Page 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2


MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid dapat: 1.

Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran.

2.

Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.

3.

Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.

4.

Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.

5.

Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.

6.

Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, Khulafa’ al-Rashidin dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.

7.

Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tonggak budaya bangsa yang bermaruah.

8.

Membaca dan menulis jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan.

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

2


BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

2

Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

3

Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

4

Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

5

Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

6

Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

3


BIDANG/TAJUK TILAWAH AL-QURAN  Bacaan Surah Ali-Imran Ayat 1 – 200.

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAND

DESKRIPTOR

1

Menyebut potongan ayat mengikut bacaan contoh.

2

Membaca potongan ayat dengan bimbingan.

3

Membaca potongan ayat tanpa bimbingan.

4

Membaca potongan ayat dengan pemerhatian khusus kepada hukum mim sakinah dengan betul.

5

Membaca potongan ayat dengan betul, bertajwid dan lancar.

6

Membaca potongan ayat dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih.

4


BIDANG/TAJUK TILAWAH AL-QURAN Kefahaman kandungan ayat -ayat surah Ali-Imran:        

ayat 8 ayat 18 ayat 26 ayat 27 ayat 103 ayat 110 ayat 133 – 136 ayat 159

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAND

DESKRIPTOR

1

Menyatakan tajuk bagi ayat kefahaman tertentu.

2

Menyatakan maksud ayat secara ringkas.

3

Menjelaskan isi kandungan ayat secara ringkas.

4

Menerangkan isi kandungan ayat secara terperinci.

5

Menghuraikan pengajaran ayat yang dipelajari dengan betul.

6

Mengamalkan isi kandungan dan pengajaran ayat secara istiqamah.

5


BIDANG/TAJUK TILAWAH AL-QURAN Kefahaman hadis:  Hadis 1: Tanggungjawab Setiap Mukmin  Hadis 2: Kelebihan Bersedekah

BAND

DESKRIPTOR

1

Menyatakan tajuk bagi hadis kefahaman tertentu.

2

Menyatakan maksud hadis secara ringkas.

3

Menjelaskan isi kandungan hadis secara ringkas.

4

Menerangkan isi kandungan hadis secara terperinci.

5

Mengamalkan pengajaran hadis yang dipelajari.

6

Mengamalkan isi kandungan dan pengajaran hadis secara istiqamah.

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

6


BIDANG/TAJUK TILAWAH AL-QURAN

BAND

DESKRIPTOR

1

Menghafaz potongan ayat dengan bimbingan.

2

Menghafaz potongan ayat secara terhenti-henti.

3

Menghafaz potongan ayat dengan betul.

4

Menghafaz 2 potongan ayat dengan betul dan bertajwid.

5

Menghafaz 3 potongan ayat dengan betul, bertajwid dan lancar.

6

Menghafaz semua potongan ayat dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih.

Hafazan surah Ali-Imran    

ayat 8 ayat 18 ayat 26 ayat 27

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

7


BIDANG/TAJUK ‘ULUM SYAR‘IAH 

BAND

DESKRIPTOR

1

Menyebut al-Asma al-Husna, nama-nama malaikat dan kitab.

2

Menyatakan pengertian al-Asma al-Husna, malaikat dan kitab.

3

Menjelaskan tugas-tugas malaikat dan penerima kitab.

4

Menjelaskan kesan beriman dengan al-Asma al-Husna, Allah SWT, malaikat dan kitab.

5

Melakukan perkara-perkara yang menunjukkan kesan beriman dengan al-Asma al-Husna, Allah SWT, malaikat dan kitab secara istiqamah.

6

Melakukan perkara-perkara yang menunjukkan kesan beriman dengan al-Asma al-Husna, Allah SWT, malaikat dan kitab secara istiqamah dan boleh dicontohi.

Aqidah 1. Sifat-sifat Allah SWT berdasarkan al-Asma al-Husna - Al-Wahid - Al-Rahman - Al-Rahim - Al-Hakim - Al-Alim - Al-Adlu 2. Kesan beriman kepada Allah SWT 3. Beriman kepada Malaikat 4. Beriman kepada Kitab

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

8


BIDANG/TAJUK

BAND

‘ULUM SYAR‘IAH 

DESKRIPTOR

1

Menyebut pengertian solat jamak dan qasar, puasa serta amalan utama bulan Ramadan.

2

Memahami syarat solat jamak dan qasar, puasa, amalan bulan Ramadan dan pengertian zakat fitrah.

3

Menjelaskan kaifiat solat jamak dan qasar, puasa dan mengeluarkan zakat fitrah.

4

Melakukan simulasi solat jamak dan qasar, amali puasa dan zakat fitrah.

5

Melaksanakan solat jamak dan qasar serta menunaikan puasa dengan beradab.

6

Melaksanakan solat jamak dan qasar serta menunaikan puasa dengan beradab dan boleh dicontohi.

Ibadah 1. Solat Jamak dan Qasar 2. Puasa 3. Penghayatan Bulan Ramadan 4. Zakat Fitrah

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

9


BIDANG/TAJUK ‘ULUM SYAR‘IAH 

Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam 1. Kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah 2. Pembinaan Masjid dan Kepentingannya 3. Persaudaraan Muhajirin dan Ansar Keunggulan Tokoh-tokoh Islam 1. Sayidina Umar bin alKhatab r.a. 2. Sayidina Uthman bin Affan 3. Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. 4. Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. 5. Abu Hurairah r.a. 6. Abdul Rahman bin Auf r.a.

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAND

DESKRIPTOR

1

Menyatakan nama masjid pertama dalam Islam serta pengertian Muhajirin dan Ansar.

2

Menyatakan fungsi masjid dan pengorbanan Muhajirin dan Ansar serta riwayat tokoh-tokoh Islam sejarah ringkas.

3

Menjelaskan iktibar daripada pembinaan dan pengurusan masjid di zaman Rasulullah SAW, persaudaraan Muhajirin dan Ansar serta sifat peribadi tokohtokoh Islam.

4

Melakukan aktiviti pengimarahan masjid, langkah-langkah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat serta keistimewaan tokoh-tokoh Islam.

5

Mencontohi dan mengambil iktibar daripada sumbangan dan pengorbanan Muhajirin dan Ansar serta sifat-sifat peribadi tokoh-tokoh Islam.

6

Mencontohi dan mengambil iktibar daripada sumbangan dan pengorbanan Muhajirin dan Ansar serta tokoh-tokoh Islam secara istiqamah.

10


BIDANG/TAJUK ‘ULUM SYAR‘IAH 

BAND

DESKRIPTOR

1

Menyatakan contoh-contoh adab dengan betul.

2

Menjelaskan cara-cara beradab dengan betul.

3

Menjelaskan kelebihan beradab dengan betul dan sesuai.

4

Mengamalkan adab-adab dengan betul.

5

Mengamalkan adab-adab dengan betul dan istiqamah.

6

Mengamalkan adab-adab dengan betul dan istiqamah serta boleh dicontohi.

Adab dan Akhlak Islamiah 1. Adab Ketika Ditimpa Musibah dan Menerima Nikmat 2. Adab Berjiran 3. Adab Menjaga Diri dan Maruah 4. Adab Terhadap Muslim dan Bukan Muslim 5. Adab di Masjid dan di Surau 6. Adab Terhadap al-Quran 7. Adab Berdoa 8. Adab Beribadat

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

11

Pppmpendidikanislamtingkatan2  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you