Rezeki - Ogos 2011

Page 68

OLEH: HANAH FINAH

cita rasa kominuti MMORPG. Di samping usaha untuk memenuhi kehendak dan cita rasa komuniti tersebut, secara tidak langsung, ianya juga menyumbang kepada kepuasan diri. Dari sudut pandangan beliau, nilai tambah yang telah dikecapi daripada pengalaman ini merupakan salah satu saluran untuk latihan yang dapat membantu membangunkan dan mengembangkan komunikasi di dalam komuniti permainan video. Malahan dapat menyumbang kepada semangat kerjasama, di mana MMORPG memerlukan kerjasama di dalam pasukan. Beliau juga ada mengatakan bahawa mengendalikan private server adalah ibarat mengendalikan sesebuah negara di alam maya, di mana perancangan strategi yang terperinci memainkan peranan penting dalam menjayakan corak permainan video. Pemain-pemain MMORPG ini juga secara tidak langsung membina perwatakan diri seseorang dan memupuk perpaduan antara pemain tanpa mengenal umur, jantina atau bangsa di alam maya. Tahap kecekalan mereka untuk tidak berputus asa memberi impak yang besar kepada kehidupan harian mereka.

A

WHY SO SO SERIOUS?

Pendekatan latihan teknikal terkini yang dijalankan di benua Eropah telah diadaptasi dalam pembangunan modal insan. Menurut kata Dr. Gustavo Saposnik seorang Pengarah Stroke Outcomes Research Unit di St. Michael’s Hospital, Toronto, rehabilitasi pesakit strok sedang berkembang dengan pesat sejajar dengan peredaran teknologi. Ini termasuklah permainan video yang boleh membantu pesakit-pesakit strok dalam menggalakkan pembaikan semula otot-otot yang telah rosak akibat strok. Kajian membuktikan pesakit yang memberi tumpuan terhadap permainan video menggunakan tangan telah membantu mereka mendapatkan semula 14.7% kebolehan untuk menggunakan otot-otot di tangan mereka. Ada juga beberapa hospital seperti Hospital Bridgeport di Conncticut yang kini menggunakan permainan video Nintendo Wii dalam Unit Rehabilitasi mereka. Kaedah ini terbukti apabila seorang pesakit strok mereka, Barbara Everlith yang dahulu mengalami kesusahan ketika berdiri, berjalan mahupun untuk memegang sesuatu objek. Kini dengan bermain permainan video tenis pada Nintendo Wii ianya mengurangkan bebannya dalam segala pergerakannya.

d

PERMAINAN VIDEO: PEMBAZIRAN MASA?

Benar, ada yang masih menganggap bahawa bermain permainan video sebagai sesuatu yang membuang masa. Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi kerana ada sesetengah pihak yang terlalu ketagih bermain permainan video sehingga terabai kehidupannya di dunia realiti. Walau bagaimanapun, yang ingin ditekankan di sini adalah kebaikan yang dapat diperoleh daripada permainan video sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

i

d “IANYA DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN ATAU STRES YANG DIHADAPI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.�

h

TEKANAN Kebanyakan orang menganggap bahawa permainan video sebagai saluran untuk mengurangkan tekanan. Tidak dapat dinafikan lagi, keasyikan dan keseronokan bermain permainan video memberi ketenangan minda. Baik dari perspektif jalan cerita, musik latar sertagrafik sesuatu permainan itu. Fadzihan Abbas bin Mohamed Ramlee (28), seorang Penganalisa Kewangan di PNB berpendapat bahawa permainan video mengajarnya sesuatu yang baru dan ianya juga merangsangkan pemikirannya. Ulasnya juga, ianya dapat membantu mengurangkan tekanan atau stres yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Pemainan video kegemarannya ialah Grand Tourismo 5 @ Play Station. SERONOK! Ketagihan kanak-kanak dengan permainan video adalah kerana kadar kualiti grafik permainan video yang begitu tinggi serta konsep atau struktur permainan video (gameplay) yang Ogos 2011 REZEKI

71


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.