Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 219

4.

Seminar Pelajar dikehendaki mengadakan seminar berdasarkan topik yang diberi. Seminar boleh juga diadakan berdasarkan lawatan sambil belajar secara berkumpulan; ataupun projek penyelidikan yang dijalankan secara individu atau berkumpulan. Pembentangan dijalankan secara individu atau berkumpulan. Markah boleh diberi kepada pelajar individu, ataupun markah diberi secara berkumpulan, di mana setiap pelajar di dalam kumpulan terbabit menerima markah yang sama. Format pembentangan dan skema pemarkahan yang ditentukan terlebih dahulu akan memudahkan penilaian.

5.

Projek Penyelidikan Sesetengah kursus mewajibkan pelajar menjalankan projek penyelidikan secara individu atau berkumpulan. Projek ini boleh dinilai sebagai sebahagian daripada Penilaian Berterusan, ataupun ia dinilai secara berasingan. Ini bergantung kepada berapa besarnya projek tersebut. Markah biasanya diberi untuk proposal penyelidikan, tesis/disertasi dan pembentangan.

6.

Laporan Penyelia Laporan penyelia ini khusus untuk kursus di mana pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil di bawah pengawasan seorang pensyarah. Laporan penyelia ini perlu merangkumi kehadiran, penyertaan dalam aktiviti berkumpulan, pra-persedian pelajar untuk sesuatu aktiviti pembelajaran, sifat kendiri dan yakin diri, sifat bertanggungjawab, kesopanan dan hemah diri. Format pemarkahan perlu disediakan terlebih dahulu untuk memastikan objektiviti dan pemiawaian. Laporan penyelia ini memainkan peranan yang besar dalam menilai sikap pelajar.

7.

Refleksi-diri Pelajar Perbincangan kumpulan kecil berdasarkan sesuatu scenario biasanya diikuti oleh aktiviti refleksi pelajar yang boleh dijalankan secara oral atau bertulis. Aktiviti ini memberi maklumat yang penting mengenai sikap seseorang pelajar.

209


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.