Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 259

sepatutnya dapat membimbing manusia lain bukan sahaja dalam bidang kepakarannya, tetapi juga dalam banyak hal tentang makna kehidupan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mencapai makna tersebut. Apatah lagi, dalam hal mentoran di universiti, mentee ialah pelajar. Apa yang dilalui oleh mentee ini adalah pengalamanpengalaman awal yang telah dilalui oleh mentor-mentor yang kini telah mencapai tahap akademik yang tertinggi (Broome, 2003). Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa permentoran yang berkualiti mendatangkan banyak faedah kepada kesinambungan dan kestabilan sesuatu organisasi dan bidang kepakaran. Menurut Young dan Perrewe (2000), permentoran memberi manfaat kepada organisasi kerana terujudnya proses sosiolisasi yang sihat, maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan, serta produktiviti meningkat. Terdapat perasaan saling mempercayai, saling menghargai, dan keyakinan diri yang tinggi dalam organisasi bilamana mentoran berlaku dengan baik. Hubungan dengan seorang mentee memberikan nafas baru yang lebih segar kepada seseorang mentor . Mentor mudah mendapat kerjasama dari rakan pekerja baru yang teruja dengan maklumatmaklumat yang dikongsi, dan mentor sendiri perlu terus belajar perkaraperkara yang baru. Apabila menteenya berjaya, seorang mentor bukan sahaja mendapat penghargaan rakan-rakan tetapi yang lebih penting mendapat kepuasan sebagai seorang pekerja yang matang dan pakar. Dalam pengajian perubatan, proses permentoran, didapati lebih berkesan daripada syarahan biasa dalam menyampaikan etika klinikal kepada pelatih-pelatih (Selwa, 2007). Permentoran membolehkan mentor memodelkan ilmu-ilmu yang tersurat dalam bertingkahlaku sebagai ahli kumpulan, cara memberi perhatian kepada pesakit, dan cara mengaplikasikan nilai peribadi yang mulia. Menurut Selwa (2007) lagi, proses mentoran mempunyai kaitan dengan peningkatan dalam persediaan dan kemahiran penyelidikan, serta minat kepada kerjaya akademik dalam kalangan pelajar perubatan. Secara amnya, ahli akademik merasa selesa jika mengetahui mereka dapat memastikan kesinambungan usaha-usaha mereka melalui permentoran. 249


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.