan yang bersih dan persekitaran yang s ihat. Kebersihan alam sekitar mencerminkan akhlak yang tinggi dalam kalangan umat Islam dan ini memberi contoh yang baik kepada masyarakat bukan Islam. Melalui kebersihan alam sekitar yang baik dikalangan umat Islam ia bole menjadi satu teladan kepada masyarakat bukan Islam. Kedudukan Inde ks Prestasi Ala m Sekitar (Environme ntal formance Inde x – EPI ) Bagi 20 Negara Pertubuhan Negara – Negara Islam (OIC) Tahun 2006 Kedudukan Kedudukan dalam Ne gara dala m Ne gara Skor EPI EPI dunia 2006

OIC

Malaysia Lebanon Gabon

UAE Suriname Turkey

9 36 46 47 48 49

1 2 3 4 5 6

83.3 76.7 73.3 73.2 73.0 72.8


Iran Albania Saudi Arabia Oman Algeria

Jordan Morocco Kazakhstan Uganda Indonesia Kyrgyzstan Tunisia Benin Egypt

53 57 59 60 63 64 68 70 78 79 80 82 84 85

7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

70.0 68.9 68.3 67.9 66.2 66.0 64.1 63.6 60.8 60.7 60.5 60.0 58.4 57.9

Sumber kajian pandu : EPI 2006 http://www.yale.edu/epi/ Kesimpulan Kita harus menyedari hakikat bahawa usaha bagi menguruskan alam sekitar dalam kalangan umat Islam masih jauh ketinggalan berbanding dengan masyarakat bukan Islam. Kajian awal yang dilakukan oleh Universiti Yale berkaitan dengan Indeks Prestasi Alam Sekitar (Environmental Performance Index – EPI) yang mengambil kira kebanyakan negara di dunia mendapati pencapaia n negara – negara Islam masih ditahap yang rendah. Laporan pada tahun 2006 menunjukkan Malaysia menduduki kedudukan teratas ikalangan negara – negara Islam. Tetapi pencapaian ini masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara – negara bukan Islam. Jesteru itu, umat Islam harus diberikan persepektif yang betul dalam konteks menguruskan alam sekitar. Pendidikan dan kesedaran adalah perkara terpenting bagi menjayakan usaha ini. Ia menuntut usaha yang bersungguh – sungguh oleh semua pihak. Sesungguhnya menjaga dan membangunkan alam sekitar secara lestari merupakan suatu kewajipan bagi setiap umat Islam.


Mencemar Alam Perbuatan Berdosa