Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 30

Domain Ciri Boleh Ukur “Berkepimpinan� 5.

Boleh berkomunikasi dan berinteraksi dalam pasukan.

6.

Mempunyai kepimpinan dan hala tuju dalam konteks fungsi dan peranan masyarakat.

7.

Boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan bijaksana berdasarkan etika dan nilai sejagat (saksama, adil, lestari dan integriti).

Domain Ciri Boleh Ukur “Jati Diri Kebangsaan� 8.

Beretika dan bermoral tinggi.

9.

Berkemahiran dan selesa dalam interaksi antara budaya dan agama.

10.

Bangga dan fasih menggunakan bahasa ibunda.

11.

Mempunyai kesedaran untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Penilaian Pelajar Pencapaian perlu diukur dan dinilai. Pada masa lepas, penilaian pelajar hanya berbentuk pencapaian dalam bidang pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kursusnya. Bagi program yang mempunyai lapan Hasil Pembelajaran Program (HPP), pencapaian pelajar dalam kelapan-lapan HPP perlu diukur dan dinilai. Misalnya, peperiksaan akan menguji pencapaian pelajar dalam bidang pengetahuan. Soalan-soalan perlu disediakan untuk menilai pencapaian pelajar sehingga peringkat yang tinggi dalam Taksonomi Bloom. Kemahiran pula boleh diuji melalui projek sebenar, aktiviti klinik di hospital dan sebarang aktiviti yang melibatkan kemahiran. Kaedah dan instrumen penilaian kemahiran-kemahiran lain, terutamanya kemahiran insaniah perlu direkabentuk dengan baik. Di antara instrumen yang biasa digunakan ialah rubrik yang boleh 20


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.