Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 204

7. Pembangunan soalan pertama anda sudah selesai. Teruskan untuk soalan yang seterusnya dengan langkah yang sama. 8. Klik ikon gambar disket untuk simpan atau Save. Pastikan setiap perubahan yang dilakukan hendaklah disimpan. Konfigurasi Hasil Ujian yang dibangunkan boleh diwarnakan atau dimasukkan gambar di dalam pelbagai saiz dan bentuk. Untuk memberikan satu antaramuka yang baik dan sesuai klik Configure Output untuk opsyen tersebut. 1. Klik ikon Tag atau Options > Configure Output. 2. Anda boleh menetapkan dan meletakkan arahan, menukar butang arahan, meletakkan jangkawaktu ujian di sini. 3. Anda juga boleh menukar warna Title Bar, Page Background, Exercise Background dan lain-lain. Jangan lupa untuk klik Save setiap kali ada penambahan. Klik Load > dan Save > OK. 4. Untuk bahagian Prompts/Feedback, anda boleh menetapkan maklumbalas berbentuk maklumat atau BETUL SALAH di sini. 5. Seterusnya, bahagian Other ada pelbagai pilihan konfigurasi seperti merawakkan soalan dan menetapkan percubaan menjawab soalan kepada berapa kali yang anda rasa perlu. Jika ujian berbentuk exploratory boleh diberikan sehingga 3 kali cuba tetapi jika soalan berbentuk peperiksaan tiada percubaan langsung. Kemudian, klik Save. 6. Di bahagian CGI pula, pengguna boleh menetapkan ketetapan untuk mendapatkan maklumbalas atau markah ujian pelajar dihantar terus ke e-mel anda. 7. Taip lokasi pelayan anda dan alamat e-mel anda untuk tujuan ketetapan. Kemudian. Tulis arahan untuk pelajar menaipkan nama sendiri. Klik Save. Menerbit Ujian Anda 1. Klik ikon untuk eksport fail sumber ke luar. Save fail dalam bentuk .htm atau .html. Fail sumber boleh dimuatnaik di akaun 194


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.