GIS

Page 1

DEFINISI DATA GEOSPATIAL Data geospatial merupakan data yang mengandungi segala maklumat mengenai Sistem Maklumat Geografi atau lebih dikenali dengan Geographic Information System (GIS). Data ini merupakan salah satu komponen utama di dalam membangunkan pangkalan data dan sistem GIS. Data GIS juga dikenali sebagai data geospatial iaitu meliputi data spatial dan data atribut. Data spatial/data reruang merupakan data yang digunakan untuk mewakili fenomena keadaan sebenar. Data atribut ialah data yang digunakan untuk menerangkan/menghuraikan data spatial. Contoh, data spatial ialah poligon yang mewakili lot tanah atau sungai. Manakala data atribut ialah maklumat tuan punya tanah, alamat, luas, sekatan kepentingan, cukai dan sebagainya. “ Data geospatial ialah satu maklumat mengenai

alam semulajadi atau buatan manusia di muka bumi serta ciri-cirinya termasuk data berkaitan tanah samada dalam bentuk salinan keras (hardcopy) atau salinan lembut (softcopy/digital). Data ini juga menunjukkan lokasi dan bentuk ciri-ciri geografi serta hubungan di antara kedua-duanya melalui koordinat dan topologi.� Data GIS terdiri daripada empat (4) komponen utama iaitu geometri, topologi, atribut dan masa. Untuk mengoperasikan sistem GIS, data-data ini perlu dimasukkan ke dalam sistem. Kaedah memasukkan data ini termasuklah pendigitan (digitize), pengimbasan (scanning), papan kekunci dan penukaran format. Sumber data GIS boleh diperolehi daripada salinan keras, metadata, data remote sensing, data lapangan, Global Positioning System (GPS), Fotogrametri dan sebagainya.


PERMOHONAN DATA GEOSPATIAL Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah menyediakan

“Standard Operating Procedures” (SOP) yang menerangkan Kaedah Pengeluaran Dan Pengagihan Data sama ada secara perkongsian, percuma atau berbayar. Di antara fungsi utama prosedur ini adalah bagi menyokong perkongsian data, menjana perkembangan data selain memacu penjanaan ekonomi Negeri melalui hasil jualan data. Harga data geospatial juga dibuat berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perlaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara Bil.1 Tahun 2005 yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Data Geospatial Negara (MaCGDI), Putrajaya dan harga data geospatial yang disediakan oleh JPBD Semenanjung Malaysia telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan pada Februari 2004. Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Negeri telah bersetuju dengan cadangan penetapan harga data geospatial bagi Rancangan Tempatan Daerah di Negeri Pahang iaitu pada kadar RM 57.00 bagi setiap Megabyte (mb). Persetujuan Pihak Berkuasa Negeri ini telah disiarkan dalam Warta Negeri Pahang No. 295 pada 3 Mac 2011. Kategori permohonan data geospatial dibahagikan kepada dua (2) iaitu: i.

Tanpa dikenakan bayaran : •

Pelajar institusi pendidikan; dan

Pegawai agensi Kerajaan

(Permohonan pelajar haruslah melalui Dekan bagi pelajar IPT dan Ketua Jabatan bagi agensi kerajaan) ii.

Dikenakan bayaran : •

Perunding swasta dan pegawai penyelidik atau pensyarah institusi pendidikan yang menjalankan kerja perundingan.


SEMAKAN GUNATANAH NEGERI PAHANG Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

(JPBD) Negeri Pahang sentiasa komited dan

bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, tepat dan mesra pelanggan. Jabatan sentiasa memastikan pelanggan yang ingin membuat semakan data gunatanah di setiap daerah/mukim melalui sistem sediada yang dikenali sebagai Gunatanah Online atau GT Online. Semakan boleh dilakukan melalui online atau datang terus ke Tingkat 4, Bahagian Kawalan Perancangan dan Geospatial di JPBD Pahang untuk membuat semakan data gunatanah bagi lot yang dipohon. Setiap permohonan semakan data gunatanah akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) bagi satu permohonan dan akan disahkan oleh pihak JPBD Pahang. Bayaran perlu dilakukan di Bahagian Pentadbiran (Kewangan) sebelum urusan semakan data gunatanah ini dilakukan oleh Bahagian Kawalan dan Geospatial. Selain sistem GT Online, Jabatan juga mengintegrasikan sistem lain dalam proses semakan data gunatanah negeri. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Gunatanah Bersepadu (I-PLAN) Negeri Pahang yang dibangunkan oleh pihak Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), JPBD Semenanjung Malaysia. Sistem ini dapat membantu pelanggan di dalam menyemak dan mengenalpasti lot

gunatanah

yang

dipohon

secara

online

melalui

paparan

web

IPLAN

(http://iplan.townplan.gov.my). Ianya lebih mudah, mesra pengguna dan capaian yang pantas untuk diakses bagi mendapatkan data gunatanah yang diperlukan.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.