Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 54

kepada domain pembelajaran pelajar dan bukan domain pengajaran. Ini kerana pengendalian kursus perlu difikirkan dan dirancang dalam konteks pelajar, iaitu yang berfokus kepada pembelajaran mereka. Hasil pembelajaran kursus perlu dinyatakan dalam bentuk tingkah laku pelajar dan tidak dalam tingkah laku pengajar. Hasil pembelajaran kursus juga boleh dilihat sebagai objektif pembelajaran. Ini merujuk kepada bagaimana pelajar diharap akan memperolehi hasil dari proses pembelajaran yang mereka lalui dengan mengikuti kursus terbabit. Taksonomi Pembelajaran Bloom (1956) menstrukturkan hasil pembelajaran kepada satu kerangka yang mengambilkira beberapa domain pembelajaran iaitu; domain kognitif, domain afektif, dan domain psikomotor (lihat jadual 3.1). Kerangka domain pembelajaran yang telah dicadangkan oleh Bloom membantu pengajar menganalisis serta menilai objektif pembelajaran yang dibina. Ia juga membantu pengajar membangunkan kriteria tertentu dalam menentukan tahap penguasaan sesuatu pembelajaran (Simon 2000). Ini merujuk kepada tahap-tahap penguasaan hasil pembelajaran merentasi ketiga-tiga domain pembelajaran. Jadual 3.2 mempamerkan perincian tingkah laku pembelajaran merentasi domain kognitif berserta contoh aktiviti dan kata kunci yang menggambarkan aktiviti pembelajaran dalam domain tersebut. Domain kognitif merujuk kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam aspek kemampuan mental pelajar. Jadual 3.1: Tahap serta Domain Pengajaran dan Pembelajaran Tahap

Kognitif

Afektif

Psikomotor

Pengetahuan

Sikap

Kemahiran

1

Mengingat Fakta / Data

2

Memahami

3

Aplikasi (guna)

44

Penerimaan (kesedaran) Respon (reaksi)

Mengikut (meniru) Manipukasi (mengikut arahan)

Menilai (memahami Membina ketepatan dan bertindak)


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.