Issuu on Google+

PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

KERTAS KERJA PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL PERSATUAN AIESEC UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0

TUJUAN Kertas Kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan dan bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk menjalankan projek TechCycle Tech4All di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama SOLS 24/7, Digi dan WWF Malaysia.

2.0

PENGENALAN ATAU LATAR BELAKANG 2.1 AIESEC merupakan organisasi global yang dianggotai oleh pelajar-pelajar daripada lebih 113 buah negara. AIESEC adalah sebuah organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan dan politik. AIESEC telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh pelajar-pelajar dari tujuh buah negara di Eropah. Sejak itu, AIESEC berdedikasi untuk menolong pelajar-pelajar di seluruh dunia menimba ilmu dan pengalaman melalui program pertukaran antarabangsa. 2.2 AIESEC kini dianggotai oleh lebih 30 000 ahli dari lebih 1100 buah universiti di seluruh dunia. AIESEC di Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1976 dan telah bergiat aktif ke arah mencapai matlamat AIESEC. Pelbagai program telah di jalankan untuk melahirkan pemimpin serta ahli masyarakat yang bersifat global, bertanggungjawab dan proaktif. 2.3 Program TechCycle Tech4All ini diadakan untuk mendedahkan pelajarpelajar terhadap kitar semula peralatan elektronik yang mampu memberi pendidikan berasaskan komputer kepada kanak-kanak golong kurang bernasib.

3.0

MISI Melahirkan golongan muda yang memahami serta mengamalkan kitar semula terutamanya barangan electronik untuk kebaikan bersama.


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

4.0

MATLAMAT PROGRAM Program ini bermatlamat untuk mendedahkan golongan muda terhadap isu-isu alam sekitar, terutamanya kepentingan kitar semula teknologi di samping menyumbang kepada matlamat projek TechCycle Tech4All, iaitu mengumpul 2000 komputer terpakai untuk dibahagikan kepada 100 pusat kebajikan bagi membolehkan pembelajaran pengkomputeran untuk kanak-kanak di pusat tersebut. Di samping itu, program ini juga diadakan untuk menjadikan UKM sebagai kampus hijau yang sihat dengan pengamalam kitar semula.

5.0

OBJEKTIF PROGRAM 5.1 Mendedahkan pelajar kepada isu-isu alam sekitar dan keperluan kitar semula serta melahirkan pemuda negara yang bertanggungjawab terhadap persekitaran kita. 5.2 Menganjurkan persefahaman antarabangsa, kerjasama dan pertukaran kebudayaan di kalangan ahli AIESEC, mahasiswa/i UKM dan pelajar antarabangsa. 5.3 Menjalankan aktiviti-aktiviti yang membangunkan diri mahasiswa/i dalam perlaksanaan projek seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan serta kemahiran creatif dan innovatif selaras dengan objektif pembangunan insaniah UKM. 5.4 Menjadikan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai kampus yang hijau dan indah.

6.0

TEMA PROGRAM “ Technology Recycle For Underprivileged "

6.0

ANJURAN Exco Pengurusan Projek Persatuan AIESEC Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor.

8.0

TARIKH 1 Februari 2014 hingga 31 Ogos 2014


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

9.0

TEMPAT PROGRAM 1) 2) 3) 4)

10.0

Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi Sekitar University Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur Sekolah, institut dan pusat pengajian sekitar negeri Selangor Pusat membeli-belah sekitar Bandar Baru Bangi.

PUBLISITI Publisiti mengenai program ini akan dipaparkan secara online iaitu di ‘Facebook’ and laman web AISEC Malaysia. Publisiti secara tampalan poster di sekitar kolej kediaman dan fakulti serta pengedaran ‘leaflet’ juga akan dilakukan sekitar kawasan program. Selain itu, paparan digital UKM juga akan digunakan untuk publisiti program-program yang dianjurkan.

11.0

CADANGAN PERASMI Perasmian pembukaan 1) Y. Bhg. Prof. Dr. Saran Kaur Gill Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia

12.0

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah Peserta untuk bengkel Jumlah Peserta untuk seminar Jumlah fasilitator Jumlah Urusetia Jumlah Sukarelawan Jumlah Pengunjung 13.0

STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A

14.0

TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B

250 Orang 1000 Orang 10 Orang Pelajar Antarabangsa AIESEC 10 Orang ahli AIESEC 20 Orang 100 Orang


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

15.0

PERINCIAN PROGRAM Program TechCycle Tech4All ini merupakan projek Kebangsaan AIESEC dengan kerjasama SOLS Tech, DIGI dan WWF Malaysia. Jangka masa projek ini merupakan selama sepuluh bulan mulai November 2013 sehingga Ogos 2014. Manakala, AIESEC UKM akan melaksanakan projek ini mulai Februari 2014 sehingga Ogos 2014 iaitu selama lapan bulan. Program ini akan berfokus kepada penerapan kepentingan alam sekitar serta memupuk pengamalan kitar semula dalam kalangan pemuda UKM. Sepanjang program ini dilaksanakan, pelbagai bengkel, ceramah, aktiviti kitar semula serta lawatan sambil belajar akan dianjurkan oleh AIESEC di UKM bersama Syarikat kerjasama AIESEC seperti DIGI, WWF, SOLS Tech dan sebagainya. Bagi menjayakan lagi projek ini, AIESEC juga akan membawa masuk 10 orang pelajar antarabangsa dari beberapa negara luar (5 orang melalui pengambilan pertama dan 5 lagi melalui pengambilan kedua pada bulan Mac) untuk bertempat di UKM bagi perlaksanaan program serta membantu mencapai matlamat projek ini. Melalui kehadiran pelajar antarabangsa, dapatlah kita mengetahui lebih mengenai tradisi serta kebudayaan Negara lain serta menjalin hubungan baik dengan bekerjasama dalam kumpulan. Selain mengumpulkan peralatan elektrik seperti computer dan telefon bimbit yang terpakai untuk diberi kepada pusat kebajikan, projek ini juga akan menyumbang dalam mempromosikan kampus UKM yang hijau dengan persekitaran bersih dan indah melalui aktiviti-aktiviti seperti kitar semula dan sebagainya. Melalui penglibatan dalam program ini, mahasiswa/I dapatlah membangunkan kemahiran diri terutamanya dalam komunikasi, perlaksanaan program, kepimpinan, kerja berpasukan, kemahiran pemikiran kreatif dan innovatif dan sebagainya yang mampu melahirkan graduan UKM yang berpotensi tinggi dalam pasaran dunia. Program ini juga akan membantu menjayakan perlaksanaan program insaniah di UKM yang melahirkan graduan yang penuh dengan kemahiran untuk bertanding dalam pasaran dunia.

16.0

PERINCIAN AKTIVITI 16.1

Seminar Induksi

Seminar induksi akan diadakan secara kecil-kecilan mengikuti setiap fakulti untuk memberi penerapan mengenai isu-isu alam sekitar serta perkenalkan program TechCycle Tech4All kepada semua warga UKM supaya turut menyertainya. Seminar ini akan dilaksanakan oleh pelajar antarabangsa AIESEC


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

yang berpengalaman dalam menjalankan seminar-seminar mengenai isu-isu alam sekitar. Melalui seminar ini, dapatlah kita menyedarkan warga UKM mengenai kepentingan pengamalan kitar semula dalam usaha menjaga persekitaran kampus kita. 16.2

Bengkel Luar Campus

Selain seminar dalam kampus, AIESEC juga akan mengadakan bengkel luar kampus yang berfokus pada sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi Swasta, dan Kolej Matrikulasi di sekitar kawasan Selangor. Bengkel ini diadakan oleh sukarelawan program ‘TechCycle Tech4All’ bersama dengan pelajar antarabangsa supaya bersama-sama dapat mendidik pelajar-pelajar sekolah menengah serta pemuda-pemuda negara mengenai kepentingan memelihara persekitaran kita dan menerapkan amalan kitar semula peralatan elektronik. Manakala, bengkel luar kampus ini juga akan dapat membantu dalam pengumpulan peralatan elektrik yang terpakai untuk dikitar semula melalui program ini. 16.3

‘UKM Green Week’

Di samping mendidik warga UKM mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, program ini juga berfokus pada pengamalan aktiviti kitar semula di seluruh kawasan UKM demi menjdikan campus kita sebagai kampus hijau dengan persekitaran yang indah, bersih dan sihat. Pada minggu ‘UKM Green Week’ ini, AIESEC akan menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti kitar semula, pameran, pengumpulan barangan elektronik yang terpakai dan sebagainya. Terdapat juga aktiviti ‘Earth Hour’ yang diadakan sempena ‘Green Week’ ini yang melibatkan semua kolej-kolej kediaman dalam pengamalan penjimatan tenaga elektrik. 16.3

Bengkel ‘TechCycle Tech4All’

Bengkel ‘TechCycle Tech4All’ merupakan aktiviti utama program ini. Bengkel ini akan berlangsung selama 3 hari dan 2 malam seperti dinyatakan pada Lampiran B kertas kerja ini. Bengkel ini merangkumi pelbagai aspek pembangunan diri mahasiswa disamping menerapkan ilmu mengenai alam sekitar. Bengkel ini akan terbuka kepada semua warga UKM kampus Bangi dan kampus Kuala Lumpur. Beberapa penceramah termasuk pensyarah UKM yang berpengalaman akan dijemput untuk menjalankan bengkel ini. 17.0

BELANJAWAN Rujuk Lampiran C


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

17.0

PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi: Persatuan AIESEC Paras 3, Bangunan Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan. ( KP : Navin A/L Ravi – 016-7497597) 18.0 •

PENUTUP Harapan program ini dapat mendidik mahasiswa/i tentang isu alam sekitar, terutamanya mengenai keperluan kitar semula barangan elektronik demi pembangunan golong kurang bernasib baik disamping membangunkan diri mahasiswa/I UKM dengan pelbagai soft skills. Kami berharap agar Pusat Perkhidmatan Pelajar (JPPel) meluluskan kertas kerja ini dengan segera dan memberi bantuan kewangan supaya program dapat berjalan lancar serta memberi manfaat kepada semua warga UKM.

Disediakan Oleh,

………………………… NAVIN A/L RAVI Pengarah Projek 2013/2014 Program TechCycle Tech4All Persatuan AIESEC Universiti Kebangsaan Malaysia.


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

Disahkan oleh,

………………………… TOH SENG WEE Presiden 2013/2014 Persatuan AIESEC Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diluluskan oleh,

………………………… CIK NUR AZIMAH BINTI MAHMOOD Penasihat AIESEC Universiti Kebangsaan Malaysia Pegawai Khas Naib Chancelor Universiti Kebangsaan Malaysia. No Tel: 017-247 2862


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

LAMPIRAN A CARTA ORGANISASI PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL PERSATUAN AIESEC UKM

PENAUNG YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM PENGERUSI YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM PENYELARAS Tn. Hj. Musa Zainal Abidin Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM PENASIHAT Cik Nur Azimah Binti Mahmood Penasihat AIESEC Universiti Kebangsaan Malaysia Pegawai Khas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. PENGERUSI Toh Seng Wee Pengerusi Persatuan AIESEC Universiti Kebangsaan Malaysia. TIMBALAN PENGERUSI Tan Ting Ru Timbalan Pengerusi iGCDP AIESEC Universiti Kebangsaan Malaysia. KETUA PENGARAH PROGRAM Navin A/L Ravi Pengarah Projek Persatuan AIESEC Universiti Kebangsaan Malaysia BENDAHARI Soh Chin Lip (FKAB/2) (A127776) ( 016-9220919 )


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

Pengarah Komunikasi : Wendy Goh Xin Pei (FST/1) (A145993) (017-7326178) & Perhubungan Luar Timbalan Pengarah Komunikasi & Perhubungan Luar

: Khoo Chong Yee (FST/1) (A146010) (017-6834689)

Pengarah Pertukaran Antarabangsa

: Aliffia Rachman (FST/1) (A133112) (016-9765572)

Timbalan Pengarah : Ding De Lin (FKAB/1) (A133112) (014-9829508) Pertukaran Antarabangsa Pengarah Program

: Chia Jin Yuan ( FEP/2) (A139578) (016-5015144)

Timbalan Pengarah Program

: Tan Jia Hui (FST/1) (A145738) (017-540 2876)

Senarai sukarelawan luar negara Tarikh penetapan sukarelawan

Bilangan

Nama Sukarelawan

di UKM

Sukarelawan

9.02.2014 - 12.03.2011

5

Akan dinyatakan kemudian

5.03.2014 - 12.04.2014

5

Akan dinyatakan kemudian


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

Lampiran B TENTATIF PROGRAM 1.0 SEMINAR INDUKSI Tarikh

Masa

Fakulti / Tempat

24 Februari 2014

8.00-9.30 malam

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina & Fakulti Undang-Undang

25 Februari 2014

8.00-9.30 malam

Fakulti Sains dan Teknologi

26 Februari 2014

8.00-9.30 malam

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

27 Februari 2014

8.00-9.30 malam

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

28 Februari 2014

4.00-5.30 malam

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

28 Februari 2014

8.00-9.30 malam

Fakulti Pendidikan & Fakulti Pendidikan Islam

2.0 BENGKEL LUAR KAMPUS Bengkel luar kampus akan diadakan pada 22 Februari hingga 22 Mac 2014 mengikut tarik yang ditentukan oleh pihak sekolah atau institut pendidikan yang terlibat. 3.0 UKM GREEN WEEK Pengumpulan barangan untuk kitar semula adalah seperti berikut: Tarikh

: 4 hingga 6 April 2014

Tempat

: Di setiap kolej kediaman UKM, Bangi.

Aktiviti ’Earth Hour’ akan diadakan seperti berikut : Tarikh

: 4 hingga 7 April 2014

Tempat

: Setiap kolej kediaman UKM

Masa

: 5 petang hingga 6 petang ( setiap hari )


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

Pameran mengenai alam sekitar dan teknologi-teknologi pengurusan sisa akan diadakan seperti berikut : Tarikh

: 5 April 2014

Tempat

: Pusanika

Lawatan sambil belajar ke Kilang Kitar Semula Teknologi Digi akan diadakan seperti berikut. Tarikh

: 6 April 2014

Masa

: 10 pagi hingga 2 petang

4.0 TECHCYCLE SUMMIT 2014 TARIKH DAN MASA

PERKARA

TEMPAT

18 APRIL 2014 (JUMAAT) 1500-1540 1540-1600 1600-1700 1700-1730 1730-1830 1830-1900 1900-2030 2030-2130 2130-2230 2230-2300

Welcome plenary by AIESEC ‘The Big Picture’ Ice Breaking Game Break Session 1 ( Leadership ) Session 2 ( Project Management ) Dinner Group Task ( Project Framework) Team Game Closing Plenary Announcement

Kompleks Tunku Abdullah Salleh (KTAM)

19 APRIL 2014 (SABTU) 0730-0800 0815-1100 1100-1130 1130-1300 1200-1300 1300-1430 1430-1600 1600-1730

Breakfast Session 2 ( Explore the Nature ) Rest Session 3 ( DIGI – Technology Recycle ) Group Task Lunch Session 4 ( Sales & Marketing ) Waste Management Workshop

Kompleks Tunku Abdullah Salleh (KTAM)


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

1730-1800 1800-2030 2030-2300 2300-2330

Briefing Dinner Global Village Closing Plenary

Panggung Seni

20 APRIL 2014 (AHAD) 0800-0900 0900-0930 0930-1100

Breakfast Opening Plenary Session 5 ( Breaking Communication Barrier ) 1150-1300 Project Framework Presentation 1300-1400 Lunch 1400-1600 Closing Ceremony *Biodata penuh penceramah akan dinyatakan kemudian

Kompleks Tunku Abdullah Salleh (KTAM)


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

Lampiran C Belanjawan Anggaran Pendapatan BIL 1.

PERKARA

RM

Sumbangan • Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) • Penaja luar ( syarikat ) • 1M4U

5000 8000 1100

2.

Aktiviti kitar semula

120

3.

Subsidi melalui pengumpulan komputer dan telefon bimbit terpakai ( oleh AIESEC Malaysia )

400

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

14,620

Anggaran Perbelanjaan BIL 1.

PERKARA Komunikasi • Kad i-Talk (RM10 x 30 keping)

2.

Pengangkutan ( lawatan sambil belajar, pengumpulan barangan kitar semula elektronik, bengkel luar kampus )

3.

Publisiti • Bunting (RM 70 x 5 helai) • Banner (RM 200 x 6 helai) • Poster (RM 10 x 50 helai) • Flyers (RM 0.20 x 1000 helai) • Fotostat (RM 0.10 x 3000 helai)

4.

5.

Hadiah dan Cenderamata - Hadiah peserta ( 5 X RM50) - Cenderamata Tetamu & penceramah ( 7 X RM 50) - Sijil Penyertaan ( 300 X RM 3.00 ) Makanan - Peserta ( 250 X RM 30 ) - Urusetia ( 30 X RM 30 )

RM 300 1000

350 1200 500 200 300

250 350 900 7500 900


PROGRAM TECHCYCLE TECH4ALL FEBRUARI 2014 HINGGA OGOS 2014

6.

Tetamu ( 7 X RM 10 )

70

Bengkel - Alat tulis ( 250 X RM 3.20 ) ( fail, kertas mahjong, pen, marker)

800

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

14,620


Paper Work Techcycle Tech4all Project