senikini#09

Page 20

BSLN SANA SINI

CHENG HAW CHIEN Pada 30 September 2010 yang lepas telah berlangsung Perasmian Pameran Solo Dr Cheng Haw Chien yang ke 136 di BSLN. Pameran ini bermula dari 20 Ogos 2010 sehingga 31 Oktober 2010. Perasmian ini telah dirasmikan oleh YB Senator Heng Seai Kei, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pameran ini bertujuan untuk menghidupkan kembali dakwat Cina yang bersubjekkan landskap, flora, fauna, kaligrafi dan puisi. Karya-karya beliau telah menjadi koleksi di serata pelusuk Asia, Amerika, Australasia dan Eropah. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan pameran ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai perhubungan awam BSLN di talian 0340254990 atau layari www.artgallery.gov.my.

PAMERAN ‘MEMBINA SEBUAH NEGARA BANGSA’ SEMPENA PERSIDANGAN UMNO 19 – 23 OKTOBER DI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA Sempena dengan Persidangan UMNO pada tahun ini, Balai Seni Lukis Negara telah dijemput untuk mengadakan pameran bertema ‘Membina Sebuah Negara Bangsa’ bagi turut sama menyampaikan mesej Gagasan 1Malaysia melalui seni visual dan seterusnya memeriahkan lagi sambutan sempena Persidangan UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan dunia Putra. Pameran Berus Angin Topi Keledar 1Malaysia dan catan yang menggambarkan kepelbagaian budaya penduduk di Malaysia telah dipamerkan di sepanjang tempoh persidangan berlangsung bagi menyemai dan menyemarakkan rasa kecintaan dan semangat 1Malaysia melalui seni visual.

PERASMIAN ‘ESPECTACULAR DE LUCHA LIBRE’

LUKISAN MURAL DINDING BALAI SENI LUKIS NEGARA

Pada 30 November 2010, telah berlangsung satu perasmian Espectacular De Lucha Libre bertempat di Ruang Legar Tingkat 1 BSLN. Majlis ini dirasmikan oleh Jorge Alberto Lozoya, Duta Besar Mexico ke Malaysia dengan ditemani oleh Dato’Mohd Yusof Ahmad, Ketua Pengarah, Balai Seni Lukis Negara. Pameran ini dapat melihatkan trajektori Mexico yang menggabungkan paling banyak variasi dalam tradisi hikayat cerita rakyat Mexico, termasuk barubaru ini yang muncul sebagai Gusti Gaya Bebas Orang Mexico atau “Lucha Libre”, yang telah menggabungkan hasil karya Lordes Grobet, artis berbakat di mana seni fotografi mempunyai ruang istimewanya yang tersendiri.

BSLN telah menjemput pelukis grafiti bagi menjayakan lukisan mural dinding BSLN. Pelukis yang terlibat secara langsung adalah Bibi chun and The Group. Lukisan dinding tersebut masih dalam proses dan hampir 50% telah disiapkan. Motif yang diketengahkan adalah merangkumi flora dan fauna.

PROGRAM PELANCARAN PAMERAN DAN PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS ANJURAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 16 Oktober 2010 Foyer Tingkat 1, Galeri Kafe & Galeri 2C Seni lukis merupakan medium terbaik bagi menyebarkan sesuatu mesej serta memberi inspirasi kepada masyarakat. Untuk mengubah persepsi masyarakat, ianya perlu bermula daripada generasi muda. Bersempena Majlis Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ dan Tisu 2010, Pusat Sumber Transplan Nasional buat julung kalinya usaha sama dengan BSLN untuk mengadakan pelancaran pameran dan pertandingan mewarna & melukis tentang pendermaan organ dan transplan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi yang dihasilkan melalui satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Teo-Chew Selangor-KL di seluruh negara dan Universiti Sains Malaysia.

PROGRAM MERAKYATKAN SENI (PMS), REMBAU Pada 5 hingga 7 November 2010, telah diadakan program ‘Merakyatkan Seni’ di Rembau, Negeri Sembilan. Di antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah Pameran Koleksi Airbrush BSLN, Demonstrasi Lukisan Berus Angin, life scathes dan Lukisan Karikutur. Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai seni dan juga membuka ruang dan peluang kepada pelukis menjana pendapatan masing-masing. Di antara artis yang terlibat ialah Abdul Aziz Bin Lebai Alias (Karikutur), Zakir Zamir dan Fadli (Life scathes) dan Mohd Norikhwan Bin Omar (Berus Angin).

PROGRAM LAMAN BUDAYA RAKYAT, DATARAN MERDEKA KL Sabtu 9 Oktober 2010, bermula pada pukul 5.00 petang sehingga 10.30 malam bertempat di Hadapan Restoran Warisan, Dataran Merdeka Kuala Lumpur, telah berlangsung satu Program Laman Budaya Rakyat. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan BSLN sebagai sebuah institusi seni, memberikan pendedahan dan menarik minat pengunjung mencintai seni serta memberi ruang kepada penggiat seni berkarya, memperkenalkan kesenian sebagai satu gaya hidup serta ‘Merakyatkan Seni’ agar masyarakat tempatan terutama sekali para pelajar mahupun pelancong luar berpeluang untuk mendekati kesenian Malaysia dan menjana pendapatan artis.

PELUKIS DI LOBI Program ‘Pelukis Di Lobi’ telah dilancarkan oleh BSLN pada tahun 2009, bertujuan untuk menyediakan sebuah ruang khas (lobi) bagi aktiviti berkarya kepada pelukis-pelukis. Ia juga bertujuan bagi menggalakkan pengunjung galeri mendekati, mengenali pelukis dan menghayati seni secara langsung. Pelukis di lobi telah dipilih berdasarkan kepada pengalaman panjang mereka berkecimpung dalam bidang seni, penguasaan teknik yang tinggi dan sifat ingin tahu atau suka berkongsi pengetahuan seni dengan khalayak. Karya-karya yang dihasil dan dipamerkan adalah juga untuk jualan. Berminat untuk menjadi pelukis program ‘Pelukis di Lobi’? Sila emel faizun@artgallery.gov.my untuk maklumat lanjut.

“HERITAGE SERIES, P.RAMLEE ON COIN” Pada 11 November 2010 bertempat di Ruang Legar Tingkat 1, BSLN pihak Persatuan Karyawan Malaysia telah mengadakan satu pelancaran bersempena dengan “Heritage Series, P.Ramlee on Coin”. Persatuan Karyawan Malaysia dengan kerjasama KLMINT telah mengambil insiatif untuk mengabdikan Tan Sri P.Ramlee di atas satu syiling peringatan sebagai simbol penghargaan kepada beliau. Tiga jenis syiling peringatan diperkenalkan iaitu dalam bentuk Pakej Pek Emas, Perak dan Tembaga dengan harga jualan RM3500.00 yang turut disertai dengan sijil pembelian dan nombor siri di dalam pakej yang sangat menarik, manakala untuk pembelian secara berasingan pula ialah dengan harga RM250.00 bagi Perak dan RM50.00 bagi jenis Tembaga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut untuk tempahan boleh menghubungi secara terus talian 03-41313481(FATIN/AIDA) ataupun 016-9079616(EN. SAIFUL).

BATIK TANG Tan Kok Hwa better known as “Batik Tang” and this is the 7th exhibition entitled Batik Tang’s Batik Exhibition at Gallery Cafe, NAG (23 November-23 Dicember).The exhibition launching on 17 December 2010 (4.00 pm) by Ambassador Dato’ Mohd Yusof Ahmad Director-General, NAG. The exhibition showcases the various stages of his artistic development throughout his four decades of involvement with batik painting.

‘LUMINOSITY-THE LIGHT WITHIN..’ Is the latest solo exhibition by Pakistan born painter Seema Nadeem. Known for her starkly horizontal structures that are her trademarks in her works, her latest series showcase reflections of her wonderful stay in Malaysia, which she revealed to have had a profound spiritual effect on her being. The exhibition was a private event held at attended by close friends and also dignitaries.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.