Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 154

dilakukan bagi menentukan nilai sesebuah instruksi dan bagi membuat cadangan penambah baikan terhadap implementasi insruksi tersebut.

Gambarajah 9.2: Model Sistem Reka Bentuk Fnstruksi Dick & Carey II.

Model Reka Bentuk Instruksi Kemp, Morrison & Ross (1994)

Model Reka Bentuk Instruksi Kemp, Morrison dan Ross (1994) mengambil pendekatan holistik dalam reka bentuk pengajaran. Berbanding dengan Model Reka Bentuk Instruksi Dick and Carey, Model Kemp, Morrison dan Ross menekankan konsep keluwesan. Secara keseluruhan, semua faktor dalam persekitaran pembelajaran diambil kira dalam model ini termasuk analisis kandungan kursus, ciri pelajar, objektif instruksi, aktiviti instruksi, sumber instruksi (seperti komputer dan bahan bercetak), perkhidmatan sokongan dan penilaian gambarajah 9.3. Proses yang terlibat adalah dalam bentuk kitaran dan reka bentuk adalah bergantung kepada proses ulangan yang tetap. Konsep penting dalam model ini ialah semua elemen dalam model ini boleh digunakan pada bila-bila masa. Ini memberi kebebasan kepada pensyarah untuk membuat penambah baikan apabila diperlukan. Salah satu keistimewaan model ini ialah elemen ulangan penambah baikan ditekankan pada keseluruhan proses. Matlamat model ini ialah kebebasan pensyarah untuk membuat penambah baikan jika diperlukan, dan seterusnya memperoleh hasil pengajaran yang lebih 144


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.