SHE101

Page 3

ABSTRAK Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pantang larang tersendiri yang begitu istimewa. Pantang larang adalah suatu kepercayaan masyarakat zaman lampau yang berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara turun-temurun adalah melalui kaedah lisan. Pantang larang orang terdahulu bertujuan untuk mendidik anggota masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Antara masalah yang telah dikenali dalam kajian ini ialah masyarakat kurang pengetahuan tentang pantang larang waktu hamil kaum India. Dengan ini, kajian ini tertumpu kepada beberapa objektif dan persoalan. Antara objektif kajian ini ialah memberi gambaran yang jelas tentang konsep pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India, terutamannya kepada golongan muda hari ini, mendedahkan kepada generasi baru supaya lebih memahami konsep pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India, memupuk semangat dan minat generasi baru untuk mengamalkan dan melibatkan diri dalam pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India serta pantang larang lain dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan golongan muda kaum India tidak mengamalkan pantang larang tersebut.

Selain itu, antara persoalan kajian ini ialah mengenai sejauh manakah pengetahuan masyarakat terhadap pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India, apakah kandungan dan keistimewaan pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India dan faktor generasi muda kaum India tidak mengamalkan pantang larang tersebut.

Pelbagai maklumat telah didapati daripada saluran Internet serta melalui bahan rujukan di Perpustakaan Hamzah Sendut I dan telah direkod di Bab 2 iaitu sorotan literatur kajian ini. 3 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.