Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 172

keperluan pembelajaran yang berkonsepkan just-in-time learning. Di samping itu, e-Pembelajaran memberi peluang kepada anda dan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi pada bila-bila masa dan di mana jua. Ciri keluwesan yang terdapat dalam e-Pembelajaran membenarkan pelajar anda mengawal penjarakkan pembelajarannya. Ciri ini juga membolehkan pelajar anda mengikuti proses pengajaran mengikut penjadualan dan kadar kendiri. Selain itu, kebanyakan bahan e-Pembelajaran menyediakan kandungan dan format yang membolehkan pelajar anda membuat latihan berulang kali tanpa had. Aspek kebebasan dalam pembelajaran yang terdapat dalam ePembelajaran adalah aspek yang paling dituntut oleh generasi baru yang inginkan kawalan pembelajaran berada dalam tangan mereka. Jika seseorang itu adalah pelajar yang bermotivasi tinggi dan selesa dengan mod e-Pembelajaran yang bersifat asinkronis, beliau bebas mengikuti proses pembelajaran pada bila-bila masa, di mana jua dan bebas dari belenggu pemerhatian individu yang mereka tidak selesa. Pelajar tersebut perlu memilih saja topik yang dikehendaki, memilih masa yang sesuai dan meneruskan dengan proses e-Pembelajaran.

Mod & Teknik e-Pembelajaran e-Pembelajaran boleh digunakan untuk merujuk pelbagai jenis mod penyampaian, format media dan proses penyampaian. Kategori penyampaian paling meluas bagi e-Pembelajaran ialah mod asinkronis dan mod sinkronis. Dalam mod asinkronis, sumbangan instruktor adalah statik, di mana bahan pengajaran dibangunkan dan disimpan terlebih dahulu untuk kegunaan pelajar. Pelajar boleh berinteraksi dengan bahan tersebut pada masa lain yang sesuai dengan waktu pilihan mereka. Dalam mod sinkronis pula, pelajar dan instruktor berinteraksi secara langsung atau bersemuka di alam maya. Kedua-dua pihak bebas memberi respon secara spontan dan segera. Pada asasnya, terdapat empat teknik utama dalam ePembelajaran. Pertama ialah ‘One-to-Alone’ yakni konsep untuk diri sendiri. Contoh aplikasi teknik ini ialah seorang pelajar yang mencari maklumat dari Internet menggunakan enjin pencarian untuk 162


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.