Issuu on Google+

SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK PANTANG LARANG SEPANJANG WAKTU HAMIL MENURUT KAUM INDIA KUMPULAN 66 NAMA PENYELIA: DR. HAIRUL SUHAIMI B.NAHAR NAMA AHLI: AYU FAZLANA BINTI ZAKARIA

115164

TAN KIM LIU

115351

TAN WOI KIONG

115359

WONG YIN THENG

115378

NUR AMYLYANA BINTI OTHMAN

116198

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2012/2013


PENGAKUAN Syukur ke hadrat Tuhan dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu kajian mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil menurut kaum India di Malaysia. Pertama sekali kami hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Hairul Suhaimi bin Nahar, pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan, di atas bantuan dan nasihat beliau dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa petunjuk dan panduan daripada beliau, kami tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di samping itu, tidak lupa kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang juga turut membantu memberi pandangan dan juga idea mengenai tugasan kami ini. Di sini, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan dan kajian kami secara langsung atau tidak langsung dan kami berharap agar kajian kami ini akan dapat digunakan dan diaplikasikan pada masa depan. Nama Ahli

Tandatangan

AYU FAZLANA BINTI ZAKARIA TAN KIM LIU TAN WOI KIONG WONG YIN THENG NUR AMYLYANA BINTI OTHMAN

2 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


ABSTRAK Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pantang larang tersendiri yang begitu istimewa. Pantang larang adalah suatu kepercayaan masyarakat zaman lampau yang berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara turun-temurun adalah melalui kaedah lisan. Pantang larang orang terdahulu bertujuan untuk mendidik anggota masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Antara masalah yang telah dikenali dalam kajian ini ialah masyarakat kurang pengetahuan tentang pantang larang waktu hamil kaum India. Dengan ini, kajian ini tertumpu kepada beberapa objektif dan persoalan. Antara objektif kajian ini ialah memberi gambaran yang jelas tentang konsep pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India, terutamannya kepada golongan muda hari ini, mendedahkan kepada generasi baru supaya lebih memahami konsep pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India, memupuk semangat dan minat generasi baru untuk mengamalkan dan melibatkan diri dalam pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India serta pantang larang lain dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan golongan muda kaum India tidak mengamalkan pantang larang tersebut.

Selain itu, antara persoalan kajian ini ialah mengenai sejauh manakah pengetahuan masyarakat terhadap pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India, apakah kandungan dan keistimewaan pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India dan faktor generasi muda kaum India tidak mengamalkan pantang larang tersebut.

Pelbagai maklumat telah didapati daripada saluran Internet serta melalui bahan rujukan di Perpustakaan Hamzah Sendut I dan telah direkod di Bab 2 iaitu sorotan literatur kajian ini. 3 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Kajian ini dapat membantu anggota masyarakat agar lebih memahami pantang larang dan budaya kaum India di Malaysia. Dengan ini, mereka dapat meningkatkan perasaan sayang dan kesetiaan terhadap tradisi kaum masing-masing. Metodologi kajian ini termasuk penggunaan borang soal selidik, kaedah temubual dengan kaum India dan juga pengumpulan maklumat daripada Internet serta buku rujukan dari Perpustakaan Hamzah Sendut I.

4 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Isi Kandungan

Muka surat

1. Pengenalan

7

1.1.Pernyataan Masalah

8

1.2.Objektif kajian

9

1.3.Persoalan Kajian

10

1.4.Kepentingan Kajian Dan Sumbangan Hasil Kajian

11

2. Sorotan Literatur

12

3. Metodologi

16

4. Keputusan Dan Perbincangan 4.1.1. Tahap Pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang

18

waktu hamil Kaum India 4.1.2. Cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

20

4.1.3. Analisis pendapatan tentang kepentingan pantang larang

22

sepanjang waktu hamil Kaum India 4.1.4. Analisis tentang faktor pantang larang sepanjang waktu hamil

23

Kaum India 4.1.5. Analisis cara-cara untuk meneruskan pantang larang sepanjang

25

waktu hamil Kaum India 4.2.Perbincangan borang soal selidik

26

5. Temubual tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

30

6. Kesimpulan

35

7. Rujukan

36

8. Lampiran 5 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


8.1.Soal Selidik

37

8.2.Senarai Jadual

38

8.3.Senarai Rajah

40

6 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


1. Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tiga kaum yang utama terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia, iaitu merangkumi 56.4% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Ini diikuti dengan kaum Cina yang menyumbang sebanyak 24.6% daripada jumlah penduduk di Malaysia. 7.3% daripada penduduk di negara ini terdiri daripada kaum India yang merupakan etnik ketiga terbesar negara ini. Kaum bumiputera pula terdiri daripada 11% dan yang selebihnya terdiri daripada kaum lain-lain.

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai masyarakat yang berbilang kaum, adat resam dan budaya selalunya menjadi tarikan masyarakat dari negara luar. Keadaan negara ini yang aman dan harmoni amat dikagumi oleh masyarakat dari negara lain. Konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri kita telah mendedahkan rakyat Malaysia tentang budaya dan cara hidup serta pantang larang pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, perpaduan antara kaum dapat ditingkatkan.

Kita perlu mengetahui aspek budaya, cara hidup dan pantang larang setiap kaum agar tidak timbul perbalahan antara kaum di negara ini. Selain itu, kita juga perlu memahami dan menghayati adat dan pantang larang kaum lain yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

7 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


1.1.Pernyataan Masalah

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis pantang larang yang unik dan tersendiri. Hal ini kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang masing–masing mempunyai konsep kepercayaan yang tersediri. Kepelbagaiaan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia telah menjadi satu keistimewaan negara kita. Namun demikian, kefahaman secara mendalam terhadap pantang larang kaum lain masih tidak mencukupi. Malahan, generasi muda masa kini sendiri telah meminggirkan pantang larang kaum mereka sendiri kerana mengikut arus modenisasi. Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk mengkaji permasalahan ini dengan memfokuskan terhadap pantang-larang sepanjang waktu hamil kaum India supaya ianya dapat diperbetulkan dan boleh terus dikekalkan serta diwarisi oleh generasi akan datang tidak mengira latar belakang, kaum, mahupun peringkat umur. Melalui kajian ini, kami telah mengenal pasti 3 masalah mengenai sebab adat dan pantang larang kaum India semakin dilupakan iaitu :

1) Generasi muda kurang berminat terhadap pantang larang kaum sendiri.

Didikan dan asuhan ibu bapa sejak kecil mempunyai pengaruh yang besar terhadap generasi muda pada hari ini. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya�. Kebanyakan ibu bapa pada masa ini tidak menyalurkan pengetahuan tentang adat dan pantang larang nenek moyang mereka kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian menyebabkan generasi muda ini kurang berminat untuk mengamalkan pantang larang nenek moyang kaum mereka.

8 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


2) Generasi muda kurang pengetahuan mengenai pantang larang kaum India.

Generasi muda pada zaman sains dan teknologi ini tidak berminat untuk membaca buku mengenai adat dan pantang-larang kaum mereka. Mereka sanggup menghabiskan masa dengan melayari Internet dan merayau-rayau di luar. Budaya membaca yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin negara selalunya tidak mencapai matlamatnya. Ketandusan ilmu dalam pelbagai bidang khususnya adat dan pantang larang kaum-kaum lain menyebabkan mereka kurang memahami pantang larang kaum India.

3) Masyarakat kurang menghayati adat-adat dan pantang larang kaum masingmasing.

Masyarakat pada zaman satelit ini sibuk mengejar kekayaan dan kebendaan. Mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga mengabaikan pantang-larang kaum sendiri mahupun kaum lain. Warisan nenek moyang mereka telah pupus ditelan zaman. Masyarakat sekarang menganggap semua itu tidak penting bagi mereka. Kekurangan didikan dan asuhan ibu bapa sejak dari kecil menyebabkan pantang larang pelbagai kaum sukar untuk diterapkan dalam diri anak-anak.

1.2.Objektif kajian

Beberapa objektif kajian telah dikenal pasti untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud berkaitan pantang larang kaum India. 1)

Kajian ini dijalankan untuk memberi gambaran yang jelas tentang konsep pantang larang

sepanjang waktu hamil kaum India, terutamanya kepada golongan muda hari ini.

9 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


2)

Kajian ini dijalankan untuk merapatkan jurang antara generasi baru dengan generasi lama

supaya penyebaran adat dan pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India sentiasa dapat diteruskan dan dipraktikkan. 3)

Kajian ini adalah untuk menyiasat tahap pengetahuan dan kefahaman sasaran responden

terhadap pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India.

4)

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan golongan

muda kaum India tidak mengamalkan pantang larang itu. Hal ini merupakan punca utama yang menyebabkan pantang larang semakin kurang diamalkan oleh kaum India.

1.3.Persoalan Kajian

Kajian mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India di Malaysia telah menepati beberapa persoalan yang perlu dikenali iaitu:

1)

Apakah konsep pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India?

2)

Apakah kepentingan pantang larang waktu hamil terhadap kaum India terutamanya kepada

generasi baru?

3)

Sejauh manakah pengetahuan masyarakat terhadap pantang larang waktu hamil kaum India

di Malaysia?

4)

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pantang larang sepanjang waktu hamil kaum

India kian dipinggirkan? 10 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


1.4.Kepentingan Kajian Dan Sumbangan Hasil Kajian

Kajian ini memberikan kesan terhadap masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat India.

Dengan menjalankan kajian ini diharap ianya akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia dan masyarakat India khususnya tentang pantang larang ini. Kajian ini juga dapat meningkatkan perasaan masyarakat untuk melindungi dan menyayangi tradisi dan budaya kaum mereka sendiri. Oleh yang demikian, kita boleh mengekalkan budaya dan tradisi yang begitu unik sehingga zaman generasi yang akan datang.

Selain itu, dengan adanya kajian ini, kefahaman masyarakat mengenai pantang larang kaum India dapat ditingkatkan. Oleh itu, masalah yang timbul akan dapat diselesaikan secara baik.

11 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


2. Sorotan Literatur

Berdasarkan tajuk kajian yang ditugaskan kepada kami iaitu iaitu Pantang Larang Sepanjang Waktu Hamil Menurut Kaum India, kami telah mencari pelbagai maklumat tentang kajian ini melalui buku rujukan dari Perpustakaan Hamzah Sendut I serta melalui laman web. Walau bagaimanapun, kami hanya memperoleh sedikit sahaja maklumat kerana kebanyakan maklumat yang kami peroleh melalui buku rujukan dan laman web mempunyai banyak persamaan. Melalui buku rujukan yang kami peroleh dari Perpustakaan Hamzah Sendut I, iaitu Adat dan Pantang Larang Orang India karya M. Rajantheran dan S. Manimaran, kami memperoleh maklumat tentang adat yang dijalankan oleh kaum India semasa peringkat mengandung serta pantang larang yang perlu dipatuhi oleh wanita India yang hamil. Adat yang dijalankan oleh mereka semasa peringkat mengandung ialah Adat Valaikaappu. Valaikaappu merupakan adat yang penting kerana ia merupakan adat yang penting kerana secara simboliknya, ia menandakan pemberian perlindungan tambahan kepada bayi dalam kandungan daripada kuasa-kuasa jahat serta bertujuan untuk melindungi si ibu supaya tidak menghadapi sebarang masalah ketika melahirkan si bayi. Upacara ini dilakukan pada bulan ketujuh atau kesembilan mengandung. Adat ini diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar agama Hindu. Upacara ini boleh diadakan sama ada di rumah suami atau rumah ibu bapa. Antara tetamu yang terlibat dalam upacara ini ialah kaum wanita yang sudah berkahwin dan suaminya masih hidup serta mempunyai anak.

12 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Seterusnya, upacara mutugu niir (kulittal) iaitu upacara memandikan si ibu yang hamil akan dijalankan. Semasa upacara ini diujalankan, para cumanggali akan mencurahkan air dan sebagainya pada bahagian belakang badan si ibu mengandung. Setelah mandi, ibu mengandung akan dihias seperti pengantin iaitu memakai sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Kemudian, lampu minyak (kuttu vilakku) dihidupkan sebagai tanda kehadiran restu daripada Tuhan mereka dan sebagai permulaan upacara. Semasa upacara tersebut dijalankan, beberapa jenis makanan khas akan disediakan termasuklah beberapa jenis nasi dan sambal yang disediakan secara ganjil (sekurang-kurangnya tiga jenis) yang disediakan untuk ibu mengandung. Seterusnya, upacara aalatti akan dilakukan. Upacara ini dijalankan dengan menyediakan airr kunyit yang dicampur dengan kapur sirih kemudian ia diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-tengah. Dulang ini akan diangkat oleh tiga orang cumanggali lalu diputarkan mengikut arah jam sebanyak tiga kali dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan ibu mengandung. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Kemudian, isi dulang tersebut akan dibuang di hadapan pintu rumah. Upacara seterusnya ialah upacara si ibu terbabit memakan salah satu jenis nasi daripada beberapa jenis nasi yang telah disediakan. Kesemua nasi tersebut diletakkan di atas daun pisang secara berasingan. Kemudian, nasi-nasi tersebut dibungkus dengan kain putih serta akan disimpul. Ibu mengandung akan memilih salah satu bungkusan nasi yang diingininya. Jika bungkusan yang dibukanya ialah nasi manis, dipercayai dia akan melahirkan anak perempuan dan sebaliknya

13 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


adalah lelaki. Selepas upacara ini, ibu hamil akan tinggal di rumah ibu bapanya sehinggalah sebulan selepas bersalin. Maklumat seterusnya yang kami peroleh dalam buku ini ialah pantang larang yang diamalkan oleh ibu mengandung bagi kaum India. Antaranya ialah seorang ibu hamil tidak boleh melakukan perbuatan-perbuataan yang buruk seperti mengumpat, membuat fitnah dan sebagainya. Hal ini kerana, perbuatan ini akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak yang bakal lahir. Seterusnya, ibu mengandung dilarang sama sekali keluar rumah jika tiada orang lain menemaninya pada waktu-waktu tertentu terutamanya pada waktu malam kerana mereka percaya bahawa kuasa-kuasa jahat iaitu makhluk halus lebih aktif pada waktu malam. Selain itu, ibu mengandung juga tidak boleh mengunjungi beberapa tempat yang tertentu seperti rumah orang meninggal dan rumah pantang. Ini kerana apabila ibu yang hamil mengunjungi tempat-tempat tersebut, dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan si ibu yang akan turut mempengaruhi kesihatan kandungannya. Di samping itu, kematian dianggap sebagai suatu kejadian yang malang dan perkara sebegini akan mempengaruhi emosi si ibu. Ibu mengandung juga dilarang tidur pada waktu siang hari atau tidur berlebihan. Selain itu, si ibu juga tidak sepatutnya berjaga sehingga larut malam kerana kecerdasan badannya akan menjadi lemah apabila berjaga sehingga larut malam. Si ibu juga tidak boleh makan beberapa jenis makanan seperti nanas dan betik muda. Ini kerana buah-buahan ini dipercayai boleh menyebabkan kandungan mereka gugur. Beras juga dilarang makan kerana akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan. Ibu mengandung juga dilarang sama sekali melakukan sebarang kerja sewaktu gerhana bulan atau gerhana matahari kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan mungkin cacat.

14 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Bagi si suami pula, dia juga dilarang melakukan perkara-perkara yang buruk, mengambil bahagian dalam upacara pengebumian serta melawat rumah pantang. Si suami juga tidak boleh pulang lewat sebelum tibanya waktu malam. Si suami juga dilarang sama sekali pulang ke rumah pada waktu malam. Selain itu, si suami juga dilarang memukul atau menyakiti hati isterinya yang mengandung. Di samping itu, suami juga dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang serta menyembelih atau membunuh binatang. Sekiranya kandungan isteri genap enam bulan, suami dilarang melawat ke luar negeri, menyertai peperangan, melibatkan diri dalam kerja-kerja pembinaan. Ini kerana isteri yang mengandung selalu mengharapkan suaminya berada disampingnya. Selain buku rujukan, kami juga telah memperoleh maklumat yang berkaitan melalui beberapa laman web. Laman web yang pertama ialah laman web Sivik & Kewarganegaraan : http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-resam-kelahiran-masyarakatmalaysia-19/. Laman web ini juga turut menceritakan tentang adat Valaikaappu sama seperti maklumat yang kami peroleh dari buku rujukan tersebut. Laman web seterusnya ialah melalui laman web Pantang Larang Kaum Melayu, Cina dan India : http://bmk12010.blogspot.com/2010/08/43-pantang-larang-semasa-mengandung.html. Berdasarkan buku yang telah kami rujuk serta laman web ini, kami dapati maklumat yang diperoleh juga mempunyai persamaan maklumat. Oleh itu, kami hanya mendapat sedikit sahaja maklumat tentang pantang larang yang perlu diamalkan oleh ibu mengandung. Secara konklusinya, amalan Valaikaappu diadakan kerana ia merupakan suatu budaya bagi segolongan masyarakat India. Walau bagaimanapun, upacara ini dilakukan mengikut beberapa faktor seperti faktor ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Bagi pantang larang pula tujuannya 15 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


adalah untuk menjaga ibu dan kandungannya daripada didekati atau dipengaruhi oleh kuasa jahat, menjaga keselamatan, kesihatan ibu dan kandungannya serta menjaga kestabilan emosi dan mental si ibu.

3. Metodologi

Dalam kajian ini, beberapa kaedah kajian yang sesuai telah digunakan oleh kami untuk mendapatkan maklumat tentang kajian kami iaitu mengenai Pantang Larang Sepanjang Waktu Hamil Menurut Kaum India.

Antara kaedah yang digunakan oleh kami ialah mengedarkan borang soal kaji selidik kepada mahasiswa India kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mendapatkan sedikit maklumat tentang kajian kami ini.

Seterusnya, kami juga telah menggunakan Internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat tentang kajian ini. Melalui laman sesawang ini, kami telah memperoleh pelbagai jenis maklumat antaranya adalah mengenai Pantang Larang dan Adat-adat Semasa Hamil Bagi Kaum India.

Selain itu, kaedah kajian kami yang lain adalah kaedah temu bual. Melalui temu bual yang dijalankan kepada beberapa mahasiswa yang berbangsa India, kami memperoleh pelbagai maklumat tambahan tentang kajian yang dijalankan oleh kami. Melalui kaedah ini juga, kami dapat mengetahui serta memahami tentang pantang larang dan adat-adat yang diamalkan oleh kaum India terhadap wanita-wanita India sepanjang mereka hamil.

16 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Di samping itu, kami juga mendapatkan maklumat melalui buku rujukan yang terdapat di Perpustakaan Hamzah Sendut I untuk memperbanyakkan lagi maklumat.

17 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


4. Keputusan Dan Perbincangan 4.1.1. Tahap Pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

1. Adakan anda tahu tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil? Ya Tidak Jumlah Jumlah 12 23 35 Jadual 1: Analisis pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

Rajah1: Analisis Pengetahuan Responden tentang Pantang Larang Waktu Hamil Kaum India 1

Ya Tidak

Rajah 1 menunjukkan analisis tentang pengetahuan responden tentang pantang larang waktu hamil kaum India.Sejumlah 35 orang responden telah ditemu bual. Daripada jumlah 35 orang responden, 65.71% atau 23 orang responden menjawab “Tidak” manakala yang selebihnya 34.29% menjawab “Ya”.

18 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


2. Berikut adalah pantang larang kaum India sewaktu hamil. Dengan pengetahuan anda, sila pastikan pantang larang tersebut betul atau salah. Bilanagan soalan yang betul Jumlah Betul 0 3 Betul 1 6 Betul 2 8 Betul 3 10 Betul 4 6 Betul 5 2 Jumlah 35 Jadual 2: Analisis pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

Rajah2: Analisis Pengetahuan Responden tentang Pantang Larang waktu Hamil Kaum India 2 12 10 8 6 4 2 0 Betul 1

Betul 2

Betul 3

Betul 4

Betul 5

Rajah 2 menunjukkan analisis tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil. Jumlah responden yang sama telah ditemu bual, iaitu 35 orang. Didapati majoriti responden yang ditemu bual hanya mendapat 2 atau 3 soalan betul dalam soal selidik ini, iaitu sebanyak 51.43% (8+10). Hanya 2 orang responden sahaja yang dapat menjawab semua soalan betul, iaitu 5.71% daripada jumlah 35 orang responden. Manakala jumlah responden yang mendapat 1 atau 4 soalan betul menunjukkan jumlah yang sama bagi kedua-dua, iaitu 6 orang responden atau 17.14%.

19 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Berdasarkan rajah di atas, jelas mengatakan golongan kini kurang mengetahui tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil.

4.1.2. Cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

3. Bagaimana anda tahu tentang pantang larang tersebut? Cara Jumlah Melalui ahli keluarga 13 Bacaan buku/ majalah/ berita 1 Kajian semasa belajar 1 Lain-lain 0 Jumlah 15 Jadual 3: Cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

Rajah 3: Cara-cara mengenai Pantang Larang sepanjang Waktu Hamil Kaum India 14 12 10 8 6 4 2 0 Melalui ahli keluarga Bacaan buku/ majalah/ Kajian semasa belajar berita

Lain-lain

Rajah 3 di atas menunjukkan cara responden kaum India mengetahui tentang pantang larang sepanjang waktu hamil menurut kaum mereka. Masyarakat India mengetahui tentang pantang larang ini melalui ahli keluarga mereka. Melalui cara ini, terdapat 13 orang atau 86.67% daripada 15 orang responden yang mengetahui tentang pantang larang tersebut melalui cara ini. Selain itu, 20 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


terdapat seorang atau 6.67% daripada 15 orang responden yang mengetahui cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil melalui bacaan buku, majalah, dan berita. Seterusnya, terdapat seorang atau 6.67% responden yang mengetahui mengenai pantang larang ini melalui kajian semasa belajar.

21 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


4.1.3. Analisis pendapat tentang kepentingan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

4. Dengan cadangan anda, adakah itu penting untuk generasi baru mengetahui pantang larang tersebut dan terus mengaplikasikannya? Jawapan Jumlah Ya 22 Tidak 13 Jumlah 35 Rajah 4: Analisis pendapatan tentang kepentingan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

Rajah 4: Analisis pendapatan tentang kepentingan pantang larang waktu hamil Kaum India

Ya Tidak

Rajah 4 di atas menunjukkan cadangan yang diperoleh melalui responden kaum India mengenai kepentingan generasi baru kaum India dalam mengetahui tentang pantang larang tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Terdapat 22 orang responden kaum India atau 62.86% daripada 35 orang responden yang berpendapat bahawa generasi baru harus mengetahui dan mengaplikasikan pantang larang tersebut dalam kehidupan mereka. Selain itu, terdapat 13 22 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


orang responden kaum India atau 37.14% daripada 35 orang responden yang berpendapat bahawa pantang larang ini tidak penting untuk diketahui dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

4.1.4. Analisis tentang faktor pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

5. Mengapa pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan? Alasan Jumlah Ketinggalan zaman 6 Tidak mempunyai modal yang betul untuk mengikuti 4 Tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini 1 Lain-lain 2 Jumlah 13 Rajah 5: Analisis tentang faktor pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India tidak diamalakan

Rajah 5: Analisis tentang Faktor-faktor Pantang Larang sepanjang Waktu Hamil Kaum India tidak diamalkan. 7 6 5 4 3 2 1 0 Ketinggalan zaman

Tidak mempunyai modal yang betul

Tidak ada keperluan

lain-lain

Berdasarkan Rajah 5 di atas, terdapat 4 pilihan yang boleh dipilih oleh responden mengenai sebab pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan. Pilihan pertama ialah adat serta pantang larang tersebut telah ketinggalan zaman. Kedua, tidak mempunyai model yang betul untuk 23 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


mengikuti. Ketiga, tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini dan yang keempat adalah sebab-sebab yang lain. Soalan tersebut telah dijawab oleh 13 responden. Terdapat 6 orang atau 46.15% daripada keseluruhan menganggap pantang larang tersebut adalah ketinggalan zaman. 4 orang atau 30.77% daripada keseluruhannya menjawab mereka tidak mempunyai model yang betul untuk diikuti. Seterusnya, hanya seorang sahaja yang merasakan ianya tidak mempunyai keperluan untuk melaksanakan adat ini serta 2 orang responden telah memilih pilihan yang keempat iaitu terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan pantang larang ini tidak perlu diaplikasikan pada zaman ini.

24 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


4.1.5. Analisis cara-cara untuk meneruskan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

6. Dengan cadangan anda, cara apakah yang paling baik digunakan untuk menyebarkan adat pantang larang tersebut kepada generasi baru? Cara-cara Jumlah Pendidkan melalui sekolah 7 Didikan daripada ibu bapa atau ahli keluarga 18 Multimedia(televisyen, internet, radio, dll) 6 Lain-lain 4 Jumlah 35 Jadual 6: Analisis cara-cara untuk meneruskan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

Rajah 6: Analisis tentang Cara-cara untuk mengekalkan Pantang Larang sepanjang Waktu Hamil Kaum India 20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Pendidiakan sekolah

Didikan keluarga

Multimedia

Lain-lain

Berdasarkan rajah 6 di atas, terdapat 4 pilihan bagi soalan langkah yang paling baik dalam menyebarkan adat serta pantang larang ketika hamil bagi kaum India kepada generasi baru. Pertamanya ialah memberi pendidikan melalui sekolah. Kedua, melalui didikan daripada ibu bapa atau ahli keluarga. Ketiga, melalui multimedia dan yang terakhir ialah cara lain yang 25 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


berkaitan dengan kajian ini. Soalan ini telah dijawab oleh 35 responden. Terdapat 18 orang atau 51.43% daripada keseluruhannya memilih didikan daripada ibu bapa dan ahli keluarga merupakan cara yang terbaik untuk menyebarkan adat dan pantang larang ini. Seramai 7 orang atau 20% daripada keseluruhan responden menyatakan bahawa pendidikan melalui sekolah adalah lebih berkesan. Manakala seramai 6 orang atau 17.14% daripada keseluruhan berpendapat bahawa multimedia dapat menyebarkan adat tersebut. Di samping itu, terdapat 4 orang yang mempunyai cara yang lain dalam menyebarkan adat ini.

4.2.Perbincangan borang soal selidik 

Persoalan kajian 1: Adakan anda tahu tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil? Persoalan kajian 2: Berikut adalah pantang larang kaum India sewaktu hamil. Dengan pengetahuan anda, sila pastikan pantang larang tersebut betul atau salah.

Tahap pengetahuan masyarakat Malaysia terhadap pantang larang kaum India sewaktu hamil adalah rendah terutamanya bagi generasi muda yang dilahirkan pada zaman yang serba moden ini. Kebanyakan daripada mereka hanya mendapat pengetahuan tersebut daripada buku teks di sekolah. Mereka juga kurang bergaul dengan kaum lain untuk lebih memahami adat, budaya dan pantang-larang kaum lain terutamanya kaum mereka sendiri. Selain itu, mereka bukan sahaja kurang berminat untuk mengkaji pantang larang kaum sendiri, bahkan juga tentang pantang larang kaum lain. Walaupun internet merupakan “enjin� untuk mengakses maklumat yang amat berguna, namun mereka kurang memanfaatkannya dengan

26 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


pengetahuan yang berguna serta lebih mengutamakan laman sesawang yang berunsurkan hiburan dan sosial semata-mata.



Persoalan kajian 3: Bagaimana anda tahu tentang pantang larang tersebut?

Masyarakat India mengetahui tentang pantang larang yang diamalkan oleh kaum mereka sepanjang waktu hamil melalui ahli keluarga mereka. Masyarakat India telah mendidik anakanak mereka sejak dari awal mengenai pantang larang yang harus diamalkan oleh anak-anak mereka sepanjang waktu hamil. Selain itu, terdapat juga sebilangan daripada masyarakat India yang mengetahui tentang pantang larang ini melalui pembacaan buku, majalah, dan melalui berita. Bagi masyarakat India yang berminat untuk mengetahui tentang pantang larang yang harus diamalkan oleh kaum mereka, mereka berusaha untuk membaca buku yang berkaitan dengan pantang larang tersebut untuk menambah ilmu mereka dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka.Selain itu, terdapat juga masyarakat India

yang mengetahui mengenai

pantang larang ini dengan melakukan kajian semasa belajar. Melalui pembelajaran yang diikuti sama ada di sekolah atau di universiti telah membuatkan mereka mengetahui tentang pantang yang diamalkan oleh kaum mereka sepanjang waktu hamil.



Persoalan kajian 4: Dengan cadangan anda, adakah itu penting untuk generasi baru mengetahui tentang pantang larang tersebut dan terus mengaplikasikannya?

Generasi baru kaum India haruslah mengetahui tentang pantang larang sepanjang waktu hamil dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Mereka seharusnya mengamalkan pantang

27 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


larang ini kerana ia merupakan warisan nenek moyang mereka. Pantang larang ini haruslah diamalkan oleh mereka agar warisan ini tidak luput ditelan zaman. Masyarakat India seharusnya mengambil tahu tentang pantang larang yang diamalkan oleh mereka sepanjang waktu hamil dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka kerana ia merupakan warisan zaman-berzaman. Generasi baru kaum India seharusnya diberi pendedahan awal sejak dari kecil oleh ibu bapa mereka tentang

pantang larang ini supaya mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan

mereka apabila besar kelak.



Persoalan 5: Mengapa pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan?

Ketinggalan zaman menjadi sebab utama pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan. Hal ini kerana, generasi baru terutamanya yang berpendidikan mempunyai pendapat yang berbeza. Mereka menganggap pantang larang yang dilakukan oleh nenek moyang mereka mempunyai terlalu banyak peraturan untuk diikuti dan membebankan mereka.

Selain itu, generasi baru juga tidak mempunyai model yang betul yang boleh dijadikan sebagai contoh dalam mengaplikasikan adat serta pantang larang tersebut. Sesetengah keluarga kaum India terutamanya ibu bapa sudah jarang menamalkan adat dan pantang larang ini sehingga menyebabkan anak-anak mereka terlupa atau tidak tahu tentang adat dan pantang larang yang diperkenalkan oleh nenek moyang mereka dan seterusnya menyebabkan anak-anak tersebut gagal mengaplikasikan adat dan pantang larang semasa hamil.

28 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Bagi pilihan jawapan tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini adalah lebih dikaitkan dengan pendapat individu.



Persoalan 6: Dengan cadangan anda, apakah cara yang paling baik digunakan untuk menyebarkan adat pantang larang tersebut kepada generasi baru?

Ibu bapa dan ahli keluarga merupakan orang yang paling dekat dengan generasi muda zaman sekarang. Oleh itu, pengaruh mereka terhadap generasi baru ini adalah sangat besar. Jadi, mereka perlu sentiasa menerapkan adat dan pantang larang yang diamalkan oleh kaum mereka supaya generasi baru tidak akan membiarkannya daripada hilang ditelan zaman.

Didikan melalui sekolah juga penting dalam menyebarkan adat dan pantang larang ini. Penerapan adat dan pantang larang ini melalui pendidikan di sekolah akan memberi pengetahuan yang lebih banyak kepada generasi zaman sekarang. Oleh itu, adat dan patang larang mereka tidak akan pupus begitu sahaja kerana generasi baru memperoleh pengetahuan tentang perkara ini di sekolah mereka.

Bagi abad yang ke-21 ini, bahan mulitimedia menjadi satu medium yang penting bagi generasi baru untuk belajar serta menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Oleh itu, dengan adanya pendedahan tentang adat dan pantang larang melalui bahan multimedia seperti televisyen dan Internet, ia akan memberi peluang kepada generasi baru untuk memahami serta mempraktikkannya dalam kehidupan mereka dan seterusnya amalan ini tidak akan hilang ditelan arus kemodenan.

29 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


5. Temubual tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India Ahli kumpulan para penyelidik, Ayu Fazlana Binti Zakaria menemubual Shangitha a/p Sadayan tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India. Ayu

: Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kamu sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh saya mengenai pantang larang yang diamalkan oleh kaum India sepanjang waktu hamil. Bolehkah kita mulakan temubual ini sekarang?

Shangitha

: Sama-sama.Ya, kita boleh mulakan temubual ini sekarang.

Ayu

: Menurut pandangan kamu, adakah pantang larang sepanjang waktu hamil yang diamalkan oleh masyarakat India masih diamalkan sehingga ke hari ini?

Shangitha

: Menurut pendapat saya, pantang larang tersebut masih diamalkan sehingga sekarang kerana ia merupakan warisan nenek moyang kami sejak zaman - berzaman.

Ayu

: Apakah pantang larang yang sering diamalkan oleh masyarakat India sepanjang waktu hamil?

Shangitha

: Masyarakat India sering mengamalkan adat Valaikaapu. Adat ini dilakukan ketika kandungan sulung wanita menjangkau tujuh hingga sembilan bulan. Dalam upacara ini, wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai “Suulkaapu”. „Suul‟ bermaksud kandungan dan „kaapu‟ bermaksud perlindungan.

30 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Ayu Shangitha

: Apakah tujuan gelang itu dipakaikan kepada wanita hamil tersebut? : Gelang itu dipakaikan kepada wanita hamil tersebut bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Ayu

: Oh, begitu rupanya. Saya juga difahamkan bahawa wanita India yang hamil juga dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam. Mengapakah pantang larang tersebut diamalkan oleh masyarakat India sehingga hari ini?

Shangitha

: Wanita yang hamil tidak boleh keluar rumah berseorangan pada waktu malam kerana takut diganggu oleh makhluk halus.

Ayu

: Jika boleh saya tahu,apakah lagi pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat India sehingga ke hari ini?

Shangitha

: Masyarakat India juga mengamalkan pantang larang sepanjang waktu hamil contohnya, semasa mereka hamil mereka dilarang untuk melakukan perbuatan buruk seperti mengumpat, memfitnah, bergaduh, dan sebagainya.

Ayu

: Mengapakah mereka harus mengikuti pantang larang ini dan apakah yang akan berlaku jika mereka melanggar pantang larang ini?

Shangitha

: Mereka dilarang melakukan perbuatan buruk ini kerana takut anak di dalam kandungan tersebut akan terikut dengan perbuatan buruk si ibu tersebut. Tambahan lagi, perbuatan buruk ini dianggap mengancam masa depan si anak. Hal ini demikian kerana apabila si ibu mengeluarkan kata31

SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


kata yang kesat, ia akan memberi kesan kepada anak tersebut apabila besar kelak kerana perkataan itu dianggap sebagai satu sumpahan yang akan berlaku kepada anak mereka. Ayu

: Saya juga dimaklumkan bahawa dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat? Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

Shangitha

: Oh, dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada membuat kerja-kerja berat kerana ini akan menjejaskan kesihatan si ibu.

Ayu

: Adakah masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selepas melahirkan anak?

Shangitha

: Ya, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari selepas waktu bersalin. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan.

Ayu

: Mengapakah mereka tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan?

Shangitha

: Hal ini demikian supaya jiran-jiran tidak menganggu bayi yang baru dilahirkan dan tidak akan membuat bayi itu terkejut. Selain itu, bayi yang baru dilahirkan juga masih berada dalam keadaan kotor kerana terdapat banyak darah akibat baru dilahirkan.

32 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Ayu

:

Seperti

yang

kita

maklum,

masyarakat

sekarang

kurang

menitikberatkan aspek pantang larang dalam kehidupan harian mereka. Menurut pandangan kamu, mengapakah pantang larang ini semakin kurang diamalkan oleh kaum India pada masa ini? Shangitha

: Menurut pandangan saya, masyarakat India semakin kurang mengamalkan pantang larang tersebut kerana arus pemodenan yang semakin pesat. Tambahan lagi, generasi sekarang tidak diberi pendedahan awal berkaitan dengan pantang larang yang harus diamalkan oleh mereka sepanjang waktu hamil.

Ayu

: Apakah nasihat kamu kepada sesetengah masyarakat India yang mengetepikan ataupun mengabaikan pantang larang ini dalam kehidupan mereka?

Shangitha

: Nasihat saya kepada masyarakat India yang mengetepikan pantang larang ini ialah mereka haruslah mengamalkan pantang larang ini dalam kehidupan harian mereka agar pantang larang ini tidak luput ditelan zaman. Mereka juga harus sedar bahawa pantang larang warisan nenek moyang tidak dapat diganti dengan wang ringgit.

Ayu

: Terima kasih sekali lagi kerana kamu sudi ditemubual oleh saya.

Shangitha

: Sama-sama.

33 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


6. Kesimpulan

Pantang larang merupakan satu sistem nilai yang dijadikan sebagai peraturan bagi mengawal perlakuan sesebuah masyarakat. Pantang larang bertujuan untuk mengekalkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan anggota masyarakat. Sesiapa yang melanggar sistem ini bermakna telah melanggar nilai dan peraturan yang telah menjadi amalan sesebuah masyarakat. Setiap anggota masyarakat di negara ini mempunyai sistem adat dan mempunyai pantang larang yang tersendiri. Keunikan sistem adat dan pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum menjadi tradisi dan diamalkan secara turun-temurun oleh setiap generasi. Oleh hal yang demikian, kami sebagai salah satu daripada kumpulan Hubungan Etnik telah ditugaskan untuk mengkaji tentang “Pantang Larang Sepanjang Waktu Hamil Menurut Kaum India�.

Dengan menjalankan kajian ini, kami telah mengenalpasti konsep pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India, kepentingan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India terhadap generasi baru, tahap pengetahuan generasi muda Kaum India terhadap pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India dan faktor-faktor menyebabkan pantang larang tersebut dipinggirkan.

Akhir sekali diharap kajian ini dapat membuka mata pelbagai pihak terutama remaja masa kini. Dengan kerjasama erat semua pihak diharap dapat membantu untuk sekurang-kurangnya merapatkan jurang perkauman. Pelbagai inisiatif perlu diambil untuk membolehkan masyarakat atau setiap kaum supaya lebih memahami pantang larang Kaum India. Pantang larang amat penting kepada masyarakat, ia melambangkan adat resam, budaya setiap kaum masing-masing. Oleh itu, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk memelihara pantang larang kaum mereka supaya tidak lapuk ditelan zaman. 34 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


7. Rujukan 

 

Laman web Sivik & Kewarganegaraan : http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-resam-kelahiran-masyarakatmalaysia-19/ Laman web Pantang Larang Kaum Melayu, Cina dan India : http://bmk12010.blogspot.com/2010/08/43-pantang-larang-semasa-mengandung.html. Buku rujukan : Adat dan Pantang Larang Orang India karya M. Rajantheran dan S. Manimaran, keluaran penerbitan Seri Kembangan : Fajar Bakti, tahun 1994.

35 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


8. Lampiran 8.1.Soal Selidik

Nama

:

_____________________________________

Tahun

:

_____________________________________

Khusus Pengajian

:

_____________________________________

1. Adakah anda tahu tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil? a. Ya b. Tidak 2. Berikut adalah pantang larang kaum India sewaktu hamil. Dengan pengetahuan anda, sila pastikan pantang larang tersebut betul atau salah. Bulatkan (B: Betul atau S: Salah) a. Ibu dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam. (B/S) b. Ibu digalakkan tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. (B/S) c. Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 100 hari. (B/S) d. Suami dilarang menebang pokok pisang dan menyembelih binatang. (B/S) e. Ibu dipakaikan sebentuk gelang tangan bagi melindungi bayi dalam kandungan dan mengelakkan kesukaran bersalin. (B/S) 3. Bagaimana anda tahu tentang pantang larang tersebut? a. Melalui ahli keluarga b. Bacaan buku/ majalah/ berita c. Kajian semasa belajar d. Lain-lain: ____________________________________________________________ 4. Dengan cadangan anda, adakah itu penting untuk generasi baru mengetahui pantang larang tersebut dan terus mengaplikasikannya? a. Ya b. Tidak 5. Mengapa pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan? a. Ketinggalan zaman b. Tidak mempunyai modal yang betul untuk mengikuti c. Tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini d. Lain-lain: ___________________________________________________________ 6. Dengan cadangan anda, cara apakah yang paling baik digunakan untuk menyebarkan adat dan pantang larang tersebut kepada generasi baru? a. Pendidikan melalui sekolah b. Didikan daripada ibu bapa atau ahli keluarga c. Mulitimedia (televisyen, internet, radio, dll) d. Lain-lain: __________________________________________________________ 36 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


8.2. Senarai Jadual

1. Adakah anda tahu tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil? Ya Tidak Jumlah Jumlah 12 23 35 Jadual 1: Analisis pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

2. Berikut adalah pantang larang kaum India sewaktu hamil. Dengan pengetahuan anda, sila pastikan pantang larang tersebut betul atau salah. Bilanagan soalan yang betul Jumlah Betul 0 3 Betul 1 6 Betul 2 8 Betul 3 10 Betul 4 6 Betul 5 2 Jumlah 35 Jadual 2: Analisis pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India 3. Bagaimana anda tahu tentang pantang larang tersebut? Cara Jumlah Melalui ahli keluarga 13 Bacaan buku/ majalah/ berita 1 Kajian semasa belajar 1 Lain-lain 0 Jumlah 15 Jadual 3: Cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India 4. Dengan cadangan anda, adakah itu penting untuk generasi baru mengetahui pantang larang tersebut dan terus mengaplikasikannya? Jawapan Jumlah Ya 22 Tidak 13 Jumlah 35 Rajah 4: Analisis pendapatan tentang kepentingan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

37 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


5. Mengapa pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan? Alasan Jumlah Ketinggalan zaman 6 Tidak mempunyai modal yang betul untuk mengikuti 4 Tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini 1 Lain-lain 2 Jumlah 13 Rajah 5: Analisis tentang faktor pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India tidak diamalakan 6. Dengan cadangan anda, cara apakah yang paling baik digunakan untuk menyebarkan adat pantang larang tersebut kepada generasi baru? Cara-cara Jumlah Pendidkan melalui sekolah 7 Didikan daripada ibu bapa atau ahli keluarga 18 Multimedia(televisyen, internet, radio, dll) 6 Lain-lain 4 Jumlah 35 Jadual 6: Analisis cara-cara untuk meneruskan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India

38 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


8.3. Senarai Rajah

Rajah1: Analisis Pengetahuan Responden tentang Pantang Larang Waktu Hamil Kaum India 1

Ya Tidak

Rajah2: Analisis Pengetahuan Responden tentang Pantang Larang Waktu hamil Kaum India 2 12 10 8 6 4 2 0 Betul 1

Betul 2

Betul 3

Betul 4

Betul 5

39 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Rajah 3: Cara-cara mengetahui Pantang Larang sepanjang Waktu Hamil Kaum India 14 12 10 8 6 4 2 0 Melalui ahli keluarga Bacaan buku/ majalah/ Kajian semasa belajar berita

Lain-lain

Rajah 4: Analisis Pendapat tentang Kepentingan Pantang Larang Waktu Hamil Kaum India

Ya Tidak

40 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


Rajah 5: Analisis tentang Faktor Pantang Larang sepanjang Waktu Hamil Kaum India tidak diamalkan. 7 6 5 4 3 2 1 0 Ketinggalan zaman

Tidak mempunyai modal yang betul

Tidak ada keperluan

lain-lain

Rajah 6: Analisis tentang Cara-cara untuk mengekalkanPantang Larang sepanjang Waktu Hamil Kaum India 20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Pendidikan sekolah

Didikan keluarga

Multimedia

Lain-lain

41 SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13


SHE101