Issuu on Google+

INSIDE THIS ISSUE: Program Muharram

4-5

Br. Hassanain Rajabali

6-7

Majlis Muharram Muslimat

8

Arca Pendidikan

9

News & Events

10 - 11

FO R MEMBERS ONLY / UNTUK AHLI SAHAJ A

Al-Hikmah

J AN U AR Y 2 8, I S S U E 1/ 1 2 ( 2 3 RD ) , 4 R ABI U L AW AL 1 4 3 3 H

E D I T O R I A L



Amir Muhd

Disebalik Program Muharram & Arbain Anjuran Al-Hikmah

Chief Editor



Razman Abdullah

Executive Editor



Nurul Hakimah

Senior Editor



Ummuz Zahra



Sarahnadia Roisza

Dari kiri: Ustaz Umar Shahab, Ustaz Hussein Shahab, Ustaz Bashir Kassim, Ustaz Ahmad Subandi, Ustaz Abdul Aziz Sepanjang kewujudan Al-Hikmah selama 11 tahun, Program Ramadhan 10 hari, Program Muharram 10 Hari dan Program Arbain adalah merupakan 3 bentuk program yang tidak pernah terlepas untuk Al-Hikmah anjurkan saban tahun. Dari program-program ini kami AJK Al-Hikmah dapati ia sangat memberi kesan yang mendalam dari sudut sosial, intelektual, pengorbanan dan juga spiritual anggota – anggota Al-Hikmah khususnya dan seluruh masyarakat pencinta Ahlul Bait Singapura amnya. Kenapa kami berkata begitu? Setelah kami amati, kami dapati dari sudut sosial pertama-tama sekali AJK teruji untuk duduk berbincang, mengupas dan mentuntas segala permasalahan, mengatur persiapan dan menyusun strategi supaya program dapat berjalan dengan baik. Kita akan dapat melihat juga ketika kaum ibu sibuk menyiapkan juadah berkat dan minuman pembasah tekak para remajanya pula menyusun, mengatur dan mengemas barang-barang sebelum dan sesudah majlis. Ini semua akan mewujudkan ikatan ukhuwah sesama AJK Al-Hikmah sebagai rakan seperjuangan yang kompak. Para hadirin yang datang berbondong-bondong rela bersengkang mata, letih dan layu hingga larut malam sedang esoknya mereka harus bekerja atau bersekolah. Berkumpulnya para hadirin ini di satu masa dan satu tempat telah mewujudkan satu suasana ukhuwah yang lahir dari jiwa yang ikhlas dengan penuh kasih sayang sambil bersalaman diantara satu dengan yang lain dan bertanya khabar. Ilmu yang di raih dari ustaz-ustaz yang didatangkan khas akan pasti menambahkan ilmu di dada hingga mencetuskan daya berfikir yang tajam yang akan memberi para hadirin satu sudut pandangan yang berbagai-bagai hasil dari gaya dan cara yang berbeza-beza yang datang dari ustaz-ustaz ini. Diharapkan dengan pendekatan (approach) yang sebegini rupa ia akan dapat mewujudkan individu -individu Al-Hikmah yang melihat sesuatu perkara dari berbagai-bagai sudut yang tidak sempit hingga menaiktarafkan daya intelektual mereka. Syabas Al-Hikmah. Laporan dari Akhi Razman Abdullah

Al-Hikmah Newsletter is available online!  Suratberita Al-Hikmah kini di alam siber! Visit our page at Issuu Lungsuri kami di Issuu


Al-Hikmah: Dari Meja Pengarang /From the Editorial Desk

Page 2

Salam dan Selawat ke atas Rasulullah dan Ahlul Baitnya, tidak lupa juga Salam kepada para pembaca setia Bulletin Al-Hikmah yang budiman. Pada isu yang ke 23 kali ini, selain dari isi kandungan yang biasa, kami paparkan kepada para pembaca di setiap isu, terdapat juga beberapa tajuk yang kami ketengahkan seperti penulisan di muka pertama di mana kami mengajak para pembaca merasakan impak Imam Hussein as terhadap perjalanan spiritual para anggota Persatuan Islam Al-Hikmah. Selain daripada ini, perkembangan politik dunia yang menjejas Umaah telah cuba diketengahkan dalam penulisan Wak Lampir mengenai Arab Spring. Keterlibatan remaja AlHikmah pada tahun lalu dan awal tahun ini pula telah dapat dimaklumkan kepada para pembaca dengan penulisan mengenai keterlibatan mereka dalam Program Muharram dan Arbain, serta Ahad Youth Camp yang sebahagian mereka telah menghadiri.

Amir Ali Haider

Tidak cukup dengan itu Arca Pendidikan telah mengfokuskan pihak remaja juga sebagai bahan bicaranya kali ini. Foto- foto yang kami lampirkan bolehlah kami katakan sebagai “its speak louder than words” Insya-Allah apa yang hendak kami ketengahkan dalam isu ke 23 Bulletin Al-Hikmah kali ini sebagai penerbitan pertama menyambut tahun baru 2012 Masehi akan dapat memenuhi arah dan tujuan serta cita rasa para pembaca semuanya…Selamat membaca. Dari meja Ketua Pengarang / Chief Editor Akhi Amir Haidar

PLAN YOUR FUTURE Persiapakan masa depan

Always Listening. Always Understanding

Analyse your life and plan ahead for a brighter tomorrow Analisasi hidup dan persiapkan untuk masa depan yang lebih cerah

TELL ME ABOUT YOUR LIFE GOALS Suarakan impian

To ensure your needs and ambitions are fulfilled Untuk memastikan keperluan dan Impian tercapai

Jannah Sulaimi Prudential Financial Consultant Handphone: 96746798 Email: jannahsuaimi@pruadviser.com.sg

PROTECT YOUR FUTURE Lindungilah masa depan

I can offer the guidance you need Saya boleh menjadi pembimbing kamu

Disclaimer: We reserve the right to edit for brevity and content. We reserve the right to reject in part or total any articles submitted. 


Al-Hikmah: Wak Lampir

Page 3

Apa Kata Wak Lampir “Arab Spring” Kebangkitan Arab atau Kebangkitan Islam? “Arab Spring” boleh Wak ertikan sebagai “Musim Bunga Arab” ia itu satu zaman peralihan dari musim yang beku, dingin dan yang penuh dengan konkongan kepada musim baru yang penuh keindahan, kesegaran dan yang menjanjikan sesuatu yang baik lagi bebas. Ia bermula di Tunisia pada akhir tahun 2010 apabila dunia dikejutkan oleh sebuah revolusi social dan dalam masa yang singkat ia merebak ke Mesir, Libya, Yemen, Bahrain dan Syria hinggakan negara-negara Arab Teluk, Jordan, Morocco dan Algeria dengan cepat merubah dasar mereka terhadap rakyat untuk mengambil hati mereka. Boleh Wak katakan juga bahawa pergerakan “Occupy” di Wall Street, Washington dan London adalah hasil ikutan dari kebangkitan Arab ini. Pada mulanya Wak lihat kebangkitan ini nampak moden dan sekular tanpa Islam dan Ulama memainkan peranan yang menonjol seperti Revolusi Islam Iran tahun 1979 dahulu. Tetapi setelah setahun “Arab Spring” ini tercetus kita dapat lihat parti-parti Islam telah mendapat suara majoriti dalam pilihanraya yang mengikuti proses demokrasi dinegara-negara Arab yang ketua diktator mereka telah dapat digulingkan itu.

NAUNGAN PARTI ISLAM: Dalam pilihanraya Mesir, Freedon and Justice Party (Ikhwanul Muslimin) telah mendapat 47% undi dan Parti Nour (Salafi-Wahabi) telah mendapat 25% undi, jika dicampurkan suara parti Islam di Mesir telah mencapai 72% keseluruhannya. Di Tunisia Negara Arab yang paling sekular, Parti Islam Nahda (Ikhwanul Muslimin) talah memenangi pilihanraya hampir 60% undi dan sekarang Tunisia di ketuai oleh saorang Presiden yang sangat kuat pegangan Islamnya dan merupakan aktivis Islam Tunisia yang mendapat suaka politik di Barat . Di Libya pemerintah Transisi adalah aktivis-aktivis pergerakan Islam yang sangat kuat menentang pemerintahan Muammar Gadhafi sebelumnya. Begitu juga di Maghribi dimana parti Islam Justice and Development Party telah memenangi pilihanraya dan ingin merombak konstitusi Kerajaan Maghribi. Ini belum lagi Wak ambil kira PartiIslam HAMAS (Ikhwanul Muslimin) yang berkuasa di Gaza Palestin dan Parti Islam di Jordan (Ikhwanul Muslimin)yang menguasai Dewan Parlimen Jordan. Parti Islam Da’wa Iraq bersama gabongan parti-parti Syiah Islam yang lain telah menguasai pucuk pimpinan Iraq sekarang ini. Pergerakan Islam Hezbollah mempunyai pengaruh yang kuat di Lebanon bukan sahaja dari sudut politik tapi juga militer. Parti Islam pimpinan Omar Al Bashir telah lama memimpin Sudan hingga sekarang. Penentangan dan pemberontakan di Syiria digerakkan oleh pergerakan Ikhwanul Muslimin Syria dan di Yemen pergerakan Islam baik Sunni atau Syiah memainkan peranan utama ke atas penggulingan Presiden Saleh. Belum lagi diambil kira Iran dan Turki dua Negara Timur-Tengah yang bukan berbangsa Arab dimana Iran diketuai oleh Ulama yang teguh berlandaskan Islam dan Turki pula dipimpin oleh Tayyib Erdogan dengan Partinya yang cenderong membawa Turki kembali kepada Islam dengan cara yang perlahan ditengah tengah suasana sekular Turki yang masih menebal.

KENAPA BANGSA ARAB MEMILIH JALAN ISLAM? Wak rasa kenapa bangsa Arab memilih jalan Islam ialah kerana kebencian mereka terhadap ketua negara mereka yang penuh korupsi, gila kuasa, mengumpul dan menurunkan kuasa politik kepada anak-anak dan keluarga mereka serta penghidupan Presiden dan keluarganya yang sangat kebaratan dan berfoya-foya. Lain pula yang ditonjolkan oleh ketua-ketua dan aktivis-aktivis Parti Islam, mereka mempromosikan keadilan dan jati-bangsa serta kebebasan berpolitik seiring dengan slogan yang disorakkan oleh penunjuk-penunjuk perasaan “Arab Spring” itu. Ditambah lagi dengan usaha golongan aktivis Islam dinegara Arab ini yang menolong rakyat miskin menerusi sistem “welfare” mereka berpusat di Masjid-masjid dimerata negara mengatasi usaha-usaha yang dilakukan oleh pemerintah mereka sebelum tercetusnya “Arab Spring”, dilain perkataan mereka “get things done”. Tetapi walauapapun seperti yang dikatakan oleh pengamat politik Fareed Zakaria di majalah Newsweek, “The danger in Middle East is not Islam corrupts but that the leader and power corrupts”. Jika ini berlaku Wak yakin “Arab Spring” akan menjadi “Arab’s Bleak Winter again”.


Al-Hikmah: Program Muharram 1433H

Page 4

MALAM-MALAM MUHARRAM

Majlis Muharram di rumah Akhi Burhan dan dipimpin oleh Ustaz Bashir Kassim

Muslimat bergotong-royong membungkus berkat Imam Husayn (a.s)

Anak-anak kecil turut bermatam

Ustaz Syed Umar Shahab penceramah 3 hari pertama Program Muharram

Ustad Saffei Salleh membaca ayat suci Al-Quran

HARI ASYURA

Bacaan Ziarah Asyura

Akhi Ahmad Baba dan Akhi Rashid membaca Noha

Solat Zuhur dan Asar di hari Asyura

Presiden Shaban memberI ucapan penutup


Al-Hikmah: Program Muharram 1433H

Page 5

Anggota Al-Hikmah bergotong-royong mengemas Lagun Sari

Kaum Adam bergambar bersama Ustaz Umar Sahab

HARI ASYURA

Ustaz Syed Hussein Shahab

Muslimat bersama Ustaz Hussein Shahab

Upacara Matam

Akhi Rifqi bersama anaknya Akhi Taqi membaca Noha

Merakam memori bersama Ustaz Hussain Sahab, setelah lebih daripada 10 tahun tidak bersama.

membaca Noha

Solat Magrhib dan Isyak pada malam Arbain

Para hadirin di Majlis Arbain


Al-Hikmah: Hassanain Rajabali

Page 6

HASSANAIN RAJABALI IN SINGAPORE, 9—12 December 2011 Written by: sis ummuz zahraa

“Allah created humans as a result from a cause and for a cause. If not you are like a living machine like any other machine in this world; invented just to make the world go round in which after you are depreciated, you are just like a piece of trash which is of no use.” Hajj Hassanain Rajabali A simple sentence yet contains a very meaningful message behind it. What the sentence aims to deliver is that all human beings are created for a purpose in life and for an end goal after life (Paradise). That’s what differentiates humans from any other creation of Allah. Subhanallah. Just look at His mercy and love towards us; He creates us not for nothing and the reason we exists in this world because we are chosen to live through this world. Alhamdulillah, Allah has given me the opportunity to meet this wonderful speaker, Hajj Hassanain Rajabali, the director of the world’s first Muslim owned camp Taha from Michigan. This has indeed been a gift of hidayah and knowledge to me that cannot be measured with material. I am grateful to Allah for sending such an amazing creation of His to Singapore where culture and traditions of Islam are lacking. Hajj Hassanain Rajabali has been invited to Singapore to deliver several important and meaningful lectures from 9 Dec 2011- 12 Dec 2011. The topics he delivers contain important and significant elements that are worth every time for me to bring back and relate them in my life. One of his lectures is “The Purpose and Meaning of Life” sparked my mind to a new whole perspective of how beautiful Islam and life is. His eloquence in his speech, delicate yet meaningful lectures and his

aura really makes me immerse in his lectures and those wisdom words of his really seeped into my heart and mind till they circle through my mind like a repeated film till now. The choice of words he uses in his lectures were perfectly delivered based on today’s context such that I am really able to relate them in my life. Subhanallah every word that he utters was like a soothing reality that made my spirit soars. It’s unlike any fantasy movie or novel. This is certainly more than that. Indeed I am blessed to get the chance to attend his lectures and this certainly is a fruitful and meaningful experience for me. Alhamdulillah. I specially urged all the youths out there to channel our interest this kind of talks in future.Insya-Allah, it will benefit for your own self in dealing with your life. Not only we will gain knowledge, we could also share the knowledge with your friends and families. In dealing with life’s trials and difficulties, we need ‘supplements’ to boost our physical and spiritual needs. This is one of the supplements you will find useful, insyaallah. We can’t make the difficulties and trials disappear, but we can overcome them. May Allah bless all of you with endless hidayah. Amin.


Al-Hikmah: Hassanain Rajabali

Page 7

One of Hajj Hassanain Rajabali’s analogies on Allah’s mercy that I would like to share with all of you: Let us think of it this way by looking at multiple choice questions as an example. When we do the 10-MCQ test, each question allows you to choose 1 out of 4 choices; A, B, C, D. Only 1 would be the correct answer (good deeds). That makes the other 3 as the wrong answers (evil deeds). As a whole, out of the 40 choices, only 10 choices will be right. This explaines that we often encounter many trials and challenges in life. But, see and understand Allah’s mercy to His Creation. Still following the MCQ example, when we answer one of the questions correctly, instantly we wipe of the other 3 wrong choices. Hence, when we answer all the 10 MCQ questions correctly, we wipe off the other 30 wrong choices. Same goes to our deeds. When we do good deeds, Allah will double our good deeds such that they are able to wipe of our bad deeds. Even when we look closely. Allah always gives rewards twice or even more than that. But, when we do bad deeds, Allah will not punish us twice or more than that. Allah (SWT) is merciful to his Creations.

Let us hear some response on Hajj Hassanain Rajabali’s talks from our Al-Hikmah members and how does the talks benefit them.

Hajj Hassanain Rajabali is a knowledgeable speaker & eloquent speaker. He is able to move his audience with his inspiring conviction and beliefs throughout his lecture. Bro Aliff Rashid

Hajj Hassanain Rajabali's lectures were truly inspiring. His charisma captivated me and his words motivated to be a better Muslim. Every lecture was crafted comprehensible enough for Muslims from all walks of life. I reckon that his lectures open the minds of all who attended them. In a nutshell, it is an opportunity not to be missed. Sis Afza Fahmidah

Prof Hassanain Rajabali was one of my first virtual scholar who has always inspired me to be a proud Shia. From him, I understand a great deal about Allah ann His Infinite Mercy n Unlimited Blessings. I learnt the essence of wilayah and AhlulBayt morality from him. Sis Norine Mohd


Page 8

Al-Hikmah: Women

Majlis MUHARRAM mUSLIMAT

Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma Salli Ala Muhammad Wa Ali Muhammad Assalamualaika Ya Aba Abdillah! Dipanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya biro muslimat Al Hikmah telah berjaya menganjurkan sebuah majlis ilmu yang bertema “Memperingati Imam Hussein�. Majlis khas untuk kaum wanita itu telah berlangsung pada tanggal 24hb Disember 2011 bersamaan dengan 26 Muharram 1433 Hijrah. Majlis telah menjemput dua orang ustazah iaitu Ustazah Salbiah dari KL dan Ustazah Huda dari Singapura sebagai penceramah pada majlis petang itu. Majlis yang bermula pada waktu 3.30 petang itu didahului dengan bacaan ayatayat suci Al- Quran oleh Qariyyah, Puan Maria Ali dan diikuti dengan beberapa pembuka kata oleh pengerusi majlis, saya, Fatimatuzzahra Binte Abdullah (Al Qadri) mengenai majlis tersebut. Majlis kemudiannya menjemput para pembaca nauha untuk membaca nauha dan marsiah mereka sebelum menjemput Ustazah Huda untuk memberi ceramah mengenai Imam Hussein.

Diantara penyampaian Ustazah Huda adalah mengenai perwatakan mulia Ahlul Bait berserta dengan pembacaan Doa Tawassul. Sementara menunggu ketibaan Ustazah Salbiah, Puan Hamidah Kasman telah mendeklamasikan sebuah sajak mengenai Imam Hussein & Srikandi Zainab. Sebuah sajak yang menyentuh hati. Seterusnya, majlis menjemput Ustazah Salbiah untuk melanjutkan majlis dengan ceramah mengenai Sri Kandi Zainab a.s dan keberanian beliau di medan Karbala serta keagungan Khadijah Khuwalid, keistimewaan menjadi seorang wanita Islam (Sifat-sifat wanita Islam seperti sabar & kasih sayang) yang mencantikkan seorang Muslimah. Sebelum meleburkan tirai untuk majlis petang itu, majlis telah mengadakan pembacaan matam bagi menaikkan dan menerapkan semangat Imam Hussein dan Srikandi Zainab dalam diri mereka yang telah menghadiri majlis itu. Majlis diakhiri dengan ziarah kepada Imam Hussein yang dibawa oleh Puan Hamidah Kasman dan diiringi dengan jamuaan ringin yang disediakan oleh Biro Muslimat Al Hikmah. Wasalaamualaikum wrb, Fatimatuzzahrah Binte Abdullah (Al Qadri)


Al-Hikmah: Arca Pendidikan

Page 999 Page Page

Peranan Bapa dalam Pendidikan Remaja Disusun oleh: Ukhti Nurul Hakimah

Arca Pendidikan kali ini menyentuh pendidikan remaja dan peranan bapa. Saya memetik daripada ‘Model Pendidikan Anak-anak Menurut Islam’ oleh Prof Madya Dr.Saedah Siraj pada tahun 1996 dahulu. Dalam pendidikan anak, ramai yang berpendapat bahawa pendidikan anak di peringkat terakhir iaitu peringkat baligh hingga 21 adalah zaman remaja yang sukar untuk ibu bapa tangani. Pada peringkat ini, perubahan fizikal dan emosi mereka adalah sangat kritikal seperti menarik rambut dari tepung agar rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak. Menurut riwayat Imam Ja’afar a.s yang bermaksud: “…..biasakanlah dirimu dengannya (bersahabat) pada peringkat tujuh tahun ketiga.” Untuk menjadi teman kepada anak-anak, peranan bapa didapati lebih penting berbanding dengan ibu. Ini adalah sesuatu yang segolongan para bapa kurang peka terhadap ini. Pembentukan anak adalah tanggungjawab ibubapa dan bukan ibu sahaja. Ini kerana, bapa mempunyai ruang waktu dan kelapangan yang lebih sementara ibu menguruskan anak-anak yang lebih kecil dan urusan rumahtangga seperti memasak dan sebagainya. Banyak laporan menunjukkan keruntuhan akhlak remaja adalah yang tidak mempunyai bapa yang sah ataupun kurang kasih sayang dari bapa. Ini adalah laporan yang dikhuatiri. Kajian juga telah menunjukkan perempuan yang menjadi wanita simpanan kepada golongan yang separuh umur adalah mereka yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada bapa mereka dan bukan ibu. Oleh itu ingin ditekankan peranan bapa bukan sahaja mencari nafkah untuk keluarga tetapi juga dalam pendidikan rohani anak. Sebelum membaca suratkhabar, tanyalah khabar anak di sekolah Sebelum menonton bola sepak antara Manchester United dan Liverpool, tontonilah anak-anak membuat kerja sekolah mereka. Sebelum memesan kopi dengan isteri, berikanlah pesanan kepada anak. Sebelum keluar ke kedai kopi, tanyakanlah solat dan jam berapa anak remaja sebelum dia keluar. Jadilah teman mereka meluahkan perasaan dan minta nasihat. Mungkin anak itu takut dengan bapa, oleh itu tukar nada suara kepada lebih lembut supaya tidak memberi anggapan bahawa dia akan dimarahi. Belum cuba, cuba. Mereka adalah harta kita sewaktu kita di kubur kelak.


Al-Hikmah: Berita & Acara / News & Events

Page 10

Disusun oleh: Ukhti Nurul Hakimah

November 2011

Disember 2011

5 Nov

1 Dis

Doa Arafah di rumah Akhi Hang Nadim.

Malam Muharram di rumah Akhi Rashid dan dipimpin oleh

5 - 7 Nov

Ustaz Hussain Shubandi

Hari Raya Aidil Adha di Karimun, Yayasan Nainawa,

2 Dis

Indonesia.

Malam Muharram di rumah Akhi Mahmood dan dipimpin oleh

8 Nov

Ustaz Hussain Shubandi

Doa Tawassul di rumah Akhi Rifqi

3 - 5 Dis

13 Nov

Malam Muharram di Little Footprints Skool House dan dipimpin

Majlis Ghadir Khum di Little Footprints Skool House

oleh Ustaz Hussain Shubandi

19 Nov

6 Dis

Majlis Eid Mubahila di rumah Akhi Sulaimi dan

Majlis Asyura di Lagun Sari dan dipimpin oleh Ustaz Bashir dan

dipimpin oleh Ustaz Bashir. Bacaan Hadis Kisaa

Ustaz Hussain Shubandi

untuk Husna Zahra yang menjalani operasi jantung.

10 Dis

25 Nov

Jemaah Al-Hikmah telah menghadiri ceramah Hassanain

Ceramah Umum oleh Ustaz Umar Sahab di rumah

Rajabali di Auditorium MUIS.

Akhi Roslee.

25 Dis

26 - 27 Nov Malam Muharram di Little Footprints Skool House,

Kelas Umum oleh penceramah jemputan Ustaz Taufik Yahya dari Indonesia di rumah Akhi Burhan.

dipimpin oleh Ustaz Umar Sahab 28 Nov Malam Muharram di rumah Akhi Sulaimi dan dipimpin oleh Ustaz Syamsul Bihar 29 Nov Malam Muharram di rumah Akhi Burhan dan dipimpin oleh Ustaz Bashir 30 Nov

Majlis Eid Mubahila

Malam Muharram di rumah Akhi Ismail dan dipimpin oleh Ustaz Aziz.

And Allah desires that He should turn to you (mercifully), and those who follow (their) lusts desire that you should deviate (with) a great deviation. Holy Quran 4:27


Januari 2012

Page 11

12 Jan Bacaan Doa Kumayl di rumah Akhi Rashid dan dipimpin oleh Ustaz Hussain Sahab. 13 Jan Majlis Memperingati Arbain di Little Footprints Skool House dan dipimpin oleh Ustaz Hussain Sahab. 14 Jan Kelas Muslimat & Ceramah Umum pimpinan oleh Ustaz Hussain Sahab di Little Footprints Skool House. 15 Jan Kelas Remaja & Forum Perdana oleh 3 penceramah undangan iaitu Ustaz Bashier dari Singapura, Ustaz Syamsul Bihar dari Malaysia dan juga Ustaz Hussain Sahab dari Indonesia. Forum diadakan di Little Footprints Skool House. 18 Jan Majlis Kewafatan Rasulullah telah diadakan di Little Footprints. Ustaz Bashir, Ustaz Syed Agil (Abah) & Habib telah menyerikan majlis tersebut dengan kata-kata yang mengocakkan paradigma 21 Jan Belasungkawa dari Al-Hikmah kepada keluarga Ustaz Syamsul. Ibundanya telah ke Rahmatullah pada 18 Januari yang lalu. Semoga keluarga Ustaz Syamsul diberi ke-

Ustaz Taufik Yahya


Al-Hikmah: The Last Page

Page 12

Persatuan Al-Hikmah is proud to announce the start of its own Tarbiyah classes last 4th February.

Oreo Cheesecake (no bake) Ingredients needed - Philadelphia cream cheese 250g - a cup of fine sugar - whipped cream 200g - 1 tube of Oreo (crushed coarsely) - 6-8 pcs of Digestives biscuits (crushed) - 2 sticks of unsalted butter - 10" cake tin

Classes are divided into two main groups and age ranges from 5 to 15 years old. Any enquiries, kindly contact any AJKs or Biro Tarbiyah Cik Rafiah

via fansuria@yahoo.com

How to: A) Prepare the Biscuit Based 1) melt the butter on the stove. Off the heat & add the crushed Digestive biscuits. Mix well 2) lined it up on the container based & fridge it. B) Prepare the Cream 1) Whipped the cream till white, thick and fluffy (short cut: use the ready made) then put it in fridge 2) whipped the cream cheese for about 3-4minutes & add in the sugar. 3) add in the Oreo bits & mix with a spatula. 4) Pour all in the container 5) Decorate it with more Oreo & chocolate chips. 6) Placed it in the fridge for 6-8hrs

Missed an issue? No problem! Visit our homepage at Issuu at Untuk membaca penerbitan Al-Hikmah yang lalu, sila lungsuri ke lelaman dibawah:

http://issuu.com/al-hikmah.singapura http://www.facebook.com/persatuanislamalhikmah


Al-Hikmah Newsletter January 2012