Profil Korporat - TV Pertiwi (PREVIEW)

Page 1

ASPIRASI MINDA BAHARU www.pertiwi.tv



Dari Minda Pengerusi ... 01 Aspirasi Minda Baharu ... 02 Visi & Misi ... 03 Rancangan ... 04 Impian ... 14

Media Islam mempunyai lima peranan utama iaitu sebagai muaddib (pendidik kepada masyarakat), musaddid (menangkis maklumat salah terhadap Islam), mujaddid (menyebar pembaharuan kepada amalan Islam), muwahid (jambatan menyatu padukan umat Islam) dan mujahid (berjuang membela Islam). Ini lah kami di TV Pertiwi!


Dari Minda Pengerusi TV Pertiwi memulakan langkahnya dengan impian dan harapan untuk mengungguli dunia penyiaran dengan membawa mesej yang benar dan adil dalam semua kandungannya serta menggunakan pendekatan penyiaran yang kompetitif dan kecanggihan teknologi. Bersesuaian dengan visi kami untuk menjadi stesen webTV pilihan dan terunggul yang menyiarkan kandungan berkonsepkan kebenaran & keadilan, kami akan mengupas isu-isu semasa serta merakamkan dokumentari berkaitan kesatuan Islam dan Melayu. TV Pertiwi yakin dan komited menyiarkan kandungan yang inovatif dan kreatif, mendukung nilai dan peradaban bangsa dan negara Malaysia tercinta, seterusnya berjaya memenuhi citarasa pelbagai segmen penonton. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Taala dan dipermudahkanNya sentiasa.

Dr. Norzila binti Baharin Pengerusi

01

ASPIRASI MINDA BAHARU


Aspirasi Minda Baharu TV Pertiwi berhasrat untuk memainkan peranan sebagai stesen web TV yang mengajak masyarakat melakukan perubahan yang berterusan ke arah kebaikan. TV Pertiwi berbangga menjadi perintis yang membentuk penyiaran kandungan yang memartabatkan Islam dan bangsa Melayu dengan mengekalkan standard yang tinggi dalam program-program yang diterbitkan, malah menjadi perintis stesen digital tinggi (HD) dalam industri penyiaran tempatan. Detik itu telah bermula. TV Pertiwi kini berfungsi sebagai platform perkongsian ilmu, maklumat dan pemikiran Islam untuk dikongsi bersama semua lapisan penonton.

Roslan Hj Abdul Rahman Ketua Pegawai Operasi

ASPIRASI MINDA BAHARU

02


Visi & Misi

VISI

Menjadi stesen WebTV pilihan dan terunggul, menyiarkan kandungan berkonsepkan kebenaran & keadilan

MISI

1 Penyediaan kandungan pelbagai bentuk berlandaskan nilai kebenaran dan keadilan

2 Menyalurkan kandungan tersebut di pelbagai platform menggunakan teknologi penyiaran dan digital terkini 3 Pengurusan korporat yang profesional, berintegriti, inovatif dan kreatif yang menyumbang kepada kejayaan dan kelestarian syarikat

03

ASPIRASI MINDA BAHARU


Rancangan


Rancangan

Buletin Pertiwi Memaparkan berita dan maklumat yang tepat telus dan sebenar

05

ASPIRASI MINDA BAHARU


Rancangan

Pagi Pertiwi Pagi Pertiwi diadakan setiap hari kecuali di hujung minggu. Membawa personaliti dan pakar pakar daripada pelbagai bidang termasuklah isu isu semasa dan hal hal kemasyarakatan yang berlaku di dalam dan luar negara.

ASPIRASI MINDA BAHARU

06


Rancangan Travelog Pertiwi Travelog Pertiwi merupakan sebuah program dokumentari mengenai sebuah pengembaraan ke tempat tempat menarik dan terpilih di dalam dan luar negara. Didalamnya terkandung pengajaran dan ibrah yang sangat berharga untuk ditonton.

07

ASPIRASI MINDA BAHARU


Rancangan Dunia Islam Dunia Islam adalah merupakan sebuah rancangan diskusi berkenaan hal ehwal antarabangsa khususnya di kalangan negara negara Islam. Ianya merangkumi topik topik utama seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain lain.

ASPIRASI MINDA BAHARU

08


Rancangan

Cakap Serupa Bikin Sebuah rancangan berkenaan isu isu rakyat yang dibincangkan secara santai dan telus bersama tetamu jemputan.

09

ASPIRASI MINDA BAHARU


Rancangan Kebangkitan Ertugrul Diliris Ertugrul adalah merupakan rancangan drama bersiri di dalam bahasa Turki. Ianya sarat dengan kisah sejarah dan perjuangan seorang pahlawan di abad ke 13 bernama Ertugrul, anaknya Osman 1 adalah pengasas Empayar Uthmaniyyah di Turki. Rancangan tv yang popular di Turki dan Timur Tengah ini memaparkan kisah sebuah empayar hebat yang berlangsung selama 6 abad.

ASPIRASI MINDA BAHARU

10


Rancangan Islam Kita Islam Kita adalah sebuah rancangan diskusi Islam yang mengupas isu isu semasa berkenaan agama dan umat Islam. Ianya diserikan dengan tokoh tokoh jemputan yang berwibawa di dalam bidang masing masing dari dalam dan luar negara.

11

ASPIRASI MINDA BAHARU


Rancangan-Rancangan Khas

Rancangan

I S T I M E WA R A M A D A N

ASPIRASI MINDA BAHARU

12


Rancangan

Rancangan-Rancangan Khas

Merdeka atau masih Terjajah? I S T I M E WA M E R D E K A

13

ASPIRASI MINDA BAHARU

LEGASI

ZAABA


Impian TV Pertiwi menjadi stesyen tv yang menjadi rujukan masyarakat bukan hanya di Malaysia tetapi juga di Nusantara.

Saluran Pilihan

Generasi Baharu ASPIRASI MINDA BAHARU

14


Tel +603 5614 3576 Email info@pertiwi.tv Alamat 8-01-03, Jln Medan Pusat Bandar 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan © HAKCIPTA TV PERTIWI 2019

TV Pertiwi

TV Pertiwi

@tvpertiwi

@tvpertiwi


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.