Issuu on Google+

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan pentadbir sekolah, guru-guru dan rakan pelajar sekalian . Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka tirai bicara. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk membicarakan tajuk “Membudayakan Amalan Membaca.� Guru-guru dan rakan yang saya muliakan, Amalan membaca memang telah disedari kepentingannya oleh semua golongan sama ada pemimpin politik, ibu bapa, pendidik, pentadbir dan masyarakat amnya. Membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan dinamis. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu� sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan. Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Minat membaca adalah berkaitan rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini merupakan suatu ciri pembangunan budaya dalam masyarakat yang berorientasikan pendidikan dan pembacaan. Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, di universiti atau di bandar sahaja tetapi patut dikembangkan dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya bersama-sama mengejar arus pembangunan. Guru-guru dan rakan yang saya muliakan, Seseorang atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahan miliknya tanpa budaya ilmu yang baik. Malah dia akan bergantung kepada orang atau bangsa lain yang berilmu. Buktinya, kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran. Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka dan mencipta sejarah adalah terdiri daripada masyarakat yang suka membaca. Disiplin membaca untuk mendapatkan ilmu merupakan suatu kuasa pembebasan daripada belenggu-belenggu kemiskinan dan kejahilan. Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca. Amalan ini secara langsung akan melahirkan masyarakat berilmu dan bertamadun tinggi. Sekian, terima kasih.


Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang dihormati, tuan pengetua smk datuk haji abdul wahab, en david kolendaisamy, penolong kanan pentadbiran, en sunther, pen. Kanan HEM, en moses muniandy, penolong kanan kokurikulum pn fadhilah hawary, guru-guru kanan, guru-guru serta rakan sekalian. Sebentar tadi kita baru sahaja mendengar ceramah faedah membaca.kini tiba masanya untuk saya berkongsi langkah-langkah membaca dengan berkesan. Yang pertama adalah tinjau. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. Langkah Kedua ialah soal. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca. Langkah ketiga ialah baca. Sambil MEMBACA bahan bacaan kawan-kawan itu, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca. Langkah keempat ialah mengimbas kendiri. MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. . Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca Langkah terakhir ialah uji. UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda. Dengan menggunakan Teknik ini, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan kawan-kawan.Harapan agar teknik ini dapat membantu kawan-kawan dan diri saya sendiri membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun bermula hari Rabu ini. Selamat mencuba. Sekian terima kasih


ceramah